masjid malap umat lemah

3
8/14/2019 Masjid Malap Umat Lemah http://slidepdf.com/reader/full/masjid-malap-umat-lemah 1/3 INFORMATION of ELAKSAMANA MASJID MALAP UMAT LEMAH "Terkenangkan kisah Nabi s.a.w bersama Saidina Abu Bakar r.a berhijrah dari Kota Makkah tempat benih Islam berputik, ke Kota Madinah tempat suburnya benih Islam. Teringatkan bagaimana Nabi s.a.w dalam keadaan gawat dan bimbang di kejar oleh kaum musyrikin Makkah yang dipimpin oleh Abu Jahal, masih terfikir bila tiba di Kota Madinah pertama yang mahu dibuat ialah Masjid. Apa hebatnya masjid daripada bangunan hotel lima bintang, resort lima bintang, pusat belibelah bertaraf dunia atau bangunan lain yang diperlukan.. Kenapa Nabi s.a.w tidak buka mulut kepada seluruh korporat muslim zaman itu supaya bangunankan hotel lima bintang, ladang ternakan unta, bank Islam dan sebagainya, untuk menjana kekuatan ekonomi umat Islam yang terpaksa bersaing dengan golongan musyrikin Makkah ketika itu. Binalah masjid di mana-mana kawasan yang memang memerlukan masjid sama ada di kampung, desa, pekan, bandar atau bandaraya. Inilah yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w telah menyuruh kita membangunkan masjid-masjid di daerah-daerah (yakni tempat-tempat yang patut dibina masjid) dan supaya masjid-masjid itu dipelihara kebersihan dan keharumannya". (HR Abu Daud dan At Tirmizi). Hebatnya bangunan masjid itu pada pandangan Nabi s.a.w daripada bangunan- bangunan lain. Tidak dapat dilihat oleh para sahabat, umat Islam zamannya dan apa lagi oleh umat Islam hari ini. Justeru, masjid bukan semata-mata tempat umat Islam sujud ketika menunaikan solat. Sebab untuk solat dan sujud itu boleh di mana-mana di muka bumi Allah ini, kecuali kuburan dan tempat pemandian (tandas). Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud: "Bumi itu seluruhnya adalah masjid (tempat sujud/solat), kecuali kuburan dan tempat pemandian (tandas)". (HR Ahmad). Oleh itu, marilah kita ambil perhatian sungguh-sungguh dengan mencontohi Nabi s.a.w dalam tindakan baginda membina masjid ketika mula-mula tiba di Kota Madinah semasa hijrah. Kerana masjid adalah institusi terpenting dalam kehidupan umat Islam. Masjid umpama  jantung hati umat Islam. Hidup dan maju masjid akan hidup dan maju pulalah umat Islam. Bila fungsi masjid benar-benar dijana dan diserlahkan dalam masyarakat Islam baik di desa, kampung, taman perumahan, kawasan sekolah, kolej, universiti, pekan dan bandar. Pasti umat Islam dapat dibangunkan dengan lebih baik dan bersistem dalam bidang-bidang lain. Inilah yang dilakukan oleh baginda Nabi s.a.w semasa hayatnya, 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah membangun umat Islam dan manusia mengikut program dan acuan dari wahyu Allah. Sehingga melahirkan generasi sahabat, tabiin, tabi' tabiin dan meninggalkan generasi warisan sepanjang zaman iaitu generasi ulama. Siapa yang tidak kenal Saidina Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Abdur Rahman bin Auf, Bilal bin Rabbah, Usamah bin Zaid, Khadijah binti 1 PaRaDoX / [email protected] © All Right Reserved Presented 2006

Upload: akhi-mohamad-aiyad

Post on 30-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masjid Malap Umat Lemah

8/14/2019 Masjid Malap Umat Lemah

http://slidepdf.com/reader/full/masjid-malap-umat-lemah 1/3

INFORMATION of ELAKSAMANA

MASJID MALAP UMAT LEMAH"Terkenangkan kisah Nabi s.a.w bersama Saidina Abu Bakar r.a berhijrah dari KotaMakkah tempat benih Islam berputik, ke Kota Madinah tempat suburnya benih Islam.Teringatkan bagaimana Nabi s.a.w dalam keadaan gawat dan bimbang di kejar oleh

kaum musyrikin Makkah yang dipimpin oleh Abu Jahal, masih terfikir bila tiba di KotaMadinah pertama yang mahu dibuat ialah Masjid.

Apa hebatnya masjid daripada bangunan hotel lima bintang, resort lima bintang, pusatbelibelah bertaraf dunia atau bangunan lain yang diperlukan..

Kenapa Nabi s.a.w tidak buka mulut kepada seluruh korporat muslim zaman itu supayabangunankan hotel lima bintang, ladang ternakan unta, bank Islam dan sebagainya,untuk menjana kekuatan ekonomi umat Islam yang terpaksa bersaing dengan golonganmusyrikin Makkah ketika itu.Binalah masjid di mana-mana kawasan yang memang memerlukan masjid sama ada dikampung, desa, pekan, bandar atau bandaraya. Inilah yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w

dalam sabdanya yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w telah menyuruh kitamembangunkan masjid-masjid di daerah-daerah (yakni tempat-tempat yang patut dibinamasjid) dan supaya masjid-masjid itu dipelihara kebersihan dan keharumannya". (HRAbu Daud dan At Tirmizi).

Hebatnya bangunan masjid itu pada pandangan Nabi s.a.w daripada bangunan-bangunan lain. Tidak dapat dilihat oleh para sahabat, umat Islam zamannya dan apalagi oleh umat Islam hari ini.

Justeru, masjid bukan semata-mata tempat umat Islam sujud ketika menunaikan solat.Sebab untuk solat dan sujud itu boleh di mana-mana di muka bumi Allah ini, kecualikuburan dan tempat pemandian (tandas). Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam

sabdanya yang bermaksud: "Bumi itu seluruhnya adalah masjid (tempat sujud/solat),kecuali kuburan dan tempat pemandian (tandas)". (HR Ahmad).

Oleh itu, marilah kita ambil perhatian sungguh-sungguh dengan mencontohi Nabi s.a.wdalam tindakan baginda membina masjid ketika mula-mula tiba di Kota Madinah semasahijrah.

Kerana masjid adalah institusi terpenting dalam kehidupan umat Islam. Masjid umpama jantung hati umat Islam. Hidup dan maju masjid akan hidup dan maju pulalah umatIslam. Bila fungsi masjid benar-benar dijana dan diserlahkan dalam masyarakat Islambaik di desa, kampung, taman perumahan, kawasan sekolah, kolej, universiti, pekan danbandar. Pasti umat Islam dapat dibangunkan dengan lebih baik dan bersistem dalam

bidang-bidang lain.

Inilah yang dilakukan oleh baginda Nabi s.a.w semasa hayatnya, 13 tahun di Makkahdan 10 tahun di Madinah membangun umat Islam dan manusia mengikut program danacuan dari wahyu Allah. Sehingga melahirkan generasi sahabat, tabiin, tabi' tabiin danmeninggalkan generasi warisan sepanjang zaman iaitu generasi ulama.

Siapa yang tidak kenal Saidina Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman bin Affan, Ali binAbu Talib, Abdur Rahman bin Auf, Bilal bin Rabbah, Usamah bin Zaid, Khadijah binti

1 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 2: Masjid Malap Umat Lemah

8/14/2019 Masjid Malap Umat Lemah

http://slidepdf.com/reader/full/masjid-malap-umat-lemah 2/3

INFORMATION of ELAKSAMANA

Khuwailid, Fatimah Az Zahra binti Rasulullah s.a.w, Aisyah binti Abu Bakar, Asma bintiAbu Bakar, Abdullah bin Abu Bakar, Anas bin Malik, Imam Malik, Imam Syafie, ImamAhmad bin Hambal, Imam Hanafi, Imam Al Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rusd, Abbas AlQanas, Ibnu Taimiyah, Ibnu Nafis dan lain-lain.

Terlalu ramai untuk disebutkan satu persatu peribadi-peribadi Islam yang hebat dan

tersohor hingga ke saat ini.

Mereka itu adalah generasi yang dibentuk dan diasuh melalui institusi masjid.

Sebab masjid menjadi pusat ilmu, pusat beribadat, pusat berjemaah/bermasyarakat,pusat musyawarah, pusat perpaduan, pusat pentadbiran dan menguruskan segala halehwal yang menyangkut kepentingan umat Islam.

walaupun hari ini kita ada pelbagai bangunan selain masjid. Tetapi tidak mampumengatasi fungsi masjid yang bersifat pelbagai, menyeluruh dan jamak itu. Contohnya,di pejabat mungkin setakat untuk menguruskan perkara yang tertentu mengikutfungsinya, kalau ia jabatan haiwan ia untuk urusan haiwan sahaja, kalau di kedai ia

sekadar urusan perniagaan sahaja. di hotel lima bintang ia menyediakan kemudahanbersifat komersial dan begitulah juga institusi-institusi lain yang diwujudkan hanya untukkeperluan tertentu.

Di sekolah, kolej atau universiti belum dapat dijamin pelajar dan mahasiswa-mahasiswiyang bakal dikeluarkan itu adalah orang-orang yang beriman, bertaqwa, amanah danikhlas. Begitu juga orang yang tinggal atau diberi kursus seminggu atau sebulanberkampung di sebuah hotel lima bintang, selepas keluar atau habis berkursus danberseminar dapat dipastikan taqwanya, amanahnya dan imannya.

Tetapi, individu atau masyarakat Islam yang dibentuk dan diasuh-didik dalam masjidsetiap waktu solatnya di masjid atau seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w 'golongan

yang hatinya tergantung di masjid' dan golongan inilah yang dijamin pada hari kiamatnanti akan mendapat naungan Allah. Inilah golongan yang dijamin mereka itumerupakan generasi umat Islam yang bakatnya tidak dapat dilahirkan oleh institusi lain,kecuali masjidlah institusinya.

Hari ini masjid-masjid kelihatan sekadar hebat dan perkasa dalam rupa bentuk fizikalnyasahaja, tetapi sirna dari roh masjid sebenarnya. Ada masjid jemaahnya lebih banyaktiang dari orangnya. Ada masjid pengurusannya hidup pada masa-masa tertentu, bilaada majlis rasmi yang dihadiri oleh pemimpin yang hendak mengagihkan wang zakatatau bantuan sahaja. Ada masjid besar tapi kebersihannya mendukacitakan. Lebihdahsyat ada masjid imamnya tidak amanah dalam menguruskan dana tabungan masjid.Sehingga masjid besar, indah dan dibina di kawasan tidak sesuai kerana jauh dari

persekitaran masyarakat Islam.

Yakinlah, bila umat Islam dapat menghidupkan fungsi sebenar masjid dan istiqamahmemakmurkan masjid, umat Islam akan subur dan hidup dengan lebih maju dan berkat.

Semua ini, adalah coretan dari pengamatan secara rambang penulis. Bukan semuamasjid tak berfungsi, memang ada masjid yang amat baik dalam banyak perkara. Kitadapat lihat sempena sambutan Maal Hijrah 1427 kali ini ada negeri-negeri yangmenganugerahkan Award Masjid Terbaik. Masjid seperti itulah yang sepatutnya

1 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 3: Masjid Malap Umat Lemah

8/14/2019 Masjid Malap Umat Lemah

http://slidepdf.com/reader/full/masjid-malap-umat-lemah 3/3

INFORMATION of ELAKSAMANA

diperbanyakkan lagi di Malaysia.

Malaysia adalah bumi subur untuk pembangunan dan perkembangan Islam.

Tetapi ramai kalangan umat Islam tidak dapat melihat kehebatan masjid sebagai institusiterunggul kepada kekuatan, kegemilangan dan kemajuan umat Islam.

Akhir, sama-sama kita renungkan ditahap mana kedudukan masjid di negara kita hari,berapa buah masjid kampung, masjid sekolah, kolej, universiti atau masjid pekan,bandar, masjid daerah atau masjid negeri yang berstatus masjid terbaik dari semuasegi. Baik dalam pengurusannya, pengimarahannya, kewangannya, kebersihannya,keceriaannya, jemaahnya ramai, fungsinya dalam penyebaran ilmu Islam, perpaduandan sebagainya.

Dan, semua itu terletak dalam tanggungjawab kita sendiri yang masih berputik dalamhati kecil kita rasa cintakan masjid. Wallahu A'lam.

1 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006