masjid

Upload: atfi-mohd-razali

Post on 04-Mar-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

M MNKNKBV

TRANSCRIPT

Program 1. (keagamaan)-Teori dan amali

-ujian lisanProgram 2.(ice breaking) Pembahagian kumpulan1. Sebelum sesi dimulakan, fasilitator telah menyediakan sejumlah kertas yang terlorek beberapa warna mengikut jumlah setiap kumpulan. Jumlah bilangan lorekan warna kertas bergantung kepada bilangan kumpulan yang hendak dibentuk2. lorekan warna yang mewakili kumpulan peserta adalah :biru merahhijau putihkuning3. Peserta akan diberikan kertas yang terdapat lorekan warna yang telah dipilih di atas secara rawak.4. Dalam masa yang telah ditetapkan (cth 10 minit), peserta dikehendaki mencari fasilitator yang juga mempunyai kertas yang dilorek warna yang sama dengan peserta, fasilitator yang mempunyai lorekan warna yang sama akan menjadi umi mereka. Peserta akan teruskan pencarian sehingga jumpa semua family-umi dan adik-beradik yang lain.5. Setelah masing-masing membentuk satu kumpulan, fasilitator memberi arahan untuk membuat moto/simbolik/item pengenalan family bagi kumpulan mereka berdasarkan pemilihan rawak warna yang telah mereka perolehi. Mereka harus menerangkan mengapa mereka memilih moto tersebut.-taaruf mudah1. Taaruf dengan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal, hobi, cita-cita, makanan kesukaan, subjek kegemaran dan sebagainya mengikut kekreatifan fasilitator.2. Fasilitator juga boleh melakukan permainan seperti menyuruh peserta menyusun barisan mengikut negeri asal, berat badan dan sebagainya.3. fasilitator akan meraikan hati peserta dan sentiasa merangsang peserta menghangatkan suasana,fasilitator akan memperkenalkan diri seagai umi dan peserta mempunyai panggilan dalam family baru seperti Kak Long dan sebagainya.-riadah pagiWarming up 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan memanaskan badan

Jogging 10 minit

Peserta dan fasilitator akan berlari anak di sekitar kawasan padang sambil menghayati alamFasilitator akan menceritakan tentang keagungan Allah melalui penciptaan alam secara santai.

Cari cucu 25 minit

Objektif :-Menilai sejauh mana peserta mengingati nama panggilan rakan merekaMengenali para peserta melalui aspek luaran seperti pakaian, bentuk badan

Material :-Sapu tangan / kain penutup mataTongkat1. Peserta akan diarahkan oleh fasilitator untuk membentuk bulatan besar. Semua peserta akan memberitahu nama panggilan atau singkatan masing-masing.2. Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Nenek akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.3. Semua peserta akan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.4. Nyanyian :Nenek, nenek,si bongkok tiga.Siang mengantuk,malam berjaga.Mencari cucudimana berada.Nenek kahwindengan anak raja.5. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.Cucu, cucutak dapat lari.Nenek tuabanyak sakti.Sekarang neneknak cari ganti.Siapa yang kena,dia menjadi.6. Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama panggilan atau singkatan peserta tersebut dengan betul.7. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.Teng teng 25 minit

1. Peserta akan diarahkan oleh fasilitator untuk membentuk dua buah kumpulan. Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan kumpulan yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu.2. Bagi memulakan permainan, peserta hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Peserta lain mengambil giliran pula.3. peserta dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi peserta yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka peserta hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.4. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.5. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.6. Setiap kumpulan akan bermain secara bergilir sehingga pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang paling ramai baki ahli yang tidak mati.-