masalah pembacaan

4
2.0 MASALAH PEMBELAJARAN VERONICA Dengan menggunakan model analisis kesalahan newman (1977), masalah Veronica dapat dikenal pasti oleh Cikgu Julia. Langkah yang perlu dilakukan oleh Cikgu Julia ialah menemu bual Veronica dan menjalankan temu bual dengan merujuk kepada lima fasa dalam Analisis Kesilapan Newman seperti yang tertera di bawah : Melalui Analisis Kesilapan Newman, Cikgu Julia dapat mengenal pasti mengapakah kesilapan dilakukan oleh 2 Pembacaan Pemahaman Transformasi Kemahiran Proses Pengekodan Kecuaian Motivasi

Upload: ruqaiyah-hani-firuz-dalili

Post on 01-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MATEMATIK, MASALAH

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH PEMBACAAN

2.0 MASALAH PEMBELAJARAN VERONICA

Dengan menggunakan model analisis kesalahan newman (1977), masalah

Veronica dapat dikenal pasti oleh Cikgu Julia. Langkah yang perlu dilakukan

oleh Cikgu Julia ialah menemu bual Veronica dan menjalankan temu bual

dengan merujuk kepada lima fasa dalam Analisis Kesilapan Newman seperti

yang tertera di bawah :

Melalui Analisis Kesilapan Newman, Cikgu Julia dapat mengenal pasti

mengapakah kesilapan dilakukan oleh Veronica dan di manakah masalah

Veronica yang sebenarnya, sama ada Veronica mempunyai masalah pada

fasa pembacaan, pemahaman, transformasi, kemahiran proses atau

pengekodan.

2

Pembacaan

Pemahaman

TransformasiKemahiran Proses

Pengekodan

Kecuaian Motivasi

Page 2: MASALAH PEMBACAAN

Berikut merupakan langkah temu bual yang patut dijalankan dalam

usaha untuk mengenal pasti masalah veronica :

Semasa menjalankan temu bual, Cikgu Julia dikehendaki mengenal

pasti apakah masalah yang dihadapi oleh Veronica. Apabila diteliti dengan

mendalam, Cikgu Julia akan mendapati bahawa Veronica mempunyai

masalah pada peringkat pemahaman. Berdasarkan jawapan yang diberi oleh

Veronica, jelas bahawa Veronica tidak dapat memahami soalan ini dengan

baik.

3

Bercakap dengan Veronica dengan mesra supaya murid

berasa selesa.

Meminta murid tersebut untuk menjawab semula soalan

matematik yang telah dijawab itu.

Setelah selesai murid menjawab semula soalan tersebut, berikan murid

beberapa soalan / arahan yang sepatutnya.

Cikgu Julia menentukan pada fasa mana murid

melakukan kesalahan.

Soalan/Arahan yang Boleh Digunakan

Tolong bacakan soalan kepada cikgu.

Beritahu cikgu, apa yang soalan itu mahukan.

Bagaimana kamu mendapatkan jawapan ini?

Tunjukkan kepada cikgu cara menyelesaikan soalan ini.

Page 3: MASALAH PEMBACAAN

satu dua empat lima

Oleh itu, Veronica telah mengira hari antara kedua tarikh itu termasuk dengan

hari pertama dan terakhir.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan masalah lain yang mungkin

dihadapi oleh Veronica. Veronica mungkin mempunyai masalah salah

tanggapan terhadap konsep pengiraan atau membilang dalam matematik.

Veronica mungkin melakukan kesilapan skip-counting semasa membilang

hari antara kedua-dua tarikh yang diberikan.

Apabila Veronica melakukan kesalahan ini, maka, jawapannya akan menjadi

lebih banyak iaitu 36 hari, lebih beberapa hari daripada jawapan yang

sebenar.

Kesimpulannya, Veronica mengalami masalah pemahaman dan

ketidakupayaan menguasai konsep membilang dan mengira dalam

matematik.

4

Veronica memahami bahawa apa yang

soalan itu mahukan ialah jumlah hari dari

13 Mei hingga 17 Jun dan 23 November

hingga 29 Disember. Sedangkan apa yang

dimahukan soalan itu sebenarnya ialah hari

antara tarikh tersebut, tidak termasuk

hari pertama dengan hari terakhir.