masalah bukan rutin 2

Upload: pei-woon

Post on 05-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Masalah bukan rutin 2

    1/5

    Soalan 2

    Hanan telah pergi ke sekolah membawa sedikit wang saku. Semasa di atas

    bas, dia telah membayar hutang rakannya sebanyak RM2. Semasa disekolah, dia telah membelanjakan sebanyak RM3 untuk makan tengah hari.

    Selepas habis sekolah, Hanan dan rakannya berkongsi membayar bil makan

    mereka berdua secara sama rata. Bil makan mereka adalah sebanyak RM6.

    Dalam perjalanan pulang ke rumah, jiran Hanan membayar sebanyak RM5 di

    atas upah mencabut rumput halaman rumahnya minggu lepas. Setelah

    sampai ke rumah, Hanan mendapati wang di dalam sakunya tinggal

    sebanyak RM8. Berapakah wang saku Hanan semasa dia pergi ke sekolahpagi tadi?

    JAWAPAN: RM11

    Strategi 1

    Langkah pertama: Memahami

    - Hanan membawa berapa wang saku pergi ke sekolah?

    - membayar RM2 kepada rakan

    - membelanja RM3 makan tengah hari

    - berkongsi dengan rakan membayar bil makan mereka yang berharga

    RM6

    - mendapat RM5 sebagai upah

    - wang yang tertinggal ialah RM8

    Langkah kedua: Merancang

    - menggunakan strategi kerja secara songsang

    Langkah ketiga: Melaksana

    - Pengiraan:

    RM8 RM5 + (RM6 2 ) + RM3 + RM2 = RM8 RM5 + RM3 + RM3 + RM2

    = RM11

  • 7/31/2019 Masalah bukan rutin 2

    2/5

    Langkah keempat: Menyemak

    - memastikan wang saku yang dibawa oleh Hanan ke sekolah ialah

    RM11 dengan menolak pembelanjaannya dan menambah upah

    RM11 RM2 RM3 RM3 + RM5 = RM8

    - wang saku yang tertinggal ialah RM8, jadi jawapan itu adalah betul

    Strategi 2

    Langkah pertama: Memahami

    - Hanan membawa berapa wang saku pergi ke sekolah?

    - membayar RM2 kepada rakan

    - membelanja RM3 makan tengah hari

    - berkongsi dengan rakan membayar bil makan mereka yang berharga

    RM6

    - mendapat RM5 sebagai upah

    - wang yang tertinggal ialah RM8

    Langkah kedua: Merancang

    - menggunakan strategi melukis gambar rajah

    Langkah ketiga: Melaksana

    - gantikan wang saku yang dibawa oleh Hanan ke sekolah dengan y

    Membawa wang

    saku ke sekolah

    Hanan

    Wang yang berada: y

  • 7/31/2019 Masalah bukan rutin 2

    3/5

    Hanan

    Memberi RM2

    ke ada rakan

    Wang yang berada: y RM2

    Rakan

    Hanan

    Hanan

    Membelanja

    RM3 makan

    tenngah hari

    Wang yang berada: y RM2 RM3

    Hanan Berkongsi dengan rakan

    membayar bil makan

    mereka yang berharga

    RM6

    Wang yang berada: y RM2 RM3 RM3

    Rakan

    Hanan

  • 7/31/2019 Masalah bukan rutin 2

    4/5

    Pengiraan:

    y RM2 RM3 RM3 + RM5 = RM8

    y = RM8 + RM2 + RM3 + RM3 RM5

    = RM11

    Langkah keempat: Menyemak

    - memastikan wang saku yang dibawa oleh Hanan ke sekolah ialah

    RM11 dengan menolak pembelanjaannya dan menambah upah

    Hanan

    Mendapat RM5 sebagai

    upah

    Wang yang berada: y RM2 RM3 RM3 +RM5

    Jiran

    Hanan

    Hanan Wang yang tertinggal

    ialah RM8

    Wang yang berada: y RM2 RM3 RM3 +RM5 = RM8

  • 7/31/2019 Masalah bukan rutin 2

    5/5

    RM11 RM2 RM3 RM3 + RM5 = RM8

    - wang saku yang tertinggal ialah RM8, jadi jawapan itu adalah betul

    Strategi yang paling berkesan

    Strategi yang paling berkesan ialah strategi kedua iaitu strategi melukis

    gambar rajah. Hal ini demikian kerana strategi ini lebih mudah difahami jika

    dibanding dengan strategi pertama iaitu strategi kerja secara songsang.

    Dengan menggunakan strategi kedua, kita hanya perlu menolak dan

    menambah wang dengan mengikut urutannya. Sebaliknya, jika kita

    menggunakan strategi kerja secara songsang, kita perlu membuat pengiraan

    dari belakang soalan dan urutannya adalah terbalik.

    Tambahan pula, strategi melukis gambar rajah juga tidak mudah

    mengelirukan seseorang individu. Dengan menggunakan strategi ini, kita

    dapat mengurangkan peratusan melakukan kesalahan. Hal ini demikian

    kerana kita tidak perlu mengubah tambah kepada tolak ataupun tolak kepada

    tambah. Sebaliknya, ketika menggunakan strategi kerja secara songsang, kita

    mesti memberi perhatian kepada pengubahan ini. Keadaan terlupa atau

    tertulis akan menyebabkan jawapan itu salah.

    Di samping itu, strategi melukis gambar rajah adalah lebih menarik

    berbanding dengan strategi kerja secara songsang. Dengan menggunakan

    gambar rajah, seseorang individu tidak akan berasa bosan apabila

    menyelesaikan masalah ini. Gambar rajah ini juga dapat memberi gambaran

    kepada seseorang individu terhadap situasi yang berlaku seperti yang

    disenaraikan dalam soalan ini. Sebaliknya, strategi kerja secara songsang

    hanya dipenuhi dengan perkataan sahaja, ini akan menyebabkan seseorang

    itu kurang minat untuk menyelesaikan soalan ini.