masa depan sesebuah negara itu dapat diramal hanya dengan melihat golongan muda yang bermastautin di...

13
Masa depan sesebuah negara itu dapat diramal hanya dengan melihat golongan muda yang bermastautin di negara tersebut . Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan panji keadilan, guru-guru yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas , rakan-rakan seperjuangan yang turut sama berjuang untuk bergelar juara serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Teguh berdirinya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, “Remaja Pemangkin Negara” . Hadirin sekalian, Terungkapnya pembuka bicara daripada bibir saya sebentar sahaja tadi bukan hanya sekadar kiasan, tidak pula sebagai hiasan namun ia merupakan sebuah hipotesis yang dibuat berdasarkan penyelidikan yang rapi serta pemerhatian yang teliti. Jelas terbukti bahawa remaja pada masa kini mencerminkan masa depan sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, golongan separa matang ini merupakan benih-benih yang bakal bercambah dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Jika mereka dijaga dan dibesarkan dengan baik, maka cerahlah masa depan negara tersebut. Namun, jika mereka diabaikan dan tidak mendapat pendidikan yang optimum maka hancur berkecailah masa depan negara tersebut. Seterusnya, jika kita amati dan perhalusi keadaan terkini di negara kita, boleh dikatakan bahawa masa depan negara kita belum lagi terjamin malah umpama, “telur di hujung tanduk” kerana majoriti daripada golongan remaja di negara kita banyak terlibat dengan gejala sosial. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila hampir sahaja setiap hari berita tentang remaja yang terjerumus dengan gejala negatif seperi pergaulan bebas, vandalisme, gangsterisme, serta mencuri terpampang di dada-dada akhbar tempatan.Jika hal ini berterusan dan dibiarkan begitu sahaja, maka negara kita akan mengalami kemunduran yang drastik serta konsisten. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kemajuan negara malah tidak mustahil usaha para prajurit yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara akan terbuang

Upload: naim7641867

Post on 14-Jul-2016

57 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

Page 1: Masa Depan Sesebuah Negara Itu Dapat Diramal Hanya Dengan Melihat Golongan Muda Yang Bermastautin Di Negara Tersebut

Masa depan sesebuah negara itu dapat diramal hanya dengan melihat golongan muda yang bermastautin di negara tersebut . Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan panji keadilan, guru-guru yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas , rakan-rakan seperjuangan yang turut sama berjuang untuk bergelar juara serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Teguh berdirinya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, “Remaja Pemangkin Negara” .

Hadirin sekalian,

Terungkapnya pembuka bicara daripada bibir saya sebentar sahaja tadi bukan hanya sekadar kiasan, tidak pula sebagai hiasan namun ia merupakan sebuah hipotesis yang dibuat berdasarkan penyelidikan yang rapi serta pemerhatian yang teliti. Jelas terbukti bahawa remaja pada masa kini mencerminkan masa depan sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, golongan separa matang ini merupakan benih-benih yang bakal bercambah dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Jika mereka dijaga dan dibesarkan dengan baik, maka cerahlah masa depan negara tersebut. Namun, jika mereka diabaikan dan tidak mendapat pendidikan yang optimum maka hancur berkecailah masa depan negara tersebut.

Seterusnya, jika kita amati dan perhalusi keadaan terkini di negara kita, boleh dikatakan bahawa masa depan negara kita belum lagi terjamin malah umpama, “telur di hujung tanduk” kerana majoriti daripada golongan remaja di negara kita banyak terlibat dengan gejala sosial. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila hampir sahaja setiap hari berita tentang remaja yang terjerumus dengan gejala negatif seperi pergaulan bebas, vandalisme, gangsterisme, serta mencuri terpampang di dada-dada akhbar tempatan.Jika hal ini berterusan dan dibiarkan begitu sahaja, maka negara kita akan mengalami kemunduran yang drastik serta konsisten. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kemajuan negara malah tidak mustahil usaha para prajurit yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara akan terbuang begitu sahaja jika tanah air yang tercinta ini kembali berada dalam cengkaman penjajah durjana.

Warga dewan sekalian,

Oleh yang demikian, perancangan yang pragmatik serta inisiatif yang efektif haruslah dirancang dan diimplimentasikan dengan kadar segera agar permasalahan ini dapat dicegah sesuai dengan pepatah Melayu yang mengatakan, “mencegah lebih baik daripada merawat”.Antara usaha yang wajar diambil oleh pihak seperti Kementerian Pelajaran Negara adalah dengan memberikan pendedahan serta pendidikan kepada remaja tentang kepentingan diri mereka terhadap masa depan negara sejak di bangku sekolah lagi.Pada tempoh ini, remaja lebih mudah untuk dibentuk dan diasuh bagi menjadi modal insan yang berkualiti kerana mereka masih belum pandai untuk melawan dan hanya akan

Page 2: Masa Depan Sesebuah Negara Itu Dapat Diramal Hanya Dengan Melihat Golongan Muda Yang Bermastautin Di Negara Tersebut

mengiyakan setiap butir kata yang disemai dalam diri mereka. Hal ini sesuai dengan pepatah yang mengatakan, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Selain itu, ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka membesar untuk menjadi orang yang berguna terhadap negara. Dalam konteks tumbesaran anak-anak, bukan sahaja tumbesaran fizikal yang harus difokuskan, malah tumbesaran emosi serta kematangan minda mereka juga harus dititikberatkan. Ibu bapa haruslah memberikan lebih perhatian terhadap perkembangan emosi dan minda cahaya mata mereka untuk memastikan anak mereka dapat membezakan antara kaca dan permata sekaligus mencegah diri mereka daripada hanyut dibawa badai kemusnahan gejala sosial yang kian meruncing. Teknik-teknik seperti pendedahan secara berperingkat hendaklah diamalkan agar nilai murni dapat disemai secara progresif serta dapat meninggalkan impak yang positif dalam diri anak-anak.

Sebelum saya mengakhiri syarahan saya pada hari ini, izinkan saya untuk mendeklamasikan sebuah pantun yang berbunyi,

Bunga mawar bunga melati,

Bunga dipetik untuk sang puteri,

Remaja bestari modal insan yang terpuji,

Menjamin masa depan negara yang hakiki.

Sekian, terima kasih.

Page 3: Masa Depan Sesebuah Negara Itu Dapat Diramal Hanya Dengan Melihat Golongan Muda Yang Bermastautin Di Negara Tersebut

Assalamualaikum dan salam muhibah,

Terima kasih kepada Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pengerusi Badan Musyawarah Masyarakat Taman Perdana Sejahtera, Yang dihormati ketua-ketua masyarakat, dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Hadirin sekalian,

Orang tua-tua sering mengungkapkan bahawa, kesihatan itu ialah harta yang paling bernilai daripada wang ringgit dan harta benda. Sementara itu, dalam sepotong Hadith Nabi turut diungkapkan akan nilai kesihatan adalah amat bermakna, seperti sabda baginda, “Jagalah masa sihatmu sebelum tiba sakit”. Apabila diteliti daripada dua ungkapan tersebut, justeru tanggungjawab menjaga kesihatan amatlah diberi penekanan sama ada dalam bidang agama malah masyarakat. Walau bagaimanapun, dalam dunia yang penuh pancaroba dan manusia sentiasa diancam kesibukan, pelbagai ragam kehidupan telah mendatangkan pelbagai ancaman terhadap kesihatan. Oleh hal yang demikian, dengan peluang yang diberkan ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan hadirin sekalian tentang gaya hidup yang positif berdasarkan polisi ilmu kesihatan.

Tuan-tuan dan puan yang dihormati sekalian,

Banyak orang yang berfikir bahawa terminologi sihat itu hanya terletak kepada tubuh badan yang sihat tegap dan sasa. Sebenarnya kesihatan adalah merangkumi kesejahteraan fizikal dan rohani iaitu yang meliputi tubuh badan, mental, emosi, dan rohani. Untuk memperoleh kesihatan seumpama itu, justeru setiap individu hendaklah memberikan perhatian dalam semua aspek kesihatan. Penjagaan fizikal yang sihat seperti memperoleh makanan yang berzat dan seimbang adalah amat penting. Hal tersebut memang penting kerana minda dan emosi yang sihat adalah terjana daripada tubuh badan yang sihat.

Prasyarat terpenting untuk memperoleh kesihatan fizikal, kita hendaklah sentiasa peka terhadap alam sekitar. Dengan kata lain, kawasan sekitar hendaklah sentiasa bersih, bebas daripada sebarang anasir penyakit. Bagi memastikan persekitaran sentiasa dalam suasana bersih, amalan menjaga kebersihan seperti sistem pembuangan sampah yang teratur hendaklah dititikberatkan. Alam sekitar perlu dijaga juga terutama dalam aspek pelesterian iaitu penjagaan alam semula jadi.

Dalam dunia yang kaya dengan sistem maklumat dan akses maklumat yang semakin canggih pula, kita haruslah proaktif mencari info tentang kesihatan. Maklumat sama ada yang berkaitan dengan penularan penyakit-penyakit baru, serangan wabak penyakit yang berpunca daripada bawaan seperti Selesema Burung, SARS, dan pelbagai penyakit berbahaya harus diketahui. Selain mengetahui pelbagai jenis penyakit dan bahaya penularannya, kita wajar mendalami kaedah-kaedah penjagaan penyakit. Hal ini tepat seperti pepatah Inggeris yang menyatakan mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubat. Dengan kemudahan teknologi tersebut kita mampu mengakses sumber maklumat primer untuk mengawal penyakit. Sesungguhnya tanggungjawab

Page 4: Masa Depan Sesebuah Negara Itu Dapat Diramal Hanya Dengan Melihat Golongan Muda Yang Bermastautin Di Negara Tersebut

membendung pelbagai gejala penyakit bukan sahaja terletak di bahu pihak berkuasa kerajaan sahaja malah tanggungjawab tersebut harus dipikul oleh individu atau organisasi terutamanya NGO.

Aspek pemakanan turut menjadi penentu kadar serangan penyakit kepada individu. Pengambilan makanan yang tidak seimbang terutama gula dan lemak sebenarnya telah mendedahkan diri kita kepada pelbagai bahaya. Memanglah jikalau diturut ‘hukum lidah’ setiap yang manis dan lemak itu sedap dan berselera, namun kesengsaraan yang bakal ditanggung oleh badan harus difikirkan juga. Pada hari ini isu pengambilan makanan segera sedang meledak di tengah-tengah polemik masyarakat. Pelbagai pihak memberikan pelbagai reaksi yang bebeza apabila Kementerian Kesihatan tampaknya cukup tegas mahu membatalkan semua lesen pengiklanan makanan segera. Walaupun tindakan Kementerian Kesihatan itu dianggap terlalu drastik dan boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif terhadap ekonomi negara, tetapi kita harus berfikir bahawa reaksi tersebut memberi isyarat bahawa pelbagai gejala penyakit yang berpunca daripada bawaan makanan turut menjadi ancaman besar kepada kesihatan sejagat.

Hadirin sekalian

Seperkara lagi yang wajar diberi perhatian serius oleh masyarakat adalah berkaitan dengan langkah membendung pelbagai gejala penyakit. Kita harus membuang budaya salah apabila sakit baru hendak berjumpa doktor. Doktor bukan sahaja berfungsi sebagai penyembuh penyakit, sebaliknya mereka amat profesional sebagai perunding dalam mengawal penyakit. Namun keadaan sebalik yang berlaku apabila majoriti daripada masyarakat hari ini akan hanya berjumpa doktor apabila sudah tiada harapan sembuh lagi. Ada segelintir pihak pula enggan berjumpa doktor kerana takut penyakit terpendam akan terbongkar. Daripada terpaksa memendam rasa kerana mengetahui menghidapi pelbagai masalah kesihatan, mereka berpendapat lebih baik tidak diketahui langsung. Akhirnya ramai yang menemui ajal sedangkan kemungkinan boleh diselamatkan sekiranya diketahui lebih awal. Oleh itu, kita wajar mengubah tanggapan yang salah itu dengan cara berusaha mengesan dan mengenal pasti punca penyakit yang mungkin boleh mengancam nyawa kita.

Selain itu, tabiat merupakan bawaan sepanjang hayat oleh seseorang itu. Sekiranya dia mengamalkan tabiat yang baik, natijahnya baiklah seluruh amalan hidupnya. Sebaliknya jikalau habit yang buruk menjadi bawaan nescaya individu itu akan menanggung sengsara seumur hayat. Hal demikian amat berkait rapat dengan usaha mengubah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pemabuk, dan makan secara membujur lalu melintang patah. Ubahlah kepada tabiat yang sihat seperti bersenam secara berjadual, mengawal emosi, dan bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif. Semua yang tersebut boleh membantu menstabilkan kesihatan kita memperoleh umur yang panjang. Ingatlah kita kepada nasihat pepatah iaitu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku bahaya padahnya.

Sekian terima kasih.

Page 5: Masa Depan Sesebuah Negara Itu Dapat Diramal Hanya Dengan Melihat Golongan Muda Yang Bermastautin Di Negara Tersebut

Salam sejahtera,

Dalam bahasa yang paling mudah, merdeka ialah bebas daripada segala belenggu dan ikatan yang mengongkong. Dalam konteks sebuah negara yang berdaulat, merdeka ialah bebas daripada pengaruh dan telunjuk kuasa asing yang berniat jahat. Semua urusan politik, ekonomi, sosial dan kenegaraan disandang oleh anak watan tanpa tunduk kepada tekanan pihak ketiga.

Malaysia yang terbentuk daripada gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ialah suatu entiti geopolitik yang sah dan diiktiraf di seluruh dunia. Sesekali memang terdapat ancaman yang menguji keutuhan persekutuan yang ditubuhkan sejak tahun 1963 itu. Tuntutan pertindihan wilayah daripada negara jiran berjaya dikendalikan atas semangat diplomatik dan norma hubungan antarabangsa tanpa campur tangan ketenteraan.

Perjuangan kemerdekaan negara telah berputik sekian lama sejak keruntuhan empayar Melaka pada tahun 1511 lagi, lalu bersambung dengan gerakan nyah penjajah oleh pahlawan tempatan seperti Dol Said, Dato' Maharajalela, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Rosli Dhobi dan ulama yang menerajui pendidikan pondok di serata pelosok tanah air. Perjuangan menuntut kemerdekaan disuarakan menerusi pelbagai organisasi dan media cetak sambil berhadapan dengan tali barut penjajah durjana. Walaupun pada akhirnya penjajah menyerahkan pengisytiharan kemerdekaan negara kepada golongan bangsawan, jasa pejuang yang terdahulu tidak pernah padam dalam lipatan sejarah.

Tuan puan yang dikasihi,

Kemerdekaan negara ialah suatu nikmat yang wajib disyukuri. Sejarah imperialisme Barat menunjukkan bahawa mereka hanya melepaskan negara-negara yang dijajah dalam pertengahan abad ke-20 setelah berpuas hati bahawa tangan-tangan ghaib mereka masih mencengkam di negara bekas jajahan. Rasa rendah diri yang dialami oleh rakyat negara jajahan menjadikan mereka sebagai pengkagum negara bekas penjajah, terutama dari segi cara berfikir, cara bertindak dan berbahasa.

Misi gold, gospel and glory yang dibawa oleh penjajah Barat masih berbekas hingga ke hari ini. Sistem kenegaraan bekas negara jajahan masih berkiblat kepada negara bekas penjajah. Begitu berliku dan betapa sukar sekali proses membina jati diri dalam kalangan pemimpin yang rakyat yang masih terpesona dengan negara bekas penjajah mereka.

Page 6: Masa Depan Sesebuah Negara Itu Dapat Diramal Hanya Dengan Melihat Golongan Muda Yang Bermastautin Di Negara Tersebut

Kini penjajahan secara fizikal telah diganti dengan penjajahan barang dan perkhidmatan. Negara-negara maju dengan kuasa beli yang tinggi telah menguasai entiti antarabangsa yang penting, termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu, Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), blok dan pertubuhan perdagangan, serta syarikat gergasi multinasional. Negara bekas jajahan dilabel sebagai negara dunia ketiga dan negara sedang membangun sahaja.

Hadirin yang dimuliakan,

Kemerdekaan yang hakiki kelihatan begitu mustahil dalam era globalisasi yang merupakan kesinambungan agenda penjajahan Barat. Namun, kematangan dan kebijaksanaan sahaja yang akan membuka ruang yang lebih luas buat negara yang pernah dijajah untuk merungkai ikatan pengaruh bekas negara penjajah satu per satu. Pemimpin dan rakyat mesti bersatu hati supaya impian kemerdekaan yang tulen dapat dicapai sepenuhnya.

Malaysia semakin dihormati oleh masyarakat antarabangsa, sama ada oleh negara-negara umat Islam mahupun negara serantau dan benua berlainan. Jika dahulu negara lebih dikenali sebagai pengeluar utama bijih timah dan getah, kini negara menjadi tumpuan kegiatan ekonomi antarabangsa, termasuk urus niaga barang dan perkhidmatan yang berteraskan teknologi tinggi. Rakyat Malaysia juga telah berkelana ke serata dunia untuk menawarkan kepakaran dan perkhidmatan yang mampu menyumbang terhadap kebajikan insan.

Sikap tolak ansur yang menjadi asas perpaduan rakyat juga menjadi insurans atau jaminan kemakmuran negara. Namun, rakyat Malaysia dengan tegas menolak sebarang bentuk kekerasan sama ada ancaman jenayah, pelampau dan penganjur keganasan. Ukuran keamanan negara boleh disahkan menerusi jumlah ketibaan pelancong yang mencecah angka 30 juta orang saban tahun.

Tuan puan yang dirahmati,

Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana keamanan yang dikecapi membolehkan segara urusan kehidupan berjalan dengan lancar tanpa gangguan yang ketara. Rantau Asia Tenggara yang terkenal sebagai zon aman, bebas dan berkecuali turut menyumbang kepada keadaan tenang tenteram di negara kita. Pergolakan politik tempatan di setiap negara tidak melepasi sempadan negara masing-masing.

Sehingga ke hari ini tahap keselamatan di tempat tumpuan awam dan pelancong di Malaysia masih sangat dipercayakan. Pelancong asing dan tempatan bebas ke mana-mana tanpa bimbang

Page 7: Masa Depan Sesebuah Negara Itu Dapat Diramal Hanya Dengan Melihat Golongan Muda Yang Bermastautin Di Negara Tersebut

berlakunya kejadian buruk, kecuali kes-kes jenayah yang bersifat terpencil. Rangkaian pengganas antarabangsa juga berjaya disekat daripada menyusup masuk ke dalam negara ini.

Usaha juga dilakukan ke tahap optimum untuk melemahkan modus operandi licik sindiket pengedar dadah antarabangsa, termasuk penyamaran keldai dadah dan bentuk fizikal dadah yang mengelirukan. Kepakaran pasukan keselamatan dan kecanggihan teknologi pengesanan dadah digembleng sepenuhnya. Memang benar bahawa penjenayah dadah tidak akan berputus asa, tetapi hukuman paling berat akan dikenakan sebaik sahaja muslihat mereka terbongkar..

Sidang hadirin yang berjiwa merdeka,

Marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan negara yang sedang dikecapi dengan tekad agar masyarakat kita sentiasa berganding bahu bagi memacu negara ke arah pencapaian sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Perbezaan pendapat yang berlaku hendaknya hanya bertujuan menuju kebaikan semata-mata. Kita belajar daripada pengalaman sejarah perjuangan kemerdekaan dengan fikiran yang terbuka, bukan untuk mengungkit kisah silam atau sekadar nostalgia.

Asas perlembagaan negara yang menjunjung tinggi martabat Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan hendaklah diterima tanpa syarat. Pengorbanan masyarakat Melayu dan peribumi sekian lama perlu dihargai dan diingati sebagai suatu hakikat sejarah yang sah. Nilai-nilai murni tempatan perlu dijulang, manakala kebijaksanaan walau dari mana sekalipun hendaklah sentiasa diraikan, justeru al-hikmah dolatul mukmin.

Sekian sahaja syarahan kemerdekaan saya yang tidak sepertinya. Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat, petunjuk dan redha Ilahi. Merdeka, merdeka, merdeka!

Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

Page 8: Masa Depan Sesebuah Negara Itu Dapat Diramal Hanya Dengan Melihat Golongan Muda Yang Bermastautin Di Negara Tersebut

Setiap kali menjelang Ogos, rakyat Malaysia diperingatkan supaya sentiasa memperbaharui semangat patriotisme iaitu semangat cintakan negara. Melalui semangat cintakan negara akan dapat membentuk ke arah pembina negara bangsa yang bersatu padu. Matlamat dan wawasan membina Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 mestilah berasaskan kepada penyatuan dan perpaduan rakyat yang kukuh dan padu. Apabila transformasi ini berlaku kemerdekaan akan terus dapat didaulatkan. Patriotisme seharusnya menjadi subjek dan tema penting yang mencorakkan hala tuju perubahan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaan hampir 55 tahun yang lalu. Dalam masa sama Malaysia menghadapi pelbagai cabaran semasa yang kritikal seperti globalisasi, liberalisasi, neokolonialisme, feudalisme baru, anarkisme, keganasan, sekularisme, demokrasi, pembinaan negara bangsa dan sebagainya. Justeru, patriotisme adalah keyakinan kita bahawa negara ini lebih hebat daripada negara lain, disebabkan kita lahir di negara ini. Selain itu, kita juga harus bertanya kepada diri kita apa sumbangan kita kepada negara yang kita cintai. Setiap rakyat yang cintakan negaranya pasti berfikir dan merenung perjuangan yang telah kita lalui sepanjang 55 tahun lalu. Untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 negara kita melalui pelbagai pahit getir dengan perjuangan para pejuang yang mencetuskan kemerdekaan negara. Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Usaha mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Mengibarkan Jalur Gemilang adalah simbol kepada rasa cinta kepada negara. Bendera adalah lambang negara yang seharusnya berkibar megah di perkarangan rumah, sekolah, pejabat dan juga di kenderaan. Melalui semangat ini rasa cintakan negara akan dapat dikekalkan dalam jiwa setiap rakyat. Mengibarkan Jalur Gemilang tidak terbatas kepada pegangan politik. Kemerdekaan adalah lambang kedaulatan sesebuah negara. Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan tanggungjawab setiap rakyat. Kesetiaan pada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang sangat penting. Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Patriotisme juga adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Setiap rakyat yang cintakan negara ini harus mengakui Malaysia adalah tanah tumpah darah dan tiada negara lain seaman dan semakmur Malaysia. Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara. Semangat patriotisme perlu dibangunkan melalui dasar pembangunan manusia iaitu membabitkan ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi. Usaha haruslah dilakukan dengan menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa. Pencapaian dalam sukan Olimpik dengan satu pingat perak dan gangsa di London baru-baru adalah suatu permulaan ke arah itu. Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 dan Hari Malaysia rasa cinta terhadap negara seharusnya dimantapkan lagi dalam hati setiap rakyat negara ini. Ini mencerminkan jiwa patriotik dan perasaan seseorang itu. Menghayati nikmat merdeka sama ada golongan tua dan muda mestilah dilakukan ke arah membangkitkan semangat cintakan negara. Tema pada tahun ini "Janji Ditepati" tak perlulah dipertikaikan lagi. Pendidikan adalah bidang yang paling berkesan untuk menerapkan semangat cintakan tanah air. Sejak di bangku sekolah lagi seseorang murid dari Tahun Satu hingga Enam dan pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima diterapkan dengan lagu Negaraku, bacaan ikrar

Page 9: Masa Depan Sesebuah Negara Itu Dapat Diramal Hanya Dengan Melihat Golongan Muda Yang Bermastautin Di Negara Tersebut

Rukun Negara dan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap kali menjelangnya Ogos bulan kemerdekaan negara. Golongan muda seharusnya mengambil contoh dan teladan pejuang kemerdekaan dahulu selain Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra yang gigih serta mempunyai semangat cintakan negara terdapat juga tokoh lain yang turut berjuang ke arah kemerdekaan. Sebagai contoh, Pendeta Za'ba ialah pejuang kemerdekaan yang telah berjuang memimpin orang Melayu pada zamannya. Beliau menyatakan: " Saya telah diminta memimpin orang Melayu yang ketika itu tidak ada pemimpin, saya menerima permintaan itu. Dengan semangat, saya ingin menentang Malayan Union dan tidak ada orang memimpin orang Melayu, tanpa sebarang bantahan saya terus berikhtiar menegakkan politik Melayu." Membina bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cintakan negara. Remaja adalah aset terpenting negara. Penerapan semangat patriotisme iaitu rasa cinta akan negara mestilah dilakukan untuk membina negara bangsa. Memupuk semangat cintakan negara tidak seharusnya bergantung pada wahana sejarah semata-mata. Ini boleh dilakukan melalui mata pelajaran lain melalui penerapan nilai murni dan semangat cintakan negara. Pemupukan jati diri kepada pelajar mestilah bermula daripada rasa cinta dan sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yang mesti dipertahankan kedaulatannya sepanjang masa. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu. Menerapkan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan kesedaran terhadap tanah air. Patriotisme juga tidak dapat dipisahkan daripada jati diri negara iaitu sifat negara merdeka dan berdaulat itu benar-benar dikotakan. Patriotisme terhadap negara bersangkutan juga dengan identiti bangsa dan identiti ini sewajarnya subur melalui bahasa kebangsaan yang berfungsi penuh, termasuk sebagai pengantar pendidikan di sekolah.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ