kajian masyarakat terhadap perasaan cintakan …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah...

31
KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN NEGARA : KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka Aras 3, Blok Podium, Menara Pesdekutuan, MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka Tel: 06-2345050 Faks: 06-2345051

Upload: others

Post on 15-Nov-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN NEGARA : KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka Aras 3, Blok Podium,

Menara Pesdekutuan, MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel: 06-2345050 Faks: 06-2345051

Page 2: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

2

ABSTRAK

Setiap negara dalam dunia mempunyai simbol atau lambang bagi mempamerkan

kewujudannya serta kedaulatannya di pentas dunia. Malaysia juga tidak terkecuali

untuk memiliki simbol kebanggaannya iaitu melalui kewujudan bendera Malaysia

yang bernama Jalur Gemilang. Jalur Gemilang adalah simbol dan identiti penting

Persekutuan Malaysia. Ia mempunyai nilai dan darjat yang melambangkan

kedaulatan, kemerdekaan dan kebebasan negara kita. Sehingga kini, Jalur

Gemilang kekal menjadi simbol kebanggaan negara ini serta setiap

warganegaranya tanpa mengira di mana mereka berada. Saat bendera kita

dikibarkan serta diiringi dengan lagu Negaraku membawa kepada satu perasaan

kasih dan sayang setiap warganegara terhadap Malaysia. Setiap rakyat yang

sayangkan negara sudah pasti akan mengibarkan bendera negara tanpa rasa

segan silu. Malangnya, terdapat segelintir pihak yang sanggup merosakkan simbol

berkenaan hanya untuk memenuhi hasrat atau fahaman peribadi mereka. Maka,

kajian ini meninjau persepsi dan kefahaman masyarakat Rukun Tetangga

terhadap semangat cintakan negara yang diterapkan melalui pemahaman

berkaitan Jalur Gemilang dalam kehidupan seharian. Data diperolehi melalui

rujukan perpustakaan, sorotan kajian terdahulu dan borang soal selidik. Kajian

menunjukkan bahawa hampir semua responden menyedari nilai-nilai patriotisme

adalah tinggi terhadap bendera Malaysia. Malahan, kebanyakan responden

bersetuju semangat cintakan negara perlu disemai, dibaja, dipupuk dan dididik

sejak peringkat prasekolah, membawa ke alam persekolahan sehingga ke

universiti. Justeru naluri kebanggaan terhadap maruah, jati diri dan cinta negara

dapat dilestarikan hasil penghayatan budaya cintakan negara Malaysia melalui

simbol kedaulatan negara, iaitu Jalur Gemilang.

Page 3: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

3

KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN NEGARA : KAJIAN KES DI BANDAR MELAKA

1.0 PENGENALAN

Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara

sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan

tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan

kesetiaan kepada negara. Mutakhir ini, semangat patriotisme kelihatan agak

longgar di kalangan masyarakat. Semangat yang longgar ini ditandai dengan

kurangnya penglibatan masyarakat dalam pasukan beruniform, sambutan bulan

kemerdekaan yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah dan isu-isu yang

menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh. Situasi ini

menunjukkan bahawa masyarakat tidak memahami nilai-nilai patriotisme dan

menghayatinya.

Kesedaran dan penghayatan semangat patriotik terhadap sesebuah negara

lazimnya dipamerkan melalui pelbagai kaedah sebagai lambang cintakan bangsa

dan negara. Intipati semangat cintakan negara akhirnya akan menjurus kepada

perpaduan yang selanjutnya menatijahkan keadaan yang aman damai dan

melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik.

Keadaan ini membolehkan rakyat daripada pelbagai etnik dapat hidup bersama

dalam suasana aman dan bebas daripada konflik kekerasan etnik yang kerap dan

berpanjangan (Shamsul Amri Baharuddin, 2014).

Page 4: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

4

1.1 KONSEP CINTAKAN NEGARA (PATRIOTISME)

Patriotisme diistilahkan sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air

(Kamus Dewan 1989: 917). Patriotisme berasal dari perkataan Latin patria dan

Greek patritha yang merujuk kepada seseorang yang mempunyai perasaan cinta,

sentiasa menyokong dan mempertahankan negara sendiri secara berterusan dan

berpanjangan. Sementara isme pula merujuk kepada semangat, fahaman ataupun

perasaan. Patriotisme bermaksud kecintaan seseorang kepada tanah tumpahnya

atau negaranya (Aziz, 2009; Nazri & Jamsari, 2002; Hand, 2011). Patriotisme

merupakan sebuah konsep yang berkaitan dengan kenegaraan (Aziz, 2009; Kardi,

2009). Peredaran zaman dan keadaan boleh mengubah bentuk patriotisme tetapi

patriotik masdih tetap kekal sebagai perasaan cinta kepada tanah air.

Muhamad Ali Embi (2009) menegaskan patriotisme bukanlah sekadar

luahan perasaan namun menuntut kepada penghayatan daripada setiap

warganegara. Beliau mengandaikan bahawa patriotisme bukan sekadar

semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang agung serta melibatkan elemen

keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan

kedaulatan. Oleh itu, setiap warganegara Malaysia harus mempunyai semangat

patriotisme kerana kemerdekaan yang diperolehi bukan merupakan sesuatu yang

mudah, malah ianya berlaku dalam suasana yang dramatik.

Nilai-nilai patriotisme termasuklah elemen-elemen kesetiaan, keberanian,

rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara (Abd Rahim Abd

Rashid, 2004). Seseorang itu boleh dianggap sebagai berjiwa patriot (pejuang)

apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri berteraskan

kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nik Anuar Nik Mahmud, 2002).

Page 5: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

5

Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan

yang menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut

menghuni. Ianya juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh

yang kuat terhadap tingkahlaku manusia. Ianya sering kali dikaitkan dengan

kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu

dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme

yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin Kardi: 2003).

Manakala Ku Hasnita (2007) menegaskan patriotisme sebagai satu

tindakan yang bersumberkan emosional, iaitu cinta dan setia kepada negara

sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi negara.

Patriotisme adalah sebuah konsep yang berkaitan dengan kenegaraan.

Kenegaraan dibentuk oleh warisan dan wawasan yang berlandaskan liku-liku

sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan,

sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang diketuai oleh

pemimpin yang memimpin rakyat untuk melalui pelbagai liku sejarah sejak zaman

dahulukala. Hubungan rakyat kepada negara dan pemimpin diikat oleh semangat

patriotisme (Aziz, 2009).

Page 6: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

6

1.2 NILAI-NILAI CINTAKAN NEGARA

Dalam konteks negara Malaysia, konsep cintakan negara yang ingin

diterapkan adalah mempunyai nilai-nilai berikut:

1.3.1 Berbangga sebagai rakyat Malaysia 1.3.2 Bersemangat setia negara 1.3.3 Bersemangat kekitaan 1.3.4 Berdisplin 1.3.5 Berusaha dan produktif

Nilai-nilai ini telah diterima dan digunapakai oleh Kementerian Pendidikan

(Ahmad Fawzi Basri, 2002) dan diterapkan di kalangan pelajar-pelajar dari

peringkat rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) agar dapat

melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang tinggi sebagai aset yang

berharga kepada agama, bangsa dan negara.

1.3 SENARIO CINTAKAN NEGARA DI MALAYSIA

Di Malaysia, kecintaan dan kesetiaan kepada negara ditonjolkan dengan cara

menitikberatkan perpaduan dalam seluruh aspek pembangunan. Perasaan ini

melahirkan masyarakat beradab yang bersedia menempuh segala cabaran dan

ancaman di era ini (Abdullah, 2009). Manakala Muhamad Ali Embi (2009),

Kecintaan kepada negara bukan hanya setakat ungkapan di bibir semata-mata

atau hanya bersifat simbolik seperti menghormati simbol-simbol negara seperti

pemimpin, lagu dan bendera sahaja. Malah lebih dari itu kecintaaan kepada

negara boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara.

Page 7: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

7

Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai cintakan negara telah bermula

sejak daripada sekolah rendah. Menurut Buku Panduan Pemupukan Patriotisme

Di Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan: 1994), nilai-nilai cintakan negara

perlu diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Begitu juga melalui ko-

kurikulum seperti aktiviti sukan, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Manakala

di peringkat menengah pula, ianya diterapkan melalui subjek Sejarah, Pendidikan

Moral, Geografi, Pendidikan Islam dan subjek-subjek yang lain.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH Bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah negara yang berkait rapat dengan

semangat patriotik dalam mempertahankan maruah, bangsa, agama dan ibu

pertiwi. Bendera juga merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan,

martabat dan kewarganegaraan bagi sesebuah negara. Oleh itu, penggunaan

bendera dan penghormatan ke atasnya adalah sebagai satu simbol nasionalisme.

Semua negara di dunia mempunyai bendera iaitu sebidang kain yang diperagakan

bagi menunjukkan tanda atau lambang kewujudan sesebuah negara (Bendera

Kita, Jalur Gemilang).

2.1 PENYATAAN MASALAH

Di sesetengah negara termasuk di negara-negara jiran, mereka amat berbangga

dan menghormati bendera kebangsaan sehingga menganggap ia sebagai sesuatu

yang suci. Rakyat mereka akan mengibarkan atau memasang gambar bendera

bersama potret raja atau pemimpin mereka tanpa paksaan dan ia juga tidak terhad

hanya ketika musim perayaan atau sambutan kemerdekaan. Rakyat mereka diajar

Page 8: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

8

untuk menyayangi negara dan menghormati simbol kedaulatan negara seperti

bendera bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.

Di Malaysia pula, terlihat Jalur Gemilang yang lusuh dan koyak dibiarkan

berkibar lesu. Ini menunjukkan sikap ‘acuh tak acuh’ masyarakat kita. Mungkin

ada yang langsung tidak sedar bahawa Jalur Gemilang tersebut pernah dipasang

di premis mereka sehinggakan ia terbiar lusuh dan koyak. Tidak ramai yang

mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kereta masing-masing berbanding

keghairahan mengibarkan bendera parti dan poster ketika kempen pilihan raya. Ini

sedikit sebanyak menggambarkan kurangnya semangat mengibarkan bendera

negara kita dalam kalangan orang ramai. Dewasa ini, generasi muda lebih selesa

menggunakan media sosial untuk menzahirkan semangat patriotik mereka. Walau

bagaimanapun, mereka harus menerima hakikat bahawa kita bukannya hidup di

alam maya atau virtual world dan perlu menunjukkan rasa cinta kita kepada

negara di alam nyata. Impaknya lebih besar jika bendera sebenar dikibarkan di

premis dan kenderaan masing-masing. Sememangnya, semangat cintakan negara

itu harus datang dari hati yang ikhlas dan bukan paksaan atau sebab-sebab lain.

Amat menyedihkan apabila melihat bendera negara kita yang menjadi

simbol kebanggaan dan penyatuan semua bangsa dalam negara menjadi mangsa

vandalisme, dirosakkan, terbengkalai dibakar, serta diubah bentuknya mengikut

citarasa sesetengah pihak. Jika ini dibiarkan berlaku ia bukan sahaja akan

mengundang perasaan tidak puas hati ramai pihak malah akan merosakkan

identiti negara ini di mata dunia.

Pada malam sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 (2013) sekumpulan

individu sengaja mengibarkan bendera yang mereka namakan Sang Saka Malaya

sebagai tindakan provokasi dan penafian terhadap Jalur Gemilang. Pernah juga

Page 9: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

9

bendera Malaysia sengaja dipasang terbalik semata-mata atas kebencian politik

sedangkan lambang negara itu tidak ada kena-mengena sama sekali dengan soal

politik kepartian.

Kejadian-kejadian seumpama itu dilihat sering berlaku di banyak luar

negara yang mengelar diri mereka sebagai negara maju di mana rakyatnya

sesuka hati merosakkan atau mencacatkan bendera mereka sendiri. Budaya

merosakkan, mencacatkan dan memusnahkan bendera negara sendiri tidak

sepatutnya menjadi contoh kepada semua. Walau apapun pendapat atau fahaman

berbeza yang ada dalam kalangan rakyat Malaysia, bendera Jalur Gemilang patut

dibiarkan bebas berkibar tanpa menjadi mangsa terhadap sebarang pendapat

atau fahaman berbeza yang berlaku dalam kalangan masyarakat negara ini.

Sebarang tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai menghina dan tidak

menghormati Jalur Gemilang adalah perbuatan yang mencabar maruah negara. Di

negara kita, ada beberapa akta yang boleh digunakan ke atas mereka yang

menghina Jalur Gemilang iaitu Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan

Tidak Wajar) 1963 dan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Akta itu diwujudkan untuk mengawal penggunaan 'Lambang-Lambang

Kebangsaan'. Berdasarkan Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah

Penggunaan Tidak Wajar) 1963, seseorang yang menjual atau menggunakan

Jalur Gemilang atau apa-apa tiruan yang serupa dengannya bagi tujuan

perdagangan dan perniagaan atau menggunakannya di dalam cap dagangan

tanpa mendapat keizinan bertulis menteri boleh didakwa.

Berdasarkan Akta A1525 Akta Lambang dan Nama (Mencegah

Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan 2017) pada Fasal 2 berkaitan penggantian

Seksyen 5 bagi Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar)

Page 10: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

10

menetapkan jika disabitkan kesalahan seperti di bawah Seksyen 3, maka

seseorang itu boleh dikenakan denda sehingga RM12,000 atau dipenjara tidak

lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Bagaimanapun, pindaan itu masih belum

dikuatkuasakan lagi (Portal Rasmi e-Warta Wilayah Persekutuan). Justeru, denda

tidak melebihi RM1,000 bagi mana-mana orang yang melanggar seksyen akta

terbabit masih terpakai.

Selain itu, Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948 juga ada

memperuntukkan hukuman berkaitan kesalahan menghina lambang kebangsaan.

Pada 2013, kerajaan cuba memperkenalkan kesalahan berkaitan bendera

kebangsaan melalui Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013.

Fasal 5 'Rang Undang-Undang' itu antara lain menggariskan hukuman penjara

mandatori 15 tahun dan denda untuk kesalahan memijak Jalur Gemilang atau

apa-apa bendera negara lain dengan niat untuk menghina. Bagaimanapun, fasal

terbabit digugurkan daripada rang undang-undang itu selepas ia dibahaskan pada

bacaan kali kedua.

2.2 TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan senario yang terdapat dalam Malaysia berkaitan patriotisme dan

perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang dikatakan

telah merosot, kajian ini cuba membuktikan perkara tersebut dengan cara menilai

tahap pengetahuan am Rukun Tetangga berkaitan bendera Malaysia dan persepsi

mereka terhadapnya.

Page 11: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

11

3.0 SOROTAN KAJIAN TERDAHULU

Kajian Mengenai Kesedaran Cintakan Negara Dalam Kalangan Belia Bandar di

Semenanjung Malaysia oleh Sarjit S. Gill, Profesor Madya Ahmad Tarmizi Talib

dan Mohd Rahimi Ramli dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2015 telah

mengukur empat elemen yang mempengaruhi tahap kesedaran pentingnya

patriotisme, iaitu mengikut etnik, jantina, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan.

Kajian berkenaan mempunyai intipati yang sama dengan kajian ini patriotisme

sebagai teras kajian. Cuma yang berbeza kajian ini dibuat ke atas responden yang

terdiri daripada Rukun Tetangga dengan penekanan terhadap nilai-nilai

patriotisme melalui Jalur Gemilang.

3.1 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan pendekatan, kuantitatif bagi

mencapai objektif kajian. Melalui pendekatan kuantitatif, kaedah tinjauan dilakukan

dengan menggunakan borang soal selidik yang dibangunkan dalam masa 1 bulan.

Instrumen berkenaan dinamakan sebagai Soal Selidik Kajian Cintakan Negara.

Seramai 409 orang warga Rukun Tetangga yang menetap di kawasan bandar di

negeri Melaka terlibat dalam kajian ini. Responden terdiri daripada Rukun

Tetangga, orang ramai, pelbagai peringkat umur, etnik, jenis pekerjaan, tahap

pendidikan dan kawasan tempat tinggal. Hasil kajian ini diperoleh melalui soal

selidik yang dianalisis secara deskiptif.

Page 12: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

12

Soalan-soalan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A

mengenai Maklumat Demografi (5 soalan), Bahagian B Soalan Umum (Jalur

Gemilang) dan Bahagian C (soalan terbuka) mengenai persepsi responden

terhadap insden yang melibatkan Jalur Gemilang.

Soalan-soalan merangkumi enam tema yang berintikan cintakan negara

seperti: adakah patriotisme atau perasaan cintakan negara perlu dipupuk usia

kecil di rumah; adakah mencintai dan berkorban untuk negara adalah

tanggungjawab kewarganegaraan?; bilakah bendera Malaysia diisytiharkan

sebagai ‘Jalur Gemilang’; apakah maksud 14 jalur yang melintang berwarna

merah dan putih serta biru pada Jalur Gemilang; bagaimana perasaan responden

di saat Jalur Gemilang dikibarkan dan diiringi dengan lagu Negaraku?; dan

mengapa rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama memasang dan

mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan?.

Untuk tujuan mengumpul data, pegawai dari Jabatan Perpaduan Negeri

Melaka dan Pejabat Perpaduan Daerah telah mengedarkannya ke dalam

program-program dan aktiviti anjuran pejabat daerah dan negeri. Beberapa

pegawai turun ke lapangan sebagai pemantau bagi memastikan pentadbiran

kajian adalah mematuhi prosedur Standard Operation Prosedure (SOP) yang telah

ditetapkan. Surat pemakluman kajian juga telah dihantar ke Pejabat Perpaduan

Daerah.

Proses key-in dan pembersihan data dilakukan sendiri oleh pasukan

penyelidik yang terdiri daripada semua pegawai operasi di peringkat negeri dan

daerah dengan menggunakan program SPSS versi 20.0 dan versi 22.0. Tindakan

ini adalah bagi memastikan kerahsiaan terpelihara selain meminimakan kesilapan

ketika proses memasukkan data.

Page 13: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

13

3.2 ANALISA TABURAN RESPONDEN Bahagian ini akan menghuraikan mengenai latar belakang responden atau ciri

demografi yang dipilih berdasarkan jantina, umur, jenis pekerjaan, tahap

pendidikan dan kawasan tempat tinggal, Struktur taburan responden adalah

seperti berikut :

a) Jantina Responden

Taburan jantina pula, majoriti responden terdiri daripada responden perempuan,

iaitu 60.0 peratus iaitu seramai 249 orang dan dikuti 39.1 peratus sahaja lelaki

bersamaan seramai 160 orang. Taburan responden mengikut jantina ditunjukkan

dalam Jadual 1 di bawah :

Jadual 1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Frekuensi Peratus Peratus Terkumpul

Lelaki 160 39.1 39.1 Perempuan 249 60.9 100 Jumlah 409 100

Rajah 1 Carta Pai Taburan Responden Mengikut Jantina

Page 14: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

14

b) Umur Responden

Bagi kategori umur pula, responden dibahagikan kepada 4 peringkat, iaitu kurang

dari 30 tahun, 30 hingga 39 tahun, 40 hingga 49 tahun dan lebih 50 tahun.

Seramai 154 orang responden atau 37.7 peratus adalah berusia lebih 50 tahun.

Bagi responden yang berumur 40 hingga 49 tahun adalah seramai 127 orang atau

sebanyak 31.1 peratus. Responden yang berumur 30 hingga 39 tahun adalah

seramai 83 orang atau mewakili 20.3 peratus. Umur yang terakhir adalah kurang

30 tahun adalah seramai 45 orang mewakili 11 peratus. Taburan responden

mengikut umur ditunjukkan dalam Jaadual 2 di bawah :

Jadual 2 Taburan Responden Mengikut Umur

Umur Frekuensi Peratus Peratus Terkumpul

<30 Tahun 45 11.0 11.0 30-39 Tahun 83 20.3 31.3 40-49 Tahun 127 31.1 62.3 >50 Tahun 154 37.7 100 Jumlah 409 100

Rajah 2 Carta Pai Taburan Responden Mengikut Umur

Page 15: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

15

c) Pendidikan Responden

Kategori pendidikan yang dipilih adalah terdiri daripada Ijazah Lanjutan dan ke

atas, Ijazah, Diploma, Sijil, SPM dan lain-lain. Hanya 3 orang atau 0.7 peratus

responde yang mempunyai pendidikan Ijazah Lanjutan. Sebanyak 9 orang atau

4.6 peratus responden mempunyai pendidikan tahap Ijazah manakala, responden

yang mempunyai pendidikan tajap Diploma adalah seramai 78 orang atau 19.1

peratus. Bagi pendidikan tahap Sijil pula ialah seramai 33 orang atau 8.1 peratus.

Pendidikan kategori SPM dan lain-lain pula seramai 276 orang responden

mewakili 67.5 peratus. Taraf responden mengikut taraf pendidikan adalah seperti

yang ditunjukkan dalam Jadua 3 di bawah :

Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Akademik

Akademik Frekuensi Peratus Peratus Terkumpul

Ijazah lanjutan ke atas 3 0.7 0.7 Ijazah 9 4.6 5.4 Diploma 78 19.1 24.4 Sijil 33 8.1 32.5 SPM/lain-lain 276 67.5 100 Jumlah 409 100

Rajah 3 : Carta Pai Taburan Responden Mengikut Akademik

Page 16: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

16

d) Pekerjaan Responden Bagi kategori pekerjaan responden, terdapat dua kategori yang dipilh iaitu

kerajaan dan swasta/lain-lain. Responden yang bekerja dalam sektor kerajaan

ialah seramai 205 orang atau 50.1 peratus manakala sektor swasta/lain 204 orang

atau 49.9 peratus. Jadual 4 di bawah menunjukkan kategori pekerjaan responden:

Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Pekerjaan Frekuensi Peratus Peratus Terkumpul

Swasta/lain-lain 204 49.9 49.9 Kerajaan 205 50.1 100 Jumlah 409 100

Rajah 4 : Carta Pai Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Page 17: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

17

e) Penempatan Responden Kategori tempat tinggal yang dipilih adalah bandar dan luar bandar. Bagi kategori

bandar ialah seramai 217 orang atau 53.1 peratus manakala bagi kategori luar

bandar pula seramai 192 orang atau 46.0 peratus. Taburan responden mengikut

penempatan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah :

Jadual 5 Taburan Responden Mengikut Penempatan

Penempatan Frekuensi Peratus Peratus Terkumpul

Bandar 217 53.1 53.1 Luar Bandar 192 46.9 100

Jumlah 409 100

Rajah 5 Carta Pai Taburan Responden Mengikut Penempatan

Page 18: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

18

3.3 ANALISA FREKUENSI RESPONDEN (BAHAGIAN B)

Terdapat lima faktor demografi yang dianalisakan iaitu Jantina, Umur, Tahap

Pendidikan, Jenis Pekerjaan dan Kawasan Penempatan. Daripada kesemua

soalan di Bahagian B, soalan telah dipilih untuk dianalisa dan diteliti bagi menguji

tahap pengetahuan am serta semangat patriotisme warga Rukun Tetangga di

negeri Melaka. Hal ini kerana pemilihan soalan-soalan yang dianalisia ini di;ilih

mengikut bhasil keputusan yang memberangsangkan dan lebih dominan untuk

dianalisa. Keputusan analisa-analisa yang telah dikaji terdapat seperti di bawah :

Perhubungan di antara faktor-faktor demografi dengan soalan berkaitan

pengetahuan am. Antara soalan yang diuji ialah Soalan B1 (Patriotisme atau

perasaan cintakan negara perlu dipupuk usia kecil di rumah?) dan dalam Rajah 6.

Rajah 6 Frekuensi Responden Bagi Soalan B1 (Patriotisme atau perasaan cintakan negara perlu dipupuk usia kecil di rumah?)

Page 19: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

19

Berdasarkan Rajah 6 1 di atas, 98.5 peratus responden memberikan jawapan

‘Setuju’ bagi soalan ini, manakala 1.2 peratus Tidak Bersetuju dan 0.2 peratus

Kurang Setuju. Hal ini memberi maksud seramai 402 orang responden bersetuju

bahawa sememangnya semangat cintakan negara atau patriotisme perlulah

dipupuk sejak dari usia kecil. Pendidikan patriotisme sangat penting dalam

memastikan perasaan cintakan negara dapat disemai di kalangan generasi akan

datang.

RAJAH 7

Frekuensi Responden Bagi Soalan B2 (Mencintai dan berkorban untuk negara adalah tanggungjawab kewarganegaraan?

Rajah 7 menunjukkan frekuensi keseluruhan responden yang menjawab

kenyataan pengetahuan am semasa iaitu ‘mencintai negara adalah

tanggungjawab kewarganegaraan’. Berdasarkan soalan, jawapan yang tepat ialah

dengan jawapan ‘ya’. Jika dilihat pada Rajah 7, sebanyak 0.2 peratus dan 0.5

peratus orang menjawab secara tidak tepat daripada keseluruhan 409 orang

responden iaitu dengan 99.3 peratus menjawab tepat.

Page 20: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

20

RAJAH 8

Frekuensi Responden Bagi Soalan B3 (Bilakah bendera Malaysia diisytiharkan sebagai ‘Jalur Gemilang’?)

Soalan B3 ini merupakan soalan pengujian pengetahuan am berkaitan tahun

pengisytiharan bendera Malaysia sebagai ‘Jalur Gemilang’. Berdasarkan

kenyataan soalan, pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr. Mahathir Mohamad,

Perdana Menteri ketika itu telah mengumumkan nama bagi Bendera Malaysia

sebagai Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Jalur Gemilang ialah

bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih yang sama lebar

bermula dengan jalur merah di bahagian atas dan berakhir dengan jalur putih di

bahagian bawah. Jalur Bendera Malaysia melambangkan satu haluan yang lurus,

hala tuju dan arah yang sama diikuti oleh rakyat negara ini dalam menuju

kegemilangan bangsa dan negara. Jalur Gemilang ini mewakili keanggotaan 13

buah negeri manakala 1 jalur mewakili Kerajaan Persekutuan. Gemilang pula

bermaksud bercahaya terang benderang dan cemerlang. Ia juga melambangkan

Page 21: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

21

kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana

kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu serta boleh menaikkan imej

negara di dalam dan di luar negara.

Merujuk kepada Rajah 8, terdapat empat pilihan jawapan iaitu tahun 1950,

1965, 1997 dan 1999. Daripada keseluruhan 409 orang responden, sebanyak 47.7

peratus responden menjawab tahun 1997, jawapan yang paling tepat. Manakala

30.1 peratus responden memilih tahun 1999, 12.2 peratus responden memilih

tahun 1965 dan terakhir sebanyak 10 peratus memilih tahun 1950 bagi soalan

tersebut.

Rajah 9

Frekuensi Responden Bagi Soalan B4 (Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur yang melintang berwarna merah dan putih. Apakah maksud jalur-jalur tersebut?

Page 22: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

22

Soalan B4 ini merupakan soalan pengujian pengetahuan am berkaitan jalur-jalur

yang terdapat pada Jalur Gemilang. Berdasarkan kenyataan soalan, Jalur

Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar

bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia

yang tiada bandingnya terhadap negara ini. Merujuk kepada Rajah 9, terdapat

empat pilihan yang disenaraikan. Daripada keseluruhan 409 orang responden,

sebanyak 94.6 peratus responden menjawab dengan tepat iaitu bilangan negeri

yang terdapat di Malaysia. Manakala 2.9 peratus responden memilih semua

pilihan diberikan, 1.5 peratus responden memilih bilangan kaum dan terakhir

sebanyak 1 peratus memilih 14 bilangan bahasa yang ada di Malaysia bagi soalan

tersebut.

Rajah 10

Frekuensi Responden Bagi Soalan B5 (Warna biru tua pada jalur merah melambangkan)

Page 23: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

23

Soalan B5 ini merupakan soalan pengujian pengetahuan am berkaitan maksud

warna-warna yang terdapat pada Jalur Gemilang. Berdasarkan kenyataan soalan,

bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat

Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha dalam memajukan

pembangunan ekonomi berasaskan sains serta teknologi moden.

Merujuk kepada Rajah 10, terdapat empat pilihan yang disenaraikan.

Daripada keseluruhan 409 orang responden, sebanyak 92.9 peratus responden

menjawab dengan tepat. Manakala 4.4 peratus responden memilih sgagah berani,

iaitu maksud warna merah pada Jalur Gemilang, 2 peratus responden memilih

parti memerintah dan terakhir sebanyak 0.7 peratus memilih jawapan bagi maksud

warna putih pada Jalur Gemilang iaitu warna putih yang melambangkan kesucian,

keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang

beradab dan berkeperibadian Malaysia.

RAJAH 11 Frekuensi Responden Bagi Soalan B6 (Bagaimana perasaan anda di saat Jalur Gemilang dikibarkan dan diiringi dengan lagu Negaraku?

Page 24: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

24

Soalan B6 ini merupakan soalan pandangan responden di saat Jalur Gemilang

dikibarkan dan diiringi dengan lagu Negaraku. Merujuk kepada Rajah 11, terdapat

empat pilihan yang disenaraikan mengikut pandangan peribadi responden.

Daripada keseluruhan 409 orang responden, sebanyak 99.3 peratus responden

menjawab sangat berbangga. Manakala hanya 0.5 peratus responden menjawab

tidak berbangga dan 0.2 peratus responden

tidak pasti akan perasaan mereka.

RAJAH 12 Frekuensi Responden Bagi Soalan B7 (Rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan sebagai tanda cintakan negara. Ia menunjukkan..)

Soalan B7 ini merupakan soalan pandangan responden sebab rakyat Malaysia

berbilang bangsa dan agama memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang

sempena Hari Kebangsaan. Umum mengetahui bahawa bula Ogos sehingga 16

September setiap tahun disambut sebagai bulan kebangsaan. Sebagai tanda

syukur akan nikmat kemerdekaan dan bangga sebagai warganegara bangsa

Page 25: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

25

Malaysia, Jalur Gemilang dikibarkan sebagai terjemahan rasa sayang kepada

negara, Kemerdekaan adalah satu nikmat yang patut disyukuri.

Merujuk kepada Rajah 12, terdapat empat pilihan yang disenaraikan

mengikut pandangan peribadi responden. Daripada keseluruhan 409 orang

responden, sebanyak 99.5 peratus responden bersetuju pengibaran Jalur

Gemilang sebagai tanda rasa cinta kepada negara. Manakala hanya 0.1 peratus

responden menjawab lain-lain dan 1 peratus responden memilih pengibaran Jalur

Gemilang adalah mengikut trend semasa.

4.0 PADANGAN TERBUKA RESPONDEN

Bendera adalah lambang kedaulatan negara. Beberapa peraturan perlu dipatuhi

bagi memastikan bendera digunakan dengan cara yang betul dan bersesuaian.

Jika perkara yang sebaliknya berlaku seolah-olah perbuatan ini suatu penghinaan

kepada bendera walaupun pada pandangan umum sahaja.

Dapatan kajian in mendapati majoriti responden berpendapat dan

melabelkan individu atau kumpulan yang sengaja mencetuskan insiden menghina

bendera kebangsaan sebagai tanda provokasi misalnya memijak, membakar atau

memasang bendera secara terbalik adalah mereka yang tidak patriotik, biadap,

tiada rasa tanggungajawab kepada negara, tidak bersyukur, tidak bermoral dan

tidak bertamadun.

Majoriti responden bersetuju bahawa mana-mana individu yang menghina

atau melakukan provokasi melampau terhadap bendera Jalur Gemilang yang

bertujuan mecemar nama baik atau menghasut dikenakan tindakan berdasarkan

undang-undang, dan diwujudkan suatu Akta Khas yang boleh dikenakan hukuman

Page 26: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

26

penjara bagi tujuan memberi pengajaran kepada masyarakat sekeliling.

Selain itu, responden juga bersetuju dalam menyemarakkan semangat

cintakan negara, wajar diadakan penganjuran program bagi memupuk semangat

patriotisme seperti lawatan ke tempat bersejarah, program taklimat, Bicara Tokoh,

Kempen Pengibaran Bendera, Konvoi Kemerdekaan dan sebagai lagi yang boleh

difikirkan. Malahan, matapelajaran Kenegaraan Malaysia dimantapkan lagi dengan

memasukkan elemen latihan kenegaraan dalam bentuk tugasan kepada pelajar

selain dari aspek teori sahaja.

5.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN AKAN DATANG

Kajian akan datang disyorkan untuk melihat tahap semangat patriotisme di

kalangan Rukun Tetangga mengikut kaum dan mengkaji penglibatan Rukun

Tetangga bukan bumiputera dalam program berkaitan patriotisme. Antara isu

kajian yang boleh dikaji ialah mengapa penglibatan Rukun Tetangga Cina/India

kurang dalam program kejiranan dan kemasyarakatan.

Selain itu langkah lain yang boleh diambil bagi menerapkan semangat

partiotik dalam diri masyarakat adalah melalui pendidikan sejarah, sivik dan

kenegaraan Malaysia.

Page 27: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

27

6.0 KESIMPULAN

Menyemai kecintaan pada bendera merupakan salah satu ciri penting dalam

pembinaan negara. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan bendera

kebangsaan kerana ia merupakan lambang kemegahan dan patriotisme yang

dapat membantu usaha-usaha ke arah mempromosikan dan mengukuhkan lagi

proses pembinaan negara dalam sebuah negara kita yang berbilang kaum, agama

dan budaya ini. Walau bagaimanapun, bagi menunjukkan rasa cintakan negara

mengibar Jalur Gemilang bukanlah satu-satunya cara menunjukkan semangat

patriotik kepada negara. Rakyat Malaysia boleh memaparkan semangat patriotik

mereka dalam kehidupan seharian, dalam pemikiran, percakapan dan tindakan

bagi membela dan mempertahankan kepentingan negara. Rakyat Malaysia juga

boleh mempamerkan semangat patriotik mereka dengan menyumbangkan

pendapat dalam apa yang mereka rasakan baik dan sihat untuk negara.

Menyatakan perasaan melalui saluran yang betul merupakan satu hak yang

seharusnya diamalkan oleh semua rakyat Malaysia yang patriotik, yang cintakan

negara dan inginkan yang terbaik untuk negara.

Harapan pengkaji agar agenda patriotisme terus disemarakkan di kalangan

rakyat Malaysia dan bukan hanya bermusim. Semangat patriotisme perlu dihayati

kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, perlu disuburkan

kembali jiwa patriotik yang semakin ketandusan. Semoga bangsa Malaysia akan

terus maju dengan semangat cinta yang sejati kepada negara.

Page 28: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

28

RUJUKAN

1. Aziz, Abd Rahman Abd. (2009). Ruang Bicara Semangat Patriotisme. Dlm Abdul Rahman Abdul Aziz (Ed.), Patriotisme Kemandirian Kita (Pertama., Hlm. 1–21). Kedah: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysiaabd Rahim Abd Rashid.2004. Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

2. Abdullah, Shagul Hamid. (2009). Patriotisme Kemandirian Kita. Dlm Abdul Rahman Abdul Aziz (Ed.), Patriotisme Kemandirian Kita (Pertama., Hlm. 47–60). Kedah: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia

3. Ahmad Fawzi Mohd. Basri. 2002. Patriotisme Dan Ketahan Nasional: Satu Pandangan Tentang Kesignifikannya Sebagai Agenda Negara. Kertas Kerja Dibentangkan Di Kongres Patriotisme Negara, Di Institut Latihan Keselamtan Sosial Kwsp, Anjuran Biro Tatanegara Dan Universiti Utara Malaysia, Bangi Pada 22-28 Oktober 2002.

4. Ang Kean Hua, Mengenai Penyelidikan Dan Kajian Kes: Satu Tinjauan Literatur, Faculty Of Environmental Studies, Universiti Putra Malaysia, 43400 Upm Serdang, Selangor Darul Ehsan

5. Aziz Ujang, Jamaluddin Md. Jahi, Kadir Arifin & Kadaruddin Aiyub, Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme Dan Perpaduan Nasional Di Malaysia,

6. Kamus Dewan. 1989. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 7. Kardi, Nordin. (2009). Ke Arah Penubuhan Majlis Patriotisme Negara. Dlm

Abdul Rahman Abdul Aziz (Ed.), Patriotisme Kemandirian Kita (Pertama., Hlm. 67–86). Kedah: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia.Ku Hasnita Ku Samsu. 2007. Patriotisme Di Kalangan Generasi Muda Malaysia: Kajian Kes Ke Atas Mahasiswa Bukan Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi. Universiti Putra Malaysia

8. Muhamad Ali Embi, 2009, Patriotisme Dan Kepercayaan Rakyat Di Malaysia (Pertama). Kuala Lumpur:Utusan Publication

9. Nik Nuar Nik Mahmud, 2002. Patriotisme Dan Bangsa Malaysia. Kertas Kerja Dibentangkan Di Kongres Patriotisme Negara, Di Institut Latihan Keselamtan Sosial Kwsp, Anjuran Biro Tatanegara Dan Universiti Utara Malaysia, Bangi Pada 22-28 Oktober 2002.

10. Nazri Muslim Dan Jamsari Alias, Patriotisme: Konsep Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Ukm

11. Prof Madya Abdullah @ Kassim Mohamad, Prof Madya Dr. Mokhtar Muhammad, Haliza Binti Hasan, Laporan Akhir Kajian Tahap Patriotik Rakyat Malaysia: Kajian Di Lembah Klang, 2002

12. Rohana Binti Nawi, Suhaila Abdul Ghani, Rugayah Yusof, Patriotisme Menurut Perspektif Islam : Konsep Dan Pelaksanaannya Terhadap Pelajar Semester Satu Politeknik Jeli Kelantan,

13. Saifuddin Abdullah. 2005. Patriotisme Alaf Baru: Dari Semangat Kepada Khidmat. Dlm. Hussain Mohamad (Pnyt.). Belia Dan Patriotisme Malaysia. Melaka: Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (Iksep).

14. Samni Bin Suraji, Abdul Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang, Pemupukan Nilai Patriotisme Dan Kesedaran Pelbagai Budaya Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia (Nurturing Of Patriotisme Values And Cultures Diversity In Early Chilhood Education In Malaysia), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia,

Page 29: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

29

15. Sarjit S. Gill, Mohd Rahimi Ramli, Ahmad Tarmizi Talib, Kesedaran Patriotik Dalam Kalangan Belia Bandar Di Semenanjung Malaysia

16. Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, Bendera Kita Jalur Gemilang, Jun 2017

Page 30: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

30

LAMPIRAN A

KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN NEGARA

BAHAGIAN A : MAKLUMAT DEMOGRAFI Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.

BAHAGIAN B – SOALAN UMUM (JALUR GEMILANG) Sila bulatkan pilihan jawapan.

1. Patriotisme atau perasaan cintakan negara perlu dipupuk usia kecil di rumah? (A) Setuju (B) Tidak Setuju (C) Kurang Pasti

2. Mencintai dan berkorban untuk negara adalah tanggungjawab kewarganegaraan?

(A) Ya (B) Tidak (C) Kurang Pasti

3. Bilakah bendera Malaysia diisytiharkan sebagai ‘Jalur Gemilang’?

(A) Tahun 1950 (B) Tahun 1965 (C) Tahun 1997 (D) Tahun 1999

4. Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur yang melintang berwarna merah dan putih. Apakah

maksud jalur-jalur tersebut? (A) Bilangan negeri dalam Malaysia (B) Bilangan kaum utama di Malaysia (C) Bilangan bahasa yang dituturkan di Malaysia (D) Semua di atas

1. Jantina i.Lelaki ii. Perempuan

2. Umur i.kurang 30 tahun ii.30 – 39 tahun

iii.40 – 49 tahun iv.lebih 50 tahun

3. Kelayakan akademik i.Ijazah Lanjutan & ke atas

ii.Ijazah

iii.Diploma iv.Sijil

v.SPM/PMR/Sek. Rendah

4. Jenis Perkerjaan i.Swasta/lain-lain ii.Kerajaan

5. Tempat tinggal i.Bandar ii.Luar Bandar

Page 31: KAJIAN MASYARAKAT TERHADAP PERASAAN CINTAKAN …...sejarah yang dilalui oleh rakyat dalam sebuah negara. Dari segi warisan, sesebuah negara terbentuk daripada kehidupan rakyat yang

31

5. Warna biru tua pada jalur merah melambangkan......

(A) Parti yang memerintah (B) Gagah dan berani (C) Perpaduan rakyat Malaysia (D) Hasrat rakyat yang suci murni

6. Bagaimana perasaan anda di saat Jalur Gemilang dikibarkan dan diiringi dengan lagu Negaraku? (A) Sangat Berbangga (B) Tidak Berbangga (C) Tiada Perasaan (D) Tidak Pasti

7. Rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang

sempena Hari Kebangsaan sebagai tanda cintakan negara. Ia menunjukkan…. (A) Rasa cinta kepada Negara (B) Mengikut trend terkini (C) Dipaksa untuk melakukannya (A) Lain-lain, ………………………………………………………………………....

BAHAGIAN C : SOALAN TERBUKA Sila berikan pandangan anda berdasarkan soalan di bawah. Apakah perasaan/reaksi/tindakan anda apabila melihat segelintir kumpulan/individu yang sengaja mencetuskan insiden menghina bendera kebangsaan sebagai tanda provokasi misalnya memijak, membakar atau memasang bendera secara terbalik? _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Terima kasih di atas kesudian tuan/puan menjawab dan memulangkan borang soal selidik ini. Dapatan ini membantu kami memperoleh gambaran berkaitan tahap rasa cintakan Negara

melalui Jalur Gemilang.