filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada...

22

Upload: phungdan

Post on 28-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada
Page 2: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada
Page 3: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada
Page 4: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada
Page 5: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada
Page 6: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengetahui tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains (KPS)

dalam kalangan pelajar Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan

Sekolah Menengah Kebangsaan Premier (SMKP) di daerah Besut. Terdapat dua

pemboleh ubah bebas yang terlibat iaitu jantina dan jenis sekolah. Seramai 160 orang

pelajar Tingkatan Lima yang terdiri daripada 50 orang pelajar lelaki dan 110 orang

pelajar perempuan telah menyertai kajian ini. Penyelidik menggunakan Ujian Pencapaian

Kemahiran Proses Sains (UPKPS) sebagai instrumen yang mempunyai 33 item yang

berbentuk objektif serta soal selidik berkaitan latar belakang pelajar. Kebolehpercayaan

instrumen UPKPS ini adalah α = 0.66 dan boleh diterima. Analisis deskriptif dalam

bentuk min, sisihan piawai dan juga Ujian-t melalui perisian Statistical Packages For

Social Science Windows release 11.0 digunakan bagi menganalisis dapatan kajian. Secara

Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian KPS di kedua-dua buah

sekolah adalah di tahap yang baik. Melalui Ujian-t didapati tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap tahap pencapaian KPS di antara SMKA dan SMKP. Dapatan turut

menunjukkan tiadanya perbezaan yang signifikan terhadap tahap pencapaian KPS bagi

pelajar lelaki di antara kedua-dua buah sekolah. Walau bagaimana pun, bagi pelajar

perempuan didapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian KPS di

antara sekolah-sekolah tersebut yang memihak kepada pelajar perempuan daripada

SMKA.

Page 7: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

ABSTRACT

This study is done to determine the level of achievement fo Physic’s students

from Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) and Sekolah Menengah

Kebangsaan Premier (SMKP) in Besut district for their Science Process Skills (SPS).

There are two independent variables involved in this research namely gender and

school’s type. A sample of 160 Form Fives students consisting of 50 males and 110

females have joined the survey. The researcher used an instrument called Ujian

Pencapaian Kemahiran Proses Sains (UPKPS) which contains 33 items of multiple

choice questions and student’s biodata. The reliability coefficient for the instrument is α

= 0.66 and accepted. The descriptive analysis in form of means, standard deviations and

also T-tests are done by using the Statistical Packages For Social Science Windows

release 11.0 program. Overall, the findings showed that the levels of achievement of SPS

are good for both schools. The result from T-test also indicated that there is no significant

difference between SMKA and SMKP in term of level of achievement of SPS. Further

findings also indicated that there is no significant difference in level of achievement of

SPS for male students between the schools. However, there is a significant difference for

female students between the schools in favour of SMKA’s female students.

Page 8: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada
Page 9: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada
Page 10: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada
Page 11: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada
Page 12: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Perkembangan pendidikan sains dilihat begitu pesat seiring dengan arus kemajuan

teknologi masa kini.

“Selaras dengan perkembangan pendidikan sains yang berlaku, Malaysia telah

memberi dimensi baru ke atas proses pengajaran-pembelajaran (P&P) sains di sekolah.

Pada tahun 2002 semua pelajar Tingkatan Empat di sekolah menengah telah

menggunakan kurikulum sains yang baru ( dikenali sebagai KBSM), berasaskan

Kurikulum Sains KBSM yang telah diguna pakai sejak tahun 1989. Kurikulum sains

yang baru memberikan penekanan terhadap pemerolehan dan penguasaan kemahiran

sainstifik, di samping aspek kemahiran berfikir, penyelesaian masalah dan penerapan

sikap saintifik serta nilai murni” (Abu Hassan, 2004:1).

Perubahan yang berlaku memberikan jalan penyelesaian alternatif yang terbaik

dalam usaha pelajar mencari, memahami dan menggunakan ilmu pengetahuan sains bagi

menyelesaikan masalah yang berlaku di sekeliling dengan mengaplikasikan penguasaan

kemahiran saintifik dan bukannya berdasarkan hafalan fakta sains semata-mata (Abu

Page 13: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

Hassan, 2004). Ini sesuai dengan kehendak kurikulum yang ingin kemahiran saintifik ini

diperkembangkan dalam P&P mata pelajaran fizik. Dengan ini, penerapan kemahiran

saintifik melalui pembelajaran formal di Malaysia mampu menjana elemen Kemahiran

Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) di kalangan pelajar (KPM, 2003). Malah, kemahiran

saintifik dalam ilmu pengetahuan sains yang diterjemahkan melalui rekaan pelbagai alat

sains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting

kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama

menyumbang kepada tamadun hari ini (Abu Hassan, 2004). Justeru itu, kemahiran

saintifik yang merangkumi pelbagai kemahiran perlu dikuasai oleh pelajar untuk

mencapai matlamat negara untuk melahirkan individu yang berfikiran kritikal seterusnya

berperanan sebagi modal insan untuk perkembangan negara pada masa akan datang.

Selain untuk mencapai matlamat yang dikehendaki, pelajar juga mampu untuk menyahut

cabaran Wawasan 2020 iaitu “Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang

mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja

menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan” (Dasar Sains dan Teknologi Negara, 1989, hlmn 2).

Oleh itu, penerapan kemahiran saintifik melalui “pendidikan di Malaysia

memerlukan usaha yang berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang,

harmonis dan bermoral tinggi” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003: 1). Ini sesuai

dengan hasrat pendidikan di Malaysia yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu:

“ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

Page 14: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

(Pusat Perkembangan Kurikulum,2003: vii)

Maka, penguasaan berkenaan kemahiran saintifik terutamanya di kalangan pelajar

tidak boleh dipandang remeh serta enteng dalam memastikan segala hasrat ini tercapai

seterusnya melahirkan insan yang mampu memenuhi keperluan dan kemahuan Negara

masa kini.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Selaras dengan kehendak negara untuk melahirkan individu yang progresif,

kurikulum sains di negara kita menekankan aspek penguasaan kemahiran saintifik umtuk

melakukan aktiviti yang berteraskan ekperimen dan kegiatan amali agar hasrat ini

tercapai. Sehubungan itu penguasaan kemahiran saintifik amat penting kepada pelajar

agar proses pembelajaran akan mencapai matlamatnya.

Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengambil usaha untuk mencapai hasrat

ini dengan memperkenalkan pelbagai jenis sekolah yang menjalankan kurikulum sains.

Dengan adanya pelbagai jenis sekolah ini sedikit sebanyak dapat membantu Kementerian

Pendidikan dalam memastikan hasrat ini tercapai kerana kepelbagaian jenis sekolah ini

dapat memberikan lebih pilihan dan alternatif kepada pelajar untuk belajar. Antara

sekolah yang telah diperkenalkan oleh kementerian bagi mencapai matlamat tertentu

adalah seperti berikut;

1) Sekolah Wawasan – Sekolah ini adalah bertujuan untuk mencapai

hasrat negara untuk melahirkan masyarakat yang

Page 15: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

bersatu padu dan harmoni.

2) Sekolah Integrasi - Sekolah yang mencampurkan semua jurusan

yang ditawarkan di sekolah menengah dalam satu

sekolah.

Sekolah yang dinyatakan di atas adalah antara sekolah yang ditubuhkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah-sekolah yang sedia ada seperti Sekolah

Sains, Sekolah Premier, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Maktab Rendah

Sains Mara tetap diteruskan seperti biasa. Terdapat beberapa lagi sekolah yang

diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai matlamat

tertentu.

1.2.1 Penguasaan Pelajar

Berdasarkan keputusan peperiksaan SPM, dapat disimpulkan bahawa masih

terdapat calon yang lemah dalam menguasai istilah Fizik dan kemahiran proses sains

seperti memerhati, membanding beza sehingga gagal menjawab soalan konstruk

mengkonsepsi. Malah terdapat calon yang yang lemah terutamanya dalam membuat

inferens terhadap situasi yang diberikan oleh soalan menyebabkan calon gagal mengenal

pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam mereka bentuk eksperimen berkaitan ( Lembaga

Peperiksaan Malaysia, 2003:9). Kelemahan dan kesilapan para pelajar dalam

menyelesaikan masalah-masalah tersebut adalah disebabkan mereka kurang menguasai

konsep dan kemahiran saintifik.

Page 16: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

1.2.3 Cara Pembelajaran Fizik

Melihat kepada pendekatan pembelajaran Fizik oleh para pelajar, “Mereka lebih

cenderung belajar berorientasikan hafalan berbanding dengan pembelajaran bermakna.

Ini bermakna, pelajar akan berusaha mengingat semula sebarang takrifan, konsep,

prinsip, hukum-hukum atau teori Fizik tanpa memahami atau mengaitkannya dengan

pengetahuan lepas dan mengaplikasikannya” (Lilia, T. Subahan, Zolkepeli, 2002:179).

Situasi pembelajaran seperti ini menunjukkan pengabaian yang nyata para pelajar

mengenai kemahiran saintifik yang juga terkandung dalam elemen PEKA Fizik.

1.2.4 Persepsi Masyarakat

Kajian ini adalah yang pertama seumpamanya yang menyentuh pandangan

masyarakat khususnya dalam memilih sekolah yang terbaik untuk anak-anak mereka. Di

daerah Besut yang menjadi pilihan pengkaji menjalankan kajian, terdapat satu persepsi

masyarakat yang agak menarik iaitu mereka beranggapan dengan menghantar anak-anak

mereka ke sekolah-sekolah yang terbaik dapat membantu dalam mencapai keputusan

yang lebih cemerlang.

SMKA dan SMKP yang terpilih di dalam kajian ini adalah sekolah-sekolah di

daerah Besut yang sentiasa mempamerkan pencapaian yang cemerlang bagi pelajar-

pelajar mereka. Sehingga kini sekolah-sekolah ini hanya mengambil pelajar kemasukan

ke Tingkatan Satu yang berjaya mencapai keputusan 5A di dalam Ujian Penilaian

Sekolah Rendah atau UPSR. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan kita gambaran

bahawa sekolah-sekolah ini mempunyai pelajar-pelajar yang berwibawa dan cemerlang.

Kajian ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan kebenaran persepsi ini tetapi mencari

tahap sebenar pencapaian pelajar-pelajar ini khususnya dalam Kemahiran Proses Sains

dan membuat perbandingan yang signifikan.

Page 17: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

1.3 PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik

memikirkan satu kajian perlu dijalankan. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap

pencapaian dua Kemahiran Proses Sains iaitu Kemahiran Membuat Inferens dan

Mentafsir Maklumat dalam kalangan pelajar Fizik di sekolah yang dipilih di daerah Besut

dalam negeri Terengganu Darul Iman iaitu SMKA dan SMKP. Seterusnya membuat

perbandingan tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains di antara kedua-dua sekolah.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Penyelidik menetapkan beberapa objektif dalam menjalankan penyelidikan ini

iaitu:

i. Mengetahui tahap Kemahiran Membuat Inferens dalam

kalangan pelajar Fizik di SMKA dan SMKP.

ii. Mengetahui tahap Kemahiran Mentafsir Maklumat dalam

kalangan pelajar Fizik di SMKA dan SMKP.

iii. Mengetahui perbezaan tahap Kemahiran Proses Sains yang

signifikan di antara SMKA dengan SMKP.

iv. Mengetahui perbezaan tahap Kemahiran Proses Sains yang

signifikan bagi pelajar lelaki di antara SMKA dan SMKP.

v. Mengetahui perbezaan tahap Kemahiran Proses Sains yang

signifikan bagi pelajar perempuan di antara SMKA dan

SMKP.

Page 18: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Merujuk kepada objektif kajian, penyelidik membina beberapa persoalan

kajian iaitu:

i. Apakah tahap Kemahiran Membuat Inferens dalam

kalangan pelajar Fizik di SMKA dan SMKP?

ii. Apakah tahap Kemahiran Mentafsir Maklumat dalam

kalangan pelajar Fizik di SMKA dan SMKP?

iii. Apakah terdapat perbezaan tahap Kemahiran Proses Sains

yang signifikan di antara SMKA dengan SMKP?

iv. Apakah terdapat perbezaan tahap Kemahiran Proses Sains

yang signifikan bagi pelajar lelaki di antara SMKA dan

SMKP?

v. Apakah terdapat perbezaan tahap Kemahiran Proses Sains

yang signifikan bagi pelajar perempuan di antara SMKA

dan SMKP?

1.6 RANGKA KERJA KONSEP

Dua kemahiran proses sains yang dikaji adalah kemahiran membuat inferens dan

kemahiran memtafsir maklumat. Terdapat tiga pemboleh ubah di dalam kajian ini iaitu

pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bersandar dan juga pemboleh ubah

dimalarkan. Pemboleh ubah dimanipulasikan dalam kajian ini adalah jenis sekolah iaitu

Sekolah Menengah Kebangsaan Premier dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama. Manakala pemboleh ubah yang bersandar pula adalah tahap kemahiran pelajar

dalam membuat inferens dan memtafsir maklumat dan sementara itu pemboleh ubah

Page 19: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

yang dimalarkan pula adalah pelajar Tingkatan Lima di sekolah-sekolah yang dipilih.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah instrumen tahap pencapaian yang

mengandungi 33 soalan yang akan menguji tahap kemahiran pelajar dalam membuat

inferens dan mentafsir data. Tahap pencapaian pelajar pula akan dipecahkan kepada tiga

tahap iaitu Baik, Sederhana dan Lemah. Melalui data yang diperolehi melalui soal selidik

ini, penyelidik akan membuat perbandingan tahap Kemahiran Proses Sains pelajar di

antara sekolah-sekolah yang menjadi pilihan.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kemahiran proses sains adalah amat penting untuk dikuasai oleh pelajar kerana

ia memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran Fizik terutamanya dalam

elemen PEKA. Justeru itu, kajian ini diadakan untuk memberikan kefahaman dan

penjelasan kepada pelajar terhadap kemahiran mereka dalam membuat inferens dan

mentafsir maklumat dan seterusnya membuat perbandingan tahap kemahiran pelajar di

antara dua jenis sekolah iaitu SMKA dan SMKP. Dapatan kajian ini juga dapat

dimanafaatkan oleh warga pendidikan di Malaysia untuk membaik pulih kelemahan dan

lompong yang ada berkenaan kemahiran proses sains. Golongan tersebut adalah termasuk

guru-guru, pengurusan sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian

Pendidikan Malaysia dan seterusnya Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.7.1 Pelajar

Penyelidik beranggapan bahawa kajian ini dapat memberi manafaat terhadap

pelajar. Pelajar merupakan responden yang utama dalam kajian ini. Oleh itu adalah amat

penting bagi pelajar untuk mengetahui dan mengenal pasti tahap kefahaman mereka

terhadap kemahiran proses sains yang dikaji iaitu kemahiran membuat inferens dan

Page 20: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

kemahiran mentafsir maklumat. Selain itu, responden yang dipilih juga adalah pelajar

Tingkatan 5, maka amatlah penting kajian ini dijalankan supaya pelajar dapat membuat

pembetulan dan membaiki kelemahan yang masih ada kerana peperiksaan Sijil

Peperiksaan Malaysia (SPM) yang akan dijalani tidak lama lagi.

1.7.2 Guru

Saranan yang diberi oleh Laporan Prestasi SPM (2003, hlmn 13) menjelaskan

bahawa “Guru mesti memberikan penekanan kepada Kemahiran Proses Sains dan

memberikan perhatian yang serius dalam PEKA. Selain itu, guru perlu menekankan

laporan amali yang tersusun dan lengkap”. Guru juga bertanggungjawab menilai amali

yang dilakukan oleh pelajar. Justeru, guru yang terlibat dalam pendidikan sains tidak

dapat dipisahkan dengan Kemahiran Proses Sains.

Oleh itu, dapatan kajian ini dapat membantu guru dalam menilai tahap kefahaman

Kemahiran Proses Sains pelajar mereka. Seterusnya dapat membantu dan membuat

perubahan jika terdapat kelemahan kepada pelajar mereka dan meningkatkan lagi

pencapaian.

1.7.3 Pengurusan Sekolah

Penyelidik juga berpendapat bahawa kajian ini juga dapat memberikan manafaat

kepada pihak pengurusan sekolah. Ini kerana perbandingan yang dijalankan adalah di

antara sekolah pilhan dapat memberikan gambaran sebenar pencapaian sekolah masing-

masing.

Kajian ini bukanlah dijalankan untuk menunjukkan sekolah yang mana lebih

cemerlang atau sekolah mana yang lemah. Kajian ini dijalankan untuk membuat

perbandingan antara tahap kemahiran proses sains pelajar di antara sekolah-sekolah

Page 21: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada

tersebut. Sekiranya dapatan kajian menunjukkan kelemahan atau lompong pada tahap

kemahiran pelajar sesebuah sekolahitu, pihak pengurusan sekolah dapat membuat

perancangan untuk mengatasi masalah tersebut dan membaiki kelemahan yang didapati.

Maka kajian ini dapat memberikan penjelasan yang penting kepada pihak pengurusan

sekolah.

1.7.4 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Penerangan berkenaan kemahiran proses sains yang disertakan di dalam Huraian

Sukatan Pelajaran masih belum mencukupi kefahaman kepada pelajar dan guru. Justeru

itu pihak yang berkenaan dapat mengambil inisiatif dengan memberikan huraian dan

contoh berkenaan kemahiran proses sains agar kefahaman guru dan pelajar terutamanya

akan lebih jelas.

1.7.5 Kementerian Pelajaran Malaysia

Penyelidik juga beranggapan dapatan kajian ini sedikit sebanyak dapat

memberikan gambaran yang jelas kepada Kementerian Pendidikan tentang kemahiran

pelajar dalam Kemahiran Proses Sains dan perbandingan tahap kefahaman pelajar di

antara SMKA dan SMKP.

Penyelidik bukan berniat untuk membongkar jika terdapat kelemahan tetapi

sekadar ingin memberikan gambaran situasi sebenar dan berharap agar Kementerian

Pendidikan Malaysia dapat mengambil inisiatif tertentu.

Page 22: filesains dan teknologi oleh golongan yang berfikir kreatif dan kritis merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang bergerak ke arah negara maju untuk turut sama menyumbang kepada