maqasid syariah sebagai pendekatan bagi · pdf file1 maqasid syariah sebagai pendekatan bagi...

16
1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid Pendahuluan: “Maqasid Syariah” bermaksud objektif Syariah Islam dalam menentukan dasar dan pelan tindakan Islam sebagai panduan hidup manusia dalam mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ia bukan suatu method tetapi pendekatan. Bagi seorang pelajar Syariah, kenyataan ini memberi erti bahawa ia bukan suatu cara menentukan atau memungut data penyelidikan tetapi satu pendekatan dalam menganalisis data-data berkenaan untuk sampai kepada kesimpulan. Seorang “Faqih” atau penyelidik yang berpendekatan begini biasa disebut sebagai “Maqasidi”(objectivist), iaitu yang sentiasa melihat kepada “Objektif” berbanding “Format”. Pendekatan lain yang bertentangan dengan pendekatan ini biasa dikenali sebagai “Syakl”, iaitu yang lebih melihat kepada bentuk atau format. Orang yang berpendekatan seperti ini disebut sebagai “Syakli” (Formalist), iaitu yang sentiasa melihat kepada rupa bentuk. Bagaimana pun persoalannya bukan hitam putih. Maksudnya semata-mata melihat kepada objektif sahaja atau format sahaja. Sebaliknya ia merupakan persoalan keutamaan atau nisbah. Seorang “Maqasidi” meskipun lebih melihat kepada objektif tetapi mengambil kira juga bentuk yang berkaitan. Begitulah juga seorang “Syakli” meskipun menitik beratkan format tetapi tetap mengambil kira objektif disebalik ketetapan berkenaan. Latar Belakasng: Sejak zaman Rasulullah lagi kecenderongan yang agak berbeza antara dua pendekatan “Maqasidi” dan “Syakli” ini telah dapat dilihat. Meskipun al -

Upload: nguyenhanh

Post on 07-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

1

MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI

MALAYSIA: SATU PROSPEK

Oleh

Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid

Pendahuluan:

“Maqasid Syariah” bermaksud objektif Syariah Islam dalam menentukan

dasar dan pelan tindakan Islam sebagai panduan hidup manusia dalam mencari

kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ia bukan suatu method tetapi

pendekatan. Bagi seorang pelajar Syariah, kenyataan ini memberi erti bahawa

ia bukan suatu cara menentukan atau memungut data penyelidikan tetapi satu

pendekatan dalam menganalisis data-data berkenaan untuk sampai kepada

kesimpulan.

Seorang “Faqih” atau penyelidik yang berpendekatan begini biasa disebut

sebagai “Maqasidi”(objectivist), iaitu yang sentiasa melihat kepada “Objektif”

berbanding “Format”. Pendekatan lain yang bertentangan dengan pendekatan

ini biasa dikenali sebagai “Syakl”, iaitu yang lebih melihat kepada bentuk atau

format. Orang yang berpendekatan seperti ini disebut sebagai “Syakli”

(Formalist), iaitu yang sentiasa melihat kepada rupa bentuk.

Bagaimana pun persoalannya bukan hitam putih. Maksudnya semata-mata

melihat kepada objektif sahaja atau format sahaja. Sebaliknya ia merupakan

persoalan keutamaan atau nisbah. Seorang “Maqasidi” meskipun lebih melihat

kepada objektif tetapi mengambil kira juga bentuk yang berkaitan. Begitulah

juga seorang “Syakli” meskipun menitik beratkan format tetapi tetap

mengambil kira objektif disebalik ketetapan berkenaan.

Latar Belakasng:

Sejak zaman Rasulullah lagi kecenderongan yang agak berbeza antara

dua pendekatan “Maqasidi” dan “Syakli” ini telah dapat dilihat. Meskipun al-

Page 2: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

2

Quran hanya satu dan Nabi Muhammad juga hanya satu tetapi para sahabah

mempunyai ciri-ciri akademik dan intelektual yang berbeza. Perbezaan ini

diperakui sendiri oleh Rasulullah s.a.w., malah diiktiraf oleh Baginda sebagai

unsur yang memperkayakan pentafsiran tentang Islam itu sendiri dan memberi

ruang yang cukup bagi umat Islam untuk memilih kecendrongan sendiri dalam

merealisasikan Islam dalam kehidupan masing-masing. Dalam sebuah hadis

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda “ اصحابي كالنجوم بايهم اقتديتم اهتديتم“, yang

lebih kurang bermaksud “ Para Sahabat saya sama seperti bintang-bintang (di

Langat). Dengan siapa saja kamu berpandukan kamu tetap akan mendapat

petunjuk”. Dalam satu hadis lain Baginda bersabda “ اختالف اصحابي رحمة “,

yang lebih kurang bermaksud “Perbezaan pendapat di kalangan para sahabat

saya merupakan satu rahmat”.

Apabila sekumpulan para sahabat sewaktu berada jauh daripada Baginda

Rasulullah s.a.w. berjunub dan tidak ada air untuk membersihkan junub

masing-masing, mereka melakukan tayammum sebagai cara alternatif.

Bagaimana pun mereka melakukan tayammum berkenaan berasaskan

kecenderongan masing-masing dalam mentafsirkan hukum yang berkaitan.

Satu gulongan melakukan tayammum seperti yang dilakukan untuk tujuan

bersolat, sementara gulongan kedua pula bertayammum dengan cara

meratakan debu keseluruh badan sama seperti mandi junub iaitu dengan

meratakan air keseluruh badan. Apabila mereka semua balik ke Madinah dan

menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. apa yang telah berlaku Baginda terus

menjelaskan bahawa kedua-dua method atau pendekatan itu sama saja.

Maksudnya tayammum masing-masing adalah sah.

Dari sini dapat dilihat, meskipun kesemua mereka menggunakan method

“Qiyas” dalam memilih alternatif berkenaan namun mereka berbeza

pendekatan dalam melakukan qiyas berkenaan. Merereka yang berpendekatan

“Maqasidi” melihat persoalan berkenaan dari perspektif objektif. Bagi mereka,

oleh kerana objektif bagi melaukan tayammum itu ialah untuk membersihkan

diri daripada “Hadath”, iaitu kekotoran maknawi bagi membolehkan mereka

melakukan ibadat solat maka perbezaan antara “Hadath Kecil” dan “Hadath

besar” tidak releven lagi. Kerana itu mereka memilih untuk melakukan

tayammum dalam bentuk yang sama dengan apa yang dilakukan bagi tujuan

bersolat. Tetapi bagi mereka yang berpendekatan Syakli pula melihat dari

Page 3: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

3

perspektif yang berbeza, iaitu bentuk tayammum yang akan dilakukan itu. Bagi

mereka persoalannya bukan objektif bersuci semata-mata tetapi bersuci

dengan cara dan format yang tertentu. Maka oleh kerana mandi junub perlu

dilakukan dengan meratakan air keseluruh tubuh badan maka begitulah juga

bertayammum untuk membersihkan junub, iaitu hadith besar.

Dalam sejarah perundangan Islam ada satu pemerhatian yang pepular dibuat

oleh Abu Ja’far al-Mansur khalifah kedua Bani Abbas. Atas cadangan Abdullah

Ibn al-Muqaffa’ bagi tujuan menulis satu teks undang-undang yang selaras bagi

semua mahkamah beliau meminta al-Imam Malik menulis teks tersebut dalam

bentuk yang sederhana, iaitu dengan mengelak daripada pandangan yang

terlalu ketat oleh Abdullah Ibn Umar, atau terlalu longgar oleh Abdullah Ibn

Abbas atau terlalu janggal oleh Abdullah Ibn Mas’ud. Berasaskan kepada

permintaan inilah al-Imam Malik menulis kitab al-Muwatta`, iaitu kitab Hadis

dan Fiqh yang pertama sekali ditulis dalam sejarah pengajian Syariah dan yang

kekal menjadi rujukan utama pengajian Syariah sampai sekarang ini.

Dari segi sejarah pengajian Syariah pendekatan “Maqasid Syariah” ini

berasaskan kepada pandangan dalam mazhab Maliki. Bagi sesetangan para

penulis, Mazhab Maliki boleh disifatkan sebagai mazhab yang paling pragmatik

berbanding mazhab-mazhab Fiqh yang lain. Bagaimana pun, asas penerimaan

terhadapnya sangat jelas terdapat dalam Mazhab Syafi’i. Ini dapat dirujuk

kepada pandangan-pandanga al-Imam al-Syafi’I sendiri dan para pengikut

beliau seperti al-Imam al-Juwaini yang dikenali sebagai Imam al-Haramain itu

dan murid beliau al-Imam al-Ghazali. Malah bagi para penulis tentang sejarah

perkembangan pemikiran “Maqasid Syariah” al-Mam al-Juwaini dan al-Imam

al-Ghazali terlibat dengan secara langsung memperlengkapkan lagi konsep

berkenaan dalam kitab-kitab tulisan mereka.

Selaras dengan sifat mazhab Maliki sebagai mazhab paling pragmatik

berbanding mazhab-mazhab Fiqh yang lain, maka boleh dikatakan bahawa

pendekatan “Maqasidi” ini merupakan pendekatan paling peragmatik

berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain terutama pendekatan

“Syakli” yang kita huraikan di atas. Di samping itu ia kelihatan lebih realistik,

libral, prograsif dan radikal, berbanding dengan pendekatan “Syakli” yang

kelihatannya lebih telus, konsisten, tradisional dan konservatif. Kerana itu

kadang-kadang orang menggelarkan golongan berpendekatan “Syakli” sebagai

Page 4: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

4

tradisionalis, sementara yang berpendekatan “Maqasidi” pula sebagai

reformis.

Dari suatu sudut yang lain pula pendekatan “Maqasidi” ini , lebih bersifat

berfikir secara “Makro”, sementara pendekatan “Syakli” pula boleh disifatkan

sebagai berfikir secara “Mikro”. Kerana itu fikiran orang yang berpendekatan

“Maqasidi”lebih komprehensif dan menyuluruh (horizontal), sementara fikiran

orang yang berpendekatan “Syakli” pula lebih terperinci dan mendalam

(vertical).

Konsep Maqasid Syariah:

. Asas pemikiran bagi “Maqasid al-Syariah” ialah kepercayaan bahawa di

sebalik hukum yang ditentukan oleh Allah ada objektif yang hendak dicapai.

Kecuali dalam perkara ibadat yang sifat nya dogmatic (Ta’abbudi), objektif ini

dapat difahami oleh para ulama.

Sebalik nya para ulama berpendekatan “Syakli” berpendapat objektif

berkenaan tidak mungkin difahami oleh sesiapa kecuali oleh Allah. Maka

peranan para ulama bukan menentukan pencapaian objektif berkenaan tetapi

mempastikan bahawa perbuatan berkenaan dilakukan dengan begitu rupa

supaya bertepatan dengan spespikasi yang ditentukan oleh Syariah Islam.

Perbezaan pendapat ini sebelum nya berlaku dalam bidang ilmu Tauhid.

Persoalan yang menjadi asas kepada perbincangan ialah, samada “Perbuatan

Allah” (Af’alullah) itu dilakukan “bersebab”(Mu’allal) atau “tanpa sebab”

(Ghaira mu’allah)? Apabila persoalan ini kemudiannya timbul dalam bidang

perhukuman, golongan yang berpendapat bahawa perbuatan Allah itu

“bersebab” percaya bahawa di sebalik setiap hukum yang ditentukan oleh

Allah itu ada objektif yang hendak dicapai. Sementara golongan yang

berpendapat bahawa perbuatan berkenaan berlaku “tanpa sebab”

berpendapat tidak ada objektif yang boleh difahami oleh sesiap disebalik

hukum berkenaan.

Hasil nya golongan pertama, iaitu yang digelar sebagai golongan “Maqasidi”

tadi berpendapat dalam melaksanakan apa-apa hukum Islam, kecuali dalam

bab ibadat yang sifatnya dogmatic (Ta’abbudi) amat penting sekali

Page 5: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

5

mempastikan bahawa objektif sebenar daripada hukum itu dicapai. Sementara

bentuk atau format nya adalah perkara kedua. Sedangkan golongan kedua pula

berpendapat tidak ada objektif yang perlu dipastikan pencapaiannya oleh

pelaksana hukum berkenaan kerana segala-gala nya terserah kepada Allah.

Apa yang penting ialah melakukan perbuatan berkenaan tepat dengan bentuk

yang diarahkan oleh Syariat Islam.

Secara umum nya kedua-dua aspek berkenaan sangat penting dalam

melahirkan sesuatu yang baik dan bernilai tinggi. Bagaimana pun persoalan

mungkin timbul apabila terdapat pertentangan kepentingan antara kedua nya.

Mana satu yang perlu lebih diutamakan? Apabila Rasulullah s.a.w. bersabda

bahawa zakat dikenakan keatas tamar, zabib, gandum dan bali, maka para

ulama yang berpendekatan “Syakli”, akan menegaskan bahawa zakat tanaman

akan dipungut dari empat jenis hasil tanaman berkenaan sahaja kerana itulah

yang disebut dalam hadis Rasulullah. Tetapi mereka yang lebih objektif akan

berkata empat jenis makanan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. itu memberi

erti bahawa yang dikenakan zakat ialah apa saja makanan ruji masyarakat

setempat. Kerana pada zaman Rasulullah empat jenis makanan itulah yang

bersifat ruji. Dengan itu di Malaysia ia dikenakan keatas padi kerana beras

merupakan makanan ruji dalam masyarakat ini.

Mereka yang lebih objektif pendiriannya akan berkata bukan kerana empat

jenais makanan itu bersifat ruji tetapi kerana keempat-empat jenis makanan

itu merupakan komuditi utama yang menghasilkan pendapatan lumayan

kepada pengusahanya. Maka oleh kerana itu zakat dinega ini bukan sahaja

dikenakan keatas padi tetapi juga getah dan kelapa sawit. Kerana ketiga-tiga

jenis hasil tanaman ini merupakan hasil perttanian utama bagi masyarakat

peladang dalam negara ini yang boleh memberi mereka kekayaan. Kerana bagi

para ulama berpendekatan Maqasidi apa yang paling penting ialah objektif

memungut zakat dari golongan yang berada untuk diagihkan kepada golongan

yang tidak berada dan sebagainya.

Mengikut keyakinan para ulama Maqasidi, objektif yang hendak dicapai oleh

setiap hukum yang ditentukan oleh Allah itu ialah “Menghasilkan Kebaikan “(

المنفعة جلب ) dan “Menolak Keburukan” ( المضرة/المفسدة درء ) dalam kehidupan

manusia. Tujuan inilah yang disebut sebagai “Maqsad/Maqasid” atau objektif

kepada Syariah Islam, iaitu yang menjadi inti kepada Syariah berkenaan

Page 6: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

6

samada dalam menentukan hukum atau melaksanakannya dalam kehidupan

manusia.

Berasaskan kepada pendekatan “Maqasidi”ini konsep “Baik” (Maslahah) dan

“Buruk” (Mafsadah/Madharrah) inilah yang menentukan sifat hukum yang

hendak ditentu atau diamalkan. Sedangkan faktor lain tidak lebih daripada

unsur-unsur luaran yang biasa nya menjamin terlaksana nya “penghasilan

kebaikan” ( المنفعة لبج ) dan “Penolakan terhadap keburukan” ( المضرة/المفسدة دفع )

ini. Sehingga ada yang mengatakan (Ibn al-Qaiyim) bila ada maslahah di situ

ada Syariah. Maksud nya: Antara kedua nya tetap akan bersama dan tidak akan

pernah berpisah.

Walau bagaimana pun pembahagian kepada dua unsur; positif dan negatif ini

tidak melahirkan dualisme yang terpisah secara hitam putih. Kerana diperakui

tiada “Maslahah” seratus peratus dan tiada “Mafsadah” seratus peratus dalam

kehidupan manusia di dunia ini. Maka persoalan nya ialah masalah imbangan

antara baik dan buruk.

Kategori Maslahah dan Mafsadah:

Dalam menentukan perimbangan ini, “Maqasid” atau objektif berkenaan

dibahagikan oleh para ulama kepada tiga kategori keutamaan:

1. Maqasid Dharuriyah (Objektif asas )

2. Maqasid Hajiyah (Objektif Perlu)

3. Maqasid Tahsiniyah/Takmiliyah (Objektif mewah/Tambahan)

Objektif-objektif berkenaan dihuraikan oleh para ulama seperti di bawah:

1. Maqasid Dharuriyah (Objektif Asas)

Ia paling diutamakan kerana ia menyentuh servival seseorang/sesuatu

masyarakat. Mengikut para fuqaha Maqasid atau objektif ini

merangkumi lima perkara yang dikenali sebagai “Lima Kepentingan

Asas”, iaitu:

Page 7: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

7

a. Agama (al-Din)

b. Nyawa (al-Nafs)

c. Akal atau minda (al-’Aql)

d. Harta (al-Mal)

e. Maruah dan Keturunan (al-Muru`ah/ al-Nasab)

2. Maqasid Hajiyah(Objektif Perlu)

Objektif ini berada pada keutamaan kedua selepas Dharuriyat. Malah

dalam beberapa keadaan keutamaanya ditingkatkan sejajar dengan

kedudukan dharuriyat.

Tidak seperti kepentingan “Dharuriyat” , para ulama kelasik tidak

menentukan berapa jenis atau bagaimana coraknya yang dikatakan

“Objektif Hajiyat” itu. Sebaliknya mereka berpendapat ia perlu

dirumuskan berasaskan realiti hidup semasa berdasarkan prinsip hidup

yang sejajar dengan garis panduan Islam.

3. Maqasid Tahsiniyah (Objektif mewah/ tambahan)

Objektif ini mendapat keutamaan paling rendah Kerana ia melibatkan

kemewahan dan keselisaan sahaja. Bagaimana pun, dalam sesetengah

keadaan keutamaan nya akan ditingkatkan sejajar dengan Maqasid

Hajiyah kalau diperlukan.

Sama juga dengan “Objektif perlu” tiada ketentuan daripada para ulama

kelasik tentang apa dan bagaimana sifatnya objektif terakhir ini.

Sebaliknya ia perlu dirumuskan berasaskan realiti hidup semasa

berdasarkan prinsip hidup yang digariskan oleh Islam

Page 8: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

8

Untuk lebih mudah difahami kita boleh menggunakan rajah berbentuk

pyramid. Di sebelah bawahnya, iaitu kepentingan asas merupakan yang paling

utama. Kemudian diikuti oleh kepentingan atau keperluan biasa dan

seterusnya keperluan mewah. Apa yang hendak diterangkan melalui rajah ini

ketiga-tiga kepentingan dan keperluan ini boleh turun naik nisbahnya

berasaskan keadaan semasa masyarakat berkenaan. Misalnya bagi masyarakat

Islam di Malaysia yang sentiasa bergelut dengan masalah survival maka

bahagian bawah pyramid itu perlu mendapat ruang yang betul-betul luas. Tapi

bagi sebuah masyarakat Islam yang tidak berhadapan dengan masalah survival

seperti mereka yang hidup di Timur Tengah ia boleh dikurangkan sedikit

nisbahnya dan nisbah keperluan mewah boleh ditambah sedikit. Bagaimana

pun semuanya tertakluk kepada falsapah hidup Islam yang mementingkan

survival dari kemewahan dalam keadaan mana sekalipun.

Antara Langkah Positif dan Negatif:

Dalam semua kategori berkenaan terdapat kedua-dua langkah positif

dan negatif. Langkah positif direalisasikan dalam bentuk penghasilan (Jalb al-

Masoleh), sementara langkah negatif direalisasikan dalam bentuk pencegahan

(Daf’ al-Mafasid/al-Madharrah)

Kedua-dua langkah ini perlu berimbang, dan perimbangan berkenaan hanya

boleh diabaikan apabila resiko keburukan terlalu rendah, dimana percapaian

perlu diutamakan, atau berada pada tahap segnifikan tertentu dimana

pencegahan perlu diutamakan.

Berasaskan kepada kategori keutamaan ini rujukan silang (Cross reference)

akan dilakukan antara “Maslahah” yang diharapkan dan “Mafsadah” yang

mungkin berbangkit, iaitu sepertimana yang diistilahkan oleh pengurusan

moden sekarang sebagai”Pengurusan risiko”(Risk management) ( المخاطر ادارة ).

Ada tiga neraca (sekurang-kurang nya) yang boleh digunakan dalam proses

pengutamaan ini:

a. Bersikap objektif dan tidak cenderong kesebelah (bias) dalam kes-

kes yang jelas. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

Page 9: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

9

« بّين والحرام بّين الحالل ...»

b. Sentiasa mengelak dari mengambil resiko haram:

« الحرام قّدم والحرام الحالل بين اجتمع اذا »

المصلحة جلب على مقدم المفسدة دفع » »

c. Bijak mengimbangi antara penghasilan faedah dan resiko buruk

dalam keadaan yang tidak jelas

«... متشابهات بينهما وما »

d. Bersikap konservatif dalam kes-kes yang beresiko tinggi:

فيه يقع أن يوشك الحمى حول حام فمن » »

Penentuan sikap antara mengambil faedah dan berhadapan dengan risiko

buruk merupakan suatu perhitongan yang rumit kerana:

a. Dalam semua kebaikan ada resiko buruk, dan dalam semua

keburukan ada faedah yang boleh dihasilkan.

b. Apa saja faedah perlu dilupakan kalau ia boleh menyebabkan

resiko buruk yang lebih besar

c. Resiko buruk yang boleh diabaikan, size nya boleh ditentukan

oleh faedah yang mungkin dapat dihasilkan

d. Fahaman peribadi yang subjektif boleh mempengaruhi keputusan

sampai mencorakkan pendirian penyelidik berkenaan sebagai

konservatif atau libral.

Realisasi Ajaran Islam Melalui Pendekatan Maqasidi.

Bagi memudahkan perbincangan ini elok rasanya realisasi ajaran Islam

itu dibicarakan di bawah empat perkara pokok sahaja dengan mengabaikan

perkara-perkara lain yang boleh dianggap tidak sangat mendesak di negara ini.

Keempat-empat pokok persoalan berkenaan ialah:

Page 10: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

10

1. Politik dan pemerintahan

2. Perundangan dan pentadbiran

3. Ekonomi dan Kewangan

4. Kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Politik dan Pemerintahan:

Dalam Islam, politik dan pemerintahan merupakan antara agenda utama

yang berkait dengan realisisi ajarannya. Sehingga ada para ulama yang berkata

kadang-kadang kuasa itu lebih berkesan daripada Quran. Ulama lain pernah

berkata, kebatilan yang diurus dengan teratur mungkin boleh mengatasi

kebenaran yang diurus dengan kucar kacir. Kata al-Syekh Muhammad Abduh,

autokrasi yang diurus dengan baik lebih berkesan daripada demokrasi yang

diurus dengan tidak terkawal.

Sehubungan dengan itu, pendekatan maqasidi lebih cenderong kepada dasar

politik yang pragmatis memandangkan di Malaysia terdapat apa yang disebut

sebagai perkongsian hidup bersama diantara berbagai bangsa dan agama.

Bagaimana pun pragmatism di sini jangan difahami sebagai penolakan

terhadap sebarang ideology dan semata-mata berpandukan kepada

“Kepentingan dan faedah” ( المنفعة) sahaja. Sebaliknya ia perlu dilihat dalam

kerangka perbandingan antara “Fundamentalisme dan pragmatism”

Sebagai termaklum, Islam mempunyai ideology yang jelas dalam politik dan

pemerintahan, iaitu menegakkan sebuah pemerentahan Islam yang

berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tetapi persoalannya apakah

suatu pendekatan yang lebih berkesan dalam merealisasikan objektif

berkenaan dalam realiti yang ada bagi Malaysia sekarang baik diperingkat

tempatan mahu pun antarabangsa?

Penerimaan dunia terhadap sistem demokrasi terbuka yang berdasarkan satu

orang satu orang satu undi merupakan satu realiti yang tidak boleh diabaikan

dengan begitu sahaja. Kerana itu penubuhan pergerakan politik Islam yang

bersifat pragmatik adalah sangat penting bagi menjamin bahawa sebuah

negara Islam boleh ditubuhkan dengan sokongan majority samada dari

kalangan umat Islam atau masyarakat bukan Islam di negara ini.

Page 11: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

11

Dengan berpandukan kategori “Maslahah” dan “Mafsadah” sepertimana yang

di digariskan di atas bolehlah dirumuskan bahawa objektif utama yang hendak

dicapai dalam sebuah negara berkenaan adalah perkara-perkara berikut:

1. Kedudukan agama Islam sebagai agama negara terjamin dalam

kerangka kebibasan beragama yang terkawal di bawah kuasa

perlembagaan dan undang-undang

2. Tahap keselamatan dan kesihatan individu serta masyarakat yang

tinggi dan terkawal berasaskan initiative dan kuatkuasa

3. Tahap pendidikan yang bermutu tinggi disetiap peringkat serta

kawalan yang ketat terhadap apa saja yang boleh menghilang atau

merusakkan kewarasan berfikir dan bertindak masyarakat umum.

4. Pencapaian ekonomi yang baik bagi keseluruhan masyarakat dan

pembahagian rezki yang saksama bagi setiap individu serta kawalan

yang berkesan terhadap keselamatan harta benda

5. Kesucian marwah diri dan masyarakat dibawah pengaruh ketinggian

akhlak dan kuatkuasa undang-undang yang berkesan.

Selain daripada objektif utama ini terdapat objektif-objektif lain yang bersifat

keperluan biasa dalam pembangunan sesebuah negara seperti infra –struktor

yang menekankan kebaikan umum dan mengelak daripada unsur bermewah

secara melampau dan melupakan diri daripada prinsip dan gaya hidup yang

ideal.

Perundangan dan Pentadbiran:

Dalam aspek ini keadilan menjadi objektif utama. Sementara bagaimana

ianya direalisasikan terserah kepada keadaan. Walau bagaimana pun oleh

kerana Islam dalam beberapa hal menentukan format tertentu sebagai asas

kepada pelaksanaan undang-undang bagi mencapai objektif keadilan ini,

sepertimana yang terkandung dalam Hudud dan sebagainya maka format

berkenaan perlu diambil kira. Walau bagaimana pun pentafsiran dan

penyusaian yang berterusan semua format berkenaan dengan kehendak

semasa perlulah dilakukan menerusi pembaharuan fiqh dengan syarat tidak

bertentangan atau melanggar perinsip-perinsip utama yang terdapat dalam

sistem berkenaan.

Page 12: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

12

Sehubungan dengan ini pendekatan maqasidi mempunyai objektif untuk

menegakkan sistem kehakiman dan sistem pentadbiran awam yang bebas

daripada kuasa politik yasng sifatnya berubah-ubah dari masa kesemasa.

Objektif ini berdasarkan kepada keperluan mempunyai sistem kehakiman dan

pentadbiran awam yang mantap dan tidak terjejas dengan perubahan kuasa

politik dalam negara.

Dengan berpandukan kategori “Maslahah” dan “Mafsadah” sepertimana

yang digariskan di atas objektif utama yang hendak dicapai oleh sistem

perundangan dan pentadbiran awam berasaskan pendekatan “Maqasidi” ini

ialah:

1. Menyediakan sistem perundanag dan pentadbiran awam yang

mampu melindungi kedudukan Islam sebagai agama negara dalam

kerangka kebibasan beragama yang dilindungi oleh perlembagaan

negara.

2. Menyediakan sistem perundangan dan pentadbiran awam yang

mampu menjamin keselamatan dan kesejahteraan diri setiap warga

masyarakat dan negara baik yang bersifat fizikan mahu pun spiritual

3. Menyediakan sistem perundangan dan pentadbiran awam yang

boleh menjaga kepentinga pendidikan dan pembinaan nilai

intelektual bagi setiap warga negara dalam berbagai bidang yang

sesuai dengan keperluan semasa, serta mmencegah apa saja amalan

atau aktiviti yang boleh menggangu kewarasan berfikira setiap indu

dalam masyarakat.

4. Menyediakan sistem perundangan dan pentadbiran awam yang

mampu menggalakkan pertubuhan ekonomi dan kewangan dalam

negara dan mencegah apa saja kegiatan yang boleh menghalang

pembinaan berkenaan atau mengganggu setiap harta baik yang

bersifat awam atau individu

5. Menyediakan sistem perundangan dan pentadbiran awam yang

mampu menjaga maruah masyarakat dan menghalang daripada

berlakunya maksiat dan keburukan lain yang mengganggu kemurnian

hidup setiap individu dan masyarakat.

Page 13: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

13

Ekonomi dan Kewangan:

Dalam Islam, ekonomi dan kewangan merupakann salah satu agenda

besar dibawah sebuah negara dan pemerintahan. Sehiunggakan terdapat

kata-kata masyhur yang bermaksud bahawa kemiskinan boleh membawa

kepada kekufuran. Oleh kerana itu sebuah pemerintahan Islam perlu memberi

tumpuan yang serius terhadap bidang ini dan mempastikan bahawa seluruh

rakyatnya bekerja kuat bagi mencapai objektif berkenaan.

Berasaskan perinsip “Maslahah” dan “Mafsadah” sepertimana yang dihuraikan

di atas bolehlah dirumuskan bahawa pendekatan maqasidi mempunyai

objektif utama dalam bidang ini yang dapat dirumuskan seperti berikut:

1. Menyediakan pelan pembangunan ekonomi berasaskan perinsip

Islam yang menekankan kesejahteraan masyarakat beragama. Bagi

tujuan kebahagian dunia dan akhirat

2. Membendong dan mengawal segala sifat pemborosan dan

penyelewengan ekonomi dan kewangan yang boleh merosakkan

kesejahteraan diri dan tubuh badan masyarakat seluruhnya

3. Menyediakan infra-struktor ekonomi dan kewangan bagi tujuan

pembangunan setiap peringkat pendidikan bagi semua lapisan

masyarakat

4. Menyediakan infra struktor bagi memngawal penyalahgunaan kuasa

ekonomi dan kewangan bagi kepentingan yang tidak sah atau wajar

5. Menyediakan infra-struktor bagi menggalakkan pertumbuhan

masyarakat yang sihat bnerasaskan nilai murni dan akhlak mulia

Kekeluargaan dan Kemasyarakatan:

Dalam Islam keluarga merupakan yunit asas kepada pembinaan

masyarakat. Kerana itu pembinaan masyarakat yang sejahtera banyak

bergantung kepada pembentukan keluarga yang baik dan setabil

Page 14: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

14

Berasaskan perinsip “Maslahah” dan “Mafsadah” sepertimana yang dihuraikan

di atas, pendekatan “Maqasidi” mempunyai objektif utama yang hendak

dicapai dalam bidang ini dan boleh dihuraikan seperti berikut:

1. Menjamin terbentuknya keluarga dan masyarakat beragama

berasaskan kerangkan kebibasan beragama secara harmunis

berpandukan kepada jaminan perlembagaan

2. Menjamin keselamatan keluarga dan masyarakat daripada apa saja

bentuk pencerubuhan yang boleh menganggu kesejahteraan diri dan

anggota setiap warga negara

3. Melahirkan keluarga dan masyarakat terpelajar yang tinggi nilai

intelektual mereka dan menjamin bahawa setiap keluarga dalam

masyarakat mempunyai peluang untuk meneruskan proses

pembelajaran sepanjang hayat.

4. Menghapuskan atau mengurangkan nisbah kemiskinan di kalangan

keluarga dalam masyarakat

5. Mengawal maruah keluarga dan masyarakat agar tidak dicemari oleh

nilai-nilai negatif kepada keluarga itu sendiri dan masyarakat umaum.

Penutup:

Sejauh mengenai perinsip dan teori , apa yang dihuraika di atas boleh

disifatkan sebagai suatu gagasan yang mantap. Pewacanaan yang berkait

dengannya telah berlaku denganmantap dan teratur baik dalam bentuk kuliah

umum dan khusus, seminar dan persidangan mahu pun juga penulisan buklu

dan artikal. Walau bagaimana pun, dalam aspek realisasi dan pelaksanaan

huraian diatas masih bersifat percubaan yang memerlukan wacana lanjud

dalam berbagai segi. Apa yang hendak dikemukakan dalam bahagian tersebut

ialah bahawa pendekatan Maqasidi merupakan suatu pendekatan yang cukup

libral dalam merealisasikan ajaran Islam dalam negara ini tanpa perlu kepada

langkah-langkah politicking yang banyak.

Dengan kata lain, dari perspektif “Maqasid Syariah” negara Malaysia sekarang

boleh dikatakan sudah berada atas landasan yang betul kearah

Page 15: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

15

merealisaasikan ajaran Islam yang menyeluruh. Walau bagaimana pun masih

banyak kerja yang perlu dilakukan, iaitu yang bersifat pengisihan kembali atau

fine tuning agar perjalanannya tidak tersasar. Apa yang dilakukan sejak

daripada usaha mempepularkan “Penerapan Nilai-Nilai Islam” , “Pembentukan

Masyarakat Madani” , “Islam Hadhari” dan yang terakhir ini “Wasatiyah”

merupakan siri-siri pengisihan kembali yeng bererti bagi menjamin bahawa

pergerakan kearah mencapai tahap pelaksanaan Islam sepenuhnya dalam

negara ini berjalan dengan lancer.

Selain daripada usaha-usaha pengisihan semula atau fine tune yang telah,

sedang dan akan dibuat masih banyak usaha-usaha lain yang diperlukan.

Antaranya apa yang khabarnya sedang diusahakan sekarang iaitu “Indeks

Pencapaian Islam”. Berasaskan kepada indeks ini kita boleh mengukur sejauh

mana ajaran Islam telah terlaksana dalam negara ini dan apakah usaha-usaha

yang perlu dilakukan bagi menambahkan lagi kejayaanya.

Adalah suatu langkah yang sangat baik bila “Maqasid Syariah” dijadikan

sebagai asas bagi pengukuran berkenaan kerana perinsipnya cukup kelas dan

konsisten.Berbanding dengan pendekatan satu lagi, iaitu “Syakli” yang banyak

menekankan format. Kadangkalan pendekatan kedua ini berhadapan dengan

berbagai persoalan remeh sehingga kadangkala melibatkan persoalan apakan

perbezaan sebenar antara Islam dalam bentuknya yang mutlak dan murni dan

budaya arab yang sentiasa mempengaruhi pentafsirannya di sepanjang abad

sejak dulu sampai sekarang.

Wallahu a’lam

Page 16: MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI  · PDF file1 MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK Oleh Mahmood Zuhdi Haji

16