maqasid al- syari’ah

13
Maqasid al-Syari’ah

Upload: lainey

Post on 23-Feb-2016

105 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Maqasid al- Syari’ah. Pengertian Maqasid al- Syari’ah. Ahmad al-Raisuni :- Objektif yang diletakkan oleh syara' dalam mensyariatkan hukum. Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu. Tujuan Allah mencipta Syariat. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Maqasid  al- Syari’ah

Maqasid al-Syari’ah

Page 2: Maqasid  al- Syari’ah

Pengertian Maqasid al-Syari’ah

Ahmad al-Raisuni:- Objektif yang diletakkan oleh syara' dalam mensyariatkan hukum.

Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu.

Tujuan Allah mencipta Syariat. Pada pandangan al-Syatibi, Allah mencipta

syariat dengan tujuan untuk merealisasikan maqasidnya untuk sekelian manusia iaitu untuk memberikan kebaikan (maslahah) kepada mereka dan mengelakkan kerosakan / keburukan (mafsadah) daripada menimpa mereka.

Page 3: Maqasid  al- Syari’ah

Kategori maslahat

Daruriat HajiatTahsiniat

Page 4: Maqasid  al- Syari’ah

Daruriat:- Perkara asasi yang diperlukan oleh

manusia dalm menjamin kehidupan dunia dan beragama.

Jika tidak ada maka kehidupan manusia akan rosak serta ditimpa musibah.

Maslahah daruriyat ini terkandung dalam 5 perkara yang disebut maqasid al-syariah.

Page 5: Maqasid  al- Syari’ah

Agama

Nyawa

Harta Keturunan

Akal

Page 6: Maqasid  al- Syari’ah

Hajiat

Perkara yang diperlukan oleh manusia bagi mendapatkan keringanan atau kelapangan dan mengelakkan kerosakan kepada perkara daruriyat.

Walaupun manusia tak jaga maslahah hajiat ini, mereka akan alami kesukaran atau kesulitan.

Page 7: Maqasid  al- Syari’ah

Contoh:- Sembahyang darurah bagi manusia namun bagi orang yang musafir ianya akan menjadi sulit dan sukar jika tiada rukhsah/keringanan dalam mendirikan solat. Maka mereka boleh qasar atau jamak sembahyang tersebut.

Di sinilah kelonggaran syari’at kepada manusia.

Page 8: Maqasid  al- Syari’ah

Tahsiniyat

Perkara yang dikira elok dan baik jauh dari cacat dan dibenci oleh manusia.

Ulamak simpul sebagai akhlak-akhlak yang baik.

Sekiranya ada pertembungan maslahah antara 3 ini.

Ulamak tetapkan daruriyat perlu diutamaka dari hajiat dan tahsiniyat.

Page 9: Maqasid  al- Syari’ah

Jaga agama (Hifzun Din) Melarang manusia mempermainkan agama. Keperluan kepada menguatkan keimanan

manusia perlu dilakukan. Bina masjid, buat sekolah agama, buat

majlis ceramah, jabatan agama, undang-undang syari’ah.

Jika murtad maka kenakan hukuman hudud. Namun sebelum kenakan maka perlu ambil inisiatif dakwah kepadanya paling singkat 3 hari paling lama selagi dia tak taubat.

Page 10: Maqasid  al- Syari’ah

Nyawa (hifzun Nafs) Untuk mengelakkan manusia dari pupus dan

tidak tercapai matlamat sebagai khalifah. Membentuk manusia supaya sayang nyawa

sendiri dan jaga nyawa orang lain. Dosa membunuh adalah seperti membunuh

seluruh manusia. Hukuman dunia adalah qisas (bunuh balik)

tapi kena proses perundangan dahulu dalam undang-undang Islam ada (Baraatul zimmah).

Tak nak qisas boleh ambil diyat atau maafkan sahaja (lebih afdal).

Page 11: Maqasid  al- Syari’ah

Akal (Hifzun Aql) Dalam Islam akal penting beza antara

manusia dan makhluk lain. Akal adalah wasilah untuk mendapat ilmu. Akal perlulah sihat, selamat dan cergas. Sebarang perkara yang boleh jejasnya

perlu dibenteras. Hukum hudud hanya untuk minum arak

sahaja iaitu 40kali sebatan. Namun perkara lain yang rosakkan akal

seperti hidu gam, dadah, lihat benda lucah dan sebagainya maka kena hukum takzir.

Page 12: Maqasid  al- Syari’ah

Keturunan (hifzan Nasl) Manusia cukup menjaga maruah dirinya. Hanya menerima jika seseorang itu mempunyai

keturunan yang baik serta disegani. Cara untuk perolehi keturunan yang baik-baik

hanyalah dengan cara perkahwinan yang perlu dimemiliki kreteria sebelum berkahwin.

Perkara yang menjejaskan keturunan, maruah harga diri kena sekat atau hapuskan.

Mendekati zina diharamkan tambah buat zina. Buat zina cukup syaratnya maka hukuman

hudud rotan 100 kali atau rejam.

Page 13: Maqasid  al- Syari’ah

Harta (Hifzun Mal)