manual penggunaan

6
MANUAL PENGGUNAAN Objektif Permainan Permainan Cipher Game bertujuan untuk menguji keupayaan murid dalam mengingat fakta asas darab di samping memberi keseronokan kepada murid untuk menyah kod untuk mencari makna di sebalik kod fakta asas berkenaan. Selain itu, permainan ini memberi pendedahan kepada murid dalam aplikasi kod matematik. Arahan permainan Cipher Game 1. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dengan ahli seramai 4 orang. 2. Kad rujukan Cipher akan menjadi panduan kepada setiap pemain untuk menyah kod fakta asas darab pada kad yang di ambil. 3. Setiap pemain akan mencabut 1 keping kad daripada dek. 4. Pemain diberi masa selama 30 saat untuk menyah kod makna di sebalik kod fakta asas darab yang tersembunyi. 5. Pemain yang pantas menterjemah kod yang tersembunyi perlu mengangkat tangan dan menyebut Cipher Game sebagai tanda selesai. Setelah itu, kad yang berjaya diterjemah perlu disimpan oleh pemain untuk diiktiraf sebagai pemenang. 6. Jika seorang daripada pemain berjaya menterjemah kod, pemain lain perlu berhenti daripada menyah kod dan meletakkan semula kad di sebelah dek. 7. Pemain yang paling banyak menterjemah kod dan memiliki kad akan dikira sebagai pemenang dalam permainan ini. Perlaksanaan permainan dalam bilik darjah

Upload: a-rusdiansyah-didi

Post on 03-Sep-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

manual game cipher

TRANSCRIPT

MANUAL PENGGUNAAN

Objektif PermainanPermainan Cipher Game bertujuan untuk menguji keupayaan murid dalam mengingat fakta asas darab di samping memberi keseronokan kepada murid untuk menyah kod untuk mencari makna di sebalik kod fakta asas berkenaan. Selain itu, permainan ini memberi pendedahan kepada murid dalam aplikasi kod matematik.Arahan permainan Cipher Game1. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dengan ahli seramai 4 orang. 2. Kad rujukan Cipher akan menjadi panduan kepada setiap pemain untuk menyah kod fakta asas darab pada kad yang di ambil.3. Setiap pemain akan mencabut 1 keping kad daripada dek.4. Pemain diberi masa selama 30 saat untuk menyah kod makna di sebalik kod fakta asas darab yang tersembunyi.5. Pemain yang pantas menterjemah kod yang tersembunyi perlu mengangkat tangan dan menyebut Cipher Game sebagai tanda selesai. Setelah itu, kad yang berjaya diterjemah perlu disimpan oleh pemain untuk diiktiraf sebagai pemenang.6. Jika seorang daripada pemain berjaya menterjemah kod, pemain lain perlu berhenti daripada menyah kod dan meletakkan semula kad di sebelah dek. 7. Pemain yang paling banyak menterjemah kod dan memiliki kad akan dikira sebagai pemenang dalam permainan ini.Perlaksanaan permainan dalam bilik darjahPermainan Cipher Game ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran topik Darab mahupun sebagai bahan ulang kaji. Permainan ini bukan saja berbentuk kod namun fakta asas darab yang terkandung pada setiap kad berupaya membantu murid dalam mengingat fakta asas darab dengan mudah berbanding kaedah hafalan. Permainan ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan mahupun berpasangan dan permainan ini sesuai dilaksanakan semasa aktiviti berkumpulan pada fasa perkembangan. Permainan Cipher Game ini menggabung jalinkan nilai Matematik bersama nilai Bahasa Melayu kerana makna yang tersembunyi di sebalik kod fakta asas darab ini lebih kepada simpulan bahasa. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid dalam kosa kata Bahasa Melayu dari sudut simpulan Bahasa. LAPORAN PENGHASILAN PERMAINAN

Konsep kod dan kriptografi yang digunakanPermainan Cipher Game ini mengadaptasi daripada konsep kod Affine atau Affine Cipher. Dalam konsep Affine Cipher ini, setiap abjad akan digantikan dan dipetakan dengan nilai nombor mengikut abjab. Contoh sistem kod Affine Cipher ini seperti pada rajah di bawah: Rajah 1 : Affine CipherNamun, Cipher Game ini lebih menitikberatkan konsep fakta asas darab. Maka, pada rujukan Cipher saya menggantikan urutan nombor kepada urutan hasil darab sifir 2 sehingga sifir 5. Hal ini sangat bertepatan dengan topik Darab pada pembelajaran murid Tahun 2 dan Tahun 3. Contoh rujukan Cipher yang digunakan pada permainan ini seperti rajah di bawah:ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

02468101214161839152124272028323652530354045

Rajah 2 : Rujukan Cipher

Langkah permainan dihasilkanLangkahGambarPenerangan

1. Mengenal pasti rujukan Cipher.-Rujukan Cipher diadaptasi daripada Affine Cipher dengan mengubah suai mengikut fakta asas darab.

2. Membina kod rahsia pada kad.-Menggabung jalinkan nilai Bahasa Melayu pada permainan Cipher Game.-Unsur simpulan bahasa digunakan sebagai kod rahsia yang perlu diterjemah. -Pemain akan menyemak simpulan bahasa jika betul setelah Berjaya menterjemah kod rahsia pada kad.

3. Menterjemah kod melalui fakta asas darab-Setiap kad yang ada pada pemain mengandungi kod rahsia yang perlu diterjemah.-Kod yang ada pada kad terdiri daripada fakta asas darab.

4. Permainan Cipher Game

Kelebihan permainan 1. Permainan Cipher Game ini lebih mengutamakan konsep fakta asas darab dalam mengukuhkan pemahaman murid mengenai operasi asas matematik. Permainan ini sangat membantu murid dalam mengingat fakta asas darab melalui kaedah bermain yang lebih sinonim dengan kanak-kanak berbanding kaedah hafalan yang sangat membosankan. Konsep fakta asas darab ini sangat penting untuk dikuasai oleh murid-murid kerana fakta asas ini akan menjadi batu asas dalam memahami perkaitan operasi dan algoritma matematik. Bahkan penguasaan murid dalam fakta asas darab juga akan membantu ketika murid mula mempelajari topik yang lebih sukar seperti topik pecahan, perpuluhan dan lain-lain lagi.2. Permainan Cipher Game boleh diubah suai mengikut tahap kemampuan murid. Permainan Cipher Game ini pada mulanya hanya mengadaptasi fakta asas darab dalam lingkungan sifir 2 sehingga 5. Namun, hal ini boleh diubah suai mengikut kebolehan murid seperti mengubah suai rujukan Cipher daripada penggunaan sifir 2 sehingga 5 kepada penggunaan sifir 5 sehingga sifir 9. Hal ini akan lebih menyeronokkan dan mencabar kemampuan murid dalam mengingat fakta asas darab yang lebih sukar.3. Permainan ini menggabung jalinkan nilai Bahasa Melayu ke dalam permainan matematik. Permainan Cipher Game ini telah digabung jalinkan dengan unsur Bahasa Melayu iaitu unsur simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang digunakan dalam permainan ini dijadikan sebagai perkataan rahsia yang perlu diterjemah oleh murid melalui kod fakta asas darab. Selain mengingat fakta asas darab, murid juga akan mempelajari sesuatu yang baru iaitu unsur simpulan bahasa. Maka, permainan ini sangat sesuai dimainkan oleh murid-murid di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.4. Permainan ini tidak memerlukan peraturan yang rumit untuk dimainkan. Pemain atau murid tidak mengalami kesukaran untuk bermain permainan ini kerana permainan Cipher Game hanya menginginkan pemainnya untuk menyah kod fakta asas darab kepada perkataan yang membawa makna. Perkataan-perkataan ini pula terdiri daripada rangkaian simpulan bahasa yang mudah difahami oleh murid. Oleh sebab itu, Cipher Game ini sangat praktikal dalam membina pengetahuan tentang konsep matematik di samping bermain.5. Permainan ini juga boleh dikembangkan kepada fakta asas tambah, tolak mahupun bahagi. Cipher Game ini bukan saja sesuai dimainkan bagi mengukuhkan penguasaan murid dalam fakta asas darab namun boleh dikembangkan kepada fakta asas tambah, tolak mahupun bahagi. Guru hanya perlu mengubah susunan rujukan Cipher dan kod rahsia agar sesuai dengan fakta asas yang diaplikasikan. Seterusnya, murid akan bermain seperti biasa tanpa mengubah sebarang peraturan permainan.