panduan pengguna portal sppb

Upload: zogenk-ii

Post on 12-Jul-2015

102 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PANDUAN PENGGUNAPORTAL SISTEM PINJAMAN PERUMAHAN BERSEPADU (SPPB)

Disediakan Oleh : Unit Aplikasi, Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

KANDUNGANBil1.0 2.0 3.0

PerkaraPendaftaran Id Baru Log Masuk Ke Portal Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Secara Online 3.1 Maklumat Pemohon 3.2 Maklumat Perkhidmatan 3.3 Maklumat Suami/Isteri/Keluarga 3.4 Maklumat Pinjaman 3.5 Maklumat Harta 3.6 Maklumat Peguam 3.7 Maklumat Kontraktor/Pemaju 3.8 Paparan Maklumat Permohonan 3.9 No Rujukan Permohonan 3.10 Maklumat Wang Proses

Muka Surat2 4 5 7 10 13 16 19 21 22 23 28 29 30 30 31 31 32 32 33 35 35 36 37

4.0

Semakan 4.1 Status Bayaran Balik 4.2 Status Bayaran Kemajuan 4.3 Status Penghantaran Hakmilik 4.4 Status Baki Pinjaman 4.5 Status Permohonan 4.6 Penyata Tahunan

5.0

Kata Laluan 5.1 Lupa Kata Laluan 5.2 Tukar Kata Laluan

6.0

Kemaskini Profil

1

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

1.0

PENDAFTARAN ID BARU

Klik untuk skrin pendaftaran id baru

Gerakkan kursor untuk panduan mengisi maklumat

Klik untuk daftar id baru

[Rajah 1.0.1] 1. Untuk memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan secara atas talian (online), pemohon terlebih dahulu perlu mendaftarkan id pengguna. 2. Sila klik menu Pendaftaran ID Baru.[Rajah 1.0.1] 3. Maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi. 4. Sila gerakkan kursor pada ikon untuk melihat panduan mengisi maklumat.

5. Maklumat Pendaftaran ID Baru yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut: a. Klasifikasi Perkhidmatan Sila pilih satu (1) daripada klasifikasi perkhidmatan berikut: Awam Polis Tentera Anggota Pentadbiran Ahli Parlimen/Adun Hakim Badan Berkanun Kerajaan Tempatan b. Nama Sila isi nama penuh seperti yang tercatat dalam kad pengenalan awam, tentera atau polis. c. No KP Baru Sila isi nombor kad pengenalan baru 12 digit tanpa tanda sengkang (-). d. No KP Lama Sila isi nombor kad pengenalan lama (jika ada). Medan ini hanya akan dipaparkan sekiranya pemohon memilih klasifikasi perkhidmatan selain daripada Polis atau Tentera.

2

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

e. No Polis/Tentera Sila isi nombor kad pengenalan polis atau tentera (jika ada). Medan ini hanya akan dipaparkan sekiranya pemohon memilih klasifikasi perkhidmatan Polis atau Tentera. f. Kata Laluan Sila isi kata laluan dengan minimum kombinasi 6 aksara.

g. Pengesahan Kata Laluan Sila isi semula kata laluan sebagai pengesahan. h. E-mel Sila isi alamat e-mel sama ada alamat e-mel rasmi jabatan atau alamat e-mel peribadi. i. Soalan Keselamatan Sila pilih satu (1) daripada soalan keselamatan berikut: Nama Ibu Anda? Warna Kegemaran Anda? Pasukan Bola Sepak Kegemaran Anda? No Pendaftaran Kenderaan Anda? Nama Binatang Peliharaan Anda? Jawapan Keselamatan Sila isi jawapan keselamatan berdasarkan soalan keselamatan yang telah dipilih. untuk membuat pendaftaran id baru.

j.

6. Sila klik butang

7. Sekiranya maklumat id pemohon masih belum wujud dan sah, sistem akan mewujudkan id pengguna bagi pemohon dan memaparkan mesej Pendaftaran Telah Berjaya.[Rajah 1.0.2] 8. Sebaliknya sekiranya maklumat id pemohon telah wujud, mesej amaran Nombor Kad Pengenalan anda telah didaftarkan sebelum ini. Sila rujuk perkara ini kepada BPP untuk tindakan selanjutnya akan dipaparkan di skrin.[Rajah 1.0.3]

[Rajah 1.0.2]

3

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

[Rajah 1.0.3]

2.0

LOG MASUK KE PORTAL

Klik untuk skrin log masuk

Klik untuk masuk ke portal

[Rajah 2.0.1] 1. Sila klik menu Log Masuk untuk masuk ke portal. [Rajah 2.0.1] 2. Masukkan nombor kad pengenalan baru di medan No KP Baru dan kata laluan di medan Kata Laluan. 3. Kemudian klik butang atau tekan kekunci [ENTER] untuk masuk ke portal.

4. Sekiranya nombor kad pengenalan baru dan kata laluan adalah sah, menu utama portal akan dipaparkan. [Rajah 3.0.1] 5. Sebaliknya sekiranya nombor kad pengenalan baru dan kata laluan tidak sah, mesej amaran Log Masuk Tidak Berjaya akan dipaparkan. [Rajah 2.0.2]

4

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

[Rajah 2.0.2]

3.0

PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN SECARA ONLINE

Klik untuk permohonan pinjaman baru

[Rajah 3.0.1] 1. Senarai Semak Maklumat Permohonan akan dipaparkan apabila pengguna berjaya masuk ke portal. [Rajah 3.0.1] 2. Senarai Semak Maklumat Permohonan memaparkan ringkasan maklumat-maklumat yang perlu dilengkapkan oleh pemohon untuk memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan. 3. Terdapat tujuh (7) kategori maklumat yang perlu diisi iaitu: a. Maklumat Pemohon b. Maklumat Perkhidmatan c. Maklumat Suami/Isteri/Keluarga d. Maklumat Pinjaman e. Maklumat Harta f. Maklumat Peguam g. Maklumat Pemaju/Kontraktor 4. Ikon5

bermaksud maklumat tidak lengkap manakala ikonBahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

bermaksud maklumat telah lengkap.

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

5. Ikon

untuk paparan maklumat dan ikon

untuk mengemaskini maklumat.

6. Untuk membuat permohonan pinjaman perumahan Perbendaharaan yang baru, sila klik submenu Borang Online di bawah menu Permohonan Baru.

6

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

3.1 MAKLUMAT PEMOHON

Gerakkan kursor untuk panduan mengisi maklumat

Klik untuk simpan Maklumat Pemohon dan ke skrin Maklumat Perkhidmatan

[Rajah 3.1.1] 1. Maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi. 2. Sila gerakkan kursor pada ikon untuk melihat panduan mengisi maklumat.

3. Maklumat Pemohon yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut: [Rajah 3.1.1] a. Gelaran Sila isi gelaran.7 Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

b. Nama Maklumat nama akan dipaparkan secara automatik berdasarkan nama yang telah diisi semasa Pendaftaran Id Baru. c. No KP Baru Maklumat nombor kad pengenalan baru akan dipaparkan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan baru yang telah diisi semasa Pendaftaran Id Baru. d. No KP Lama Maklumat nombor kad pengenalan lama akan dipaparkan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan lama yang telah diisi semasa Pendaftaran Id Baru. Medan ini hanya akan dipaparkan sekiranya pemohon memilih klasifikasi perkhidmatan selain daripada Polis atau Tentera. e. No Polis/Tentera Maklumat nombor kad pengenalan polis atau tentera akan dipaparkan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan polis/tentera yang telah diisi semasa Pendaftaran Id Baru. Medan ini hanya akan dipaparkan sekiranya pemohon memilih klasifikasi perkhidmatan Polis atau Tentera. f. Tarikh lahir Maklumat tarikh lahir akan dipaparkan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan baru.

g. Jantina Maklumat jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan baru. h. Bangsa Sila pilih satu (1) daripada bangsa berikut: Melayu Cina India Lain-lain i. Gred Jawatan Hakiki Sila isi gred jawatan hakiki dan pilih satu (1) daripada senarai gred jawatan yang dipaparkan. Sila taip gred jawatan hakiki sekiranya tiada dalam senarai gred jawatan. Kumpulan Maklumat kumpulan akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Gred Jawatan Hakiki yang diisi. Sila taip kumpulan sekiranya Gred Jawatan Hakiki tiada dalam senarai.

j.

k. E-mel Maklumat e-mel akan dipaparkan secara automatik berdasarkan alamat e-mel yang telah diisi semasa Pendaftaran Id Baru. l. No Telefon Bimbit Sila isi nombor telefon bimbit tanpa tanda sengkang (-) atau ruang kosong ( ).

m. No Telefon Pejabat/Rumah Sila isi nombor telefon pejabat atau rumah tanpa tanda sengkang (-) atau ruang kosong ( ). n. Gaji Hakiki Sila isi gaji hakiki atau gaji pokok. o. Tarikh Lantikan Pertama Sila klik tarikh lantikan jawatan pertama pada paparan kalender. p. Tarikh Lantikan Sekarang Sila klik tarikh lantikan jawatan sekarang pada paparan kalender. q. Tarikh Pengesahan Jawatan Pertama Sila klik tarikh pengesahan jawatan pertama pada paparan kalender. r.8

Tarikh Pengesahan Jawatan Sekarang Sila klik tarikh pengesahan jawatan sekarang pada paparan kalender.

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

s. Tarikh Memangku Sila klik tarikh memangku jawatan pada paparan kalender. (jika ada) t. Gred Jawatan Dipangku Sila isi gred jawatan dipangku dan pilih satu (1) daripada senarai gred jawatan yang dipaparkan. Sila taip gred jawatan dipangku sekiranya tiada dalam senarai gred jawatan.(jika ada)

u. Umur Persaraan Wajib Sila pilih satu (1) daripada pilihan umur persaraan wajib berikut: 55 tahun 56 tahun 58 tahun v. Tarikh Persaraan Wajib Maklumat tarikh persaraan wajib akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Umur Persaraan Wajib yang dipilih. Namun bagi Tentera, medan ini perlu diisi. 4. Setelah selesai melengkapkan Maklumat Pemohon, klik butang maklumat dan untuk ke skrin Maklumat Perkhidmatan. untuk menyimpan

9

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

3.2 MAKLUMAT PERKHIDMATAN

Gerakkan kursor untuk panduan mengisi maklumat

Klik untuk ke skrin Maklumat Pemohon

Klik untuk simpan Maklumat Perkhidmatan dan ke skrin Maklumat Suami/Isteri/Keluarga

[Rajah 3.2.1]

10

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

1. Maklumat Perkhidmatan yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut [Rajah 3.2.1]: a. Maklumat Perkhidmatan i. Skim Perkhidmatan Sila pilih satu (1) daripada skim perkhidmatan berikut: KWSP - SSB KWSP - SSM Pencen - SSB Pencen - SSM Jenis Perkhidmatan Sila pilih satu (1) daripada jenis perkhidmatan berikut: Persekutuan Negeri Klasifikasi Perkhidmatan Maklumat klasifikasi perkhidmatan akan dipaparkan secara automatik berdasarkan klasifikasi perkhidmatan yang telah dipilih semasa Pendaftaran Id Baru. Nama Kementerian/Jabatan/Bahagian Sila isi nama kementerian, jabatan atau bahagian tempat bertugas. Alamat Kementerian/Jabatan/Bahagian Sila isi alamat penuh kementerian, jabatan atau bahagian tempat bertugas. Poskod Sila isi poskod bagi alamat kementerian, jabatan atau bahagian tempat bertugas dan pilih satu (1) daripada senarai poskod yang dipaparkan. Bandar Maklumat bandar akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi. Negeri Maklumat negeri akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

b. Maklumat Ketua Jabatan i. Kementerian/Jabatan Sila isi nama kementerian atau jabatan dan pilih satu (1) daripada senarai jabatan atau kementerian yang dipaparkan. Sila taip nama kementerian atau jabatan sekiranya tiada dalam senarai. Jawatan Maklumat jawatan bagi ketua jabatan akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Kementerian/Jabatan yang dipilih. Sila taip jawatan bagi ketua jabatan sekiranya tiada dalam senarai Kementerian/Jabatan. Alamat Maklumat alamat bagi ketua jabatan akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Kementerian/Jabatan yang dipilih. Sila taip alamat bagi ketua jabatan sekiranya tiada dalam senarai Kementerian/Jabatan. Poskod Maklumat poskod bagi alamat ketua jabatan akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Kementerian/Jabatan yang dipilih. Sila taip poskod bagi alamat ketua jabatan sekiranya tiada dalam senarai Kementerian/Jabatan dan pilih satu (1) daripada senarai poskod yang dipaparkan. Bandar Maklumat bandar bagi alamat ketua jabatan akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Kementerian/Jabatan yang dipilih. Bagi ketua jabatan yang tiada dalam senarai

ii.

iii.

iv.

v.

11

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

Kementerian/Jabatan, maklumat bandar bagi alamat ketua jabatan akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi. vi. Negeri Maklumat negeri bagi alamat ketua jabatan akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Kementerian/Jabatan yang dipilih. Bagi ketua jabatan yang tiada dalam senarai Kementerian/Jabatan, maklumat negeri bagi alamat ketua jabatan akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi.

c. Maklumat Pusat Pembayar Gaji i. No Gaji Maklumat nombor gaji akan dipaparkan secara automatik sekiranya maklumat nombor gaji pemohon telah wujud dalam pangkalan data. Sila taip nombor gaji sekiranya tidak dipaparkan. Kod Pusat Pembayar Gaji Sila isi kod pusat pembayar gaji dan pilih satu (1) daripada senarai kod pusat pembayar gaji yang dipaparkan. Sila taip kod pusat pembayar gaji sekiranya tiada dalam senarai. Nama Kementerian/Jabatan/Bahagian/Institusi Maklumat nama pusat pembayar gaji akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Kod Pusat Pembayar Gaji yang diisi. Sila taip nama pusat pembayar gaji sekiranya tiada dalam senarai Kod Pusat Pembayar Gaji. Jawatan Maklumat jawatan bagi pusat pembayar gaji akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Kod Pusat Pembayar Gaji yang diisi. Sila taip jawatan bagi pusat pembayar gaji sekiranya tiada dalam senarai Kod Pusat Pembayar Gaji. Alamat Maklumat alamat bagi pusat pembayar gaji akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Kod Pusat Pembayar Gaji yang diisi. Sila taip alamat pusat pembayar gaji sekiranya tiada dalam senarai Kod Pusat Pembayar Gaji. Poskod Maklumat poskod bagi alamat pusat pembayar gaji akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Kod Pusat Pembayar Gaji yang diisi. Sila taip poskod bagi alamat pusat pembayar gaji sekiranya tiada dalam senarai Kod Pusat Pembayar Gaji dan pilih satu (1) daripada senarai poskod yang dipaparkan. Bandar Maklumat bandar bagi alamat pusat pembayar gaji akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Kod Pusat Pembayar Gaji yang diisi. Bagi alamat pusat pembayar gaji yang tiada dalam senarai Kod Pusat Pembayar Gaji, maklumat bandar bagi alamat pusat pembayar gaji akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi. Negeri Maklumat negeri bagi alamat pusat pembayar gaji akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Kod Pusat Pembayar Gaji yang diisi. Bagi alamat pusat pembayar gaji yang tiada dalam senarai Kod Pusat Pembayar Gaji, maklumat negeri bagi alamat pusat pembayar gaji akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi. untuk

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

2. Setelah selesai melengkapkan Maklumat Perkhidmatan, sila klik pada butang menyimpan maklumat dan untuk ke skrin Maklumat Suami/Isteri/Keluarga. 3. Sebaliknya untuk mengemaskini Maklumat Pemohon, sila klik butang

12

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

3.3 MAKLUMAT SUAMI/ISTERI/KELUARGA

Gerakkan kursor untuk panduan mengisi maklumat

Klik untuk ke skrin Maklumat Perkhidmatan

Klik untuk simpan Maklumat Suami/Isteri/Keluarga dan ke skrin Maklumat Pinjaman

[Rajah 3.3.1] 1. Maklumat Suami/Isteri/Keluarga yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut: [Rajah 3.3.1] a. Maklumat Suami/Isteri i. Status Perkahwinan Sila pilih satu (1) daripada status perkahwinan berikut: Bujang Berkahwin

13

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

ii.

Nama Suami/Isteri Sila isi nama penuh suami atau isteri seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. No KP Baru Sila isi nombor kad pengenalan baru suami atau isteri.

iii.

iv.

Alamat Sila isi alamat penuh suami atau isteri. Poskod Sila isi poskod bagi alamat suami atau isteri dan pilih satu (1) daripada senarai poskod yang dipaparkan. Bandar Maklumat bandar akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi. Negeri Maklumat negeri akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi.

v.

vi.

vii.

b.

Maklumat Keluarga Yang Boleh Dihubungi i. Nama Sila isi nama penuh ahli keluarga seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. No KP Baru Sila isi nombor kad pengenalan ahli keluarga. Hubungan Sila pilih satu (1) daripada hubungan keluarga berikut: Ibu Ayah Adik-beradik Anak Lain-lain Alamat Sila isi alamat penuh ahli keluarga. Poskod Sila isi poskod bagi alamat ahli keluarga dan pilih satu (1) daripada senarai poskod yang dipaparkan. Bandar Maklumat bandar akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi. Negeri Maklumat negeri akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi. No Telefon Bimbit Sila isi nombor telefon bimbit tanpa tanda sengkang (-) atau ruang kosong ( ). No Telefon Pejabat/Rumah Sila isi nombor telefon pejabat atau rumah tanpa tanda sengkang (-) atau ruang kosong ( ). E-mel Sila isi alamat e-mel ahli keluarga.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

x.

2. Pemohon wajib mengisi sekurang-kurangnya satu (1) maklumat ahli keluarga yang boleh dihubungi. [Rajah 3.3.2]

14

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

Klik untuk tambah Maklumat Keluarga Yang Boleh Dihubungi

[Rajah 3.3.2] 3. Bagi menambah maklumat ahli keluarga yang boleh dihubungi, sila klik butang 4. Maklumat ahli keluarga yang telah diisi akan dipaparkan di Senarai Keluarga Yang Boleh Dihubungi. 5. Sila klik ikon untuk mengemaskini maklumat ahli keluarga.

6. Untuk menghapuskan maklumat ahli keluarga, sila klik ikon 7. Setelah selesai melengkapkan Maklumat Suami/Isteri/Keluarga, sila klik butang menyimpan maklumat dan untuk ke skrin Maklumat Pinjaman. 8. Sebaliknya untuk mengemaskini Maklumat Perkhidmatan, sila klik butang untuk

15

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

3.4 MAKLUMAT PINJAMAN

Klik untuk membuat pengiraan anggaran bayaran balik pinjaman Klik untuk ke skrin Maklumat Suami/Isteri/ Keluarga Klik untuk simpan Maklumat Pinjaman dan ke skrin Maklumat Harta

[Rajah 3.4.1] 1. Maklumat Pinjaman yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut: [Rajah 3.4.1] a. Maklumat Pinjaman i. Skim Pinjaman Sila pilih satu (1) daripada skim pinjaman berikut: SPPP Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan SPPI Skim Pembiayaan Perumahan Perbendaharaan Secara Islam

16

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

ii.

Kategori Pinjaman Sila pilih satu (1) daripada kategori pinjaman berikut: Pinjaman Pertama Cawangan BPP Sila pilih satu (1) daripada cawangan BPP berikut: Putrajaya Sabah Sarawak Jenis Pinjaman Sila pilih satu (1) daripada jenis pinjaman berikut: Jenis I : Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap Jenis II : Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri Jenis III : Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan Jenis IV : Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah Jenis V : Menyelesaikan Hutang Pinjaman Bank/Institusi Kewangan Jenis VI : Membina Rumah Di Atas Tanah Pemohon Yang Dibeli Melalui Pinjaman Kerajaan Jenis VII : Membuat Kerja Ubahsuai Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Sub Jenis Pinjaman Sila pilih satu (1) daripada sub jenis pinjaman berikut: Sub Jenis Pinjaman Jenis I Individu/Pemaju Jenis I Sekunder (Hakmilik Individu) Jenis I Sekunder (Hakmilik Assignment) Jenis I Kontra (Penjual Adalah Peminjam BPP)

iii.

iv.

v.

Jenis Pinjaman Jenis I: Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap

Jenis II: Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri Jenis III: Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan Jenis IV: Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah Jenis V: Menyelesaikan Hutang Pinjaman Bank/Institusi Kewangan Jenis VI: Membina Rumah Di Atas Tanah Pemohon Yang Dibeli Melalui Pinjaman Kerajaan Jenis VII: Membuat Kerja Ubahsuai Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Jenis VII Bukan Pinjaman Kerajaan Jenis IV Individu/Pemaju Jenis IV Kontra (Penjual Adalah Peminjam BPP)

vi.

Jenis Rumah Sila pilih satu (1) daripada jenis rumah berikut: Banglo/Sesebuah Berkembar Rumah Pangsa Townhouse Rumah Teres Kediaman Berkedai Kondominium Cluster / Teres Berkelompok

17

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

vii.

Rumah Kos Rendah Sila klik Ya jika rumah adalah rumah kos rendah atau klik Tidak jika sebaliknya. Permohonan Pinjaman Sila pilih satu (1) daripada jenis permohonan pinjaman berikut: Individu Bersama suami/isteri Amaun Pinjaman Dipohon RM Sila isi amaun pinjaman yang ingin dipohon. Tempoh Bayaran Balik Pinjaman (Tahun) Sila isi tempoh bayaran balik pinjaman.

viii.

ix.

x.

b. Maklumat Wang Beza i. Harga Harta RM Sila isi harga harta.(jika ada) Wang Beza RM Jumlah wang beza bagi pinjaman akan dikira dan dipapar secara automatik berdasarkan Amaun Pinjaman Dipohon dan Harga Harta.(jika ada) Kaedah Penyelesaian Wang Beza Sila pilih satu (1) daripada kaedah penyelesaian wang beza berikut: (jika ada) Pembiayaan Pinjaman Simpanan Sendiri/Sumber Lain

ii.

iii.

c. Maklumat Bank/Institusi Kewangan i. Nama Bank/Institusi Kewangan Sila pilih satu (1) daripada nama bank atau institusi kewangan berikut.(jika ada) Cawangan Bank/Institusi Kewangan Sila isi cawangan bagi bank atau institusi kewangan. (jika ada) Potongan Bulanan Pinjaman RM Sila isi amaun potongan bulanan pinjaman bagi bank atau institusi kewangan. (jika ada)

ii.

iii.

d. Maklumat Insurans/Takaful i. Akuan Pemilihan Insurans/Takaful Sila pilih satu (1) daripada panel insurans dan takaful berikut: Axa Affin Life Insurance CIMB Aviva Takaful Etiqa Insurance Etiqa Takaful HSBC Amanah Takaful Prudential BSN Takaful Takaful Ikhlas Takaful Malaysia

2. Di medan Akuan Pemilihan Insurans/Takaful, contoh pengiraan anggaran bayaran balik pinjaman mengikut panel insurans dan takaful boleh dibuat dengan mengklik pautan PENGIRAAN KELAYAKAN ANGGARAN BAYARAN BALIK. 3. Setelah selesai melengkapkan Maklumat Pinjaman, sila klik butang menyimpan maklumat dan untuk ke skrin Maklumat Harta. 4. Sebaliknya untuk mengemaskini Maklumat Suami/Isteri/Keluarga, sila klik butang untuk

18

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

3.5 MAKLUMAT HARTA

Klik untuk ke skrin Maklumat Pinjaman

Klik untuk simpan Maklumat Harta dan ke skrin Maklumat Peguam

[Rajah 3.5.1] 1. Maklumat Harta yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut: [Rajah 3.5.1] a. Jenis Hakmilik Sila pilih satu (1) daripada jenis hakmilik berikut: Individu Induk b. Jenis Pegangan Sila pilih satu (1) daripada jenis pegangan berikut: Pajakan Kekal c. Syarat Nyata Sila pilih satu (1) daripada syarat nyata berikut: Bangunan/kediaman Pertanian d. Sekatan Kepentingan Sila pilih satu (1) daripada sekatan kepentingan berikut: Ada Tiada19 Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

e. No Hakmilik Sila isi nombor hakmilik harta. f. No Lot Sila isi nombor lot harta.

g. Blok / Seksyen Sila isi blok atau seksyen harta. h. Tingkat Sila isi tingkat harta.(jika ada) i. Petak Sila isi petak harta. Mukim Sila isi mukim harta.

j.

k. Daerah Sila isi daerah harta. l. Negeri Sila pilih satu (1) daripada negeri berikut: Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor Terengganu W.P K.Lumpur W.P Labuan W.P Putrajaya

m. Keterangan Tanah Sila pilih satu (1) daripada keterangan tanah berikut: Rezab Melayu Native Land (Sabah & Sarawak) Tanah MCL (Negeri Melaka) Tanah Kurnia Lain-Lain 2. Setelah selesai melengkapkan Maklumat Harta, sila klik butang maklumat dan untuk ke skrin Maklumat Peguam. 3. Sebaliknya untuk mengemaskini Maklumat Pinjaman, sila klik butang untuk menyimpan

20

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

3.6 MAKLUMAT PEGUAM

Gerakkan kursor untuk panduan mengisi maklumat

Klik untuk ke skrin Maklumat Harta

Klik untuk simpan Maklumat Peguam dan ke skrin Maklumat Pemaju/Kontraktor

[Rajah 3.6.1] 1. Maklumat Peguam yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut: [Rajah 3.6.1] a. Nama Sila isi nama peguam. b. Alamat Sila isi alamat peguam. c. Poskod Sila isi poskod bagi alamat peguam dan pilih satu (1) daripada senarai poskod yang dipaparkan. d. Bandar Maklumat bandar akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi. e. Negeri Maklumat negeri akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi. 2. Setelah selesai melengkapkan Maklumat Peguam, sila klik butang maklumat dan ke skrin Maklumat Pemaju/Kontraktor. 3. Sebaliknya untuk mengemaskini Maklumat Harta, sila klik butang untuk menyimpan

21

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

3.7 MAKLUMAT PEMAJU/KONTRAKTOR

Gerakkan kursor untuk panduan mengisi maklumat

Klik untuk ke skrin Maklumat Peguam

Klik untuk simpan Maklumat Pemaju/Kontraktor dan ke skrin Paparan Maklumat Permohonan

[Rajah 3.7.1] 1. Maklumat Pemaju/Kontraktor yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut: [Rajah 3.6.1] a. Nama Projek Sila isi nama projek. b. Nama Pemaju / Kontraktor Sila isi nama pemaju/kontraktor. c. Alamat Sila isi alamat pemaju atau kontraktor. d. Poskod Sila isi poskod bagi alamat pemaju atau kontraktor dan pilih satu (1) daripada senarai poskod yang dipaparkan. e. Bandar Maklumat bandar akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi. f. Negeri Maklumat negeri akan dilengkapkan secara automatik berdasarkan Poskod yang diisi. untuk

2. Setelah selesai melengkapkan Maklumat Pemaju / Kontraktor, sila klik butang menyemak kesemua maklumat permohonan yang telah diisi. 3. Sebaliknya untuk mengemaskini Maklumat Peguam, sila klik butang

22

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

3.8 PAPARAN MAKLUMAT PERMOHONAN

Klik untuk kemaskini Maklumat Pemohon

Klik untuk ke paparan Maklumat Perkhidmatan

[Rajah 3.8.1]

23

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

Klik untuk kemaskini Maklumat Perkhidmatan

Klik untuk ke paparan Maklumat Pemohon

Klik untuk ke paparan Maklumat Suami/Isteri/ Keluarga

[Rajah 3.8.2]

24

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

Klik untuk kemaskini Maklumat Suami/ Isteri/ Keluarga

Klik untuk ke paparan Maklumat Perkhidmatan

Klik untuk ke paparan Maklumat Pinjaman

[Rajah 3.8.3]

25

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

Klik untuk kemaskini Maklumat Pinjaman

Klik untuk ke paparan Maklumat Suami/Isteri/ Keluarga

Klik untuk ke paparan Maklumat Harta, Maklumat Peguam dan Pemaju/Kontraktor

[Rajah 3.8.4]

26

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

Klik untuk kemaskini Maklumat Harta

Klik untuk kemaskini Maklumat Peguam

Klik untuk kemaskini Maklumat Pemaju/ Kontraktor

Klik untuk ke paparan Maklumat Pinjaman

Klik untuk hantar maklumat permohonan

[Rajah 3.8.5] 1. Pemohon boleh menyemak kesemua maklumat permohonan pinjaman perumahan Perbendaharaan yang telah dilengkapkan seperti di paparan skrin di atas. [Rajah 3.8.1 Rajah 3.8.5] 2. Untuk mengemaskini maklumat permohonan, sila klik butang 3. Sila klik butang untuk ke paparan maklumat berikutnya dan klik butang paparan maklumat sebelumnya. untuk ke

4. Sekiranya kesemua maklumat permohonan telah lengkap dan pemohon telah berpuas hati, sila klik butang

5. Pemohon tidak dibenarkan untuk mengemaskini maklumat permohonan setelah butang ditekan.

27

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

3.9 KELULUSAN SECARA BERSYARAT 1. Sekiranya permohonan pinjaman perumahan Perbendaharaan adalah lengkap dan berjaya dihantar, sistem akan memaparkan No Rujukan Permohonan, Jumlah Wang Proses serta mesej Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Anda Telah Berjaya Dihantar Dan Diberikan Kelulusan Secara Bersyarat. [Rajah 3.9.1] 2. Maklumat No Rujukan Permohonan dan Jumlah Wang Proses digunakan untuk pembayaran wang proses.

Klik untuk muat turun dan cetak borang permohonan Klik untuk muat turun dan cetak senarai dokumen sokongan

[Rajah 3.9.1] 3. Sila baca dan patuhi segala Syarat-Syarat Yang Perlu Dipatuhi dan Peringatan. 4. Sila muat turun dan cetak borang permohonan untuk tujuan pengesahan Ketua Jabatan dengan menekan butang Borang Permohonan Pinjaman Perumahan di bahagian MUAT TURUN & CETAK. 5. Sila muat turun dan cetak senarai dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan dengan menekan butang Senarai Semak Pinjaman di bahagian MUAT TURUN & CETAK. 6. Untuk pembayaran wang proses melalui Perbankan Internet, pembayaran penuh wang proses perlu dibuat dalam masa tiga (3) hari bekerja setelah permohonan dihantar secara online. 7. Manakala untuk pembayaran wang proses menggunakan kaedah manual iaitu bank draf atau wang pos adalah dalam masa empat belas (14) hari bekerja setelah permohonan dihantar secara online.28 Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

8. Borang permohonan dan dokumen sokongan fizikal yang telah dibuat pengesahan pula perlu dihantar dalam masa empat belas (14) hari bekerja.

3.10 MAKLUMAT WANG PROSES

Klik untuk kemaskini maklumat wang proses

Klik untuk menyimpan maklumat wang proses

[Rajah 3.10.1]

[Rajah 3.10.2] 1. Setelah pembayaran penuh wang proses dilaksanakan, pemohon perlu mengemaskini maklumat tersebut ke dalam portal. 2. Sila klik submenu Wang Proses di bawah menu Permohonan Baru. [Rajah 3.10.1] 3. Maklumat Wang Proses yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut: a. Cara Pembayaran Sila pilih satu (1) daripada cara pembayaran berikut: Perbankan Internet Bank Draf Wang Pos29 Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

b. Tempat/Cawangan Pembayaran Sila pilih satu (1) daripada tempat atau cawangan pembayaran berikut: Cara Pembayaran Perbankan Internet Bank Draf Wang Pos Tempat/Cawangan Pembayaran Cimbclicks Maybank2u (senarai 68 buah bank/institusi kewangan) Pejabat pos

c. No Rujukan Transaksi Sila masukkan nombor rujukan transaksi. d. Tarikh Bayaran Sila klik tarikh bayaran wang proses pada paparan kalender. e. Jumlah Bayaran RM Sila isi jumlah bayaran wang proses. 4. Sila klik butang untuk mengemaskini maklumat wang proses.

5. Maklumat wang proses yang berjaya dikemaskini akan dipaparkan di Pembayaran Wang Proses. [Rajah 3.10.2]

4.0

SEMAKAN

4.1 STATUS BAYARAN BALIK

Klik untuk semak status bayaran balik pinjaman

[Rajah 4.1.1] 1. Untuk menyemak status bayaran balik pinjaman, sila klik submenu Status Bayaran Balik di bawah menu Semakan. [Rajah 4.1.1]

30

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

4.2 STATUS BAYARAN KEMAJUAN

Klik untuk semak status bayaran kemajuan

[Rajah 4.2.1] 1. Untuk menyemak status bayaran kemajuan, sila klik submenu Status Bayaran Kemajuan di bawah menu Semakan.[Rajah 4.2.1]

4.3 STATUS PENGHANTARAN HAKMILIK

Klik untuk semak status penghantaran hakmilik

[Rajah 4.3.1] 1. Untuk menyemak status penghantaran hakmilik, sila klik submenu Status Penghantaran Hakmilik di bawah menu Semakan.[Rajah 4.3.1]

31

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

4.4 STATUS BAKI PINJAMAN

Klik untuk semak status baki pinjaman

[Rajah 4.4.1] 1. Untuk menyemak status baki pinjaman, sila klik submenu Status Baki Pinjaman di bawah menu Semakan.[Rajah 4.4.1]

4.5 STATUS PERMOHONAN

Klik untuk semak status permohonan

[Rajah 4.5.1] 1. Untuk menyemak status permohonan, sila klik submenu Status Permohonan di bawah menu Semakan.[Rajah 4.5.1]

32

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

4.6 PENYATA TAHUNAN

Klik untuk semak penyata tahunan

[Rajah 4.6.1] 1. Untuk menyemak penyata tahunan, sila klik submenu Penyata Tahunan di bawah menu Semakan.[Rajah 4.6.1] 2. Sila pilih akaun serta tahun penyata dan tekan butang 3. Penyata tahunan akan dipaparkan [Rajah 4.6.2]

33

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

[Rajah 4.6.2]

34

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

5.0

KATA LALUAN

5.1 LUPA KATA LALUAN

Klik untuk ke skrin lupa kata laluan Klik untuk pengesahan jawapan keselamatan

[Rajah 5.1.1]

Klik untuk menukar kata laluan baru

[Rajah 5.1.2] 1. Bagi peminjam yang terlupa kata laluan, boleh menukar kata laluan sebelum log masuk ke portal. 2. Sila klik menu Lupa Kata Laluan. 3. Sila lengkapkan maklumat berikut untuk menukar kata laluan: [Rajah 5.1.1] a. No KP Baru Sila masukkan nombor kad pengenalan baru 12 digit tanpa tanda sengkang (-) b. Soalan Keselamatan Sila pilih satu (1) daripada soalan keselamatan berikut: Nama Ibu Anda? Warna Kegemaran Anda? Pasukan Bola Sepak Kegemaran Anda? No Pendaftaran Kenderaan Anda? Nama Binatang Peliharaan Anda? c. Jawapan Keselamatan Sila isi jawapan keselamatan berdasarkan soalan keselamatan yang telah dipilih 4. Kemudian klik butang 5. Sekiranya semua maklumat yang telah diisi sah, skrin seperti [Rajah 5.1.2] akan dipaparkan.

35

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

6. Peminjam dikehendaki melengkapkan maklumat berikut: a. Kata Laluan Baru Sila isi kata laluan baru. b. Pengesahan Kata Laluan Baru Sila isi semula kata laluan baru sebagai pengesahan. 7. Klik butang untuk menukar kata laluan baru.

5.2 TUKAR KATA LALUAN

Klik ke skrin tukar kata laluan Klik untuk mengemaskini kata laluan

[Rajah 5.2.1] 1. Sila klik submenu Tukar Kata Laluan di bawah menu Profil untuk menukar kata laluan [Rajah 5.2.1] 2. Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut: a. Kata Laluan Lama Sila isi kata laluan lama. b. Kata Laluan Baru Sila isi kata laluan baru. c. Pengesahan Kata Laluan Sila isi semula kata laluan baru sebagai pengesahan. 3. Setelah selesai, sila klik butang

36

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia

Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)

6.0

KEMASKINI PROFIL

Klik untuk ke skrin kemaskini profil

Klik untuk mengemaskini profil pengguna

[Rajah 6.0.1] 1. Sila klik submenu Kemaskini Profil di bawah menu Profil [Rajah 6.0.1] 2. Maklumat yang boleh dikemaskini adalah seperti berikut: a. E-mel Sila isi alamat e-mel sama ada alamat e-mel rasmi jabatan atau alamat e-mel peribadi. b. No Telefon Bimbit Sila isi nombor telefon bimbit tanpa tanda sengkang (-) atau ruang kosong ( ). c. No Telefon Pejabat/Rumah Sila isi nombor telefon pejabat atau rumah tanpa tanda sengkang (-) atau ruang kosong ( ). d. Soalan Keselamatan Sila pilih satu (1) daripada soalan keselamatan berikut: Nama Ibu Anda? Warna Kegemaran Anda? Pasukan Bola Sepak Kegemaran Anda? No Pendaftaran Kenderaan Anda? Nama Binatang Peliharaan Anda? e. Jawapan Keselamatan Sila isi jawapan keselamatan berdasarkan soalan keselamatan yang telah dipilih 3. Setelah selesai, sila klik butang

37

Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia