manual pengguna sistem pendaftaran kursus...

9
Akademi Koreksional Malaysia MANUAL PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE (e-Daftar Kursus). AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA 1. OBJEKTIF MANUAL Manual Pengguna ini boleh digunakan sebagai panduan tentang cara-cara menggunakan SISTEM PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE (e-Daftar Kursus). 2. PENDAHULUAN Untuk ke laman Sistem Pendaftaran Kursus ini, anda boleh melayari laman web Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi dengan menaip alamat url http://jpmportal.prison.gov.my/akademi Langkah 1 : Klik pada butang e-Daftar Kursus dan skrin akan memaparkan menu pendaftaran (login). Langkah 1

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Akademi Koreksional Malaysia

    MANUAL PENGGUNA

    SISTEM PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE (e-Daftar Kursus). AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA

    1. OBJEKTIF MANUAL

    Manual Pengguna ini boleh digunakan sebagai panduan tentang cara-cara menggunakan SISTEM

    PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE (e-Daftar Kursus).

    2. PENDAHULUAN

    Untuk ke laman Sistem Pendaftaran Kursus ini, anda boleh melayari laman web Akademi Koreksional

    Malaysia, Langkawi dengan menaip alamat url http://jpmportal.prison.gov.my/akademi

    Langkah 1 : Klik pada butang e-Daftar Kursus dan skrin akan memaparkan menu pendaftaran (login).

    Langkah

    1

  • Akademi Koreksional Malaysia

    3. MENU PENDAFTARAN (Login)

    Langkah 2 : Untuk mendaftar buat kali pertama ataupun untuk menyemak sama ada nama anda telah

    didaftar di dalam sistem, buka menu login dan klik pada butang daftar Skrin akan

    memaparkan menu semakan.

    Langkah 3: Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan tekan enter.

    Langkah

    2

    Langkah

    3

    2

  • Akademi Koreksional Malaysia

    Langkah 4: Sekiranya anda adalah merupakan peserta yang belum mendaftar dalam sistem, skrin akan

    memaparkan menu di bawah. Klik pada “Klik di sini untuk skrin pendaftaran”

    Skrin akan memaparkan borang pendaftaran peserta.

    Langkah 5 : Isi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut. Pendaftaran ini hanya perlu

    dibuat sekali sahaja dan maklumat pendaftaran akan disimpan di dalam database sistem. Untuk login

    seterusnya, hanya perlu menggunakan no kad pengenalan sahaja. Setelah semua maklumat diisi, klik

    butang ‘Hantar / Send’ yang terdapat di sebelah bawah borang tersebut. Setelah berjaya, skrin akan

    memaparkan: ‘Syabas, kemasukan sah diterima’. Klik butang ‘Proceed to Login Page’, dan skrin sekali

    lagi akan memaparkan menu pendaftaran (login).

    Langkah

    5

    Langkah

    4

    3

  • Akademi Koreksional Malaysia

  • Akademi Koreksional Malaysia

    Sekiranya anda adalah merupakan peserta yang sudah mendaftar dalam sistem, skrin akan memaparkan

    menu di bawah. Klik pada “Klik di sini untuk login melalui skrin utama”.

    Seterusnya skrin akan memaparkan skrin utama yang telah tersedia no. Kad Pengenalan anda pada

    ruang No. Kad Pengenalan Peserta. Anda hanya perlu klik pada butang login.

    4

    5

  • Akademi Koreksional Malaysia

    Langkah 6 : Setelah pendaftaran ahli dibuat dan untuk pendafatran kursus selanjutnya, masukkan nombor kad pengenalan peserta di ruang yang disediakan dan klik butang login. Skrin akan memaparkan menu kursus.

    Langkah

    6

    6

  • Akademi Koreksional Malaysia

    Langkah 7 : Klik butang ‘scroll down’ pada senarai kursus yang dikehendaki dan pilih asrama di dalam senarai yang disediakan dan klik butang daftar. Skrin kemudiannya akan memaparkan maklumat kursus peserta sebagaimana di bawah. * Peringatan :

    Sekiranya skrin memaparkan senarai bilangan kursus yang banyak, anda hanya perlu memilih kursus yang diarahkan oleh institusi anda dan tidak dibenarkan memilih kursus-kursus lain yang tidak berkaitan dengan anda.

    Sekiranya anda tersilap membuat pilihan kursus, sila maklumkan kepada urusetia kursus untuk dibuat pembatalan.

    Sekiranya pihak institusi ingin membuat pertukaran peserta, sila maklumkan kepada urusetia kursus sebelum membuat penggantian peserta.

    Langkah

    7

    7

  • Akademi Koreksional Malaysia

    Langkah 8 : Masukkan No. Pin dan klik pada butang yang disediakan untuk pengesahan pendaftaran bilik dan kursus. Dan seterusnya skrin akan memaparkan SLIP PENDAFTARAN. Cetak slip ini dan bawa pada hari pendaftaran kursus.

    No. Pin akan dimaklumkan di dalam surat panggilan kursus yang dihantar oleh Bahagian Pembangunan Profesionalisme.

    Langkah

    8

    8

  • Akademi Koreksional Malaysia

    4. MEWUJUDKAN KATA LALUAN

    Untuk tujuan keselamatan, biodata / rekod maklumat diri anda boleh dilindungi dengan mewujudkan kata laluan bagi fail anda. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah sesuatu yang wajib. Sekiranya anda memasukkan kata laluan, ianya perlulah sentiasa diingati dan hendaklah digunakan setiap kali anda ingin mendaftar kursus.

    Klik pada menu password dan skrin akan memaparkan menu pertukaran kata laluan. Masukkan kata laluan pilihan anda pada ruang ‘New password’ dan ulangi kata laluan anda pada ruangan ‘Repeat New Password’. Kemudian klik pada butang ‘Change Password’.

    Sila gunakan kata laluan untuk pendaftaran kursus berikutnya dengan memasukkan nombor kad pengenalan pada ruang ‘No. Kad Pengenalan (Peserta)’ dan kata laluan pada ruang ‘Password (Urusetia sahaja)’ di skrin utama dan klik butang login.

    SELAMAT MENGGUNAKAN SISTEM PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE

    e-Daftar Kursus

    9