manual eksperimen rintangan
DESCRIPTION
eksperimen rintanganTRANSCRIPT
LEMBARAN TUGASAN RINTANGANKAEDAH SATU
Tajuk : Rintangan Bagi Konduktor Yang Berlainan Panjang / Kesan Panjang Konduktor Ke Atas Rintangan Konduktor / Bagaimanakah Panjang Konduktor Mempengaruhi Rintangan Konduktor?
Hasil Pembelajaran : Pelajar dapat menjelaskan bagaimana panjang konduktor mempengaruhi rintangan konduktor
Bahan dan Radas : Bateri 4.5V, ammeter (0 -1 A), voltmeter (0 – 5 V), reostat, wayar penyambung, suis, dawai konstantan 10 cm, 20 cm, 30 cm, 40 cm, 50 cm dan 60 cm.
Arahan Kepada Pelajar:
A) Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan radas serta langkah-langkah seperti berikut:
1. Pasang litar elektrik yang sesuai untuk menyiasat hubungan antara panjang konduktordan rintangan konduktor.
2. Mulakan dengan dawai konstantan yang panjang L = 10 cm, laraskan reostat supaya arus yang mengalir melalui dawai konstantan I = 0.5 A, dan ambil bacaan beza keupayaan V merentasi dawai konstantan.
3. Hitung rintangan dawai konstantan R = V/I.
4. Ulangi langkan 2 dan 3 dengan dawai konstantan yang panjangnya 20 cm, 30 cm, 40 cm, 50 cm dan 60 cm.
5. Rekodkan semua nilai L, I, V dan R di dalam satu jadual.
6. Plot graf yang sesuai untuk mendeduksikan hubungan antara panjang konduktor L dan rintanagan konduktor R.
B) Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Inferens: Panjang konduktor mempengaruhi rintangan konduktor.2. Tujuan: Menyiasat hubungan antara panjang konduktor dengan rintangan konduktor.3. Hipotesis: Rintangan konduktor berkadar terus dengan panjang konduktor.4. Pembolehubah
(a) Dimanipulasikan: Panjang konduktor(b) Bergerakbalas: Rintangan konduktor(c) Dimalarkan: Luas kerantan rentas konduktor / suhu konduktor
5. Prosedur eksperimen:
5.1 Litar seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas disediakan.5.2 Reostat dilaraskan supaya arus, I, yang mengalir melalui dawai konstantan 0.5A.5.3 Nilai beza keupayaan, V, merentasi dawai konstantan diambil.5.4 Rintangan dawai konstantan, R = V/I, dihitung.5.5 Langkah 6.2 hingga 6.4 diulangi untuk dawai konstantan yang panjangnya 20cm,
30 cm, 40 cm, 50 cm dan 60 cm.5.6 Semua bacaan L, I, V dan R dijadualkan.5.7 Graf R melawan L diplotkan.5.8 Berdasarkan graf yang diplot, dideduksikan hubungan antara panjang konduktor,
L dan rintangan konduktor, R.
6. Penjadualan Data:
Panjang konduktor,L / cm
Arus, I / ABeza keupayaan,
V / VRintangan, R /Ω
10.020.030.040.050.060.0
7. Analisis Data:
Graf Rintangan Konduktor Melawan Panjang Konduktor
Rintangan, R / Ω
Kesimpulan: Rintangan konduktor berkadar terus dengan panjang konduktor
C) Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan ,bincang permasalahan berikut:
Graf Rintangan Konduktor Melawan Panjang Konduktor
Rintangan, R / Ω
Situasi A
Situasi B
1. Situasi di atas telah diperhatikan oleh seorang pelajar ketika sedang menyambungkan litar.Apakah kemungkinan yang menyebabkan situasi tersebut terjadi?
2. Cadangkan cara yang perlu dilakukan agar kecerahan mentol bertambah.jelaskan jawapan anda
BAHAN DAN RADAS
BIL RADAS KUANTITI BAHAN1. Bateri 1.5 v2. Ammeter3. Rheostat4. Wayar5. Pembaris6. Suis7. Voltmeter8. Pemegang bateri9.
SENARAI SEMAK MENGENDALIKAN EKSPERIMEN
Menjalankan Eksperimen
Persembahan Data Pentafsiran Data dan Graf
Penulisan Laporan
Menyusun Bahan & Radas
Mengukur panjang dawai konstantan
Tekniki. Menyusun arus secara siri dan mengukur arus
ii. Menyusun voltmeter secara selari dan mengukur beza keupayaan
Meyelaraskan panjang dawai
Pengumpulan Data
Merekod bacaan meter Merekod bacaan voltmeter Mengira nilai rintangan
Penjadualan Data
Lajur, baris, tajuk dan unit
Pembolehubah
Bacaan data betul pada 1 tempat perpuluhan data (konsisten dan malar)
Sistematik, kualiti, dan pengiraan
Graf
Tajuk
Paksi dengan Unit
Skala sekata
5 titik diplotkan
Kekemasan keluk
Graf
Tajuk
Paksi dengan Unit
Skala sekata
5 titik diplotkan
Saiz graf 5 X 4
Garis yang licin dan seimbang
Soalan C1
Soalan C2
Inferen
Hipotesis
Tujuan
Pembolehubah
Bahan dan Radas
Susunan Radas dan bahan
Prosedur
Penjadualan Data
Analisis data
Kesimpulan