mamat khalid

10
Mamat Khalid Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Mamat Khalid Kelahiran Mohamad bin Mohd Khalid Pekerjaan Pengarah filem , Penulis lakon layar , Penyunting filem , Pelakon Tahun akt if 2003 - kini Laman web http://tempurungpecah.blogspot.com Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Bin Mohd Khalid [1] ialah seorang penulis lakon layar dan pengarah filem diMalaysia . Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat . [2] Isi kandungan [sorokkan ] 1 Biografi o 1.1 Kerjaya awal o 1.2 2003 kini: Menjadi pengarah 2 Filmografi 3 Anugerah 4 Nota dan rujukan 5 Pautan luar

Upload: twone-firdaus

Post on 28-Dec-2015

180 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mamat Khalid

Mamat KhalidDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mamat Khalid

Kelahiran Mohamad bin Mohd Khalid

Pekerjaan Pengarah filem, Penulis lakon layar, Penyunting

filem, Pelakon

Tahun aktif 2003 - kini

Laman web

http://tempurungpecah.blogspot.com

Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Bin Mohd Khalid[1] ialah seorang

penulis lakon layar dan pengarah filem diMalaysia. Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat.[2]

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1 Biografi

o 1.1 Kerjaya awal

o 1.2 2003–kini: Menjadi pengarah

2 Filmografi

3 Anugerah

4 Nota dan rujukan

5 Pautan luar

Biografi[sunting | sunting sumber]

Page 2: Mamat Khalid

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Sebelum menceburi bidang perfileman, Mamat bekerja dalam jabatan kerajaan, kemudian

beralih ke bidang penerbitan rancangan televisyen. Antara karya-karya Mamat yang terkenal

termasuk Pinang Durian, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan Abang We. Beliau

pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk

telefilem Pinang Durian.[3]

Penglibatan sulung beliau dalam industri perfileman Malaysia adalah apabila beliau mula-mula

mencadangkan sebuah siri televisyen yang mengisahkan legenda Puteri Gunung Ledang. "Pada

mulanya, saya bercadang menjadikannya projek kecil-kecilan untuk stesen televisyen ntv7

dalam bentuk bersiri. Saya cuba memecahkan projek itu kepada 20 episod yang bukan saja

dimuatkan dengan cerita hikayat Melayu lama PGL malah sarat dengan hikayat lain seperti

Badang Pahlawan Gagah dan sebagainya." Bagaimanapun,Enfiniti Productions yang menerima

cadangan Mamat itu menukarkannya menjadi sebuah filem untuk tayangan pawagam,

arahan Saw Teong Hin yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir.[4] Filem Puteri

Gunung Ledang yang menelan belanja lebih RM 16 juta, iaitu filem Malaysia yang paling mahal

dalam sejarah[5], sungguhpun dilaporkan tiketnya cepat dijual habis, namun hanya mampu

mengaut hasil RM 2.90 juta sejak keluar pada bulan Ogos 2004.[6] Namun demikian, filem ini

turut menikmati tayangan khas di festival filem luar negara, iaitu di Venice [7]  dan di Los Angeles.[8]

2003–kini: Menjadi pengarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003 juga, Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama, iaitu filem komedi Lang

Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario. Mengikut penerbit eksekutifGrand

Brilliance ketika itu, Lazizah Ahmad, filem Lang Buana memakai 'formula yang serba berlainan'

seperti yang dicadangkan oleh Mamat yang ingin cerita yang lebih mencabar.[3] Filem yang

menelan belanja RM 1.76 juta ini mengaut kutipan sebanyak RM 1.79 juta dari 27 buah

pawagam.[9]

Minatnya terhadap muzik rock diakui mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah

filem Rock pada tahun 2005.[2] Mengikut satu ulasan, Mamat dikatakan mesej bahawa dilema

yang dihadapi ramai pemuzik berbakat pada zaman kegemilangan rock 1980-an: "Itu yang cuba

Mamat ketengahkan menerusi watak Zack (lakonan Hasnul Rahmat). Anak muda yang berjaya

meraih trofi gitaris terbaik ini terpaksa memilih antara memenuhi kemahuan keluarga, kawan dan

teman wanita."[10] Filem inilah yang mengurniakan anugerah pertama Mamat dari Festival Filem

Malaysia, iaitu untuk Lakon Layar Terbaik.

Pada tahun 2006, Mamat membuat penampilan sebagai juri jemputan di Akademi Fantasia [11] ,

biarpun tidak dikenali memegang apa-apa peranan dalam industri muzik selain menjadi

pengarah muzik dalam filem. Pada tahun yang sama, beliau kembali menghasilkan filem drama

melalui Man Laksa yang memberikan dua pencalonan Festival Filem Malaysia.[12] Di samping itu,

beliau mencuba genre komedi seram menerusi filem Zombi Kampung Pisang, filem buatan

Malaysia pertama yang menampilkan puaka zombi (mayat hidup).[13]

Page 3: Mamat Khalid

Ketika memberi ucapan semasa Anugerah Skrin selepas dinobat Pengarah Filem Terbaik Anugerah Skrin untuk

filem Kala Malam Bulan Mengambang

Mamat turut mencabar diri dengan membikin sebuah filem hitam putih pada abad ke-21,

iaitu Kala Malam Bulan Mengambang (2008), sebuah filemnoir yang dibintangi Rosyam

Nor dan Umie Aida. Biarpun dilaporkan kurang mendapat sambutan penonton walaupun dihujani

ulasan positif[14], namun filem ini berjaya merangkul lima anugerah di FFM, termasuk Filem

Cereka Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik.[15]

Filem Estet arahan Mamat Khalid keluar pada tahun 2010, menceritakan kisah hubungan antara

orang Melayu dan India di sebuah perkampungan getah, sebagai azamnya untuk memaparkan

keeratan persaudaraan sesama kaum di Malaysia melalui filem.[16] Sungguhpun mendapat pujian

pengulas filem, namun kutipannya di pawagam agak mengecewakan dengan hanya RM 350,000

dari 47 buah pawagam.[17] Meskipun begitu, Mamat Khalid sekali lagi merasai kejayaan besar

selaku sutradara apabila Hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi filem tempatan kedua tertinggi

kutipan kasarnya di negara dengan RM7.9 juta dari 39 buah pawagam, mengekori

filem Ngangkung sahaja.[17]

Mamat juga sedang mengusahakan filem animasi pertamanya, berjudul Kelip-Kelip yang

dilaporkan menerima khidmat lakonan suara Datuk Siti Nurhaliza.[18]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem

Tahun Judul & Arahan Peranan Nota

2003Lang Buana

Grand Brilliance

Pengarah, lakon layar, muzik

2004 Puteri Gunung Ledang

Lakon Layar Lakon Layar Terbaik FFM

Page 4: Mamat Khalid

Saw Teong Hin

EnfiniTi Production18 bersama Saw Teong Hin

2005Rock

Grand BrillancePengarah, Cerita Asal, Lakon Layar, Muzik

2006

Man Laksa

Tayangan UnggulPengarah, Cerita Asal, Lakon Layar, Muzik

(Pencalonan) - Lakon Layar

Terbaik FFM 19

(Pencalonan) - Cerita Asal

Terbaik FFM 19

Tipah Tertipu The Movie

Ahmad Idham

Excellent Pictures

Cerita Asal- bersama Bront PalaraeLakon Layar- bersama Ahmad Idham

2007

Zombie Kampung Pisang

Tayangan Unggul

MK

Pelakon UndanganPengarahLakon LayarCerita Asal

Anugerah Khas Juri FFM 20

2008

Kala Malam Bulan Mengambang

Tayangan Unggul

PengarahLakon LayarCerita Asal

Pengarah Terbaik  FFM 21

(Pencalonan) - Lakon Layar

Terbaik FFM 21

(Pencalonan) - Cerita Asal

Terbaik FFM 21

Dunia Baru The Movie

M. Hitler Zami

Grand Brillance

Tauke Stesen Minyak

Pelakon Undangan

2009

My Spy

Afdlin Shauki

KRU Studios

Orang Kaya

Pelakon Undangan

2010 Estet

Naga VXS

PengarahLakon LayarCerita AsalPenerbitPenulis SkripPenataan Seni

Anugerah Khas Juri FFM 23

(Pencalonan) - Pengarah

Terbaik FFM 23

(Pencalonan) - Lakon Layar

Terbaik FFM 23

Page 5: Mamat Khalid

(Pencalonan) - Cerita Asal

Terbaik FFM 23

(Pencalonan) - Penataan Seni

Terbaik FFM 23

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Tayangan Unggul

PengarahLakon LayarCerita Asal

(Pencalonan) - Pengarah

Terbaik FFM 24

(Pencalonan) - Cerita Asal

Terbaik FFM 24

2013

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Tayangan Unggul

PengarahLakon LayarCerita Asal

Rock Ooo

Primeworks StudiosNaga VXS

PengarahLakon LayarCerita Asal

2014

Zombi Kilang Biskut

Enjit Enjit SemutPengarah

Apokalips

Tayangan UnggulNaga VXS

Pengarah

Akan Datang

Rock Lentok

Primeworks StudiosPengarah

Rentaz

Naga VXSPengarah

Rajawali: Aku Abang Long

Muradi JayaLakon Layar

Anugerah[sunting | sunting sumber]

2001: Anugerah Skrin

Pengarah Terbaik – Pinang Durian

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

1. Jump up↑ Mamat Khalid di Sinema Malaysia

2. ↑ Jump up to:2.0 2.1 Kamin, A. (2005-07-22). "A local movie about rock culture". star-ecentral.com.

Capaian 2007-04-24.

Page 6: Mamat Khalid

3. ↑ Jump up to:3.0 3.1 Zieman. "New formula for Senario film", The Star, 28 Jun 2003. Dicapai pada

20 Disember 2009. 

4. Jump up↑ Suzan Ahmad. "Keampuhan Mamat Lahir PGL", Berita Harian, 14 Mei 2003.

Dicapai pada 20 Disember 2009. 

5. Jump up↑ Mumtaj Begum. "Puteri Gunung Ledang musical", The Star, 14 Oktober 2005.

Dicapai pada 20 Disember 2009. 

6. Jump up↑ TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2004, FINAS. Dicapai pada 20

Disember 2009.

7. Jump up↑ "Puteri Gunung Ledang To Be Shown In Venice", Malay Mail, 7 Ogos 2004.

Dicapai pada 20 Disember 2009. 

8. Jump up↑ Suraiya Mohd Nor. "PGL 'cemar duli' di Los Angeles", Berita Harian, 23 Disember

2004. Dicapai pada 20 Disember 2009. 

9. Jump up↑ TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2003, FINAS. Dicapai pada 20

Disember 2009.

10. Jump up↑ Shakilawati Abd Rahman. "Rock Papar Dilema Anak Seni", Utusan Malaysia, 27

November 2008. Dicapai pada 20 Disember 2009. 

11. Jump up↑ Azhariah Kamin. "Most popular one wins", The Star, 7 Ogos 2006. Dicapai pada

21 Disember 2009. 

12. Jump up↑ Festival Filem Malaysia Ke 19 (2006), Sinema Malaysia. Dicapai pada 21

Disember 2009.

13. Jump up↑ Filem Zombi Kampung Pisang – Komedi ala Mamat Khalid, Budiey.com, 7 April

2007. Dicapai pada 21 Feb 2011.

14. Jump up↑ Nurulhisham Abdul Latiff. "Kutipan Rendah Kerana Hollywood", Utusan Malaysia,

6 Jun 2008. Dicapai pada 21 Disember 2009. 

15. Jump up↑ [Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008)], Sinema Malaysia. Dicapai pada 21

Disember 2009.

16. Jump up↑ Bissme S.. "Unity through Estet", theSun, 5 Mac 2009. Dicapai pada 21 Disember

2009. 

17. ↑ Jump up to:17.0 17.1 TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010, FINAS. Diambil 21 Feb 2010.

18. Jump up↑ Siti Azira Abd Aziz. "‘Kelip-Kelip’ Siti Nurhaliza masuk pawagam", mStar, 20

Oktober 2008. Dicapai pada 21 Disember 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

peNANGan MAMat KhALid

Page 7: Mamat Khalid

Salam semua

Kali ni saje nak cite tentang pengarah HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH...tak abih2 lagiyer..hahahaaku idakla fanatik sangat tapi sebab beliau di antara pengarah yang menggunakan bahasa perak dalam hasil tangannya... so aku suke laa... bukan kenegerian...ok? meh la baca petikan dari blog rakan kiter ni ... lebih detail la tentang MAMAT KHALIDhttp://schizinc.multiply.com/journal/item/54/Mamat_Khalidhttp://sangpenchenta.blog.friendster.com/2008/11/mamat-khalid/

Hari ni aku nak sembang pasal Mamat Khalid. Menurut rekod, drama pertama arahan Mamat Khalid

ialah Namaku Yassin (1995). Aku takkan lupakan sampai bila-bila drama bersejarah ni sebab

drama ni begitu tersendiri & menjadik kenangan dalam diri aku secara peribadi. Namaku Yassin

mengisahkan liku-liku seorang pendatang haram Indonesia ke Malaysia iaitu Yassin yang

dilakonkan oleh Harun Salim Bachik. Sebenarnya nama betul dia Yanto, tapi setelah dinasihatkan

oleh kengkawan yang menghantar dia naik bot haram ke Malaysia, dia menukarkan namanya

menjadik Yassin - nampak Malaysian sket. Dalam drama ni, berkali-kali jugakla dia introducekan

diri dia kat siapa-siapa - namaku Yassin. Hidup sebagai pendatang haram di Malaysia penuh

dengan angan-angan, begitulah jugak Yassin. Dihimpit kesempitan hidup di Indonesia, kalau tak

silap aku hanya berniaga jagung bakar & seterusnya menjadik makanan sehari-hariannya begitu

‘menyeksakan’. Di Malaysia, Yassin menjadik buruh binaan & dia telah jatuh cinta dengan

kontraktor tempat binaannya. Dia pernah bermimpi yang dia telah menyelamatkan kontraktor

kesayangannya daripada ditimpa benda yang jatuh daripada tingkat atas bangunan yang rupa-

rupanya hanya sekeping papan plywood. Dia cuma tinggal di rumah kongsi yang akhirnya di’raid’

oleh polis & dia terkocoh-kocoh melarikan diri dari ditangkap polis. Di penghujung cerita, Yassin

tertangkap jua & dihantar semula ke Indonesia. Yang membuatkan aku tak boleh lupa pasal drama

ni ialah 2 perkara:

Page 8: Mamat Khalid

i) Populariti jagung bakar: Selepas drama tu ditayangkan, aku & member aku selalu menggunakan

jagung bakar sebagai simbol lawak (Azmil, mana kau Azmil?)

ii) Muzik latar drama sewaktu polis menyerbu rumah kongsi Yassin - “da da da da da ayo ayo ayo

da da da” - itu pun menjadik bahan lawak antara aku & member aku.

Waktu tu aku baru darjah 4, so aku pun tak amik pot siapa pengarah drama ni. Lepas Mamat Khalid

terkenal baru aku tau drama ni drama arahan dia. Patutlah aku terkesan dengan kelucuan drama

dia.

Mamat Khalid berkarya lagi dengan drama Pukul 2 Petang. Drama ni ditayangkan awal 1998, masa

ntv7 baru-baru launching. Drama ni bukan arahan dia, tapi skrip & muzik adalah hasil karya dia.

Drama ni sangat menarik (aku rasa mungkin takde yang seumpamanya), sebab jalan ceritanya

cukup singkat, mengisahkan peristiwa yang berlaku dari pagi dalam pukul 10 sampailah 2 petang,

kisah pengantin lelaki yang kena sampai dari Ipoh (kalau tak silap) ke rumah pengantin perempuan

kat Bukit Mertajam sebelum jam 2 petang. Banyak halangan & dugaan yang dihadapi oleh We

(Allahyarham Hani Mohsin), adik accident, kereta kena tarik, van kena curik, jambatan rosak,

highway tutup, kereta accident, terpaksa berlari (seriously lawak gila ‘halangan-halangan’ yang

terpaksa ditempuh) akhir sekali berjaya jugak dia sampai ke rumah pengantin perempuan menaiki

motosikal. Moral ceritanya, apa pun yang terjadi, kita kena berpegang pada janji.

Drama Pukul 2 Petang dipanjangkan menjadi drama bersiri “Abang We” yang jugak disiarkan di

ntv7 sekitar tahun 1999. Plot cerita lebih kurang je, Abang We tak sudah-sudah ditimpa malang,

dia jadik mangsa fitnah, ada perempuan nak hancurkan rumah tangga dia, dia diberhentikan kerja,

sepupu tersayang dia Abu asik buat hal (sejak drama Pukul 2 Petang lagi), tanah Pak Ngah dia

hampir tergadai, kereta kena curik, tapi semuanya dihadapi dengan cukup tabah.

Rasa-rasanya Mamat Khalid paling terkenal dengan drama Rombongan Cik Kiah ke Sukan

Komanwel (1998). Aku rasa takde sapa yang tak tau drama ni, semua orang tau. Malah sampai

jadik label pulak kalau ada rombongan ramai-ramai kat mana-mana, mesti dipanggil “Rombongan

Cik Kiah”. Ini drama komedi yang tebal dengan jiwa patriotik & sindiran tajam terhadap orang

Melayu. Banyak dugaan yang mereka hadapi, bas buruk, pemandu gila, tayar bas tercabut,

semuanya dihadapi dengan tabah & akhirnya mereka berjaya menjejakkan kaki ke Stadium Bukit

Jalil.

Mamat Khalid jugak cemerlang dengan rantaian drama-drama komedinya seperti Mat Nor Khusairi

& the Velvet Boys, Hari Raya Abdullah Rafie, Arbaie Bujang Kembali, drama bersiri Jiran &

beberapa lagi yang aku pun dah tak ingat dah. Lawak dia bukan lawak kosong, tapi lawak ‘ada

makna’ bak kata P.Ramlee. Mamat Khalid seangkatan dengan abang dia Dato’ Lat kerana kedua-

Page 9: Mamat Khalid

duanya merupakan ‘oservant’ di dalam memerhatikan & mengkritik perkembangan sosio-budaya

masyarakat Malaysia. Bezanya, abangnya Dato’ Lat berkarya melalui kartun, Mamat Khalid

berkarya melalui gerak kerja kamera.

Walaupun Mamat Khalid terkenal dengan drama komedinya, drama komedinya bukanlah lekeh-

lekeh, boleh kata semuanya berkualiti. Buktinya, drama Pinang Durian arahannya berjaya

memenangi Drama Terbaik Anugerah Skrin 2001 mengalahkan drama-drama heavy yang lain.

Bayangkan macam mana drama komedi boleh menang drama terbaik. Tapi drama Pinang Durian

memang terbaik bagi aku, sama taraf dengan Rombongan Cik Kiah. Kalau nak tengok dari segi

jalan ceritanya, aku pun konfius camne drama ni boleh menang drama terbaik tapi dari segi

‘kesan’ terhadap penonton, memang drama ni meninggalkan impak yang besar terhadap

penonton. Drama ni mengisahkan percintaan antara lelaki berasal dari Pulau Pinang & perempuan

berasal dari Perak. Pertembungan mereka takde apa-apa sangat, tapi pertembungan bapak

diorang begitu melucukan hati. Bapak pengantin lelaki (Maidin) & bapak pengantin perempuan

(Zami Ismail) masing-masing mempunyai persepsi negatif terhadap orang negeri bakal besan.

Contoh keluhan Maidin terhadap anaknya apabila memilih isteri orang Perak “Hang tau dak, depa

pagi makan durian, tengahari makan durian, petang makan durian, malam PUN makan durian!”.

Zami Ismail pulak memandang ’slack’ terhadap si lelaki (Radhi Khalid) yang sewaktu pertama kali

datang bertandang ke rumahnya di Perak, Zami Ismail menyangkakan Radhi Khalid seorang

penjual karpet Bangla! Tapi akhirnya ‘ketidakberkenanan’ di hati Zami Ismail tu padam begitu saja

apabila mengetahui Radhi Khalid anak yatim yang sudah kematian ibunya. Satu insiden yang

melucukan ialah apabila rombongan meminang daripada Pulau Pinang datang ke Perak & tak reti

berpantun mengikut adat orang Perak. Kesudahannya Maidin berpantun merapu & Zami Ismail

terkebil-kebil melihat betapa loklaknya bakal besan dia.

SO, antara filem arahannya adalah MAN LAKSA, KALA MALAM BULAN MENGAMBANG, ROCK, PUTERI

GUNUNG LEDANG kot... tapi yang aku memang ingat adalah telemovie PUKUL 2 PETANG lakonan

HANI MOHSIN dan SYARIFAH HASLINDA serta DELIMAWATI aka KAK LIMAH...