malaysia - parlimen.gov.my · saya minta supaya ini diberi perhatian dan ... sedangkan itu fasad...

119
Bil. 25 Isnin 15 Disember 2014 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA

Upload: ngokhue

Post on 04-May-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil. 25 Isnin 15 Disember 2014

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA

MESYUARAT KETIGA

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2014

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 2015 (Halaman 22) USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Urusan Mesyuarat (Halaman 20 & 75)

DN 15.12.2014 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang d-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi

3. “ Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad (Dilantik)

4. “ Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Wilayah Persekutuan)

6. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

7. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Wilayah Persekutuan)

8. “ Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah – Senator - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan

9. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Wilayah Persekutuan)

10. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik)

11. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik)

12. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik)

13. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

14. “ Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah (Selangor)

15. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

16. “ Tuan Chia Song Cheng (Wilayah Persekutuan)

17. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

18. “ Tuan Chong Sin Woon (Wilayah Persekutuan)

19. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Wilayah Persekutuan)

20. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

21. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik)

22. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

23. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik)

24. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

25. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) – Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

26. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik)

27. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik)

28. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat – (Wilayah Persekutuan)

29. “ Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya (Wilayah Persekutuan)

30. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Wilayah Persekutuan)

31. “ Dato’ Khairudin bin Samad (Dilantik)

32. “ Tuan Koh Chin Han (Wilayah Persekutuan)

ii DN 15.12.2014

33. Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong – Senator (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

34. “ Datuk Lihan Jok (Wilayah Persekutuan)

35. “ Dato’ Lim Nget Yoon (Wilayah Persekutuan)

36. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan – Senator - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

37. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah)

38. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

39. “ Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka)

40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

41. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

42. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

43. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik)

44. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

45. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik)

46. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik)

47. “ Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

48. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

49. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

50. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

51. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah (Dilantik)

52. “ Datuk Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu)

53. “ Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang)

54. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik)

55. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka)

54. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah)

56. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik)

57. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik)

58. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

59. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

60. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang)

61. “ Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee (Dilantik)

62. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani (Dilantik)

63. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan)

64. “ Datuk Yoo Wei How (Dilantik)

65. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu)

66. “ Tuan Zali bin Mat Yasin (Dilantik)

DN 15.12.2014 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Dato’ Lamien bin Sawiyo

Setiausaha Dewan Negara

Encik Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Encik Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD)

Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah

Rosna binti Bujairomi

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari A/P Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad

Hazwani Zarifah binti Anas Siti Aishah Md Nasir

Hazliyana binti Yahaya

DN 15.12.2014 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEDUA

MESYUARAT KETIGA

Isnin, 15 Disember 2014

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan,

tindakan susulan terhadap kenyataan Menteri yang bertanggungjawab mengenai Parlimen dalam sidang Dewan Negara pertengahan tahun ini tentang kemungkinan penubuhan satu Jawatankuasa Parlimen (menyerupai struktur PAC) untuk memantau usaha-usaha memperkasa dan melaksanakan penggunaan bahasa kebangsaan di setiap sektor awam dan swasta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan supaya ditubuhkan satu Jawatankuasa Parlimen bagi memperkasa dan melaksanakan penggunaan Bahasa Kebangsaan di setiap sektor awam dan swasta adalah sangat baik. Penubuhan sesuatu jawatankuasa adalah berdasarkan keperluan dan kehendak semasa. Ini memberikan kepada peluang kepada Ahli Yang Berhormat membincangkan sesuatu isu yang dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan dengan lebih teliti.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan bersama Jawatankuasa Bahasa Kebangsaan perlu menguatkuasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan secara menyeluruh. Jawatankuasa Bahasa Kebangsaan juga disyorkan supaya mensyaratkan penggunaan bahasa kebangsaan secara menyeluruh. Jawatankuasa Bahasa Kebangsaan juga disyorkan supaya mensyaratkan penggunaan bahasa kebangsaan sepenuhnya di setiap peringkat dan sewajarnya mereka yang melanggar perundangan tersebut diambil tindakan.

Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil tindakan tegas dan menggalakkan semua pelanggan mereka menggunakan Bahasa Kebangsaan. Dengan adanya penguatkuasaan demikian, Ahli Parlimen bolehlah membangkitkannya pada bila-bila masa. Namun demikian, sekiranya ada keperluan, jika pihak kementerian, agensi mengabaikan penggunaan Bahasa Kebangsaan maka Parlimen bolehlah menubuhkan jawatankuasa seumpama itu. Walau bagaimanapun, sebarang keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa memerlukan perancangan yang teliti agar ia dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam

jawapan Yang Berhormat Menteri, berkali-kali Yang Berhormat Menteri menyebut tentang sekiranya ada keperluan. Saya rasa keperluan itu lebih daripada ada sekarang. Perkara ini telah ditimbulkan berkali-kali dalam Dewan Negara, telah ditimbulkan berkali-kali dalam Dewan Rakyat, telah ditimbulkan berkali-kali dalam forum-forum yang lain di luar Parlimen kita ini.

2 DN 15.12.2014

Jadi, kalau Yang Berhormat menyebut keperluan sekiranya ada itu, sudah lebih dari ada. Saya minta supaya ini diberi perhatian dan anggaplah bahawa keperluan itu sekarang sudah ada dan sudah kena masanya untuk dilaksanakan. Kita menyedari tentang ada anak-anak kita, anak-anak yang lahir, besar, makan minum, menghirup udara di negeri ini tak tahu berbahasa Melayu. Itu baru pada peringkat bahasa sebagai satu komunikasi sosial yang mudah. Bagaimanakah pula bahasa sebagai satu komunikasi sosial yang canggih? Komunikasi sosial untuk perkara-perkara yang lebih mendalam sifatnya? Jadi, saya minta supaya frasa yang digunakan oleh Yang Berhormat tadi, “Sekiranya ada keperluan” itu difahamkan sekarang bahawa memang ada sangat keperluan itu. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan yang

cukup baik dan juga soalan asal yang cukup baik. Maka, kerajaan akan memberi perhatian yang serius mengenai perkara ini dan tindakan segera berbentuk pentadbiran dan pelaksanaan akan disyorkan nanti.

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya bahawa “Kalau bapak borek, anak rintik?” Itu pepatah Melayu kata. Kita buat penilaian misalnya dalam televisyen, ada Menteri-menteri kita menjawab soalan bercampur aduk Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris. Kita tengok drama-drama kita pun begitu. Sedangkan itu fasad awal rakyat jelata melihat penguasaan dan penggunaan Bahasa Kebangsaan. Boleh tidak perkara-perkara ini dibetulkan dan saya minta Yang Berhormat Menteri ataupun Timbalan Menteri di mana-mana sekalipun buat macam Yang Berhormat Kamalanathan. Kalau bercakap dalam Bahasa Melayu, Bahasa Melayu sepenuhnya. Kalau cakap dalam bahasa Inggeris, bahasa Inggeris sepenuhnya. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, saya setuju. Yang

Berhormat, soalan Yang Berhormat dan juga soalan asal serta soalan tambahan tadi, kerajaan menyedari keperluan bahasa sebagai alat komunikasi dan juga kerajaan menyedari bahawa penggunaan bahasa kebangsaan nampaknya seolah-olahnya kembali kepada satu zaman, seolah-olahnya kalau tidak ada campur aduk, tidak ada kelaslah perbincangan tersebut. Termasuk dalam mesyuarat-mesyuarat kerajaan juga, kita lihat digunakan bahasa yang bercampur dan siapa yang bercakap bahasa Melayu sepenuhnya ataupun bahasa Inggeris sepenuhnya dilihat macam kurang menarik. Akan tetapi, siapa yang mencampur-campurkannya macam ada timbul suasana seolah-olahnya ada kelas.

■1010

Itu persepsi, ya. Daripada segi realitinya, sepatutnya penggunaan bahasa ini dibuat dengan sepenuhnya supaya sistem yang - saya quote dan saya akan jawab dalam perbahasan nanti. Saya quote dari Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah, yang quote daripada Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, bahawa sistem kita sekarang ini caca marba. Di mana penggunaan bahasanya bukan sebagai alat komunikasi tetapi berdasarkan kepada kemampuan seseorang. Kalau saya ingat ia sebagai alat komunikasi, biarlah orang yang berkomunikasi itu, orang lain memahami apa yang dikehendaki. Akan tetapi kalau orang lain hanya memahami separuh, itu sesuatu yang tidak bagus.

Maka, contoh-contoh seperti Menteri yang Yang Berhormat telah sebutkan dan contoh-contoh yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, ini adalah contoh-contoh yang boleh diikuti oleh semua pihak. Ada juga Menteri-menteri daripada di kalangan bukan Melayu, yang mampu berbahasa Malaysia dengan baik. Mereka ini mengamalkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam mesyuarat dengan sepenuhnya. Akan tetapi nampaknya itu semasa mesyuarat tetapi sama ada diamalkan sepenuhnya di tempat-tempat yang lain, itu kurang pasti.

DN 15.12.2014 3

Kalau kita melihat pendekatan secara menyeluruh, memang ada keperluan untuk kita anjurkan jawatankuasa yang lebih tegas ataupun jawatankuasa dalam bentuk PAC. Supaya penggunaannya dibuat dengan secara sepenuhnya. Ini mesti dilibatkan dengan kerajaan tempatan, terutamanya daripada segi amalan-amalannya. Kerajaan tempatan penting untuk mensyaratkan supaya Bahasa Kebangsaan diadakan di atas, kemudian bahasa yang kedua di bawah. Akan tetapi ada sesetengah tempat yang masih lagi papan tanda mereka, meletakkan Bahasa Kebangsaan di bawah, ataupun kadang-kadang tidak ada langsung.

Kalau kita lihat Kerajaan Brunei mensyaratkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu itu di atas. Akan tetapi dengan tulisan jawi, kemudian penggunaan bahasa lain, bahasa Inggeris yang kedua dan bahasa lain yang ketiga. Contohnya nama kedai, Lim Kok Wing. Lim Kok Wing itu ditulis dalam bahasa jawi, kemudian dalam bahasa Inggeris dan yang ketiga dalam bahasa Tionghoa. Akan tetapi orang-orang Cina di Brunei tidak berminat menulis, mereka kata cukuplah dengan menulis perkataan Lim Kok Wing ditulis dalam bahasa jawi dan bahasa Inggeris.

Kalau ada pemikiran yang sama secara keseluruhan di negara ini, saya pasti sudah, bahasa memang sebenarnya alat komunikasi yang boleh menjamin perpaduan dan juga lain-lain di masa akan datang. Kita memandang serius perkara ini dan kita akan ambil tindakan yang sewajarnya.

2. Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman minta Menteri Pendidikan

menyatakan, langkah tindakan kementerian bagi menghalang pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara agar tidak terlibat dengan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) atau lain-lain gerakan militan.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid atas kata-kata sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, atas sebab-sebab keselamatan, buat masa ini Kementerian Pendidikan Malaysia tidak menggalakkan pelajar-pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian mereka ke negara-negara bergolak, termasuklah negara-negara Timur Tengah. Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang terlibat sentiasa memantau keselamatan pelajar Malaysia dengan kerjasama bersama-sama pejabat Education Malaysia di sana.

Antara langkah-langkah yang diambil bagi memantau keselamatan pelajar Malaysia di luar negara, adalah seperti berikut:

(i) menasihati para pelajar untuk tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan luar dan dalam kampus atau berada di kawasan yang bergolak dan menjauhi kawasan yang berisiko tinggi;

(ii) mengambil tindakan berdasarkan standard operating procedure, dengan izin, pengurusan kebajikan pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dan arahan daripada agensi berkaitan, khususnya pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri, sekiranya berlaku sebarang masalah yang melibatkan keselamatan Malaysia seperti dalam pengurusan krisis semasa bencana alam, kemalangan, kebakaran, kematian, peperangan, letupan bom, ancaman pengganas, gangguan atau ancaman keselamatan diri dan insiden keganasan;

(iii) mengadakan program-program perdampingan pelajar dari semasa ke semasa melalui kenyataan rasmi dan media sosial bagi memantau perkembangan pelajar dan aktiviti mereka;

4 DN 15.12.2014

(iv) menasihati pelajar agar mengelakkan diri daripada menyimpan sebarang bentuk simbol dan gambar dalam telefon bimbit, komputer riba atau membawa apa-apa jua bahan bercetak seperti buku, risalah dan selainnya yang menunjukkan sokongan kepada pihak-pihak tertentu; dan

(v) menasihati pelajar agar tidak mendedahkan diri dan rakan-rakan kepada perkara berbahaya, sentiasa membawa pasport yang mempunyai visa sah tempoh, membawa kad pelajar serta nombor telefon Kedutaan Besar Malaysia atau pejabat Education Malaysia sebagai rujukan dan melaporkan kepada

pihak kedutaan jika berlaku kes-kes yang tidak diingini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan yang

seterusnya, Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman.

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang baik. Ini kerana beliau juga telah menjawab soalan yang kedua sebenarnya daripada saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma saya ingin bertanya, memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada kementerian ada menyimpan senarai dan profil setiap pelajar Malaysia. Terutama yang pergi melanjutkan pelajaran di luar negeri atas perbelanjaan sendiri, khususnya yang berada di negara Timur Tengah dan negara-negara yang berisiko tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Lebih kurang 50 peratus pelajar yang belajar di luar negara merupakan pelajar-pelajar persendirian. Pelajar-pelajar yang ditaja, kita mempunyai latar belakang, kita ada maklumat-maklumat yang diperlukan untuk memantau ataupun kita cukup data untuk mengenal pasti latar belakang pelajar-pelajar tersebut.

Pelajar-pelajar persendirian ini ada di antara mereka mendaftarkan diri dengan pejabat Education Malaysia ataupun kedutaan di negara-negara masing-masing ataupun di negara yang terdekat. Walau bagaimanapun, kita masih ada pelajar-pelajar yang masih tidak mendaftarkan diri. Kita sentiasa menyeru dan menyarankan dan merayu kepada pelajar-pelajar di luar negara yang pergi belajar persendirian untuk mendaftarkan diri. Ini penting, Tuan Yang di-Pertua, kerana apabila berlaku bencana dan kemalangan di negara tersebut, rujukan pertama keluarga yang terdekat dari negara kita ialah kedutaan kita.

Sekiranya kita ada maklumat tersebut, maka kedutaan mempunyai tanggungjawab untuk mengenal pasti keadaan pelajar-pelajar kita. Akan tetapi apabila pelajar tidak mendaftarkan diri apabila mereka sampai ke negara mereka belajar, maka ia akan menyukarkan kita untuk mengenal pasti di mana pelajar-pelajar kita sedang berada. Perkara ini telah berlaku dan berdasarkan kepada pengalaman pejabat-pejabat kami Education Malaysia, dan juga kedutaan-kedutaan Malaysia, kita masih mencari kaedah yang terbaik untuk memastikan pelajar-pelajar ini mendaftar dengan semua kedutaan.

Saya ingin mohon kerjasama dari Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya ada kenalan dan sahabat-sahabat yang belajar di luar negara, secara persendirian, daftarlah diri dengan pihak kedutaan ataupun Education Malaysia. Supaya kita dapat memantau mereka dari semasa ke semasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

DN 15.12.2014 5

■1020

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

ingin bertanya sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju atau tidak dengan kenyataan mengatakan bahawa pelajar-pelajar sekarang ini, bukan pelajar-pelajar di luar negara sahaja yang menyokong ISIS ini tetapi pelajar-pelajar di dalam negara juga telah mula menyokong ISIS ini oleh sebab kita tidak dapat membendung sistem-sistem komunikasi yang ada sekarang ini.

Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan kepada pelajar-pelajar kita di luar negara yang memihak kepada politik-politik pembangkang? Telah pun saya ceritakan melalui pengalaman semasa saya pertama kali menjejakkan kaki di luar negara, kami disambut oleh wakil-wakil daripada parti-parti pembangkang. Wakil-wakil daripada parti pembangkang ini juga mempunyai sahabat mereka dengan parti-parti pembangkang di luar negara. Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kementerian akan mengambil tindakan kepada pelajar-pelajar yang menyokong parti-parti politik pembangkang sama ada di negara kita ataupun di luar negara? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih Yang Berhormat Dato’. Dua soalan Yang Berhormat dikemukakan kepada saya. Pertama, tentang apa kaedah kita untuk mengekang fahaman ISIS dalam kalangan pelajar-pelajar dalam negara kita. Kedua, di luar negara, apabila pelajar-pelajar kita terlibat mengikut apa Yang Berhormat Dato’ katakan tadi, pelajar-pelajar di luar negara terlibat dalam menyokong pihak pembangkang dan sebagainya. Biar saya jawab soalan pertama.

Kita sentiasa memantau apa yang sedang berlaku di IPTA dan juga IPTS. Akan tetapi untuk kita mengambil tindakan ataupun mengambil apa yang patut dibuat untuk mengawasi semua ini, kita perlu kerjasama rakyat. Contoh, apabila kita mendapat maklumat ada sekumpulan pelajar yang menyebarkan fahaman ini di dalam IPTA atau IPTS tersebut, maka kita akan bekerjasama dengan pihak JAKIM. Pihak JAKIM akan membantu kita dan kerjasama ini sudah ada, bukan sahaja dalam bidang ini tetapi dalam bidang secara amnya untuk membantu kita menyiasat sama ada perkara ini berlaku atau tidak. Sekiranya perkara ini berlaku, kita akan buat laporan kepada pihak polis untuk membuat siasatan dan apa juga cadangan yang dikemukakan oleh pihak polis, kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan kepada laporan yang kita terima daripada JAKIM dan juga pihak polis. Itu bab pertama.

Soalan kedua tentang politik pembangkang. Saya tidak akan menafikan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Dato’ sebentar tadi. Walau bagaimanapun, kalau pelajar-pelajar itu pelajar tajaan, kita boleh memaklumkan kepada mereka tetapi sekiranya pelajar itu pelajar persendirian, maka hak untuk mereka menentukan siapa yang hendak disokong, kita tidak boleh ganggu gugat.

Akan tetapi, selaku wakil-wakil kerajaan, apabila kita pergi ke negara-negara tersebut, kita harus menggunakan peluang tersebut untuk memaklumkan kepada pelajar-pelajar tentang kecemerlangan, kewibawaan, keupayaan dan kebolehan parti Barisan Nasional ini untuk memastikan keselamatan, ketenteraman dan kejayaan negara ini hanya boleh dicapai melalui Kerajaan Barisan Nasional. Ini tanggungjawab kita bersama.

Saya berharap sekiranya ini berlaku, maka kita tidak perlu khuatir sama sekali sama ada pelajar-pelajar di luar sana menyokong pihak pembangkang kerana akhirnya, dengan apa yang kita akan maklumkan, saya pasti pelajar-pelajar di luar negara akan terus menyokong Barisan Nasional. Terima kasih Yang Berhormat.

6 DN 15.12.2014

3. Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan,

(a) sejauh manakah tindakan yang tegas dan berkesan dilakukan kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar Akta Francais 1998 di negara ini; dan

(b) adakah kementerian sedar bahawa berlakunya penindasan oleh syarikat besar seperti McDonald’s yang telah meraih keuntungan besar dan pada masa yang sama menekan pihak francais yang majoritinya rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin atas soalan nombor 3.

Tuan Yang di-Pertua, dalam menguatkuasakan Akta Francais 1998, kerajaan telah mengambil pendekatan yang lebih berhemah memandangkan ia melibatkan pendapatan francaisor dan juga francaisi dan kebanyakan masa aduan yang dikemukakan adalah berkenaan dengan masalah salah faham di dalam menjalankan perniagaan.

Dalam menyelesaikan pertikaian di antara francaisor dan juga francaisi, kementerian mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi mediasi bagi membantu pihak yang bertikai menyelesaikan masalah secara baik dan juga secara aman. Cara ini adalah lebih harmoni dan mempunyai impak yang positif untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya terdapat kemungkiran atau perlanggaran yang jelas dengan Akta Francais 1998, kementerian akan mengeluarkan notis terlebih dahulu kepada pihak berkenaan untuk memberi penjelasan dan membuat pembetulan terhadap kesalahan tersebut sebelum tindakan kompaun diambil bagi kesalahan tertentu. Bagi kes yang dibuat aduan secara rasmi, siasatan terperinci dibuat oleh pegawai kementerian sebelum diputuskan terdapat sebarang perlanggaran terhadap akta.

Akta Francais 1998 selain bertindak sebagai platform untuk penguatkuasaan, ia juga merupakan satu bentuk kod tatacara bagi menjalankan perniagaan francais di Malaysia. Ia bertujuan untuk melindungi kedua-dua pihak sama ada francaisi mahupun francaisor agar perniagaan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan baik dan harmoni sekali gus mengelakkan daripada mana-mana pihak yang terbabit tertindas.

Sehingga kini, hanya satu aduan sahaja berkaitan dengan McDonald’s diterima oleh kementerian yang melibatkan perniagaan francaisi dan aduan tersebut telah diselesaikan secara terus oleh francaisi induk McDonald’s di Malaysia iaitu Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. dengan francaisinya. Selain daripada aduan tersebut, tiada lagi aduan dikemukakan secara rasmi oleh mana-mana pihak berkenaan mengenai salah laku mana-mana pihak dalam perniagaan francais McDonald’s. Sekiranya ada, pihak tersebut

dialu-alukan untuk mengemukakan aduan kepada kementerian untuk diambil tindakan seterusnya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan saya. McDonald’s telah menubuhkan syarikatnya yang bernama Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. dan saya ingin tahu, berapakah peratus saham syarikat tersebut yang dimiliki oleh warganegara Malaysia?

DN 15.12.2014 7

Kedua, adakah kementerian sedar bahawa mengikut seksyen 18 Akta Francais 1998, khususnya subseksyen 18(2) dengan izinnya, “Franchise agreement shall contain but not limited to – (b) the territorial rights granted to the franchisee” and subsection (3), “Failure to comply with subsection (2) shall render a franchise agreement null and void”. Terima kasih.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan Yang Berhormat itu agak spesifik sedikit. Mengenai dengan saham daripada Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd., ini akan saya beri kemudian kerana tidak ada pada saya ketika ini jumlah saham daripada Golden Arches di dalam McDonald’s.

Keduanya mengenai dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat, kerana ia terlalu spesifik, kita akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau spesifik itu Yang Berhormat, minta Yang Berhormat

jawab bertulis kepada Yang Berhormat itu.

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya saya silakan soalan tambahan yang kedua,

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Salim.

■1030

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Soalan saya, berapa banyak bumiputera yang terlibat dalam francais McDonald’s ini dan hingga kini kita tahu bahawa francais ini terlalu banyak cawangan dibuka dan jumlah sebenar yang kini penyertaan bumiputera. Keduanya, berapa jumlah yuran yang dikenakan oleh McDonald’s ini kepada pengusaha-pengusaha ataupun kepada francais yang terlibat

dalam perniagaan ini.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah: Terima kasih Yang Berhormat

Senator Dato’ Haji Mohd Salim mengenai dengan jumlah francais dan juga francaisi dan juga francaisor yang terdapat di dalam negara. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam program kita mengadakan promosi francais di seluruh negara, pada tahun ini saja kita adakan lebih kurang 17 program untuk kita dapatkan francaisi-francaisi yang berminat untuk bersama-bersama dalam program francais.

Dalam program promosi francais ini, kita mempunyai 70 orang francaisor yang terlibat secara langsung dalam program-program ini dan mungkin pada tiap-tiap kali kita adakan program promosi ini, kadang-kadang separuh daripada francaisor yang bersama-sama dengan kita dan jumlah francaisi yang bersama dengan kita sepanjang hingga ke hari ini adalah 321 buah francaisi yang telah berjaya kita wujudkan. Peratusannya, 85 peratus bumiputera yang terlibat dalam program sebagai francaisi di seluruh negara.

Mengenai dengan yuran McDonald’s ini, memang untuk menjadi francaisi pada McDonald’s melibatkan jumlah yang agak besar, RM2 juta sehingga ke RM4 juta. Ini kerana untuk mewujudkan satu outlet McDonald’s ini, ia memerlukan tempat yang agak besar dan perancangan yang terperinci supaya kerana jenama McDonald’s ini begitu terkenal.

Oleh sebab itu McDonald’s ini untuk pastikan supaya outlet untuk berniaga McDonald’s ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan, sebab itu jumlah yuran ataupun modal yang perlu terlibat RM2 juta hingga ke RM4.5 juta satu-satu outlet McDonald’s hendak diwujudkan di seluruh negara. Terima kasih.

8 DN 15.12.2014

4. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani menyatakan, bagaimana kerajaan mempromosikan dan menggalakkan hidangan dan pemakanan ikan air tawar kepada para pelancong luar negara ke arah menggiatkan pasaran ikan air tawar dalam industri pelancongan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang bertanyakan soalan. Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, di negara kita ini, bekalan makanan ikan yang dikeluarkan lebih kurang 1 juta metrik tan mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia. Mengikut kajiannya, 54 kilogram ikan untuk seorang makan. Kita ada 27 juta orang penduduk, lebih kurang 1.5 juta metrik tan keperluan kita dan pengeluaran kita pun sekitar jumlah yang disebutkan itu. Jadi, masalah pemasaran sebenarnya tidak menjadi masalah kepada pengeluaran ikan yang dikeluarkan oleh negara.

Walau bagaimanapun, kita memahami bahawa kalau sekiranya untuk mendapatkan harga yang lebih baik, mungkin jualan di restoran-restoran dan juga di hotel-hotel untuk pelancong-pelancong ini, kita dapat harga yang lebih baik daripada tangkapan ikan ini. Jadi, walaupun kita tidak ada program khusus untuk mempromosikan penjualan ikan-ikan air tawar di restoran-restoran dan juga di hotel-hotel, kita menggalakkan juga hotel-hotel dan restoran-restoran untuk menghidangkan makanan-makanan daripada ikan air tawar. Ini kerana jumlah pengeluaran ikan air tawar pun tidak banyak Tuan Yang di-Pertua, cuma dalam 133 ribu metrik tahun saja setahun. So it’s not an issue dari segi maknanya, oversupplykah dan sebagainya.

Jadi untuk tujuan menggalakkan pelancong-pelancong meminati untuk makan ikan air tawar ini, kita ada beberapa perkara yang kita lakukan. Pertamanya, kita memastikan ladang-ladang ataupun fish farm yang menternak ikan air tawar ini, dia memiliki sijil apa yang dipanggil MyGAP iaitu Malaysian Good Agricultural Practices. Jadi, perlu mematuhi standard pengeluaran yang diluluskan oleh kerajaan. Selain daripada itu, kita juga ada buat promosi dengan chef-chef terkenal seperti Chef Ismail, Chef Adam untuk menggalakkan, mempromosikan pemakanan ikan air tawar ini. Itulah jawapan ringkas saya Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Terima kasih. Industri pelancongan adalah

amat berkait dengan industri perhotelan. Maka persoalannya, jika kita lihat di hotel-hotel di seluruh negara pada hari ini, jarang sekali ada hidangan ikan air tawar. Jadi setakat mana usaha kerajaan memastikan, menggalakkan dan memberi insentif-insentif agar hidangan-hidangan ikan air tawar ini dapat disediakan di hotel-hotel seluruh negara? Satu lagi berkait dengan bagi memastikan populasi ikan air tawar di habitat semula jadi di sungai-sungai, apakah usaha kerajaan bagi memastikan ketidakpupusan dan pertambahan populasi ikan-ikan air tawar ini yang dikatakan 18 spesies hampir pupus? Sekian.

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat. Kita ini bila cakap, semua hendak minta subsidi kerajaan, insentif, bantuan. You hendak jual ikan air tawar di hotel pun hendak bagi subsidikah, insentifkah, bukan? Kita membebankan kerajaan dan duit rakyat setiap kali kita hendak buat apa program pun. Kita tidak payahlah hendak bagi insentif. Kita cuma buatkan promosi dengan menjelaskan bagaimana pemakanan ikan air tawar ini satu pemakanan yang standard, yang orang pelancong pun anggap ia bukan makanan orang kampung atau low class dan sebagainya.

Itu sebab saya fikir bahawa perlu ada nutrition, akan membuat penjelasan ataupun

chef-chef menjelaskan tentang kandungan protein dalam ikan-ikan air tawar ini supaya mereka merasakan bahawa ikan air tawar ini berkualiti, sama juga dengan ikan marin. Saya rasa kalau ini dapat kita perjelaskan, difahamkan kepada pelancong, mereka juga akan berminat untuk makanan yang seperti ini. Itu pada pandangan sayalah.

DN 15.12.2014 9

Kalau hendak bagi insentif, berapa ratus juta, berapa juta lagi hendak bawa ke Dewan, hendak minta kelulusan. Jadi bila rakyat kita ini, swasta atau rakyat biasa atau pelancong, hendak bebas daripada mental subsidi ini? Mental bantuan-bantuan ini, hendak kena bagi semua sokongan yang seperti ini. Ini pandangan sayalah, belum lagi dibuat keputusan begitu.

Daripada segi ikan yang pupus ini, saya tidak begitu jelas. Saya terpaksa bagi jawapan secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Tuan

Syed Shahir.

■1040

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai benih ikan jelawat yang terdapat dalam sungai sekarang ini. Adakah ia asal daripada negara luar, Thailand, Indonesia atau sebagainya. Minta penjelasan.

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Terima kasih. Hendak jawab sama ada

ikan jelawat ini datang daripada negara lain, saya belum buat kajian lagilah nanti saya tanya pegawailah tengok. Terima kasih.

5. Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman minta Menteri Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat menyatakan, butiran lengkap mengenai program dan bantuan kepada golongan ibu tunggal bagi menjamin masa depan anak-anak mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan

setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Roslin atas penganugerahan Darjah Kebesaran DIMP, yang membawa gelaran Dato’ pada 12 November baru-baru ini. Tahniah... [Tepuk]

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa prihatin akan keperluan dan kebajikan ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka di Malaysia. Antara program yang dijalankan untuk membantu ibu tunggal bantuan kaunseling, bantuan guaman, bantuan kewangan, bantuan pembelajaran anak-anak, bantuan mencari pekerjaan dan lain-lain lagi mengikut keperluan masing-masing.

Sejak tahun 2008, seramai 210,671 orang ibu tunggal telah mendapat bantuan daripada kementerian yang melibatkan Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan juga Unit National Key Results Area (NKRA). Bantuan dan program yang disediakan adalah seperti

berikut:

(i) Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal;

(ii) Program Mama Care;

(iii) Program 1AZAM;

(iv) Program Bazar Wanita;

(v) Skim Bantuan Kanak-kanak;

(vi) Bantuan Am; dan

(vii) Bantuan Geran Pelancaran dan juga kita bekerjasama dengan KPDNKK iaitu untuk memberi Kad Diskaun Skuad Pengguna.

10 DN 15.12.2014

Kementerian sentiasa mengkaji kesesuaian untuk penambahbaikan program supaya memberi impak yang berganda kepada kumpulan ini. Antara penambahbaikan program yang dirancang untuk tahun 2015 menerusi kolaborasi dengan Giat MARA bagi membolehkan mereka memberi latihan-latihan lanjutan dan juga bantuan modal sehingga RM10,000 tanpa faedah.

Selain daripada itu kementerian juga akan mengadakan kembali Program Home Managers untuk membantu wanita khususnya ibu tunggal menerusi kerjasama Persatuan Ibu Tunggal. Kementerian juga akan bekerjasama dengan Taman Teknologi Park untuk menyediakan peserta yang ingin mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya soalan tambahan pertama Yang Berhormat

Dato’ Roslin.

Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan pertama saya, saya ingin bertanya berapa ramaikah ibu tunggal di negeri Pahang berdasarkan rekod KPWKM. Soalan kedua saya, berapakah berdasarkan rekod KPWKM juga berapakah jumlah keseluruhan ibu tunggal yang direkodkan pada masa sekarang?

Seterusnya yang ketiga di bawah Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) berapa ramaikah ibu tunggal yang telah dilatih sehingga kini dan daripada jumlah tersebut berapa ramaikah daripada mereka yang telah berjaya meningkatkan pendapatan ataupun memulakan perniagaan, terima kasih.

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat Dato’

Roslin. Pertama saya ingin memaklumkan di sini bahawa kami memang menggunakan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia yang mereka telah buatkan pada tahun 2010 untuk perangkaan ibu tunggal. Jadi untuk negeri Pahang yang mengikut rekod yang kami dapat yang berdasarkan kriteria kementerian yang menerima bantuan 12,613 orang ibu tunggal dari negeri Pahang.

Keduanya iaitu mengikut statistik Jabatan Perangkaan, jumlah ibu tunggal yang ada di Malaysia mengikut tahun 2010 235,240 orang tetapi yang ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator kita kena updatekan sebab status ibu tunggal itu boleh berubah. Sebab daripada ibu tunggal mungkin dia tidak jadi tunggal lagi dan sebagainya. Akan tetapi ini kita berdasarkan statistik tahun 2010 dan untuk makluman eloklah saya juga berkongsi daripada segi takrifan sebab ini memang ada confusion. Ada yang keliru mengenai takrifan. Jadi takrifan yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan dan seharusnya semua kementerian mesti menggunakan takrifan yang sama iaitu ada tiga kriteria ibu tunggal.

Pertama, perempuan yang menjadi ketua isi rumah bertaraf perkahwinannya balu atau bercerai atau berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama, itu yang pertama. Kedua, perempuan yang menjadi ketua isi rumah tetapi mempunyai suami. Suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama, dan ketiga, perempuan yang menjadi ketua isi rumah tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak iaitu anak angkat atau anak tidak sah taraf. Jadi ini adalah tiga takrif ibu tunggal.

Jadi yang bercerai Yang Berhormat yang bercerai tidak ada anak, dia bukan ibu tunggal, dia janda. So, itu kena differentiate. Jadi itu dalam jawapan saya tidak termasuklah itu, ini yang ada anak [Ketawa] Soalan tambahan ketiga, ini satu program yang kita namakan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal atau ringkasannya I-KIT di mana ibu-ibu tunggal ini dilatih dan mereka inshaaAllah kami bimbing untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

DN 15.12.2014 11

Jadi untuk makluman Yang Berhormat Senator sehingga November tahun ini, seramai 4,630 orang ibu tunggal telah dilatih di bawah program ini dan daripada jumlah itu 2,074 orang ibu tunggal telah berjaya meningkatkan pendapatan melebihi 50 peratus daripada pendapatan awal dan kami monitor, kami bimbing dan kami memastikan bahawa mereka menjalankan perniagaan itu selama enam bulan untuk supaya kami betul-betul yakin bahawa ibu tunggal itu boleh berdiri atas kaki sendiri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, hendak maklumkan Yang Berhormat ini

memang pakar segala ini. Dia dahulu Timbalan Menteri dia lama jadi Timbalan Menteri saya jadi Menteri. Dia memang pakar dalam segalanya, kerana dia datang hari ini saya benarkan tiga soalan kerana dia… [Tepuk] Sekarang saya silakan Yang Berhormat Puan

Shahanim.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya inginkanlah kalau boleh adakah pihak kementerian mempunyai data ibu tunggal yang bekerja, ibu tunggal yang tidak bekerja kerana apa, di kawasan saya yang saya dapati, seorang ibu tunggal kalau kematian suami seorang isteri kehilangan tempat bergantung. Anak-anak akan menjadi anak yatim.

Kebanyakannya ibu tunggal yang tidak bekerja dan kementerian akan memberi sebanyak RM100 kepada setiap seorang anak, maksimum RM450. Walaupun kalau anak dia sekolah seramai 6 orang. Apakah pendapat kementerian jumlah itu sangat sedikit berbanding dengan seorang ibu tunggal yang belum mempunyai pekerjaan? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Itu

satu soalan yang begitu baik sekali dan sebenarnya saya di dalam proses untuk kita sebab saya ingin maklumkan juga bahawa untuk membantu ibu tunggal ini Yang Berhormat, sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, begitu ramai sangat champion.

■1050

Akan tetapi memandangkan kementerian ini macam pokoknya adalah di situ atas usaha wanita dan juga kebajikan, jadi saya telah mengarahkan pegawai saya untuk mendapatkan segala maklumat yang berada juga di kementerian-kementerian lain untuk kita satukan supaya kita boleh buatkan analisa dan kita boleh kategorikan lagi mengikut apa Yang Berhormat katakan tadi, yang bekerja, yang tidak bekerja. Walaupun yang tidak bekerja Yang Berhormat, saya hendak kategorikan juga mengikut umur. Ada itu Tuan Yang di-Pertua, dia sudah tidak dapat kita bagi kemahiran apa-apa. Dia hanya menunggu bantuan bulanan, pun ada. Jadi kita akan kategorikan mengikut umur, pendapatan, kemahiran, sektor, lokasi, kaum dan juga taraf pendidikan.

Jadi inshaaAllah kami akan khusus latihan-latihan. Kadang-kadang dia bukan memerlukan bantuan dalam bentuk kewangan, tidak. Dia memerlukan kaunseling, motivasi dan bimbingan. Jadi oleh yang demikian inshaaAllah kita ada mewujudkan satu sistem yang kami namakan MANIS iaitu Maklumat Nasional Isu-isu Sosial Negara di kementerian saya yang akan menumpukan daripada segi keperluan yang betul-betul diperlukan.

Yang Berhormat, saya memang bersetuju Yang Berhormat, ibu tunggal kebanyakan yang kami sampaikan, betul Yang Berhormat katakan tadi dia berbentuk mengikut garis kemiskinan sebab segala-galanya ada syarat. Ia berbentuk bantuan anak-anak seperti Yang Berhormat katakan setiap anak-anak ini dapat RM100 sebulan tetapi maksimum RM450 walaupun dia ada anak berapa ramai. Kita ada juga memberi bantuan am.

Ketiganya geran pelancaran. Oleh sebab dia hendak memulakan sesuatu melalui I-KIT dan IQ Nita tadi kita nampak dia ini memang berkemahiran kita masuk juga segala program yang ada di kementerian macam 1AZAM. Kita bagi semua yang diperlukan untuk ibu-ibu tunggal ini dapat menyara kehidupan anak-anak keluarga mereka dengan lebih teratur. Jadi inshaaAllah Yang Berhormat tetapi memang kami sentiasa terbuka dengan

apa-apa lagi cadangan dan pendapat. Terima kasih.

12 DN 15.12.2014

Tuan Yang di-Pertua: Ya, saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Lim Nget

Yoon. Dua kali bangun nampaknya sudah. Okey silakan.

Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu

program yang sangat bagus yang sangat berkesan iaitu program CARI di mana program ini akan mencari golongan yang layak mendapat bantuan di mana golongan ini selalunya sangat dengan izin ignorant dia tidak tahu prosedur, jalan di mana untuk mendapatkan

bantuan tersebut. Ini soalan saya dan juga selalu kita berkata jangan sahaja bagi mereka ikan, tetapi sebaliknya mengajar mereka untuk memancing supaya mereka memang boleh menjaga diri sendiri dan anaknya untuk masa hadapan anak mereka. Jadi kita memang tahu golongan ini kira miskin...

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Sudah

faham. Cukup sudah faham dua soalan itu.

Dato’ Lim Nget Yoon: Okey, terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat Yang

Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon. Memang dahulu sebab kita telah wujudkan pegawai-pegawai yang kita namakan dalam Projek CARI tetapi Yang Berhormat Program CARI ini sebab kita memang hendak melanjutkan tetapi memandangkan ada kekangan kewangan dan sebagainya. Akan tetapi itu hanya satu kaedah.

Sebenarnya Yang Berhormat wakil-wakil rakyat macam Yang Berhormat sekarang ini pun boleh memainkan peranan untuk memaklumkan kepada ibu-ibu tunggal atau mana-mana kumpulan sasar yang memerlukan bantuan dan kami juga Yang Berhormat sering mengadakan road show. Kita turun padang, kita mengadakan dan melibatkan diri juga

dalam karnival. Kita bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertanian dan KPDNKK. Kita minta juga booth supaya kami juga akan memaklumkan kepada semua pemimpin di mana mereka berada mengenai program-program yang kami ada.

Yang Berhormat, saya memang bersetuju Yang Berhormat kita jangan hanya memberi mereka ikan, tetapi eloknya memberi pancing. Itulah segala program yang ada di kementerian ini. Akan tetapi memang Yang Berhormat itu juga tidak mencukupi, jadi kita wujudkan lagi seperti sukarelawan kebajikan. Kita wujudkan juga PERWANI. Kita maklumkan juga kepada segala NGO yang ada supaya mereka ini akan menjadi perantara untuk membawa kumpulan-kumpulan yang memerlukan untuk tampil pergi ke pejabat-pejabat kami yang berdekatan untuk mendapat segala bantuan yang ada insya-Allah kalau mereka memenuhi segala syarat.

Untuk maklumat sebab ini saya kena cerita juga. Kami juga membantu bapa tunggal Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab soalan ini saya tidak boleh cakap tadi sebab soalan ini berkisar kepada ibu tunggal. Akan tetapi takut ada di luar sana nanti di mana akan kata ini ibu-ibu kenapa tidak bapa. Bapa pun kami bantu, terpulang kalau mereka memenuhi kriteria. Macam bantuan untuk anak-anak kami juga bagi kepada bapa tunggal. Akan tetapi untuk makluman juga bapa tunggal ini tidak berapa lama Tuan Yang di-Pertua. Status dia cepat sangat dia berubah.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Terima

kasih. Begitulah rupanya. Saya berharap Menteri datang untuk menjawab amat memuaskan. Saya galakan lagi ramai menteri hadir, jangan biarkan Timbalan Menteri sahaja menjawab.

DN 15.12.2014 13

6. Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta Menteri Dalam Negeri

menyatakan, sejauh mana Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA 2012 berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan benar-benar berjaya menangani isu militan dan kegiatan keganasan memandangkan peningkatan kes penyertaan rakyat Malaysia dalam gerakan Islamic States (IS).

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan membangkitkan bahawa perbezaan di antara Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA berbanding dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri ataupun ISA.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua dua perundangan ini tidak boleh dibuat satu perbandingan. Oleh sebab kalau kita lihat dari sudut penggunaannya, undang-undang itu sendiri bawah undang-undang SOSMA ataupun Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) ini sebenarnya ialah undang-undang procedural atau undang-undang diguna

tatacara menggunakan kesalahan-kesalahan lain. Dalam masa yang sama undang-undang Langkah Keselamatan ataupun ISA ia undang-undang substantif ataupun undang-undang yang menghukum. Jadi dalam keadaan sedemikian kita tidak boleh membuat satu perbandingan di antara satu undang-undang ini dan undang-undang itu.

Walau bagaimanapun, selepas rentetan daripada Program Transformasi Politik pada 2011 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi mengelakkan kelakuan kelompangan undang-undang, maka Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA telah digubal. Maka akta ini mempunyai beberapa peruntukan yang boleh sedikit menangani kesalahan berkaitan dengan aktiviti keganasan.

Namun demikian oleh sebab dilihat dalam keadaan kesalahan keganasan yang berlaku sekarang ini dan gencatan yang berlaku dilakukan oleh pihak-pihak tertentu berhubung dengan hal-hal keganasan, maka itulah kenapa kerajaan pada 26 November 2014 telah membentangkan satu Kertas Putih untuk mencadangkan untuk maklumkan kepada umum dan maklum kepada masyarakat bahawa kerajaan bercadang untuk menggubal satu undang-undang lagi untuk menangani khusus kes-kes keganasan secara substantif dan juga secara procedural bersekali.

Dalam keadaan sedemikian dia juga mengandungi beberapa fakta pembaikpulihan kaunseling dan pelbagai lagi. Jadi dalam keadaan sedemikian kita melihat kelemahan SOSMA itu sendiri dari sudut untuk mengatasi masalah kes-kes keganasan. Kononnya kalau kita melihat kita telah menangkap 45 orang individu yang disyaki terlibat dengan gerakan militan ISIS di bawah SOSMA.

■1100

Akan tetapi apa yang perlu dibuat ialah di bawah undang-undang SOSMA ini dia mengandungi beberapa undang-undang lain iaitu undang-undang Penal Code. Minta maaflah saya mengguna istilah bahasa Inggeris ini kerana saya daripada umur hidup saya memang dibimbing cara bahasa Inggeris dan bahasa di rumah pun bahasa Inggeris. Jadi berfikir bahasa Inggeris. Jadi saya minta maaflah mengguna bahasa Inggeris sedikit.

Jadi daripada jumlah ini, 22 orang telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan menganggotai kumpulan pengganas atau memberi sokongan terhadap perbuatan pengganas. Sehubungan dengan itu tidak dapat dinafikan keberkesanan juga SOSMA ini dalam menangani isu kegiatan pengganas tetapi masih juga SOSMA ini undang-undang procedural. Ia hanya untuk memberi garis panduan berapa lama ditangkap, berapa lama penyelidikan, dari sudut pembuktian di mahkamah, macam mana memberi saksi dan sebagainya dan bukan untuk menuduh seseorang itu. Tuduhan masih dibuat di bawah undang-undang lain di bawah jadual undang-undang SOSMA itu sendiri. Jadi tidak ada perbandingan.

14 DN 15.12.2014

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya duduk Tuan Yang di-Pertua saya ingin juga oleh sebab kita bercakap bahasa Melayu tadi hendak menyebut Tuan Yang di-Pertua itu tidak boleh disebut Speaker, salah ya. Dalam perlembagaan ataupun dalam peraturan tidak ada istilah Speaker. Tidak ada juga istilah Speaker dalam peraturan kita. Ia mengguna istilah Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Persoalan yang ingin saya bangkitkan yang kedua ini ialah berkaitan dengan akta yang dihasratkan oleh kerajaan untuk dibangunkan berasaskan Kertas Putih yang dicadangkan oleh kerajaan. Memandangkan kalau dahulu adanya akta pencegahan seperti ISA ini yang saya dimaklumkan di kalangan pengebom berani mati rakyat Malaysia itu ada yang pernah ditahan oleh ISA dan apabila dimansuhkan, maknanya mereka ini secara berani untuk terlibat dalam kegiatan seperti ini.

Soalan saya, apakah undang-undang yang bakal dirangka kelak akan mengambil kira peruntukan-peruntukan semacam peruntukan yang ada di dalam Akta ISA itu supaya kemudaratan yang lebih besar terhadap rakyat Malaysia yang inginkan keamanan dan kestabilan ini tidak akan digadai kerana kita hendak menjaga hati pihak-pihak minoriti yang hendakkan hak kebebasan secara mutlak.

Dato Seri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh membincangkan apakah isi dan inti pati undang-undang yang bakal kita gubalkan untuk mengganti ataupun untuk memenuhi kehendak yang disebut dalam Kertas Putih. Lagipun dalam peraturan kita mengatakan perkara yang hipotetikal, minta maaf perkataan hipotetikal saya tidak tahu Bahasa Melayunya. Itu juga tidak boleh dibincangkan dalam Dewan kerana adalah salah mengikut peraturan.

Yang kedua, jawapannya ialah begini. Dalam Undang-undang SOSMA itu dia menunggu seseorang itu melakukan kesalahan mengikut kalau kesalahan itu boleh disabitkan di bawah seksyen keganasan di bawah Kanun Keseksaan umpamanya. Dia melakukan perkara itu dahulu, dia bomkan sebuah tempat, bila sudah dibomkan tempat itu, barulah fakta undang-undang itu boleh dikatakan dua fakta iaitu:

(i) the mens rea, ataupun pemikiran seseorang hendak melakukan kesalahan; dan

(ii) actus rea ataupun tindakan susulan daripada pemikiran itu telah dilakukan dengan itu baru kesalahan di bawah SOSMA ini boleh berlaku dan boleh diambil tindakan.

Akan tetapi di bawah undang-undang ISA dulu ia apabila dianggapkan seseorang

itu telah berfikiran atau gerak-gerinya menunjukkan dia bakal melaksanakan satu-satu perkara daripada sejarah dan rekod yang ada pada kita menunjukkan bahawa dia ada kelemahan ataupun kemahuan untuk melakukan satu-satu perkara yang berlaku, kita boleh menahan dia dan mencegah dari berlakunya pengeboman itu sebelum berlaku.

Sebagai jawapan kepada Yang Berhormat Dato' Dr. Asyraf Wajdi berhubung

dengan yang selepas dimansuhkan undang-undang ISA dahulu, maka ini masih dipantau oleh pihak polis dan dikawal dan dilihat oleh pihak polis dalam gerak-geri mereka supaya jangan terlibat dengan perkara ini kerana ini sahajalah undang-undang yang ada pada kita. Kalau perlu, kalau dilihat dia dalam keadaan yang kritikal, dia bolehlah diambil tindakan oleh pihak polis. Itulah kenapa polis memperkuat dan memperkasakan lagi risikan dan intelligence collection, dengan izin, oleh pihak special branch dalam menangani masalah keganasan di negara kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

DN 15.12.2014 15

Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jikalau sesuatu persatuan ataupun pertubuhan tidak diharamkan, maka anak-anak muda akan terus membabitkan diri. Adakah ISIS diharamkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri?

Dato Seri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua,

sebenarnya soalan ini amat baik Tuan Yang di-Pertua dalam sudut menangani masalah di negara kita ini. Kita melihat dari sudut sikap dan tingkah laku ahli-ahli satu-satu pertubuhan. Walaupun pertubuhan itu berdaftar ataupun tidak berdaftar, kalau dia melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu dan mereka mengatakan mereka daripada kumpulan atau golongan daripada satu-satu peraturan, kita hanya mempunyai satu perundangan di bawah undang-undang Akta Pertubuhan di negara ini, di Malaysia. Kita hanya boleh mengatakan bahawa pertubuhan itu pertubuhan yang tidak sah. Walau bagaimanapun kita juga mengikut ataupun akur dengan apa yang diisytiharkan oleh pihak United Nations

sebagai badan-badan jenayah antarabangsa ataupun badan-badan keganasan antarabangsa.

Jadi kalau ini kita dapati ada beroperasi dan mereka ini secara sah mempunyai

hubung kait dengan badan-badan ini kita boleh mengambil tindakan kepada mereka ini tetapi Tuan Yang di-Pertua jadi satu masalah lagi kembali kepada asas. Sebagaimana Yang Berhormat Dato' Dr. Asyraf Wajdi soalkan yang saya jawab tadi bahawa undang-undang yang ada pada kita sekarang ialah undang-undang procedural sahaja.

Kita tidak boleh menangkap seseorang sebagai preventive measures untuk

mengatasi masalah seseorang itu telah menjadi ahli kepada satu-satu badan melainkan dia telah mengambil satu tindakan yang proaktif yang kita lihat secara bukti yang nyata telah terlibat dengan badan-badan yang diisytiharkan oleh antarabangsa sebagai badan keganasan. Terima kasih.

7. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan

Industri menyatakan, apa status terkini rundingan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-EU.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, rundingan FTA ASEAN-EU telah dilancarkan semasa

konsultasi kelapan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN atau AEM dan Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU) di Bandar Seri Begawan negara Brunei Darussalam pada 4 Mei 2007.

Jawatankuasa bersama ASEAN-EU telah mengadakan tujuh pusingan rundingan bermula dari tahun 2007 hingga 2009. Namun begitu rundingan ini tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai isu-isu asas yang menyebabkan rundingan ini terpaksa ditangguhkan. Salah satu isu utama yang dihadapi ialah keengganan EU mengenai penyertaan Myanmar dalam rundingan ASEAN-EU FTA. ASEAN telah menegaskan bahawa penyertaan Myanmar satu kemestian bagi ASEAN.

Perkembangan semasa di Myanmar serta pemulihan hubungan dengan EU termasuk perkembangan ekonomi di rantau ASEAN telah menyebabkan pelbagai pihak telah menyeru supaya rundingan FTA di antara ASEAN dan EU dimulakan semula. Tambahan lagi semasa konsultasi yang kedua belas, Pesuruhanjaya Perdangangan AEM EU di Hanoi, Vietnam pada 8 Mac 2013 Menteri-Menteri ASEAN dan Pesuruhjaya Perdagangan EU telah mengeluarkan kenyataan bersama yang mengesahkan pendirian mereka untuk memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua rantau dan kemungkinan untuk memulakan rundingan FTA ASEAN-EU selepas tercapainya komuniti ekonomi ASEAN pada penghujung tahun 2015. Walau bagaimanapun, pada masa ini masih tiada keputusan muktamad untuk memulakan semula rundingan ini. Terima kasih.

16 DN 15.12.2014

■ 1110

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu utama

mengenai penyertaan Myanmar dalam Rundingan ASEAN-EU, apa isu-isu asas lain yang menyebabkan rundingan ini terpaksa ditangguhkan dan apakah kaedah ataupun cadangan lain untuk penyelesaiannya. Terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, Kesatuan Eropah ataupun EU telah

mencadangkan satu FDA komprehensif yang meliputi unsur-unsur berikut:

(i) perdagangan barangan;

(ii) perdagangan dalam perkhidmatan;

(iii) perolehan kerajaan;

(iv) dasar persaingan;

(v) hak harta intelek;

(vi) industri dan komersial;

(vii) pembangunan yang mampan termasuk isu-isu tenaga kerja dan alam sekitar;

(viii) kerjasama isu-isu berkaitan dengan perdagangan dan mekanisme penyelesaian pertikaian.

Di antara isu-isu asas yang masih tertangguh adalah seperti berikut:

(i) perolehan kerajaan (GP);

(ii) harta intelek (IPR);

(iii) persaingan; dan

(iv) pembangunan mampan termasuk buruh dan persekitaran.

Bagi perolehan kerajaan (GP) amat diperlukan penyelesaian kreatif bagi membolehkan kemungkinan sekiranya pihak EU sanggup memberikan beberapa kelonggaran.

Bagi IPR, pelbagai jenis isu yang terkandung dalam rundingan perlu ada keputusan dasar di peringkat politik tertinggi sebelum apa-apa kemajuan selanjutnya boleh dilaksanakan dalam bidang yang berkaitan. Mengenai persaingan, perbezaan tindakan masih belum diatasi buat masa kini apabila bukan semua negara ASEAN telah mewujudkan peraturan berkaitan seperti akta persaingan yang standard. ASEAN dan EU telah mengambil pendekatan berbeza berkaitan sejauh mana peraturan-peraturan yang perlu bagi syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.

Manakala bagi pembangunan mampan, terdapat jurang antara tahap semasa perlindungan alam sekitar dan hak pekerja di ASEAN. Maka kedua-dua pihak ASEAN dan EU perlu berusaha ke arah merapatkan jurang isu asas tersebut sebelum rundingan ASEAN EU dapat dimulakan semula. Terima kasih.

Dato’ Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

Yang Berhormat Menteri kerana menjawabnya. Soalan saya, andainya Perjanjian ASEAN-EU termeterai, apa manfaat bersih yang Malaysia dapat daripada perjanjian itu. Saya hendak tanya soalan satu lagi, sejauh mana kerjasama menerusi pembentukan komuniti ASEAN, Ekonomi ASEAN iaitu AEC akan memberi manfaat kepada rakyat dan masyarakat perniagaan di negara ini? Terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, EU pada masa ini merupakan rakan

dagang yang ketiga terbesar ASEAN. Jumlah perdagangan di antara ASEAN dan EU adalah sebanyak USD246.2 bilion pada tahun 2013.

DN 15.12.2014 17

Jumlah eksport ASEAN ke EU pada tahun 2013 adalah sebanyak USD124.4 bilion dan jumlah import pula adalah sebanyak USD121.8 bilion dalam tahun yang sama. Jumlah pelaburan EU ke ASEAN pula adalah sebanyak USD26.7 bilion pada tahun 2013.

So, tanpa layanan keutamaan yang dirundingkan di bawah FDA antara kedua-dua pihak, eksport Malaysia ke EU tidak lagi mempunyai daya saing berbanding eksport negara anggota ASEAN yang menerima manfaat skim GSP EU. Peluang untuk berdaya saing dalam pasaran yang mempunyai 507 juta orang penduduk dengan potensi untuk memperkukuhkan kedudukan dalam rantaian bekalan serantau juga terjejas. Bagi melaksanakan rundingan ini ia memerlukan persetujuan semua negara ASEAN. Terima kasih.

8. Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee minta Menteri Dalam Negeri

menyatakan, bila pihak polis akan bertindak profesional dalam penyiasatan dan memastikan sabitan untuk memasukkan penjenayah ke dalam penjara daripada terlalu bergantung kepada perundangan pencegahan seperti negara-negara yang membangun yang lain.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pihak polis sentiasa menjalankan siasatan

secara telus sesama tanpa mengira ideologi politik seseorang atau pun kedudukan status seseorang individu berkenaan.

Pihak polis sentiasa bersikap secara profesional dalam mengambil tindakan dalam proses penyiasatan ataupun dalam menjalankan tangkapan terhadap seseorang. Namun begitu, proses untuk mensabitkan seseorang atau mendakwa di mahkamah, banyak bergantung pada bukti dan keterangan yang diperoleh oleh pegawai penyiasat dan akhirnya keputusan mahkamah untuk memuktamadkan, untuk mendakwa atau sebaliknya terletak di bawah kuasa mutlak pihak pendakwa raya ataupun Peguam Negara.

Walau bagaimanapun, Malaysia mempunyai undang-undang pencegahan. Namun penggunaan di peringkat yang minimum, sebagai contoh semasa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai, pemansuhan hanya tidak melebihi 8,000 orang yang ditahan di bawah akta tersebut sejak tahun 1960 daripada mula hingga termansuhnya undang-undang tersebut.

Kebanyakan yang ditahan di bawah ISA terdiri daripada pengganas komunis dan anggota subversif. Secara realitinya, tahanan ini di bawah undang-undang pencegah terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang ditahan di penjara.

Selain Malaysia, negara yang maju yang mempunyai undang-undang mencegah sendiri seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai senarai semua negara maju di sini yang mempunyai juga undang-undang pencegahan oleh sebab dalam persoalan ini membangkitkan bahawa pihak polis secara profesional jangan bersandar sangat dengan penggunaan undang-undang pencegahan sebagai negara-negara yang membangun. Sebenarnya negara membangun juga, untuk makluman Yang Berhormat mempunyai undang-undang pencegahan. Bahkan kalau kita lihat di Amerika, dia menggunakan tahanan di luar negara oleh sebab tidak boleh dicabar di bawah undang-undang mereka sendiri, Guantanamo. Jadi dengan itu, negara maju walaupun the beacon of democracy yang Amerika itu tak boleh diguna pakai sebagai simbol perbandingan di antara negara kita dengan negara mereka.

Dakwaan bahawa pihak polis hanya bergantung pada undang-undang pencegahan daripada memberikan tumpuan dalam bidang siasatan merupakan satu dakwaan yang tidak berasas. Undang-undang pencegahan diwujudkan bukan menutup kelemahan dalam tugas siasatan polis tetapi ia diwujudkan untuk tujuan tertentu khususnya untuk mencegah sesuatu kesalahan jenayah dari terus berlaku atau akan menjadi tidak terkawal. Umpamanya kegiatan kongsi gelap, kegiatan militan dan sebagainya. Istilah pencegah itu lebih baik daripada mengubat.

18 DN 15.12.2014

Konsep yang sama juga diguna pakai dalam menangani jenayah. Sebagaimana yang saya telah sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, apabila seseorang itu kena mengebom dulu, selepas dia bom, binasakan barang-barang macam memang berlaku di Twin Towers, baru kita nak tangkap dia.

■1120

Ini sebab kenapa Patriot Act itu dibuat di Amerika. Dengan langkah yang diambil,

dapatlah kita memperkasakan lagi perkhidmatan kepolisian kepada masyarakat bukan sahaja menaikkan imej polis tetapi dapat memberikan keyakinan kepada majoriti rakyat yang sentiasa meletakkan harapan yang tinggi kepada pasukan polis bagi mengawal keselamatan dan kedaulatan negara. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya silakan

soalan tambahan Datuk S. Vigneswaran.

Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Timbalan Menteri yang begitu pandai menjawab. Saya sebenarnya sokong sangat dengan ISA. Kalau kembali pun saya sokong tetapi soalan saya ini khusus kepada mencegah penjenayah-penjenayah dalam negeri bukan yang menggugatkan ketenteraman awam atau memecah belah kaum.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, seperti negara-negara yang membangun, tidak ada akta-akta untuk normal criminal, dengan izin, seperti penjual dadah, gengsterisme dan sebagainya. Kalau kita bandingkan dengan tahun-tahun yang berlalu, oleh sebab polis bergantung pada akta-akta ini, sistem penyiasatan mereka tidak rapi dan tidak boleh disabitkan di mahkamah.

Kalau ini, apa yang telah berlaku, bila ISA telah dimansuhkan semua akta pencegahan dimansuhkan. Apa yang kita lihat, penjenayah di negara kita ini bermaharajalela sampai kerajaan kena tubuhkan POCA dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada Timbalan Menteri, kalau inilah, langkah-langkah pencegahan ini akan memastikan untuk menangkap mereka ini, habis penyiasatan dan sistem yang dijalankan oleh polis ini bila dia orang akan lagi pandai seperti negara-negara yang lain? Terima kasih.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan

Yang Berhormat ini baik juga sebenarnya. Saya inshaaAllah akan jawab yang terbaiklah. Kalau kita lihat di Amerika Tuan Yang di-Pertua, sejarah keganasan dari sudut jenayah semasa tahun 1920 dan tahun 1930 apabila recession berlaku di Amerika, gencatan ekonomi berlaku di Amerika, maka bangkitlah pihak-pihak sebagai mafia dan sebagainya mengganas.

Tembakan berlaku dan bermacam-macam lagi yang berlaku tetapi dalam masa yang sama kalau salah seorang orang mafia itu mati, dia tak ada berarak di tengah bandar. Dia tidak tunjuk dia 04, 08, bermacam-macam lagi, tak ada pernah pun. Kalau dia mati itu, dia dikuburkan di situ sahaja dan tidak pun mereka mengaku mereka ini daripada kumpulan-kumpulan mafia. Dia masih menuntut mereka sendiri sebagai kumpulan-kumpulan yang peniaga, tak ada pernah mengaku mereka seorang penjenayah tetapi di negara kita berlaku selepas pemansuhan ISA.

Saya setuju dengan Yang Berhormat, pemansuhan ISA. Apabila seorang, dua tiga orang dia orang mati, dia berarak besar-besaran sebagai mencabar kerajaan, mencabar kepolisian bahawa kita tidak ada lagi undang-undang pencegahan maka mereka boleh tunjuk sendiri. Ini keganasan yang keterlaluan sifat dan perangai pihak-pihak kongsi gelap ini. Jadi itulah kenapanya membuktikan bahawa kita perlu undang-undang pencegahan kerana sifat dan perangai yang keterlaluan sangat. Adakah berarak di tengah bandar menunjukkan, “Oh! Saya ini kumpulan 04, saya ini 08” dan bermacam-macam lagi.

DN 15.12.2014 19

Jadi, oleh sebab perangai yang keterlaluan inilah maka kita melihat bahawa kita tidak ada cara lain untuk mempertahankan keamanan dan keselesaan rakyat selain daripada menggunakan undang-undang sebagai POCA Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya silakan Dato’ Suhaimi,

soalan tambahan yang kedua.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-

baru ini kita dikejutkan dengan tersebar luasnya dalam YouTube di mana seorang Bangladesh yang menyebut begitu memalukan PDRM kita. Termasuk juga satu YouTube yang mana seorang polis sedang hendak menyaman seorang pemandu dan di situ berlakunya negotiation dengan izin, di antara polis dengan pemandu tersebut dan ini amat

memalukan Polis Diraja Malaysia. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian berhubung dengan isu ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Sebenarnya berlaku perkara ini antara kalangan 130,000 orang anggota Polis Diraja Malaysia. Kita tidak menafikan bahawa ada di kalangan ini memang tidak boleh diterima tindakan mereka khususnya dari sudut rasuah, melakukan jenayah ataupun melindungi berlakunya jenayah.

Kita tidak boleh nafikan. Itulah kenapanya Jabatan Polis itu sendiri telah menubuhkan sebuah badan dipanggil Department of Integrity dan Pematuhan Standard. Tujuannya nanti ialah untuk mengawal selia, betul-betul macam apa yang dilakukan di Hong Kong. Dilakukan di sebahagian negara Amerika, negara-negara mereka kerana polis di negara tersebut adalah di peringkat negeri ataupun district atau daerah bukan macam

kita sebagai sebuah badan Persekutuan untuk memantau aktiviti-aktiviti ini. Akan tetapi kita tak bolehlah. Tuan Yang di-Pertua, saya mintalah Yang Berhormat sekalian jangan melihat oleh sebab ‘nila setitik itu, merosakkan susu sebelanga’.

Jangan dipandang sedemikian rupa, jangan kita melihat oleh kerana seseorang, dua orang melakukan kesalahan bahkan di kalangan kita di sini pun tak semuanya macam bidadari. Jadi, jangan kita bersikap demikian rupa dan kita sendiri yang menghebahkan keburukan ini sebenarnya. YouTube, ada juga perkara-perkara yang berlaku dalam YouTube, Twitter, Facebook dan sosial media ini tidak boleh kita terima.

Akan tetapi dalam walau bagaimanapun saya mengetahui kes yang disebut Yang Berhormat ini dan kita akan selidik dan kita akan cari. Kalau benarlah perkara ini berlaku, lagi kita kembali kepada undang-undang. Ini terletak di bawah kita punya Perlembagaan, perundangan, sistem kita dan Rukun Negara itu sendiri. Kita memartabatkan undang-undang.

Kita lihat sama ada telah berlaku tidak sesuatu kesalahan, kalau tidak berlaku satu-satu kesalahan, kalau betul dia melakukan kesalahan ini, kita akan tuduhkan dia kalau bukti nyata yang ada. Lagi kita bersandar kepada bukti yang ada dan sikap seseorang yang melihat perkara ini tak boleh hanya menggunakan ini sahaja sudah kita nak condemn dia.

Undang-undang kita Yang Berhormat, orang itu dianggap tidak bersalah hingga disabit kesalahannya di mahkamah- innocent until proven guilty. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita tidak boleh menuduh dahulu. Biar siasatan dibuat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang ada satu usul

yang perlu dibangkitkan. Saya minta seorang Menteri mengemukakan usul.

20 DN 15.12.2014

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN

DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.28 pg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1) saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 16 Disember 2014.”

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan

masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya Yang Berhormat, untuk makluman semua Ahli

Yang Berhormat, kita akan selepas ini nanti selepas soalan lisan, kita akan mula jawapan daripada kementerian-kementerian. Saya minta semua kementerian yang telah pun mengikut aturan bersedia dan harap beri jawapan yang baik kepada yang telah dibangkitkan oleh semua Ahli Dewan Negara ini. Pada tengah hari nanti ada Majlis Taklimat oleh Suruhanjaya SPRM. Saya minta semua Ahli Yang Berhormat hadir di Dewan dan seterusnya malam ini juga ada Majlis Taklimat oleh kementerian JKR, untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya silakan pertanyaan yang kesembilan, Datuk Lihan Jok.

9. Datuk Lihan Jok minta Perdana Menteri menyatakan jumlah projek Kerajaan

Persekutuan yang terbengkalai di seluruh negara dan nilai semua projek tersebut dan apakah tindakan segera yang sedang diambil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok.

■1130

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa teliti dalam merancang dan melaksanakan projek pembangunan agar ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan supaya faedahnya dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini tiada projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah peruntukan pembangunan RMKe-10 dikategorikan sebagai projek terbengkalai.

Walau bagaimanapun, terdapat projek-projek dilaksanakan dalam RMKe-10 yang telah mengalami kelewatan daripada tarikh yang telah dirancang untuk disiapkan.

DN 15.12.2014 21

Antara sebab-sebab berlaku pengurusan dalaman kontraktor yang lemah, masalah mendapatkan bekalan bahan binaan, masalah pengalihan dan pemasangan utiliti serta masalah tenaga kerja.

Sebagai langkah proaktif, kerajaan dalam usaha menangani masalah kelewatan pelaksanaan projek. Jawatankuasa Projek Sakit (JKPS) telah ditubuhkan di setiap kementerian, berperanan untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan pemilihan yang komprehensif bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesuatu projek yang mengalami kelewatan dan dikategorikan sebagai projek sakit. Di samping itu, jawatankuasa ini juga akan memperakukan kaedah penamatan dan juga pelantikan kontraktor penyiap bagi menggantikan kontraktor yang sedia ada yang tidak berupaya untuk meneruskan pembinaan projek. Terima kasih.

Datuk Lihan Jok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri

yang telah memberi jawapan. Bilamana saya membangkitkan soalan ini Tuan Yang di-Pertua, saya melihat projek pembangunan yang sederhana dan kecil di negeri Sarawak. Di mana projek ini daripada segi pembekalan air, pembekalan elektrik, bilamana projek yang kecil ini siap selalunya diserahkan kepada komuniti, diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan Kampung yang tidak ada pengalaman untuk menyenggara, yang tidak ada dana untuk menyenggara.

Jadi, projek yang beginilah selalu terbengkalai dan tidak membawa apa-apa erti dan nampak membazir duit rakyat. Apakah pendapat kerajaan untuk menangani masalah projek yang terbengkalai ataupun yang tidak siap-siap ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, projek sakit yang kita

definisikan sebagai sakit, kelewatannya pada masa sekarang ialah dua bulan atau 20 peratus daripada tarikh ataupun jadual yang ditetapkan, mengikut mana yang terdahulu dan kontraktor tidak berupaya memperbaiki prestasinya.

Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 7 Disember 2014 terdapat sebanyak 205 projek dikategorikan sebagai lewat jadual dengan kos projek berjumlah RM7 bilion. Daripada jumlah tersebut, 18 projek lewat jadual dikategorikan sebagai projek sakit dengan kos projek berjumlah RM2.2 bilion. Antara faktor utama sakit ini kerana kelemahan prestasi kontraktor.

Berhubung dengan soalan Yang Berhormat iaitu projek kecil dan sederhana. Ini kita masukkan di bawah ICU dan juga Kementerian Luar Bandar. Saya bagi jawapan tadi projek-projek RMKe-10 yang dikategorikan sebagai projek besar. Jadi, berhubung projek kecil dan sederhana Yang Berhormat, kita ikut kes demi kes. Kalau terdapat kes yang seperti Yang Berhormat sebutkan tadi, maka kita akan ambil tindakan untuk memperbaikinya.

Jadi, Yang Berhormat sebagai menteri yang jaga ICU, Yang Berhormat boleh laporkan kepada saya bahawa kes ini tidak dapat dilaksanakan kerana JKK tidak mempunyai pengalaman dan sebagainya. Jadi, kita cari jalan supaya orang yang berpengalaman dalam bidang ini untuk mengendalikannya.

Jadi, oleh sebab perkara ini berdasarkan kes demi kes, jadi kita selesaikan kes demi kes. Lagipun projek ini projek sederhana dan kecil Yang Berhormat. Jadi, oleh sebab di bawah kementerian yang berlainan, kecuali yang di bawah ICU, kita akan pastikan supaya projek ini dikembalikan balik untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Bukan diserahkan kepada komuniti seperti Yang Berhormat sebut, sekarang tidak mempunyai pengalaman.

Keduanya, kesilapan besar semua pihak ialah menganggap bahawa komuniti itu berada di situ sepanjang masa. Padahal pada pemikiran kita masa komuniti tersebut berada mungkin 20 tahun yang lalu. Orang-orang di situ mungkin ada yang telah meninggal dunia dan anak-anak yang kecil pada masa itu sudah membesar dan berada di kota-kota. Jadi, yang tinggal di sana ialah orang-orang yang pertama, orang lama. Keduanya, mereka tidak mempunyai pengalaman. Ini harus dilihat semula. Terima kasih.

22 DN 15.12.2014

Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan

saya ialah tentang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2. Saya mengambil berat tentang projek terbengkalai ini sebab ada antara pemohon yang terdiri daripada 70 orang pemohon OKU. Dari laman web Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, didapati bahawa pada 27 Mei 2013, Menteri sendiri dan Timbalan Menteri telah pergi melawat tapak itu untuk melihat keadaan buruk oleh sebab ia dibina di atas bekas tapak pelupusan sampah dan telah mengalami banyak masalah.

Tidak ada penyelesaian sampai hari ini. Pada 3 Oktober 2014, saya sendiri telah melawat tempat itu bersama wakil IM Global iaitu sebuah syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penjualan unit di PPR itu. Saya dapati blok ‘A’ ada tempat bilik tadika dan juga bilik pengurusan yang tiang, beamnya reput oleh sebab dimakan anai-anai. Keadaan begitu teruk sekali.

Saya telah pun alert ataupun menghubungi Timbalan Menteri berhubung perkara ini. Soalan saya adalah apakah tindakan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Perumahan Negara berkenaan jalan-jalan atau usaha-usaha diambil untuk menyelesaikan atau mencari jalan penyelesaian muktamad untuk perkara ini sedangkan pemohon-pemohon sudah lama menunggu tanpa sebarang maklumat. Terima kasih.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan akan

mengambil tindakan yang sewajarnya. Malah, saya akan memaklumkan kepada sahabat saya supaya melawat semula projek ini dan pastikan supaya perkara-perkara yang berbangkit dapat diselesaikan.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Maka, dengan

jawapan itu tadi selesailah sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kita untuk hari ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab lisan tamat.]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2015

Bacaan Kali yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [11 Disember 2014]

Tuan Yang di-Pertua: Minta menteri di Jabatan Perdana Menteri mula menjawab.

Silakan Yang Berhormat.

11.59 pg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam

1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih, pertamanya kepada Yang Berhormat Arau sebenarnya, selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen.

DN 15.12.2014 23

Memberikan laluan awal kepada Menteri-Menteri JPM untuk buat penggulungan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015 yang telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan hal ehwal Islam. Saya telah meneliti semua isu yang telah dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai semua pandangan, teguran dan cadangan serta saranan-saranan Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat membangkitkan isu Salafi Wahabi yang dibincangkan dalam satu seminar di Muzakarah Jawatankuasa Fatwa di Terengganu baru-baru ini.

■1140

Kerajaan berpandangan bahawa isu berkaitan Wahabi ini merupakan isu khilaf di kalangan ulama khususnya yang bersangkut paut dengan masalah furu’iyah. Ini adalah selaras dengan hasil daripada perbincangan beberapa kali dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali yang ke-12 tahun 1985, ke-14 tahun 1985, ke-16 tahun 1986, kali ke-40 tahun 1996, kali ke-42 tahun 1997 dan kali ke-44 tahun 1998. Pendirian kerajaan telah saya jelaskan beberapa kali di Dewan yang mulia ini. Justeru, ditegaskan sekali lagi bahawa kerajaan amat prihatin dan sentiasa mengambil berat isu-isu furu’iyah masalah-masalah cabang yang sering dikaitkan dengan pendukung

fahaman ini supaya tidak menggugat perpaduan masyarakat di negara ini.

Walau bagaimanapun, merujuk kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari berkaitan dengan kertas kerja dan sebagainya, ini merupakan pandangan-pandangan yang bukan daripada pihak kerajaan. Namun, dalam masa yang sama, pihak saya sendiri telah berbincang dengan pihak pembentang dan pihak pembentang tidak bermaksud untuk melihat bahawa pendukung pegangan Wahabi ini sebagai mereka yang memberikan ancaman dan juga mereka yang terkeluar daripada pandangan apatah lagi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari juga menyarankan supaya ruang lingkup skop zakat diperluaskan kepada selain padi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kelapa sawit dan hasil bumi yang lain.

Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum bahawa hukum kewajipan zakat tanaman adalah sedia dimaklumi oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, penentuan jenis tanaman dan sumber zakat baru yang hendak dikenakan zakat adalah bergantung kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri masing-masing yang bertanggungjawab melaksanakan kutipan melalui Pusat Pungutan Zakat di negeri masing-masing. Ini adalah selaras dengan peruntukan Butiran 1, Senarai 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, di mana hal ehwal agama Islam termasuklah urusan zakat terletak di bidang kuasa negeri dan pihak Majlis Agama Islam boleh meminta pandangan hukum atau fatwa daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing setelah menetapkan jenis tanaman, buah-buahan yang hendak dikenakan zakat.

Dalam konteks ini, saya mengambil contoh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MAIWP yang terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. MAIWP dari semasa ke semasa sentiasa memperluaskan sumber zakat baru, misalnya mengenakan zakat ke atas bayaran royalti atau komisen yang diterima hasil penulisan, penerbitan, aktiviti seni seperti lukisan dan sebagainya dan mengenakan zakat ke atas pelaburan emas.

Ringkas dan mudahnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bahawa ketetapan untuk pengenaan zakat ini kepada bidang-bidang baru terutamanya tanaman-tanaman dan sebagainya ialah di bawah zakat yang dikaitkan dengan zakat perniagaan. Maknanya, sebagai contoh sudah ada pandangan-pandangan di utara iaitu penjualan buah mangga Harum Manis. Kalau sekiranya dilihat dalam konteks pelaburan zakat, buah mangga atau orang utara kata panggil buah pelam, Kelantan panggil buah pauh, jadi tidak dikenakan. Namun, kalau sekiranya ia adalah bersifat perniagaan, maka keuntungan perniagaan itu dikenakan zakat.

24 DN 15.12.2014

Ahli Yang Berhormat menyarankan juga Majlis Agama Islam Negeri berpadu yakni bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu fakir miskin keluar daripada masalah kemiskinan. Sebagaimana sedia maklum, zakat merupakan satu tuntutan kefarduan yang digariskan dalam Rukun Islam dan dalam konteks Malaysia, ia termaktub dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri.

Mengenai cadangan supaya bantuan zakat dipadukan dengan skim bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia perlu diteliti dengan mendalam khususnya daripada segi perundangan memandangkan ia melibatkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan zakat sebagai salah satu perkara di bawah kuasa negeri, bukan kuasa persekutuan. Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada sebarang halangan bagi Majlis Agama Islam Negeri untuk mengagihkan bantuan zakat kepada golongan yang memerlukan termasuk penerima skim bantuan KPWKM dan begitu juga sebaliknya.

Bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai contoh, sentiasa berusaha untuk membantu golongan fakir dan miskin menerusi pelbagai bantuan zakat termasuk program-program agihan berbentuk keusahawanan yang dapat mengeluarkan penerima bantuan zakat daripada kemiskinan. Antaranya, MAIWP menawarkan bantuan perniagaan, bantuan pertanian, bantuan deposit sewa beli teksi dan bantuan deposit van dan bas sekolah.

Daripada aspek kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, MAIWP sentiasa menjalin hubungan ataupun kerjasama Blue Ocean yang menggabungkan kedua-dua pihak ini, Majlis Agama Islam Wilayah dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, membuat penyelarasan terhadap pelbagai pihak termasuk dalam menyalurkan bantuan zakat. Agensi-agensi lain yang terlibat dalam penyelarasan tersebut adalah Pejabat Bangunan Persekutuan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Khairudin bin Samad membangkitkan tindakan tidak diambil terhadap lakonan pondan di stesen TV sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral melakukan kesalahan mengikut Akta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Misalnya, seksyen 28, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan tersebut dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan peruntukan tersebut, tindakan yang terdapat mana-mana lelaki termasuk yang berpakaian perempuan ataupun pondan tersebut boleh diambil tindakan dengan syarat ia dilakukan di tempat awam dan dengan tujuan yang tidak bermoral. Dengan hal ini, tindakan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Bagi tujuan lakonan yang bertujuan memberikan pengajaran kepada masyarakat, JAKIM sentiasa memantau agar ia tidak bercanggah dengan Islam.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Boon Som a/l Inong meminta supaya dikaji semula Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) di negeri Kedah yang melarang penggunaan 15 perkataan oleh orang bukan Islam. Sesungguhnya kerajaan peka dan mengambil berat berhubung isu-isu yang boleh mencetuskan sensitiviti umat Islam dan umat-umat yang lain, penganut-penganut agama lain di negara ini khususnya dari sudut penggunaan perkataan-perkataan tertentu yang berkaitan dengan kesucian Islam. Sehubungan itu, tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan demi mengekalkan suasana aman dan damai antara penganut agama yang dikecap sejak sekian lama di negara ini.

DN 15.12.2014 25

Suka dijelaskan Perkara 11(4), Perlembagaan Persekutuan, telah memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal, menyekat pengembangan apa-apa doktrin ataupun kepercayaan di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Selain negeri Kedah, undang-undang kawalan dan juga sekatan pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam juga terdapat di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Perlis dan juga Selangor.

Melalui penggubalan undang-undang ini, orang bukan Islam adalah dilarang daripada menggunakan perkataan tertentu yang bersumberkan Islam. Memandangkan undang-undang mengenai perkara ini telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri dan dalam bidang kuasa negeri masing-masing, semua pihak hendaklah mematuhi dan tertakluk kepada undang-undang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Chong Sin Woon: Minta celah. Tanya soalan boleh?

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum: Sila.

Tuan Chong Sin Woon: Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang mengatakan

bahawa dalam enakmen di Pulau Pinang bahawa beberapa perkataan itu tidak boleh diguna pakai oleh bukan Islam. Akan tetapi, Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa ia tidak mempunyai kesan terhadap orang-orang bukan Islam. Maka sekiranya larangan itu bukannya untuk bukan Islam, adakah larangan penggunaan perkataan seperti kalimah “Allah” itu untuk orang Islam, Faham soalan saya? Itu saya tidak faham apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

■1150

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum: Sebenarnya larangan itu

ialah untuk supaya tidak digunakan perkataan-perkataan tersebut kepada mereka yang bukan Islam. Saya suka menegaskan di Dewan yang mulia ini kerana hal ini sebenarnya bukan hanya sekadar sebagaimana Yang Berhormat Senator timbulkan pada pagi ini, ia sudah berkembang agak lama di negara kita Malaysia yang sebelum daripada ini tidak ditimbulkan hal-hal yang sedemikian.

Namun sebenarnya kerajaan dalam konteks Persekutuan sebagaimana yang telah disebutkan tadi, dalam konteks Perlembagaan, kuasa mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, agama ini di bawah kuasa negeri masing-masing. Pelaksanaan implementasi bagi tujuan supaya tidak berlakunya ketegangan, sensitiviti, rasa marah dan sebagainya, curiga di antara satu sama lain untuk tujuan menjaga pengawalan keharmonian tersebutlah, maka diwujudkan untuk tujuan perkataan-perkataan tersebut.

Namun sebenarnya, saya ingin menyebut, baru pagi tadi juga saya mengeluarkan satu press release, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, bahawa apa yang ditimbulkan di Pulau Pinang oleh Ketua Menteri, ia sepatutnya melihat bahawa ia bukan hanya sekadar pemimpin bagi satu pihak masyarakat, satu kelompok masyarakat. Beliau ialah pemimpin bagi sebuah negeri yang di dalam negeri itu terkandung pelbagai pihak termasuk yang Islam dan juga bukan Islam dan pelbagai bangsa yang berada di sana.

Jadi dalam memelihara kehormatan dan juga dalam memelihara sensitiviti, memelihara keharmonian dan juga memelihara ketenangan masyarakat beragama yang kita bebas untuk menganut agama masing-masing, apatah lagi kita melihat bahawa dalam bentuk Perlembagaan telah diberikan Islam sebagai agama Persekutuan ataupun Islam is the religious of Federation, dengan izin, maka sewajar dan sepatutnya kita memahami kehendak yang seperti ini. Jadi selaku Ketua Menteri yang menjaga sebuah negeri, maka dalam negeri itu ada rakyatnya yang pelbagai anutan dan agama, maka sensitiviti inilah wajar dan patut dilihat dengan sebaik mungkin.

Bahkan saya melihat bahawa pandangan Mufti Pulau Pinang sendiri pun juga memberi pandangan supaya pihak berwajib negeri mematuhi apa yang telah diperuntukkan.

26 DN 15.12.2014

Ini kerana peruntukan Perlembagaan dengan memberikan kuasa kepada negeri masing-masing itu adalah merupakan peruntukan yang telah diberikan di bawah tanggungjawab Ketua Menteri untuk memelihara peruntukan-peruntukan Perlembagaan tersebut.

Inilah yang kita harapkan supaya bukan soal untuk kita berebut siapa yang boleh dan siapa tidak boleh dan sebagainya, adakah untuk berebut siapa yang merasakan lebih kuat dan lebih kukuh, tetapi apa yang kita hendak rebut sekarang ialah kita hendak rebut supaya kita memelihara dan menjaga keharmonian negara ini dengan sebaik mungkin. Terima kasih.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab. Mana-mana perkara yang tidak sempat untuk dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri khususnya agensi-agensi yang berkaitan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya

saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

11.53 pg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin merakamkan ribuan

terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin dan mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2015 dan yang telah pun membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan soal perpaduan negara kita yang sememangnya amat penting dan memastikan kesinambungan keharmonian dan kesejahteraan rakyat terpelihara dalam usaha kita mencapai wawasan negara berpendapatan tinggi.

Kepelbagaian kaum dan agama bukanlah penghalang untuk mencapai perpaduan dan keharmonian yang lebih utuh berbanding dengan negara yang lain, malahan menjadi satu kelebihan kepada negara dalam banyak aspek. Kerajaan sememangnya bimbang, prihatin, sedar dan sentiasa memberi perhatian ke atas tindakan-tindakan provokasi yang membangkitkan kebencian terhadap agama dan kaum dan sekiranya tidak ditangani segera, akan mencetuskan huru-hara dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Walau bagaimanapun dengan izin, saya minta izin dulu Tuan Yang di-Pertua, please be reassured, usaha-usaha menjalinkan perpaduan di negara ini sedang dan akan diperkasakan lagi supaya perpaduan kita...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, tunggu sekejap, tunggu dulu.

Yang Berhormat, saya nampak dalam Dewan ini cuma ada dua puluh lebih orang sahaja yang berada di dalam Dewan, yang selain itu saya tidak tahu ke mana. Saya rasa lebih baik kalau masa Menteri menjawab, Yang Berhormat berada di dalam Dewan supaya soalan-soalan yang dijawab oleh Menteri itu dapat didengar. Keduanya, sekiranya soalan-soalan Yang Berhormat yang telah Yang Berhormat kemukakan semasa berbahas selama enam hari tidak dijawab, maka Yang Berhormat boleh bertanya kepada Menteri semasa dia berada di dalam Dewan. Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua,

walau bagaimanapun dengan izin sekali lagi, saya minta izin terlebih dahulu please be reassured, usaha-usaha menjalinkan perpaduan di negara ini sedang dan akan diperkasakan lagi supaya perpaduan kita, cara hidup kita berasaskan kesederhanaan atau wasatiyyah, moderation tidak akan luntur menghadapi cabaran semasa.

Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh, Yang Berhormat Senator Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim, saya ingin menyatakan bahawasanya kerajaan sentiasa peka berkenaan perkara yang telah disarankan demi menjaga perpaduan dalam usaha memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat terjamin.

DN 15.12.2014 27

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kerajaan sememangnya sentiasa berusaha dalam mengurangkan polarisasi kaum.

Baru-baru ini seperti kita sedia maklum sebuah majlis- Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) ialah bertujuan untuk meningkatkan persefahaman di kalangan pelbagai penganut agama di negara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang terdapat di negara ini. Manakala Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang telah ditubuhkan pada 11 September 2013 bertanggungjawab dalam usaha penyatuan nasional atau national reconciliation.

MKPN atau NUCC pada masa kini sedang dan dalam usaha penyediaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara yang dijangka akan siap pada akhir tahun ini atau awal bulan hadapan. Pelan ini akan dijadikan asas dalam melaksanakan program atau aktiviti untuk memupuk perpaduan di negara ini. Manakala JKMPKA platform terbaik untuk membincangkan isu-isu yang berhubung kait dengan kemungkinan ketidakfahaman berhubung kait dengan agama dan menjuruskan kepada perpaduan berkaitan hal-hal ehwal agama secara berhemah dan harmoni. Kerajaan secara berterusan akan meningkatkan persefahaman di kalangan penganut agama melalui JKMPKA dengan mengadakan dialog-dialog keagamaan di kalangan penganut-penganut agama.

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai program dan aktiviti...

Dato’ Lim Nget Yoon: Boleh tanya?

Timbalan Yang di-Pertua: Menteri, dia hendak mencelah.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Sila.

Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita dimaklumkan

kerajaan kita memang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan atau mengatasi masalah perpaduan.

■1200

Akan tetapi ada pihak tertentu yang sentiasa mengatakan kenyataan yang akan memburukkan masalah perpaduan. Ambil contoh, ada pemimpin Perkasa yang mengatakan pendatang asing dan pemimpin UMNO mengatakan, ”Kelinglah”, komuniti Cina membakar Al-Quran, yang itu memang sangat mengecewakan kita. Jadi, apa pandangan Menteri tentang isu-isu tersebut.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya

saya sendiri sudah berulang kali bercakap. Sepatutnya bagi kita untuk mewujudkan satu perpaduan, keamanan yang kukuh, bagi senjata kami untuk mengemudikan negara ini ke lebih maju lagi menjelang tahun 2020, maka perkara-perkara seperti ini patut kita elakkan. Sepatutnya kita elakkan kata-kata yang boleh memprovokasi lain orang, dapat bersama-sama kita dalam haluan yang cukup noble ini untuk memajukan negara kita.

Pandangan saya ialah sepatutnya ini dielakkan. Itulah sebab-sebab sebentar nanti, Yang Berhormat akan mendengar program-program yang kami telah laksana, sedang dirancang dan akan dilaksanakan kemudian untuk mendidik, memberi kesedaran kepada rakyat jelata kita, supaya kita mencintai perpaduan, keamanan dan keharmonian di negara kita ini. Kalau kita bersatu padu, saya percaya…

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Boleh saya mencelah sedikit

Yang Berhormat?

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Nanti saya habis dahulu. Kalau kita

bersatu padu tentu sekali, apabila kita mempunyai perpaduan yang kukuh, kita akan dapat memenangi segala apa yang kita hadapi. Okey.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Yang

Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

28 DN 15.12.2014

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apabila kita melihat fenomena yang cukup teruk kebelakangan ini, persoalan saya, adakah perkara-perkara ini berlaku tidak kira daripada orang Melayu, bukan Melayu disebabkan mereka tidak menghormati Perlembagaan dan kontrak sosial? Itu persoalan saya.

Ini kerana saya perhatikan kita tidak boleh marah PERKASA kerana PERKASA mempertahankan hak orang Melayu. Perkasa bagi orang Melayu banyak perkara-perkara yang telah dilakukan oleh rakan-rakan kita kaum lain tidak berasaskan kepada Perlembagaan dan kontrak sosial. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Terima kasih Yang Berhormat.

Perkara kontrak sosial ini sudah terwujud dari dahulu lagi dan sepatutnya kita hormati ini. Ini semua difahami. Saya percaya ini hanya di api-apikan oleh pihak pembangkang yang cuba merebut kuasa daripada Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi sebenarnya tujuan kita itu, saya percaya sebilangan banyak yang fahami berkaitan dengan kontrak sosial ini pun juga mempunyai pandangan yang begitu positif sekali.

Bagi orang-orang muda yang mungkin belum berapa faham tentang kontrak sosial ini, maka kami juga telah menjalankan beberapa pasukan untuk memberi penjelasan kepada pihak-pihak tertentu supaya menghormati kontrak sosial ini. Kontrak sosial ini sepatutnya kita hormati, oleh sebab kalau saya tidak silap inilah asas utama apabila kita mewujudkan negara kita.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Terima kasih Yang Berhormat Menteri,

terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih dan juga syabas kerana Yang Berhormat Menteri memberikan penekanan bahawa pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan itu akan diambil kira sebagai satu asas penting dalam merangka pelan tindakan keharmonian yang dibangkitkan sebentar tadi.

Cuma dalam konteks Ahli-ahli Majlis MKPN yang disebutkan, saya nampak dan dibangkitkan oleh banyak NGO-NGO di luar sana. Di kalangan ahli-ahli ini ada di kalangan mereka yang langsung tidak menghormati prinsip kontrak sosial, prinsip Perlembagaan Persekutuan, bahkan ada yang tidak mahu menerima Rukun Negara.

Bahkan mereka ini juga antaranya yang mendukung kumpulan yang dipanggil sebagai Comango, yang terdiri daripada- ataupun dengan izin, Coalition of Malaysian NGO’s yang terdiri daripada 80 peratus NGO-NGO yang tidak berdaftar, membawa imej yang amat songsang dan negatif ke luar negara, ke peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan mengatakan bahawa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap agama dan kaum lain. Di kalangan anggotanya ada yang dilantik sebagai anggota MKPN. Jadi saya hendak tanya apakah asas pelantikan, kriteria dan juga latar belakang yang diambil kira dalam pelantikan Ahli-ahli MKPN ini?

Ramai juga yang mengkritik Ahli-ahli MKPN ini tidak menggambarkan komposisi kaum dan agama dalam konteks negara Malaysia. Contohnya dalam konteks kita di Malaysia 70 peratus bumiputera. Akan tetapi dalam konteks Ahli-ahli MKPN, seolah-olah agak seimbang di antara bumiputera dan bukan bumiputera dan ia tidak menggambarkan kalau kita hendak bercakap soal hendak mewujudkan pelan tindakan.

Saya risau, takut nanti komposisi yang tidak seimbang dan juga wujud segelintir di kalangan Ahli-ahli MKPN ini yang seperti mana yang saya sebutkan tadi, yang diharapkan untuk merangka pelan keharmonian negara, yang tidak membawa aspirasi dan semangat Perlembagaan yang sama-sama kita junjung ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, saya rasa Yang Berhormat

fokus kepada soalan-soalan yang dikemukakan semasa perbahasan, kerana kita cuma ada dua hari dan 24 kementerian untuk menjawab selepas ini, ya. Teruskan Yang Berhormat Menteri.

DN 15.12.2014 29

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Okey, terima kasih. Oleh yang

demikian mungkin tidak perlu bagi saya untuk menjawab dengan memberi penjelasan tentang isu-isu yang diungkit sebentar tadi. Akan tetapi selepas ini mungkin Yang Berhormat boleh jumpa saya dan kita bercerita di luar.

Timbalan Yang di-Pertua: Bagus itu Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Tuan Yang di-Pertua, pelbagai

program dan aktiviti baru dirangka sebagai pendekatan baru untuk melaksanakan Program Outreach secara lebih berkesan dan bersistematik dengan penglibatan produk-produk setempat.

Seperti, pertama Program Skuad Uniti yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 19 Mac 2014. Diperkenalkan untuk mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat sejajar dengan penyatuan nasional. Manakala dalam usaha memantapkan perpaduan di peringkat akar umbi, Program Sayangi Komuniti diperkenalkan. Manakala untuk menggalakkan penyertaan golongan belia dan beliawanis lebih banyak siri wacana, perbincangan meja bulat, seminar dan forum bagi percambahan idea diadakan terutamanya melalui Program Jiran Muda di bawah Rukun Tetangga.

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, jabatan saya juga menjalankan pendidikan pendamaian yang merupakan strategi memperkasakan komuniti melalui pendekatan pencegahan, pencelahan atau intervensi. Untuk mencapai objektif ini, kami melatih pasukan mediator komuniti sebagai kumpulan yang dirujuk oleh masyarakat dalam hal-hal melibatkan perselisihan antara dua pihak. Sekarang kita ada hampir 900 mediator komuniti di peringkat akar umbi.

Selanjutnya berkenaan soal Rukun Negara, yang saya sering menegaskan kepada pegawai-pegawai saya bahawa kita harus balik kepada Rukun Negara kita, menghayati prinsip Rukun Negara sebagai asas perpaduan nasional.

■1210

Oleh yang demikian, Program My Rukun Negara diperkenalkan di 1,781 Tabika Perpaduan dan pada 6,068 Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah rendah dan juga peringkat menengah serta 140 Sekretariat Rukun Negara di peringkat IPTA dan IPTS. Ini membolehkan Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara sebagai platform berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa.

Tuan Yang di-Pertua, antara program inovasi baru yang diperkenalkan sebagai The Way Forward ialah program latihan industri perpaduan atau Unity Internship Programme. Program berikut ke arah memperkasakan perpaduan kita. Malahan, baru dilancarkan pada bulan November yang lalu iaitu program latihan industri perpaduan atau Unity Internship Programme ini. Program ini bertujuan bagi merapatkan hubungan dan persefahaman pelajar-pelajar bumiputera dengan syarikat-syarikat swasta bukan bumiputera serta menghapuskan persepsi bahawa syarikat-syarikat ini hanya mengambil pekerja yang terdiri dari kelompok kaum tertentu sahaja.

Ini merupakan fasa pertama program ini. Manakala fasa kedua program ini akan memperlihatkan penempatan pelajar-pelajar bukan bumiputera dalam syarikat-syarikat bumiputera dan juga GLC-GLC di mana organisasi seperti FELDA, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Sime Darby bersetuju untuk menyertai program ini. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengumumkan program ini telah diangkat sebagai Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera oleh Economy Planning Unit.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga memantapkan perpaduan melalui program promosi yang disampaikan melalui slogan tema dan mesej perpaduan iaitu “Membudayakan Perpaduan, Merayakan Kepelbagaian” bertujuan untuk melibatkan pihak swasta NGO, GLC dan media masa untuk mengajak rakyat menghayati nilai-nilai perpaduan dalam kehidupan seharian mereka.

30 DN 15.12.2014

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini juga untuk menegaskan bahawa integrasi dan perpaduan merupakan tanggungjawab semua pihak baik parti politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, organisasi persatuan, atau orang perseorangan. Saya ingin memberi kepastian kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sebagai agensi peneraju perpaduan dan keharmonian nasional akan sentiasa menggembleng tenaga bersama pihak swasta, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan atau NGO, pemimpin-pemimpin agama dan media massa dalam memastikan wujud titik-titik persefahaman dan persamaan dapat dicapai, dipelihara dan seterusnya dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Kerelaan memikul amanah dan tanggungjawab ini disedari juga oleh pihak kerajaan dan malahan berterima kasih kepada mereka yang turut mengambil inisiatif berganding bahu dalam menjayakan misi dan visi nasional yang amat penting ini. Tuan Yang di-Pertua, pihak jabatan sentiasa menilai dan mengkaji keberkesanan pelaksanaan program-program jabatan melalui kajian impak dan penilaian program yang dilaksanakan. Erti kata Tuan Yang di-Pertua, kami mempunyai beberapa program dan program ini setiap kali dinilai sama ada ia mempunyai keberkesanan atau sebaliknya.

Jadi untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, untuk makluman sejak tahun 2005 sehingga kini, sebanyak 43 kajian telah dilaksanakan bagi tujuan menilai, mengkaji akan keberkesanan program-program perpaduan dan integrasi nasional ke arah mengukuhkan perpaduan nasional. Kajian dan penilaian ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak universiti seperti KITA, UKM, UPM, UM dan lain-lain lagi. Sebagai contoh Kajian Ke Atas Tahap Pemahaman, Penghayatan Dan Pengalaman Rukun Negara Di Kalangan Pelajar IPT oleh UPM, Kajian Perintis Tahap Integrasi dan Perpaduan Nasional Peringkat Negeri Sarawak oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sarawak dan Kajian Keberkesanan Program Orientasi Pegawai-pegawai Persekutuan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung oleh INTAN.

Hasil kajian-kajian tersebut ini telah menunjukkan bahawa tahap kefahaman, kesedaran dan penglibatan masyarakat berbilang kaum terhadap program-program perpaduan serta mengenai pentingnya integrasi dan perpaduan semakin bertambah. Pihak JPNIN sentiasa membuat pemantauan serta mengambil tindakan sekiranya ada isu-isu sensitif yang wujud dan akan mengambil langkah-langkah yang drastik bagi mengatasinya seperti mengadakan perbincangan meja bulat, pendampingan masyarakat atau dengan izin, Town Hall Meeting, dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Mohd Khalid bin Ahmad bertanya berkaitan dengan kurang sedikit...

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri ada yang nak mencelah. Ini

soalan yang tidak dijawab kah Yang Berhormat?

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Ya. Yang tadi itu. Berkenaan dengan

kajian tadi. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh minta kerana isu perpaduan ini banyak dibangkitkan sepanjang kita berbahas dalam soal bajet ini memandangkan sudah pun ada kajian-kajian yang dilaksanakan dengan pelbagai universiti dan pihak-pihak yang disebutkan tadi, apakah boleh kita dapatkan semua kajian tersebut yang berkenaan dengan perpaduan tadi untuk dikongsi kepada Ahli-ahli Dewan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Boleh, nanti kita boleh...

Timbalan Yang di-Pertua: Mungkin boleh diedarkan Yang Berhormat Menteri.

DN 15.12.2014 31

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Boleh, boleh. Boleh diedarkan.

Saya akan mengambil perhatian dan akan mengedarkan - kami akan berbincang dengan universiti yang telah menjalankan kajian ini, mengambil rekod-rekod dia dan selepas itu mengedarkan seterusnya.

Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Khalid bin Ahmad yang begitu prihatin sekali tentang Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Jabatan berkenaan mengakui bahawa terdapat kekangan peruntukan pada tahun 2014. Walau bagaimanapun, program-program tetap dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Peruntukan tambahan juga sentiasa dikemukakan pada Jabatan Perdana Menteri berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa. Secara keseluruhannya peruntukan JPNIN pada tahun 2015 telah meningkat sebenarnya sebanyak RM51,266,880 iaitu peningkatan 11 peratus berbanding peruntukan tahun 2014. Ini menunjukkan bahawa kerajaan kita amat sedar berkaitan betapa pentingnya program-program yang perlu kita laksanakan untuk menjaga dan seterusnya memantapkan perpaduan di negara ini.

■ 1220

Kerajaan sentiasa sedar dan prihatin dengan keperluan kenderaan kereta rasmi jabatan. Sehingga kini beberapa buah kenderaan sewaan telah dibekalkan kepada JPNIN dalam menampung keperluan kami. Namun yang demikian pihak JPNIN sentiasa memohon peruntukan daripada JPM bagi pembelian aset.

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan soalan Yang Berhormat Senator Tuan Koh Chin Han yang berlainan sedikit daripada persoalan biasa...

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Sila, silakan Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Soalan saya ada satu yang Yang Berhormat

belum jawab lagi, iaitu kita lihat di dalam dewan ini kebanyakannya cakap perpaduan. Tadi Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki pun tanya, cakap perpaduan, yang banyak sekali timbul di dalam dewan ini. Jadi bila banyak perpaduan yang kita timbul, kenapakah Jabatan Perpaduan ini tidak jadi kementerian? Sebab banyak yang- sedikit-sedikit perpaduan, perpaduan dan aktiviti perpaduan pun sudah banyak, lebih daripada aktiviti yang sedia ada. Kenapakah Jabatan Perpaduan tidak menjadi kementerian? Terima kasih.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Terima kasih Yang Berhormat. Itu

pun merupakan satu keprihatinan kita juga. Akan tetapi sebenarnya, ini telah dikaji oleh NUCC. Jadi saya tidak tahu apa yang mereka syorkan dalam laporan itu. Selepas itu laporan itu akan dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itu sahaja saya boleh cakap sementara ini.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan sebentar tadi, saya sebenarnya tertarik dengan soalan Yang Berhormat Senator Tuan Koh Chin Han yang ada berlainan sedikit daripada persoalan biasa yang diutarakan oleh Ahli-ahli Parlimen, beliau ingin tahu berapa ramai pemimpin luar negara yang datang ke Malaysia untuk belajar mengenai perpaduan nasional kita. Ataupun beliau ingin tahu adakah orang luar ingin belajar cara pengurusan perpaduan kita yang sebenarnya menjadi impian banyak negara.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada tahun 2013 dan 2014, JPNIN telah dilawati oleh delegasi dari tujuh buah negara iaitu Filipina, Australia, Pakistan, Korea Selatan, Indonesia, Rusia dan Thailand bagi mempelajari cara menguruskan kepelbagaian masyarakat majmuk. Ini sebenarnya membuktikan bahawa Malaysia cukup berusaha untuk mengurus tentang perpaduan negara kita. Ini telah terbukti sehingga kini, sehinggalah kita mencapai satu tahap yang begitu membanggakan sekali berhubung kait dengan pembangunan. Kita sendiri boleh lihat kesemua ini.

32 DN 15.12.2014

Tuan Yang di-Pertua, malahan dalam titah, ini sebenarnya penggulungan. Dalam titah ucapan baginda di Parlimen awal tahun ini, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertitah dengan menegaskan dan mengingatkan kita bahawasanya semua pihak perlu sedar agar peri pentingnya perpaduan dengan kembali kepada landasan sebenarnya, asas penubuhan negara seperti dihasratkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Rakyat Malaysia mestilah bersedia mengurangkan semangat perkauman dan menerima antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dan tidak seharusnya terlalu memikirkan isu perkauman.

Kerajaan dan jabatan saya akan terus memperjuangkan nilai-nilai kesederhanaan yang boleh dijadikan asas bagi memupuk perpaduan lebih meluas di kalangan pelbagai kaum dan agama. Maka itu marilah kita bersama-sama mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara serta mengukuhkan perpaduan dan semangat patriotik untuk keamanan serta kestabilan demi keluarga, bangsa, agama dan negara kita.

Saya mengakhiri ucapan penggulungan saya ini dengan menegaskan dewan yang mulia ini, usaha bersungguh-sungguh dilakukan oleh kerajaan diyakini berupaya membendung

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Yang Berhormat, saya

mencelah sedikit.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Akan tetapi, saya sudah habis.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Bila habis, boleh saya tanya

soalan, Yang Berhormat? Oh, tidak boleh pula, susah nanti. Itu sebab saya bangun cepat.

Timbalan Yang di-Pertua: Kalau Menteri ini sudah habis menjawab, Yang

Berhormat tidak boleh mencelah lagi.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Itu sebab saya hendak

mencelah sekarang, sebelum dia habis.

Timbalan Yang di-Pertua: Kalau dia tidak izinkan, Yang Berhormat, maka..

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Yang Berhormat, beri izin

atau tidak?

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Okeylah, last one [Ketawa]

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Yang

Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cukup kagum dengan usaha Yang Berhormat Menteri di dalam memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat di negara kita. Tahniah atas komitmen itu dan saya menyokong. Cuma sebelum saya tanya soalan, kerisauan saya, kerisauan kita rakyat Malaysia. Alhamdulillah, seperti Yang Berhormat Menteri kata tadi, tujuh buah negara telah bertanya dengan kita, itu ada penghormatan.

Akan tetapi realitinya kita lihat kebelakangan ini, khasnya setelah 2008 orang rakyat Malaysia yang telah didorong dan dipengaruhi oleh parti-parti pembangkang yang saya anggap cukup racist dan chauvinist, iaitu memulakan satu fenomena yang tidak sepatutnya berlaku di negara kita yang begitu aman dan makmur ini.

Saya juga begitu hairan, rakyat yang terpengaruh ini telah mula terpengaruh dan mengeluarkan provokasi-provokasi yang cukup menyakitkan hati terutama orang-orang Melayu Bumiputera. Lihatlah kebelakangan ini, dengan isu-isu agama, banyak isu agama yang tidak patut dikeluarkan, mengapakah dikeluarkan? Baru-baru ini, CM Pulau Pinang, sesuka hati memberikan interpretasinya sendiri, siapakah beliau?

Isu-isu yang lain yang dikatakan tadi, orang Melayu Bumiputera yang memulakan provokasi, yang sebenarnya tidak. Kita melihat, dengan izin, chicken and egg, di mana, siapakah mula dahulu? Macam saya katakan tadi, kita telah ada social contract, siapakah

yang memprovokasi dahulu? Mengapa, minta maaf cakap, Yang Berhormat tadi tanya perkataan pendatang. Siapakah yang mulakan dahulu?

DN 15.12.2014 33

Untuk pengetahuan, saya hendak jelaskan di Dewan yang mulia ini, supaya perkara ini kita berhentikan. Polemik-polemik yang sensitif, kita berhentikan, cukup. Itu saya hendak tegaskan, perkataan pendatang ini, bukan dimulakan oleh orang Melayu. Tuan-tuan bacalah buku-buku yang ditulis oleh orang putih, bukan kita. Bahkan satu buku yang ditulis oleh orang Cina sendiri, buku yang saya tunjukkan tempoh hari. Anak kepada Chan Wing, buku yang bertajuk, “From Poor Migrant to Millionaire.” Itulah daripada seorang pendatang

miskin.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukuplah celahan itu Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Saya hendak terangkan

supaya perkara ini jangan berlaku. Kita stop once and for all. Janganlah kita hendak ungkit-ungkit, tiap-tiap kali hendak tanya menyakitkan hati kita. Bila kita menyakitkan hati kita, kita lawan balik, sampai bila. Itu yang saya hendak katakan kalau semua rakyat Malaysia ini menghormati perlembagaan dan social contract. Social contract ini merupakan satu agreement, persetujuan semasa kita menyambut kemerdekaan. Orang Melayu menerima secara ikhlas.

Timbalan Yang di-Pertua: Cukup dengan celahan itu, Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Ini yang saya hendak

katakan, apakah tindakan Yang Berhormat, apakah tindakan yang patut dilakukan supaya perkara-perkara ini jangan berlaku lagi dari segi undang-undang, sewajarnya dilakukan dengan segera. Terima kasih.

■1230

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Terima kasih. Hanya satu yang

saya boleh jawab di sana. Awal-awal sebentar tadi saya juga telah merayu kepada semua kita untuk mengelakkan mengeluarkan kata-kata yang boleh mencetuskan pergaduhan. Kita terdiri daripada orang-orang politik tetapi bagi kita untuk mendapat kuasa berasaskan daripada politik, kalaulah boleh, kita gunakan asas yang boleh membawa rakyat kita keamanan ke satu suasana yang mempunyai perasaan yang bersatu-padu.

Elakkanlah menggunakan kata-kata - baru sahaja saya cakapkan sebentar tadi, nasihat Yang di-Pertuan Agong kepada semua Ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli Dewan Rakyat sama siapa boleh berucap di sana. Sepatutnya itulah satu iktibar yang kita guna supaya kita dapat bersama-sama untuk memajukan negara ini. Gunalah asas-asas yang baik bagi kita untuk memajukan negara ini ke hadapan, bukannya untuk menyentuh sesuatu yang sensitif yang boleh mencetuskan pergaduhan pula. Semua kita tidak mahu itu.

Jadi, itu sahaja saya punya jawapan dan terima kasih sekali lagi. Kerajaan akan sentiasa bersungguh-sungguh melakukan apa yang terbaik bagi kita dan mintalah aktivis-aktivis yang suka memprovokasi kan orang lain ini. Ada baik tidak payahlah kita jawab sama mereka itu. Semua kita tahu itu tidak berguna kepada kita.

Terima kasih banyak terutama kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan dan prihatin tentang perpaduan negara kita ini. Terima kasih banyak, thank you.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya

dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Seri Shahidan bin Kassim. Silakan Yang Berhormat Menteri.

12.32 tgh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

34 DN 15.12.2014

Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi, saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya daripada JPM, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir, Yang Berhormat Menteri Perpaduan, yang telah memberi jawapan yang cukup baik tetapi saya percaya masa tidak cukup untuk mereka berinteraksi dengan Ahli-ahli Dewan Negara terutamanya daripada segi perpaduan, mungkin kita cari jalan nanti bagaimana engagement berhubung dengan perpaduan ini dapat diteruskan.

Kita harus ingat bahawa kalau kita jawab, kadang-kadang menimbulkan kontroversi. Akan tetapi kalau kita tidak jawab, itulah sebenarnya jawapan. Kita ingat dalam kehidupan ini bila kita jawab, kita jawablah tetapi kalau kita tidak jawab, itu ialah jawapan. Jadi jawapan kepada yang tidak jawab, bererti kita mengiakan kepada orang yang melakukan sesuatu kesalahan. Banyak kesalahan yang berlaku di negara ini, semua orang diam. Kita menganggap supaya masa boleh menentukan jawapan tetapi sekarang ini oleh sebab masa terlampau pendek dalam kehidupan seseorang, zaman teknologi yang sentiasa berubah ini, maka diam sering kali tidak merupakan jawapan yang baik tetapi jawapan merupakan jawapan yang baik.

Jadi, kami akan sama-sama membantu supaya Yang Berhormat Menteri Perpaduan kita yang telah memberi jawapan yang cukup baik, itu merupakan dasar kerajaan yang harus diikuti. Kalau semua orang ikut, kita bersatu-padulah tetapi kalau ada orang yang masih bengkeng, sudah pasti kita akan menghadapi masalah tetapi masih interaksi di antara kita adalah suatu yang cukup baik.

Saya semalam dalam proses untuk membuat persediaan menjawab ini, telah digigit serangga kerana banyak melawat Cameron Highlands menyebabkan mata bengkak sebelah. Akan tetapi saya boleh memerhati satu Discovery Channel iaitu menangkap ikan yang paling besar di Sungai Amazon. Jadi apabila ditanya kenapa dia tangkap ikan yang sebegini besar, apakah keseronokan yang dia dapat? Dia kata bila dia tangkap ikan besar, semua keluarganya akan datang untuk meraikan bahawa dia penangkap ikan yang besar dalam dunia.

Keduanya, masyarakat akan datang. Jadi, pada pandangan mereka, apa sahaja yang boleh menyebabkan orang datang dan orang sama-sama menghargainya, itulah majlis perpaduan yang cukup baik. Ini yang dibuat di negara-negara maju, apa sahaja yang membolehkan orang datang untuk berkumpul, menghargainya, maka itu dibuat walaupun dalam cerita menangkap ikan yang paling besar dalam dunia iaitu ikan air tawarlah, bukan ikan jaws ya.

Jadi, saya percaya engagement yang berbentuk kehadiran ramai orang, itu adalah penting diteruskan. Dalam keadaan sekarang kita lihat banyak program kerajaan dihadiri oleh sesuatu kaum sahaja. Contohnya ialah gotong-royong membersihkan bandar, orang dalam bandar sendiri tidak hadir tetapi orang luar bandar yang datang membersihkan bandar. Ini tidak bagus. Ia harus diperbaiki dari semasa ke semasa. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih...

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Dato’...

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ada yang hendak mencelah.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Oh! Ya. My friend, yes.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini cuma hendak tanya, ini tidak ada dalam- saya tidak bangkitkan dalam ucapan saya tetapi perkara penting. Kalau Menteri boleh jawab, macam Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua: Ringkaskan Yang Berhormat ya.

DN 15.12.2014 35

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Kalau diam pun saya tidak bertanggungjawab. Ini pasal ada berkaitan dengan institusi Parlimen, Jawatankuasa Public Accounts Committee. Cuma hendak tanya kalau Menteri boleh jawab. Baru-baru ini kita tengok isu 1MDB, 1Malaysia Berhad, pelbagai isu telah dibangkitkan. I tidak hendak pergi kepada tuduhan-tuduhan yang dibangkitkan kepada sesiapa lah sama ada orang terkenal, orang tidak kenal dan sebagainya. Cuma sama ada Parlimen akan consider supaya PAC review tuduhan-tuduhan yang dibangkitkan, sama ada PAC akan panggil satu perjumpaan untuk discuss isu-isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Ya. Saya kena menjawab sebab kalau saya

tidak menjawab, bererti itu jawapan. Jawapannya bahawa kerajaan pandang serius semua pandangan bagi semua pihak dan kerajaan akan berbuat sesuatu ataupun berbuat yang terbaik mengenainya dan inshaaAllah, kita akan mengumumkan perkara tersebut dari semasa ke semasa. Ini ialah bukan sahaja pandangan rakyat tetapi pandangan semua pihak sebab Kabinet ini di samping kita bermesyuarat, kita juga memerhatikan pandangan-pandangan daripada semua pihak termasuk dalam media sosial yang kerajaan beri perhatian.

Jadi kerajaan sebenarnya bukan hanya membincangkan kertas-kertas yang dibentangkan oleh kementerian selepas itu membuat kelulusan tetapi kita melihat perkara-perkara terkini. Itu sebab kerajaan mampu untuk menangani banyak masalah bila kita sentiasa berada dalam lapangan yang terkini. Jadi berhubung dengan apa Yang Berhormat sebutkan itu, itu juga menjadi perhatian di pihak kerajaan untuk memperjelaskan kepada rakyat supaya rakyat berpuas hati.

Jadi bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015 yang menyentuh perkara-perkara yang di bawah tanggungjawab Parlimen Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Perkhidmatan Awam, Perumahan Rakyat 1Malaysia, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Majlis Keselamatan Negara, ESSCOM, hal ehwal Maritim Malaysia, Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) dan isu-isu am di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang kurik kundi, Yang merah saga, Yang baik ialah budi, Yang indah ialah bahasa. Bahasa yang indah jangan dicemar, Bahasa Kebangsaan mesti disanjung, Yang kurang fasih, teruslah belajar, Janganlah ada yang berniat serong. Sistem pelajaran yang cacamarba, Perpaduan bangsa yang jadi korban, Kita mesti berani berubah, Marilah muliakan Bahasa Kebangsaan.

Ini ialah...

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Boleh saya mencelah Yang

Berhormat Menteri?

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Ya.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Sini, sini.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Ya, ya. Boleh jawab kah ini?

36 DN 15.12.2014

■1240

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Yang

Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bercakap tentang Bahasa Kebangsaan, yang sebenarnya kita sudah merdeka berpuluh-puluh tahun, masih ramai yang tidak boleh bercakap Bahasa Kebangsaan. Contohnya baru-baru ini Prof. Teo Kok Seong mengatakan cukup ramai anak-anak kita rakyat Malaysia di PLKN tidak langsung boleh berbahasa kebangsaan. Persoalan saya, perkara ini bukan perkara yang baru ya, sebelum ini pun banyak kita dapati tidak kira muda ataupun tua, rakyat kita yang tidak boleh langsung bercakap Bahasa Kebangsaan. Persoalan saya, adakah mungkin mereka ini yang telah lama duduk di Malaysia tidak kira tua ataupun muda, tidak kira pelajar ataupun tidak, masih tidak boleh berbahasa kebangsaan?

Adakah mungkin mereka merupakan orang yang telah diberi kerakyatan melalui cara haram iaitu rasuah, contohnya kerana pada hari ini IC pun boleh dapat, pasport boleh dapat, semua boleh dapat kalau kita merasuah pegawai-pegawai kerajaan kerana saya pun hairan ya kenapa sudah duduk lama, satu patah pun dia tidak boleh bercakap. Jadi, saya syak dan bahkan mencadangkan pihak Yang Berhormat Menteri, kalau terdapat kes-kes semacam ini, boleh tidak kementerian teliti latar belakang? Sebab kemungkinan mereka itu bukan rakyat Malaysia. Ini kerana baru-baru ini saya telah memanggil dua orang untuk repair roof rumah saya dan tiba-tiba salah seorang pekerja itu bercakap dengan saya dalam bahasa Cina. Saya cakap Bahasa Melayu, dia cakap bahasa Cina juga.

So, saya tanya tauke dia, saya kata “Ini rakyat Malaysia kah bukan?” Dia kata “Rakyat Malaysia. Umur dia dekat 50 tahun lebih.” Saya kata, “Takkan satu patah pun tidak boleh?” Jadi, bila saya balik, saya syak mungkin ini pendatang. Itu yang perkataan “pendatang” itu. Jadi saya mencadangkan kalau ada kes macam ini, mungkin pihak-pihak Yang Berhormat teliti, betul atau tidak betul kerakyatan yang mereka dapat. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah pandangan

Yang Berhormat akan diambil kira oleh pihak kementerian dan kementerian yang wajib untuk mengambil tindakan mengenainya ialah Kementerian Dalam Negeri. Jadi benda ini kita akan bawa kepada Kementerian Dalam Negeri tetapi pada pandangan awalnya, kalau Yang Berhormat hendak lihat apa yang saya sebutkan berlaku di negeri yang pernah saya tadbir sebagai Menteri Besar. Kalau orang muda tidak boleh berbahasa kebangsaan, mungkin ada sesuatu- tiba-tiba dia warganegara, ada sesuatu yang harus dilihat.

Akan tetapi terdapat orang-orang yang lama-lama, yang tua-tua, yang duduk di bawah komuniti yang mereka tidak berhubung dengan orang luar juga tidak mampu untuk berbahasa kebangsaan. Ada penduduk yang berada dalam kumpulan pelombong-pelombong. Ini orang yang sudah berumur 80 tahun, 90 tahun. Ada yang tidak boleh berbahasa dengan baik.

Dia cuma tahu bahasa mudah seperti Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, itu dia tahu sebab zaman itu zaman dia. Jadi, yang itu ialah mereka tidak dapat berkomunikasi dengan orang tempatan dengan baik kerana berada dalam komuniti mereka sahaja.

Namun, ada satu insiden yang berlaku baru-baru ini di sebuah tempat yang saya tengah buat operasi, saya tengok ramai orang-orang muda yang boleh berbahasa Melayu dengan baik dan orang muda yang mempunyai rupa-rupa yang baik tetapi berniaga di pasar malam. Jadi bila saya tanya, “Adakah kamu warganegara?” Dia kata dia warganegara tetapi sebenarnya dia kata dia baru datang saja tetapi menjadi warganegara kerana daripada segi bahasa sekarang ini, kadang-kadang tidak mampu untuk kita mengatakan bahawa yang boleh berbahasa Malaysia itu memang warganegara. Mereka mempunyai sekolah di tempat masing-masing, sekolah Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia dan sebelum mereka datang sini, mereka boleh berbahasa Malaysia. Ada orang Bangladesh yang datang jumpa dengan Imigresen, “Selamat pagi tuan.” Kadang-kadang puan pun dia kata tuan, dicampur. Akan tetapi dia sudah boleh berbahasa Malaysia. Demikian juga orang lain. Jadi, walau bagaimanapun semua ini akan diberi perhatian. Yang Berhormat, pihak kerajaan akan beri perhatian.

DN 15.12.2014 37

Saya ingin jawab di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung membangkitkan mengenai pengambilan penjawat awam yang bukan Melayu dan bumiputera dalam perkhidmatan awam. Khususnya perkhidmatan barisan hadapan seperti kaunter dan juga penguatkuasaan merangkumi pelbagai gred dan perkhidmatan untuk memaparkan wajah-wajah perpaduan dalam perkhidmatan dan agar komposisi keanggotaan yang berpadu mengikut kaum Cina, India dan lain-lain hendaklah di laksanakan. Malahan kerajaan boleh menimbangkan dalam lingkungan nisbah 6:3:1. Makna kata 6 Melayu atau bumiputera, 3 Cina, 1 India dan satu lain-lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai sebuah pihak berkuasa melantik peringkat persekutuan sentiasa menggalakkan penyertaan kaum bukan Melayu dan bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam. Dalam masa yang sama SPA juga amat menitik beratkan kualiti calon yang akan dilantik bagi memastikan perkhidmatan awam terus berada di tahap yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat. Dalam hal ini, SPA hanya akan melantik calon yang benar-benar layak sahaja tanpa mengira kaum untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Seseorang yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam akan melalui proses penilaian yang teliti dan komprehensif dengan kaedah pengambilan secara my recruitment. Setiap calon perlulah melepasi empat saringan iaitu tapisan awal, peperiksaan, penilaian kompeten serta temu duga sebelum dilantik. Calon-calon juga dinilai berdasarkan sembilan kompetensi iaitu produktif, kreatif, inovatif, cepat, tepat, berintegriti, terbuka, setia kepada organisasi dan bersifat memudahkan orang.

Jadi setengah orang bertanya apakah maksud setia kepada organisasi. Maksudnya ialah menghormati dan taat kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini. Jadi pegawai-pegawai kerajaan yang memerintah pada hari ini mesti mengikuti, menghormati dan mematuhi Kerajaan Barisan Nasional. Dari Januari 2014, SPA telah melantik seramai 2,262 ataupun 49.78 peratus kaum Cina daripada yang ditemu duga, 1,802 orang atau 32.48 peratus, 1,717 orang atau 19.69 peratus bumiputera Sabah dan 1,345 orang atau 25.28 peratus bumiputera Sarawak. Manakala bagi kaum Melayu seramai 23,000 orang atau hanya 18.98 peratus yang ditemu duga telah dilantik dalam perkhidmatan awam.

Jadi dalam pengambilan yang lepas, orang Melayulah yang tercorot daripada segi angka pengambilan. Orang yang paling tinggi pengambilannya ialah orang-orang Cina. Sebenarnya SPA sentiasa memberi peluang yang sama rata kepada semua calon untuk memohon dan akan melantik yang terbaik dalam kelompok yang memohon tersebut untuk mengisi kekosongan sesuatu jawatan. Kesimpulannya kerajaan sentiasa beri peluang kepada semua termasuk kaum Cina dalam perkhidmatan awam berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi. Malahan peluang kaum Cina untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih tinggi bagi calon yang menghadiri temu duga dan dilantik berbanding dengan kaum lain di mana kaum Melayu tiap-tiap 5 orang, satu. Satu boleh, 1:5 ya. Bagi kaum Cina 1:2.

Makna kalau orang Cina datang dua orang, seorang dapat kerja. Akan tetapi kalau orang Melayu datang 5 orang, satu saja dapat kerja. Bagi kaum India, 1:3. Kalau tiga orang India datang, jadi seorang dapat kerja. Jadi macam Yang Berhormat Datuk Seri Nallakaruppan ini datang, seorang dapat kerja. Kalau Yang Berhormat Dato' Dr. Firdaus, campur Yang Berhormat Dato’ Mohd. Shuhaimi campur Tan Sri Mohd Ali semua, seorang saja dapat kerja. Jadi nisbah Melayu adalah paling rendah dibandingkan dengan Cina dan India. Sehubungan dengan itu janganlah kita mengulas sesuatu isu berdasarkan persepsi semata-mata tanpa menyemak kebenaran fakta.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Pendekatan menyeluruh ya.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut

nama saya, saya pun hendak tanyalah.

38 DN 15.12.2014

Hendak sebut kuota pengambilan kakitangan awam dalam sektor kerajaan nampak kali ini ambil ramai pula orang Cina diambil dengan Melayu dan kaum yang lain. Apakah ini kerana desakan ataupun kerana kebetulan sahaja? Yang kedua, tadi ada kuota-kuota yang diambil dalam kerajaan. Apakah Yang Berhormat mempunyai angka pula dalam sektor swasta? Kalau ambil 10 orang, berapa yang Melayu dan berapa pula kaum yang lain? Terima kasih.

■1250

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Sebenarnya Yang Berhormat, oleh sebab saya

bercakap bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perkhidmatan Awam ini akan bertugas dalam kementerian yang lain, dalam Kementerian Perdagangan, dalam Kementerian Luar Bandar dan juga lain-lain kementerian, termasuk juga agensi-agensi kerajaan dalam GLC dan juga peringkat negeri.

Pada masa sekarang ini kita sering melihat perkhidmatan awam, kenapa tidak ambil orang ini, kenapa tidak ambil orang ini. Akan tetapi kita tidak melihat bahawa dalam sektor swasta, keadaan amat teruk di mana penyertaan orang Melayu dan orang India termasuk Sabah dan Sarawak adalah rendah, mungkin rendahnya di tahap 90 peratus ke-10 peratus. Jadi, perkhidmatan awam yang bertugas di agensi-agensi, supaya melihat secara holistik pendekatan sekarang ini. Bukan melihat sektor awam sahaja disertai oleh pelbagai kaum, mesti dilihat juga sektor swasta juga disertai oleh pelbagai kaum.

Jadi, kalau dia orang tanya kenapa, macam mana kerajaan boleh buat ini sektor swasta? Saya hendak beritahu bahawa dalam sektor swasta, tidak ada swasta yang datang tiba-tiba jadi kaya. Kita kerajaan, dalam Perlembagaan menyebut dengan terang supaya diberi permit dan juga lesen kepada bumiputera untuk memastikan supaya mereka boleh hidup aman dan damai bersama dengan kaum-kaum yang lain.

Saya hendak beritahu bahawa kepada semua pihak orang Cina, orang Melayu, orang India di sini bahawa tidak ada orang yang datang dahulu bawa pelaburan. Tidak ada seperti sekarang ini FDI, dipanggil. Dahulu orang datang dalam bentuk untuk mencari pekerjaan. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Melayu pada masa tersebut, Sultan-Sultan Melayu yang telah memberi anugerah tanah yang begitu besar kepada mereka yang berada dalam bandar.

Pernah kepada bapa seorang Menteri Kewangan, menyewa tanah sebanyak 10 sen satu ekar. Tanah tersebut akhirnya telah dianugerahkan kepadanya dan tanah itu telah bernilai berjuta-juta ringgit satu ekar. Ini merupakan bahawa kekayaan itu muncul yang pertama, Kerajaan Pusat telah meletakkan bahawa Kuala Lumpur ibu negara menyebabkan tanah telah melambung naik dan orang menjadi kaya serta-merta.

Keduanya ialah kebaikan yang luar biasa oleh Raja-Raja Melayu dan juga pemimpin-pemimpin yang menganugerahi tanah kepada mereka yang berada di bandar. Kalau sekiranya ibu negara Malaysia diletakkan di Alor Setar, sudah pasti yang jadi hebat ialah Alor Setar ataupun berada di Kuching ataupun Sabah ataupun di Kota Bharu ataupun di Perlis sudah pasti mereka menjadi kaya raya.

Akan tetapi kerajaan melihat benda ini sebagai sesuatu yang telah berlaku dan kerajaan memberi pertolongan kepada negeri-negeri yang tidak menjadi ibu negara, yang tidak bernasib baik seperti yang berada di Kuala Lumpur. Negara ini mesti dicorakkan berdasarkan kepada rupa bentuk kaum sama ada di bandar ataupun dalam perkhidmatan awam.

Di bandar mesti dinampakkan bahawa ini Malaysia. Malaysia sekarang ini bumiputera terdiri daripada 67.4 peratus, orang Cina 24.6 peratus, orang India 7.3 peratus seperti Senator Nallakaruppan, 7.3 peratus dan lain-lain ialah 0.7 peratus. Jadi, kita mesti menggambarkan kaum, jangan kita datang ke Malaysia melihat pekan, melihat kaunter kerajaan hanya satu kaum dan seolah-olah orang tidak tahu di manakah mereka berada. Kita mesti menggambarkan benda itu dan ini harus menjadi masa depan Malaysia.

DN 15.12.2014 39

Semua pihak harus menyokong kalau kita hendak pastikan negara ini hidup aman dan damai. Tidak bergaduh lagi, tidak bertikai lagi, maka perkara ini mestilah diambil perhatian.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Cadangan Yang Berhormat tadi cukup baik dan

kita hendak pastikan bahawa pendekatan sekarang pendekatan yang lebih holistik. Di mana bukan sahaja pihak kerajaan dan juga swasta. Pihak kerajaan juga kita tidak mahu orang Melayu meminta atas dasar hendak ambil pegawai tinggi sahaja, kerani, driver, tukang sapu mereka tidak mahu, kena bagi juga.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Boleh saya tambah satu soalan?

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tukang sapu ini cuma orang Melayu ataupun

orang India. Okey ya, Yang Berhormat.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Jawapan Yang Berhormat Menteri amat

baik. Tadi kata bumiputera ada 67 peratus dan kita pun ada dasar sekarang kalau ambil lima orang kakitangan kerajaan, satu bukan bumiputera. Kalau kira 67 peratus, bermakna kita patut ambil enam- kalau ambil 100, 67 peratus itu bumiputera, 33 peratus yang lain. Akan tetapi kita cuma ambil 50 orang bumiputera dan yang lain bermakna kita sudah bagi lebih kepada kaum yang lain.

Saya hendak tanya, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan juga dalam sektor swasta. Katakan swasta ambil 100, 67 bumiputera ataupun 5:1, 5 bukan bumiputera dan 1 orang bumiputera agar perimbangan kaum ini lebih baik bagi negara kita untuk perpaduan kaum masa hadapan. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Sebenarnya, negeri-negeri lebih berhak dan

lebih mudah untuk melaksanakan dasar ini. Saya Menteri Besar Perlis, saya lebih mudah melaksanakan dasar ini kerana permit dan lesen peringkat negeri, terutamanya majlis tempatan dibuat dikeluarkan di peringkat negeri. Yang Berhormat, Ketua Menteri Melaka dulu boleh buat begitu. Akan tetapi sekarang ini kita hendak minta supaya kawan-kawan kita supaya melihat dasar ini supaya dilaksanakan dan bukan 70:30. 70:30 saya tidak pernah jumpa polisi siapa, cop siapa, siapa yang bercakap, kita tidak tahu. Akan tetapi semua negeri, termasuk Melaka, membuat dasar 70:30. Mana ada 70:30, tidak betul! Kita mesti mendasarkan kepada nisbah kaum. Kalau tidak, kita akan menghadapi masalah di masa akan datang.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: [Bangun]

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: You hendak mencelah apa pun boleh sebab ini

kali terakhir.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih. Begini, sebenarnya perkara

yang saya hendak mencelah ini barangkali mungkin dapat dijawab oleh Kementerian Pendidikan nanti. Akan tetapi kerana ini temanya sama dengan apa yang dibincangkan sekarang, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri juga.

Dalam ucapan saya waktu pembentangan bajet ini saya juga mencadangkan supaya okeylah kerana sekolah Cina itu sudah merupakan susah sangat hendak diubah. Kita kekalkan sekolah Cina tetapi dengan syarat supaya pelajar-pelajar di sekolah Cina itu terdiri daripada tiga kaum mengikut preposisi penduduk, propotion ini. Jadi, umpamanya

okeylah hendak menggunakan sistem sekolah Cina dengan segala bahasa pengantar Cina dengan segala macam, okey. Akan tetapi saya hendak kita pastikan bahawa 60 peratus ataupun 67 peratus daripada pelajarnya pelajar Melayu, berapa percent India, dan sekian Cina. Proportionately kalau hendak dikekalkan. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Terima kasih Yang Berhormat. Akan tetapi

sebelum itu saya hendak jawab ini Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, bahawa tidak ada sebenarnya desakan bahawa ambil orang Cina lebih. Nisbah sekarang ini memang kalau hendak kata adil, memang tidak adillah.

40 DN 15.12.2014

Oleh sebab apa, kenapa orang Melayu nisbahnya 5:1? Kenapa orang Cina 2:1? Orang Cina, kalau datang dua orang, confirm satu dapat kerja, lagi satu dapat kerja swasta.

Kenapa orang India 3:1? Jadi, kalau hendak kira adil, memang tidak adil. Akan tetapi masalah besarnya ialah orang Cina datang sedikit, orang India okeylah, dia datang ngam-ngam sahaja...

Dato’ Boon Som A/L Inong: Boleh saya mencelah?

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Akan tetapi orang Melayu datang banyak, kalau datang banyak, dapat sedikitlah. Orang Melayu termasuklah orang Siam [Ketawa]

Dato’ Boon Som A/L Inong: [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab begitu baik sekali dan Yang Berhormat Menteri yang begitu faham dengan kaum saya. Begitu faham dan begitu arif dengan kaum saya. Jadi, saya hendak tanya, masyarakat Siam ini bumiputera. Akan tetapi bila masuk online untuk permohonan kepada Perkhidmatan Awam, ia di bawah lain-lain. Jadi, saya mintalah supaya pihak JPA atau kementerian sekali untuk melihat perkara ini. Supaya masyarakat Siam mendapat tempat, banyak yang tercicir kerana di bawah lain-lain ini. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat,

orang-orang Siam di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu ialah Melayu. Mereka boleh membeli tanah rizab Melayu. Jadi, itu tidak ada masalah. Kemudian, orang-orang kacukan Portugis di Melaka juga masuk bawah istilah bumiputera, termasuk mamak yang saya rasmi baru-baru ini, KIMA iaitu Indian Muslim juga termasuk dalam bumiputera. Cuma pengiktirafan secara umum telah disebut, secara khusus kita berdasarkan pelaksanaan dari semasa ke semasa.

Jadi, berhubung dengan orang Siam ini, ia juga tidak masuk bawah lain-lain, ia masuk bawah istilah bumiputera ataupun Melayu. Jadi, saya ingat benda ini tidak ada...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, masa amat mencemburui

kita.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Saya hendak jawab yang ini, yang penghabisan sekali, Allahuakbar.

Timbalan Yang di-Pertua: Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh sambung

menjawab tengah hari nanti.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Saya akan sambung menjawab yang pertama

Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus, yang bertanya tentang sekolah Cina. Ini adalah cukup penting dijawab. Ini masa depan negara.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli Yang

Berhormat semua, kita sambung semula. Saya minta Yang Berhormat Menteri sambung.

2.32 ptg.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih kepada kawan-kawan yang telah timbulkan beberapa perkara tadi. Saya sebenarnya ada 39 orang Ahli Yang Berhormat Senator yang bercakap. Sekarang ini saya baru jawab seorang Senator.

DN 15.12.2014 41

Jadi saya berharap saya boleh habis dalam jangka masa yang terdekat, yang pendek. Akan tetapi, benda-benda yang penting yang telah ditimbulkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat, saya kena bagi penekanan sedikit supaya kita boleh mendapat keputusan setelah penerangan itu dibagi.

Sebelum saya jawab daripada Yang Berhormat Senator Firdaus tadi, berhubung dengan orang Siam tadi, saya sebut ialah Enakmen Rizab Melayu bagi Perlis dan Kedah. Saya kena dapat confirmation untuk Kelantan, Perak dan Terengganu, sebab ini saya berdasarkan lebih kepada pengalaman saya. Yang Berhormat Hajah Nancy sekejap lagi akan memperjelaskan lagi. Akan tetapi daripada segi undang-undang Enakmen Rizab Melayu bagi Perlis dan Kedah, orang-orang yang layak untuk berurus niaga dalam undang-undang enakmen ini ialah satu, orang Melayu; kedua, orang Siam yang bermastautin di negeri-negeri yang berkenaan. Akan tetapi yang kita bercakap tadi ialah tentang sama ada orang Siam ini bumiputera ataupun tidak. Saya bertanya kepada Yang Berhormat dan Yang Berhormat akan jawab ya bahawa orang Siam boleh membeli Amanah Saham Nasional sebab dia bumiputera.

Dengan itu, apabila sampai tentang penjawat awam Yang Berhormat, buat masa ini status kaum Siam memang masuk dalam kelompok lain-lain dalam pendaftaran online SPA. Walau bagaimanapun, SPA akan menambah baik dengan mengambil kira kaum Siam antara pilihan kaum utama seperti yang telah saya sebutkan.

Kemudian yang keduanya apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Firdaus tadi, saya ingin maklumkan bahawa kalau ditanya kepada saya, memang menjadi impian rakyat Malaysia supaya rakyat Malaysia pelbagai kaum tidak dibezakan dengan sistem pendidikan supaya mereka boleh belajar Bahasa Kebangsaan dan orang Melayu juga boleh belajar bahasa Mandarin dan sebagainya.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bahawa sekolah Cina ini kita ada 1,924. Ini Yang Berhormat, Menteri Pendidikan apabila sampai gilirannya akan menjawab tambahan. Sekolah Rendah Cina kita ada 1,924 dan sekolah Tamil 523. Bahasa Melayu yang diajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina ialah 245 minit satu minggu. Kemudian, sekolah persendirian ataupun sekolah menengah swasta sebanyak 60 buah yang mana pelajarnya pada tahun 2009 ialah seramai 57,284 dan pada tahun 2014 telah meningkat kepada 82,724.

Kita tahu bawah sekolah ini langsung tidak menggunakan kurikulum kebangsaan tetapi menerima pakai UEC berdasarkan kepada Akta Pendidikan 1961. Terdapat sebanyak 74 buah Sekolah Menengah Cina yang digelar conforming school. Sekolah jenis ini telah bersetuju untuk menukar kepada sistem kurikulum kebangsaan. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan akan membekalkan guru-guru daripada kementerian, peruntukan serta syllabus kurikulum kebangsaan. Jadi seperti Yang Berhormat sebutkan tadi, menjadi satu cita-cita rakyat dan keseronokan kalau sekiranya bumiputera berada di sekolah Cina dalam bentuk komposisi kaum yang telah disebutkan.

Kemudian akhir sekali untuk tajuk ini, kita hendak maklumkan bahawa semua sekali pegawai-pegawai kerajaan yang telah dilantik dengan penuh dedikasi yang disebut dari semasa ke semasa dan mereka ini berada di barisan hadapan terutamanya pegawai-pegawai penguat kuasa, mereka mestilah menunjukkan sikap yang mereka sebenarnya mewakili kerajaan dan melaksanakan undang-undang yang sewajarnya. Pegawai-pegawai Imigresen sebagai contoh yang menjaga pintu masuk negara, mereka mesti pastikan supaya peraturan negara ini diikuti dalam tempoh yang telah - semasa mereka berada di sini, mereka hendaklah mengikuti peraturan yang telah ditentukan.

Kalau sekiranya mereka sebagai pelancong selama 28 hari, mereka ingin menginap di hotel ataupun di mana-mana, telah tertulis dalam kad itu bahawa mereka akan menginap di mana-mana. Akan tetapi kalau mereka datang bekerja, maka pegawai Imigresen dan pegawai penguat kuasa hendaklah menangkap mereka dan mengambil tindakan undang-undang.

42 DN 15.12.2014

Sekiranya permit mereka sebagai pekerja tetapi mereka berniaga seperti yang berlaku di Putrajaya di mana orang-orang Bangladesh juga menjual goreng pisang. Bukan setakat penceritaan bahawa orang asing menjual goreng pisang berniaga. Tindakan kena diambil. Pegawai imigresen dia ada kuasa di pintu masuk dan kuasa yang telah diberikan di bawah kuat kuasa undang-undang termasuk juga anggota-anggota lain seperti polis, RELA, Dewan Bandaraya, bandaran, renjer hutan, PERHILITAN mestilah mengambil tindakan. Tidak boleh lagi keadaan di mana hanya orang menceritakan bawah perlanggaran undang-undang sedang berlaku di mana-mana dengan pelbagai cara. Hutan telah diterokai, tanah dicerobohi tetapi kita lihat tindakan undang-undang tidak diambil dengan sepenuhnya.

Maka saya hendak pastikan supaya pegawai daerah ataupun pegawai yang di barisan hadapan mestilah kompeten untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka. Pegawai-pegawai tersebut mestilah dinampakkan sebagai pegawai-pegawai yang berani, amanah, bertaraf ayam sabung dan bukan ayam daging. Mereka kena pastikan bahawa tindakan kena diambil.

Sekarang ini kita lihat beberapa buah tempat telah menjadi mainan perlanggaran undang-undang. Contohnya di pasar malam, orang asing berniaga, di pasar tani orang asing berniaga, di pasar minggu orang asing berniaga. Kita melihat benda itu berlaku. Kita tahu bawah mereka ini, pihak bandaran ataupun Majlis Bandaraya boleh mengambil tindakan, pegawai imigresen boleh mengambil tindakan. Malah, orang awam juga di bawah tangkapan awam boleh mengambil tindakan. Kalau kita bekerjasama, maka kita boleh selamatkan negara ini. Kalau kita tak bekerjasama, kita akan timbul masalah.

■1440

Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim: Boleh mencelah sikit?

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Bagi lesen, jual lesen. Ya, Yang Berhormat.

Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. berhubung dengan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi iaitu

berhubung penglibatan warga asing yang begitu berleluasa menjalankan perniagaan di premis-premis yang diperuntukkan kepada pemegang-pemegang lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan. Soalannya, adakah berlaku penjualan ataupun menyewakan lesen-lesen ini daripada warganegara Malaysia kepada warga-warga asing yang melaksanakan perniagaan ini? Soalan yang keduanya, apakah tindakan kerajaan untuk membanteras perkara ini daripada terus berlaku? Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat, memang ada dan banyak

sekali. Dulu dilihat kadang-kadang dituduh orang-orang Melayu sering menjual lesen kepada orang-orang bukan bumiputera, tetapi sekarang dah jadi satu trend yang luar biasa di mana orang Malaysia menyewa lesen mereka kepada orang asing. Lesen yang diberi kepada bumiputera disewa kepada orang asing, yang bagi kepada orang Cina pun disewa kepada orang asing.

Malah beberapa buah jalan di Kuala Lumpur ini kita lihat lesen itu banyak dikeluarkan kepada orang-orang Cina, tetapi telah disewa kepada orang asing, kepada orang Vietnam, orang Bangladesh. Jadi dipanggil apa yang berlaku sekarang ini kalau kita lihat di jalan-jalan raya, di mana-mana pusat-pusat premis perniagaan di bandar raya ataupun di bandar-bandar terdapat keadaan bahasa Kedahlah bukan bahasa rasmi, kelam pukang ataupun cacamerba sedikit seolah-olahnya siapakah yang sebenarnya yang boleh berniaga di premis-premis yang berkenaan.

Kita lihat di Dubai, kita ada 600 ribu orang penduduk dan mempunyai lebih hampir dua juta orang asing, tetapi tidak ada masalah untuk mengendalikan orang asing di Dubai, di mana mereka ini ada asrama, ditempatkan di asrama. Mereka datang bekerja dan mereka balik ke tempat masing-masing dan tidak dibenarkan pergi tempat hiburan pun. Jadi kita lihat Dubai dapat mengawal orang asing dengan begitu baik dan orang asing tidak dibenarkan buat benda-benda yang lain selain yang telah ditetapkan kepada mereka iaitu bekerja.

DN 15.12.2014 43

Akan tetapi di sini mereka bukan sahaja datang bekerja, mereka juga bekerja yang lain daripada yang ditetapkan seperti berniaga perniagaan kecil. Mereka datang untuk melancong tetapi mereka juga berniaga.

Isu yang ini, pegawai-pegawai perkhidmatan awam di barisan hadapan hendak dipastikan supaya mereka mengambil tindakan. Kalau mereka sudah berambut putih, maaf. Kalau sekiranya mereka sudah uzur, sudah lama, maka kita hendaklah perbaharui mereka ataupun kita letak orang-orang baru di hadapan. Orang-orang yang di hadapan mestilah berjiwa ayam sabung ataupun ayam kampung. Jadi ini saya menjawab soalan yang pertama.

Kedua, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah mencadangkan supaya biasiswa diberikan kepada pelajar-pelajar Pusat Perakaunan Profesional di UiTM. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menawarkan biasiswa di bawah program ijazah dalam negara kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam dan institusi pengajian tinggi swasta bertaraf GLC ataupun government link companies dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Bagi sesi 2014/2015, bilangan tempat yang ditawarkan ialah sebanyak 10 ribu buah tempat sebagaimana tahun-tahun sebelumnya dan pelbagai bidang yang diiktiraf antaranya bidang teknikal, sastera, sains kemasyarakatan, perubatan dan separa perubatan dan sains. Kriteria asas sesuatu bidang dipertimbangkan untuk mendapat tajaan ialah program tersebut mestilah mendapat akreditasi penuh dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mesti diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, kursus-kursus profesional seperti ACCA, CIMA, Auto CAD, LINOX termasuk dalam bidang yang tidak ditaja. Sehubungan dengan itu, JPA mengambil maklum akan cadangan tersebut bagi tujuan penambahbaikan penajaan JPA di masa akan datang.

Untuk makluman Yang Berhormat, biasiswa yang telah ditawarkan oleh JPA di antaranya ialah Biasiswa Nasional yang mana terdiri daripada yang mendapat biasiswa ini ialah 56 orang bumiputera, 90 bukan bumiputera dan juga lain-lain sebanyak 3 iaitu Sabah satu, Sarawak dua. Program Lepasan Bursary, biasiswa yang ditawarkan ialah 62 orang bumiputera dan 245 bukan bumiputera, manakala Sabah dua, Sarawak dua. Bagi kejuruteraan, 400 orang bumiputera, 326 bukan bumiputera. Jadi daripada segi faktanya kita lihat, realitinya bahawa banyak bidang dalam pendidikan ini orang-orang bukan bumiputera dapat lebih daripada orang bumiputera dan persepsi adalah salah seperti yang selalu ditimbulkan oleh pelbagai pihak.

Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun yang ingin penjelasan mengenai jumlah penjawat awam pelantikan kontrak dan pekerja sambilan harian (PSH) serta langkah kerajaan untuk menyerapkan mereka ke perkhidmatan tetap.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 Jun 2014, bilangan pegawai kontrak dalam perkhidmatan awam adalah seramai 47,717 orang. Daripada jumlah tersebut, 42,759 ataupun 89.6 peratus lantikan contract for service yang diluluskan oleh pihak berkuasa melantik seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan badan-badan berkanun. Sementara itu, seramai 4,958 ataupun 10.4 peratus lantikan contract of service yang diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan seperti Pakar Penasihat Pegawai Khas, Pegawai Pemantau Harga Barang. Bagi PSH ialah sejumlah 4,274 orang. Buat masa ini, hanya kategori-kategori PSH sedang berkuat kuasa manakala kategori lain iaitu “Sambilan” telah dimansuhkan. Tempoh perkhidmatan bagi kontrak ialah antara satu tahun hingga tiga tahun, manakala PSH adalah antara tiga bulan sehingga enam bulan.

Memandangkan pelantikan kontrak dan PSH adalah bagi tujuan dalam tempoh tertentu, maka kerajaan tidak meletakkan komitmen pegawai akan dilantik ataupun diserap ke jawatan tetap.

44 DN 15.12.2014

Sebaliknya menjadi tanggungjawab pegawai lantikan kontrak untuk mohon jawatan secara tetap dengan pihak berkuasa yang melantik yang berkenaan berdasarkan kelayakan akademik dan juga pengalaman yang dimiliki. Kerajaan sentiasa membantu pegawai lantikan kontrak yang akan menghadiri sesi temu duga bagi tujuan pelantikan secara tetap seperti melalui program pementoran yang disediakan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan. Pegawai juga didedahkan dengan program latihan bagi meningkatkan kompetensi dalam pekerjaan masing-masing.

Yang Berhormat Senator Datuk Profesor Dr. Sim Kui Hian mencadangkan supaya jawatan seperti Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah diagihkan sama rata kepada penduduk di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan penyertaan dan pengisian jawatan peringkat tertinggi dan strategik di kalangan bumiputera Sabah dan Sarawak. Pegawai-pegawai yang berpotensi dan berkelayakan serta memenuhi kriteria yang telah ditetapkan sememangnya diberi pertimbangan untuk menyandang jawatan Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha di peringkat Persekutuan. Bagi pegawai muda yang lain di kalangan bumiputera Sabah dan Sarawak yang berpotensi, pegawai telah pun ditempatkan di jawatan-jawatan penting dan strategik yang lain bagi tujuan pendedahan pengalaman untuk ke gred yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, penempatan seterusnya akan turut juga bergantung kepada prestasi dan pencapaian pegawai di penempatan semasa.

Pembangunan pegawai-pegawai ini turut diberi perhatian menerusi kursus-kursus di peringkat tinggi. Kalau sekiranya Yang Berhormat berminat, saya boleh bagi nama-nama tetapi untuk makluman secara umum, pegawai-pegawai yang telah berpangkat JUSA B, kita ada dua Sabah, dua Sarawak. Kemudian PTD secara keseluruhan kita ada 136. JUSA C kita ada 7 Sabah, 7 Sarawak dan PTD secara keseluruhan ialah 331. Jadi jumlah yang di peringkat JUSA ialah 9 Sabah, 9 Sarawak dan jumlah PTD secara keseluruhan ialah 597. Nama-nama mereka ini ada di sini dan saya boleh maklumkan kepada Yang Berhormat sekiranya Yang Berhormat memerlukannya. Contohnya ialah Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan ialah Yang Berbahagia Datuk Haji Mohammad bin Mentek. Nama-nama ini dikenali sebelum ini di mana dia bertugas.

■1450

Dia merupakan orang Sabah. Berkenaan dengan Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok supaya penjawat awam diberi kuasa berkenaan dengan penubuhan Malaysia untuk membolehkan mereka memahami perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan penubuhan Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya menyuntik semangat patriotisme dan menyuburkan semula pengetahuan mengenai sejarah penubuhan Malaysia seawal pegawai mula bertugas. Semua pegawai yang baru dilantik perlu menghadiri Program Transformasi Minda sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

Antara matlamat program ini memberi pendedahan mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara serta sistem pentadbiran kerajaan. BTN juga mengandungi beberapa segmen dan salah satu daripadanya ialah negara dan perkhidmatan awam. Sementara itu bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik ketika menghadapi kursus kadet, peserta didedahkan dengan sejarah penubuhan Malaysia melalui modul Perlembagaan dan jentera pentadbiran negara di dalam Kursus Diploma Pengurusan Awam dan modul politik Malaysia dan sistem perundangan Malaysia di dalam Kursus Diploma Pasca Siswazah Perkhidmatan Awam.

Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah menyarankan supaya JPA mengkaji semula perjawatan dalam Jabatan Kemajuan Orang Asli. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, penstrukturan semula Jabatan Perkhidmatan Orang Asli telah pun dimuktamadkan oleh JPA pada 7 Mei 2014 dan tarikh kuat kuasa diberi mulai 1 Januari 2014. Penstrukturan semula ini telah mengambil kira keperluan perjawatan dan pengukuhan organisasi secara menyeluruh bagi JAKOA.

DN 15.12.2014 45

Melalui penstrukturan ini, ratio kenaikan pangkat dan peluang kemajuan kerjaya ditambah baik, skim perkhidmatan pegawai pembangunan masyarakat, penolong pegawai pembangunan masyarakat dan pembantu pembangunan masyarakat di JAKOA.

Ingatan Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat bahawa kerajaan tidak menjalankan kajian secara menyeluruh berkenaan dengan penambahbaikan gaji perkhidmatan awam sehingga terpaksa ditarik balik. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil perhatian akan perkara yang dibangkitkan dan sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang semakan pelarasan kenaikan gaji bagi pegawai perkhidmatan awam melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang sekarang dijenamakan sebagai Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam (JKKTPA).

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula Pekeliling Perkhidmatan Bil.10, Tahun 2002 iaitu kemudahan cuti, urusan kematian ahli keluarga terdekat terutamanya kepada wanita yang kematian suami.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini pegawai penjawat awam diperuntukkan cuti rehat selama 25 hari setahun. Di samping itu, penjawat awam turut diperuntukkan pelbagai kemudahan cuti termasuk cuti tidak berekod selama tiga hari bagi kematian ahli keluarga terdekat. Dalam perihal ini, cuti ialah kemudahan yang mana tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Oleh itu Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti rehat yang diperlukan selain daripada tiga hari cuti tanpa rekod yang dibenarkan bagi wanita kematian suami.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit mengenai jumlah jabatan kerajaan yang telah melaksanakan penstrukturan semula, justifikasi peruntukan semula, jumlah kenaikan pangkat dan justifikasi kenaikan pangkat sehingga bulan November 2014.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga November 2014, bilangan penstrukturan semula yang telah diluluskan adalah sebanyak 222 agensi dengan pecahan sembilan kementerian, 45 Jabatan Persekutuan, 98 pihak berkuasa tempatan Semenanjung dan 70 buah badan berkanun negeri di Semenanjung.

Pengkhususan semula agensi-agensi tersebut adalah bertujuan untuk memperbaiki nisbah kenaikan pangkat dan peluang kemajuan kerjaya dari pelbagai skim perkhidmatan. Penambahbaikan ini dilaksanakan dengan mewujudkan jawatan-jawatan naik pangkat secara naik taraf jawatan atau upgrade tukar ganti jawatan atau trade-off atau mewujudkan jawatan fleksi gred terutamanya di jabatan-jabatan tertutup.

Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat supaya JPA menyemak semula Pekeliling Perkhidmatan Bil.3, Tahun 1998, Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Dalam Perkhidmatan Awam terutamanya perenggan 21, 22 dan 23 mengenai penerimaan hadiah dan pembiayaan aktiviti kelab sukan dan berkenaan dengan cadangan supaya dikeluarkan pekeliling baru.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini kerajaan sedang menyemak pekeliling yang berkenaan. Pekeliling Perkhidmatan baru bagi menggantikan pekeliling sedia ada dijangka akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Akhir sekali mengenai JPA, saranan Yang Berhormat agar diadakan satu garis panduan yang lebih jelas bagi menjelaskan mengenai hak senioriti emolumen, faedah dan pencen untuk penjawat awam wanita yang mengambil cuti menjaga anak bagi tahun 2015 dan sama ada keempat-empat perkara tersebut akan menjejaskan penjawat awam yang mengambil cuti ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, garis panduan berkenaan pegawai yang diluluskan cuti termasuk cuti menjaga anak telah dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.4, Tahun 2009.

46 DN 15.12.2014

Kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai diluluskan cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji. Pegawai yang mengambil cuti menjaga anak diberi cuti tanpa gaji dan dengan itu pegawai tidak layak menerima emolumen iaitu gaji dan elaun. Tempoh cuti menjaga anak juga tidak diambil kira untuk tujuan kekananan serta tidak diambil kira tempoh perkhidmatan bagi tujuan penyelenggaraan ganjaran, pencen dan juga faedah-faedah lain.

Berkenaan dengan pandangan Yang Berhormat Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin supaya JPA mengkaji semula, “Golden Handshake”, yang diberi kepada anggota polis memandangkan terdapat beberapa situasi yang membenarkan cuti dibawa ke hadapan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan dari semasa ke semasa mengkaji penambahbaikan faedah-faedah persaraan termasuk bayaran Gantian Cuti Rehat atau GCR. Pada masa ini kelayakan maksimum 150 hari untuk semua penjawat awam termasuk anggota polis. Kerajaan mengambil maklum cadangan untuk menaikkan kelayakan tempoh GCR anggota polis yang dicadangkan oleh Yang Berhormat.

Walau bagaimanapun, cadangan ini memerlukan kajian yang teliti memandangkan ia melibatkan peruntukan kewangan kepada pihak kerajaan. Secara puratanya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM250 juta setahun untuk bayaran GCR kepada pegawai awam Persekutuan termasuk anggota polis. Manakala bagi pegawai kerajaan negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dibayar oleh agensi masing-masing. Jadi untuk maklumat kepada Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengetahui bahawa GCR cuti lima bulan ini dibayar. Mereka kumpul gaji dan cuti tersebut dibayar semasa mereka nak pencen atau semasa mereka pencen iaitu sebanyak maksimum lima bulan itu diteruskan. Itu sebab kadang-kadang kita mendengar kenapa pegawai-pegawai kerajaan mendapat ganjaran tertentu berhubung dengan cuti yang telah disimpan sehingga bertempoh lima bulan.

Kemudian Parlimen. Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman dan Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin ingin mengetahui penjelasan kenapa isu kenaikan elaun Ahli Parlimen ditangguhkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pindaan elaun Ahli Parlimen ditangguhkan kerana Ahli-ahli Parlimen memohon kadar yang lebih tinggi daripada yang dicadangkan dalam rang undang-undang. Kadar yang dicadangkan dalam rang undang-undang tersebut kemampuan kedudukan kewangan negara ketika ini dan pada masa terdekat.

Yang Berhormat, beberapa orang Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali, Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad, Yang Berhormat Dato’ Boon Som a/l Inong, Yang Berhormat Puan Norliza binti Abdul Rahim...

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Boleh mencelah sikit?

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat Datuk Megat Zulkarnain bin

Tan Sri Omardin, Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah, Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki mencadangkan supaya elaun tetap Ahli Parlimen dan beberapa elaun lain seperti elaun menghadiri mesyuarat dan sebagainya dikaji semula, dinaikkan pada kadar yang berpatutan. Ya, ya...

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Adakah adil ada perbezaan antara elaun dan juga gaji di antara Ahli Dewan Rakyat dengan Ahli Dewan Negara? Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat. Adakah adil, jika ada perbezaan antara gaji dan elaun Ahli Parlimen wakil rakyat dan Ahli Dewan Negara?

■1500

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat, sebenarnya polemik ini tidak

ada noktah.

DN 15.12.2014 47

Jadi saya menyerahkan kepada Jawatankuasa Dewan dan saya telah berunding dengan Tuan Yang di-Pertua bahawa Jawatankuasa Dewan di bawah 71(1) Tuan Yang di-Pertua dengan Jawatankuasa Pemilih boleh dari semasa ke semasa menentukan kesenangan, kemudahan, khidmat-khidmat dan nikmat-nikmat yang terdapat bagi Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa dan 71(2) telah memperuntukkan bahawa peringatan berkaitan Jawatankuasa Dewan hendaklah dihantar kepada semua Ahli Majlis.

Jadi bermaksud di sini ialah ini dalam Peraturan Dewan ini menyebut bahawa kita hendaklah ada satu Jawatankuasa Dewan yang dipengerusikan Tuan Yang di-Pertua. Kemudian setelah apa-apa keputusan ataupun minit mesyuarat hendaklah dibentangkan kepada Majlis, 71(2). Jadi yang ini walaupun tidak dibuat secara rasmi memang telah pun dimaklumkan. Jawatankuasa ini telah pun maklumkan kepada Majlis dan Ahli Majlis pun maklum tentang perkara yang telah dibawa kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.

Jadi benda ini telah dibawa kepada Dewan Rakyat. Ia bukan ditolak. Ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan yang ketiga di mesyuarat yang akan datang di atas beberapa perkara yang telah saya sebutkan. Jadi ini bermakna selepas ini saya akan menggerakkan Jawatankuasa Dewan untuk bermesyuarat dan selepas itu kita akan membawa perkara ini untuk pertimbangan pihak kerajaan.

Berhubung dengan elaun yang telah disebutkan sebenarnya dalam Kertas Statut tersebut telah pun dimasukkan elaun-elaun untuk menghadiri mesyuarat dan lain-lain lagi. Sebagai contoh menghadiri mesyuarat telah dinaikkan kepada RM400 sekali mesyuarat tetapi oleh sebab kertas statute tersebut juga telah ditarik balik maka kita tidak dapat menimbangkan perkara tersebut di sini.

Walau bagaimanapun, saya telah meminta Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara melihat sama ada statute ini apakah perlu dibentangkan di Dewan Rakyat kemudian dibawa ke Dewan Negara ataupun ia boleh dibentangkan di mana-mana Dewan sebab perkataan dalam statute tersebut hanya menyebut bahawa hendaklah dibentangkan tanpa dibahaskan

di atas meja. Sama ada di atas meja itu meja Dewan Negara ataupun Dewan Rakyat, saya pulangkan. Kalau tidak, kita akan bawa ke mesyuarat yang akan datang.

Kalau Tuan Yang di-Pertua kata memang dibentangkan di atas meja itu mana-mana Dewan boleh berbuat demikian, maka yang ini boleh dipertimbangkan dahulu. Walau bagaimanapun, oleh sebab tarikh yang dicadangkan dikebelakangkan pada 1 Januari 2015, maka elaun mesyuarat ini kita tidak hadapi masalah. Kalau sekiranya berlaku kenaikan sudah pasti ia akan dikebelakangkan. Cuma permintaan daripada kebanyakan Ahli-ahli Dewan Rakyat supaya ia dikebelakangkan pada tahun 2013. Semua ini akan diambil kira dan insya-Allah Jawatankuasa Dewan akan diperbincangkan dan akan dimaklumkan dan

juga perkara ini kita akan mengikut peraturan Dewan akan dimaklumkan juga kepada Ahli-ahli Majlis.

Jadi berhubung dengan elaun-elaun ini saya syorkan Yang Berhormat melihat kertas statute yang lepas berhubung dengan kelayakan masing-masing, hotel, mesyuarat,

perumahan, kenderaan dan lain-lain lagi. Hadir ataupun tidak, maka Yang Berhormat yang harus melihatnya sebab perbincangan ini tanpa noktah sebab Dewan Rakyat kata mereka terpaksa menghadapi pilihan raya. Dewan Negara kata mereka juga menghadapi tanggungjawab yang berat sebab tanggungjawab ini kalau salah dibuat mereka juga bukan sahaja bertanggungjawab di dunia tetapi di akhirat kalau sekiranya mereka tidak menyatakan pendirian mereka. Jadi tanggungjawab berat. Semua pihak bertanggungjawab di dunia dan juga di akhirat dalam menjalankan amanah tersebut.

Jadi hadir ataupun tidak Yang Berhormat, saya tidak dapat menjawab dengan baiknya kerana saya ini cukup terbuka tentang perkara ini tapi daripada segi protokol seperti Yang Berhormat telah sebutkan iaitu sama ada Dewan Negara dahulu ataupun Dewan Rakyat dahulu saya hendak maklumkan bahawa memang daripada segi protokol, Dewan Negara dahulu. Lepas itu barulah Dewan Rakyat [Tepuk]

48 DN 15.12.2014

Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Rahim, Yang Berhormat Senator Dato' Boon Som, Yang Berhormat Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, kenal, kawan baik saya mencadangkan supaya satu Jawatankuasa ditubuhkan. Jadi jawatankuasa tadi saya telah sebutkan Yang Berhormat bahawa telah diperuntukkan dalam jawatankuasa peraturan Dewan ini iaitu Perkara 71(1), dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kalau boleh dibaca Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris itu cukup baik cuma terjemahan Bahasa Melayu itu menarik untuk saya mengulang bacaannya iaitu hendaklah dipertimbangkan kemudahan-kemudahan khidmat-khidmat dan nikmat-nikmat iaitu hendak dipertimbangkan perkara berkaitan dengan kesenangan, kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa. Jawatankuasa ini cuma tidak boleh panggil orang lain untuk hadir mesyuarat mereka.

Tempoh perkhidmatan Ahli Dewan supaya dinaikkan daripada tiga tahun kepada lima tahun. Ini saya secara peribadi menyetujuinya 100 peratus dan pihak kerajaan juga melihat perkara ini ada kewajarannya tetapi malangnya juga kita terpaksa pinda Perlembagaan. Perlembagaan ini telah pun dibuat masa merdeka dahulu. Sekarang sudah merdeka begitu lama tetapi nampaknya tidak ada perubahan dari tempoh Dewan Negara ini. Pada pandangan kita sewajarnya berlaku perubahan. Dikaji semula tentang perkara ini tetapi kita sedia maklum bahawa Dewan Rakyat sekarang ini ada 134 Kerusi, kurang daripada 148 untuk mendapat 2/3. Jadi yang itu kena diambil kira sebab kadang-kadang kesungguhan kerajaan untuk membuat sesuatu kepada rakyat terganggu sedikit kerana kita tidak dapat pinda Perlembagaan kerana kedudukan kita ialah simple majority di Dewan Rakyat.

Jadi kalau apa-apa pun saya ingat kalau sekiranya kita dapat 2/3 jumlah majoriti dalam pilihan raya akan datang, inshaaAllah, dengan izin Allah sudah pasti benda ini akan dilihat oleh pihak kerajaan. Dia tidak kata hendak lulus, dilihat.

Yang Berhormat Senator Datuk Seri Nallakaruppan yang mengulanginya berkali-kali bersama dengan Yang Berhormat Dato' Muhammad Olian iaitu mencadangkan supaya cuti Deepavali ditambah kepada dua hari. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa sekarang ini kerajaan memberi pelepasan kepada Hari Deepavali satu hari sama seperti yang telah diberi kepada cuti Hari Raya Haji. Jadi satu hari. Jadi Yang Berhormat, pada masa sekarang kerajaan masih lagi memegang satu hari dan tidak bercadang untuk menaikkan kepada dua hari. Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada keadaan dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya minta cuti untuk Deepavali dua hari. Kasihanlah sama kita. Satu hari tidak cukup. Dua hari. Ini pun saya ingat Yang Berhormat Menteri sudah tulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau sudah tulis, bagilah sesalinan. Tolong tulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Dua hari dulu dari pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada seorang panggil seorang pegawai, nama dia Seelan. Saya ingat apa dia panggil saya keluar dari Dewan saya pergi telefon sama dia saya tanya apa hal. Saya ingat you cakap di dalam Dewan ada tulis surat untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Adakah tulis? Kalau saya tidak ada tulis, saya tidak ada bohong di sini. Dia macam ada dekat office Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

■1510

Apabila saya telefon dia lima kali, selepas itu saya telefon dia lima kali, sekali pun dia tidak jawab. Apabila dia telefon, kita mahu keluar kita mahu jawab. Saya cakap saya ada di Dewan Negara. Dia cakap saya mahu tahu ada tulis kah atau tidak? Saya sudah cakap saya sudah tulis. Dua minggu dahulu pun saya ada minta cuti dua hari untuk Hari Deepavali. Utusan Malaysia ada keluar, India nya paper ada keluar, semua ada keluar. Pasal apa dia telefon kacau kita? Dia ingat dia terus dari office Perdana Menteri kita takut? [Ketawa]

DN 15.12.2014 49

Tolonglah Menteri beritahu mereka, jangan buat macam ini. Tak usah main-main. Menteri semua baik tetapi pegawai-pegawai mereka macam mahu menakutkan kita. Tolong Yang Berhormat Menteri. Tolong hormat sedikit.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, cukup jawab Yang Berhormat.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Ya, saya tahu Yang Berhormat sebenarnya

saya sudah tulis, saya tulis. Apa sahaja yang diminta oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sini saya tulis dan saya hantar nota kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu walaupun di bawah 71(1) dan 71(2), jawatankuasa hanya menghantar sekali sahaja kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi saya dan kawan-kawan telah berusaha sehinggalah ia menjadi satu permohonan yang lengkap yang telah dihantar untuk dipertimbangkan. Jadi, apa sahaja yang ditimbulkan di Dewan ini telah sampai kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Malah kita ada pegawai kerajaan seramai lima orang di bahagian Kabinet itu yang menentukan sesiapa yang akan menjawab apa-apa soalan yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Jadi Yang Berhormat tentang Deepavali ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedia maklum, kami Menteri-menteri pun sedia maklum. Kami pun melihat Deepavali telah diberi satu hari cuti. Akan tetapi Allah maha berkuasa, setiap kali Deepavali kadang-kadang panjang. Cuti baru-baru ini lima hari cuti Deepavali walaupun sehari ia jatuh kadang-kadang jadi lima hari. Makna kata ada nasib baik. Seolah-olah macam Yang Berhormat sebagai orang yang suka bernombor ini macam bernasib baik. Cuti Deepavali walaupun sehari kadang-kadang jadi empat, lima hari sebab bersambung-sambung dengan cuti yang lain.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, perkara ini diambil ingatan oleh pihak kerajaan. Berkenaan surat-menyurat dan sebagainya sudah pasti kalau ada pegawai-pegawai yang cuba tidak melayan mana-mana Ahli Yang Berhormat maka Yang Berhormat boleh memaklumkan nama kepada saya. Saya tidak benarkan mana-mana pegawai cuba meninggi diri lebih daripada yang sewajarnya.

Saya tahu kadang-kadang ada orang kompelin pegawai kadang-kadang lebih berlagak daripada Menteri. Ada pegawai yang lebih berlagak daripada Timbalan Menteri dan ada pegawai dari Jabatan Perdana Menteri lebih berlagak daripada Perdana Menteri. Saya dengar cerita itu tetapi saya memerlukan makluman. Walaupun kadang-kadang saya sendiri mengalaminya tetapi saya tidak akan biarkan benda itu berterusan. Oleh sebab kalau saya biarkan berterusan bererti saya telah tidak amanah kepada Allah SWT untuk menegur amal makruf nahi mungkar.

Jadi, saya kadang-kadang pegawai terlebih-lebih sangat saya tegur bahawa dia di peringkat pangkat pegawai dan terus jadi pegawai yang baik. Menteri tidak lama, sekejap sahaja. Macam saya mungkin 20 tahun atau 55 tahun. [Ketawa] Orang lain dan sebagainya. Jadi pegawai boleh terus sampai pencen, bertahun-tahun.

Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon ingin tahu adakah SPR mempunyai langkah atau tindakan untuk mengelakkan atau menghentikan pilihan raya kecil yang sengaja diadakan bukan akibat kematian wakil rakyat. Berkenaan Parlimen semua Yang Berhormat puas hati ya? Oleh sebab sepatutnya yang itu saya jawab penghabisan tentang elaun. Akan tetapi saya jawab awal...

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Menteri minta laluan. Minta laluan

berhubung tentang elaun.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Ya, elaun minta tanya.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Yang Berhormat Menteri, tadi Yang

Berhormat Menteri memberi makluman berhubung dengan elaun Ahli Parlimen. Saya tidak dengar apa lagi jawapan mengenai peruntukan yang juga dibangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

50 DN 15.12.2014

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat, oleh sebab ia akan dibuat

bacaan kali yang kedua pada Parlimen akan datang dan bacaan kali ketiga jadi sekarang ini saya akan mengambil masa yang ada di antara sekarang sehingga bulan Mac nanti untuk buat engagement melalui Peraturan 71(1) dan juga 71(2).

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sudah jawab

tadi. Saya rasa Yang Berhormat, ada keluar kah tadi? Semasa Yang Berhormat Menteri jawab tadi Yang Berhormat ada tak?

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tidak ada. Jadi kita akan buat engagement...

Tuan Yang di-Pertua: Kalau hendak menjimatkan masa Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh rujuk kepada Hansard perkara yang sudah dijawab.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Dia hendak tanya jumlah. Jumlahnya ialah kita akan buat engagement nanti. Jadi tidak elok diberitahu jumlah tetapi tidak diluluskan. Jadi, cuma Yang Berhormat Senator tadi tanya adil atau tidak adil. Daripada segi jumlah wang yang diberi memang ada perbezaanlah iaitu di antara RM11,000 dengan RM7,000 memang ada perbezaan.

Daripada segi pencen ada perbezaan. Adil atau tidak adil, Yang Berhormatlah beri takrifan mengenainya dan adil atau tidak adil, sebenarnya Yang Berhormat kena tanya saya adil atau tidak adil. Sesetengah Dewan Undangan Negeri lebih daripada Parlimen, lebih daripada Dewan Negara. Akan tetapi Yang Berhormat tidak tanya, saya tidak payah jawablah. Terima kasih.

Sebenarnya adil atau tidak adil bukan dilihat sama Ahli Parlimen tetapi dilihat kenapa ada negeri yang tinggi dari negeri yang lain, kenapa ada negeri yang kurang, kenapa Dewan Undangan Negeri lebih tinggi daripada Parlimen yang tidak sepatutnya berlaku? Perkara ini akan dibincangkan dalam 71(1) dan 71(2) nanti. Sudah pasti Ahli-ahli Jawatankuasa dan Ahli Majlis mendapat makluman sebelum ia dibawa ke Kabinet semula.

Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon tadi berhubung dengan pilihan raya kecil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan kepada perkara 51 Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negeri boleh melepaskan keahliannya melalui surat yang ditandatanganinya sendiri yang ditujukan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ataupun Tuan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Implikasi terhadap perbuatan tersebut hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun bermula daripada tarikh pelepasan jawatannya berkuat kuasa sebagaimana yang termaktub dalam fasal 6, Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan, bagi Ahli Dewan Rakyat dan bagi Ahli Dewan Negeri hilang kelayakan tersebut mengikut peruntukan Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Pada masa ini tidak ada peruntukan undang-undang yang melarang seorang Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negeri meletak jawatan atas kemahuannya sendiri. SPR hanya menjalankan peruntukan undang-undang yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Akta-akta dan peraturan sedia ada dan juga akta-akta serta peraturan sedia ada yang masih berkuat kuasa.

Berkaitan dengan pertanyaan mengenai kos Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Kajang, adakah ia satu pembaziran? Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, perbelanjaan perjalanan pilihan raya bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, P44 pada tahun 2008 adalah berjumlah RM400,009. Manakala perbelanjaan dalam Pilihan Raya Kecil N25 Kajang Dewan Undangan Negeri pada tahun 2014 ialah sejumlah RM1,605,000. Berdasarkan kepada Perkara 54(1), Perlembagaan Persekutuan, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan luar jangka itu yang telah dipastikan kecuali jangka masa kekosongan tersebut adalah dalam masa dua tahun daripada tarikh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan terbubar secara sendirinya.

DN 15.12.2014 51

Namun sekiranya Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau Tuan Yang di-Pertua Dewan Negeri memaklumkan agar kekosongan tersebut diisi walaupun kekosongan berlaku dalam tempoh dua tahun tersebut, SPR bertanggungjawab melaksanakan urusan pilihan raya kecil mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Oleh itu isu pembaziran wang rakyat hak rakyat dan wakil rakyat untuk menilainya. Tugas SPR hanyalah menjalankan tanggungjawab untuk melaksanakan pilihan raya bagi memilih wakil yang telah dipilih oleh rakyat di satu bahagian pilihan raya.

Mengenai saranan Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman agar nama-nama yang terlibat dalam Laporan RCI PATI di Sabah dikeluarkan nama mereka dari Daftar Pemilih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat RCI telah dibentangkan oleh kerajaan telah menubuhkan dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Tetap Mengenai Pendatang Asing di Sabah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah. Jawatankuasa Kerja dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Lain-lain maklumat berhubung dengan RCI bolehlah dirujuk melalui Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah yang boleh dibeli dengan harga RM100 senaskhah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu dan Kementerian Dalam Negeri Putrajaya. SPR sentiasa melakukan pengemaskinian dan pembersihan Daftar Pemilih dengan mengemukakan senarai penuh pemilih pada Jabatan Pendaftaran Negara untuk semakan dan pengesahan. Dalam masa yang sama JPM juga mengemukakan senarai warganegara yang telah dilucutkan ataupun melepaskan hak kewarganegaraan dan senarai kematian kepada SPR bagi mengemas kini Daftar Pemilih.

Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan mengenai siapa sebenarnya yang memenangi pilihan raya yang lalu kerana pihak pembangkang sering kali menyatakan pihak mereka menang walaupun jumlah Kerusi kurang berbanding dengan Barisan Nasional.

■1520

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dengan kata lain, sistem demokrasi yang kita amalkan semenjak merdeka 50 tahun yang lalu sistem demokrasi yang dilaksanakan mengikut kehendak rakyat terbanyak, dengan izin, the majority. Melalui keputusan suara mereka yang diwakilkan atau wakil rakyat dalam Parlimen yang telah dipilih menerusi satu sistem pilihan raya yang juga telah diasaskan semenjak merdeka yang berteraskan kepada tiga prinsip utama seperti berikut:

(i) berasaskan kepada sistem, dengan izin, first past the post (FPTP) atau majoriti mudah. Ini bermakna mana-mana calon yang mempunyai majoriti yang terbanyak akan diisytiharkan sebagai calon yang menang walaupun dia menang hanya mendapat kelebihan satu undi mengatasi calon yang lawannya;

(ii) berasaskan yang keduanya kepada pemilihan seorang perwakilan bagi setiap bahagian pilihan raya, dengan izin, single Member territorial representation. Sama ada bagi bahagian

Pilihan Raya Parlimen atau bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri; dan

(iii) berdasarkan kepada sistem penyertaan pelbagai parti politik dan pihak-pihak yang layak bertanding dengan suatu pilihan raya, dengan izin, multiparty electoral system.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Barisan Nasional telah memenangi PRU dan telah mendapat 133 Kerusi Dewan Rakyat, berbanding 89 Kerusi yang diperoleh oleh gabungan parti PAS, PKR dan DAP.

52 DN 15.12.2014

Dengan itu diisytiharkan bahawa Barisan Nasional sampai pilihan raya akan datang adalah yang menang dalam pilihan raya yang lepas dan mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikannya sampai hari kiamat.

Kebaikan sistem first past the post ataupun majoriti mudah. Sistem ini baik kenapa? Pertama, sistem first past the post ini menyediakan pilihan mudah dan jelas bagi pengundi untuk memilih pihak parti. Parti ataupun gabungan parti yang mendapat jumlah kerusi terbanyak akan menubuhkan kerajaan.

Keduanya, sistem FPTP dapat melahirkan sebuah kerajaan yang kukuh.

Ketiga, sistem FPTP boleh meminggirkan parti-parti kecil yang tidak mendapat sokongan menyeluruh oleh sebab fokus mereka kepada suatu bahagian pilihan raya atau kawasan tertentu.

Keempat, sistem FPTP memberi peluang kepada calon yang bebas, yang popular, bertanding dalam suatu pilihan raya dan peluang untuk dipilih sebagai wakil rakyat.

Berikutnya, sistem FPTP mewujudkan suatu hubungan rapat di antara pengundi dan wakil mereka dalam setiap kawasan. Hubungan ini biasanya berasaskan kepada aspek accountability dan ia amat penting kepada masyarakat selaku pengundi di kawasan yang terlibat.

Pengundi sebagai hakim mempunyai peluang membuat penilaian terhadap prestasi wakil-wakil yang dipilih dalam konteks perkhidmatan mereka kepada pengundi dan prestasi sebagai wakil rakyat. Sistem FPTP mudah difahami dan boleh digunakan di mana-mana jua peringkat proses pilihan raya. Proses pengundian dan pengiraan undi dalam sistem FPTP amat mudah dan mengeluarkan keputusan pilihan raya dengan cepat pada malam hari mengundi juga. Ini memudahkan pembentukan kerajaan.

Jadi, yang mereka sebut ialah bahawa mereka mendapat undi popular. Sistem sekarang ialah sistem majoriti mudah. Fasal apa dia hendak ubah ikut kehendak dia. Sat lagi kalau kita popular, dia dapat mudah, dia kata yang itu pula, tidak boleh. Pilihan raya di negara ini, Yang Berhormat-Yang Berhormat pembangkang, ia berdasarkan sistem majoriti mudah, tidak boleh diubah. Kalau hendak ubah, kita ubah perlembagaan, kita kena ubah, baru kita boleh ubah. Kalau tidak, kita ubah ikut selera, kita tidak boleh. Kalau kita hendak makan goreng pisang, makanlah goreng pisang, jangan paksa orang lain makan goreng pisang [Ketawa]

Jadi, Yang Berhormat tidak tanya, jadi saya pun tidak payah sebut tentang yang lain-lain iaitu tentang sistem majoriti mudah. Tidak boleh lagi di mana-mana dan Yang Berhormat sendiri boleh terangkan. Saya harap Yang Berhormat pembangkang beramanahlah sebab kalau tidak Allah akan tanya di akhirat nanti bahawa sebenarnya yang

menang pilihan raya ialah Barisan Nasional iaitu dengan 133 Kerusi.

Sekarang ini kita tambah satu, itu bukan pilihan raya umum, pilihan raya kecil iaitu kita telah mengalahkan Cik Dayana ini di Teluk Intan. Jadi, kami sekarang 134...

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: [Bangun]

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: You want to ask something?

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. I

ingat daripada segi bilangan kerusi 133 dengan 89 itu sudah jadi satu kenyataan, tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Kita terima sistem first past the post atau yang kita panggil Westminister system, simple majority dan sebagainya. Clear, itu satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan. Akan tetapi pada waktu yang sama kita bukan cakap dari Parti Pakatan Rakyat, kita bukan cakap kita menang daripada segi bilangan kerusi. Cuma daripada segi popular vote. Apakah yang kita sebut ialah dari segi popular vote. Sebanyak 47.4 peratus popular vote hanya diperolehi oleh Parti Barisan Nasional. Itu cuma kita cakap. Bukan cakap daripada segi majoriti. Memang berhak daripada sistem yang ada sekarang, Barisan Nasional berhak untuk tubuhkan kerajaan. Tidak dinafikan.

DN 15.12.2014 53

Akan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh dinafikan jumlah peratus, daripada segi peratus ialah 47.4 peratus. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat, angka itu tidak tepat ya. Ini sebab PKR, PAS dan juga DAP bukan sebuah parti, mereka berbagai-bagai parti... [Tepuk] PAS 21 Kerusi, jadi dia tidak boleh pi campur-campur, jadi kami. Kalau ya, pi daftar kemudian bertanding di atas sebuah parti, biar orang PAS bawa DAP di kampung, lihat dia boleh dapat tidak 21 Kerusi. Saya percaya keputusannya akan berlainan. Jadi, sekarang ini yang menang pilihan raya ialah Barisan Nasional 133 Kerusi dan 89 itu bukan dipunyai oleh pembangkang. Dipunyai oleh pelbagai parti pembangkang. Kita tidak tahu kadang-kadang mungkin ada daripada pembangkang yang mungkin akan menyertai Barisan Nasional ataupun menyokong Barisan Nasional dan beberapa undang-undang yang akan dibuat masa akan datang. Ini menunjukkan bahawa pembangkang tidak boleh cakap, kata mereka ini wakil pembangkang.

Yang Berhormat tahu bahawa kita hendak tunjukkan bahawa bukti bahawa pembangkang ini bukan bersatu dalam beberapa krisis yang berlaku. Krisis di Selangor kita lihat PKR berbeza dengan PAS dan juga di tempat-tempat lain kita lihat DAP berbeza dengan PAS. Jadi, mereka tidak bercakap dan mereka juga macam tidak mengiktiraf siapa ketua. Mereka menganggap bahawa parti mereka, orang parti merekalah ketua. Jadi, bermakna Yang Berhormat, PAS dengan PKR ada sebelah menyebelah itu, nampak sahaja berseia- sekata tetapi saya percaya daripada segi politik Yang Berhormat...

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua, itu persepsi Yang

Berhormat Menteri.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya ya.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamudz: Terpulanglah, ini dalam Dewan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Berhentilah setakat itu, pergi point lain.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya, persepsi tetapi smart. Saya orang yang

paling kuat berkawan dengan kawan-kawan daripada PAS dan juga DAP serta PKR. Saya rasa engagement saya dengan mereka boleh kata lebih kerap dengan pengundi saya sendiri. Saya boleh kata buat engagement tiap-tiap minggu, saya mengetahui bahawa

mereka mengenal Shahidan dan Shahidan mengenal mereka. Jadi, daripada segi parti politik cuma teragak-agak terpaksa tetapi kalau mengikut sebenarnya, mereka tidak akan buat, dia tidak akan sokong pun. Tidak akan mereka hendak sokong suruh hendak pukul orang-orang sendiri, tidak betul itu, tidak mungkin. Tidak mungkin PAS hendak suruh mempertikaikan hak bumiputera dan sebagainya, termasuk Yang Berhormat sendiri. Ini sebab Yang Berhormat mungkin mulut pertikai tetapi ambil juga, mungkin adik-beradik Yang Berhormat ambil.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, pergi point lain Yang Berhormat.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Cukup, point baru pula. Yang Berhormat

Senator Datuk Chin Su Phin membangkitkan. Saya pernah ada seorang Ketua Pembangkang dulu, dia Ketua Pembangkang Parti tetapi anaknya ambil biasiswa kerajaan untuk pergi belajar ke Timur Tengah, dia telah meninggal dunia Yang Berhormat ya, hendak bagi tahu. Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin membangkitkan mengenai butiran terperinci dan kos yang terlibat dalam penempatan semula Kampung Air di Sabah.

Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan bancian yang diadakan pada 29 Julai sehingga 1 Ogos 2013 di Mukim Shimono, Semporna, ESSCOM telah mengenal pasti 1,371 buah rumah perlu dibina bagi penempatan penduduk. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 832 projek perumahan rakyat (PPR) telah dibina di kawasan Jalan Kubur Lama, Semporna.

54 DN 15.12.2014

Manakala bagi Sandakan pula lima buah perkampungan telah dibanci pada 15 Februari hingga 17 Februari 2014. Hasil daripada bancian diadakan di Sandakan menunjukkan 2,089 unit rumah perlu dibina bagi penempatan baru penduduk Kampung Air yang terlibat. Sehubungan dengan itu kawasan penempatan baru seluas 60 ekar telah dikenal pasti oleh ESSCOM dan Majlis Perbandaran Sandakan. Daripada jumlah tersebut, 30 ekar daripadanya telah dibangunkan dengan 1,000 unit apartment PPR dan masih di

peringkat pembinaan. Secara keseluruhannya, kos perbelanjaan yang telah diguna oleh kerajaan bagi penempatan semula Kampung Air di dua buah daerah EZZONE ini ialah RM68, 786,000 yang merangkumi perbelanjaan operasi bancian, mereka bentuk, membina dan juga membina rumah pangsa.

Yang Berhormat, ini tentang ICU. Kita sudah hampir habis ya, mencadangkan supaya peruntukan Ahli Dewan Negara dinaikkan daripada kadar sekarang iaitu RM200 ribu kepada RM300 ribu atau satu kadar lain yang lebih sesuai.

■1530

Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini kerajaan berpendapat peruntukan Ahli Dewan Negara yang disediakan sebanyak RM200,000 adalah memadai. Ini pandangan kerajaan ya. Ini adalah kerana peruntukan ini merupakan pelengkap dan penambah terhadap peruntukan sedia ada di bawah Rancangan Malaysia Kelima, peruntukan kawasan Parlimen, PIA, PIAS dan peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, perkara ini telah dibawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan untuk dipertimbangkan. Saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menimbang perkara ini berdasarkan kepada kemampuan kewangan negara terkini. Terima kasih. Yang Berhormat Senator ini bagus, tidak cakap banyak.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed membangkitkan mengenai rasional penubuhan JPP. Beliau mendakwa JPP ditubuhkan untuk political mileage dan membazirkan duit rakyat kerana terdapat peranan JPP yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Saya kena jawab ini Yang Berhormat walaupun tuduhan ini agak laser sedikit, dengan izin. Kita akan jawab.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPP atau Jabatan Pembangunan Persekutuan merupakan cawangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri cawangan peringkat negeri sama seperti yang terdapat di negeri-negeri yang lain. Fungsi pejabat ICU JPM cawangan negeri ialah bertanggungjawab untuk menyelaras, memantau dan menilai projek-projek dan program pembangunan Persekutuan terutamanya projek-projek di bawah rancangan lima tahun.

Selain daripada itu, pejabat ICU JPM di peringkat negeri juga bertanggungjawab melaksanakan projek-projek kecil Persekutuan. Melalui perwujudan agensi Persekutuan di peringkat negeri, pemantauan projek kawasan Persekutuan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan secara terdekat dan ia merupakan yang terbaik kerana sekarang ini banyak juga negeri-negeri yang tiada ICU JPM ini minta supaya ICU JPM diwujudkan di negeri masing-masing kerana pelaksanaan di peringkat daerah mungkin ada sedikit kelambatan yang tidak terhingga.

Jadi sepatutnya Kerajaan Kelantan ini patut ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana walaupun negeri ini kalah tetapi mendapat peruntukan kadang-kadang lebih banyak daripada negeri yang menang.

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul membangkitkan mengenai peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM35 juta di bawah NKRA khusus untuk menangani tuntutan hak tanah adat mengikut adat anak negeri di Sabah. Beliau menyarankan agar Kerajaan Persekutuan supaya menambah peruntukan sejumlah RM200 juta untuk memastikan isu geran tanah ini selesai dalam tempoh sepuluh tahun.

DN 15.12.2014 55

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2014 telah menyediakan peruntukan sejumlah RM35.7 juta bagi membiayai kerja-kerja pengukuran tanah adat NCR Sabah. Dengan mengambil kira peruntukan yang sedia ada pada tahun 2015 yang berjumlah RM30 juta, menjadikan keseluruhan jumlah yang disediakan sehingga kini untuk pelaksanaan pengukuran NCR Sabah adalah berjumlah RM65.7 juta. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan yang sewajarnya bagi pelaksanaan program ini. Namun demikian, pertimbangan ke atas jumlah peruntukan yang akan disediakan adalah perlu diselaraskan dengan kedudukan kewangan negara serta prestasi pelaksanaan sebenar program tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Dato’ Adam bin Abdul Hamid, Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani, Yang Berhormat Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah secara bersama memandangkan ia berkaitan antara satu sama lain iaitu mengenai PR1MA.

Yang Berhormat Dato’ Adam ingin mengetahui berhubung dengan perumahan PR1MA yang rata-ratanya bernilai RM500,000 ke atas. Yang Berhormat juga membangkitkan projek perumahan PR1MA yang masih lagi tidak jalan walaupun telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, PR1MA telah ditubuhkan khusus untuk meringankan beban yang ditanggung oleh golongan yang berpendapatan sederhana. Kerajaan peka dengan dilema yang dihadapi oleh golongan sederhana di bandar dan pinggiran bandar akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Jadi PR1MA telah mengenal pasti kumpulan tersebut dan pemilikan rumah terdiri daripada golongan yang berpendapatan sederhana iaitu di antara RM2,500 hingga RM10,000. Golongan sasaran bagi rumah PR1MA termasuklah golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas. Golongan ini dikenal pasti sebagai layak untuk mendapat perumahan PR1MA.

Untuk makluman Yang Berhormat, harga rumah yang ditawarkan di dalam PR1MA adalah antara RM100,000 hingga RM400,000, bukan RM500,000. Ia tertakluk kepada lokasi dan jenis spesifikasi rumah berkenaan. Dengan erti kata lain, harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah berbanding dengan harga pasaran rumah yang mempunyai spesifikasi yang sama di kawasan persekitaran projek perumahan PR1MA tersebut.

Bagi membantu kemampuan golongan ini untuk memiliki rumah, PR1MA telah mengambil inisiatif dengan menyediakan kemudahan supaya keupayaan golongan tersebut meningkat. Skim sewa beli atau rent to own merupakan satu inisiatif bagi membantu golongan yang mampu memiliki sebuah rumah namun tidak berjaya mendapat pinjaman.

Jadi Yang Berhormat, kalau sekiranya orang yang mempunyai pendapatan RM2,500 sehingga RM10,000 membuat permohonan di bank dan dia didapati tidak layak, dia tidak perlu risau dan gundah-gulana, kita akan uruskan RTO iaitu rent to own. Dalam rent to own ini, sama seperti yang telah ditentukan kepada bank supaya bank memberi

pinjaman 110 peratus di mana 10 peratus ini ialah urusan-urusan pembiayaan yang dia perlu keluarkan. Sekarang ini dia tidak perlukan lagi. Rent to own juga dibuat sedemikian rupa tanpa mengeluarkan apa-apa peruntukan, dia diberi pinjaman 110 peratus tetapi RTO dia membayar sewa.

Selepas sepuluh tahun ataupun tempoh tertentu dia membuat pinjaman, dia akan memiliki rumah tersebut dengan harga yang telah ditetapkan masa kini. Contohnya sekarang tahun 2014, pada tahun 2024, katalah rumahnya dia dah minta tukar milik, rumah itu, dia akan buat pinjaman dan dia buat pinjaman walaupun nilai rumah itu sudah bernilai RM1 juta, hanya berdasarkan rumah dia beli pada hari ini. Kalau rumah dia beli RM300,000, maka tahun 2024 harganya juga RM300,000.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Mohon mencelah.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Kalau macam you tidak layaklah sebab

pendapatan dah tinggi.

56 DN 15.12.2014

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini bukan untuk sayalah. Saya amat kagum dengan pelan untuk rent to own ini tetapi kalau Yang Berhormat boleh bagi sekarang angka, yang pertama sekali berapa yang telah pohon dan berapa yang telah berjaya? Kalau tidak dapat hari ini pun, saya minta jawapan secara bertulis. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: “Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus

tampaklah ia”. Saya akan jawab hari ini juga Yang Berhormat ya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini sebanyak 97,887 unit rumah PR1MA telah diluluskan oleh anggota perbadanan dan ditawarkan pada harga RM118,000 sehingga RM335,000 dengan mengambil kira pengurangan 20 peratus iaitu tidak melebihi had harga maksimum sebanyak RM400,000. Rundingan dan perbincangan dari semasa ke semasa untuk memastikan harga rumah tidak melebihi harga maksimum ditetapkan dengan mengambil kira kemampuan golongan berpendapatan sederhana.

Alhamdulillah, sehingga kini, sebanyak 11,868 unit telah memulakan pembinaan

iaitu di Wilayah Persekutuan sebanyak 2,074 unit; Putrajaya sebanyak 560 unit; Kedah sebanyak 3,067 unit - ada banyak ini; Johor sebanyak 1,960 unit; Negeri Sembilan sebanyak 3,196 unit; dan Perak sebanyak 1,011 unit. Selain daripada itu, sebanyak 40,000 unit rumah PR1MA akan memulakan pembinaannya dalam jangka masa yang terdekat. Ini angka ya.

PR1MA akan mengumumkan projeknya dari semasa ke semasa melalui media massa untuk menggalakkan pemilikan rumah di kalangan golongan sasaran. PR1MA dijangka akan melakukan road show bagi projek-projek perumahannya di seluruh Malaysia dalam tempoh suku tahun pertama 2015. Road show ini menjadi medium hebahan kepada masyarakat mengenai projek-projek PR1MA.

PR1MA juga sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dari semasa ke semasa berhubung dengan penyediaan rumah mampu milik untuk mengemaskinikan perkembangan pelaksanaan projek-projeknya. Malah, PR1MA juga bekerjasama erat dengan KPKT dalam urusan Majlis Perumahan Negara selaku urus setia bersama dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Yang Berhormat Senator Dato’ Goonasakaren A/L Raman mencadangkan supaya PR1MA mengkaji syarat umur 21 tahun dan berkahwin kerana syarat mesti berkahwin pada usia tersebut menimbulkan kesulitan kepada golongan muda yang berusia 30 tahun dan belum berkahwin.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PR1MA tidak pernah menetapkan untuk berkahwin dalam syarat kelayakan permohonan rumah PR1MA. Apa yang saya jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini ialah bila suaminya tidak cukup duit, mungkin RM2,000, jadi isterinya ada pendapatan RM1,000, saya kata combine kan pendapatan itu supaya jadi RM2,500. Jadi itu maksud saya ya.

■1540

Jadi kalau sekiranya ada soalan itu sebut bahawa mereka tidak cukup RM2,005, jadi tidak cukup RM2,005, dia boleh minta di bawah skim-skim yang lain yang dicadangkan oleh kerajaan. PR1MA untuk golongan berpendapatan sederhana dan tinggal di bandar-bandar, tetapi tidak layak dapat rumah. Contohnya macam kerani, mereka duduk di bandar, bekerja tetapi mereka tidak layak beli rumah, maka kita menyediakan kemudahan supaya mereka mampu duduk di pinggir bandar dan selepas itu mereka dapat membeli rumah. Rumah ini merupakan pelaburan jangka panjang bagi mereka yang berpendapatan rendah kerana rumah ini dijangka akan menjangkau angka RM1 juta, 10 tahun yang akan datang dan sudah pasti ia merupakan harta yang harus dimiliki oleh mereka. Akan tetapi kalau mereka jadi manusia ‘kelam pukang’, cuma hendak ambil untung dan menjual, mereka akan timbul masalah di masa akan datang.

DN 15.12.2014 57

Ini bermakna rumah PR1MA adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia termasuklah belia yang berumur 21 tahun ke atas. Oleh yang demikian, belia yang berpendapatan isi rumah bulanan sekitar RM2,005 sehingga RM10,000, memenuhi syarat-syarat, maka mereka adalah layak untuk memiliki rumah PR1MA. Bagi maksud julat pendapatan seperti yang telah disebutkan tadi, dikira secara isi rumah (household income), maka jumlah pendapatan seisi rumah bulanan bagi pemohon yang berstatus kahwin merangkumi pendapatan kedua-dua pihak.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan PR1MA menyambung projek perumahan PPRT dan memberi bantuan kepada PPRT dengan membina rumah di atas tanah PPRT. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PR1MA mengalu-alukan sebarang cadangan pembangunannya. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut memerlukan penelitian dan kajian terperinci. Kajian kesesuaian tersebut perlu mengambil kira faktor lokasi dan kualiti projek menepati sasaran PR1MA dan keperluan pemohon. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sebarang cadangan, ia boleh dimajukan kepada PR1MA untuk dipertimbangkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, PR1MA telah diberi mandat untuk membina 500,000 buah rumah dalam tempoh lima tahun, manakala PPRT pula adalah tertakluk pada jumlah bajet tahunan yang telah diluluskan. Permohonan kepada rumah PR1MA ini sudah melebihi setengah juta (500,000) dan angka ini mungkin sampai ke-satu juta pada tahun depan. Walaupun PR1MA hanya membina 500,000 unit, tetapi permohonannya pada masa sekarang sudah melebihi daripada tahap yang telah disebutkan. Walau bagaimanapun, kita akan lihat kelayakan mereka.

Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid Ahmad ingin bertanya bagaimana PR1MA memilih kontraktor. Yang Berhormat Tuan Mohd Khalid Ahmad juga ingin bertanya tentang anggaran kos untuk membina sebuah rumah PR1MA, adakah sama dengan negeri yang lain. Yang Berhormat juga ingin mengetahui reka bentuk rumah PR1MA, adakah sama atau berbeza mengikut negeri yang lain. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, PR1MA menawarkan rumah mampu milik yang berkualiti dan selesa di bandar dan pinggiran bandar di seluruh Malaysia.

Atas faktor ini, kos dan harga rumah PR1MA juga adalah berbeza antara satu sama lain mengikut lokasi tanah, kesesuaian tapak dan kos pembinaan. PR1MA juga menawarkan pelbagai jenis kediaman, spesifikasi dan reka bentuk termasuklah pangsapuri studio khusus untuk golongan yang belum berkahwin dan baru memasuki alam pekerjaan. Pangsapuri jenis ini disediakan untuk mengisi masalah golongan muda yang tidak mampu memiliki rumah besar dan memberi peluang kepada golongan ini untuk mampu memiliki rumah di bandar. Oleh sebab itu, anggaran kos untuk turut berbeza dan bergantung kepada jenis dan spesifikasi rumah yang disediakan.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, PR1MA telah menggariskan beberapa kaedah pelaksanaan untuk pencapaian sasarannya. Kaedahnya adalah seperti berikut:

(i) PR1MA melaksanakan sendiri pembangunan rumahnya secara keseluruhan tanpa melibatkan pemaju swasta dalam pembangunan tersebut; dan

(ii) melalui kaedah ini, PR1MA menggunakan sumber tanah daripada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pembelian tanah daripada pemaju swasta. Walau bagaimanapun, disebabkan sumber tanah Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan PR1MA adalah terhad, maka PR1MA mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama dengan pemaju swasta. Sebelum kerjasama dengan pihak swasta dimeterai, PR1MA mengambil kira dan mempertimbangkan pelbagai faktor seperti kos, spesifikasi, kualiti, lokasi, harga dan sebagainya. Selain daripada itu, projek tersebut mestilah memenuhi objektif dan sasaran PR1MA.

58 DN 15.12.2014

Jadi, pemilihan kontraktor mengamalkan prinsip ketelusan dalam setiap urusannya. Semua vendor yang menepati syarat dan berminat untuk menjalinkan kerjasama ini dikehendaki untuk berdaftar di bawah program pendaftaran vendor secara atas talian online melalui laman web PR1MA, www.pr1ma.my.

Parlimen. Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon membangkitkan mengenai beberapa isu…

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Yang Berhormat Menteri, di Perlis beberapa

buah yang telah dibina?

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Saya minta notis. Walau bagaimanapun Yang

Berhormat, semasa saya berucap ini sudah pasti notis itu akan datang, sebab saya telah jawab di Dewan Rakyat tentang jumlah rumah yang akan dibina di Perlis. Jadi sekejap lagi pegawai akan hantar, kalau tidak saya akan bagi selepas mesyuarat ini.

Tentang Parlimen, Yang Berhormat Tuan Chong Sin Woon, membangkitkan mengenai beberapa isu untuk memperkasakan Parlimen dan Ahli Parlimen. Yang Berhormat mencadangkan peruntukan Ahli Parlimen ditambah memandangkan Parlimen sebagai asas kepada pentadbiran kerajaan, perlu memainkan peranan yang penting. Parlimen Malaysia telah mengemukakan permohonan cadangan anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2015 sebanyak RM96,356,175 dan diluluskan peruntukan sebanyak RM89,132,000 pada pembentangan Bajet 2015 yang lepas. Perbelanjaan yang tidak mencukupi akan ditampung melalui peruntukan tambahan yang akan dipohon kepada Perbendaharaan Malaysia.

Seterusnya Yang Berhormat mencadangkan Parlimen mencontohi Parlimen Australia dalam sesi soalan lisan, di mana Yang Berhormat Menteri menjawab diberi masa tiga minit dan soalan tambahan satu minit supaya sesi soalan lisan dapat dimanfaatkan.

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat Menteri…

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan

peraturan mesyuarat sedang di dalam tindakan…

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat Menteri minta laluan.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: …Dan yang melibatkan beberapa perkara yang

penting. Sehubungan dengan itu, cadangan ini juga akan dibawa ke Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat untuk pertimbangan. Saya bersetuju dan saya berjanji saya akan jawab tidak sampai tiga minit.

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat Menteri minta laluan? Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ada sebut juga dalam soal Parlimen ini melihat kebajikan kakitangan Parlimen. Ini kerana mereka ini kebanyakan closed service, jadi kalau tidak ada perhatian terhadap kebajikan mereka, saya pun bersimpati juga dengan kakitangan Parlimen. Dengan itu, belum ada jawapan lagi Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Seperti yang saya sebutkan bahawa tidak lari

gunung dikejar. Sekejap lagi saya akan sampai giliran tentang Parlimen. Sebelum itu, saya hendak maklum bahawa bilangan rumah PR1MA sehingga Oktober 2014 di Perlis- 1,940 unit.

Yang Berhormat juga mencadangkan segelas air minuman diberikan kepada setiap Ahli Parlimen, mengambil contoh Parlimen Australia. Bekalan air ini boleh diletakkan di belakang untuk membolehkan Ahli Parlimen mengambilnya.

DN 15.12.2014 59

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Parlimen Malaysia mengambil maklum akan perkara ini dan kemudahan bekalan air minuman disediakan selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 40 iaitu adab Ahli-ahli yang tidak bercakap. Jadi Yang Berhormat, tidak masalah. Cuma kadang-kadang di Dewan Rakyat itu, kadang-kadang ada sedikit adab tidak diikuti dengan baik. Oleh sebab kalau kita bangun, orang yang sedang menjawab hendaklah duduk, selepas itu orang itu bercakap. Akan tetapi kadang-kadang ada di sana yang mereka bangun bercakap terus seperti kereta api tidak ada brek.

Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon dan Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin Samad mencadangkan setiap Ahli Parlimen diperuntukkan seorang penyelidik untuk membantu Ahli Parlimen menyelidik isu-isu untuk dibahaskan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Parlimen Malaysia telah memperuntukkan sebanyak 15 jawatan pegawai penyelidik yang terdiri daripada empat seksyen iaitu ekonomi, sosial, sains, tenaga dan teknologi dan juga seksyen antarabangsa dan keselamatan. Pegawai-pegawai penyelidik Parlimen Malaysia sentiasa bersedia untuk membantu Ahli Yang Berhormat dalam kajian berhubung dengan isu-isu yang ingin diketengahkan di Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin menyarankan perkara berkaitan pentadbiran seperti berikut. Mencadangkan supaya usaha perlu dijalankan untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa Dewan Negara adalah lebih tinggi daripada Dewan Rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, susulan keutamaan Dewan Negara dan Dewan Rakyat telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, di mana Dewan Negara disebut terlebih dahulu sebelum Dewan Rakyat seperti di Fasal 44 dan 45.

Yang Berhormat seterusnya mencadangkan papan tanda di luar Dewan perlu dipastikan Dewan Negara didahulukan sebelum Dewan Rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat, Parlimen mengambil maklum akan cadangan yang telah diberikan dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya harap pegawai-pegawai Parlimen ambil tindakan yang sewajarnya sebab Menteri Parlimen sudah setuju.

■1550

Yang Berhormat juga mencadangkan agar kakitangan Parlimen dikaji saraan mereka di bawah Ketua Pentadbir Parlimen. Semua kakitangan Parlimen adalah di bawah pelantikan Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada saraan perkhidmatan awam. Kakitangan Parlimen adalah layak menerima saraan dan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan seperti lain-lain penjawat awam. Itu adalah tidak ada masalah. Cuma sekarang ini ialah masalahnya daripada segi kenaikan pangkat. Benda ini sedang diperhatikan dan juga sedang diberi perhatian dengan sewajarnya oleh Menteri yang berkenaan.

Yang Berhormat, sebenarnya bertanya tentang skim gaji yang berlainan untuk pegawai yang menguruskan Dewan Negara...

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya, silakan.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Mohon penjelasan...

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Saya nak jadi orang yang beradab. Saya

nak tanya mengenai skim di Parlimen ini, bahawa didapati ada sebahagian daripada pegawai yang berada dalam skim tertutup atau closed service, skim perkhidmatan tertutup. Bagaimanakah kedudukan mereka ini?

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Yang seterusnya Yang Berhormat tentang

skim gaji yang berlainan untuk pegawai yang menguruskan Dewan Negara. Saya jawab yang ini dahulu, sekejap lagi saya jawab Yang Berhormat ya.

60 DN 15.12.2014

Pada masa ini, kerja-kerja sokongan seperti penyediaan Hansard, penterjemahan persidangan, Bentara Mesyuarat dan Bentara Parlimen dilaksanakan secara bersama antara kakitangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Manakala bagi urusan prosiding, Dewan Negara diperuntukkan sebanyak tiga orang pegawai dan Dewan Rakyat diperuntukkan sebanyak empat orang pegawai yang menjalankan tugas secara berasingan.

Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan mencadangkan Parlimen memberi keutamaan kepada kakitangan Parlimen yang masih tidak tetap jawatannya diserapkan kepada tetap memandangkan pelantikan kontrak adalah bagi tujuan dan tempoh tertentu, kerajaan tidak menetapkan komitmen pegawai akan dilantik atau diserap ke jawatan tetap.

Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, kerajaan membantu pegawai lantikan kontrak yang akan menghadiri sesi temu duga bagi tujuan pelantikan secara tetap seperti melalui Program Coaching dan juga Mentoring yang disediakan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan. Dalam masa yang sama, pegawai juga didedahkan dengan program latihan bagi meningkatkan lagi kompetensi dalam bidang pekerjaan. Program tersebut dan pendedahan berterusan melalui program latihan akan dapat membantu pegawai untuk membuat persediaan semasa melalui temu duga jawatan tetap. Demikian lah hal Parlimen.

Kemudian yang ketiga terakhir ialah PMO ya. Yang Berhormat Datuk Seri Nallakaruppan, beliau ingin menulis surat kepada Perdana Menteri mengenai permohonan menambah cuti telah pun dijawab dengan hebatnya sebentar tadi. Yang Berhormat Senator Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan terakhirnya yang cukup menarik dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua pun menyebut bahawa ucapannya cukup menarik dengan dihiasi bahasa-bahasa yang indah yang perlu dibukukan untuk menjadi bacaan kita bersama.

Yang Berhormat boleh melihat tip ucapan Yang Berhormat nanti dan itu sebagai kenangan untuk anak cucu dan juga negara. Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus menyatakan bahawa beliau menyatakan perlu usaha dilakukan untuk peremajaan kembali dasar-dasar negara. Melalui Dasar Transformasi Nasional, pelbagai inisiatif dan program secara holistik ataupun menyeluruh telah dirangka dan dilaksanakan bagi memastikan Malaysia mampu mencapai sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Sudah semestinya dalam rangka dan merancang dasar, inisiatif serta program-program tersebut kerajaan telah mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan inisiatif tersebut terus berlaku dengan jayanya. Justeru, segala perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan pada masa ini adalah bersesuaian dan tepat dengan tuntutan dan situasi semasa dalam memacu Malaysia dan rakyatnya ke arah negara lebih aman, makmur dan produktif.

Yang Berhormat Senator Tuan Koh Chin Han mencadangkan agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melantik seorang Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan daripada bangsa Cina untuk memantau, menyelaras penglibatan kaum Cina dalam Program Transformasi Belia yang dilancarkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk melantik seorang Timbalan Menteri daripada bangsa Cina di Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui oleh Menteri Belia Yang Berhormat Khairy Jamaluddin dan timbalannya Yang Berhormat Datuk Saravanan akan memastikan Program Transformasi Belia yang dirancang mengambil kira penglibatan anak-anak muda dari pelbagai kaum dan latar belakang.

MKN - Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat ingin mengetahui tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap kapal perang yang menceroboh perairan Malaysia berdekatan dengan Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri merupakan jabatan yang bertanggungjawab menyelaras isu-isu keselamatan dan kedaulatan negara di Laut China Selatan.

DN 15.12.2014 61

Berhubung dengan isu kapal perang yang menceroboh perairan Malaysia berdekatan Sarawak, perkara ini adalah dalam perhatian MKN.

Kebanyakan insiden pencerobohan kapal perang yang menceroboh perairan Malaysia berdekatan Sarawak melibatkan aset-aset kapal perang Republik Rakyat China (RRC). Perkara ini antara lain adalah disebabkan oleh isu tuntutan bertindih maritim yang compacts di Laut China Selatan yang melibatkan beberapa buah negara yang menuntut

iaitu Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam, Republik Rakyat China dan juga Taiwan.

Berdasarkan perundangan maritim antarabangsa, sebuah negara mempunyai hak kedaulatan penuh bagi perairan laut wilayah iaitu bermula daripada tikas air surut (low watermark) pesisiran pantai sehingga ke-12 batu nautika dan hak kedaulatan sovereign right bagi Zon Ekonomik Eksklusif (ZEE) iaitu 12 hingga 200 batu nautika. Mana-mana kapal dagang boleh melalui perairan ZEE sesebuah negara melalui prinsip laluan transit passage tertakluk kepada pelayaran tersebut dilakukan secara expeditious dan juga continues.

Berhubung dengan isu tuntutan bertindih maritim di Laut China Selatan, pihak RRC menunjukkan hak tuntutan maritimnya berdasarkan nine-dash line iaitu tuntutan yang dibuat berdasarkan faktor sejarah. Walau bagaimanapun, tuntutan nine-dash line ini tidak diiktiraf oleh Malaysia mahupun mana-mana negara dunia. Isu tuntutan bertindih maritim di Laut Cina Selatan ini sedang cuba diselesaikan oleh negara-negara yang menuntut iaitu negara ASEAN dengan pihak China melalui kaedah rundingan di peringkat diplomatik.

Mengenai isu pencerobohan kapal perang asing terutamanya pihak China di kawasan perairan negara telah dibawa ke perhatian pasukan keselamatan khususnya Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia. Satu operasi khas bersepadu telah dilaksanakan bagi meningkatkan kawalan dan pemantauan di Laut China Selatan khususnya di perairan Sarawak.

Kementerian Luar Negeri mengadakan perbincangan dan perundingan dengan pihak Kedutaan China bagi penjelasan isu-isu tersebut seperti kehadiran kapal-kapal perang China dalam perairan negara khususnya di Sarawak. Sehingga kini insiden pencerobohan dalam perairan negara telah dapat ditangani dengan baik tanpa menimbulkan sebarang insiden yang tidak diingini. Semua kapal yang didapati menceroboh akan direkodkan dan disusuli dengan bantahan kepada diplomatik oleh kerajaan.

Pada masa yang sama, kerajaan bertegas dan memastikan bahawa setiap kapal nelayan asing yang menceroboh kawasan perairan negara akan ditahan dan akan diambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan sewajarnya.

Ini APMM. Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader menyatakan bahawa seperti mana kerajaan mengawal perairan Sabah melalui ESSCOM, kerajaan juga harus mengawal perairan Semenanjung Malaysia. Ini adalah kerana bukan mudah untuk pendatang asing tanpa izin memasuki negara melalui jalan udara dan pintu sempadan negara kerana kawalan ketat agensi penguat kuasa kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia kini menjadi tumpuan kepada pendatang asing tanpa izin untuk memasuki negara bagi mencari peluang pekerjaan dan kehidupan.

■1600

Namun kemasukan mereka ini salah di sisi undang-undang kerana tidak mempunyai dokumen diri yang sah dan lengkap. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memandang serius mengenai perkara ini. Bagi untuk mengelakkan daripada kebanjiran PATI meningkat, maka rondaan ditingkatkan dengan rondaan dengan mengoperasi tujuh sehingga 15 vessel setiap hari di setiap wilayah Maritim iaitu di utara, selatan, timur Sabah

dan juga Sarawak. Rondaan tersebut melibatkan 5,884 kilometer persisiran pantai Malaysia merangkumi 2,376 kilometer pantai Semenanjung, 2,342 buah pantai Sabah dan 1,164 kilometer pantai Sarawak. Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan ketat terutama musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha juga dipertingkatkan bagi mengelakkan pergerakan keluar dan masuk PATI secara tidak sah.

62 DN 15.12.2014

Bot-bot PATI yang keluar masuk ke perairan negara turut diperiksa dan ditahan di atas kesalahan memasuki perairan secara tidak sah. APMM juga terlibat dalam memberi bantuan kemanusiaan kepada bot PATI yang mengalami kecelakaan di laut.

Pada tahun 2014 sahaja, terdapat empat kes bot karam yang menyebabkan seramai 154 orang penumpang selamat, 32 mati dan 32 lagi hilang. Kejadian tersebut berlaku di Kuala Langat, Tanjung Sepat, Tanjung Piai, Tanjung Ketapang, Muar yang melibatkan satu tongkang dan tiga buah bot pelancong.

Jumlah tangkapan PATI dari tahun 2006 sehingga tahun 2014 berjumlah 5,414 orang yang terdiri daripada PATI warga Indonesia, Filipina, Myanmar, Afghanistan, Thailand, Pakistan, Vietnam, China, Kemboja, India dan Nigeria. APMM juga menggunakan 14 buah radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) bagi memantau aktiviti yang mencurigakan sepanjang masa, siang dan malam. Keupayaan SWASLA telah dinaik taraf dengan pemasangan kamera bagi mempertingkatkan keberkesanan pengesanan suspek yang mencurigakan di perairan negara dan bagi tindakan susulan aset APMM.

Pengawasan dan pemantauan dan juga aset operasi udara APMM yang berpangkalan di stesen udara Subang juga dilaksanakan bagi mengesan bot-bot haram yang keluar masuk Malaysia tanpa dokumen yang sah. Walau bagaimanapun APMM menghadapi kekangan kekurangan juruterbang untuk mengawasi pesawat-pesawat ini. Pada masa ini APMM mendapat bantuan daripada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia untuk mengendalikan pengawasan udara zon Maritim Malaysia.

Pengawasan dan operasi penguat kuasa Maritim tertumpu kepada kawasan titik panas seperti Batu Pahat, Tanjung Pengelih, Pengerang, Sungai Rengik, Mersing, Tanjung Gemok, Johor-Pahang, Port Dickson, Klang dan juga Tawau di Sabah. Rakyat dan kerajaan perlu bekerjasama untuk membanteras PATI kerana mereka boleh mengancam keselamatan negara. Antara program yang telah dilaksanakan, termasuklah bekerjasama dengan rakyat melalui program Rukun Tetangga, Sahabat Maritim dan lain-lain lagi.

APMM komited dalam usaha mencegah dan membanteras pesalah PATI ini melalui operasi penguat kuasa dan juga perundangan. APMM juga sentiasa bekerjasama dengan komuniti Maritim, rakyat tempatan, agensi penguat kuasa jabatan imigresen, polis, tentera laut dalam menangani masalah PATI.

PERMATA. Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam mencadangkan supaya program PERMATA dapat ditambah dan dibuka di banyak tempat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program PERMATA Negara ditubuhkan menawarkan satu alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah di luar bandar. Program PERMATA Negara yang dilaksanakan oleh Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri melalui taska yang dikenali sebagai Pusat Anak PERMATA Negara.

Pelan perancangan perluasan program PERMATA telah menyasarkan penubuhan sebuah pusat PERMATA Negara di setiap kawasan Parlimen. Selain itu, agensi kerajaan seperti KEMAS, Perpaduan turut melaksanakan program PERMATA melalui Taska PERMATA KEMAS dan Taska PERMATA Perpaduan. Di samping itu, perluasan program PERMATA dijalankan dengan kerjasama pentadbiran kerajaan negeri seperti Terengganu, melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

PERMATA telah mengenal pasti 15 buah kawasan Parlimen yang masih tidak mempunyai sebarang taska, di laporan PERMATA Negara, sama ada PERMATA, KEMAS dan Perpaduan. Bagi 15 buah kawasan ini bahagian PERMATA telah mendapat kelulusan sama ada untuk menyewa premis swasta, pembinaan dan pengubahsuaian bangunan sekolah sedia ada untuk dibangunkan sebagai Pusat Anak PERMATA Negara dalam kawasan sekolah dan pembangunan bersepadu dalam kawasan PR1MA. Mengenai kawasan-kawasan yang tidak mempunyai PERMATA ialah Padang Serai, Bagan, Bukit Bendang, Jelutong, Bayan Lepas, Kluang, Sembrong, Kota Tinggi, Tebrau, Tanjung Piai, Kepong, Wangsa Maju, Lanang, Selangau dan juga Ulu Rajang.

DN 15.12.2014 63

Tuan Yang di-Pertua… Ya, ada soalan?

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Bismillahi Rahmani Rahim. Yang

Berhormat Menteri, apakah peranan ataupun jawatan Datin Seri Rosmah Mansor di dalam PERMATA?

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Macam duduk Dewan Rakyat ini.

Jawatankuasa PERMATA Negara ia dilaksanakan oleh Majlis Program PERMATA yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Menteri-menteri yang terlibat ialah Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan.

Agensi pelaksana ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Timbalan KSU Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Setiausaha Pendidikan, Ketua Setiausaha Pelancongan, Ketua Setiausaha Pembangunan Wanita dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Individu profesional yang termasuk dalam majlis ini ialah:

(i) Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan PERMATA;

(ii) Pegawai Khas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod;

(iii) Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin - Program PERMATA Insan;

(iv) Dr Sharifah Habsah Shaharuddin - Perunding Kanan-JPM;

(v) Datuk Prof. Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayub - Universiti Pendidikan Sultan Idris; dan

(vi) Dr Mohd Ghani Ibrahim - Program Remaja Perkasa, dan juga lain-lain lagi.

Jadi, siapa Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah seperti yang telah disebutkan dan kata-kata fitnah, mengumpat, yang dibuat oleh sesetengah pihak itu fitnah dan mengumpat? Kalau tanya saya, jawapan saya bukan sebagai Menteri saya kata Allah telah menyediakan syurga dan neraka, jadi orang yang memilih neraka boleh meneruskan kerja-kerja fitnahnya. Adalah tidak betul dan tidak tepat bagi orang yang telah memberi idea tercetusnya PERMATA dituduh sedemikian rupa.

Saya hendak beritahu Yang Berhormat sebagai tambahan sebab kegeraman telah berlaku dalam diri saya sekarang, bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM711 juta yang dituduh diberi kepada PERMATA. Ini adalah pembohongan mutlak yang dibuat oleh semua pihak. Saya hendak beritahu sekarang ini, dengar elok-elok. Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat daripada duit RM711 juta itu RM474 juta. Jabatan KEMAS RM130 juta. Tadi Jabatan Pendidikan melibatkan 8,664 buah kelas PERMATA Pra Sekolah. Bagi KEMAS, sebanyak RM130 juta melibatkan 8,883 buah kelas tadika, Yayasan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan) RM37 juta yang melibatkan 1,693 buah kelas tadika.

Kemudian, PERMATA sendiri hanya diperuntukkan RM70 juta iaitu untuk 89 buah Program Anak PERMATA, lima buah Program PERMATA dan tiga buah Pusat Komuniti Perkasa. Jadi, daripada RM711 juta itu hanya RM70 juta yang PERMATA sendiri laksanakan. PERMATA telah laksanakan seperti yang telah disebutkan di Dewan Rakyat baru-baru ini iaitu meliputi program kosong sampai satu tahun, dan juga program dua tahun hingga empat tahun.

64 DN 15.12.2014

Sekarang ini, dahulu kita beri program ini hanya di bawah empat tahun, sekarang ini telah kita masuk lebih awal lagi, kosong sampai satu tahun kerana permintaan kepada kosong hingga satu tahun ini cukup tinggi terutamanya bagi orang-orang yang baru berkahwin terutamanya guru-guru, dan juga anggota kerajaan juga swasta yang baru melahirkan anak, mereka tidak tahu di mana tempat yang paling selamat dalam dunia ini untuk meletakkan anak mereka, maka mereka melihat PERMATA sebagai tempatnya.

■1610

PERMATA telah membuat percubaan di Terengganu dan telah berjaya yakni daripada kosong sehingga satu tahun cuma masalah besar rasanya ialah sebab ini baby, anak yang terlampau kecil mesti dijaga oleh orang yang terlatih, maka program ini walaupun telah berjaya tetapi sudah pasti dibuat dengan perlahan-lahan dan berhati-hati supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Jadi PERMATA sebenarnya akan menggilap anak-anak ini supaya menjadi warganegara yang hebat di masa akan datang. Ini kerana mereka yang keluar daripada program PERMATA, dia punya tahap pemikiran setahun lebih ke hadapan dibandingkan dengan anak-anak yang lain. Jadi, program PERMATA pula memberi perhatian kepada mereka yang berpendapatan rendah, sudah pasti ia akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat keseluruhannya. Saya harap dengan jawapan ini, kita tahu bahawa manusia yang...

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, boleh bertanya

sedikit?

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Ya.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tadi Yang Berhormat kata banyak fitnah hal

PERMATA ini. Yang Berhormat pun ustaz juga. Boleh atau tidak terangkan apa hukum orang yang suka fitnah ini?

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Apakah Yang Berhormat katakan tadi?

Seorang Ahli: Hukum, hukum.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tabur fitnah?

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: ...Ya.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Okey... [Berucap dalam bahasa Arab] Jadi

Yang Berhormat, orang yang fitnah dosanya lebih besar daripada bunuh orang. Kalau IS bunuh orang tetapi orang yang fitnah, dalam Islam, fitnah itu lebih besar daripada bunuh orang. Orang yang mengumpat, dosanya tergantung amalan selagi dia tidak minta maaf kepada orang yang dia umpat. Orang yang fitnah ini benda bohong diadakan. Mengumpat ini benda betul.

Contohnya kita menuduh seseorang itu mengandung walaupun tidak berkahwin. Benda itu betul tetapi menceritakan perkataan itu dihukum mengumpat dan Allah SWT akan menggantung amalan kita selagi kita tidak minta maaf kepada orang yang kita kata tadi kerana kata-kata tersebut menyebabkan dia aib. Demikian Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tidak membenarkan orang membuat fitnah ataupun mengata. Mengata atau mengumpat ini, benda yang benar tetapi diulang cerita. Jadi elakkan dirimu untuk pergi neraka dan pergilah ke syurga. Itulah hukumnya tentang fitnah Yang Berhormat ya.

Jadi apa itu- nah! Di manakah kita ya? Jadi, PERMATA menggilap masa depan anak-anak kita dan saya hendak beritahu bahawa saya percaya Dewan Negara setuju dengan saya, Yang Berhormat Senator daripada PAS pun bersetuju dengan saya bahawa kita mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Datin Seri Rosmah yang telah mencetuskan idea dan sanggup bekerjasama dengan cara percuma untuk sama-sama melihat PERMATA ini menjadi kenyataan di masa akan datang.

DN 15.12.2014 65

Sekarang ini kita sudah ada di peringkat taska, sekarang sudah ada di peringkat tadika, sekarang sudah masuk ke alam sekolah rendah dan sekolah akan masuk ke alam sekolah menengah dan sudah masuk ke alam universiti. Sudah ada program PERMATA ini masuk walaupun hanya untuk sekolah menengah untuk satu, sekolah rendah untuk beberapa dan selepas itu masuk universiti. Benda ini yang telah saya umumkan di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa program PERMATA sekarang ini bukan sahaja telah menjangkaui penjagaan tetapi masuk juga sampai ke peringkat pembelajaran. Terima kasih.

Saya, sesiapa sahaja yang beri sumbangan kepada PERMATA, saya hendak ucapkan terima kasih dan siapa yang memfitnah, saya berdoa kepada Allah SWT supaya membetulkan hati-hati yang bebal ini, supaya menjadi hati-hati yang lebih mulia kerana kita kena ingat bahawa kalau kita kata kepada orang, kita kena bahawa orang itu juga mempunyai keluarga yang juga kecil hati atas kata-kata tersebut. Ini kerana kita mempunyai anak yang kita maki pada orang, anak kita kadang-kadang dibabitkan juga seolah-olah anak kepada bapa kaki maki. Ada orang bapa kaki alim, ini kaki maki. Elakkan jadi kaki maki ya. Jadi saya telah menjawab Yang Berhormat tentang fatwa yang sebenarnya patut ditanya kepada Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir tadi tetapi tidak apalah sebab saya jawab bagi pihaknya tentang hukum. Kalau tidak betul, kita akan rujuk kepada - yang bakal memegang satu jawatan yang penting pada 1 hari bulan nanti.

Kemudian, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali menyatakan peruntukan JPM adalah tinggi untuk pembangunan P6 yang mana sebanyak RM13 bilion diperuntukkan dan ia 1/3 daripada Bajet 2015. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, JPM mempunyai sebanyak 84 buah agensi. Jumlah jabatan dan agensi ini jumlah terbanyak berbanding dengan kementerian-kementerian lain. Peruntukan pembangunan JPM 2015 adalah bertujuan untuk menampung keperluan jabatan dan agensi seperti EPU, ICU, UKAS dan juga Parlimen Malaysia.

Kemudian, akhir sekali Yang Berhormat, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah membangkitkan mengenai perlakuan segelintir pihak yang memperlekehkan dan meletakkan bendera-bendera kecil di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bendera lambang kedaulatan sesebuah negara yang berkait rapat dengan semangat patriotik dan mempertahankan maruah bangsa, agama dan ibu pertiwi. Selain itu, juga ia merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi sebuah negara.

Jabatan Penerangan Malaysia telah mengedarkan buku panduan berkenaan Jalur Gemilang cetakan Julai 2014 kepada jabatan-jabatan kerajaan dan orang ramai sebagai panduan. Buku panduan ini mengandungi tatacara dan adab tertib menghormati bendera Malaysia. Pengguna bendera dan penghormatan ke atasnya adalah sebagai satu simbol nasionalisme dan menjadi satu tanggungjawab sebagai warganegara untuk menghormati Jalur Gemilang dan ini boleh dipupuk melalui penerapan nilai-nilai murni.

Perbuatan memperlekeh Jalur Gemilang yang sering dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab adalah tidak bermoral dan biadab. Justeru, masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam menasihati mereka supaya lebih sensitif dan bersikap lebih menghormati Jalur Gemilang.

Sebelum saya mengakhiri ini, saya juga hendak maklumkan tentang skim di Parlimen ini yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud. Penjelasan mengenai status dan peluang peningkatan kerjaya bagi pegawai-pegawai di bawah skim bukan guna sama iaitu closed service di Parlimen.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini Parlimen mempunyai seramai 27 orang pegawai di bawah skim bukan guna sama bertaraf tetap dan berpencen dan juga lantikan secara kontrak seperti berikut:

66 DN 15.12.2014

(i) 6 orang Pegawai Tadbir Gred 54 dan Gred 48;

(ii) 5 orang Jurubahasa Serentak Gred 48 dan juga Gred 41;

(iii) 5 orang Bentara Mesyuarat Gred 27 dan Gred 32;

(iv) 11 orang Bentara Parlimen Gred 11 hingga 41.

Bagi tujuan peluasan dan peningkatan kerjaya pegawai-pegawai ini, Parlimen sentiasa membuat kajian pengukuhan organisasi dan perjawatan Malaysia dari semasa ke semasa dalam memastikan pegawai-pegawai yang terlibat menerima kenaikan pangkat dalam Parlimen Malaysia.

Saya rasa itulah perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri yang sempat saya jawab dan mana-mana perkara yang saya tidak sempat jawab, perkara ini telah dicatat dan akan diambil tindakan yang sewajarnya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, dan juga Ahli-ahli Parlimen, semoga Allah SWT merahmati kita, Selamat Tahun Baru. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Selamat Tahun Baru

Yang Berhormat. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Menteri. Puan Hajah Nancy binti Shukri. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: [Bangun]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim.

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: Ada satu soalan Yang Berhormat belum

dijawab.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Ya, apakah dia?

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: Yang berkenaan dengan bumiputera status

pada India Muslim.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Ya, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat

Menteri Puan Hajah Nancy akan menjawab sekejap lagi berhubung dengan status India Muslim yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkannya sebagai bumiputera [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri Puan Hajah Nancy.

4.18 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negara yang telah membangkitkan isu-isu di bawah Jabatan Perdana Menteri semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015 dari 3 Disember hingga 11 Disember yang lalu. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya amat menghargai pandangan, cadangan, dan teguran yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan yang telah menyentuh isu-isu di bawah tanggungjawab agensi-agensi seliaan saya.

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan sesi penggulungan ini pada hari ini dengan isu berhubung dengan pengangkutan awam darat yang mana ia dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat, kedua ialah Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam.

DN 15.12.2014 67

Kedua-dua orang Yang Berhormat Senator telah membuat cadangan berhubung isu kereta api laju atau dengan izin, high speed rail. Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah mencadangkan agar landasan HSR iaitu high speed rail dari Johor ke Kuala Lumpur manakala Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat mencadangkan agar stesen HSR dibina di Pagoh.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, status projek high speed rail antara Kuala

Lumpur dan Singapura kini sedang berada di penentuan parameter yang melibatkan penstrukturan butiran terperinci projek termasuk pengenalpastian jajaran dan lokasi stesen, kaedah-kaedah pelaksanaan dan perolehan bersama pihak-pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Singapura.

■1620

Pembinaan dijangka bermula setelah persetujuan terperinci dicapai bersama pihak Singapura dan setelah proses perolehan tamat. Kebetulan saya baru balik dari Singapura juga dan bertanya juga mengenai perkara ini. Setakat inilah keadaannya. Lokasi-lokasi stesen HSR telah dikenal pasti dan dicadangkan adalah di Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban iaitu Negeri Sembilan, Ayer Keroh iaitu Melaka, Muar, Batu Pahat, Nusajaya dan juga Singapura. Itu saja ya, terima kasih.

Kedua ialah isu mengenai mencadangkan agar Bahasa Melayu dimartabatkan di mahkamah oleh Yang Berhormat Senator To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin telah mencadangkan agar Bahasa Melayu wajar diangkat dan dimartabatkan di mahkamah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini semua perbicaraan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan dan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

Selain itu, Pekeliling Hakim Besar No.2/1990, berkenaan keperluan untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan di mahkamah telah dikeluarkan untuk mengingatkan para hakim dan majistret supaya mematuhi peruntukan seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 tersebut. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, papan tanda yang mewajibkan penggunaan Bahasa Kebangsaan juga turut diletakkan di setiap bilik bicara mahkamah.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu mahkamah atas kehendaknya sendiri atau permintaan pihak-pihak dalam mana-mana prosiding dan setelah mempertimbangkan kepentingan, keadilan dan dalam prosiding tersebut, boleh memerintahkan agar prosiding itu, selain daripada pemberian keterangan oleh saksi, dijalankan sebahagiannya dalam Bahasa Kebangsaan dan sebahagian lagi dalam bahasa Inggeris.

Sebagai contoh, bagi kes-kes berkaitan harta intelek dan komersial, prosiding adalah lebih sesuai dijalankan dalam bahasa Inggeris memandangkan terma-terma rujukan kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris. Seterusnya, saya akan menjawab status terkini NHRAP, berkaitan hak asasi OKU, soalan oleh Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan.

Tan Sri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ada yang hendak mencelah.

Tan Sri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam: Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang

Berhormat Menteri sambung, saya hendak tanya balik kereta api tadi. Nampak yang lambatnya Singapura. Boleh tidak sementara hendak tunggu Singapura mengambil masa, kerja-kerja ukur, pengambilan tanah boleh dilakukan. Ini kerana tidak silap saya, dalam bajet tahun depan tidak ada bajet diperuntukkan untuk hal kereta api laju Singapura-Johor ke Kuala Lumpur.

68 DN 15.12.2014

Puah Hajah Nancy binti Shukri: Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Sebenarnya, kenapa perkara ini berlaku kerana kedua-dua belah pihak masih lagi belum mencapai satu persetujuan. Terutama dari negeri-negeri yang mana melibatkan tanah. Jadi, mereka masih lagi membincangkan perkara ini sebelum mereka memulakan. Sebab kalau hendak memulakan, di pihak kita juga, ia memerlukan beberapa proses macam pengambilan tanah iaitu akan perlu diperuntukkan dan mungkin perlu juga daripada segi teknikalnya perlu di tender. Jadi, beberapa perkara yang tertentu memerlukan feasibility studies, perlu dibincangkan bersama oleh kedua-dua pihak untuk dipersetujui dahulu.

Jadi, oleh sebab semasa saya di Singapura walaupun bukan untuk tujuan itu tetapi ia juga dijadikan satu topik dalam perbincangan kami di mana mereka juga bersetuju ini perlu diteliti dahulu untuk sebelum kita memastikan ataupun to finalise, dengan izin, perkara yang berhubung kait dengan high speed rail ini. Terima kasih. Saya teruskan dengan status terkini NHRAP, berkaitan hak asasi OKU oleh Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan. Tuan Yang di-Pertua, dalam perkembangan yang lain, Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan ingin mengetahui status terkini berkaitan hak asasi orang upaya ataupun OKU di bawah National Human Rights Action Plan ataupun NHRAP, dengan izin.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat lima buah teras utama dalam Pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan ataupun NHRAP. Hak bagi orang-orang kurang upaya iaitu OKU telah diletakkan di dalam teras ketiga iaitu hak golongan rentan. Pelan tindakan berkenaan kini sedang dalam proses pelaksanaan kajian dasar fasa satu yang melibatkan penyediaan kertas rundingan awam. Seterusnya, kajian dasar fasa dua akan memberi tumpuan kepada sesi-sesi rundingan awam bersama kumpulan-kumpulan sasar atau berkepentingan termasuk golongan OKU.

Ini bagi memastikan pelan yang bakal dibangunkan kelak merangkumi hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunannya. Soalan seterusnya, berhubung kait dengan Akta Hasutan. Pelbagai pihak telah menyatakan sokongan. Isu ini telah dibangkit oleh Yang Berhormat Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Berhormat Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim, Yang Berhormat Dato' Muhammad Olian bin Abdullah, Yang Berhormat Dato' Boon Som A/L Inong, Yang Berhormat Puan Norliza binti Abdul Rahim, Yang Berhormat Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, Yang Berhormat Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian, Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan dan Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah binti Mahat.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah menyuarakan sokongan terhadap pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini untuk mengekalkan dan memperkukuhkan lagi Akta Hasutan 1948. Kerajaan mengambil maklum dan menghargai segala cadangan dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung perkara ini dan akan meneliti serta mengkaji secara terperinci pindaan yang sesuai terhadap akta berkenaan.

Dalam perkembangan yang sama saya ingin memberi maklum balas terhadap beberapa perkara yang spesifik yang telah diutarakan berhubung Akta Hasutan ini.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan, ingin statistik pendakwaan di bawah Akta Hasutan. Manakala Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat, ingin tahu berapa orang yang telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan menghasut, memijak bendera dan menghina Raja-Raja. Untuk makluman, sejak tahun 2009, seramai 23 orang telah di bawah Akta Hasutan 1948, atas 23 pertuduhan kerana kesalahan menghasut yang membabitkan isu agama, perkauman, kerajaan, mahkamah dan Raja-raja.

Daripada 23 orang yang telah didakwa di bahawa Akta Hasutan 1948, seramai lima orang telah didakwa kerana kesalahan menghasut yang melibatkan penghinaan kepada Raja-Raja. Selain itu, seramai 12 orang telah didakwa di bawah peruntukan Undang-undang Jenayah, yang lain kerana menghina Raja-Raja.

DN 15.12.2014 69

Sehingga kini belum ada individu pernah dituduh di bawah mana-mana Undang-undang Jenayah yang berkaitan bagi kesalahan memijak bendera.

Seterusnya, saya menjawab soalan oleh Yang Berhormat Datuk Lihan Jok, adakah kerajaan telah mematuhi 18 points aggreement, dengan Sarawak.

■1630

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi maksud penubuhan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan ataupun dengan izin, Inter-Governmental Committee telah ditubuhkan untuk mengkaji dan merumuskan persetujuan yang diberikan oleh rakyat di Sabah dan Sarawak melalui written memoranda dan juga hearing, dengan izin, serta mengemukakan syor berhubung dengan izin, future constitutional arrangement including safeguard for the special interest of North Borneo in Sarawak to cover such matters as religious freedom, education, representation in the Federal Parliament, the position of the indigenous races, control of immigration, citizenship and the state constitution, dengan izin.

Syor dalam Laporan Suruhanjaya dan Jawatankuasa berkenaan setakat yang dipersetujui oleh Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura telah diterjemahkan dalam Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 yang kemudiannya telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Malaysia 1963 dan undang-undang yang berkaitan.

Perjanjian Malaysia dengan izin, Agreement Relating to Malaysia yang ditandatangani antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 9 Julai 1963 antara lainnya merangkumi 20 perkara yang diutarakan oleh Sabah dan 18 perkara oleh Sarawak bagi melindungi kepentingan hak serta kuasa autonomi rakyat Sabah dan Sarawak selepas Malaysia ditubuhkan. Antara perkara yang disentuh agama, bahasa, hak kewarganegaraan, pelajaran dan perkhidmatan awam.

Berdasarkan Artikel VIII, Perjanjian Malaysia, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara iaitu Sabah dan Sarawak akan mengambil langkah perundangan, eksekutif atau langkah lain bagi melaksanakan jaminan, janji dan syor yang terkandung dalam Bab III dan Lampiran ‘A’ dan ‘B’ pada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan atau dengan izin, Report of the Inter-Governmental Committee atau IGC Report setakat mana

yang tidak diperuntukkan secara nyata dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, hampir keseluruhan perkara yang dipersetujui dalam IGC Report, dengan izin, telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkaitan.

Sebagai salah sebuah negeri di Malaysia, Sarawak menikmati hak yang sama, malah lebih berbanding dengan negeri-negeri lain daripada segi undang-undang. Malah, peruntukan undang-undang khususnya Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda bagi menguatkuasakan perkara-perkara yang dipersetujui dengan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia yang termasuk perkara-perkara di bawah 18 Points Agreement tersebut telah memberikan perlindungan tambahan dan keistimewaan pada Sarawak dan juga Sabah.

Kalau saya boleh berikan sedikit contoh di sini, misalnya daripada segi perlindungan, daripada segi Perlembagaan mengenai Sabah dan Sarawak, kita ada special right untuk Sabah dan Sarawak dimasukkan dalam Perlembagaan kita di mana ia menyentuh bahawa peruntukan berkenaan antara lain iaitu hak kewarganegaraan, keanggotaan dalam Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, pembahagian kuasa perundangan dan eksekutif dan perkiraan kewangan dengan Persekutuan tidak boleh dipinda atau dimansuhkan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri telah diperuntukkan dalam Bahagian XIIA, Perlembagaan Persekutuan. Banyak lagi perkara lain sebagai contohnya. Jadi untuk Sabah dan Sarawak, kita memang mempunyai special right for Sabah dan Sarawak di dalam Federal Constitution kita. Terima kasih.

Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Yang Berhormat

Menteri, boleh mencelah?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

70 DN 15.12.2014

Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Boleh mencelah

sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Apa pandangan

Yang Berhormat Menteri sebab di akhir-akhir ini isu-isu yang mungkin timbul daripada pandangan generasi muda yang dilahirkan selepas merdeka, bercanggah dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia terutama yang menyentuh tentang Sabah dan Sarawak, kalau boleh disebar luas untuk pengetahuan generasi muda. Kita tidak mahu mereka yang tidak tahu menahu tentang perkara-perkara 18 points and also 20 points, dengan izin, untuk Sabah dan Sarawak itu secara meluas. Mungkin dengan penggunaan saluran-saluran atau cara yang tertentu di pihak kerajaan. Terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih Yang Berhormat Senator atas saranan tersebut.

Sebenarnya apa yang, Yang Berhormat Senator persoalkan itu satu jangkaan yang begitu tepat sekali kerana itulah yang menjadi tumpuan ataupun fokus kami pada tahun hadapan, inshaaAllah. Kita akan mengadakan road show di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak berhubung kait dengan special right yang termaktub dalam Perlembagaan. Terima kasih.

Tadi status bumiputera, saya terpaksa membantu juga menjawab. Saya ingat soalan itu sudah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Walau bagaimanapun, saya akan cuba sebaik-baik boleh. Ditanya ini adakah India Muslim dan Siam sebagai bumiputera dinyatakan di sini. Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Boon Som dan juga Yang Berhormat Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader.

Tuan Yang di-Pertua, dua orang Ahli Dewan iaitu Yang Berhormat Dato’ Boon Som dan juga Yang Berhormat Datuk Seri Syed Ibrahim telah membangkitkan persoalan berhubung status bumiputera masing-masing bagi masyarakat Siam dan India Muslim.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai status masyarakat Siam mahupun India Muslim. Selain itu juga, istilah bumiputera pun tidak ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang bertulis.

Istilah bumiputera sering digunakan oleh kerajaan dalam menguatkuasakan dasar-dasar kerajaan dan lazimnya istilah bumiputera merujuk kepada warganegara Malaysia yang terdiri daripada kategori yang berikut. Saya menjawab mengikut fasal dalam undang-undang. Nanti saya tidak mahu ini dispin mengatakan saya punya jawapan. Ini jawapan mengikut undang-undang.

Takrifan orang Melayu yang ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan anak negeri Negeri Sabah dan Sarawak yang ditakrifkan dalam Fasal (6) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan dan berhubung anak negeri bagi negeri Sabah hendaklah dibaca bersama dengan Interpretation (Definition of Native) Ordinance Sabah Chapter 64, dengan izin. Dari segi undang-undang, perlindungan kepada orang Melayu dan anak negeri Negeri Sabah dan Sarawak diperuntukkan dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya, Orang Asli yang ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan iaitu Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu dan yang ditaksirkan dalam seksyen 3, Akta Orang Asli 1954, iaitu Akta 134 turut diambil kira dalam pelaksanaan dasar kerajaan yang menyentuh bumiputera. Perlindungan kepada Orang Asli adalah selaras dengan peruntukan perenggan (c), Fasal (5), Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa yang sama, kerajaan juga bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain tertakluk kepada Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

DN 15.12.2014 71

Berdasarkan pelaksanaan dasar sedia ada ini, seseorang warganegara Malaysia berketurunan Siam atau India Muslim hanya akan diiktiraf sebagai bumiputera oleh kerajaan jika dia memenuhi semua syarat sama ada sebagai orang Melayu, anak negeri ataupun Orang Asli.

Namun, saya ingin menarik perhatian kepada apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat rakan saya tadi, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato' Seri Shahidan Kassim ketika beliau menggulung pada sesi tadi atau sebentar tadi. Saya yakin beliau merujuk kepada keistimewaan atau hak yang telah diberikan kepada masyarakat Siam dalam undang-undang secara khusus di negeri Kedah dan Perlis. Antara contohnya seperti yang berikut.

Subseksyen 8(1) Kedah Malay Reservation Enacment No.63 peruntukan seperti berikut, mengatakan dengan izin… [Membaca petikan]

“No state land included in Malay Reservation shall be sold, lease otherwise dispose of to any person who is not either:-

(a) A Malay; or

(b) A Siamese certified by the Director in writing to be a Siamese agriculturist permanently resident in the state.”

Ini adalah salah satu daripada contohnya.

■1640

Seksyen 7(1) Perlis pula, Malay Reservation Enactment No. 7/1353 memperuntukkan seperti berikut. Seksyen 7(1) dengan izin, “No state land included in reservation shall be alienated sold list otherwise disposed of to any person who is not either a Malay or Siamese.” Jadi berdasarkan Perlis Malay Reservation Enactment No 7/1353, dengan izin, Siamese ditakrifkan sebagai Siamese certified by the commissioner in writing to be a Siamese agricultural list permanently resident in the state of Perlis, dengan izin. Jadi

dalam hal ini, setakat ini sebagai dasar kerajaan memang ada kerajaan memanjangkan kepada orang Siam untuk membenarkan mereka mendapatkan beberapa privilege yang ada dengan izin, privilege yang diberi kepada bumiputera dipanjangkan kepada anak-anak Siam untuk mereka pergi ke IPTA, untuk mereka juga melabur dalam ASB dengan izin. Jadi, itulah antara jawapan yang saya dapat berikan. Terima kasih.

Dato’ Boon Som A/L Inong: Saya ingin mencelah. Flash back, dengan izin. Ini

kenyataan Menteri. Kenyataan Perdana Menteri pada 25 Februari 2012 di hadapan masyarakat Siam, telah menyatakan bahawa orang Siam bumiputera. Mereka berhak untuk mendapat apa jua keistimewaan bumiputera.

Pada 16 Februari 2013, Timbalan Perdana Menteri pergi Padang Terap menyatakan benda yang sama bahawa masyarakat Siam di Malaysia bumiputera. Saya telah mendapat surat daripada Perdana Menteri bertarikh 21 Mac 2013 dengan fail PPMS100-6/12, penjelasan berhubung kedudukan masyarakat Siam sebagai bumiputera, Perdana Menteri tandatangan. Saya membaca, “Saya merujuk kepada surat daripada Yang Berhormat bertarikh 5 Mac 2013 berkenaan perkara di atas. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya telah mengambil tindakan berhubung perkara di atas dan mengarah semua Perbadanan Usahawan Nasional Berhad untuk mengiktiraf masyakat Siam sebagai bumiputera. Saya yakin kesulitan terlepas pandang pihak PUNB terhadap perkara ini tidak berulang lagi.”

Selepas itu saya mendapat pula surat daripada KSN, Ketua Setiausaha Negara yang bertarikh pada 22 April 2013, rujukan JPA(K) 286/4.

72 DN 15.12.2014

Status bangsa Siam dalam sistem maklumat pengurusan sumber manusia HRMIS. “Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat Yang Berbahagia Dato’ kepada Yang Berbahagia Datuk Seri KSN bertarikh 14 Januari 2013 adalah berkaitan. Sehubungan ini, sukacita dimaklumkan bahawa status penjawat awam daripada kalangan masyarakat Siam dalam sistem HRMIS telah pun selesai dikemas kini sebagai bumiputera.” Tandatangan, terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Terima kasih Yang Berhormat. Kalau begitu,

saya minta Yang Berhormat bagi saya dokumen yang menjadi rujukan itu supaya saya boleh kemukakan pada mesyuarat Jemaah Menteri pada hari Rabu ini bagi menyelesaikan masalah ini. Ini kerana saya kira tadi kalau Yang Berhormat sudah mendapat jawapan bertulis, kenapakah ditanyakan lagi dalam Dewan ini? Jadi itu menjadi kegusaran kita. Alhamdulillahlah Yang Berhormat bawa perkara ini. Nampaknya masih belum penjelasan di pihak-pihak tertentu. Jadi tolong berikan saya rujukan tadi untuk saya bawa pada pihak atasan. Terima kasih.

Dato’ Boon Som A/L Inong: Boleh saya mencelah? Terima kasih Yang

Berhormat Menteri kerana menjawab dengan begitu baik. Mungkin perkara ini terlepas pandang sebab banyak borang atas nama masyarakat Siam termasuklah biometrik, daripada kad pengenalan semua meletakkan masyarakat Siam adalah di bawah bangsa lain-lain. Jadi tahun 2012 sudah Perdana Menteri sudah cakap orang Siam bumiputera, tetapi agensi pelaksanaan masih lagi belum selesai. Jadi apabila masyarakat Siam tanya saya, saya tidak boleh jawab, padahal mereka kata Perdana Menteri menipu dia orang. Bohong, cakap bohong yang tidak betul, jadi saya serba salah. Jadi saya ingin mendapat penjelasan betul-betul, adakah bumiputera ataupun tidak. Itu sahaja.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Saya amat berterima kasih kepada Yang

Berhormat kerana bertanggungjawab dalam hal ini dan sama-sama kita menyelesaikan masalah ini. Seperti yang saya nyatakan tadi, tolong bagi saya dokumen-dokumen rujukan supaya kita selesaikan sekali gus dalam hal ini. Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta maaf kalau ini menjadikan kegusaran kerana ia bukan hanya melibatkan bangsa Siamese, kita pun masih lagi daripada segi borang-borang itu ada yang masih tidak senang hati bangsa lain-lain itu. Kita masih dalam menyusun atur. Memang telah dibincangkan di peringkat atasan supaya diselaraskan perkara ini, tetapi masih ada lagi di antara Sabah dan Sarawak juga. Sabah hendak minta bumiputera Sabah, Sarawak lagi hendak bincang berapa lagi banyak hendak masuk. Ini masih diharapkan diputuskan. Kita memerlukan juga pihak kerajaan negeri membantu dalam hal ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: [Bangun]

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: [Bangun]

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Ada dua Ahli Yang Berhormat yang bangun.

Timbalan Yang di-Pertua: Hendak bagi yang mana Yang Berhormat?

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Saya bagi Tan Sri dahulu sebab dia dahulu.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Terima kasih. Tadi Yang Berhormat

Menteri ada sebut PUNB. Saya ingat Yang Berhormat Menteri, Dato’ wakil masyarakat Siam bahawa ada satu permohonan pinjaman memang pegawai pada mulanya kata masyarakat Siam ini bukan status bumiputera, tetapi setelah bawa pada committee saya,

saya kata memang orang Siam ini kita sudah bagi layanan bumiputera dan kita telah meluluskan pinjaman mereka. Hari ini memang di PUNB masyarakat Siam memang kita kira bumiputera, jangan bimbang. Terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Terima kasih. Sebenarnya apa yang saya diberi

maklum bahawa masyarakat Siam ini diberi privilege, dengan izin, keistimewaan seperti bumiputera juga dalam hal ASB dan juga daripada segi status tanah juga di negeri-negeri masing-masing telah memberi pengiktirafan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

DN 15.12.2014 73

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sama

juga dengan warga saya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkali-kali dalam majlis-majlis kebesaran telah menyebut masyarakat India-Muslim masyarakat bumiputera. Mengikut Perlembagaan Persekutuan 159, dan 160, saya fikir masyarakat India-Muslim memang layak atas kategori itu kerana kita amalkan kesemua empat-empat keperluan itu untuk menjadikan Melayu dan juga bumiputera. Saya fikirkan benda ini haruslah kita kena ambil tindakan sebab banyak yang mengelirukan. Apabila pemimpin tertinggi sudah sebut dan apabila pergi ke kementerian, mereka katakan tidak ada sebarang pekeliling yang mengatakan masyarakat India-Muslim bumiputera. Saya inginkan penjelasan.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Terima kasih. Cuma saya hendak ulang di sini

istilah bumiputera tidak ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Cuma yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi telah dinyatakan mereka diberi kelayakan seperti mana bumiputera. Saya juga hendak minta kalau boleh Yang Berhormat ada rujukan itu boleh bagi kepada saya supaya saya boleh secara sekali gus dapat menyelesaikan masalah ini dan insya-Allah saya akan tulis kepada kedua-dua Yang Berhormat dalam hal ini untuk membolehkan kita menyelesaikan perkara ini once for all dengan izin. Terima kasih.

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: Yang Berhormat Menteri, dua tahun

sebelum ini saya dapat satu jawapan daripada Timbalan Menteri waktu itu yang dia mengatakan kita ini memang layak sebagai Melayu dan juga bumiputera. Akan tetapi benda ini sampai dua tahun setengah, dua tahun lebih tidak dibawakan.

■1650

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Tak apa Yang Berhormat, saya janji. Sebab saya dalam Kabinet, inshaaAllah saya akan kemukakan perkara ini dalam Kabinet dan minta supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas mereka untuk memanjangkan perkara ini sebagai satu proses administrasi ya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tak apa Yang Berhormat Menteri, teruskan dengan

jawapan untuk soalan yang lain.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Saya rasa tak ada lagi isu melainkan ada yang

tertinggal.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang nak mencelah sebelah sini.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Ini nak mencelah pasal tak ada lagi

jawapan fasal, I tengok ada satu yang tertinggal. Dalam perbahasan saya, saya menimbulkan isu unilateral conversion di mana kalau salah satu pasangan memeluk Agama Islam and then isu custodial nights, anak dia akan biasanya hak anak, sama ada daripada segi hak jagaan atau agama. Dalam perbahasan saya, I pernah cakap bahawa kita dapat dua statement daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Satu pada tahun 2009, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah cadang pada masa itu bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada bangkitkan soalan ini masa

perbahasan?

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Ya, dalam perkara ini supaya dapat refresh sikit apa yang I cakap adalah ini. Kalau kita tengok pada tahun 2009, satu statement oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa pindaan akan dibuat kepada beberapa akta. First ya, pada tahun 2009. Lepas itu tak ada apa-apa perkembangan. Sehingga bulan Mei tahun ini. Lagi satu statement oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, masa itu dia cadang dua statement. Satu, penubuhan jawatankuasa bersama dan yang kedua, sedang mengkaji mediation sebagai satu cara penyelesaian.

74 DN 15.12.2014

Dalam perbahasan saya, saya menyeru de facto law minister supaya kita dapat mengkaji satu penyelesaian. Kalau perlu buat pindaan kepada undang-undang, buat tapi kita perlu cari satu penyelesaian yang lebih konkrit, lebih kekal, lebih adil dan lebih saksama kepada semua pihak. So I nak tahu what is the latest perkembangan pasal benda ini. Kita tak boleh tinggal macam itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Okey. Terima kasih Yang Berhormat, terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan arahan Jemaah Menteri pada 4 Januari 2006, bagi menangani masalah yang timbul susulan daripada penukaran agama oleh salah satu pasangan, pindaan dicadangkan kepada Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]. Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303]. Memandangkan cadangan pindaan kepada ketiga-tiga akta tersebut turut melibatkan pindaan kepada undang-undang Islam yang berkuat kuasa di negeri-negeri, cadangan pindaan tersebut telah dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja atas arahan Jemaah Menteri pada 29 Jun 2009 untuk perkenan Majlis Raja-raja.

Majlis Raja-raja telah memutuskan supaya cadangan pindaan tersebut dikemukakan untuk penelitian dan pandangan Majlis Agama Islam Negeri-negeri terlebih dahulu. Susulan daripada keputusan Majlis Raja-raja itu, suatu taklimat mengenai tujuan cadangan pindaan tersebut telah diberikan kepada semua Majlis Agama Islam Negeri-negeri antara bulan Ogos hingga Oktober 2009. Setakat ini hanya negeri Kelantan yang telah menyatakan persetujuan. Sehubungan itu, selaras dengan arahan Kabinet pada 13 Jun 2014, cadangan pindaan kepada ketiga-tiga akta tersebut telah dirujuk semula kepada semua Majlis Agama Islam Negeri-negeri pada 29 November 2014 untuk penelitian lanjut Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan mengemukakan pendirian bertulis masing-masing untuk tindakan seterusnya. Sebenarnya secara peribadi Yang Berhormat, saya sendiri yang telah mencadangkan supaya diwujudkan Jawatankuasa Mediation ini.

Jadi kami telah mengadakan mesyuarat, saya dengan Yang Berhormat Dato’ Seri Jamil Khir kerana saya secara peribadi Yang Berhormat, saya merasa agak bertanggungjawab apabila berlaku the conflict, dengan izin, between the father and the mother yang berebut dengan anak ini, dengan izin. I personally went beyond the law. I cakap dengan IGP pada masa itu, I even publishes it. I kata mungkin it may not be a proper one sebagai daripada segi undang-undang kerana pihak berkuasa perlu mematuhi undang-undang tetapi bagi saya, I go beyond the law, dengan izin, kerana bagi saya the welfare of the child is more important than any law.

Because anak itu, kita ambil contoh, apakah yang berlaku kerana anak itu kurang daripada umur 18 tahun. Kita berkahwin, I answering this is base on my own personal opinion, dengan izin, kerana ini kalau saya tak cakap di sini, saya masih merasa bersalah kerana I don’t do justice to myself for not voicing what I have to voice.

Apa yang saya ingini selama ini ialah bagi saya, mungkin orang yang meneliti undang-undang merasakan statement saya agak bercanggah tetapi kalau kita tengok, kita berkahwin mengikut civil law kenapa tidak diikut sahaja, putuskan sahaja mengikut civil law kerana anak itu kurang daripada 18 tahun. Jadi inilah yang menyebabkan saya membawa menyarankan kepada Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab dalam hal Agama Islam untuk kita berbincang, mengadakan jawatankuasa supaya kita mewujudkan mediation sebagai salah satu dari platform untuk menyelesaikan masalah ini. Setakat ini memang kami masih lagi belum menyelesaikan kerana wujudnya beberapa persoalan juga. Kita wujudkan mediation tetapi will be the mediators, dengan izin. Itu akan menimbulkan masalah juga tetapi bagi saya, biarlah kita wujudkan dahulu. Sama ada ia berkesan ataupun tidak, biarlah kita mulakan dahulu. Jadi selain daripada kerajaan membentangkan cadangan pindaan kepada ketiga-tiga akta tersebut di Parlimen...

DN 15.12.2014 75

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat duduk

sebentar. Saya kena beri laluan kepada seorang menteri untuk mengemukakan satu usul. Silakan Yang Berhormat Menteri.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

4.57 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8 malam dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 16 Disember 2014”.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan

masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Menteri.

4.58 ptg.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya

nak menyambung sikit tadi. Memang pun telah kita wujudkan satu Jawatankuasa bersama, dipengerusikan bersama dengan Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab dalam hal keagamaan dan it’s an ongoing process, dengan izin, dan kita membawa beberapa jabatan untuk bersama dengan kita so it is there, dengan izin. Kita mengharapkan apa yang

dirancang oleh kerajaan, kerajaan memang lagi nak membentangkan cadangan pindaan kepada ketiga-tiga akta yang saya sebutkan tadi di Parlimen setelah mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan perkenan Majlis Raja-raja.

Saya berterima kasih dengan Yang Berhormat kerana menanyakan soalan itu kerana ia memberi peluang kepada saya untuk meluahkan sikit perasaan saya sendiri sebagai seorang ibu, sebagai seorang wanita kerana saya juga merasa walaupun kita, saya pun seorang yang beragama Islam tetapi dalam hal ini saya rasa oleh kerana kedua-dua pihak ini mempunyai peranan yang sama tetapi saya rasa pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu melihat secara terperinci keadaan dan suasana sebenarnya. Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa itu sahaja Yang Berhormat. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya telah memberikan maklum balas terhadap semua isu yang dibangkitkan membabitkan agensi-agensi di bawah seliaan saya. Maka dengan ini, saya ingin mengakhiri sesi penggulungan saya pada petang ini. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri...

Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim: Sebelum itu, mencelah sikit. Soalan sikit.

76 DN 15.12.2014

■1700

Timbalan Yang di-Pertua: Soalan? Soalan dibangkitkan semasa perbahasan

ataupun soalan baru?

Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim: Baru.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Kalau baru, tidak masuklah Yang Berhormat.

Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim: Berkenaan ini penting juga ini Yang Berhormat

Menteri.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Yang Berhormat.

Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim: Berkenaan dengan ini Tuan Yang di-Pertua

iaitu seperti mana yang kita ketahui, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri iaitu ISA telah pun dimansuhkan. Jadinya, terdapat berita baru yang kita terima iaitu mahkamah telah pun membuat keputusan memberi ganti rugi ganti rugi kepada lima orang bekas tahanan ISA berjumlah RM4.5 juta. So, soalan saya kenapa perkara ini boleh berlaku sedangkan undang-undangnya telah pun dimansuhkan? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ini terpulang kepada Yang Berhormat Menteri hendak

menjawab ataupun tidak.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Yang Berhormat, kalau boleh saya ambil, saya

dapatkan maklumat secara bertulis sebab soalan itu lebih spesifik daripada apa yang diperlukan pada hari ini yang tidak dibahaskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Betul.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Jadi, inshaaAllah saya akan memberikan

jawapan bertulis. Terima kasih. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ulang sekali lagi saya telah memberikan maklum balas terhadap semua isu yang dibangkitkan membabitkan agensi-agensi di bawah seliaan saya.

Jadi dengan ini saya mengakhiri sesi penggulungan saya pada petang ini dan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan keprihatinan terhadap isu-isu yang telah diutarakan. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Puan Hajah Nancy binti Shukri: Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama

Kristian serta selamat menyambut tahun baru 2015 kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, semua Ahli Dewan Negara, semua pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus bersama-sama kita dalam melancarkan urusan persidangan Parlimen kita serta seluruh rakyat Malaysia di luar sana. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selamat tahun

baru juga kepada Yang Berhormat Menteri. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar. Silakan Yang Berhormat Menteri.

5.02 ptg.

Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia .

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Dewan Negara yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2015.

DN 15.12.2014 77

Berikan saya kesempatan untuk menjelaskan beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara yang menyentuh secara langsung bidang tugas Unit Perancang Ekonomi, Unit Kerjasama Awam Swasta, TERAJU dan juga Jabatan Perangkaan di dalam Jabatan Perdana Menteri.

Terdapat 24 isu yang telah dibangkitkan dan insya-Allah saya cuba menjawabnya dalam lima bahagian iaitu bahagian pengagihan, pembangunan Wilayah, infrastruktur, modal insan dan penstrukturan semula MAS.

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu pengagihan yang saya pecahkan kepada tiga iaitu isu agihan pendapatan, pemerkasaan ekonomi bumiputera dan juga pegangan ekuiti.

Pertama sekali tentang isu agihan pendapatan. Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi mencadangkan kerajaan mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah kesenjangan pendapatan yang semakin membimbangkan. Seterusnya memastikan kesaksamaan pengagihan ekonomi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kesenjangan pendapatan serta memastikan kesaksamaan pengagihan ekonomi. Ini dapat ditunjukkan melalui tiga pengukuran iaitu:-

(i) tentang pengukuran ataupun pengurangan dalam Pekali Gini di mana kita telah dapati terdapat pengurangan daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.431 pada tahun 2012. Seterusnya kepada 0.421 pada tahun 2014 berdasarkan kepada data awalan penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah tahun 2014;

(ii) dari segi nisbah ketaksamaan pendapatan di antara isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dan 20 peratus tertinggi yang telah berkurangan iaitu daripada 1:6.94 pada tahun 2009 kepada 1:6.58 pada tahun 2012. Seterusnya telah bertambah baik pada 1:6.18 pada tahun 2014; dan

(iii) daripada segi pengukuran agihan pendapatan bagi isi rumah berpendapatan 40 peratus yang terendah yang telah pun meningkat daripada 14.3 peratus pada tahun 2009 kepada 14.8 peratus pada tahun 2012 dan seterusnya kepada 15.6 peratus pada tahun 2014.

Jadi ketiga-tiga pengukuran ini telah menunjukkan unjuran ketidakseimbangan adalah lebih baik berbanding dengan beberapa buah negara ASEAN. Walau bagaimanapun, jurang ketidakseimbangan ini adalah lebih lebar kalau kita bandingkan dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Kanada dan United Kingdom. Sehubungan itu, bagi terus mengurangkan kesenjangan pendapatan dan memastikan kesaksamaan ekonomi, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah:

(i) merangsang pertumbuhan ekonomi bagi mencipta peluang-peluang baru terutamanya kepada isi rumah yang berpendapatan rendah melalui peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan;

(ii) memperluaskan program pendidikan dan latihan kepada rakyat dengan memberi fokus kepada pembangunan kapasiti dan capability dalam kalangan isu rumah berpendapatan 40 peratus

terendah termasuklah masyarakat Orang Asli, bumiputera minoriti Sabah dan Sarawak;

78 DN 15.12.2014

(iii) pembangunan infrastruktur asas di luar bandar bagi menggalakkan lagi aktiviti ekonomi dan meningkatkan produktiviti;

(iv) pembangunan secara bersepadu seperti agropolitan, contract farming dan sebagainya. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM68.5 juta yang dijangka memanfaatkan seramai 3,386 orang peserta di 14 buah lokasi yang telah dikenal pasti. Antaranya di Chemomoi di Pahang, Pulau Banggi di Sabah dan Batang Lupar di Sarawak;

(v) program-program latihan bagi golongan khusus yang masih ketinggalan dalam pembangunan negara seperti masyarakat Orang Asli, bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak; dan

(vi) rasionalisasi perlindungan sosial (social protection) dengan izin, dan jaringan keselamatan sosial (social safety net) dengan izin, yang meliputi bantuan kewangan secara langsung kepada golongan yang memerlukan seperti warga emas dan orang kurang upaya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin ingin mengetahui peruntukan yang diberi kepada projek kemiskinan di Sabah. Apakah program basmi kemiskinan yang akan dilaksanakan?

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu dari tahun 2011 hingga tahun 2014, sebanyak RM16.5 bilion telah pun diperuntukkan untuk peruntukan pembangunan kepada negeri Sabah. Jumlah ini untuk negeri Sabah merupakan peruntukan yang tertinggi diberikan berbanding dengan negeri-negeri lain tidak termasuk Wilayah Persekutuan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Pelbagai program dan projek yang telah dan sedang dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri Sabah terutamanya dalam mengatasi masalah kemiskinan. Kerajaan sememangnya melaksanakan pelbagai program bagi membantu golongan miskin dan isi rumah berpendapatan rendah termasuklah di Sabah.

Antara program yang dilaksanakan ialah aktiviti menjana pendapatan, bantuan kewangan dan bantuan perumahan kepada golongan miskin. Di samping itu program-program pendidikan dan latihan serta peningkatan akses kepada kemudahan pembiayaan persekolahan seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Rancangan Makanan Tambahan dan Biasiswa Kecil Persekutuan yang telah banyak memberikan manfaat kepada murid-murid. Sebagai contohnya Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ini melibatkan seramai 196,842 orang murid yang melibatkan peruntukan sebanyak RM55.88 juta.

Bagi golongan berpendapatan rendah pula, usaha ditumpukan kepada program peningkatan kapasiti dan capability untuk membangunkan potensi diri melalui program latihan dan pembangunan keusahawanan. Kerajaan juga melaksanakan program perumahan dan penyediaan kemudahan-kemudahan asas seperti infrastruktur, pengangkutan, utiliti serta amenities sosial bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Penurunan kadar kemiskinan ini berserta dengan peningkatan dalam pendapatan bulanan purata isi rumah secara umumnya menggambarkan kejayaan-kejayaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Sabah.

DN 15.12.2014 79

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit telah membangkitkan isu purata pendapatan isi rumah yang dikeluarkan telah meningkat kepada RM5,900 sebulan tetapi masih ada yang berpendapatan RM1,000 di kawasan luar bandar.

■1710

Yang Berhormat juga mencadangkan kerajaan menjalankan semakan semula dan kajian serta cerapan data dan pembancian pendapatan isi rumah kepada nilai yang lebih tepat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melaksanakan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah atau Household Income Survey sebanyak dua kali dalam tempoh

lima tahun. Kajian ini telah bermula sejak tahun 1974 lagi dan yang terkini ialah pada tahun 2014 yang mana datanya masih di peringkat awalan. Penyiasatan ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai taburan pendapatan isi rumah dan mengenal pasti golongan miskin dan mengukur tahap kesejahteraan rakyat serta nikmat pembangunan yang dikecap oleh mereka.

Dapatan awal daripada penyiasatan tahun 2014 memang telah menunjukkan peningkatan purata pendapatan kasar isi rumah sebanyak 8.4 peratus daripada RM5,000 pada tahun 2012 kepada RM5,919 pada tahun 2014. Statistik penengah ataupun median pendapatan kasar isi rumah bulanan Malaysia juga mencatatkan peningkatan sebanyak 8 peratus kepada RM4,258 pada tahun 2014 berbanding dengan RM3,626 pada tahun 2012. Ini memberikan gambaran bahawa 50 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM4,258 sebulan dan sebaliknya 50 peratus lagi berpendapatan isi rumah melebihi nilai tersebut.

Kumpulan berpendapatan rendah dalam kelompok B40 juga telah menunjukkan peningkatan dalam purata pendapatan kasar iaitu daripada RM1,847 pada tahun 2012 kepada RM2,312 sebulan pada tahun 2014. Sukacita saya nyatakan di sini bahawa nilai ini telah melebihi sasaran dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi golongan tersebut iaitu sebanyak RM2,300 sebulan. Namun begitu masih terdapat 2.3 peratus lagi isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan. Peratusan ini telah menurun berbanding tahun 2012 iaitu sebanyak 5 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator Dato' Goonasakaren ingin tahu bagaimana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menguruskan dana RM30 juta yang diperuntukkan kepada kaum India supaya dana itu sampai kepada golongan wanita India kerana Yang Berhormat menyatakan AIM tidak popular di kalangan kaum India.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menguruskan dana berjumlah RM30 juta yang akan diperuntukkan pada tahun 2015 ini kepada kaum India, AIM menggunakan mekanisme pembiayaan mikro kredit sedia ada dalam menyalurkan pembiayaan kepada peserta. Kriteria kelayakan seseorang individu menyertai skim pembiayaan AIM adalah seperti berikut:

(i) mempunyai pendapatan di bawah RM3,050 sebulan ataupun per kapita RM610;

(ii) pemilikan aset tidak melebihi RM200,000 untuk rumah dan keluasan tanah tidak melebihi tiga ekar; dan

(iii) nilai semasa kenderaan adalah tidak melebihi RM50,000.

Di samping memberi pinjaman AIM juga melaksanakan program-program sokongan seperti berikut:

(i) Program Nambikei iaitu motivasi untuk sahabat India;

(ii) Program SEED iaitu memperkasakan usahawan India; (iv) lawatan projek sahabat India yang berjaya; dan

80 DN 15.12.2014

(iv) ceramah dan penerangan untuk kaum India dan ini termasuklah jemputan daripada agensi luar.

Pelbagai usaha dijalankan bagi memastikan kaum India dapat kemudahan AIM dan usaha terkini adalah dengan memperoleh tiga orang kakitangan berketurunan India daripada SEED untuk membantu mempromosi dan memantau secara berkesan pelaksanaan program tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, isu pemerkasaan ekonomi bumiputera, isu ini telah mendapat perhatian dan dibahaskan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman dan Yang Berhormat Senator telah mencadangkan seorang Menteri dilantik untuk menjaga hal ehwal agenda bumiputera. Yang Berhormat Senator juga telah mencadangkan agar kerajaan memastikan semua perancangan untuk memperkasa ekonomi bumiputera dilaksanakan dengan efektif. Seterusnya, beliau juga ingin mengetahui sama ada dana-dana khas melalui TERAJU untuk bumiputera dapat memberi bantuan besar yang kepada peniaga bumiputera.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi memastikan perancangan untuk memperkasa ekonomi bumiputera dapat dilaksanakan dengan efektif Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) telah ditubuhkan untuk menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. Majlis Ekonomi Bumiputera ini dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dengan keahlian seramai 13 orang dan ini merupakan forum terbaik untuk membincangkan isu ekonomi bumiputera dengan lebih mendalam. Majlis Ekonomi Bumiputera ini memberikan tumpuan kepada aspek pelaksanaan dan juga pemantauan inisiatif yang berkaitan dengan bumiputera khususnya yang berkaitan dengan pemerkasaan ekonomi bumiputera. Berbanding dengan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang sebelum ini membincangkan mengenai dasar, hala tuju dan isu aras tinggi.

Sehubungan dengan itu, Majlis Ekonomi Bumiputera bersidang pada setiap bulan dan membuktikan komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mencapai matlamat yang disasarkan melalui program pemerkasaan ekonomi bumiputera ini dan dengan cara ini semua inisiatif kementerian, agensi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan GLIC dapat dipantau melalui KPI yang jelas.

Untuk menyokong inisiatif dan program pemerkasaan ekonomi bumiputera pula Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB) telah pun ditubuhkan di setiap kementerian bertujuan untuk memastikan penyertaan dan kepentingan bumiputera dalam bidang ekonomi dilaksanakan. Ada lima fokus utama inisiatif UPEB ini iaitu:

(i) mendaya modal insan;

(ii) meningkatkan pemilikan ekuiti korporat;

(iii) mengukuhkan pemilikan aset bukan kewangan;

(iv) memperhebat keusahawanan dan perniagaan; dan

(v) memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Dalam hal ini UPEB melaporkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama kementerian kepada pasukan petugas pemantauan UPEB yang dianggotai oleh Unit Perancang Ekonomi dan TERAJU sebelum ia dibentangkan kepada Majlis Ekonomi Bumiputera. Berdasarkan kepada peranan dan fungsi Majlis Ekonomi Bumiputera dan disokong dengan Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera maka kerajaan berpandangan pada masa ini struktur sedia ada adalah memadai bagi menjaga pembangunan ekonomi bumiputera.

Tan Sri Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Boleh mencelah sedikit? Saya

mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan atas inisiatif yang telah dibuat tetapi apabila saya mengutarakan masalah ini ialah pengaduan.

DN 15.12.2014 81

Adakah ini bermakna jika ada peniaga-peniaga bumiputera untuk mengatasi sesuatu masalah adalah ini bermakna kita terpaksa pergi ke kementerian-kementerian yang berkenaan ataupun kepada Yang Berhormat sendiri sebagai bos di EPU. Kepada siapa peniaga-peniaga bumiputera ini hendak mengadu untuk mengatasi sesuatu masalah ataupun untuk mengatasi keseluruhannya? Adakah kita terpaksa pergi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri ataupun kepada siapa yang kita hendak mengadu? Terima kasih.

Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-

Pertua, mereka yang ada kegusaran ataupun masalah bolehlah menghubungi pihak TERAJU ataupun Seksyen Pengagihan di Unit Perancang Ekonomi dan boleh juga membangkitkan perkara tersebut kepada saya sendiri. Jadi TERAJU ini memang merupakan sebuah agensi yang telah diwujudkan untuk mengawal selia program-program bumiputera dan mereka boleh dirujuk selain daripada Unit Perancang Ekonomi, Seksyen Pengagihan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, tentang isu pegangan ekuiti Yang Berhormat Senator Dato' Jaspal Singh ingin mengetahui pelan-pelan konkrit untuk meningkatkan ekuiti kaum India dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan jaminan 3 peratus ekuiti ini dicapai. Pemilikan ekuiti korporat kaum India kini sebanyak 1.6 peratus dengan nilai hampir RM10 bilion. Kerajaan sentiasa komited dan berusaha menyediakan pelbagai perancangan dan program bagi meningkatkan pegangan ekuiti India sama ada melalui pegangan ekuiti secara langsung ataupun melalui program-program pembangunan usahawan.

■1720

Antaranya, pertama sekali ialah Program Peningkatan Pegangan Unit Amanah Saham seperti contoh dalam Amanah Saham Wawasan, Amanah Saham 1Malaysia, Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Nasional Tiga dan Amanah Saham Gemilang yang setakat ini jumlah yang dilanggan adalah sejumlah RM3.77 bilion dan melibatkan 236,417 orang pelabur setakat 30 November 2014 ini.

Kedua ialah program Pembangunan Keusahawanan untuk kaum India. Program Pembangunan Keusahawanan ini bertujuan untuk membantu masyarakat India memulakan dan mengembangkan perniagaan di peringkat mikro ke peringkat sederhana dan besar. Antara agensi yang menyediakan program bantuan ini ialah Amanah Ikhtiar Malaysia yang kita ceritakan tadi, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), SME Corporation dan SME Bank.

Antara program-program dan bilangan usahawan masyarakat India yang terlibat ialah seperti contoh untuk Program SPUMI ini di bawah TEKUN telah melibatkan pinjaman sebanyak RM168.9 juta, melibatkan 14,185 orang usahawan. Amanah Ikhtiar Malaysia telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM60.6 juta, melibatkan 7,757 orang usahawan dan MIDF telah membiayai RM75.2 juta, melibatkan 61 orang usahawan dan SME Corp. RM20 juta, melibatkan 101 orang usahawan dan SME Bank RM178.6 juta, melibatkan 119 buah syarikat. Jadi, kalau kita campur dengan Program TUKAR, ATOM dan lain-lain, ia telah melibatkan sejumlah RM532.9 juta, melibatkan 22,320 orang usahawan ataupun syarikat-syarikat daripada kalangan masyarakat India.

Ketiga ialah program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Program Pembangunan Sahsiah dan Pembangunan Sosioekonomi ini diperuntukkan sebanyak RM173 juta bagi tempoh 2011 hingga 2014. Program ini bertujuan memberi latihan kemahiran, pembangunan keusahawanan, peningkatan pencapaian pendidikan dan peningkatan sahsiah diri. Ia dilaksanakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan termasuklah Yayasan Nam, Sri Murugan Center dan pelbagai NGO lain dan institusi latihan kemahiran swasta ataupun ILKS. Antara impak program ini melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan masyarakat India serta meningkatkan tingkat pendapatan kumpulan berpendapatan rendah. Secara tidak langsung program ini dapat membantu meningkatkan lagi pegangan ekuiti melalui pemilikan perniagaan.

82 DN 15.12.2014

Salah satu yang menarik perhatian saya secara peribadi Program Yayasan Nam ini. Di mana antara, lain mereka menyarankan agar belia-belia India menceburi diri dalam bidang pertanian sebagai satu usaha. Ada satu program yang telah kita kenal pasti seramai 109 orang kalau tidak silap, di mana kita memberikan pembiayaan untuk mereka menanam cili dalam kawasan satu ekar yang melibatkan kos pembangunan sebanyak RM40,000. Saya sendiri telah memantau program ini minggu lepas dan saya amat impress, dengan

izin, dengan perkembangan program ini. Di mana daripada tanah seluas satu ekar ini, dapat ditanam dengan 6,000 pokok polybag cili yang boleh menghasilkan sebanyak dua kilo untuk setiap pokok ini. Ini bermakna dalam jangka masa enam bulan selepas ia disemai, pulangannya bakal meningkat kepada dua belas tan ataupun 12,000 kilogram.

Mereka telah dapat berurusan dengan FAMA untuk membekalkan kepada FAMA cili yang berkualiti tinggi ini pada kadar RM5.00 sekilo. Jadi, hasil penanaman dalam satu musim sebanyak RM60,000 berbanding dengan kos awalan sebanyak RM40,000. RM40,000 ini termasuklah kos-kos paip untuk program fertigasi pertanian ini. Saya, apabila melihat kualiti pokok cili tersebut, memang paling baik saya pernah lihat. Alhamdulillah saya percaya kalau kita dapat laksanakan program ini dan disebarkan kepada program-program lain di kawasan-kawasan lain, saya rasa ini dapat membantu meningkatkan jumlah usahawan petani dan termasuklah di kalangan kaum India itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Yang Berhormat, boleh minta celah

sekejap?

Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Ya, sila.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

dan terima kasih Yang Berhormat dengan penjelasan yang begitu terperinci tentang ekuiti kaum India. Pada pendapat saya, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kenaikan ekuiti orang India begitu kecil saya, hanya point something peratus, bukan 1 peratus pun. Bila

saya mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat tadi, seolah-olah dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, we will still continue, dengan izin, dengan program yang sedia ada. Program Nam ini, maybe satu lagi program baru tetapi saya tidak dapat melihat bagaimana dalam lima tahun yang akan datang ini, ekuiti orang India boleh naik daripada 1.6 peratus hingga 3 peratus. Kita kena catch up, dengan izin, lebih kurang RM8 bilion atau RM10 bilion ekuiti. Kalau kita teruskan program-program seperti yang kita teruskan tanpa satu lagi something yang more innovative, dengan izin, bagaimanakah kita hendak mencapai 3 peratus ekuiti ini? Boleh minta penjelasan.

Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang

Berhormat Dato’ Jaspal. Kita perlu meneruskan program-program kita yang telah dikenal pasti sebelum ini dan perlu menambah baik program-program tersebut. Kita akan menambah baiknya dalam RMKe-11 yang sedang digubal ketika ini. Kita bakal membentangkannya di Parlimen pada bulan Mei tahun hadapan, 2015 nanti. Izinkan kami melengkapkan formulasi program-program itu nanti. Akan tetapi secara amnya, kita hendak pastikan bahawa kita memacu pertumbuhan ekonomi negara kita supaya kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang lebih luas lagi. Apabila kita dapat peluang perniagaan dan peluang pekerjaan yang lebih luas, maka kita pastikan pengagihannya akan diadakan secara saksama ataupun equitable. Kita akan pastikan bahawa kaum India tidak ketinggalan. Untuk itu, kita akan memantau terus daripada kadar 1.6 peratus ini untuk dipertingkatkan lagi untuk mencapai sasaran 3 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih pula kepada isu kedua iaitu isu pembangunan wilayah. Seramai lima orang Ahli Yang Berhormat Dewan Negara telah pun membangkitkan isu-isu yang berkaitan pembangunan wilayah ini. Yang pertama ialah Yang Berhormat Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian dan Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok yang telah menyarankan supaya kerajaan memberi perhatian dan usaha yang berterusan agar pembangunan di Sabah dan Sarawak seimbang dan sama dengan Semenanjung Malaysia.

DN 15.12.2014 83

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, objektif kerajaan ialah untuk mencapai pembangunan wilayah yang seimbang dan keutamaan setiap negeri, termasuklah negeri Sabah dan Sarawak diberi mengikut keperluan.

Keadaan ini dicerminkan oleh peruntukan Bajet Pembangunan untuk negeri Sabah dan Sarawak yang merupakan peruntukan yang tertinggi selepas Wilayah Persekutuan berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Negeri Sabah sebagai contohnya, telah menerima peruntukan terbesar, tidak termasuk Wilayah Persekutuan, sebanyak RM20.3 bilion ataupun 8.83 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh pula, negeri Sabah masih menerima peruntukan terbesar, tidak termasuk Wilayah Persekutuan iaitu sebanyak RM20.6 bilion ataupun 9 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan. Bagi mengurangkan jurang pembangunan di negeri Sarawak pula, Kerajaan Persekutuan telah pun menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM15.3 bilion ataupun 6.7 peratus daripada jumlah Rancangan Malaysia Kesembilan. Jumlah ini adalah ketiga tertinggi, tidak termasuk Wilayah Persekutuan, selepas negeri Sabah dan juga negeri Selangor.

■1730

Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh pula, negeri Sarawak diperuntukkan sebanyak RM18.6 bilion ataupun 8.1 peratus daripada jumlah peruntukan Pembangunan dan ini merupakan kedua terbesar selepas negeri Sabah.

Di samping itu, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak lima buah koridor pembangunan ekonomi telah pun ditubuhkan bagi mempercepatkan pembangunan ekonomi dan pembangunan wilayah yang seimbang. Ini termasuklah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas pula, tumpuan kerajaan akan diberikan bagi mempercepatkan lagi pembangunan di wilayah termasuklah bagi negeri Sabah dan Sarawak. Tumpuan kerajaan dalam mempercepat pembangunan di negeri Sabah dan Sarawak adalah mempertingkatkan tahap sosioekonomi dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang baik yang mana ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kesejahteraan rakyat di negeri Sabah dan Sarawak.

Justeru itu, bagi meningkatkan penyelarasan dan pelaksanaan projek-projek di bawah RMKe-11, satu Jawatankuasa khas bersama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri akan ditubuhkan. Ahli-ahli jawatankuasa tersebut akan terdiri daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Kita berharap dengan adanya jawatankuasa ini, isu-isu pelaksanaan pembangunan akan dapat diatasi dengan segera dan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak akan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat lagi.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin pula ingin penjelasan mengapa pembangunan projek mega di Sabah kurang berbanding di Semenanjung dan seterusnya mencadangkan agar ia dimasukkan dalam bajet akan datang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Bajet 2015, Kerajaan Persekutuan telah pun memperuntukkan sebanyak RM4 bilion iaitu RM1.4 bilion di bandar, RM1.7 bilion di luar bandar dan bakinya sebanyak RM952 juta di kawasan pelbagai untuk membiayai projek pembangunan di negeri Sabah. Projek yang diluluskan projek yang bersifat people centric yang mempunyai touch point, dengan izin, kerana ia memberi kesan langsung

kepada rakyat. Antara projek utama yang diluluskan untuk tahun 2015 ini adalah:

(i) projek bekalan elektrik luar bandar di Sabah yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM578.5 juta;

(ii) projek kelompok industri berasaskan kelapa sawit Lahad Datu yang melibatkan jumlah RM200 juta;

84 DN 15.12.2014

(iii) projek bekalan air luar bandar negeri Sabah berjumlah RM99.3 juta; dan

(iv) program bantuan rumah negeri Sabah melibatkan perbelanjaan sebanyak RM69.9 juta.

Selain daripada itu, dua projek naik taraf jalan dan satu projek pembaikan cerun yang melibatkan tujuh buah lokasi di sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo turut diluluskan dengan kos RM477 juta. Projek ini akan dijalankan secara berperingkat mulai tahun 2015 hingga tahun 2017.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit telah membangkitkan isu pembangunan projek ECER dan NCER oleh kerajaan. Yang Berhormat Senator ingin tahu adakah projek-projek ini benar-benar memanfaatkan rakyat tempatan. Yang Berhormat juga ingin tahu statik terkini penggajian pekerja di projek-projek tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Koridor memang memberi manfaat kepada ekonomi penduduk setempat khususnya dan ekonomi negara secara amnya. Sebagai contoh, dari tahun 2007 sehingga kini, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah mempelopori bidang-bidang seperti pembuatan, penyelidikan, minyak dan gas, perikanan, pertanian dan perdagangan di ECER. Status prestasinya, pertama sekali daripada segi jumlah pelaburan yang diterima adalah sebanyak RM72.6 bilion. Jumlah peluang pekerjaan yang dianggarkan diwujudkan sebanyak 73,000 peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Manakala untuk Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah mempelopori bidang-bidang seperti pertanian, pembuatan, dan pelancongan logistik. Dari tahun 2010 sehingga kini, status prestasi pencapaian NCER daripada segi jumlah pelaburan yang diterima adalah sebanyak RM45.63 bilion dan jumlah peluang pekerjaan dianggarkan sebanyak 70,000 peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Antara projek dan program yang telah dilaksanakan dan telah memberi manfaat kepada rakyat tempatan di Wilayah Pantai Timur projek agropolitan, program-program pembangunan modal insan seperti Empower ECER, Entrepreneur ECER dan sebagainya. Daripada segi statistik pula, projek agropolitan di Besut di Setiu yang melibatkan seramai 100 buah keluarga membabitkan aktiviti penternakan biri-biri- dorper dan purata pendapatan yang telah dijana oleh peserta antara RM1,000 sehingga RM1,200 sebulan.

Bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara pula, Program Beliaku Mahir merupakan salah satu program yang dilaksanakan yang memberi manfaat kepada rakyat tempatan yang menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan sumber pendapatan. Satu contoh ialah Program Perda Kimpalan yang diadakan untuk meningkatkan kemahiran dalam industri kimpalan bagi memenuhi keperluan industri. Peserta yang mengikut program ini berjaya meningkatkan purata pendapatan daripada RM300 sebelum ini kepada RM1,200 sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed ingin mengetahui status peruntukan RM100,000 daripada ECER untuk penyelenggaraan Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang dan adakah peruntukan ini telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Jabatan Perhutanan Negeri.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) tidak terlibat dalam projek penyelenggaraan Hutan Lipur Bukit Bakar di Machang. Oleh yang demikian, kita tidak mempunyai peruntukan untuk projek tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga iaitu isu infrastruktur juga telah menarik perhatian dua orang Ahli Yang Berhormat.

DN 15.12.2014 85

Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin telah mencadangkan agar sistem pengangkutan kereta api dilaksanakan dari Kerteh, Kuantan ke Terengganu.

Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Laluan Rel Pantai Timur telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada projek infrastruktur bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang boleh menjadi pemangkin untuk mempercepatkan lagi pembangunan dan industri di ECER. Walau bagaimanapun, buat masa ini cadangan membangunkan projek tersebut masih dalam kajian kedayamajuan ataupun viability, dengan izin, oleh semua pihak yang terlibat. Kita belum boleh dapat memutuskan sama ada untuk meneruskan projek ini ataupun tidak.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah mencadangkan kerajaan membina sebuah jambatan merentasi Selat Melaka dari Teluk Gong ke Riau untuk tujuan perpaduan dan pembangunan ekonomi tempatan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap cadangan projek infrastruktur secara kerjasama awam swasta yang diterima oleh kerajaan akan dinilai dari pelbagai aspek termasuklah keperluan sebenar infrastruktur, impak pelaksanaannya kepada ekonomi dan sosiobudaya negara, daya maju projek, kebolehbiayaannya atau bankability, dengan izin, serta kos melepas ataupun opportunity cost sekiranya dilaksanakan. Selepas penilaian ke

atas cadangan untuk membina jambatan antara Malaysia-Indonesia dibuat, cadangan pembinaan jambatan Malaysia-Indonesia tersebut didapati tidak memenuhi kriteria-kriteria tersebut. Namun begitu, kerajaan sentiasa terbuka terhadap sebarang cadangan pembinaan projek-projek infrastruktur secara kerjasama awam swasta pada masa-masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, isu keempat adalah berhubung dengan isu modal insan. Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah menyarankan agar Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 yang menetap di bandar.

■1740

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Skim Latihan 1Malaysia satu program latihan yang dikhaskan untuk membantu graduan lepasan ijazah meningkatkan tahap kebolehpasaran ataupun employability mereka dalam mendapatkan pekerjaan yang

setaraf dengan kelayakan dan seterusnya membantu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan lepasan ijazah.

Justeru, Program SL1M ini tidak dibuka kepada pelajar tingkatan lima kerana kita sudah ada program-program khusus untuk lepasan sekolah. Misalnya pelajar lepasan SPM boleh memilih untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma atau sijil-sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi dan juga institusi latihan kemahiran. Terdapat lebih daripada 1,000 buah institusi latihan kemahiran awam dan swasta yang menerima pelajar lepasan tingkatan lima. Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian yang bercorak akademik pula, mereka bolehlah meneruskan pengajian ke peringkat diploma di institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta.

Tuan Yang di-Pertua, isu kelima dan terakhir yang ingin saya memberi respons ialah berhubung dengan isu penstrukturan semula MAS. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, isu ini telah pun dibahaskan oleh 19 orang Ahli-ahli Dewan Negara semasa saya membentangkan Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 dua minggu yang lalu. Saya cuba menjawab beberapa isu lanjut yang dibangkitkan oleh empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertama sekali Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari Bin Mat membangkitkan mengapa MAS tidak mengambil inisiatif yang sama seperti syarikat penerbangan AirAsia dan Malindo berhubung penerbangan dari Lapangan Terbang Ismail Putera Pengkalan Chepa Kelantan ke Sabah dan Sarawak dan juga ke Melaka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini MAS sedang dalam tindakan melaksanakan pelan pemulihannya.

86 DN 15.12.2014

Sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan ini, MAS akan mengkaji semula keseluruhan struktur jaringan perhubungannya yang melibatkan jaringan sedia ada dan yang baru bagi penerbangan domestik dan juga antarabangsa.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah telah mencadangkan agar pelantikan untuk jawatan-jawatan penting dalam MAS tidak dibuat di kalangan dari warga asing memandangkan CEO MAS yang baru adalah dari warga asing. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed pula ingin tahu berapakah jumlah gaji dan elaun yang akan diterima oleh CEO baru MAS ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, salah satu daripada 12 perkara utama di bawah Pelan Pemulihan MAS ataupun MAS Recovery Plan, dengan izin, pengukuhan

barisan kepimpinan. Usaha pencarian bakat yang sesuai dan berpengalaman telah pun dilaksanakan di dalam mahupun di luar negara. Ini adalah bagi memastikan Malaysia Airlines Berhad iaitu entiti baru bakal diketuai oleh pemimpin-pemimpin yang benar-benar berwibawa dan mampu membawa syarikat ke arah menjana keuntungan pada masa hadapan.

Sungguh pun bakal CEO Malaysia Airlines Berhad yang baru seorang warga asing, salah satu daripada sasaran yang telah ditetapkan bagi beliau adalah untuk melatih dan menyediakan pelapis daripada kalangan warga tempatan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan pada masa hadapan. Selain daripada jawatan CEO dan ahli lembaga pengarah, usaha untuk mengukuhkan barisan kepimpinan Malaysia Airlines Berhad yang baru akan dapat dilaksanakan di seluruh struktur organisasi termasuklah pengurusan kanan dan juga jawatan penting.

Selain daripada jawatan CEO, penilaian bakat dalaman MAS yang majoritinya terdiri daripada warga tempatan sedang pun dijalankan dan dikendalikan oleh penasihat bebas. Setakat ini, MAS telah pun menjalankan penilaian terhadap 500 orang di kalangan pengurusan atasan dan ini telah pun diselesaikan.

Berkenaan dengan isu gaji, untuk makluman Ahli Yang Berhormat maklumat berkaitan ganjaran CEO yang baru adalah sulit dan tidak dapat didedahkan. Seterusnya...

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat, minta laluan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri kata tidak boleh hendak dedahkan, tetapi saya difahamkan bahawa beliau menerima gaji di Ireland sekarang RM500,000. Kalau dia hendak pindah ke sini, sudah tentulah lebih daripada RM500,000. CEO yang ada sekarang pun gaji saya difahamkan RM200,000 lebih, CEO tempatan, HR sahaja RM120,000. Itu yang kita pertikaikan sewaktu kita bahas dahulu.

Kemudian, Engineering Department yang buat kerja-kerja third party yang

mendatangkan hasil, yang boleh membayar seluruh gaji pekerja MAS hendak dikecilkan. Jadi saya pun tidak faham. Yang Berhormat boleh jawab? Terima kasih.

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Khairudin bin

Samad. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu melihat secara keseluruhan. Jadi saya tidak dapat komen tentang gaji individu spesifik begitu.

Untuk yang lalu itu, kita boleh lihat daripada laporan tahunan mereka sebab dalam laporan tahunan mereka perlu disclosed ganjaran yang telah diberikan kepada CEO dan ahli-ahli lembaga pengarah. Untuk yang masa depan ini saya tidak dapat memberikannya. Akan tetapi yang penting seperti saya bentangkan dua minggu lepas adalah untuk membolehkan Malaysia Airlines Berhad, entiti baru ini beroperasi pada satu struktur kos yang munasabah, yang membolehkan mereka mendapat keuntungan secara bersinambungan. Saya rasa ini perlu dilihat secara keseluruhan dan bukan daripada segi individu tersebut.

Tuan Yang di-Pertua...

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Mohon mencelah.

DN 15.12.2014 87

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Silakan.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Yang Berhormat Menteri tidak boleh

mengeluarkan maklumat itu kerana ia adalah sulit. Cuma saya difahamkan ia mencecah setengah juta. Jadi sebolehnya pihak Menteri menjawab supaya ia tidak menjadi persoalan sebab ia telah berlegar-legar kononnya mencecah setengah juta. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-

Pertua, isu tentang ganjaran kepada CEO ini bukanlah khusus ke Malaysia Airlines sahaja. Untuk membolehkan kita menarik talent atau bakat untuk CEO ini, kita perlu boleh membayar mereka pada ganjaran yang berpatutan, yang setimpal dengan tanggungjawab dan setimpal dengan taraf mereka sebagai CEO syarikat-syarikat yang besar.

Kalau hendak disebutkan MAS ini juga, kalau kita lihat senarai CEO-CEO yang ada di Malaysia ini pun daripada segi jumlah ganjaran mereka secara tahunan, memanglah telah pun lebih daripada RM1 juta. Ini merupakan keadaan semasa dan Malaysia Airlines Berhad tidak terkecuali daripada perlu membayar satu kadar yang kompetitif untuk membolehkan mereka menarik talent ataupun bakat untuk menerajui syarikat yang baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim telah membangkitkan isu berkaitan dengan pemberhentian 6,000 orang pekerja MAS yang melibatkan cadangan penubuhan satu pasukan khas bagi menangani isu ini, bayaran pampasan yang akan diberikan serta penyerapan dalam GLC yang lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat satu pasukan khas di pejabat pengurusan penstrukturan semula ataupun restructure management office di MAS yang bertanggungjawab atas hal-hal berkaitan tenaga kerja syarikat penerbangan tersebut. Ini termasuklah latihan semula dan penempatan semula kakitangan. Dalam hal yang berkaitan seperti yang telah diumumkan oleh Khazanah, Khazanah komited untuk membantu setiap kakitangan MAS yang tidak akan diserap ke dalam syarikat yang baru bagi meminumkan impak negatif atas kualiti kehidupan masing-masing.

Selain daripada pampasan kewangan, Khazanah akan menubuhkan sebuah corporate risk killing centre dan outplacement centre dengan izin, yang bertujuan untuk memberikan latihan semula, pelung pekerjaan dan peluang penempatan kepada pekerja yang tidak berhijrah kepada syarikat ataupun entiti baru tersebut. Kedua-dua pusat tersebut akan mula beroperasi pada 1 April 2015.

Di samping itu juga, tiga buah syarikat multinasional telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Khazanah untuk memberi peluang latihan semula dan penempatan pekerjaan kepada kakitangan MAS yang tidak diserap ke dalam Syarikat Malaysia Airlines yang baru tersebut.

■1750

Buat masa ini ketiga-tiga syarikat tersebut telah pun mengenal pasti peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan untuk kakitangan yang dilatih semula. Walau bagaimanapun pengambilan kakitangan akan dibuat berdasarkan kepada kesesuaian dan kepakaran masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga bagi bekas kakitangan MAS ataupun kakitangan yang telah diberhentikan diberitakan dikenakan tindakan tatatertib yang diambil ke atas mereka sebelum 1 Julai 2015, mereka tidak layak menerima sebarang pampasan. Namun begitu bagi mereka yang masih bekerja dengan MAS, kakitangan tersebut layak menerima pampasan walaupun tindakan tatatertib pernah dikenakan ke atas mereka.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya sekali lagi hendak mengucapkan…

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua?

88 DN 15.12.2014

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada tiga orang bangun. Okey, silakan Yang Berhormat

Norliza.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ada satu soalan yang saya tanya pada hari itu. Adakah kadar pampasan ini akan dibincang bersama dengan Kesatuan Sekerja dan mencapai satu amaun yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak?

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang

saya bentangkan di Dewan Negara ini sebelum ini, satu cadangan akan diwujudkan, disediakan oleh pentadbir dan mereka masing-masing dengan pengurusan akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak Kesatuan. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, mesyuarat-mesyuarat tersebut telah pun daripada segi kawal selianya telah pun dibentangkan dalam rang undang-undang tersebut. Di mana mesyuarat tersebut perlu dihadiri oleh setiap wakil kesatuan dan mereka perlu diberikan notis sebanyak 14 hari sebelum mesyuarat tersebut dilaksanakan. Jadi ini semua akan dibentangkan dalam mesyuarat-mesyuarat yang bakal diadakan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang Yang

Berhormat Dato’ Adam bin Abdul Hamid dan selepas itu Yang Berhormat Tan Sri dan juga…

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang Tuan Yang di-

Pertua ingat, saya turut serta membahaskan dengan panjang lebar. Nama pun Yang Berhormat Menteri tidak sebut dan bolehkah dijelaskan perkara-perkara yang saya bawa itu.

Tuan Yang di-Pertua: Boleh Yang Berhormat tolong, dan bantu, apakah isu Yang

Berhormat bangkitkan itu?

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Isu yang satu soal pekerja yang diberhentikan.

Saya menyatakan ketidaksetujuan saya. Oleh sebab kalau berhenti dengan notis sahaja tidak patut dan kita kena jaga imej MAS itu dan juga imej Malaysia untuk satu jangka masa yang panjang dan mesti ternampak adil. Itu satu fakta yang saya sebutkan. Saya juga sebut tentang ada anak syarikat yang patut dibawa runding semula mengenai perjanjian antara MAS dengan anak syarikat ini yang kita nampak berat sebelah. Misalnya dalam soal katering, itu juga tidak diperjelaskan. Terima kasih.

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak

silap saya semua isu yang telah dibangkitkan semasa perbahasan Rang Undang-undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 telah pun dijawab ketika sesi tersebut. Saya pada petang ini menjawab berkenaan dengan perbahasan semasa belanjawan Bajet 2015. Menurut nota saya ini tidak ada isu yang dikaitkan oleh Yang Berhormat Senator tadi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, sekarang ya Yang Berhormat Tan Sri.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

ada dua soalan. Satu yang saya tanya dulu Yang Berhormat Menteri tidak jawab iaitu jalan dari - tetapi sebelum itu saya tanya MAS dulu. Adakah salah satu pemulihan MAS ini akan melibatkan juga AirAsia dan juga Malindo, JV dengan MAS jadi sebuah syarikat induk. Macam mana Yang Berhormat Menteri telah lakukan merging beberapa buah bank menjadi bank mega yang lebih besar supaya boleh berjaya. Ini kerana nampak ketiga-tiga ini esok akan bersaing. Jadi kalau ketiga-tiga ini merge saya percaya ia lebih berdaya maju.

Kedua, soalan saya kerana Yang Berhormat Menteri sudah hendak habis jawapan, saya ada tanya jalan Persisiran Selat Melaka dari Linggi, Masjid Tanah sampai ke Bandar Melaka. Dahulu memang sudah lulus, selepas itu tarik balik untuk meningkatkan jalan ini dari dua ataupun satu lorong kepada dua lorong.

DN 15.12.2014 89

Ini kerana sekarang ini Melaka terlalu sesak dan jika ini dapat dilakukan ia juga dapat membantu pembangunan di Port Dickson. Terima kasih.

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali tentang soalan MAS tersebut. Menurut Pelan Pemulihan Semula MAS ataupun MAS Recovery Plan tidak wujud cadangan untuk menggabungkan MAS dengan AirAsia ataupun Malindo. Ini agak jelas from the MAS Recovery Plan, dengan izin. Tentang isu kedua itu,

jalan Persisiran di Melaka, saya minta maaf sebab saya tidak ada nota yang menyatakan bahawa terdapat soalan ataupun isu itu dibangkitkan semasa perbahasan bajet dan saya akan mengambil maklum perkara tersebut dan akan beritahu kepada Yang Berhormat Senator.

Tuan Yang di-Pertua: Jawab dengan bertulis Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Ya, secara bertulis. Jadi Tuan Yang di-Pertua

kalau boleh izinkan, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat…

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri ada seorang lagi.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini

berkaitan dengan soal penamatan pekerja-pekerja MAS seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa mereka sebahagiannya akan pergi kepada syarikat-syarikat yang lain. Pertanyaan saya ialah bahawa apabila berlaku demikian, sudah pun ada pemutusan hubungan kerja di antara syarikat yang ada ini. Untuk itu, adakah mereka ini akan dibayar pampasan atas khidmat daripada mulai dia bekerja dengan syarikat yang ada ini sehinggalah dia dipindahkan ke syarikat yang lain, itu pertama.

Keduanya ialah, berapakah jumlah sebenar yang akan bekerja dengan Malaysia Airlines Berhad ini di mana yang kita telah bincang panjang di Dewan ini. Selain itu saya nampak bahawa inilah satu-satunya usaha yang paling cepat kita selesaikan, meluluskan di Dewan ini, mereka sudah pun mengambil pakar-pakar untuk memulihkan MAS ini. Cepat betul, berbanding dengan hal-hal yang lain. Terima kasih.

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir. Tentang isu termination payments ini, menurut pelan

pemulihan yang telah dibentangkan, Malaysia Airlines Berhad sebuah entiti baru akan diwujudkan dan mereka akan melalui satu proses memilih kakitangan-kakitangan yang bakal diterima untuk berkhidmat dengan syarikat baru ini. Mereka akan diberikan satu terma yang baru, yang bakal dibentangkan kepada mereka dan ini akan juga dibentangkan dalam satu mesyuarat akan bakal dipanggil dengan syarikat-syarikat kesatuan.

Daripada segi jumlahnya, berdasarkan kepada pelan yang telah diumumkan oleh Khazanah Nasional, mereka menjangkakan seramai 14,000 orang kakitangan akan dilantik di bawah syarikat entiti baru ini, Malaysia Airlines Berhad. Ini kalau kita bandingkan dengan jumlah sekarang ini yang ada 20,000, jadi yang akan berkhidmat di bawah syarikat yang baru ini hanya 14,000. Daripada segi kecepatan pelaksanaan apa yang telah disebutkan, sebenarnya daripada segi perancangan ini telah pun bermula lama dan kalau kita masih ingat lagi, Khazanah telah pun mengumumkan Pelan Pemulihan MAS ini pada 29 Ogos lagi. Sejak itu mereka telah pun menjalankan proses-proses termasuklah pemilihan ataupun pencarian Ketua Pegawai Eksekutif yang baru.

■1800

Oleh sebab itulah ini bukan mereka baru seminggu dua buat kerja ini. Akan tetapi proses pemilihan ini telah pun dilaksanakan sejak bulan Ogos lagi. Apabila telah terlaksana, jadi mereka telah boleh membuat pengumuman yang sesuai pada baru-baru ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Ya silakan Yang Berhormat.

90 DN 15.12.2014

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Saya ada baca...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat adakah soalan ini berkaitan apa Yang

Berhormat bangkitkan tempoh hari?

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Ada ini. Note saya.

Tuan Yang di-Pertua: Ada ya?

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Ada.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey.

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Ini mengenai Lebuhraya

Pantai Timur melalui Seremban-Kuala Pilah-Jempol dan ke Pekan. Ini saya bangkitkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, saya pun ingat itu. Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak ada

maklumat tentang perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak memperingatkan

kepada semua. Tidak salah Menteri. Menteri masa itu dia tidak ada. Pegawai-pegawai mewakili Menteri saya sudah banyak kali memperingatkan tentukan perkara-perkara yang dibangkit itu dicatatkan supaya Yang Berhormat Menteri menjawab. Kalau sekiranya jawapan itu tiada, ini saya rasa tidak boleh salahkan Menteri ataupun Timbalan Menteri yang mewakili.

Pegawai-pegawai yang berkehendak itu hendak betul-betul memahami dan tentukan perkara-perkara yang dibangkitkan itu dicatatkan dengan betul. Ini kerana saya selalu nampak tidak ada orang di sini. Betul. Akan tetapi mereka kata ada dalam bilik. Akan tetapi, bila dalam bilik inilah perkaranya. Saya fikir perkara ini ambil serius. Tidak mengapa Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat jawab secara bertulislah.

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tak pasti

sama ada ini akan dijawab oleh Kementerian Kerja Raya ataupun kalau untuk kami dan kami akan menjawab secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, agaknya saya masih ingat juga. Dia

bertanya, apa rancangan kerajaan memandangkan keadaan kesibukan sekarang ini lebuh raya dari Seremban pergi melalui Kuala Pilah, keluar ke lebuh raya di Pantai Timur yang menghubungkan? Saya rasa perkara itu memang betul dibangkitkan tetapi tidak salah you Yang Berhormat. So, saya sekarang ini hendak beri peringat kepada semua yang berkenaan, bila buat catatan itu tentukan be fair, dengan izin, kepada Menteri yang menjawab. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Mungkin Tuan Yang di-Pertua. Itu mungkin

berhubung dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia dan mungkin ada dijawab oleh Kementerian Kerja Raya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa Yang Berhormat. Kita ambil peringatan dan saya

harap Yang Berhormat yang terlibat memberi jawapan kepada Yang Berhormat itulah.

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi

kepada semua yang telah membangkitkan isu-isu dan sekiranya ada terdapat isu-isu yang tidak dijawab dengan sempurna, kita telah pun catatkannya dan kita ambil perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. Sekarang

saya hendak beritahu semua Yang Berhormat untuk bersikap kerana kita ada dua hari sahaja untuk menyelesaikan semua jawapan daripada kementerian-kementerian yang berkenaan. Sekarang habislah berkenaan Jabatan Perdana Menteri. Kita ada lebih kurang 23 kementerian lagi.

DN 15.12.2014 91

Ya, selepas ini saya nak beri peluang pada Jabatan Perdana Menteri ada seorang lagi ini. So, untuk masa itu saya harap sama-sama kita menghormati dan jaga masa dalam

jam yang ditetapkan. Silakan, Yang Berhormat Dato’ Razali.

6.03 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Razali bin Ibrahim]:

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengakhiri penggulungan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri dalam hal-hal berkaitan FELDA, Biro Tatanegara, SUHAKAM, SPRM dan Institut Integriti Malaysia seperti yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan bajet Jabatan Perdana Menteri tahun 2015.

Seramai tiga orang Ahli Yang Berhormat Senator telah menyentuh hal berkaitan FELDA. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, pihak FELDA telah mematuhi arahan Jabatan Alam Sekitar peringkat ibu pejabat yang berkehendakkan satu laporan kajian impak alam sekitar secara terperinci atau, dengan izin, Detail Environmental Impact Assessment (DEIA) untuk melaksanakan sebelum sesuatu projek dibangunkan termasuk dalam soal penternakan ikan sturgeon bagi mendapatkan kaviar di Kuala Tahan.

Ini adalah bagi memastikan ekosistem alam sekitar dan komuniti setempat yang terbabit tidak terjejas sewaktu pengoperasian projek berkenaan.

Sebuah firma konsultan DEIA telah pun dilantik pada 5 November 2014 yang lalu di mana kajian akan merangkumi aspek seperti impak sosioekonomi masyarakat setempat dan kepelbagaian semula jadi ekopelancongan di kawasan Kuala Tahan. Ia bagi memastikan agar ekosistem kawasan tersebut dapat terus kekal terpelihara. Proses kajian dan penilaian tersebut kini sedang giat dijalankan dan ia memerlukan masa sekitar enam hingga sembilan bulan sebelum hasil keputusan diperoleh sepenuhnya.

Yang Berhormat Senator Dato’ Goonasakaren a/l Raman ingin mendapat penjelasan mengenai mengapa generasi kedua FELDA yang tinggal bersama ibu bapa di FELDA sukar mendapat rumah generasi kedua FELDA berbanding anak-anak yang tinggal di luar FELDA. Yang Berhormat juga bertanyakan soal kriteria pemilikan penerima rumah generasi kedua FELDA ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, fokus perancangan bagi pelaksanaan rumah Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) adalah sememangnya untuk memberi keutamaan kepada generasi baru yang tinggal di dalam sesebuah kawasan rancangan.

Terdapat tiga peringkat saringan pemilihan iaitu peringkat rancangan; kedua, peringkat wilayah; ketiga, peringkat ibu pejabat. Syarat pemilihan oleh Jawatankuasa Penapisan dan Pemilihan di peringkat rancangan adalah:

(i) warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan Malaysia;

(ii) merupakan warga generasi baru FELDA;

(iii) berumur 18 tahu ke atas;

(iv) telah berkahwin;

(v) satu permohonan bagi pasangan suami atau isteri daripada satu keluarga peneroka;

(vi) pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM2,500 sebulan; dan

(vii) tiada rekod kesalahan jenayah, tidak muflis atau bankrap.

Manakala syarat pemilihan oleh Jawatankuasa Penapisan dan Pemilihan di peringkat wilayah adalah:

92 DN 15.12.2014

(i) generasi baru FELDA yang bermastautin dalam rancangan dan membantu keluarga dalam kerja kebun atau bekerja dengan syarikat kumpulan FELDA;

(ii) generasi baru FELDA yang bekerja di luar tetapi bermastautin dalam rancangan; dan

(iii) generasi baru FELDA bekerja di luar tetapi menyewa rumah berhampiran dengan rancangan.

Seterusnya Jawatankuasa Khas Penapisan dan Pemilihan di peringkat ibu pejabat akan membuat pengesahan dan kelulusan. Justeru tidak timbul bahawa generasi baru FELDA yang tinggal di kawasan rancangan sukar memperoleh rumah berbanding mereka yang tinggal di luar kawasan rancangan.

Tuan Yang di-Pertua, pihak FELDA sentiasa mencari kaedah yang terbaik dalam soal pemilikan rumah PGBF ini termasuk melalui kaedah sewa dan beli seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 7 Disember 2014 baru-baru ini iaitu semasa merasmikan Program Himpunan Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) Kebangsaan 2014 di Putrajaya di mana melalui kaedah sewa beli ini, generasi baru akan membayar sewa rumah PGBF terlebih dahulu bagi tempoh lima tahun sebelum memilikinya selepas tempoh tersebut berdasarkan kriteria dan syarat yang bakal ditetapkan. Ini sekali gus menjawab dan memenuhi cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif.

Seterusnya izinkan saya memberi penjelasan soal berkaitan dengan usaha memerangi rasuah di negara ini. Seramai tujuh orang Ahli Yang Berhormat Senator telah berkongsi minat dalam soal ini. Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader dan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah menekankan soal ketirisan yang berlaku dalam agensi kerajaan seperti mana yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ingin mengucapkan terima kasih atas perkongsian itu dan ingin memaklumkan bahawa pihak SPRM sentiasa mengambil serius terhadap kelemahan dan ketirisan seperti mana yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Menjadi tugas dan tanggungjawab SPRM untuk terus menyiasat kes-kes berunsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara ini.

Namun demikian, bukan semua isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara merupakan kesalahan yang berunsur rasuah. Hasil pemantauan ke atas tindakan susulan agensi ke atas Laporan Ketua Audit Negara mendapati umumnya agensi-agensi berkenaan berjaya mengambil tindakan penambahbaikan terhadap peraturan, prosedur dan proses kerja sebagaimana yang disyorkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Manakala bagi setiap teguran audit yang melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas, siasatan akan dijalankan bagi tujuan untuk memperoleh keterangan yang relevan daripada aspek kesaksian dan keterlibatan pegawai-pegawai dalam kes-kes yang dilaporkan.

Sekiranya wujud asas kukuh bahawa pegawai didapati melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas, maka tindakan tatatertib, surcharge atau pertuduhan jenayah di mahkamah akan dikenakan terhadap pegawai berkaitan. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah, Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad dan Yang Berhormat Puan Norliza binti Abdul Rahim telah membangkitkan agar SPRM terus menjalankan tugas untuk membanteras perlakuan rasuah ini termasuk mencari langkah dalam menyelesaikan masalah-masalah penyeludupan selain menyentuh soal isu jerung-jerung yang tidak dikenakan tindakan tetapi ikan bilis yang dikejar dan ditangkap.

DN 15.12.2014 93

■1810

Dalam masa yang sama, Ahli Yang Berhormat turut menyeru agar SPRM tidak mengamalkan selective prosecution, dengan izin, untuk salah laku rasuah ini. Tuan Yang di-Pertua, SPRM adalah sebuah agensi yang menjalankan penguatkuasaan ke atas kesalahan-kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM 2009). Tugas dan tanggungjawab SPRM adalah untuk menyiasat kes-kes berunsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berdasarkan peruntukan akta tersebut. Sekiranya ia mempunyai unsur-unsur rasuah, saya ingin memberi jaminan bahawa SPRM akan menjalankan tugasnya dengan izin, without fear or favor.

Namun begitu, dalam soal penyeludupan, untuk pengetahuan kita bersama, kesalahan penyeludupan adalah di bawah Akta Kastam 1967. Sehubungan dengan itu, SPRM tidak boleh mengambil tindakan ke atas kes-kes penyeludupan melainkan terdapat maklumat yang jelas menunjukkan bahawa terdapat pegawai-pegawai yang terlibat dalam membantu sindiket penyeludupan telah melakukan kelakuan rasuah, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta SPRM 2009.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam usaha memerangi rasuah ini, tiada istilah ikan jerung atau ikan bilis. Semua kes dikendalikan secara saksama tanpa mengira pangkat, kedudukan atau fahaman politik seseorang. Rasuah satu jenayah yang amat serius, sekiranya rasuah dipolitikkan, ia boleh menimbulkan kebencian, serta perpecahan dalam kalangan rakyat yang akhirnya mewujudkan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial.

Usaha-usaha membanteras rasuah juga bukan bersifat one-off, akan tetapi ia bersifat ongoing, it is a journey but not a destination, dengan izin. Rasuah juga bukanlah

mengenai besar atau kecil nilai, rasuah tidak melihat kedudukan individu yang terlibat akan tetapi ia lebih daripada kesan buruk yang dibawa daripada perlakuan tersebut. Nilai rasuah yang kecil juga boleh mendatangkan malapetaka dan kemudaratan yang besar kepada keselamatan dan kesejahteraan masyarakat selain menyebabkan ketirisan hasil kerajaan yang boleh mencapai berbilion-bilion ringgit.

Memetik kata-kata mantan peguam cara negara Hong Kong, yang juga merupakan mantan Pesuruhjaya ISAC Hong Kong iaitu Mr. Bernard dengan izin, “Small fish can have a disastrous affect, for instance to the country security, public health and education. The ultimate objective for the anti corruption effort is not only how the people think about the commission but also to what extent the personal attitude towards corruption can be changed.”

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat dan Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim telah mencadangkan agar tindakan yang lebih tegas diambil tidak hanya kepada penerima rasuah tetapi kepada pemberi rasuah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 telah memperuntukkan bahawa tindakan boleh diambil ke atas pemberi rasuah dan penalti ke atas pemberi rasuah yang disabitkan kesalahan dengan, “Hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai, atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Pendakwaan akan dibuat berdasarkan kepada keterangan dan bukti yang diperoleh.”

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus membangkitkan berkenaan isu tragedi Cameron Highlands yang berlaku baru-baru ini serta mengaitkan dengan gejala rasuah. Yang Berhormat Senator membangkitkan bahawa terdapat undang-undang mengenai rasuah tetapi penguatkuasaannya lemah. Selain itu, Yang Berhormat Senator ingin mengetahui adakah masalah itu disebabkan kekurangan kakitangan atau kakitangan mudah disogok seolah-olah isu rasuah ini tiada penyelesaiannya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, SPRM memandang serius masalah di Cameron Highlands yang mendapat perhatian keseluruhan rakyat Malaysia sehingga ia disifatkan sebagai tragedi negara.

94 DN 15.12.2014

Malah ada dakwaan mengatakan bahawa rasuah merupakan antara punca sehingga berlakunya peristiwa banjir lumpur yang mengorbankan nyawa manusia kerana tindakan tidak diambil oleh pihak berwajib dan agensi penguatkuasaan undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, SPRM sebenarnya ada menerima laporan dan maklumat berkaitan dakwaan wujudnya jenayah rasuah di sebalik isu penerokaan haram di Cameron Highlands, malahan tindakan telah pun diambil dan siasatan akan terus dijalankan. Pada tahun 2013, satu kes telah dibawa ke mahkamah di mana seorang peneroka haram telah didakwa kerana cuba memberi sogokan RM20,000 kepada pegawai pejabat tanah dan Daerah Cameron Highlands.

SPRM telah mencadangkan isu dan syor kepada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sendiri, Datuk Seri Adnan Yaakub pada Ogos 2014 malah satu pembentangan juga telah dibuat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu kepada Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail pada Julai 2014. Pada masa yang sama, SPRM terus menerusi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan telah menjalankan pemeriksaan selaras dengan seksyen 7(c), 7(d) dan 7(e) Akta Pencegahan Rasuah 2009 berhubung kegiatan penerokaan tanah kerajaan secara haram oleh pekebun-pekebun sayur di Cameron Highlands dan perkara ini akan diteruskan.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah untuk menanam budaya integriti di kalangan penjawat awam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Institut Integriti Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 2004 adalah berperanan untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang cekap dan berintegriti telah mengambil pelbagai inisiatif ke arah membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam.

Dalam tempoh lima tahun yang lepas, lebih 300,000 orang pegawai dan kakitangan awam telah mengikuti pelbagai program integriti yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia dan Rakan Integriti termasuk di peringkat kementerian dan agensi. Bagi memantapkan lagi proses membudayakan integriti, kerajaan telah menubuhkan unit integriti di semua kementerian dan agensi kerajaan bermula pada Januari 2014.

Program pemantapan integriti ini akan diteruskan dalam fasa ketiga, di bawah Pelan Integriti Nasional 2014-2018. Tuan Yang di-Pertua, selain soal integriti di kalangan penjawat awam, terdapat juga persoalan berkaitan usaha-usaha yang perlu diambil untuk memupuk semangat patriotisme dan nilai-nilai kenegaraan yang tinggi dan sejati di kalangan rakyat seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki.

Dalam soal ini, Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri telah diberi peranan dan tanggungjawab tersebut. Usaha untuk memupuk semangat patriotisme dan nilai-nilai kenegaraan yang sejati tidak terhad kepada latihan secara formal tetapi turut melibatkan program berbentuk dialog, sembang santai, luncheon talk, seminar dan meja bulat malah Biro Tatanegara tidak lupa untuk memandang dan menilai cita rasa anak muda pada zaman ini. Biro Tatanegara dengan kerjasama TV3 turut memperkenalkan program bercorak semi realiti televisyen iaitu program Aku Ikon Patriotik yang sedang pun ditayangkan setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Selain itu, Biro Tatanegara juga telah memperkenalkan Indeks Patriotisme Negara (IPN) sebagai salah satu kaedah pengukuran yang dibina untuk mengukur rasa kecintaan serta sanggup berkorban selain perjuangan rakyat kepada agama, bangsa dan tanah air demi mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan Malaysia. Indeks Patriotisme Negara juga telah dibangunkan pada Disember 2013 melalui kaedah penyelidikan. Indeks ini diukur dengan tujuh elemen penting yang berasaskan konsep Rukun Negara serta Perlembagaan Persekutuan. Elemen tersebut adalah:

(i) kenegaraan;

(ii) kesetiaan kepada Raja dan Negara;

(iii) bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi;

DN 15.12.2014 95

(iv) pola kependudukan dan interaksi kaum;

(v) penglibatan di dalam unit beruniform;

(vi) kepercayaan kepada produk-produk hasil tempatan; dan

(vii) Gagasan 1Malaysia.

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki juga bertanyakan pendirian sebenar kerajaan dalam mendefinisikan prinsip hak asasi manusia dan sama ada kerajaan menyetujui secara mutlak konsep hak asasi manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 atau UDHR sekali gus yang bertentangan dengan perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited untuk melaksanakan prinsip-prinsip hak asasi manusia selagi mana ia tidak bercanggah dengan apa jua hak dan kebebasan yang disebutkan dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan iaitu berhubung kebebasan asasi. Ini juga termasuk menerima pakai prinsip-prinsip seperti mana yang digariskan dalam Pengisytiharan Hak Asasi Manusia 1948 ataupun UDHR serta mana-mana tuntutan antarabangsa, dengan izin, international obligation yang mana Malaysia telah ratifikasi atau menyertainya, dengan izin accredited to.

Dalam konteks ini, kerajaan akan terus memastikan apa jua dasar serta program kerajaan yang menyentuh hak asasi manusia, mengambil kira prinsip undang-undang sedia ada di Malaysia termasuklah mengambil kira faktor-faktor keadaan serta sensitiviti masyarakat setempat. Dalam hal ini juga, sebuah Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan atau National Human Rights Action Plan (NHRAP) akan dibangunkan seperti mana keputusan Jemaah Menteri pada 12 Oktober 2012. Kerajaan akan memastikan pelan tersebut akan dibangunkan berdasarkan kepada kerangka Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan bercanggah dengan kedudukan Islam sebagai agama negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian membahaskan hal-hal berkaitan Jabatan Perdana Menteri dan semoga semua daripada kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Terima kasih.

■1820

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya silakan

Kementerian Pendidikan.

6.20 ptg.

Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 29 Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015 pada kali ini. Saya akan menjawab isu yang dibangkitkan dengan sebaik mungkin. Namun demikian, terdapat beberapa isu yang dibahaskan telah pun dijawab dalam sesi Jawab Lisan di Dewan yang mulia ini dan saya tidak akan mengulas isu berkenaan dalam penggulungan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertemakan ekonomi keperluan rakyat dalam usaha untuk memacu negara ke arah status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Daripada sejumlah RM273.9 bilion yang dicadangkan untuk Bajet 2015, merangkumi RM223.4 bilion bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM50.5 bilion untuk Pembangunan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah diperuntukkan sebanyak RM56.6 bilion atau 20.11 peratus. Daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM40.8 bilion telah diperuntukkan kepada sektor pelajaran yang mana RM39.2 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM1.6 bilion untuk tujuan Pembangunan.

96 DN 15.12.2014

Sektor pengajian tinggi pula diperuntukkan RM15.8 bilion yang merangkumi RM13.2 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM2.6 bilion bagi Pembangunan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, walaupun dilihat pengurangan peruntukan dalam bajet Pembangunan disebabkan kewangan negara yang terhad dan perlu diagihkan dengan seadil-adilnya mengikut pertimbangan kerajaan. Peruntukan untuk kementerian ini tidak pernah berkurangan yang mana peruntukan keseluruhan bajet tersebut telah menunjukkan peningkatan 2 peratus berbanding tahun 2014. Ini menunjukkan kerajaan amat komited untuk memastikan sektor pendidikan terus memainkan peranannya dalam pembangunan modal insan negara.

Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat mengenai peruntukan kepada sekolah swasta. Sesuai dengan status institusi pendidikan swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia tiada peruntukan di bawah Akta Pendidikan yang membolehkan peruntukan kerajaan disalurkan kepada sekolah swasta. Sebaliknya, ia menjadi tanggungjawab sepenuhnya Lembaga Pengelola sekolah berkenaan bagi memastikan pembangunan sekolah tersebut disediakan. Walau bagaimanapun melalui inisiatif NKRA, Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan geran sebanyak 10,000 kepada pengusaha-pengusaha yang berminat dan memenuhi syarat untuk menubuhkan prasekolah swasta. Kerajaan juga menyalurkan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) RM100 kepada semua murid atau pelajar di sekolah swasta.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang memartabatkan bahasa Malaysia seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin dan Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali. Di peringkat sekolah, kerajaan memartabatkan bahasa Melayu melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 sehingga 2025. Melalui Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) yang terletak di bawah Jawatankuasa Induk Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Manakala pada peringkat universiti, kerajaan melaksanakan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di IPTA dan kesinambungannya digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk pengajian tinggi tahun 2015 hingga tahun 2025.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung, kerajaan memang tidak pernah berhasrat untuk menutup sekolah vernakular. Namun, untuk mempertingkatkan kualiti pembelajaran bahasa Malaysia di SJK, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan pada tahun 2011 telah memperuntukkan 240 minit pembelajaran seminggu pada Tahap 2 iaitu untuk Tahun 4 hingga Tahun 6, berbanding 150 minit semasa kurikulum sebelum ini. Oleh sebab dalam KSSR ini, standard bahasa Malaysia Tahun 1 dan Tahun 2 peperiksaan antara SK dan SJK, maka Kementerian Pendidikan Malaysia membenarkan guru yang boleh bertutur dalam dwibahasa dengan kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengajar di SJK.

Bagi Tahun 3 hingga Tahun 6, mata pelajaran Bahasa Malaysia mestilah diajar oleh guru opsyen Bahasa Malaysia sahaja kerana standard Bahasa Malaysia dalam KSSR bagi Tahun 6 adalah sama di SK dan SJK mulai tahun 2016. Di samping itu, beberapa program intervensi dan pemulihan diperkasakan kepada murid yang masih belum mencapai tahap minimum Bahasa Malaysia seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia tahun 2013 sehingga 2025.

Tuan Yang di-Pertua, dasar sedia ada berhubung dengan kemasukan murid ke sekolah adalah dengan mengambil kira prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung, Yang Berhormat Senator Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah. Kerajaan komited akan terus mengekalkan semua institusi pendidikan sedia ada dalam sistem pendidikan kebangsaan.

DN 15.12.2014 97

Namun, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah mengenai sekolah persendirian, kementerian menyambut baik cadangan menubuhkan suruhanjaya khas untuk mengkaji sejauh mana peranan kepelbagaian sekolah dalam melahirkan generasi penerus yang mempunyai jati diri serta semangat patriotisme yang tinggi. Bagi menjamin perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia seperti juga yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som a/l Inong. Ini bertujuan untuk memastikan pembentukan modal insan melalui pendidikan adalah selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

■1830

Menyentuh tentang Lembaga Pengelola Sekolah atau LPS seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada seorang bangun.

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Sebelum Yang Berhormat berpindah

kepada topik lain, saya hendak merujuk balik kepada sekolah SJK(C) tadi.

Kita sama-sama menyedari bahawa sekolah-sekolah SJK(C) ini seakan merupakan satu rahsia umum ditentang oleh UMNO, hendak dikekalkan oleh MCA dan rasanya kompromi itu amat susah. Oleh sebab itu, saya mencadangkan dalam perbahasan itu supaya- okey, saya mencadangkan untuk dikaji kemungkinan- okey, kita kekalkan SJK(C) tetapi komposisi pelajar-pelajarnya mestilah mengikut kadar kaum di negeri ini. Ini hanya satu cadangan yang saya minta dikaji dan saya rasa sebelum Yang Berhormat pindah menjawab kepada perkara-perkara lain, saya minta memberi maklum balas terhadap cadangan saya ini.

Saya tidak minta apa, cuma kaji sahaja dulu. Kaji kemungkinan untuk mengekalkan SJK(C) seperti dikehendaki oleh masyarakat Cina tetapi yang banyak ditentang dengan berbagai-bagai cara. Yang Berhormat Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan caca merba. Yang Berhormat Dato' Razali cuba hendak mengemukakan perkara-perkara yang sama nadanya. Ketua UMNO Petaling Jaya Utara pun mengatakan perkara yang sama, menyuarakan penentangan. Okey, nampak penentangan itu berterusan.

Jadi sebagai jalan penyelesaian penentangan ini, saya cadangkan supaya kita kekalkan sekolah ini, sistem sekolah ini tetapi hendaklah menampung pelajar-pelajar mengikut kadar kaum yang ada di negeri ini. Saya minta dikaji. Saya tidak minta supaya - jangan tolak sekarang, jangan katakan tidak sesuai, jangan katakan terima saja. Saya hanya minta dikaji sebagai jalan penyelesaian jangka panjang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih atas cadangan yang

dikemukakan oleh Yang Berhormat dan ini boleh menjadi satu cadangan dikaji komposisi SJK(C) dan SJK(T) dan SK punya komposisi kaum yang sama boleh diterima. Di sini juga kita mesti ingat bahawa ini menjadi satu pilihan untuk ibu bapa untuk hantar anak mereka ke sekolah yang dipelbagaikan. Saya tidak akan komen, cuma seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi, bahawa kita kaji dan Kementerian Pendidikan Malaysia menerima cadangan ini in good faith, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang Lembaga Pengelola Sekolah seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah, melalui siasatan awal Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak 281 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil atau SJK(T) telah menubuhkan Lembaga Pengelola Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan surat siaran KPM Bil.7, Tahun 2014 berkaitan penubuhan Lembaga Pengelola Sekolah bagi memaklumkan kepada semua SJK terutama SJK(T) supaya memenuhi keperluan untuk menubuhkan LPS seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996...

98 DN 15.12.2014

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Ada Yang Berhormat bangun, Yang Berhormat. Silakan.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, ini satu isu yang penting. Walaupun tidak ada dalam perbahasan saya, mohon kebenaran pasal hari itu saya menimbulkan isu di mana jawapan tidak tepat. Maka atas arahan Tuan Yang di-Pertua, saya dapat jawapan itu. Akan tetapi ini lagi satu jawapan yang saya terima, bukan cakap tidak tepat tapi satu jawapan yang tidak betul. Maklumat yang terkandung dalam itu tidak betul.

Soalan saya pada 2 hari bulan - ini satu isu yang penting pasal, pada saya, misleading. Soalan saya pada 2 hari bulan berkaitan- sebenarnya ia berkaitan dengan tiga buah sekolah tapi saya cuma fokus satu yang maklumat tidak betul. Berkenaan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Minyak, Bestari Jaya. Soalan saya ada dua buah komponen. Satu, bila kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dan sebab-sebab kelewatan. Sebab-sebab kelewatan tidak dijawab, tidak apa, tapi soalan bila sekolah akan dibina, jawapan yang saya terima ialah, saya baca Tuan Yang di-Pertua, “Berhubung SJK(T) Ladang Minyak, Bestari Jaya pula, kerja-kerja pembinaan telah pun dimulakan pada bulan Oktober 2014.” Ini isu dia.

Pagi tadi saya dapat maklumat daripada penduduk kawasan itu bahawa kerja-kerja pembinaan belum mula. Di sini dia cakap telah dimulakan. Pada saya, this is misleading. Kalau belum dimulakan - ada dua lagi sekolah yang saya tanya, itu dia cadanglah, dalam proses dan sebagainya. Akan tetapi ini satu statement telah dimulakan.

Bulan Oktober disebut. Sedangkan pada hari ini ia belum.

Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, to me benda ini serius. Saya ada banyak pilihan. Saya boleh refer kepada Committee of Privileges dan sebagainya, saya tak nak. Kalau boleh, cara senang. Kalau saya boleh dapat satu personal explanation supaya senang. Pasal, ini factually misleading. So saya harap- kalau tidak ada, saya terpaksa write in officially.

Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat, bagi Yang Berhormat jawab kalau

ada jawapan.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Yang Berhormat, the inconsistency of the answers, dengan izin, jadi saya akan mengadakan satu siasatan secara terperinci tentang projek ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Sebelum itu Yang Berhormat, saya minta kalau boleh

kementerian bertanggungjawab, pegawai ini jangan mislead, dengan izin. Jangan diperselewengkan. Yang belum, dikata sudah. Itu tak betul. So saya minta Yang Berhormat Menteri siasat pegawai-pegawai yang menjawab ini sikit. Terima kasih.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua,

menyentuh tentang cadangan Yang Berhormat Dato’ Lim Nget Yoon, melantik guru-guru pakar Bahasa Inggeris yang telah bersara dan masih sihat bagi menggantikan tenaga pengajar asing untuk mengajar mata pelajaran tersebut.

Bagi tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelantikan secara contract of service, dengan izin, selama satu tahun bagi seramai 272 orang guru yang telah bersara untuk mengajar Bahasa Inggeris di bawah Program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris atau MBMMBI. Tujuan inisiatif tersebut adalah bagi menampung kekurangan guru Bahasa Inggeris khususnya di sekolah luar bandar dan pedalaman. Cabaran utama yang dihadapi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk mendapatkan calon dalam kalangan guru bersara yang berminat berkhidmat di luar bandar atau pedalaman.

DN 15.12.2014 99

Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Boon Som untuk menjadikan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai subjek teras yang diuji dan diwajibkan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di peringkat menengah rendah, penilaian mata pelajaran tersebut dilakukan secara pentaksiran berasaskan sekolah.

■1840

Pentaksiran dibuat secara formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta secara formatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. Pentaksiran yang berterusan dan holistik ini boleh melihat sejauh mana kefahaman dan amalan murid berkaitan moral serta sivik dan kewarganegaraan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang cadangan mengkaji semula syarat MUET seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaiton binti Haji Mat Amin, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat dan Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengambil perhatian terhadap semua pandangan dan cadangan yang berkaitan dengan perkara ini. Justeru dalam hal ini, oleh sebab tahun 2015, tahun pertama pelaksanaannya, maka pihak universiti diberi kelonggaran sama ada daripada segi kemasukan dan juga bergraduasi. Dalam masa yang sama, kementerian juga akan meminta supaya pihak universiti mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan para pelajar dapat memenuhi syarat minimum bergraduasi.

Untuk makluman Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaiton binti Haji Mat Amin, bagi bidang perubatan dan undang-undang statistik dan tawaran IPTA bagi tahun 2014 dan 2015 telah menunjukkan bahawa kebanyakan calon yang ditawarkan tempat ke IPTA mencapai skor MUET Band 3 iaitu seramai 371 orang dan Band 4 seramai 336 orang.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohamad Yit, semakan kompetensi guru dan pensyarah bahasa Inggeris telah dijalankan melalui Cambridge Proficiency Test atau CPT, dengan izin, pada 2012. Latihan peningkatan kompetensi guru Bahasa Inggeris iaitu Program Pro-ELT atau Professional Up-skilling of English Language Teacher, dengan izin, telah bermula pada 2013 berasaskan keputusan Cambridge Proficiency Test, dengan izin.

Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah, Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som, Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh, prinsip meritokrasi yang diguna pakai sebagai syarat kemasukan ke IPTA adalah berasaskan kepada 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum. Berdasarkan prinsip meritokrasi, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, etnik, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal tidak dinafikan peluang untuk mengikuti pengajian di IPTA. Calon-calon yang layak dan memenuhi syarat am universiti, syarat khas program Pengajian dan kriteria pemilihan yang telah ditetapkan akan dipertimbangkan mengikut pilihan program pengajian yang dipohon mengikut kelayakan.

Bagi lulusan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) dengan izin, seperti

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Hou Kok Chong, Kementerian Pendidikan Malaysia masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu tidak menerima masuk ke IPTA tetapi bagi kemasukan IPTS boleh menggunakan kelayakan UEC Senior Middle 3, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan transformasi pendidikan vokasional dan teknik. Bagi tujuan tersebut, dalam Bajet 2015, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion untuk meningkatkan pengambilan pelajar serta menaik taraf koleh vokasional dan kolej komuniti.

100 DN 15.12.2014

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Demi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir di samping menyediakan peluang yang lebih luas kepada pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan lagi keberkesanan program-program kemahiran termasuk program oil and gas, dengan izin, melalui jalinan kerjasama bersama pihak industri, swasta dan pihak-pihak berkepentingan. Ini bertujuan untuk memastikan tenaga kerja telah mendapat pendedahan latihan yang sebaiknya dan memenuhi keperluan dan kehendak persaraan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaiton binti Haji Mat Amin, dengan wujudnya 80 buah kolej vokasional, 91 buah kolej komuniti, 33 buah politeknik dan 20 IPTA yang beroperasi ketika ini, kerajaan telah menyediakan peluang dan akses terbaik kepada anak-anak muda untuk mengikuti dan meneruskan pengajian dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang kemahiran vokasional dan teknikal berdasarkan kelayakan dan minat masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan, pengawalseliaan dan penguatkuasaan operasi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) telah digariskan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555]. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memastikan

pihak IPTS menyediakan sumber-sumber yang mencukupi, memberikan perkhidmatan berkualiti dan melaksanakan amalan-amalan terbaik dalam pengoperasian IPTS.

Bagi menyokong usaha ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenakan syarat permohonan untuk menubuhkan dan mengoperasikan IPTS bagi membolehkan pemantauan pencapaian. Kompaun dan pendakwaan dilaksanakan jika IPTS didapati melanggar peraturan. Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menggubal dasar-dasar yang relevan yang seterusnya diterjemahkan dalam akta yang akan berkuat kuasa.

Bagi memastikan IPTS mampu beroperasi dan kekal berdaya saing, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan audit kewangan, audit pematuhan dan audit berfokus seperti Ops Kelayakan Masuk, Ops Antarabangsa dan Ops Kejururawatan. Pada tahun 2014, sebanyak 50 buah IPTS dilibatkan dalam audit kewangan, 100 buah IPTS dilibatkan dalam audit pematuhan manakala audit berfokus melibatkan jumlah IPTS yang lebih besar iaitu sebanyak 270 buah bagi tahun 2013. Analisis dapatan audit dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia menggubal dasar berkaitan yang perlu serta mencadangkan tindakan susulan sewajarnya kepada IPTS bagi menambah baik perkhidmatan.

Merujuk kepada isu Allianze University College of Medical Sciences yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dr. Ariffin bin S.M. Omar, tahap kemampuan kewangan dan profil pemohon merupakan antara kriteria yang ditetapkan dalam menilai permohonan bagi menubuhkan sebuah IPTS.

■1850

Dalam perkara ini Kementerian Pendidikan mendapati bahawa pemilik IPTS tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan. Tindakan penguatkuasaan yang diambil ke atas IPTS perlu mengambil kira kepentingan dan kebajikan pelajar bagi meneruskan pengajian mereka. Oleh itu tindakan pembatalan kelulusan penubuhan IPTS perlu dilaksanakan secara berhati-hati kerana ia mempunyai implikasi yang besar terhadap pelajar. Sebagai contoh ia akan menjejaskan pemerolehan transkrip keputusan peperiksaan dan lain-lain dokumen berkaitan pelajar.

Berkaitan isu GST yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin, Kementerian Pendidikan Malaysia...

Dr. Ariffin bin S.M. Omar: [Bangun]

DN 15.12.2014 101

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada yang hendak

mencelah.

Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang saya hendak tanya apa yang terjadi kepada pelajar-pelajar dari Allianze University College of Medical Sciences kerana sampai hari ini nasib mereka tidak dapat ditentukan. Ada yang masih tidak ditempatkan di universiti-universiti untuk menerima mereka. Jawapan yang diberi tidak menjelaskan berapa banyak lagi universiti-universiti swasta serta kolej-kolej yang sedang menghadapi masalah dan soalan ini saya telah timbulkan dalam perbahasan saya pada hari perbahasan hari itu. Terima kasih.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Pelajar-pelajar di Alliance

University of Medical Science sebenarnya sudah ditempatkan di universiti yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu GST yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin menegaskan bahawa semua kursus pengajian yang diakreditasikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang ditawarkan di IPTS dan IPTA yang berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Universiti Teknologi Mara 1976, atau Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 adalah dikecualikan daripada GST seperti yang dinyatakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014.

Sehubungan dengan itu, yuran pengajian adalah dikecualikan GST seperti mana yang dinyatakan di atas manakala pembelian peralatan di IPTS, pihak IPTS boleh menuntut kredit cukai input bagi peralatan yang merupakan sebahagian daripada keperluan bahan kursus, kuliah, peperiksaan, latihan, makmal untuk kursus pengajian yang diakreditasikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Yang berkaitan dengan sebar maklumat berkaitan GST, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan satu unit khas di Jabatan Pengajian Tinggi yang berfungsi untuk memberi taklimat serta latihan kepada institusi pengajian tinggi dengan kerjasama Jabatan Kastam dan Kementerian Kewangan. Pelbagai program telah dilaksanakan bagi memberi kefahaman pada semua pihak yang terlibat dalam memastikan urusan pentadbiran akan dilaksanakan dengan teratur apabila GST dikuatkuasakan pada tahun 2015.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin, beberapa insentif baru diperkenalkan kepada peminjam PTPTN bagi menggalakkan bayaran balik. Peminjam yang terlibat boleh hadir ke PTPTN bagi menyelesaikan hutang mereka dan mendapat 20 peratus diskaun atau membuat penyelesaian secara ansuran selama 12 bulan bagi mendapat 10 peratus rebate. Sekiranya mereka tidak mampu, mereka dibenarkan membuat penstrukturan semula dengan memanjangkan tempoh bayaran balik sehingga umur 60 tahun. Sehingga 31 Oktober 2014, PTPTN telah mengutip sebanyak RM5.48 bilion daripada satu juta orang peminjam.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada peranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu murid Islam dan orang ramai mengamalkan pendidikan Islam dengan lebih baik seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Kolej Komuniti seluruh negara telah melaksanakan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) sebagaimana yang telah diumumkan pada 7 Disember 2013 semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Sehingga kini seramai 36,773 orang peserta telah mengikuti Program PISH yang meliputi 413 kursus kerohanian dan 605 kursus kemahiran. PISH merupakan usaha murni Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan Pendidikan Islam dan ilmu kemahiran dapat diberikan secara meluas dan seimbang kepada golongan sasar. Ini bagi memastikan golongan sasar mendapat pendidikan Islam yang berterusan di samping memperoleh ilmu kemahiran yang berupaya menjana pendapatan dan seterusnya meningkatkan taraf sosial ekonomi masyarakat.

102 DN 15.12.2014

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, sememangnya pelbagai program disediakan oleh kerajaan, pihak swasta dan juga NGO termasuk aktiviti, kelab dan badan beruniform dan kursus-kursus soft skills, dengan izin, seperti kemahiran berfikir, penulisan kreatif dan program berkaitan yang menjurus ke arah nation buildings, dengan izin, kepada pelajar lepasan persekolahan sama ada Tingkatan 5 atau Tingkatan 6.

Di samping itu untuk makluman Yang Berhormat senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah meneliti untuk mempercepatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 diumumkan bagi memudahkan pelajar memberi laluan pengajian masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang pembangunan dan penyelenggaraan facility pendidikan yang sering dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberi perhatian sewajarnya dan meneliti perkara tersebut secara case-by-case untuk setiap isu yang dibangkitkan.

■1900

Semua peruntukan yang telah diberi ini akan dimanfaatkan semaksimum yang mungkin oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kualiti facility institusi pendidikan di seluruh negara berada dalam tahap yang selesa untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja dapat dijelaskan mengenai perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara-perkara yang tidak sempat dijelaskan akan tetap diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekali lagi kementerian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan...

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada yang bangun.

Silakan.

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Saya ada membangkitkan

beberapa soalan tapi saya nampak satu soalan pun tidak jawab. Pertamanya, saya bangkitkan soal isu-isu pedalaman P1, P2 daripada segi elaun dan juga asrama desa dan juga prasarana lain. Kemudahan-kemudahan lain, bekalan air, elektrik di luar bandar. Kedua, saya bangkitkan soal bantuan persekolahan RM100 dinaikkan kepada RM150 berdasarkan kepada pendapatan mereka yang berhak menerima. Mereka yang berpendapatan tinggi contohnya RM10 ribu dikecualikan daripada menerima dan duit itu boleh disalurkan kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Datuk Yap Kain Ching@Mary Yap Ken Jin: Yang Berhormat, semua jawapan

kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat sebenarnya adalah dalam jawapan ini dalam bentuk matriks dan jawapan-jawapan ini boleh diberikan kepada Yang Berhormat dalam bentuk tulisan. Semua ada di sini.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Mohon satu lagi persoalan yang telah saya

bangkitkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Saya ada menyebut tentang, saya mohon

penjelasan berkait dengan syarat kelulusan bahasa Inggeris di dalam SPM yang kemungkinan akan dilaksanakan pada tahun 2016 terutamanya kesan ke atas pelajar-pelajar luar bandar di mana peratus kelulusannya rendah berbanding dengan pelajar di kawasan bandar. Terima kasih.

DN 15.12.2014 103

Datuk Yap Kain Ching@Mary Yap Ken Jin: Saya boleh jawab soalan Yang

Berhormat memandangkan saya adalah bekas guru bahasa Inggeris dan memang tidak dinafikan bahawa ini akan mengadakan kesan bukan hanya kepada pelajar di luar bandar tetapi ada kesan kepada semua pelajar. Akan tetapi apa Kementerian Pendidikan Malaysia sudah usahakan adalah untuk mengadakan program atau aktiviti yang dipelbagaikan.

Selain daripada itu, saya boleh beritahu bahawa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kita ada satu inisiatif yang saya sudah sebut beberapa kali apabila saya menjawab tadi iaitu di mana kita mengadakan satu program kita panggil MBMMBI di mana kita “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” dan di situ kita ada banyak aktiviti.

Sebenarnya aktiviti-aktiviti untuk menyediakan pelajar untuk mengambil peperiksaan atau menguasai bahasa Inggeris memang dipelbagaikan bermula dengan pra sekolah dan selepas itu di sekolah rendah, sekolah menengah and then selepas itu di universiti pengajian tinggi juga termasuk politeknik dan kolej komuniti. Bagi saya, saya nak sampaikan kepada Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini adalah sangat penting walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan begitu banyak program, ini adalah sangat penting bahawa supaya pelajar diri sendiri ambil satu tanggungjawab peribadi, the personal responsibility, dengan izin, untuk belajar bahasa Inggeris. Oleh sebab

sekiranya katalah pelajar akan bergantung terhadap program-program yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini tidak mencukupi.

Jadi adalah sangat penting bahawa ibu bapa juga memainkan peranan untuk membantu pelajar dan saya boleh memberi satu contoh yang membanggakan di SK Ulu Lubai dan SK Ulu Lubai adalah terletak di pedalaman di Limbang, Sarawak. SK Ulu Lubai sudah dapat pengiktirafan antarabangsa di mana ada pelajar 100 peratus ada pelajar bertutur dalam bahasa Inggeris dan saya sendiri sudah melawat sekolah ini dua kali dan apabila saya sampai ke sekolah itu, saya tanya ada pelajar, “Apa khabar dik?”.

The student, adik pelajar di situ dia tidak jawab tetapi apabila saya tanya mereka “How are you?” They answer is, “I’m fine. Thank you, madam.” Di situ satu contoh di mana kita boleh belajar atau dapat iktibar dari sekolah ini di mana walaupun terletak di luar bandar, kalau guru besar, ibu bapa atau ahli komuniti boleh memainkan satu peranan untuk membantu mereka, ini akan mendatangkan faedah dan kejayaan.

Jadi ini kita pun pulangkan atau kita turun kuasa kepada pengetua atau guru besar, guru-guru khasnya ibu bapa dan ahli-ahli komuniti untuk membantu anak-anak bangsa kita. Itulah kenapa di Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kita ada salah satu anjakan di mana kita melibatkan ibu bapa untuk menjayakan hasrat pendidikan untuk anak-anak bangsa kita iaitu anjakan yang kesembilan. Sekian, terima kasih dan saya mengucapkan terima kasih...

Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Tuan Yang di-Pertua. Ada satu, satu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: Soalan tertinggal ke apa Yang Berhormat?

Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Tidak dijawab.

Timbalan Yang di-Pertua: Okey, teruskan.

Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya masih tidak

dapat jawapan tentang berapa banyak lagi kolej-kolej atau universiti-universiti swasta di negara ini yang sedang menghadapi sebarang masalah yang akan mengakibatkan mereka gulung tikar. Satu kes yang saya telah sebut dalam ucapan saya ialah kes Kolej Pulau Pinang di Balik Pulau yang menghadapi masalah kewangan yang paling serius. Mungkin ada lagi banyak kolej yang tidak dibongkar dan haruslah Kementerian Pendidikan mengambil berat tentang keadaan seperti ini. Terima kasih.

Datuk Yap Kain Ching@Mary Yap Ken Jin: Yang Berhormat, saya akan rujuk

kepada jawapan seperti yang saya beritahu bahawa jawapan adalah di dalam buku, dalam matriks.

104 DN 15.12.2014

Dan yang berkaitan dengan Allianze University College of Medicine, Yang Berhormat, soalan dari Yang Berhormat Senator Dr. Ariffin, adakah benar terdapat sebuah kolej di Balik Pulau, Pulau Pinang sedang mengalami masalah yang sama dan bakal gulung tikar dan akan diambil alih oleh Universiti Sains Malaysia (USM).

Jadi jawapan di sini adalah di mana sehingga 1 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana kolej yang sedang mengalami masalah kewangan di Balik Pulau untuk diambil alih oleh USM. So, itu dia punya jawapan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat Menteri, seterusnya kita...

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Ini apa lagi Yang Berhormat?

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Boleh saya bertanya oleh sebab

soalan saya masih lagi tidak habis dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Boleh saya mohon?

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan.

Datuk Yap Kain Ching@Mary Yap Ken Jin: Yang Berhormat, seperti yang saya

jawab tadi bahawa semua sebenarnya soalan yang ditanya itu adalah dalam bentuk matriks dan jawapan Yang Berhormat itu boleh diberi dalam bentuk tulisan. Jadi saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, perhatian, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Sekian, terima kasih. Salam hormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya

harap jawapan secara bertulis boleh diedarkan kalau boleh sebelum habis sesi Dewan iaitu 18 hari bulan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya dipersilakan Kementerian Pengangkutan. Silakan.

7.09 mlm.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada 10 orang Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 yang menyentuh bidang tugas Kementerian Pengangkutan di Dewan yang mulia ini.

■1910

Izinkan saya memulakan ucapan ini dengan merakamkan setinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan beliau dalam menyediakan peruntukan khusus untuk Kementerian Pengangkutan. Peruntukan yang disediakan akan digunakan bagi mengukuhkan jaringan pengangkutan awam, melicinkan operasi dan pengurusan trafik udara, menaik taraf beberapa buah landasan kereta api dan lapangan terbang dan membangunkan ekonomi maritim.

Kementerian Pengangkutan amat prihatin terhadap keluh kesah rakyat, terhadap mutu perkhidmatan pengangkutan. Adalah menjadi iltizam kementerian ini untuk memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang disediakan supaya memberi impak yang maksimum untuk memastikan sistem pengangkutan di negara kita sentiasa ditambah baik, lebih efisien serta selamat untuk keselesaan rakyat. Sektor pengangkutan juga akan diperkasakan untuk memacu aktiviti ekonomi.

DN 15.12.2014 105

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya bagi menjawab isu-isu dan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, pertamanya saya ingin menyentuh berkenaan Lapangan Terbang Kulim yang mana Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah dan Yang Berhormat Senator Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff yang mana mencadangkan agar kerajaan dapat mempercepatkan pembinaan Lapangan Terbang Kulim di Kedah.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, buat masa ini Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam proses untuk melantik juru perunding bagi menjalankan satu kajian kemungkinan ataupun dengan izin, feasibility study berhubung pembinaan sebuah lapangan terbang di Utara Semenanjung iaitu di Kulim, Kedah.

Seterusnya isu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat yang mana mencadangkan pihak kerajaan perlu menimbang untuk memperluas dan memperbesarkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pengangkutan akan mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas atau RMKe-11 yang mana anggarannya lebih kurang RM172 juta.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat dalam perbahasan turut memohon penjelasan mengapa MAS tidak mengambil inisiatif untuk menambah laluan penerbangan seperti laluan Melaka-Kota Bharu yang telah dilaksanakan oleh pihak AirAsia? Berhubung dengan perkara tersebut, untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pengangkutan sentiasa menggalakkan mana-mana syarikat penerbangan tempatan termasuk MAS untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan bagi mana-mana laluan baru ataupun serantau termasuk laluan Melaka-Kota Bharu.

Walau bagaimanapun, keputusan untuk menyediakan perkhidmatan ke mana-mana laluan di sesuatu lapangan terbang merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan yang akan menilai berdasarkan kepada commercial viability laluan tersebut. Sehingga kini sebenarnya hanya Malindo yang menyediakan perkhidmatan penerbangan bagi laluan Melaka-Kota Bharu dengan kekerapan sebanyak empat kali seminggu menggunakan pesawat ATR 72-600. Pihak MAS melalui anak syarikatnya Firefly, telah mengadakan perbincangan awal bagi maksud mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan dari Melaka menggunakan pesawat ATR 72-600 juga.

Seterusnya, isu terakhir berkaitan dengan sektor udara, Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya telah memohon penjelasan, adakah kerajaan bercadang untuk memberi subsidi kepada perkhidmatan udara dalam bandar dan memohon penjelasan mengenai tambang kapal terbang MAS yang tidak pernah turun. Tuan Yang di-Pertua, dana RM160 juta yang diberikan kerajaan merupakan subsidi kepada perkhidmatan penerbangan udara luar bandar di Sabah dan di Sarawak yang kini sedang dioperasi oleh Syarikat MASwings.

Subsidi ini diberikan memandangkan pengangkutan udara merupakan mode pengangkutan utama yang menghubungkan kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak dengan dunia luar disebabkan faktor geografi yang kebanyakan boleh diakses melalui udara. Ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan sosial penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak serta dianggap sebagai national service kerana perkhidmatan ini dijangkakan

mengalami kerugian untuk tempoh yang panjang.

Sekiranya dana ini diberikan kepada perkhidmatan udara dalam bandar, ia dikhuatiri bertentangan dengan konsep fare competition di antara syarikat-syarikat penerbangan. Oleh yang demikian, buat masa ini pihak kerajaan tidak bercadang untuk memperluaskan pemberian dana ini bagi perkhidmatan udara di kawasan bandar. Untuk makluman Yang Berhormat…

106 DN 15.12.2014

Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya: Mohon penjelasan ya. Tuan Yang di-Pertua,

saya tidak pernah minta subsidi untuk pengangkutan awam udara di bandar. Saya hanya minta kementerian mengkaji kadar tambang yang ditetapkan di kawasan-kawasan bandar yang terlalu tinggi. Tidak pandai turun-turun, itu sahaja.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Walau

bagaimanapun mengenai kadar di kawasan bandar, pada masa ini kadar di kawasan bandar pun agak kompetitif berbanding dengan apa yang diberi subsidi di luar bandar. Kalau subsidi di luar bandar pun harganya melebihi lebih kurang RM150 dan kadar seperti Kuala Lumpur-Johor Bahru. Bagi Kuala-Johor Bahru, MAS menawarkan RM135 dan AirAsia menawarkan RM106.

Jadi maknanya, walaupun air fare dengan izin, di kawasan bandar, ia lebih murah daripada kawasan luar bandar yang mendapat dana subsidi ini kerana ini bergantung kepada commercial decision yang dibuat oleh syarikat-syarikat penerbangan yang hari ini bersaing kerana mempunyai load factor yang tinggi. Berdasarkan load factor yang tinggi

inilah, harga di bandar-bandar ini menjadi murah. Lebih murah daripada harga yang diberikan subsidi di luar bandar ini. Jadi, ini disebabkan load factor yang tinggi.

Sebagai contoh, di Kuala Lumpur-Kota Bharu, kita ada lebih kurang 28 penerbangan dari Kuala Lumpur-Kota Bharu. Maknanya hampir setiap jam ada penerbangan di Kota Bharu dan begitu juga di Johor Bahru, penerbangannya begitu tinggi. Oleh sebab itu mereka tidak perlu subsidi memandangkan yang di luar bandar ini kerana load factor nya rendah. Maka syarikat-syarikat penerbangan ini, untuk menyediakan penerbangan memerlukan subsidi kerana load factor yang rendah.

Jadi Yang Berhormat Senator, itulah mengenai harga di bandar kerana load factor yang tinggi dan harga pun hari ini begitu kompetitif. Kadang-kadang kalau AirAsia menawarkan sampai RM70 untuk dalam kawasan bandar.

■1920

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, bagi rancangan yang diutarakan mengenai isu kemalangan jalan raya. Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader, supaya MIROS dan JKJR harus membuat kajian terperinci bagi mengenal pasti mekanisme untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan meningkatkan pendidikan mengenai keselamatan jalan raya.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sememangnya kajian jangka panjang telah dijalankan oleh pihak MIROS bersama-sama dengan pihak JKJR atau Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang merupakan agensi peneraju keselamatan jalan raya dalam menangani isu keselamatan jalan raya.

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: [Bangun]

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Mengambil kira hasil kajian tersebut, pelan

keselamatan jalan raya Malaysia...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada yang hendak

mencelah.

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Tuan Yang di-Pertua, Yang

Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih beri peluang kepada saya untuk bertanya. Akhir-akhir ini saya nampak makin banyak kemalangan berlaku di jalan raya. Kadangkala kita takut, sedih dan bimbang apa yang berlaku di jalan raya ini. Saya hendak tanya sekarang ini, apakah punca dan penyebab kemalangan yang begitu banyak sekali akhir-akhir ini dan golongan manakah yang menjadi mangsa itu? Yang tua kah, yang muda, lelaki atau perempuan?

DN 15.12.2014 107

Setakat ini tidakkah ada satu approach yang terbaru, di mana pesalah ini tidak boleh dihukum sahaja. Kita panggil dia, bagi ceramah kepada mereka, supaya mereka ini memandu secara agama Islam atau secara beriman. Kita tidak mahu mereka yang selalu kena accident ini mereka yang akalnya tidak senonoh dan perangai yang gopoh-gapah. Tidak bolehkah ceramah cara itu? Itu saya hendak tanya, apa penyebab utama dan apakah approach yang terbaik supaya ini jangan berlaku lagi. Terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Yang di-Pertua, mengenai punca kemalangan

ini mengikut analisa MIROS, 85 peratus puncanya daripada kecuaian manusia. Ini daripada kajian, 85 peratus kemalangan ini hasil daripada kecuaian manusia dan yang lain-lain mengenai 10 peratus daripada keadaan jalan dan juga signages dan lagi 5 peratus

berkaitan dengan kenderaan-kenderaan daripada segi teknikal. Akan tetapi itulah, 85 peratus daripada kecuaian manusia.

Seterusnya, golongan apa yang dalam kajian daripada MIROS dan JKJR golongan muda iaitu yang menunggang motosikal. Jadi, dalam kajian 60 peratus kemalangan yang menyumbang kepada kematian ini daripada penunggang-penunggang motosikal yang umurnya antara 16 tahun hingga 25 tahun. Jadi, inilah golongan yang tertinggi dan seterusnya saya akan masukkan jawapan dalam ucapan saya seterusnya.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sememangnya kajian jangka panjang telah dijalankan oleh pihak MIROS dan Pelan Keselamatan Jalan raya 2014 hingga tahun 2020 telah digubal berdasarkan pelan global. Tindakan sedekad bagi keselamatan jalan raya dengan penambahbaikan selaras dengan keadaan dan keperluan semasa. Sebanyak 34 Program Keselamatan Jalan raya telah digariskan dan untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di bawah pelan ini berdasarkan lima buah tonggak strategik yang telah dikenal pasti. Lima tonggak strategik tersebut adalah:

(i) mengenai pengurusan keselamatan jalan raya;

(ii) mobiliti dan jalan raya yang lebih selamat;

(iii) kenderaan yang lebih selamat;

(iv) pengguna jalan raya yang lebih selamat; dan

(v) pengurusan pasca kemalangan.

Untuk makluman Dewan yang mulia, penggubalan pelan ini telah melalui beberapa siri engagement dengan pihak-pihak yang berkepentingan iaitu stakeholders, termasuklah

badan-badan bukan kerajaan. Seterusnya, sesi perbincangan tersebut adalah untuk membincangkan strategi dan sasaran Pelan Keselamatan Jalan raya Malaysia 2014 hingga 2020. Selain menentukan keberhasilan dan penunjuk prestasi utama bagi setiap sektor serta agensi penyelaras.

Ingin saya tekankan di sini, kerajaan amat komited dalam menangani isu kemalangan jalan raya melalui pelbagai inisiatif yang dijalankan mengguna pakai pendekatan 5Es, dengan izin, education, enforcement, engineering, environment dan evaluation yang terkini termasuklah dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-

2020. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, bagi tempoh 10 tahun daripada 2004 hingga 2013, indeks kematian bagi setiap 10,000 buah kenderaan berdaftar telah menurun daripada 4.51 kepada 2.9, hasil usaha kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan keselamatan jalan raya.

Menjelang 2020, kerajaan berhasrat mengurangkan indeks kematian ini kepada 2.0. Walau bagaimanapun, sokongan kerjasama dan penglibatan semua pihak amatlah diperlukan dalam memastikan aspek keselamatan jalan raya dapat diutamakan dan dibudayakan dalam kehidupan seharian.

108 DN 15.12.2014

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator Dato' Lim Nget Yoon dan Yang Berhormat Senator Dato' Khairudin bin Samad telah memohon penjelasan mengenai operasi penguatkuasaan cermin gelap, strobe light dan lampu high density discharge (HID) oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan. Mengapakah kedai-kedai masih bebas menjual aksesori tersebut?

Untuk makluman Dewan yang mulia, di bawah Akta pengangkutan Jalan 1987 (JPJ1987), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mempunyai kuasa untuk memasuki premis bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan terhadap kedai-kedai aksesori yang mempamerkan atau memasang lapisan plastik atau filem atau pemasangan kaca gelap, juga nombor pendaftaran dan lampu kenderaan yang tidak mematuhi piawaian dan peraturan yang ditetapkan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.

Pihak JPJ hanya boleh mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan bagi kesalahan pemasangan kaca gelap atau kesalahan nombor pendaftaran atau kesalahan-kesalahan lain sekiranya aksesori-aksesori yang tidak menepati piawaian tersebut dipasang pada sebuah kenderaan yang berada di atas jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan menyedari akan kekangan tindakan penguatkuasaan ke atas kedai-kedai aksesori kenderaan ini. Sehubungan dengan itu, kementerian bersama JPJ sedang mengadakan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) dalam menguatkuasakan peraturan berkaitan standard komponen dan aksesori kenderaan di premis-premis perniagaan.

■1930

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pengangkutan akan menetapkan piawaian-piawaian bagi komponen-komponen kenderaan yang berhubung kait dengan keselamatan seperti lampu, brek dan sebagainya. Bagi lampu HID, Kementerian Pengangkutan telah menetapkan Peraturan United Nations R48 bagi spesifikasi pemasangan, R98 dan R99 bagi komponen lampu HID. Maknanya, mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan lampu HID yang tidak mengikuti cara pemasangan dan piawaian yang di atas melakukan kesalahan.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad telah mencadangkan supaya pihak JPJ lebih menumpukan penguatkuasaan terhadap penunggang motosikal memandangkan kemalangan maut yang berlaku banyak melibatkan kemalangan motosikal.

Berdasarkan kepada perangkaan kemalangan jalan raya yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia, hampir 60 peratus daripada jumlah kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal setiap tahun. Oleh yang demikian, mulai tahun 2012 sehingga kini, fokus penguatkuasaan JPJ adalah tertumpu kepada penunggang motosikal. Penguatkuasaan terhadap penunggang motosikal dijalankan secara rutin setiap hari dan melalui penguatkuasaan khas motosikal secara serentak seluruh negara sebanyak dua kali sebulan yang menjadi KPI atau pun, dengan izin, key performance index bagi setiap Pengarah JPJ Negeri.

Perangkaan menunjukkan saman yang dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya pada tahun 2012 hingga Julai 2014 adalah seperti berikut:

DN 15.12.2014 109

Tahun Bilangan Saman

2012 293,843

2013 358,801

2014 (sehingga Julai) 280,886

Jumlah 933,530

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed telah memohon penjelasan adakah kenderaan berat tidak diwajibkan untuk menimbang muatan yang dibawa dan mengapa stesen-stesen timbang kenderaan berat JPJ di lebuh raya...

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ada yang hendak mencelah.

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat, motosikal itu satu hal. Saya juga

mencadangkan agar diadakan lorong motosikal kerana kita kena buat satu keputusan agar kita boleh menyelamatkan nyawa daripada satu keputusan yang kita rasa kurang popular. Itu Yang Berhormat tidak jawab. Lorong motosikal ataupun jalan alternatif. Biar dia masuk balik ke jalan ini. Jangan menggunakan jalan tol. Itu rakan-rakan lain Yang Berhormat pun ada menyebut sebab kemalangan jalan raya ini di atas jalan tol ini yang melibatkan motosikal yang masuk kiri kanan ikut suka dia, itu yang menyebabkan kemalangan. Itu yang kita cadangkan supaya- boleh Yang Berhormat? Terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Yang di-Pertua, mengenai pandangan Yang

Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad, lorong motosikal sebenarnya telah banyak disediakan di jalan-jalan lebuh raya. Kalau di Federal Highway pun, kita menyediakan lorong-lorong motosikal dan begitu juga di highway, sebenarnya lorong motosikal adalah

paling kiri.

Walau bagaimanapun, seperti disebutkan tadi, sikap kecuaian manusia yang banyak menyalahgunakan lorong sebelah kanan dan tidak menggunakan lorong yang sepatutnya. Inilah seperti saya sebutkan awal tadi, kemalangan jalan raya ini disebabkan 85 peratus daripada kecuaian pengguna jalan raya ini.

Jadi mengenai lorong motosikal ini, kebanyakan lebuh raya dan juga seperti di Federal Highway, memang telah disediakan. Walau bagaimanapun, memang masih ada lagi di kawasan luar bandar memang belum ada lorong motosikal yang disediakan. Walau bagaimanapun, ini akan pihak kementerian berbincang dengan pihak Kementerian Kerja Raya untuk mewujudkan lebih banyak lagi lorong motosikal.

Seterusnya Yang Berhormat...

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ada seorang lagi yang

hendak mencelah.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Ada aduan daripada penunggang-penunggang motosikal terutamanya yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan dari Klang sampai ke Kuala Lumpur bahawa lorong motosikal itu adalah sangat bahaya dan tidak diselenggarakan dengan baik. Ini ada aduan daripada mereka. Jadi, berlaku kemalangan ini antara lain oleh sebab kondisi ataupun laluan tersebut adalah tidak selamat selain daripada di tempat-tempat tertentu di mana pencahayaan terutama waktu malam dan juga waktu hujan. Ini memang mendatangkan mudarat selain daripada misalnya pada tengah malam mereka tidak akan gunakan laluan tersebut kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang mengancam keselamatan mereka. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

110 DN 15.12.2014

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Mengenai aduan pengguna motosikal di Federal Highway yang dinyatakan agak bahaya, untuk

makluman Yang Berhormat Senator, pada awal tahun ini, pihak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Kerja Raya telah membuat tinjauan bersama pemangku Menteri pada ketika itu untuk kita menaik taraf beberapa buah kawasan yang disebutkan sebagai bahaya.

Walau bagaimanapun, aduan hari ini saya akan mengambil perhatian untuk melihat kembali kerana pada awal tahun ini pemangku Menteri pada ketika itu, saya dan juga Menteri Kerja Raya telah membuat tinjauan untuk menaik taraf lorong motosikal di Federal Highway. Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya mengenai stesen timbang yang dikatakan selalu tidak beroperasi. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, mengambil kira penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ataupun SPAD pada tahun 2010, kesalahan membawa lebihan muatan bagi kenderaan perdagangan di negeri-negeri Semenanjung Malaysia dikenakan tindakan di bawah seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat atau APAD 2010. Manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan yang sama melalui seksyen 19(3), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Pihak JPJ sentiasa menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan yang melibatkan membawa lebih muatan berdasarkan dua peruntukan undang-undang yang tersebut di atas. Ini boleh dibuktikan melalui perangkaan saman yang dikeluarkan ke atas pelbagai jenis kesalahan di 50 buah stesen timbang JPJ di seluruh negara dari tahun 2012 hingga Oktober 2014 iaitu sebanyak 1,140,790 saman. Daripada jumlah tersebut, bilangan saman yang dikeluarkan terhadap kesalahan membawa lebih muatan sebanyak 102,648 kes. Jadi, itu bukti bahawa stesen-stesen timbang ini terus menjalankan operasi.

■1940

Seterusnya Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad dalam perbahasan turut mencadangkan supaya penguatkuasaan seperti AES turut dikenakan terhadap kenderaan yang dipandu perlahan di lorong laju ataupun paling kanan kerana ini membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Untuk makluman Dewan yang mulia, pelaksanaan Automated Enforcement System atau AES buat masa ini hanya melibatkan

dua kesalahan utama yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya iaitu pertama, memandu melebihi had laju dan yang kedua, tidak mematuhi peraturan lampu isyarat.

Penguatkuasaan AES bagi dua kesalahan ini mengambil kira kajian saintifik berdasarkan bukti yang dijalankan oleh MIROS yang juga berdasarkan senario di Malaysia dan juga pengalaman-pengalaman negara-negara maju dalam melaksanakan penguatkuasaan secara automatik.

Pemanduan secara perlahan di lorong laju atau paling kanan adalah berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Dalam Kaedah 4, Kaedah Lalulintas Jalan 1959 telah menetapkan setiap kenderaan yang dipandu perlahan hendaklah dipandu di sebelah kiri jalan dan tidak menghalang kenderaan lain yang dipandu dengan lebih laju, tetapi dalam lingkungan had laju yang diwartakan.

Sehubungan itu, kementerian akan meminta JPJ menguatkuasakan peruntukan berkenaan. Maka dengan erti kata, selepas ini pihak kementerian akan meminta JPJ menguatkuasakan kenderaan-kenderaan yang bergerak perlahan di laluan sebelah kanan kerana itu jelas melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad juga turut mencadangkan supaya sistem tender nombor pendaftaran dihapuskan. Ini kerana rakyat Malaysia terlalu kreatif untuk mencantumkan nombor serta abjad untuk membentuk perkataan yang menimbulkan kekeliruan semasa penguatkuasaan dan operasi dijalankan. Untuk makluman Dewan yang mulia, sistem tender nombor pendaftaran dilaksanakan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan nombor-nombor pendaftaran pilihan mereka melalui kaedah bidaan.

DN 15.12.2014 111

Melalui sistem ini, orang ramai boleh membida apa-apa nombor pilihan mereka dan pemenang bidaan dipilih oleh jawatankuasa berdasarkan bidaan harga tertinggi.

Sementara itu, spesifikasi plat nombor pendaftaran kenderaan adalah tertakluk kepada di bawah peruntukan Jadual Ketiga, Kaedah 6, dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959, di mana peraturan ini adalah terpakai ke atas semua kenderaan di Malaysia tanpa mengambil kira kaedah perolehan nombor pendaftaran tersebut, baik nombor pendaftaran itu dibida ataupun tanpa dibida.

Oleh yang demikian, sistem tender nombor pendaftaran adalah tidak berkaitan dengan pemakaian nombor pendaftaran yang mengelirukan. Pihak JPJ sentiasa menjalankan tindakan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan spesifikasi plat nombor pendaftaran kenderaan di samping melaksanakan program advokasi pada pengeluar dan juga pengedar kenderaan, kedai-kedai aksesori kenderaan dan orang awam untuk memaklumkan mengenai spesifikasi plat nombor yang betul.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu pemasangan alat pemadam api dalam kenderaan persendirian. Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Rohani binti Abdullah telah mencadangkan pemasangan alat pemadam api dalam kenderaan persendirian memandangkan terdapat 2,000 kes kebakaran kenderaan akibat kemalangan.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) (Kenderaan Membawa Produk Petroleum) 1965 telah memperuntukkan bahawa kenderaan perdagangan yang membawa barangan berbahaya seperti petroleum, produk bahan kimia dan seumpamanya serta kenderaan perkhidmatan awam iaitu bas dan teksi yang perlu dilengkapi dengan alat pemadam api. Bagi mana-mana kategori dengan alat pemadam api: pertama, jenis home; kedua, soda acid chemical; dan ketiga, carbon tetrachloride.

Tuan Yang di-Pertua, peraturan yang dikuatkuasakan ini selaras dengan peraturan United Nations di bawah World Forum for Harmonization of Vehicle Regulations (WP.29) yang menetapkan hanya kenderaan yang dikategorikan sebagai kenderaan perdagangan yang membawa barangan berbahaya sahaja diwajibkan untuk dilengkapi dengan alat pemadam api. Manakala kenderaan yang dikategorikan sebagai kenderaan persendirian adalah tidak diwajibkan untuk dilengkapi dengan mana-mana alat pemadam api.

Sekiranya dilihat kepada kes kebakaran kenderaan akibat kemalangan jalan raya, adalah didapati punca utama kebakaran tersebut disebabkan oleh berlakunya litar pintas akibat daripada pengubahsuaian terhadap sistem pendawaian utama kenderaan yang tidak dibenarkan. Sehubungan dengan itu, mengambil kira perkara-perkara tersebut, kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk mewajibkan pemasangan alat pemadam api terhadap kenderaan persendirian. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat nasihat dan pertimbangan daripada pihak JPJ sekiranya ingin melakukan pengubahsuaian kenderaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman telah mencadangkan supaya pihak JPJ dapat mengkaji semula proses pengambilan lesen memandu sedia ada dan memohon pihak JPJ memantau sekolah-sekolah memandu sedia ada kerana dilihat sekolah memandu sedia ada lebih mementingkan keuntungan. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Senator supaya JPJ dapat mengkaji semula proses pengambilan lesen memandu sedia ada, kerajaan sememangnya telah mengambil inisiatif menggubal semula Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang sedia ada dengan melibatkan rombakan terhadap kurikulum motokar kelas ‘D’ transmisi manual dan motosikal kelas ‘B’, serta pengenalan kepada latihan dan ujian bagi motokar transmisi automatik.

Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu yang baru ini merupakan usaha berterusan kerajaan dalam menangani isu kemalangan jalan raya melalui peningkatan kualiti dan mutu pembelajaran di institusi dan juga sekolah memandu bagi menghasilkan generasi pemandu yang competent, mematuhi peraturan dan berhemah.

112 DN 15.12.2014

Keperluan dan penambahbaikan KPP ini mengambil kira hasil kajian MIROS yang menunjukkan kebanyakan daripada calon-calon yang telah lulus ujian memandu berada di tahap yang asas dalam aras pembelajaran. Sehubungan itu, penekanan perlu diberikan terhadap ketiga-tiga aspek yang melibatkan aspek psikomotor iaitu kemahiran ataupun ciri-ciri pemanduan berhemah, aspek kognitif iaitu pengetahuan berhubung pemanduan selamat dan aspek efektif iaitu sikap menghargai keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain ataupun dengan izin, safety first culture.

■1950

Pendekatan KPP baru ini juga adalah setanding dengan amalan negara-negara maju seperti di United Kingdom, Jepun dan Australia yang turut memberikan penekanan kepada tiga aspek tersebut dalam melahirkan pemandu yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah di jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu yang dibangkitkan berhubung pemantauan sekolah-sekolah memandu. Untuk makluman Dewan yang mulia, dalam usaha meningkatkan kawalan kualiti penyampaian latihan pemanduan, JPJ dan pihak MIROS telah menjalankan kajian dan membangunkan sistem penggredan institusi-institusi memandu yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014/2020.

Pendekatan penggredan bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus yang baik yang akan dapat mempertingkatkan sistem penyampaian latihan pemanduan di institut memandu bagi menghasilkan attribute pemandu yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah selaras dengan matlamat meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.

Mekanisme pemantauan melalui sistem penggredan ini telah dilaksanakan mulai 24 Mac 2014 dan penilaiannya akan bermula pada awal tahun 2015. Dijangka bulan Mac 2015 pihak JPJ akan mengumumkan keputusan penggredan institusi-institusi memandu seluruh Malaysia secara berperingkat. Selain itu, pihak JPJ juga sentiasa membuat pemantauan dan naziran di institut-institut memandu bagi memastikan mereka tidak menetapkan kadar yuran melebihi kadar siling yang ditetapkan oleh kerajaan. Tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Kaedah 9A Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992 sekiranya mereka didapati bersalah berbuat demikian.

Sekian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dapat bersama-sama menyumbang buah fikiran kepada Kementerian Pengangkutan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita

beralih ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Silakan Yang Berhormat.

7.53 mlm.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyentuh isu-isu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 di Dewan yang mulia ini.

Menyentuh tentang penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands. Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad, Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon, Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah dan Yang Berhormat Senator Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah telah membangkitkan isu mengenai penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands dan juga di Janda Baik negeri Pahang.

DN 15.12.2014 113

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin menekankan di sini bahawasanya di bawah Perkara 74, Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai Kedua, perkara berhubung hutan, tanah dan sungai adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kuasa meluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk semua kelulusan yang berkaitan dengan penggunaan tanah.

Kerajaan Persekutuan memandang serius isu pencerobohan hutan di Cameron Highlands. Berhubung dengan itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atau NRE telah menubuhkan Centralised Enforcement Team atau CET susulan keputusan kerajaan pada 12 Julai 2013 yang bertujuan membendung aktiviti pencerobohan hutan sama ada kawasan Hutan Simpan Kekal atau HSK ataupun hutan di tanah kerajaan di Cameron Highlands.

Aktiviti penguatkuasaan ini disertai oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Cameron Highlands, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhilitan serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Menerusi CET, aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti dicerobohi melibatkan tanah kerajaan dan Hutan Simpan Kekal atau HSK.

Agensi-agensi yang menyertai aktiviti ini menguatkuasakan peruntukan rang undang-undang masing-masing. Sehingga kini, CET telah menyelaraskan sebanyak enam aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di beberapa buah lokasi di Cameron Highlands yang melibatkan kawasan seluas 115 ekar. Ini yang sudah pun dikenal pasti bahawa pencerobohan berlaku.

Sepanjang operasi CET dijalankan, seramai 17 orang pekerja warga asing telah ditangkap dan diambil tindakan oleh Jabatan Imigresen. Sebanyak lima buah jentera berat telah disita dan pemiliknya telah membayar kompaun sebanyak RM25,000. Manakala siasatan masih dijalankan oleh PTG Pahang iaitu Pejabat Tanah dan Galian Pahang terhadap sitaan peralatan pertanian seperti pam air dan pam penyembur racun. Kerajaan juga telah mengadakan Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh di Cameron Highlands yang dipengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Waktu kita tepat pukul 8 malam.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Oh, sampai pukul 8 malam ya?

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa

Yang Berhormat berhenti setakat itu, boleh sambung balik esok.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Saya boleh sambung esok dan bila-bila masa.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini

ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 16 Disember 2014.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.00 malam.]