dewan negara yang ketujuh - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan cina. *6....

14
DEWAN NEGARA YANG KETUJUH MALAYSIA PENGGAL YANG PERTAMA ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI ISNIN, 1HB DISEMBER , 1986 , PUKUL 2.30 PETANG Bil. 2 1 LAPORAN TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MENGANGKAT SUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT *1. Tuan A. Shaik Dawood minta Menteri Kewangan menyatakan sebab-sebab nilai ringgit Malaysia lemah berbanding dengan nilai matawang negara jiran. *2. Puan Ainon binti Ariffin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa ramaikah pendatang-pendatang haram membanjiri Malaysia bagi tahun 1985-1986 dan apakah langkah-langkah wajar yang diambil bagi mengatasi masalah ini yang mengancam kestabilan, keselamatan dan ekonomi negara. *3. Puan Hajjah Azizah binti Haji Md . Said minta Menteri Kewangan menyatakan bahawa memandangkan pada masa ini pegawai-pegawai Kerajaan diberi kebenaran oleh jabatan Cukai Dalam Negeri membayar cukai pendapatan mereka melalui potongan gaji bulanan secara beransur-ansur sementara pekerja- pekerja dari Syarikat-syarikat Swasta dikehendaki membayar cukai tersebut secara sekali gus dalam tahun berikutnya; adakah pihak Kementerian bercadang memberi kebenaran yang sama kepada pekerja-pekerja swasta supaya cukai pendapatan mereka dapat dibayar secara beransur-ansur pada tiap-tiap bulan sama seperti kakitangan Kerajaan. *4. Tuan Ng Ah Poi minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada Kementerian beliau ada rancangan menetapkan Bahasa Cina sebagai satu mata pelajaran wajib untuk murid-murid bangsa Cina di dalam sekolah rendah serta menengah.

Upload: vothuy

Post on 11-Aug-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

DEWAN NEGARA YANG KETUJUH

MALAYSIA

PENGGAL YANG PERTAMA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI ISNIN, 1HB DISEMBER , 1986 , PUKUL 2.30 PETANG

Bil. 2 1

LAPORAN TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKABAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

MENGANGKAT SUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

*1. Tuan A. Shaik Dawood minta Menteri Kewangan menyatakan sebab-sebabnilai ringgit Malaysia lemah berbanding dengan nilai matawang negara jiran.

*2. Puan Ainon binti Ariffin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan beraparamaikah pendatang-pendatang haram membanjiri Malaysia bagi tahun 1985-1986dan apakah langkah-langkah wajar yang diambil bagi mengatasi masalah ini yangmengancam kestabilan, keselamatan dan ekonomi negara.

*3. Puan Hajjah Azizah binti Haji Md . Said minta Menteri Kewanganmenyatakan bahawa memandangkan pada masa ini pegawai-pegawai Kerajaandiberi kebenaran oleh jabatan Cukai Dalam Negeri membayar cukai pendapatanmereka melalui potongan gaji bulanan secara beransur-ansur sementara pekerja-pekerja dari Syarikat-syarikat Swasta dikehendaki membayar cukai tersebut secarasekali gus dalam tahun berikutnya; adakah pihak Kementerian bercadang memberikebenaran yang sama kepada pekerja-pekerja swasta supaya cukai pendapatanmereka dapat dibayar secara beransur-ansur pada tiap-tiap bulan sama sepertikakitangan Kerajaan.

*4. Tuan Ng Ah Poi minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada Kementerianbeliau ada rancangan menetapkan Bahasa Cina sebagai satu mata pelajaran wajibuntuk murid-murid bangsa Cina di dalam sekolah rendah serta menengah.

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Page 2: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

2

*5. Tuan Bee Yang Sek minta Menteri Pelajaran menyatakan:

(a) adakah Kementerian Pelajaran mempertimbangkan membina semulabangunan-bangunan sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina diNegeri Kedah yang kini berada dalam keadaan lapuk dan bahaya; dan

(b) jumlah peruntukan bantuan modal yang telah diluluskan untuk semuaaliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.

*6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan:

(a) setakat ini jumlah guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yangakan bersara dan dapat perlantikan semula; dan

(b) setakat ini kekurangan jumlah guru-guru Bahasa Malaysia dan BahasaInggeris di seluruh negara kita.

*7. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(i) berapakah jumlah kawasan-kawasan yang telah menubuhkan AJKPemulih Dadah di seluruh negara;

(ii) berapa jumlah pelatih-pelatih yang telah dibebaskan dari pusat-pusatPemulihan semenjak Pusat Pemulihan ditubuhkan di seluruh negara; dan

(iii) benarkah peratusnya terlalu tinggi bahawa pelatih-pelatih yang telahdibebaskan dari Pusat-pusat Pemulihan terlibat semula sebagai penagih,apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan.

*8. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan beraparamaikah jumlah bilangan anggota Parti Komunis Malaya yang telah menyerah diridan dibunuh oleh pasukan keselamatan kita dalam tahun 1985 hingga bulanOktober 1986 dan nyatakan bilangan anggaran yang masih diburu di negeri-negeriberkenaan.

*9. Tuan G . Rajoo minta Menteri Pelajaran menyatakan:

(a) langkah-langkah yang sedang diambil dan persiapan yang dibuat sehinggaini untuk menghadapi KBSM tahun 1988 di Sekolah Menengah;

(b) jenis-jenis latihan yang diberi kepada guru-guru sekolah Menengah untukmelaksanakan KBSM; dan

(c) langkah-langkah yang diambil untuk memasuki pengajian Bahasa Ibunda(POL) dalam jadual Waktu KBSM.

*10. Tuan Paramjit Singh minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan:

(a) apakah sebab utama kejatuhan industri bijih timah di Malaysia; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memperbaikiharga bijih timah.

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Page 3: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

3

*11. Tuan Wong Kie Yik minta Menteri Kewangan menyatakan berapakahjumlah wang yang dijimatkan oleh Kerajaan dalam masa tempoh setahun

daripada:

(i) meningkatkan kadar pinjaman perumahan dan kenderaan daripada 4peratus kepada 6 peratus untuk kakitangan Kerajaan;

(ii) mengurangkan elaun-elaun untuk para Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan Setiausaha-setiausaha Parlimen; dan

(iii) dikenakan 100 peratus cukai pendapatan daripada mereka yangmempunyai pencen kedua, ketiga dan sebagainya.

*12. Puan Hasanah binti Mohd . Kassim minta Menteri Pengangkutan

menyatakan mengapakah peraturan dikenakan kepada pesara-pesara (yangberumur 55 tahun ke atas) kiranya menempah tiket kapalterbang MAS(penerbangan dalam negeri) mereka dikehendaki menempah seminggu lebih awal,barulah dapat bayaran separuh dari harga tiket yang ditempah itu, tidakkahmemadai dengan menunjukkan kad pesara bagi pegawai-pegawai Kerajaan.

*13. Dato ' Haji Zakaria bin Haji Yahaya minta Menteri Luar Negeri menyatakanapakah hasil yang dicapai dari lawatan Presiden Malta ke Negara ini baru-baru inibagi melaksanakan kenyataan bersama yang telah dibuat antara Perdana MenteriMalaysia dan Perdana Menteri Malta di akhir lawatan beliau ke Malaysia dalambulan November, 1977 yang lalu itu.

*14. Tuan Haji Shuaib bin Lazim minta Menteri Wilayah Persekutuan

menyatakan:

(i) apakah usaha-usaha yang sedang dan telah diambil, untuk mengurangkandan membendung setinggan-setinggan supaya tidak membanjiri.Wilayah

Persekutuan;

(ii) adakah Menteri bercadang hendak mengadakan suatu rancangan khas dikawasan-kawasan tertentu, bagi membina rumah-rumah yang benar-benar murah untuk setinggan-setinggan yang sedia ada di WilayahPersekutuan, kalau tidak kenapa; dan

(iii) adakah Menteri bercadang hendak menguatkuasakan undang-undangyang lebih tegas dan hukuman yang lebih berat, kepada setinggan-setinggan yang menceroboh tanah orang-orang yang khasnya tanah-tanahKerajaan di Wilayah Persekutuan, kalau tidak kenapa.

*15. Dato ' Dr K. S. Nijhar minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada benarterdapat beberapa institusi kewangan yang berlesen menuntut pelanggan merekasehingga 20% bunga setahun dan sama ada beliau dapat membantu mengurangkankos meminjam bagi peniaga-peniaga pada masa yang sukar ini.

Iziey
Text Box
Page 4: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

4

*16. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Pelajaran menyatakan:

(a) apakah "Program Bersepadu" dan lama ada program itu bolehdilaksanakan memandangkan bertambah ramainya murid-murid di kelas-kelas di samping terdapatnya kekurangan kemudahan-kemudahan dikebanyakan sekolah-sekolah; dan

(b) sama ada sistem tersebut akan ditinjau semula memandangkan terdapatbanyak kritikan-kritikan yang dihadapi daripada ibubapa-ibubapa, guru-guru dan pelajar-pelajar.

*17. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Perdana Menteri menyatakan sama adaKementeriannya bercadang mengadakan pelayaran "Feri Malaysia" dari PulauPinang ke Medan, dari Pulau Pinang ke Singapura dan ke Phuket, Thailand bagimewujudkan muhibbah antara negara-negara ASEAN.

*18. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) secara tegas tarikh terakhir bagi semua pendaftaran kontraktor kerja danletrik akan dipindahkan dari jabatan-jabatan lain ke PUSAT KHIDMATKONTRAKTOR (PKK) memandangkan kepada proses penyelarasanyang terlalu perlahan sekarang yang telah menimbulkan banyak masalahkepada kontraktor Bumiputera; dan

(b) tugas-tugas baru PKK yang telah diperluaskan dari konsep asalPUSAKABUMI.

*19. Tuan Tiong Hiew King minta Menteri Pelajaran menyatakan:

(a) jumlah pelajar yang duduk peperiksaan STPM tahun 1985 di NegeriSarawak;

(b) berapakah jumlah penuntut yang dapat kelulusan penuh yang layakmasuk ke Universiti; dan

(c) kriteria pengambilan pelajar Sarawak masuk ke Universiti tempatan.

*20. Puan Mazidah binti Zakaria minta Menteri Pelajaran menyatakan apakahjumlah wang yang dibelanjakan oleh Kerajaan dalam satu tahun untuk membiayaipelajaran penuntut-penuntut Malaysia di seberang laut jika dibandingkan denganjumlah keseluruhan yang dibelanjakan dalam satu tahun untuk membiayaiuniversiti-universiti yang ada di Malaysia pada masa ini.

*21. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Pelajaran menyatakansama ada benar-benar Menteri yang berkenaan bercadang menghapus ataumeminda Akta Pelajaran 21 (2) jika benar adakah ianya tidak bertentangan denganDasar Pelajaran Kebangsaan dan jika tidak:

(a) adakah Kerajaan bercadang mewujudkan Sekolah Menengah JenisKebangsaan di seluruh Negara sebagaimana Sekolah MenengahKebangsaan yang ada sekarang; dan

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Page 5: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

5

(b) adakah Kerajaan bercadang menjadikan bahasa Cina dan bahasa Tamilsebagai mata pelajaran wajib kepada penuntut-penuntut di semua SekolahRendah, Sekolah Menengah dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi dalamNegara ini.

*22. Tuan Haji Shahrom bin Haji Maasom minta Menteri Kewanganmenyatakan, sehingga 31-12-1985 berapa jumlah tunggakan cukai pendapatanseluruh negara:

(a) bagi orang perseorangan dalam negeri;

(b) bagi orang perseorangan yang tinggal di luar negeri;

(c) syarikat-syarikat perniagaan dalam negeri; dan

(d) bagi syarikat-syarikat perniagaan yang didaftar di Malaysia dan beroperasidi luar Malaysia.

Apakah usaha-usaha Kerajaan untuk mendapatkan segera tunggakan tersebut.

*23. Datuk Haji Ishak bin Abdul Rahman minta Menteri Kesihatan menyatakansama ada beliau sedar bahawa terdapat di kalangan kakitangan Kerajaan yangkurang minat untuk menderma darah kepada tabung darah di hospital-hospitalKerajaan kerana:

(a) cuti yang diberi kepada penderma-penderma darah hanya sehari sahajaiaitu pada hari menderma darah tersebut;

(b) kemungkinan kurang layanan apabila penderma darah perlukan rawatandari pihak berkenaan hospital; dan

(c) jika sedar apakah tindakan yang sedang dan akan diambil.

*24. Tuan R . M. Jasni minta Menteri Kewangan menyatakan adakah benarKerajaan Negeri Sabah sebagai negeri kedua yang terhutang dengan KerajaanPusat melalui bayaran pendahuluan (advances) dari peruntukan yang sepatutnyadibelanjakan dalam masa Rancangan Malaysia Kelima ini. Jikalau benar:

(a) berapakah jumlah pendahuluan (advances) tersebut; dan

(b) adakah Kerajaan Sabah masih mempunyai baki peruntukan dalamRancangan Malaysia Kelima ini atau terpaksa meminjam peruntukan bagiRancangan Malaysia Keenam untuk memenuhi keperluan pembangunandalam jangkamasa Malaysia Kelima.

*25. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang minta Perdana Menteri menyatakanapakah langkah-langkah yang akan diambil dengan wujudnya Badan-badanDakwah yang terang-terang melahirkan keraguan dan mengelirukan kepercayaan(Akidah) umat Islam di negara ini.

Iziey
Text Box
Page 6: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

6

*26. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sepertiberikut:

(a) jumlah bilangan pendatang-pendatang haram di negara ini yang telahdihantar pulang ke negara asal mereka masing-masing sehingga 31hbOktober, 1986;

(b) adakah Kerajaan dapat memastikan kepada tiap-tiap pendatang haramdihantar pulang ke negara mereka itu akan tidak datang lagi ke negarakita atau sebaliknya;

(c) adakah apa-apa denda atau hukuman dikenakan kepada pendatang-pendatang haram ke negara kita ini dan tidakkah dianggap mereka inisebagai penyeludup juga; dan

(d) berapa ramaikah bilangan pendatang-pendatang haram setakat ini yangdapat ditangkap kerana mereka terlibat jadi penjenayah, pencuri rompak-samun dan pembunuh terhadap warganegara kita sendiri.

*27. Tuan Chan Choong Tak mints Menteri Pelajaran menyatakan:

(a) sebab-sebab tidak ditetapkan terlebih dahulu tarikh untuk mengumumkankeputusan:

(i) Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran;

(ii) Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia; dan

(iii) Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran;

(b) sama ada untuk mengurangkan spekulasi dan kebimbangan mereka yangmenunggu keputusan adakah akan ditetapkan tarikh tetap pada masaakan datang dan nyatakan tarikh yang ditentukan untuk keputusanpeperiksaan yang diadakan pada 1986 itu.

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Page 7: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

7

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:

Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supayaselama Penggal Dewan Negara yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui danjangan ada apa-apa halangan menggalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dariDewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju keDewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini danberhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Negara hendaklahmenyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 70 (1) Majlis DewanNegara memutuskan iaitu Ahli-ahli yang berikut hendaklah menjadi Ahli-ahliJawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Pertama Parlimen Yang Ketujuh:

1. Yang Berhormat Tuan Hussein bin Ahmad;

2. Yang Berhormat Dato' Mak Hon Kam;

3. Yang Berhormat Puan Mazidah binti Haji Zakaria;

4. Yang Berhormat Tuan Rajoo all Desari @ Govindasamy.

3. Puan Mazidah binti Haji Zakaria akan mencadangkan:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan Kebawah DuliYang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikianbunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalamPersidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapanyang zalil daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyaksyukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan KebawahDuli pada masa membuka Penggal Pertama Parlimen Yang Ketujuh".

4. Menteri Kesihatan akan mencadangkan:

Bahawa Majlis ini membuat ketetapan bahawa mengikut peruntukanSeksyen Kecil (3) Seksyen 39 Akta Perubatan 1971, Bahagian VII Akta ituhendaklah terus berkuatkuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 1hb Oktober,1986.

5. *(DR. 25/86) Rang Undang-undang Perbekalan 1987 .. Bacaan Kaliyang Kedua

6. *(DR. 17/86) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan(1986) 1986

Page 8: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

8

7. *(DR. 21/86) Rang Undang -undang Bil Perbendaharaan Bacaan Kali(Tempatan) (Pindaan) yang Kedua

8. *(DR. 26/86) Rang Undang-undang Perindustrian Sekuriti(Pindaan)

9. *(DR. 28/86) Rang Undang-undang Kewangan

10. *(DR . 15/86) Rang Undang -undang Perbadanan StadiumMerdeka (Pindaan)

11. *(DR . 16/86) Rang Undang-undang Perpustakaan Negara(Pindaan)

12. *(DR . 20/86) Rang Undang -undang Penyerahan BahanPerpustakaan

13. *(DR . 22/86) Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan)

14. *(DR . 29/86) Rang Undang-undang Perihal Dagangan(Pindaan)

15. *(DR . 27/86) Rang Undang -undang Hakcipta .. .. .. „

16. *(DR . 32/86) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan(Pindaan)

17. *(DR . 23/86) Rang Undang -undang Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan ) (Pindaan)

18. *(DR . 2/86) Rang Undang-undang Rahsia Rasmi (Pindaan)

19. *(DR . 19/86) Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera(Pindaan)

20. *(DR . 24/86) Rang Undang-undang Perlindungan Wanitadan Gadis ( Pindaan)

21. *(DR . 18/86) Rang Undang-undang Lembaga Letrik Sabah(Pindaan)

22. *(DR . 33/86) Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara(Pindaan)

Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dipertimbangkan pada semua peringkat olehDewan Negara tertakiuk kepada Rang Undang -undang tersebut diserahkan oleh Dewan Rakyat.

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Page 9: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

9

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA DALAMMESYUARAT

Tahun 1986

DR. 1 .. Dewan Rakyat . Negara Keenam(Penggal Keempat) LaporanJawatankuasa Bersama Dewan bagiDewan Rakyat dan Dewan Negara

CMD. 39 .. Laporan Ekonomi, 1986/87Kementerian Kewangan Malaysia

CMD. 50 .. Laporan Mengenai Koperasi -koperasiPengambilan Deposit

CMD. 50 .. Investigation Report on Twenty-four(Lampiran) Deposit Taking Co-operatives

ST. 65 .. Laporan Tahunan 1984 SuruhanjayaPelabuhan Pulau Pinang

ST. 66 .. Laporan Tahunan 1984 LembagaPelabuhan Johor

ST. 67 .. Lembaga Pelabuhan Bintulu LaporanTahunan 1984

ST. 68 .. Laporan Tahunan 1984 PelabuhanKuantan

ST. 72 .. Laporan Tahunan FAMA 1982 ..

ST. 74 .. BERNAMA Laporan TahunanPertubuhan Berita Nasional Malaysia

ST. 76 .. Lembaga Urusan Tabung Haji LaporanTahunan 1985

ST. 105 .. Bank Negara Malaysia LaporanTahunan 1985

Tarikh dibentang

lhb Disember, 1986

lhb Disember, 1986

lhb Disember, 1986

lhb Disember, 1986

lhb Disember, 1986

lhb Disember, 1986

lhb Disember, 1986

lhb Disember, 1986

lhb Disember, 1986

lhb Disember, 1986

lhb Disember, 1986

lhb Disember, 1986

Iziey
Text Box
Page 10: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

10

PERTANYAAN-PERTANYAAN BUKAN BAGI JAWABMULUT

1. Tuan Hassan bin Nam minta Perdana Menteri menyatakan berapakahkadar tambang Feri Malaysia yang telah dilancarkan dalam bulan Ogos, laluperjalanannya dari Kuantan ke Sabah, Sarawak dan Singapura, nyatakan tambangtiap seorang penumpang dikenakan perjalanan pergi dan balik ke tempat-tempatberkenaan, dan nyatakan jumlah ramai penumpang yang sudah menggunakanperkhidmatan Feri tersebut dari tarikh dilancarkan hingga 31hb Oktober, 1986.

2. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kewangan menyatakan berkenaan isukewangan KWSP seperti berikut:

(a) berapa jumlah wang yang telah dikeluarkan oleh Lembaga KWSP kepadaahli-ahlinya untuk mereka memohon membeli rumah dari wang carumanmereka bagi tahun 1984 dan 1985; juga bilangan ahlinya yang menerimafaedah tersebut; dan

(b) adakah benar Lembaga KWSP ada mengalami kerugian berjuta-jutaringgit kerana melaburkan wangnya ke Syarikat-syarikat awam yang tidakmendapat keuntungan yang sepatutnya, jika benar nyatakan jumlahkerugian yang sedang ditanggung oleh lmbaga tersebut.

3. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandarmenyatakan pada masa ini berapa ramaikah jumlah bilangan siswazah-siswazahtajaan MARA yang masih menganggur dan apakah rancangan pihak MARA untukmenolong siswazahnya yang menganggur ini untuk mendapat pekerjaan padamereka, dan benarkah ada kemungkinannya pada masa hadapan ini parapeminjam-peminjam biasiswa MARA tidak akan dikenakan bayaran baliksebagaimana pelajar-pelajar yang menerima biasiswa dari pihak JPA.

4. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kesihatan menyatakan sebab-sebabkadar kematian kelahiran bayi lebih tinggi di kawasan luar bandar atau dipendalaman jika dibandingkan dari dalam bandar, ini adakah kerana tidak adaterdapat kemudahan tempat ibu-ibu bersalin dan rawatan yang sempurna dipendalaman kebanyakan mereka masih mengamalkan bidan-bidan kampung(Tradisional), oleh itu Kerajaan/Kementerian tidakkah ada cadangan untukmengadakan Mini Klinik dengan menempatkan dua tiga buah katil dan seorangmak bidan yang terlatih untuk menempatkan ibu-ibu bersalin yang di pendalamanterdapat ramai penduduk dan jauh dari Klinik Desa yang sedia ada, Berta di tempatitu dibekalkan dengan ubat rawatan yang sempurna.

5. Tuan G. Rajoo minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatanmenyatakan jumlah projek perumahan yang terbengkalai semenjak tahun 1984 dantindakan yang diambil ke atas pemaju perumahan ini. Nyatakan juga tindakan-tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk menjalankan semula projek-projekterbengkalai itu.

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Page 11: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

11

6. Tuan G . Rajoo minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan jumlah anak-anak Syarikat di bawah Kementerian beliau. Nyatakan anak-anak Syarikat yangmemperolehi keuntungan dan anak-anak Syarikat yang mengalami kerugian.Apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian terhadap anak-anak Syarikatyang mengalami kerugian ini. Nyatakan sama ada anak-anak syarikat yangmengalami kerugian akan ditutup atau sebaliknya.

7. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah bilik darjah yangdibina bagi SRJK (T) dalam Rancangan Malaysia Kelima, dan namakan jugasekolah-sekolah yang terlibat. Nyatakan kos pembinaan bilik-bilik darjahmengikut jenis sekolah dalam tempoh RML ini.

8. Tuan G. Rajoo minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pengeluaranminyak yang dihasilkan oleh PETRONAS semenjak tahun 1980 dan jumlahpendapatan hasil penjualan minyak ini. Nyatakan juga jumlah pembelian minyakdari negara-negara lain dalam tempoh masa ini. Apakah sebab-sebabnya negarakita tidak menggunakan minyak hasil PETRONAS dengan sepenuhnya.

9. Tuan G. Rajoo minta Perdana Menteri menyatakan jumlah graduan yangdiberi jawatan sandaran di bawah program membantu pengangguran graduan danKementerian-kementerian di mana mereka ditempatkan. Nyatakan sama adaKerajaan akan memberi peluang kepada mereka diserapkan dalam jawatan tetapselepas beberapa tahun dan kenapa.

10. Tuan G . Rajoo minta Menteri Buruh menyatakan:

(a) jumlah pekerja yang masih berkhidmat dengan SYARIKAT GULAPERAK dan lama ada mereka menerima gaji mereka setiap bulan;

(b) tindakan yang diambil terhadap majikan/pemilik syarikat Gula Perak ataskegagalan mereka membayar gaji dan caruman KWSP kepada pekerja-pekerjanya; dan

(c) tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membantu syarikattersebut memulihkan operasinya.

11. Tuan G. Rajoo minta Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan menyatakan:

(a) jumlah pinjaman yang diberi kepada belia-belia di bawah skim GalakanBelia Niaga dengan pecahan pertubuhan; dan

(b) apakah respon terhadap skim ini oleh pertubuhan-pertubuhan belia dinegara ini.

12. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatanmenyatakan apakah tindakan yang telah diambil untuk mendirikan suatu sistempusat saluran najis untuk bandar Port Dickson.

13. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakahtindakan yang telah diambil untuk memperbaiki jalan raya utama yang terdapat diantara Seremban dan Port Dickson.

Iziey
Text Box
Page 12: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

12

14. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Tenaga, Telekom dan Posmenyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap kritikan daripadapengguna-pengguna bahawa mereka telah diberikan bil-bil di atas panggilan-panggilan yang tidak pernah dibuat oleh mereka serta menyatakan dengan jelasbagaimana panggilan dapat dicatatkan yang dibuat melalui sesuatu telefon yangtelah dikuncikan.

15. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Kemajuan Tanah dan KemajuanWilayah menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Pusatsupaya Kerajaan Negeri dapat mempercepatkan pembukaan tanah danmembukakan permohonan tanah kepada mereka yang ingin bercucuk tanam

supaya masalah pengangguran yang serius sekarang dapat diatasi serba sedikit danapakah reaksi yang telah diterima terhadap langkah-langkah tersebut.

16. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Kewangan menyatakan apakah sebabisteri seorang tidak dibenarkan penaksiran pendapatan berasingan jikapendapatannya tertimbul daripada perniagaannya sendiri.

17. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Perdagangan dan Perindustrianmenyatakan apakah jaminan yang dapat diberikan kepada pelabur-pelaburtempatan dan asing yang hendak melabur mengikut galakan yang diberikansekarang bahawa pelaburan mereka tidak akan terjejas oleh peraturan-peraturanbaru, jika ada, selepas Ekonomi Negara dipulihkan.

18. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada benarbahawa rakyat Malaysia telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk menjalankankursus-kursus dalam pelajaran Islam diiringi oleh keluarga mereka di manatambang mereka telah ditanggung penuh oleh Kementerian. Sekiranya benar, silanyatakan keperluan berbuat demikian dalam masa kemerosotan ekonomi sekarangini, memandangkan adanya kursus-kursus yang sedemikian di negara kita dan dinegara-negara jiran.

19. Tuan Chan Choong Tak mints Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

menyatakan:

(a) adakah benar bahawa sebahagian masalah yang wujud dalam PasukanBomba dalam usaha mereka timbul akibat daripada kurangnya kordinasidi antara Pasukan Bomba, Lembaga Letrik Negara dan Jabatan BekalanAir, sekiranya benar, apakah tindakan yang telah diambil untukmemperbaiki keadaan ini; dan

(b) bilakah suatu Pasukan Bomba boleh ditempatkan di bandar Mantin.

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Page 13: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

13

20. Tuan Chan Choong Tak mints Menteri Pembangunan Negara dan LuarBandar menyatakan:

(i) sama ada pemeriksaan tetap telah dijalankan ke atas operasi-operasipertubuhan-pertubuhan koperasi di Malaysia, sebelum pembekuanaktiviti-aktiviti mereka oleh Kerajaan baru-baru ini; dan

(ii) menyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan sebelumkeadaan sekarang telah dicapai. Sekiranya tidak, sebutkan mengapa.

21. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Pelajaran menyatakan samaada Kerajaan bercadang mewajibkan mata pelajaran Sejarah dan Tatanegara disemua peringkat persekolahan dan institusi-institusi pengajian tinggi tanpamengira jenis kursus pengajian.

22. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Perdagangan danPerindustrian menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihakKerajaan bagi memperkuatkan pejabat-pejabat Pesuruhjaya PerdaganganMalaysia di luar negeri bagi membantu meningkatkan eksport negara dan menarikpelabur-pelabur asing ke negara ini.

23. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan apakahlangkah-langkah yang telah diambil bagi meningkatkan penyertaan kontraktor-kontraktor tempatan dalam kerja -kerja kontrak PETRONAS di mana sekarang inikontraktor -kontraktor tempatan hanya mengendalikan lebih kurang 10% darikerja-kerja kontrak perbadanan tersebut.

24. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan samaada pihak Kerajaan bercadang memperkenalkan satu dasar perlindungan bagiindustri kereta nasional memandangkan keadaan ekonomi yang meleset danpenjualan PROTON SAGA yang berkurangan sejak akhir-akhir ini.

25. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Kewangan menyatakan samaada Kerajaan bercadang memudahkan pihak swasta mendapatkan pinjaman dariluar negeri sebagai satu cara mengatasi masalah kecairan wang dalam negeri.

26. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Kewangan menyatakansetakat manakah keberkesanan usaha-usaha menubuhkan "INTER-BROKER-FIDELITY FUND" dan tabung yang bernilai M$50 juta bagi membantu mana-mana broker yang menghadapi masalah-masalah dalam pemasaran di pasaransaham.

27. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Kewangan menyatakan samaada pihaknya bersedia menimbang untuk memulangkan semula sebahagiandaripada wang pembelian dokumen tender kepada kontraktor-kontraktor yangmemasuki tender tetapi tidak berjaya bagi mengurangkan beban yang dihadapioleh kontraktor-kontraktor khasnya di zaman ekonomi yang meleset ini.

Page 14: DEWAN NEGARA YANG KETUJUH - parlimen.gov.my · aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. *6. Tuan Tay Chee King minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) setakat ini jumlah guru-guru

14

28. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Kerja Raya menyatakan carapengambilan kontraktor-kontraktor untuk menyertai kursus-kursus, seminar atauworksyop yang dijalankan oleh Kementeriannya.

29. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Kerja Raya menyatakan samaada pihaknya telah melaksanakan rancangan Kementeriannya untuk memberikerja-kerja bagi kontraktor Bumiputera yang menjadi ahli Persatuan Pemborong-pemborong Bumiputera sahaja.

30. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Kerja Raya menyatakan samaada rancangan Kementerian Kerja Raya untuk mendapatkan jaminan insuran bagikontraktor-kontraktor yang gagal berbuat demikian dalam masa sepuluh (10) harisetelah mendapat tawaran kerja telah dilaksanakan, berapa ramai kontraktor yangmendapat faedah dari rancangan ini. Jika tidak, mengapa.

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box