malaysia dewan rakyat aturan urusan · pdf filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara;...

21
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 18 JUN 2015, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 36 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1332-L67813 Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana sambutan terhadap pelaksanaan Pelan Pendidikan Nasional dan apakah langkah-langkah diambil oleh pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menjayakannya. 2. PR-1332-L68255 Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional harga siling rumah PR1MA dinaikkan kepada RM450,000. Berapa peratusan rumah PRIMA dalam kategori tersebut. 3. PR-1332-L67925 Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam memberikan pendidikan pengurusan kewangan kepada masyarakat Malaysia seperti yang digariskan dalam Pelan Sektor Kewangan 2011-2020, untuk menerapkan elemen-elemen pendidikan kewangan dalam ekosistem sekolah. 4. PR-1332-L67490 Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pencapaian Programme Smart Domestic Manager dan apakah cabaran utama yang dihadapi sehingga kini. 5. PR-1332-L68669 Datuk William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat mana perancangan Kementerian untuk mempercepatkan penyambungan bekalan air paip terawat ke kawasan Setungin dan San Semanju, Engkili, Lubok Antu.

Upload: ngobao

Post on 11-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 18 JUN 2015, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 36

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1332-L67813 Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana sambutan terhadap pelaksanaan Pelan Pendidikan Nasional dan apakah langkah-langkah diambil oleh pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menjayakannya.

2. PR-1332-L68255

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional harga siling rumah PR1MA dinaikkan kepada RM450,000. Berapa peratusan rumah PRIMA dalam kategori tersebut.

3. PR-1332-L67925 Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam memberikan pendidikan pengurusan kewangan kepada masyarakat Malaysia seperti yang digariskan dalam Pelan Sektor Kewangan 2011-2020, untuk menerapkan elemen-elemen pendidikan kewangan dalam ekosistem sekolah.

4. PR-1332-L67490

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pencapaian Programme Smart Domestic Manager dan apakah cabaran utama yang dihadapi sehingga kini.

5. PR-1332-L68669

Datuk William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat mana perancangan Kementerian untuk mempercepatkan penyambungan bekalan air paip terawat ke kawasan Setungin dan San Semanju, Engkili, Lubok Antu.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

2 AUM DR 18/6/2015

6. PR-1332-L67959 Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah luar biasa membaiki sekolah-sekolah yang uzur, ketiadaan dan kekurangan prasarana asas seperti padang permainan, elektrik dan air bersih, alat bantu mengajar yang kemas kini, terutama bagi sekolah-sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak, dalam usaha hendak mencapai pendidikan taraf dunia menjelang 2020.

7. PR-1332-L69074

Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan di antara kementerian dengan Kerajaan tempatan di dalam memantau tahap kebersihan di pasar-pasar tani demi memastikan produk yang dijual bersih dan tidak memudaratkan kesihatan pembeli.

8. PR-1332-L68791

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasional dan sebab Kerajaan mengenakan cukai GST ke atas tiket penerbangan domestik sedangkan tiket penerbangan antarabangsa adalah berkadar sifar (zero-rated). Memandangkan kerajaan negeri Sabah mendakwa kaedah ini akan mempengaruhi pelancongan Sabah dan perdagangan Sabah, adakah Kerajaan boleh mengambil pertimbangan untuk mengkaji semula kaedah tersebut.

9. PR-1332-L67524

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah status pencapaian Kementerian dengan pihak swasta melalui konsep ‘public-private partnership’• bagi mempertingkatkan kemudahan infrastruktur seperti taska kepada golongan wanita berkerjaya atau institusi latihan kepada golongan ibu tunggal.

10. PR-1332-L68529

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan mengapakah gas "cylinder" di negara ini mengalami begitu banyak kekurangan dan apakah usaha-usaha Kementerian untuk mengatasi masalah ini dalam jangka masa pendek dan panjang.

11. PR-1332-L67645

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewajibkan setiap bank untuk meletakkan pengawal keselamatan khususnya di ATM yang beroperasi setiap 24 jam.

12. PR-1332-L69180

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) tentang kedudukan terkini cadangan untuk menubuhkan "Law

Reform Committee" untuk Parlimen Malaysia, adakah jawatan kuasa ini dapat melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk Ahli-ahli Parlimen; dan

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

AUM DR 18/6/2015 3

(b) adakah ia juga selaras dengan usaha reformasi Parlimen Malaysia dan namakan negara-negara dalam Kommanwel yang mempunyai jawatan kuasa.

13. PR-1332-L68186

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan Pusat untuk memajukan Mini Stadium Pasir Mas yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan tetapi sudah ditinggalkan terbiar sekian lama.

14. PR-1332-L69057

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan cukai GST yang telah dikenakan ke atas pengguna-pengguna oleh syarikat-syarikat utiliti termasuk TNB, pihak-pihak bekalan air dari setiap negeri untuk dibayar kepada Jabatan Kastam Diraja sejak cukai tersebut dilaksanakan pada 1 April 2015.

15. PR-1332-L69443

Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah Kerajaan dalam mempertahankan harga minyak kelapa sawit.

16. PR-1332-L68658 Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahagian-bahagian yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam dan Tasawur Islam yang didakwa perlu dikaji semula kerana mengandungi unsur ideologi sesat.

17. PR-1332-L68743

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah respons orang ramai mengenai penerimaan dan keberkesanan GST sejak ia diperkenalkan.

18. PR-1332-L68036

Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:-

(a) Malaysia beroperasi atas 55 peratus simpanan tenaga eletrik.

Mengapakah simpanan ini terlalu tinggi sedangkan secara bandingan pihak tenaga di New Zealand dan negara-negara lain beroperasi atas simpanan 15-20 peratus; dan

(b) mohon Kerajaan menyenaraikan kadar bayaran oleh TNB

kepada setiap pengusaha IPP. 19. PR-1332-L67800

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan strategi Kementerian bagi memastikan tidak wujud sebarang penindasan terhadap pengguna ekoran tindakan peniaga yang berterusan mengelirukan pengguna khususnya melibatkan isu caj perkhidmatan.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

4 AUM DR 18/6/2015

20. PR-1332-L67895 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap golongan yang bersara dan berpendapatan kurang dari RM1500.

21. PR-1332-L68919

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Pengangkutan Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mempunyai perancangan strategik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bas henti-henti di luar bandar dari aspek keselesaan penumpang dan juga keselamatan pengguna.

22. PR-1332-L69303

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah purata hutang yang ditanggung golongan belia di negara kita.

23. PR-1332-L69367

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perancangan jangka panjang Kementerian dalam menangkis serangan ideologi kumpulan-kumpulan tertentu yang boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara selain pelaksanaan undang-undang seperti POTA dan SOSMA.

24. PR-1332-L69040

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apa sebabnya Lebuh Raya Borneo Utara Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor utama untuk pembinaan Pan Borneo Highway di Negeri Sarawak.

25. PR-1332-L67537 Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan membenarkan kadar tambang teksi, kereta sewa, bas ekspres dan rel dinaikkan di antara 20 hingga 60 peratus.

26. PR-1332-L67848

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- (a) tempoh masa yang diberi kepada peniaga mengeluarkan resit

GST dalam bentuk resit tulisan tangan; dan (b) tindakan yang akan dikenakan ke atas peniaga yang masih

mengeluarkan resit tulisan tangan selepas tarikh akhir yang ditetapkan dan bagaimana peniaga mengeluarkan resit GST jika menghadapi masalah tiada bekalan elektrik yang sering berlaku di Sarawak.

27. PR-1332-L67950

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil dalam mengawal had muatan terlalu tinggi berbanding dengan ketahanan jalan raya di seluruh negara.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

AUM DR 18/6/2015 5

28. PR-1332-L68917 Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setelah GST dilaksanakan pada 1 April 2015, adakah pihak Kementerian sudah mempunyai laporan awal impak kesan GST terhadap rakyat bagi kawasan bandar dan luar bandar.

29. PR-1332-L69423

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bahawa jumlah pinjaman yang dikeluarkan di bawah program TEKUN mengikut skim dan apakah SOP yang sedia ada untuk menilai pengusaha yang layak mendapat pinjaman daripada TEKUN.

30. PR-1332-L69032

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan Polis Bantuan, Polis Komuniti dan Sukarelawan Polis mengikut kawasan Parlimen dari tahun 2010-2015. Daripada jumlah itu, berapakah syarikat Swasta yang menggunakan khidmat Polis Bantuan.

31. PR-1332-L68548

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah industri sarang burung walit di Malaysia sudah pulih sepenuhnya pada tahun 2014 setelah sekatan eksport sarang burung walit Malaysia ke negara China ditarik balik pada bulan Disember 2013.

32. PR-1332-L68388

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa bayaran pertukaran nama milik motosikal sebanyak RM40 di Sabah tidak diseragamkan sama seperti negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan bila ia boleh diseragamkan. Berikan sebab-sebab terdapat perbezaan berat muatan lori yang dibenarkan di Semenanjung dengan Sabah.

33. PR-1332-L68858

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) mengenai tahap keselamatan pintu masuk utama ke negara ini,

apakah ada unsur penglibatan pihak luar dalam kes-kes jenayah terutama "samseng" di negara ini; dan

(b) penglibatan kes jenayah negara ini mengikut negara, kaum,

jantina dan umur. 34. PR-1332-L68704

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pendirian Kementerian mengenai pemisahan di antara klinik dan farmasi (clinics, hospitals and pharmacies). Adakah Kementerian telah mendapat pandangan rakyat mengenai hal ini. Bagaimana dengan kajian mengenai isu ini.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

6 AUM DR 18/6/2015

35. PR-1332-L67612 Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha pihak Kerajaan untuk memacu bidang Sains, Teknologi, Engineering/ Teknik dan Matematik (STEM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2013-2025.

36. PR-1332-L68303

Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) setakat mana Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat

Negara, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) yang telah ditubuhkan pada 3 Jun 2010 berjaya meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan

(b) adakah SPAD telah selesai merangka undang-undang dan

peraturan berkaitan perkhidmatan TREM yang akan dimulakan operasinya di negeri Melaka.

37. PR-1332-L69087

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah diambil untuk memastikan pekerja MAS dapat diselamatkan daripada dibuang kerja oleh pihak Khazanah.

38. PR-1332-L68028

Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status terkini penaiktarafan jalan-jalan balak di sekitar Baram serta apakah rancangan pihak Kementerian untuk membina jalan luar bandar di kawasan ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

39. PR-1332-L69190

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kementerian ini tidak berusaha untuk memperkenalkan kod pakaian yang lebih sopan bagi pramugari di semua syarikat penerbangan terutamanya penerbangan domestik.

40. PR-1332-L67727

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan sejauh manakah program perumahan seperti RUMAWIP dan PPA1M memberi penekanan kepada golongan kelas pertengahan dan muda yang dipanggil "sandwich group" yang tidak layak memiliki unit kos rendah tetapi tidak pula berkemampuan memiliki unit kos tinggi dan adakah ianya boleh dibuat di negeri Selangor.

41. PR-1332-L68833

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pembangunan yang telah dibawa oleh Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara atau NCIA (Northern Corridor Implementation Authority) kepada negeri Perak.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

AUM DR 18/6/2015 7

42. PR-1332-L68013 Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah rumah di bawah program PR1MA yang sudah dibina di negeri Perak mengikut daerah. Nyatakan juga projek-projek perumahan yang bakal dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama.

43. PR-1332-L68630

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) pemantauan Kerajaan terhadap pelaksanaan projek rumah

mampu milik dari tahun 2013 sehingga 2017 yang mana sehingga kini hanya disiapkan 95, 124 unit berbanding sasaran sebanyak 249,468 unit; dan

(b) peratusan permohonan yang berjaya mendapat pinjaman untuk

membeli rumah sehingga RM400,000 seperti yang dicadangkan oleh PRIMA.

44. PR-1332-L69460

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pendirian Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menjadikan Malaysia contoh sebuah negara yang mementingkan pendidikan di peringkat antarabangsa.

45. PR-1332-L68301

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan laporan McKinsey Global Institute (MGI) mendedahkan kenaikan harga rumah di Malaysia yang berlaku antara tahun 2007 hingga suku kedua tahun 2014 adalah sekitar 67%. Nisbah hutang isi rumah Malaysia berbanding pendapatan boleh guna rakyat Malaysia adalah sebanyak 146% daripada pendapatan sekarang melampaui tahap hutang isi rumah di negara-negara maju. Apakah punca kenaikan harga rumah dan nisbah hutang yang besar tersebut. Bagaimanakah Kerajaan merancang untuk memantau masalah ini bagi mengelak Malaysia dari terdedah kepada risiko ekonomi yang lebih serius.

46. PR-1332-L69147

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian akan menyiasat presiden 1MDB, Arul Kandasamy yang telah berulang kali mengelirukan orang ramai dengan kenyataan seperti pinjaman oleh Ananda Krishnan. Terkini beliau mendakwa wang pulangan dari Pulau Cayman telah didepositkan ke dalam BSI Bank Singapura dalam bentuk wang tunai tetapi ia didapati tidak benar. Adakah BSI Bank di Singapura telah menolak dokumen dokumen yang disediakan oleh 1MDB atas sebab ianya tidak sah dan palsu.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

8 AUM DR 18/6/2015

47. PR-1332-L67602 Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan mewujudkan undang-undang khusus bagi pendaftaran parti-parti politik di Malaysia.

48. PR-1332-L68188

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah bilangan kakitangan awam diseluruh negara mengikut negeri-negeri dan jumlah gaji dan emolumen yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri masing-masing.

49. PR-1332-L68471

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah orang yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan dan Pemerluasan 2014) sehingga hari ini dan bagaimana Akta tersebut akan diguna pakai memandangkan adanya beberapa undang-undang seperti SOSMA, POTA dan Akta Hasutan.

50. PR-1332-L67657

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bolehkah Kerajaan mewujudkan akta yang membenarkan rakyat Malaysia memasuki semua negeri di Malaysia bagi mengelakkan wujudnya gerakan seperti Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia atau yang seumpamanya seperti juga negeri Johor yang memiliki tentera sendiri, iaitu Pasukan Timbalan Setia.

51. PR-1332-L67986

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berikutan berlakunya 2 kes pembunuhan kejam oleh pengawal keselamatan di bank yang melibatkan Warganegara Malaysia dan asing, apakah langkah-langkah tegas Kerajaan kepada syarikat kawalan keselamatan dalam memantau pengambilan pengawal keselamatan dan adakah Kerajaan bersedia untuk menggunakan khidmat polis bantuan atau RELA menggantikan mereka yang tiada latihan khusus, daripada kalangan pesara dan juga rekod bebas jenayah yang tidak jelas.

52. PR-1332-L68153

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana kejayaan menjadikan negara bebas daripada dadah hasil daripada beberapa langkah yang telah diambil oleh pihak PDRM untuk membanteras masalah pengedaran beberapa penyalahgunaan, dan penagihan dadah.

53. PR-1332-L67507

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang dipergunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu memerangi aktiviti jenayah siber yang semakin meningkat.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

AUM DR 18/6/2015 9

54. PR-1332-L68685 Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah strategi program pengawasan termasuklah di peringkat-peringkat dalam proses pengawasan trend penagihan dadah.

55. PR-1332-L69219

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dengan berlakunya banyak kerosakan laluan dan landasan keretapi akibat banjir besar yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 2014 yang lepas, apakah Kerajaan tidak berhasrat untuk meningkatkan terus perkhidmatan keretapi lama itu kepada keretapi berkelajuan tinggi daripada Kuala Lumpur ke Negeri Kelantan.

56. PR-1332-L68511

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tahap kemajuan siasatan audit dan PAC terhadap skandal 1MDB dan apakah rancangan tindakan Kerajaan terhadap serangan yang dibuat oleh Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri.

57. PR-1332-L69432

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-

(a) apakah tindakan yang telah di ambil oleh Kerajaan terhadap

ibubapa yang cuai atau gagal memberi keselamatan yang sewajarnya kepada anak mereka. Berapakah kes kegagalan dan kecuaian ibubapa yang telah dilaporkan untuk tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 dan sehingga 30 April 2015. Berapakah kes yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa anak-anak ini; dan

(b) apakah rancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang telah dirangka oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah kegagalan dan kecuaian ibubapa memberi keselamatan yang sewajarnya kepada anak mereka termasuk masalah „sindrom lupa anak‟.

58. PR-1332-L68221 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keberkesanan perlaksanaan program 1 Malaysia For Youth (1M4U) dalam menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelawan.

59. PR-1332-L67834

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah respons Kerajaan berhubung dengan tindakan negara China membina landasan pesawat di Kepulauan Spratly yang menjadi rebutan di antara beberapa negara ASEAN dan China seperti mana yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

10 AUM DR 18/6/2015

60. PR-1332-L69449 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status pembangunan jalan raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak:-

(a) nama syarikat yang dianugerahkan konsesi secara runding

terus; dan (b) apakah ciri-ciri dan kriteria dalam projek ini yang membuatkan

Kerajaan menganugerahkan kelulusan prinsip pada syarikat-syarikat tersebut.

61. PR-1332-L67872

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada pemantauan sedang dijalankan terhadap paras dioxin dalam asap yang dikeluarkan oleh kilang simen yang menggunakan bahan api yang dikitar semula daripada sampah, seperti dilaksanakan oleh kilang Lafarge di Kanthan, Sg Siput (U).

62. PR-1332-L67764

Dato' Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh mana seriusnya pencerobohan hutan di negara ini dan apakah kaedah dan teknologi terkini yang digunakan oleh Kementerian dalam memantau dan mengawasi kegiatan pencerobohan ini dengan berkesan.

63. PR-1332-L68588

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan justifikasi mengapa pembidaan Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) telah dilakukan secara rundingan langsung dengan Akrab Makmur Sdn. Bhd.

64. PR-1332-L68023

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah 1MDB mempunyai kaitan dengan penganugerahan konsensi sebuah lebuh raya baru Skip Highway.

65. PR-1332-L69157

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan menyatakan pendirian Malaysia atas penambakan besar-besaran oleh negara China di lapan pulau Spratly Island.Adakah Kementerian menghantar bantahan diplomatik kepada China dan jangkaan impak penambakan tersebut dari segi keselamatan negara dan penstrukturan semula strategik.

66. PR-1332-L67703

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan yang dicapai dalam pembinaan Kompleks Sekolah di Taman Pelangi Semenyih, Hulu Langat yang dipohon oleh Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

AUM DR 18/6/2015 11

67. PR-1332-L69402 Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan keupayaan guru bagi melonjakkan lagi pencapaian pendidikan negara termasuk pentadbiran sekolah dan meningkatkan profesionalisme guru.

68. PR-1332-L69280

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah peratus kadar purata inflasi dan kenaikan harga barang semenjak perlaksanaan GST.

69. PR-1332-L69202 Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pencen yang dibayar Kerajaan mengikut kategori perkhidmatan pada setiap tahun dari tahun 2001 hingga 2014. Apakah kedudukan kekuatan KWAP kini dan nyatakan pinjaman yang telah diberikan dan pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh KWAP.

70. PR-1332-L69474

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan Kerajaan Pusat mewujudkan satu badan khas yang bebas mengumpulkan dana dan mengaudit dana bagi tujuan bencana atau kecemasan.

71. PR-1332-L68378

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah hasil kajian yang diperoleh oleh Kementerian berkaitan dua kadar tarif elektrik menerusi mekanisme Masa Penggunaan (eTOU) yang bakal diperkenal dan dilaksanakan. Bagaimanakah ia mampu memberikan impak positif kepada pengusaha industri dan adakah industri perlu menukar sistem meter sedia ada bagi membolehkan eTOU dilaksanakan.

72. PR-1332-L69327 Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia sebagai Anggota Majlis Tidak Tetap Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meminta Kerajaan Mesir membebaskan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan Muslimun yang dipenjarakan oleh Kerajaan Mesir tersebut. Jika ada, apakah respon Kerajaan Mesir.

73. PR-1332-L68099

Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kerajaan merancang untuk pengecualian GST bagi aktiviti dan barangan sukan selaras dengan matlamat menjayakan agenda ke arah negara bersukan atau 'sporting nation'.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

12 AUM DR 18/6/2015

74. PR-1332-L68869 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pecahan peruntukan tahunan dan cerakinan kegunaan untuk setiap Ahli Parlimen dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sepanjang tahun 2012, 2013 dan 2014 dan berapa pula yang diagihkan kepada Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

75. PR-1332-L67548

Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan komposisi terkini Jawatankuasa Kabinet mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak, pencapaian sejak dibentuk sehingga sekarang dan juga perancangan jangka panjang.

76. PR-1332-L68967

Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pendirian Kerajaan mengenai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang hanya mempunyai seorang murid tahun satu sesi baharu seperti SJKT Ladang Serampang, Johor dan pemindahan lesen-lesen yang sedia ada atau pengeluaran lesen baharu untuk sekolah-sekolah baru yang diperlukan segera di kawasan bandar.

77. PR-1332-L68241

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah samsu (cheap liquor) yang telah diminum dalam wang ringgit dan sukatan liter, serta cukai yang dikutip daripada samsu dari tahun 2008-2014 ikut pecahan tahun. Nyatakan jumlah cukai daripada semua jenis alkohol bagi tahun yang sama.

78. PR-1332-L67776

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah boleh Kementerian menambah program dan masa siaran khas untuk Sabah dalam TV1 dan TV2 untuk menghebahkan projek dan program pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan, tidak menunggu semasa pilihan raya sahaja.

79. PR-1332-L68486

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan orang yang telah pun dihukum gantung sampai mati sejak tahun 2010 (mengikut bilangan tahun) sehingga sekarang dan jumlah yang telah pun dilaksanakan hukuman tersebut sehingga sekarang.

80. PR-1332-L68735

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pengeluaran sijil "Kewarganegaraan melalui Naturalisasi" / "citizenship by way of naturalisation" berikutan dengan pemohon yang tinggal di Sabah di bawah Artikel 19(1) Perlembagaan Persekutuan dan juga sijil yang dikeluarkan menurut "keadaan khas" / "Special Circumstances" sepertimana yang termaktub dalam Artikel 19(2) Perlembagaan Persekutuan.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

AUM DR 18/6/2015 13

81. PR-1332-L69347 Ust. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kemudahan dan fasiliti bomba yang terdapat di Bandaraya Kuala Terengganu dan perancangan khusus oleh Kementerian untuk menyediakan kemudahan dan fasiliti bomba di Kuala Nerus.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

14 AUM DR 18/6/2015

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 11/2015) Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015-

Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (17 Jun, 2015) [ Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

2. Menteri Kewangan akan mencadangkan :

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.51, ST.69, ST.70, ST.71 dan ST.72 tahun 2015 disahkan”.

3. (D.R. 26/2015) Rang Undang-undang Penerbangan Awam

(Pindaan) 2015 [ Menteri Pengangkutan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

4. (D.R. 25/2015) Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

5. (D.R. 21/2015) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2015 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 22/2015) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

7. (D.R. 23/2015) Rang Undang-undang Angkatan Tentera (Pindaan) 2015 [ Menteri Pertahanan ]

8. (D.R. 24/2015) Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 [ Menteri Kesihatan ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

AUM DR 18/6/2015 15

9. (D.R. 9/2015) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

10. (D.R. 12/2015) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

11. (D.R. 24/2014) Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 [ Menteri Kesihatan]

12. PR-1332-U67740 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, terdapat rungutan-rungutan di kalangan rakyat Negeri Sabah dalam beberapa isu yang mereka fikirkan bahawa hak mereka, seperti yang dijanjikan dan terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah dicabuli atau tidak diendahkan. Dan mengambil maklum juga, antara isu utama yang disuarakan dalam rungutan ini adalah kebanjiran pendatang asing ke Negeri Sabah dan ditambah buruk pula dengan pemberian status warganegara kepada mereka ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, Para Pilihan raya Umum Ke-13, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai dengan pemberian Kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin di Negeri Sabah. Dan mengambil maklum juga bahawa, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini telah pun dibentangkan ke Parlimen tetapi sehingga kini rakyat masih tertanya-tanya apakah tindakan yang telah diambil ke atas hasil siasatan suruhanjaya ini. Dalam hal ini, Kerajaan hendaklah memandang serius akan kesan dan implikasi ketidakpuasan hati rakyat negeri Sabah dalam hal ini. MAKA, bagi menangani masalah ini, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, Kerajaan hendaklah segera mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang didapati bersalah dalam isu ini serta mengambil tindakan yang wajar bagi memulihkan kepercayaan rakyat Negeri Sabah kepada kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk mempertahankan kedaulatan negara termasuklah mengeluarkan kad pengenalan baru bagi penduduk negeri Sabah yang tulen."

[ Menteri Dalam Negeri ]

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

16 AUM DR 18/6/2015

13. PR-1332-U67741

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, kepadatan penduduk dan jumlah kenderaan yang keluar masuk ke kawasan Bandaraya Kota Kinabalu telah meningkat secara mendadak sekali. Dan mengambil maklum juga, kesesakan jalan raya ke Bandaraya Kota Kinabalu telah menjadi serius sehingga menjadi rungutan bukan sahaja penduduk setempat malah juga dari kalangan pelancong dalam dan luar negara. Dan mengambil maklum juga bahawa, seperti bandar-bandar lain yang telah membangun, Bandaraya Kota Kinabalu juga memerlukan satu Sistem Pengangkutan Awam yang efisien, seperti Sistem Aliran Ringan atau Light Rail Transit (LRT) bagi mengatasi masalah di atas. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa satu system aliran ringan atau light rail transit hendaklah dibina melalui kaedah private finance initiate bagi menghubungkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan kawasan sekitarnya." [ Perdana Menteri ]

14. PR-1332-U69065

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bahawa segala siasatan dan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 terhadap wakil-wakil rakyat, termasuk juga pemimpin-pemimpin parti politik perlu diberhentikan atau digugurkan dengan serta-merta selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi yang melindungi kebebasan berucap seseorang rakyat selagi ucapannya tidak menyentuh empat perkara iaitu Institusi Raja, Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan Bahasa Kebangsaan dan hak-hak istimewa Melayu dan hak-hak kerakyatan."

[ Menteri Dalam Negeri ]

15. PR-1332-U67694

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa banjir telah melanda di beberapa negeri pada baru-baru ini, di mana harta benda rakyat telah dimusnahkan dan banyak nyawa telah terkorban. Dalam keadaan ini Dewan ini mengarah Perdana Menteri supaya mengambil strategi jangka masa panjang untuk mengatasi masalah ini dengan segera."

[ Perdana Menteri ]

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

AUM DR 18/6/2015 17

16. PR-1332-U68783

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan faktor-faktor yang menyebabkan gerakan militan di Malaysia."

[ Menteri Dalam Negeri ]

17. PR-1332-U68787

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendebatkan langkah-langkah untuk mengatasi pelbagai masalah disebabkan pelaksanaan GST."

[ Menteri Kewangan ]

18. PR-1332-U69257

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] akan mencadangkan:-

"Menyedari Bahawa masih terdapat lebih kurang 3,000 orang kakitangan kerajaan yang bergaji di bawah RM850.00 sebulan. Justeru itu Kerajaan diminta untuk menaikkan gaji kakitangan tersebut ke paras melebihi gaji minima negara."

[ Perdana Menteri ]

19. PR-1332-U69487

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] akan mencadangkan:-

"Memandangkan satu bencana banjir yang amat luar biasa telah berlaku pada bulan Disember 2014 di Kelantan yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar dan memusnahkan sekitar 2000 buah rumah kediaman; Memandangkan bahawa bencana alam adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat; dan Memandangkan bulan Ramadhan akan bermula pada 18 Jun 2015, maka Dewan ini mempertimbangkan dengan segera untuk memastikan Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Kelantan menyiapkan pembinaan rumah-rumah mangsa banjir ini disiapkan sebelum 18 Jun 2015."

[ Perdana Menteri ]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

18 AUM DR 18/6/2015

20. PR-1332-U67593

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum, terdapat ketidak cekapan Kementerian Pendidikan dalam mengurus asetnya di mana puluhan unit kuarters di Taman Semarak, Sg Petani ditinggal terbiar, tidak didiami dan telah menjadi sarang penagih dadah. Jika aset ini tidak diselamatkan ianya akan membawa kerugian kepada Kerajaan dan maruah Kementerian akan tercemar. Tindakan serta merta mesti diambil untuk selamatkan aset-aset ini."

[ Menteri Pendidikan ]

21. PR-1332-U67594

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum, kebolehan berbahasa Inggeris dikalangan pegawai-pegawai Kumpulan A, Perkhidmatan Awam Malaysia makin menurun. Pihak Kerajaan mestilah mengambil tindakan drastik bagi memperbaiki keadaan dengan memberikan kursus-kursus intensif kepada mereka. Kerajaan juga mesti memasti Pegawai-pegawai Kumpulan A melalui kursus wajib Bahasa Inggeris yang mesti di adakan di INTAN atau mana-mana institusi pengajian tinggi."

[ Perdana Menteri ]

22. PR-1332-U67595

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum, terdapat masalah yang dihadapi oleh pengguna kenderaan bagi mendapatkan lesen memandu bila mereka gagal dalam ujian berkomputer. Kerajaan harus mengkaji semula adakah syarat wajib lulus ujian berkomputer ini masih sesuai dan releven memandangkan kos yang makin meningkat semasa mengambil ujian ini dan walau pun lulus ujian berkomputer kemalangan jalan raya masih tidak berkurangan."

[ Menteri Pengangkutan ]

23. PR-1332-U69440 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan

mengharamkan penjualan arak murah (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gejala pengambilan arak murah ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai-kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

AUM DR 18/6/2015 19

Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama." [ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

24. PR-1332-U69441

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga si mati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga si mati semasa bedah siasat dijalankan".

[ Menteri Dalam Negeri ]

25. PR-1332-U69442

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia.”

[ Menteri Pendidikan ]

26. Dato Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan : “Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 seperti berikut :

i- menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut: “2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.” ; dan

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

20 AUM DR 18/6/2015

ii- memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut; “2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati.”

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepenggunaan pengangkutan awam di seluruh negara; dan (b) ... dilaksanakan di negeri Perak di bawah skim yang sama. 43. PR-1332-L68630

AUM DR 18/6/2015 21

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1. 2.

18.6.2015(Khamis) 18.6.2015(Khamis)

1. 2.

YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) YB Tuan Wong Ling Biu (Sarikei)

1. 2.

Apakah Status Sekolah Kebangsaan Danau Perdana di Taman Danau Desa, Off Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur Pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo

1. 2.

YB Menteri Pendidikan YB Menteri Kerja Raya