malaysia dewan rakyat aturan urusan ... dr 28/5/2015 3 10. pr-1332-l68821 dato' ngeh koo ham [...

21
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 28 MEI 2015, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 28 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1332-L67563 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah Syarikat Pemberi Pinjaman Berlesen yang aktif beroperasi di negara ini, serta langkah yang diambil bagi mengelakkan syarikat ini beroperasi menjadi seperti Along. 2. PR-1332-L68073 Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelantar Malaysia Internet Exchange (MyIX) kita tidak berjaya menarik pengguna- pengguna "bandwidth" gergasi seperti Facebook untuk membuatan pautan peering di Malaysia, lantas kini ia lebih menguntungkan ekonomi Singapura. 3. PR-1332-L68578 Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kesan positif yang boleh diperoleh dengan penyertaan Malaysia di dalam UNESCO Executive Board 2015-2019. 4. PR-1332-L69337 Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :- (a) bilakah kerja-kerja pembinaan fly over akan dimulakan di persimpangan Dengkil/Putrajaya/ Jenderam di Lebuh Raya Dengkil-Putrajaya yang sering mengalami kesesakan teruk di sebelah pagi dan petang; dan (b) adakah kerja-kerja pembinaan jambatan baru bagi menggantikan jambatan yang runtuh di lebuh raya berhampiran Science Park telah bermula, dan jika sudah bermula, bilakah jangkaan ianya akan sempurna.

Upload: vanthuan

Post on 29-May-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 28 MEI 2015, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 28

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1332-L67563

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah Syarikat Pemberi Pinjaman Berlesen yang aktif beroperasi di negara ini, serta langkah yang diambil bagi mengelakkan syarikat ini beroperasi menjadi seperti Along.

2. PR-1332-L68073

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelantar Malaysia Internet Exchange (MyIX) kita tidak berjaya menarik pengguna-pengguna "bandwidth" gergasi seperti Facebook untuk membuatan pautan peering di Malaysia, lantas kini ia lebih menguntungkan ekonomi Singapura.

3. PR-1332-L68578

Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kesan positif yang boleh diperoleh dengan penyertaan Malaysia di dalam UNESCO Executive Board 2015-2019.

4. PR-1332-L69337

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) bilakah kerja-kerja pembinaan fly over akan dimulakan di

persimpangan Dengkil/Putrajaya/ Jenderam di Lebuh Raya Dengkil-Putrajaya yang sering mengalami kesesakan teruk di sebelah pagi dan petang; dan

(b) adakah kerja-kerja pembinaan jambatan baru bagi

menggantikan jambatan yang runtuh di lebuh raya berhampiran Science Park telah bermula, dan jika sudah bermula, bilakah jangkaan ianya akan sempurna.

2 AUM DR 28/5/2015

5. PR-1332-L67759 Dato' Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

(a) apakah rasionalnya cadangan untuk menerapkan modul

kemahiran teknikal dan vokasional di dalam PLKN memandangkan usaha untuk mencapai objektif utamanya menerapkan semangat patriotisme dan jati diri di kalangan generasi muda masih berada pada tahap yang dikehendaki; dan

(b) bagaimanakah perlaksanaan modul ini akan dijalankan

memandangkan tempoh masa para peserta berada di dalam program PLKN adalah terlalu singkat.

6. PR-1332-L69302

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan strategi-strategi dalam meningkatkan mutu sukan bola sepak di negara kita termasuk pembangunan R&D Sains Sukan, 'coaching tools' selain daripada dasar penswastaan liga yang akan berlangsung pada 2016.

7. PR-1332-L68544

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) sejauh manakah pelan strategik/penambahbaikan yang bakal

dirangka oleh Kementerian dalam memfokuskan kepada pembangunan kesejahteraan golongan OKU; dan

(b) berapakah jumlah golongan OKU yang terdapat di dalam

Negara. Daripada jumlah itu berapakah yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat ini.

8. PR-1332-L67702

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) perancangan Kerajaan untuk membangunkan Kereta Solar

Prototaip hasil dari penyelidikan Penyelidik-penyelidik dari Universiti Malaya; dan

(b) pencapaian Pembangunan Kereta Elektrik.

9. PR-1332-L68550

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah yang telah diluluskan untuk pembangunan rumah dalam 'Program Rumah Mesra Rakyat’ oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi kawasan Parlimen Tanjung Manis.

AUM DR 28/5/2015 3

10. PR-1332-L68821 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah penurunan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Kementerian Kesihatan untuk tahun 2015 berbanding dengan peruntukan tahun 2014. Nyatakan kesan ke atas perkhidmatan dan projek-projek yang dilaksanakan atau akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan untuk tahun 2015.

11. PR-1332-L68995

Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peruntukan yang disediakan Kerajaan Pusat untuk membantu JKR Sarawak, mengambil alih dan menyelenggarakan Projek Jalan Luar Bandar yang dilaksanakan oleh pihak tentera di bawah Projek Jiwa Murni.

12. PR-1332-L68888

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah sebab sehingga kini DBKL dan jabatan berkaitan gagal menyelesaikan masalah banjir kilat yang melanda pusat Bandaraya dari semasa ke semasa, ketidakberkesanan kutipan sampah-sarap, caj parkir persendirian yang mahal, berleluasanya penjaja dan peniaga asing serta kekurangan kawalan keselamatan di pusat bandaraya.

13. PR-1332-L68493

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme yang telah dirangka oleh Kementerian bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta agensi lain yang berkaitan bagi menyelesaikan isu berbangkit yang telah memberi persepsi buruk terhadap usaha Kerajaan memperkenalkan GST sebagai sistem percukaian bagi menggantikan sistem sebelum ini.

14. PR-1332-L68007

Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan projek-projek infrastruktur yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan untuk negeri Perak bagi tahun 2015. Nyatakan juga projek-projek yang telah gagal dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuluh di negeri berkenaan.

15. PR-1332-L69070 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :- (a) cadangan pelaksanaan projek membaiki jalan dari Langot ke

Stesen Penangah; dan (b) cadangan pelaksanaan projek membina jalan dari Langot ke

Saguon.

4 AUM DR 28/5/2015

16. PR-1332-L68765 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah peruntukan mengurus yang telah dikurangkan tahun ini dan usaha untuk perkhidmatan yang baik.

17. PR-1332-L67948

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah undang-undang sedia ada mencukupi untuk membendung aktiviti yang merosakkan alam sekitar yang boleh membawa kepada bencana alam dan berapakah jumlah mereka yang telah didakwa.

18. PR-1332-L68513 Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan senarai jambatan-jambatan baru yang telah rosak akibat kecuaian kontraktor dan kelemahan pemantauan agensi di seluruh negara. Apakah pihak Kerajaan tidak bercadang untuk membantu dalam projek pembinaan semula jambatan Pengkalan Haji Ali yang runtuh beberapa tahun lalu di Bachok.

19. PR-1332-L67624 Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jalan raya empat lorong dari Kota Sarang Semut ke Pekan Pendang dan naik taraf jalan dari Pekan Pendang ke Sungai Tiang yang ditangguhkan akan dimulakan.

20. PR-1332-L69118

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah cukai pendapatan yang telah dikutip di Sabah berbanding negeri-negeri lain dari tahun 2010 hingga 2015 dan apakah jangkaan cukai pendapatan yang akan dikutip bagi tahun 2015 selepas pelaksanaan GST. Apakah pendirian Kerajaan Persekutuan berkenaan pihak penyelidik Sabah menyatakan bahawa kerajaan Negeri Sabah berhak mengutip 40 peratus dari cukai pendapatan berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

21. PR-1332-L67635

Datuk Joseph Salang anak Gandum [ Julau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Malaysia seperti beberapa buah negara menggunakan istilah Deputy Minister dan bukan Minister Of State seperti negara Singapura dan beberapa negara lain.

22. PR-1332-L69026 Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sebab mengapa Sukan Malaysia (SUKMA) 2015 ditangguhkan. Adakah terlibat kontrak atau perjanjian dengan pihak ketiga dan melibatkan pembayaran gantirugi. Jika ada, berapakah perbelanjaan yang terlibat.

AUM DR 28/5/2015 5

23. PR-1332-L68748 Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) apakah rasional dan impak pembangunan pemusatan tingkatan

enam yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.; dan (b) adakah inisiatif pemusatan tingkatan enam mod 1 akan

dilaksanakan sepenuhnya di Kota Samarahan. 24. PR-1332-L68827

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah yang dibayar oleh Kementerian kepada Institut Jantung Negara (IJN) dan sama ada pesakit boleh mendapat rawatan terus daripada IJN atau mesti melalui hospital Kementerian Kesihatan.

25. PR-1332-L68920 Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan menyatakan berapakah jumlah pelaburan Kerajaan Malaysia bagi sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang sains di dalam negara sejak tahun 2008 sehingga 2014 dan adakah Kerajaan akan memberi komitmen terhadap perkembangan Sains dalam negara dah berapakah jumlah terkini Saintis dalam negara sepenuh masa.

26. PR-1332-L68393

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keadaan arena politik di negara ini dan apakah tindakan Kerajaan pusat menangani masalah isu perkauman dan agama yang semakin berleluasa pada masa kini .

27. PR-1332-L68009

Tuan Masir Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membina sekolah berpusat (centralized) khas bagi murid tingkatan enam sahaja di kawasan Parlimen Sri Aman.

28. PR-1332-L68359

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) masih belum mewartakan peta daerah mengundi dan lokasi tempat-tempat mengundi yang terlibat dalam proses persempadanan semula di Sarawak mengikut kehendak-kehendak Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958. Bilakah ia akan diwartakan.

29. PR-1332-L67521 Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sebab-sebab yang akan menyebabkan harga getah dan kelapa sawit jatuh dan menyatakan strategik untuk membantu penoreh getah serta penanam kelapa sawit akibat kejatuhan mata wang negara.

6 AUM DR 28/5/2015

30. PR-1332-L69242 Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah orang keluar masuk di laluan imigresen Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Bukit Bunga, Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar pada tahun 2014.

31. PR-1332-L68872 Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Pejabat Pendaftaran Negara di Pasir Gudang akan dipindahkan ke lokasi baru di Pusat Bandar Pasir Gudang.

32. PR-1332-L67956 Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan tegas mengatasi fenomena pekerja asing merampas peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan rakyat tempatan.

33. PR-1332-L68851

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) potensi outcome dan impact (positif dan negatif) pembinaan

high speed rail, jika dibuat ke atas Malaysia amnya serta Melaka dan KLIA khasnya; dan

(b) usaha untuk menangani (mitigate) potensi yang negatif itu.

34. PR-1332-L68453

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jangkaan hasil daripada kutipan levi Vehicle Entry Permit (VEP) atas kenderaan asing yang menggunakan Tambak Johor serta Linkedua setiap bulan bermula dari bulan Ogos 2015 selama setahun depan, dan berapa jumlah bahagian hasil VEP akan dibahagikan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor.

35. PR-1332-L67998

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai kesesakan yang berlaku di kaunter-kaunter laluan keluar dan masuk Jabatan Imigresen Malaysia di KLIA2. Adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk mengatasi masalah kesesakan ini memandangkan ia adalah pintu masuk negara dan mencerminkan imej negara.

36. PR-1332-L68478

Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah rumah persendirian di kawasan luar bandar yang telah terbakar pada tahun 2013, 2014 dan sehingga April 2015 di seluruh Negara khususnya negeri Selangor serta berapa banyak peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu membaik pulih rumah tersebut.

AUM DR 28/5/2015 7

37. PR-1332-L68771 Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah yang dirancang dan telah diambil oleh Kementerian untuk membantu pesawah padi mengurangkan kos pengeluaran beras di dalam negara.

38. PR-1332-L67797

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) bilakah semakan skim gaji minimum khususnya terhadap kakitangan awam akan diadakan; dan

(b) sama ada paras yang dicadangkan iaitu RM1200 telah dikaji

sepenuhnya demi menjamin kelangsungan kehidupan kakitangan terbabit khususnya dalam konteks ekonomi pada hari ini.

39. PR-1332-L69382

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah hasil analisa dan kajian yang dijalankan untuk menentukan tahap tukaran wang asing (MYR vs. USD).

40. PR-1332-L69140

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) apakah status dan perkembangan cadangan penambahan balai

bomba baru di Kawasan Perindustrian Samalaju dan juga Pekan Sebauh; dan

(b) adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk

menambah dan melatih anggota bomba yang bertauliah terutama di Bintulu bagi memenuhi keperluan kekuatan anggota sekiranya balai bomba Samalaju dan Sebauh didirikan.

41. PR-1332-L68147

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah terdapat perancangan untuk membina bangunan persekutuan di daerah Setiu memandangkan tapak telah pun disediakan, Pejabat Kerajaan Persekutuan dan Negeri terletak berjauhan antara satu sama lain yang menyukarkan orang ramai untuk berurusan dan kebanyakan daerah-daerah lain telah pun memiliki bangunan Persekutuan.

42. PR-1332-L67713

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) berapakah jumlah wanita di Negara ini yang tidak dapat

melahirkan zuriat dan langkah yang diambil bagi membantu golongan ini; dan

8 AUM DR 28/5/2015

(b) tatacara untuk mengambil anak angkat dan jumlah kelahiran luar nikah.

43. PR-1332-L68322

Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang menaikkan harga susu formula untuk bayi yang sepatutnya tidak dikenakan GST tetapi telah naik secara mendadak di pasaran mulai bulan April 2015.

44. PR-1332-L68201

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah syarikat pembekal dan senarai barangan bersubsidi Kerajaan seperti beras, benih, baja dan lain-lain. Apakah program yang dirancang Kerajaan bagi menambah baik sistem pengagihan supaya pemberian subsidi sampai kepada kumpulan sasaran.

45. PR-1332-L69009

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan pertimbangan untuk membina sebuah Kem PLKN di Limbang apabila penambahbaikan program PLKN selesai dilaksanakan.

46. PR-1332-L68296

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik jumlah permohonan rumah kos rendah sehingga kini di seluruh Sabah mengikut daerah dan berapakah bilangan unit rumah kos rendah yang telah siap dibina mengikut pecahan perbandaran atau kawasan.

47. PR-1332-L67512

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk mempertingkatkan pengambilan sukarelawan terlatih dalam membantu dan menjaga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang sebatang kara.

48. PR-1332-L67826

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak bilangan syarikat kawalan keselamatan yang telah ditamatkan lesen perniagaan semenjak tahun 2010 kerana melanggar peraturan-peraturan dan akta yang sedia ada.

AUM DR 28/5/2015 9

49. PR-1332-L67615 Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memberi wang bantuan sama ada dalam bentuk biasiswa ataupun pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) atau yang seumpamanya kepada pelajar Diploma di Kolej Vokasional seperti bantuan yang diterima oleh pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi kemahiran yang lain.

50. PR-1332-L68948

Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh pihak

Kerajaan terhadap usaha mencari Pesawat MH370; dan (b) status terkini berkaitan usaha mengenal pasti pihak yang

bertanggungjawab dalam insiden pesawat MH17. 51. PR-1332-L68434

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dengan terperinci pecahan perbelanjaan yang telah diperuntukkan di bawah Rangsangan Pakej Khas untuk pembinaan SJKT Sungai Bakap, Pulau Pinang serta tarikh spesifik permulaan kerja-kerja pembinaan tersebut memandangkan komitmen bertulis dari Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Pelajaran telah pun diberikan pada tahun 2013 tetapi sehingga kini belum ada apa-apa kerja yang telah dimulakan lagi.

52. PR-1332-L68923

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meningkatkan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dalam membantu menangani ancaman dan konflik yang melibatkan Militan IS di negara-negara yang bergolak.

53. PR-1332-L67755

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah kaedah yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi membendung isu kenaikan harga melampau oleh sesetengah peniaga ke atas pelaksanaan GST baru-baru ini.

54. PR-1332-L67587

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sistem percukaian GST telah banyak menimbulkan masalah termasuk kenaikan harga barang walapun barangan yang tidak dikenakan GST. Apakah tindakan Kementerian agar pengguna-pengguna dimaklum hak-hak mereka agar mereka tidak tertipu.

10 AUM DR 28/5/2015

55. PR-1332-L67488 Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa kes penipuan yang telah dilaporkan sepanjang sistem pencukaian GST dan tindakan penyelesaiannya.

56. PR-1332-L68656

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan justifikasi mengekalkan caj perkhidmatan dalam industri perhotelan dan restoran.

57. PR-1332-L67778

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apa status terkini Rumah Sakit Queen Elizabeth II, yang telah diisytiharkan pada Februari 2012, sebagai Pusat Rawatan Jantung Negeri Sabah.

58. PR-1332-L67664

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Suruhanjaya Pilihanraya sekarang ini ada sebarang perancangan untuk mendaftarkan rakyat Malaysia yang layak sebagai pengundi secara automatik. Jika ada, bila akan dijalankan. Jika tidak, mengapa.

59. PR-1332-L68117

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penjawat awam yang ditahan oleh SPRM dan disabitkan dengan rasuah dan korupsi setiap tahun sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu, termasuklah pangkat mereka, dan mereka dari Kementerian dan agensi Kerajaan yang mana.

60. PR-1332-L68698

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penjawat awam atau pekerja kontrak yang menerima gaji bulanannya kurang daripada dasar gaji minima Kerajaan.

61. PR-1332-L68271 Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pesakit yang meninggal dunia di Sarawak General Hospital akibat daripada jangkitan semasa dalam jagaan hospital (Hospital acquired infection).

62. PR-1332-L68363 Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan angka sebenar jumlah rumahtangga yang mempunyai isi pendapatan rumah di bawah RM2,000, di antara RM2,001 hingga RM3,000 dan seterusnya sehingga RM100,000 ke atas, daripada segi bangsa dan untuk setiap negeri berdasarkan Kajian Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2012.

AUM DR 28/5/2015 11

63. PR-1332-L68965 Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kerugian yang di hadapi oleh Felda Global Venture Holdings dengan kejatuhan harga minyak kelapa sawit di pasaran.

64. PR-1332-L68105

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pasca perlaksanaan GST dan SST kerana kedua-dua cukai tersebut masih dikenakan pada rakyat.

65. PR-1332-L68280

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) atas kes pembunuhan Althantuya ekoran pendedahan Sirul bahawa beliau melakukan pembunuhan atas arahan.

66. PR-1332-L67908

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sebab Kementerian memilih untuk membuka sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di daerah Rembau, Negeri Sembilan dan bukannya di daerah Jelebu atau Jempol yang lebih memerlukannya memandangkan kedudukan kedua-dua daerah ini lebih jauh dari ibu negeri.

67. PR-1332-L68996

Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perancangan oleh FAMA untuk menambah pasar tani kekal di seluruh negara dan apakah impak yang telah diberikan dengan pembinaan pasar tani kekal.

68. PR-1332-L67684

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) jumlah bilangan pelajar yang telah mendaftarkan diri untuk

belajar di UiTM dan berikan pecahan dengan mengikut kaum; dan

(b) berapakah bilangan pelajar asing yang mendaftar untuk belajar

di UiTM. 69. PR-1332-L67846

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah pendirian Kerajaan terhadap kumpulan "Sarawak for

Sarawakians"; dan (b) adakah kumpulan ini akan dikenakan tindakan di bawah Akta

Hasutan 1948 jikalau mereka berjuang untuk referendum diadakan dan sama ada Kerajaan membenarkan referendum diadakan supaya rakyat Sarawak diberi pilihan.

12 AUM DR 28/5/2015

70. PR-1332-L69042 Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat 30.4.2015, apakah perbezaan hasil sebenar yang dikutip oleh Kerajaan dari pengeluaran minyak berbanding dengan hasil anggaran yang dibuat dalam Bajet 2015, khususnya akibat daripada penurunan harga minyak antarabangsa.

71. PR-1332-L68350

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil siasatan SPRM terhadap aduan bernombor JBA 35/2015 yang dibuat pada 20 April 2015.

72. PR-1332-L69110

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pelan untuk menubuhkan jaringan sekolah khas dan/atau pusat penjagaan di lokasi strategik seluruh Malaysia khusus bagi kanak-kanak kurang upaya yang mengalami "neuromuscular and musculoskeletal disorders."

73. PR-1332-L68971

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil yang diperolehi melalui Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini terutamanya yang melibatkan kerjasama dalam pembangunan serantau Asia Tenggara.

74. PR-1332-L68185

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah peruntukan, insentif dan/atau pengecualian cukai yang pernah diberikan kepada syarikat kereta PROTON dan PERODUA.

75. PR-1332-L67919

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil daripada bancian yang telah di laksanakan oleh ESSCOM di Perkampungan Air di Sabah menunjukkan 58% penduduk adalah bukan warganegara, apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menstruktur semula perkampungan air di Sabah dan mempertahankan warisan perkampungan air.

76. PR-1332-L69174

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) tentang peranan dan tanggungjawab Kementerian ini selepas

kewujudan Suruhanjaya Pengangkuatan Awam Darat ( SPAD) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (SPM), adakah ini mengakibatkan kuasa dan tanggungjawab YB Menteri telah dikurangkan; dan

(b) nyatakan semua asas-asas pertimbangan tentang kewujudan

kedua-dua suruhanjaya ini.

AUM DR 28/5/2015 13

77. PR-1332-L69351 Ust. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) keluasan tanah terbiar di seluruh negara mengikut negeri dan

daerah; dan (b) perancangan-perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan

oleh Kementerian untuk membangunkan tanah-tanah terbiar. 78. PR-1332-L68814

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab Menteri meluluskan pinjaman sebanyak US$1.9 bilion daripada 1MDB kepada anak syarikat Petrosaudi International Limited hanya dengan jaminan Petrosaudi International yang tidak mempunyai modal berbayar (paid-up capital) melebihi US$150,000 sahaja. Adakah pinjaman ini diluluskan pada ketika itu oleh lembaga pengarah.

79. PR-1332-L68527

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan mengambil apa-apa tindakan ke atas perunding-perunding profesional yang terlibat dalam projek "KLIA2" sehinggalah kos pembinaan naik lebih dari RM4 bilion dan masih banyak reka bentuk dan penambahan kemudahan perlu dilaksanakan.

80. PR-1332-L67970

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) jumlah aduan yang telah diterima oleh pihak Kerajaan mengenai kandungan kursus dan tatatertib Pensyarah Biro Tata Negara sejak tahun 2008 sehingga 2015; dan

(b) cadangan untuk merekod atau merakam setiap Kursus Biro

Tata Negara untuk memantau perjalanan Kursus Biro Tata Negara.

81. PR-1332-L68736

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil kepada sesiapa yang melanggar Artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan untuk menyenaraikan kesemua pendakwaan yang telah berjaya atau sebaliknya yang telah dimulakan kepada seseorang yang melanggar Artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

82. PR-1332-L68489

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha yang diambil untuk menghentikan kemasukan orang-orang asing ke Malaysia dan setakat sekarang apakah jumlah penduduk asing tanpa izin dan bagaimana mereka dapat masuk negara ini serta langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini.

14 AUM DR 28/5/2015

83. PR-1332-L67604 Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan mengeluarkan Kertas Putih mengenai kegiatan pertubuhan-pertubuhan atau pun individu-individu yang dikategorikan mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

84. PR-1332-L69267

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jaminan kejadian kebakaran di Kampung Tok Kah, Dungun yang berlaku setiap tahun tidak berulang dan apakah langkah perlu yang telah diambil.

85. PR-1332-L69398

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dibuat pihak Kerajaan bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dalam usaha untuk mengangkat martabat taraf Mahkamah Syariah.

86. PR-1332-L67745

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia menimbangkan semula cadangan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor.

87. PR-1332-L69282

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan ada jamaah terpaksa membatal hajat ke tanah suci untuk menunaikan umrah, kerana ada masalah-masalah yang tersendiri, persoalannya berapakah had maksima bayaran yang dikenakan kepada jamaah yang membatalkan pemergian ke tanah suci oleh syarikat pengendali umrah.

AUM DR 28/5/2015 15

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-

“Bahawa Dewan ini,

menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian

sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh;

merestui usaha Kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi

Nasional atau DTN dalam merangka dan merencana Rancangan Malaysia

Ke-11 seterusnya;

meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi

Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020,

menurut Kertas Perintah 23 Tahun 2015; dan

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Ke-11, Dewan yang

mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha

menjayakan matlamatnya.”

Menyambung semua Perbahasan atas masalah [ 27 Mei, 2015]

2. (D.R. 18/2015) Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015- Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (20 Mei, 2015) [ Menteri Dalam Negeri ]

3. (D.R. 19/2015) Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

Bacaan Kali Yang Kedua

4. (D.R. 20/2015) Rang Undang-undang Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 [ Menteri Kewangan ]

16 AUM DR 28/5/2015

5. (D.R. 9/2015) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

6. (D.R. 12/2015) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 24/2014) Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 [ Menteri Kesihatan]

8. PR-1332-U67740

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, terdapat rungutan-rungutan di kalangan rakyat Negeri Sabah dalam beberapa isu yang mereka fikirkan bahawa hak mereka, seperti yang dijanjikan dan terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah dicabuli atau tidak diendahkan. Dan mengambil maklum juga, antara isu utama yang disuarakan dalam rungutan ini adalah kebanjiran pendatang asing ke Negeri Sabah dan ditambah buruk pula dengan pemberian status warganegara kepada mereka ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, Para Pilihan raya Umum Ke-13, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai dengan pemberian Kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin di Negeri Sabah. Dan mengambil maklum juga bahawa, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini telah pun dibentangkan ke Parlimen tetapi sehingga kini rakyat masih tertanya-tanya apakah tindakan yang telah diambil ke atas hasil siasatan suruhanjaya ini. Dalam hal ini, Kerajaan hendaklah memandang serius akan kesan dan implikasi ketidakpuasan hati rakyat negeri Sabah dalam hal ini. MAKA, bagi menangani masalah ini, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, Kerajaan hendaklah segera mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang didapati bersalah dalam isu ini serta mengambil tindakan yang wajar bagi memulihkan kepercayaan rakyat Negeri Sabah kepada kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk mempertahankan kedaulatan negara termasuklah mengeluarkan kad pengenalan baru bagi penduduk negeri Sabah yang tulen."

[ Menteri Dalam Negeri ]

AUM DR 28/5/2015 17

9. PR-1332-U67741 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, kepadatan penduduk dan jumlah kenderaan yang keluar masuk ke kawasan Bandaraya Kota Kinabalu telah meningkat secara mendadak sekali. Dan mengambil maklum juga, kesesakan jalan raya ke Bandaraya Kota Kinabalu telah menjadi serius sehingga menjadi rungutan bukan sahaja penduduk setempat malah juga dari kalangan pelancong dalam dan luar negara. Dan mengambil maklum juga bahawa, seperti bandar-bandar lain yang telah membangun, Bandaraya Kota Kinabalu juga memerlukan satu Sistem Pengangkutan Awam yang efisien, seperti Sistem Aliran Ringan atau Light Rail Transit (LRT) bagi mengatasi masalah di atas. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa satu system aliran ringan atau light rail transit hendaklah dibina melalui kaedah private finance initiate bagi menghubungkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan kawasan sekitarnya." [ Perdana Menteri ]

10. PR-1332-U69065

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bahawa segala siasatan dan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 terhadap wakil-wakil rakyat, termasuk juga pemimpin-pemimpin parti politik perlu diberhentikan atau digugurkan dengan serta-merta selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi yang melindungi kebebasan berucap seseorang rakyat selagi ucapannya tidak menyentuh empat perkara iaitu Institusi Raja, Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan Bahasa Kebangsaan dan hak-hak istimewa Melayu dan hak-hak kerakyatan."

[ Menteri Dalam Negeri ]

11. PR-1332-U67694

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa banjir telah melanda di beberapa negeri pada baru-baru ini, di mana harta benda rakyat telah dimusnahkan dan banyak nyawa telah terkorban. Dalam keadaan ini Dewan ini mengarah Perdana Menteri supaya mengambil strategi jangka masa panjang untuk mengatasi masalah ini dengan segera."

[ Perdana Menteri ]

18 AUM DR 28/5/2015

12. PR-1332-U68783 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan faktor-faktor yang menyebabkan gerakan militan di Malaysia."

[ Menteri Dalam Negeri ]

13. PR-1332-U68787

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendebatkan langkah-langkah untuk mengatasi pelbagai masalah disebabkan pelaksanaan GST."

[ Menteri Kewangan ]

14. PR-1332-U69257

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] akan mencadangkan:-

"Menyedari Bahawa masih terdapat lebih kurang 3,000 orang kakitangan kerajaan yang bergaji di bawah RM850.00 sebulan. Justeru itu Kerajaan diminta untuk menaikkan gaji kakitangan tersebut ke paras melebihi gaji minima negara."

[ Perdana Menteri ]

15. PR-1332-U69487

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] akan mencadangkan:-

"Memandangkan satu bencana banjir yang amat luar biasa telah berlaku pada bulan Disember 2014 di Kelantan yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar dan memusnahkan sekitar 2000 buah rumah kediaman; Memandangkan bahawa bencana alam adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat; dan Memandangkan bulan Ramadhan akan bermula pada 18 Jun 2015, maka Dewan ini mempertimbangkan dengan segera untuk memastikan Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Kelantan menyiapkan pembinaan rumah-rumah mangsa banjir ini disiapkan sebelum 18 Jun 2015."

[ Perdana Menteri ]

16. PR-1332-U67593

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum, terdapat ketidak cekapan Kementerian Pendidikan dalam mengurus asetnya di mana puluhan unit kuarters di Taman Semarak, Sg Petani ditinggal terbiar, tidak didiami dan telah menjadi sarang penagih dadah.

AUM DR 28/5/2015 19

Jika aset ini tidak diselamatkan ianya akan membawa kerugian kepada Kerajaan dan maruah Kementerian akan tercemar. Tindakan serta merta mesti diambil untuk selamatkan aset-aset ini."

[ Menteri Pendidikan ]

17. PR-1332-U67594

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum, kebolehan berbahasa Inggeris dikalangan pegawai-pegawai Kumpulan A, Perkhidmatan Awam Malaysia makin menurun. Pihak Kerajaan mestilah mengambil tindakan drastik bagi memperbaiki keadaan dengan memberikan kursus-kursus intensif kepada mereka. Kerajaan juga mesti memasti Pegawai-pegawai Kumpulan A melalui kursus wajib Bahasa Inggeris yang mesti di adakan di INTAN atau mana-mana institusi pengajian tinggi."

[ Perdana Menteri ]

18. PR-1332-U67595

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum, terdapat masalah yang dihadapi oleh pengguna kenderaan bagi mendapatkan lesen memandu bila mereka gagal dalam ujian berkomputer. Kerajaan harus mengkaji semula adakah syarat wajib lulus ujian berkomputer ini masih sesuai dan releven memandangkan kos yang makin meningkat semasa mengambil ujian ini dan walau pun lulus ujian berkomputer kemalangan jalan raya masih tidak berkurangan."

[ Menteri Pengangkutan ]

19. PR-1332-U69440

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan

mengharamkan penjualan arak murah (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gejala pengambilan arak murah ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai-kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

20 AUM DR 28/5/2015

20. PR-1332-U69441 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga si mati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga si mati semasa bedah siasat dijalankan".

[ Menteri Dalam Negeri ]

21. PR-1332-U69442

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia.”

[ Menteri Pendidikan ]

AUM DR 28/5/2015 21

UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1.

28.5.2015 (Khamis)

1.

YB. Tuan M. Kula Segaran (Ipoh Barat)

1.

Berat sebelah yang amat nyata di dalam buku teks Sejarah darjah lima.

1.

YB Menteri Pendidikan