malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … · jepun) yang menghentikan sama sekali...

22
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 2 JULAI 2013, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1311-L53876 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah benar bahawa pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu oleh pengganas dari Sulu yang merupakan pengikut kepada Sultan Kiram III turut melibatkan rakyat Malaysia. Jika ya, apakah tindakan susulan diambil mengenai perkara tersebut. 2. PR-1311-L53645 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kelewatan proses mahkamah perusahaan dan kebanyakan kes tertangguh dan sepatutnya ia perlu diselesaikan dalam sekitar dua tahun sahaja dan berapakah jumlah kes yang tertangguh dari Jun 2008 sehingga Jun 2013. 3. PR-1311-L54643 Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilakah Kerajaan akan menurunkan kadar duti ke atas kereta-kereta yang diimport supaya harga kereta dapat diturunkan bagi menepati janji-janji yang diberikan semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 13 yang lepas. 4. PR-1311-L53518 Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa ramai pesakit buah pinggang yang menerima rawatan dialisis di seluruh negara. Secara purata berapakah kos rawatan seorang pesakit yang menerima rawatan hemodialisis dalam setahun. 5. PR-1311-L54738 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang telah diluluskan Kerajaan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sejak 5 tahun kebelakangan ini terutamanya bagi Bintulu, Sarawak; dan

Upload: hoangquynh

Post on 26-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 2 JULAI 2013, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 6

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1311-L53876 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah benar bahawa pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu oleh pengganas dari Sulu yang merupakan pengikut kepada Sultan Kiram III turut melibatkan rakyat Malaysia. Jika ya, apakah tindakan susulan diambil mengenai perkara tersebut.

2. PR-1311-L53645

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kelewatan proses mahkamah perusahaan dan kebanyakan kes tertangguh dan sepatutnya ia perlu diselesaikan dalam sekitar dua tahun sahaja dan berapakah jumlah kes yang tertangguh dari Jun 2008 sehingga Jun 2013.

3. PR-1311-L54643

Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilakah Kerajaan akan menurunkan kadar duti ke atas kereta-kereta yang diimport supaya harga kereta dapat diturunkan bagi menepati janji-janji yang diberikan semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 13 yang lepas.

4. PR-1311-L53518

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa ramai pesakit buah pinggang yang menerima rawatan dialisis di seluruh negara. Secara purata berapakah kos rawatan seorang pesakit yang menerima rawatan hemodialisis dalam setahun.

5. PR-1311-L54738

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang telah

diluluskan Kerajaan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sejak 5 tahun kebelakangan ini terutamanya bagi Bintulu, Sarawak; dan

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

2

(b) berapa banyak kes yang masih tertunggak dan apakah sebab kelewatan sedangkan kebanyakan permohonan ini terdiri daripada anak-anak kelahiran tempatan termasuk Sabah dan Sarawak tetapi kedua-dua ibu bapa kandung tidak mempunyai dokumen kelahiran

6. PR-1311-L53080

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu sebagaimana yang termaktub dalam tujuh janji BN untuk rakyat negeri Kelantan. Bilakah semua janji-janji akan ditepati.

7. PR-1311-L53981

Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan peratusan import gandum dari Amerika Syarikat sepanjang 5 tahun yang lalu. Apakah Kementerian maklum bahawa ada negara (seperti Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan dengan skandal “genetically modified organisms” (GMO) secara terbuka.

8. PR-1311-L54581

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah masa yang perlu diambil bagi menyediakan jalur lebar WIFI secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Barisan Nasional pada Pilihan raya Umum Ke-13.

9. PR-1311-L53438

Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tahap kadar penembusan jalur lebar nasional dan juga pencapaian mengikut negeri-negeri. Bagaimanakah kaedah pengiraan kadar penembusan ini dilakukan.

10. PR-1311-L53490

Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapa berlaku kekerapan kes gangguan bekalan elektrik yang melebihi tempoh 6 jam tanpa ada notis pada penduduk. Rujukan aduan di kawasan Teluk Intan seperti di Taman Teluk Intan, Taman Sri Jaya, Taman Indah Jaya dan Taman Ros.

11. PR-1311-L53089

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian akan menyegerakan pembinaan hospital baru di Seri Iskandar bagi menggantikan Hospital Cangkat Melintang yang telah lama dan kurang kemudahan.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

3

12. PR-1311-L54451 Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah jenis projek kemajuan luar bandar yang telah dilaksanakan untuk menaiktarafkan kehidupan rakyat di luar bandar di Sarikei dalam tempoh 5 tahun yang lepas dan 5 tahun yang akan datang. Berapakah peruntukan yang telah diperuntuk untuk pembangunan projek kemajuan di luar bandar di Sarikei.

13. PR-1311-L53242

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan keberkesanan ujian meter pintar (smart meter) yang dijalankan oleh TNB setakat ini. Adakah TNB mempunyai rancangan untuk memasang meter pintar ini bagi semua pelanggan.

14. PR-1311-L53533

Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) sama ada Kementerian mempunyai rancangan untuk

menambah doktor pakar bagi Hospital Daerah Raub; dan (b) sama ada pihak Kementerian boleh membekalkan van jenazah

untuk Hospital Daerah Raub dan ambulan untuk klinik-klinik desa di kawasan Raub.

15. PR-1311-L54355

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kaedah yang digunakan oleh pihak Kementerian bagi melaksanakan dasar penurunan harga kenderaan serta apakah implikasi terhadap pendapatan negara.

16. PR-1311-L54048 Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci tentang cadangan projek menjana kuasa elektrik nuklear yang akan didirikan di Negeri Sembilan.

17. PR-1311-L54209 Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah segera yang diambil bagi memenuhi keperluan bilangan doktor di hospital-hospital di seluruh negara yang masih lagi tidak mencapai tahap yang telah ditentukan.

18. PR-1311-L54792 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah Kementerian akan membenarkan kes ketegangan antara Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas/Puncak Niaga dibawa untuk arbitrasi antarabangsa untuk mengatasi ketegangan antara kedua-dua pihak ini.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

4

19. PR-1311-L53347 Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perancangan yang akan diambil untuk memastikan kawasan-kawasan tanaman makanan tempatan seperti padi, sayur-sayuran dan buah-buahan dapat dipelihara untuk memastikan bekalan makanan tempatan tidak diputuskan.

20. PR-1311-L53173 Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah konsesi Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) akan tamat. Berapakah keuntungan PLUS sehingga kini.

21. PR-1311-L54751

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar Kerajaan mengenai keselamatan negara berkenaan dengan sumber tenaga terutamanya bahan bakar seperti minyak. Adakah Kerajaan bercadang untuk menghabiskan sumber tenaga dalaman negara sebelum mencari sumber luar negara.

22. PR-1311-L54853

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status siasatan dalam laporan polis Seri Kembangan repot no. 3584/11 dan Seri Kembangan repot no. 4110/11.

23. PR-1311-L53746

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian Pertahanan bercadang untuk membina rumah-rumah kelamin Angkatan Tentera Malaysia khususnya di kawasan-kawasan sempadan.

24. PR-1311-L53787

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan Menteri telah mengeluarkan kenyataan akan memberi kesamarataan kepada semua tanpa mengira fahaman politik. Apakah Kementerian bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina dan menyiapkan sebuah stadium baru di Bukit Merbau.

25. PR-1311-L54499

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyakkah simpanan milik rakyat Malaysia mengikut kaum di institusi perbankan dan yang berkaitan dengannya di dalam mahupun di luar Negara.

26. PR-1311-L54707

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nilai dan pecahan terperinci perbelanjaan iklan dan promosi (A&P) untuk Jabatan Perdana Menteri:-

(a) bagi setiap bulan sejak Julai 2012; dan (b) bagi setiap jenis iklan dan promosi (surat khabar, internet dan

lain-lain).

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

5

27. PR-1311-L53072 Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bagaimanakah Perdana Menteri dapat memastikan "sustainability" 1MDB melalui penjanaan sumber kewangan lestari dan mengimbangi tanggungjawab sosialnya melalui pembayaran pelbagai bantuan kepada rakyat miskin.

28. PR-1311-L54197

Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan silver nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan pada hari pengundian awal 30 April 2013 dan hari pengundian biasa 5 Mei 2013 masing-masing di PRU 13.

29. PR-1311-L54123

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah pandangan YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan seperti Konsep Kedai 1Malaysia kepada “Supply Chain” (Jaringan Pembekalan) yang lain seperti barangan “Hardware” (Hardware 1Malaysia), atau pembekalan asas yang lain yang dikirakan sesuai. Ini untuk memastikan rakyat mendapat barangan pada harga yang berpatutan.

30. PR-1311-L54428

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap kilang-kilang yang mencemarkan udara, air dan bunyi sepanjang tahun 2012. Kenapa tidak ada apa-apa tindakan oleh mana-mana pihak terhadap sebuah kilang memproses sisa ayam yang mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin.

31. PR-1311-L53102

Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan setiap rakyat memiliki rumah sendiri khususnya melalui Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan nyatakan bilangan rumah yang telah dapat dibina di seluruh negara sehingga kini.

32. PR-1311-L54591 Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mekanisme yang akan dilaksanakan untuk menurunkan harga kereta dalam tahun 2013 ini. Sila senaraikan model kereta yang terlibat dan jumlah penurunan yang akan dilaksanakan.

33. PR-1311-L53618

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah Kementerian maklum bahawa premis-premis dan

mesin-mesin perjudian sudah semakin bertambah secara terbuka di kawasan Kalabakan dan Tawau; dan

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

6

(b) jika maklum, bilakah Kementerian akan mengambil tindakan tegas dalam membanteras perniagaan haram yang amat memudaratkan rakyat setempat ini.

34. PR-1311-L54449

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah doktor pakar yang memberikan perkhidmatan di Hospital Sarikei. Apakah jenis doktor pakar yang sedia ada di Hospital Sarikei.

35. PR-1311-L53611

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kes-kes jenayah sepanjang tiga tahun yang lepas yang melibatkan pendatang-pendatang atau warga asing di negara ini terutamanya di kawasan-kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk mengurangkan kadar kes-kes jenayah tersebut.

36. PR-1311-L54266 Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah kes kemalangan maut yang berpunca daripada keadaan Jalan Persekutuan yang rosak dan nyatakan jumlah kilometer Jalan Persekutuan di negeri Kelantan yang rosak dan serta kos pembaikannya.

37. PR-1311-L54620

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian untuk memajukan sektor pelancongan di kawasan-kawasan luar bandar seluruh negara agar dapat menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.

38. PR-1311-L53946

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memulihkan kemerosotan indeks kebebasan media di dunia yang meletak Malaysia di tangga ke 145.

39. PR-1311-L53303

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah pihak Kementerian dapat memberi peruntukan untuk membina sebuah mini stadium terbuka di Pekan Belaga, daerah Belaga, bahagian Kapit.

40. PR-1311-L53921

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dasar baru untuk pengagihan peruntukan khas untuk setiap kawasan Parlimen (Constituency Development Fund) terutamanya untuk 89 kawasan Parlimen yang diwakili oleh pembangkang dan jumlah peruntukan untuk setiap kawasan bagi tahun 2013.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

7

41. PR-1311-L54273 Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kesediaan Kementerian untuk mengimplimentasikan dasar "Plain Packaging" untuk produk tembakau seperti yang diamalkan di Australia menerusi "Tobacco Plain Packaging Act 2012".

42. PR-1311-L53697

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan di manakah terdapatnya bukti saintifik yang telah dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan bahawa kandungan “silver nitrate” akan menyebabkan barah atau masalah buah pinggang walaupun “silver nitrate” 5% sering digunakan dalam penyediaan slaid bagi imbasan “scanning electron microscope” serta rawatan kulit seperti ketuat.

43. PR-1311-L53149

Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-

(a) apakah status penyelesaian masalah tanah jerlus di Jalan Syed

Mahadi dan sekitar kawasan Kampung Pindah di Kampung Bharu; dan

(b) sekiranya ada penyelesaian komprehensif bagi mengatasi

masalah ini telah dirangka, maka bilakah ianya akan dilaksanakan dan jangka masa pelaksanaannya.

44. PR-1311-L54823

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada "University College of Technology Sarawak" ialah sebuah sekolah bertaraf Universiti atau Kolej. Adakah ia akan mengeluarkan ijazah sendiri atau ijazah dari universiti lain. Siapakah pemilik "University College of Technology Sarawak" dan berapakah yuran pengajian yang perlu dibayar.

45. PR-1311-L53233

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang jumlah perbelanjaan melibatkan perolehan dakwat kekal oleh SPR:-

(a) namakan syarikat pembekal dan kos untuk satu botol dakwat

kekal ini; dan (b) namakan pakar-pakar yang mengesahkan kualiti dan kesahihan

dakwat-dakwat kekal ini dan setakat ini berapa aduan telah diterima terhadap kualiti dakwat kekal ini.

46. PR-1311-L54668

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan Kerajaan untuk menyemak semula kelayakan pemilih bagi menurunkan usia kelayakan kepada warganegara berusia 18 tahun pada hari kelayakan.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

8

47. PR-1311-L54715 Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengkaji dan melaksanakan sistem percukaian berasaskan sistem Islam di Malaysia yang terbukti lebih adil dan saksama.

48. PR-1311-L53142

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa pengundi-pengundi saluran 075/50/11 Felcra Lekir yang pada tahun 2008 (PRU 12) mengundi di kawasan DUN Pasir Panjang kali ini mengundi di kawasan DUN Sitiawan dalam Pilihanraya 2013 (PRU 13).

49. PR-1311-L53694

Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan secara terperinci langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk membudayakan gerakan koperasi di negara ini.

50. PR-1311-L54023

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status projek mendalamkan dasar laut RM353 juta dan program penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang dengan butir-butir tender, adakah ia dijalankan secara terbuka atau akan ditender semula. Apakah status menaik taraf perkhidmatan feri serta pembinaan semula projek RM43 juta Tanjung City Marina yang tenggelam dalam laut.

51. PR-1311-L54340

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pengajaran paling besar yang telah dipelajari daripada Pelan Integriti Nasional 2004-2008 dan apa yang akan diatasi dalam program integriti baru Kerajaan.

52. PR-1311-L53101 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :

(a) tindakan yang diambil oleh Kementerian bagi memantau

kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah atau hasutan yang disebarkan melalui blog dan media sosial; dan

(b) adakah peraturan dan undang-undang yang sedia ada memadai

untuk menangani gejala ini. 53. PR-1311-L53967

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada perlantikan Menteri-menteri dari kalangan bukan Ahli Dewan Rakyat SEBELUM mereka dilantik dan angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara satu tingkah laku yang mencemari Sistem Demokrasi Berparlimen serta menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

9

54. PR-1311-L54688 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci:-

(a) bilangan banduan yang telah menjalani hukuman mati sejak

1957 (mengikut kewarganegaraan dan jantina); dan (b) senarai banduan akhir yang sedang menunggu hukuman mati

(mengikut kewarganegaraan dan jantina). 55. PR-1311-L53390

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :- (a) kos asal dan kos semasa berkaitan pembinaan Jalan Yahya

Ahmad, Bandar Dungun (Ruj: Menaiktaraf Simpang Kuala Dungun: Laluan 127 Dungun Terengganu); dan

(b) apakah tindakan Jabatan Kerja Raya Dungun bagi memastikan

keselesaan, keselamatan dan keperluan pengguna jalan terlibat selaras dengan taraf Dungun sebagai sebuah Majlis Perbandaran.

56. PR-1311-L54497

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk memajukan perusahaan perikanan di Daerah Muar. Adakah munasabah untuk penduduk-penduduk tempatan terpaksa membeli ikan dengan harga yang agak tinggi memandangkan Muar sebagai tempat pengeluaran ikan. Apakah rancangan Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

57. PR-1311-L53799

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah sumbangan signifikan yang telah diberikan oleh Parlimen Belia sejak ia ditubuhkan.

58. PR-1311-L53071

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan Persekutuan melaksanakan Konsep Federalisme dalam pentadbirannya dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri khususnya berdasarkan peruntukan Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan dan bagaimanakah ia dilaksanakan.

59. PR-1311-L53191

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tarikh berkuatkuasanya Akta Pengurusan Strata 2013 di setiap negeri dan bila serta bagaimana setiap mekanisme baru yang tertera di bawah akta ini seperti tribunal, perlantikan timbalan pesuruhjaya, deposit untuk membaiki kecacatan dan sebagainya dapat diwujudkan.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

10

60. PR-1311-L53752 Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Petronas akan mula membayar wang tunai royalti Petroleum kepada Kerajaan Kelantan dan berapakah kadar yang akan dibayar.

61. PR-1311-L54232

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah prosedur yang telah dilakukan dalam pemilihan pembekal yang terlibat dalam "Skim Netbook 1Malaysia" dan sila senaraikan pembekal yang berjaya.

62. PR-1311-L54154

Puan Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah status projek perintis Taska OKU bagi kategori OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran.

63. PR-1311-L54563

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang diambil terhadap akhbar Utusan Malaysia melalui tulisan mereka, bertarikh 7 Mei 2013 yang bertajuk “Apa Lagi Cina Mahu” yang jelasnya menghasut emosi perkauman.

64. PR-1311-L54013

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci jumlah kos pembinaan, butir syarikat bertanggungjawab serta kos sampingan terkini termasuk variation order (vo) projek lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Kuala Terengganu, Lapangan Terbang Ipoh dan Lapangan KLIA2.

65. PR-1311-L53668

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan ekonomi Malaysia, dasar dan langkah untuk memperbaikinya.

66. PR-1311-L53305

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan tindakan-tindakan tegas yang boleh diambil terhadap pengusaha stesyen minyak yang menjual diesel kepada pengusaha-pengusaha kilang. Apakah keberkesanannya.

67. PR-1311-L53472

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah bilangan rakyat Malaysia yang terlibat dengan demonstrasi haram di luar negara yang dapat dikesan dan apakah langkah-langkah kementerian untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

11

68. PR-1311-L54414 Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan meminda Seksyen 2A, Akta Rahsia Rasmi Pindaan 1986 yang memberi kuasa kepada Menteri untuk menambah, membuang atau meminda sebarang peruntukan dalam Jadual yang memberikan Menteri kuasa penuh untuk merahsiakan mana-mana dokumen dengan makluman Warta Kerajaan.

69. PR-1311-L53815

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan melaksanakan prinsip "Best Democracy" seperti yang dijanjikan dengan mengadakan pilihan raya umum untuk memilih Ahli-ahli Dewan Negara di bawah peruntukan Artikel 45.4(b) Perlembagaan Persekutuan.

70. PR-1311-L53124

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perancangan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir yang diakibatkan oleh air bertakung yang sering berlaku di kawasan-kawasan sebelah Malaysia di tepi Sungai Golok.

71. PR-1311-L53742

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan gambaran lengkap mengenai kedudukan hutang negara terkini mengikut sub komponen masing-masing dan adakah ia berada di tahap yang sihat serta mampukah negara membayar balik hutang tersebut.

72. PR-1311-L53575

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) apakah isu utama yang perlu ditangani dalam jangka masa yang

pendek dan jangka masa yang panjang dalam bidang kuasa Kementerian; dan

(b) adakah perlaksanaan gaji minimum berjaya dilaksanakan.

73. PR-1311-L53146

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk menyelesaikan masalah lalat di daerah Manjung.

74. PR-1311-L53923

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah bilangan ahli farmasi yang berdaftar di Sarawak dan Malaysia. Apakah rancangan kerajaan untuk menjamin masa depan ahli farmasi memandangkan masih tiada "dispensing right" di negara Malaysia.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

12

75. PR-1311-L54509 Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan perkhidmatan 3G dan rangkaian jalur lebar di kawasan Bukit Naning:

(a) senaraikan kampung-kampung yang diliputi dan Telco-telco

yang terlibat dalam pembekalan perkhidmatan tersebut; dan (b) adakah Telekom mengalami kekurangan ketersediaan

infrastruktur dan mengakibatkan pemohon-pemohon baru Streamyx perlu dimasukkan dalam senarai menunggu.

76. PR-1311-L54782

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

(a) apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk

menjaga imej negara dalam sukan bolasepak dan memperbaiki ranking Malaysia di peringkat dunia; dan

(b) apakah perancangan jangka panjang Majlis Sukan Negara /

Kementerian Belia & Sukan bagi mengembalikan semula maruah bolasepak negara.

77. PR-1311-L54092

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan diambil terhadap pemandu kereta Maserati GranTurismo dan Ferrari yang ditangkap gambarnya memecut pada kelajuan 268 km/h dan 243 km/h oleh kamera AES dan sama ada mereka akan didakwa di bawah Seksyen 43 Road Traffic Act.

78. PR-1311-L54326

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah pembaharuan yang dilakukan terhadap perlaksanan program beras nasional gred ST15%.

79. PR-1311-L53456

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan selanjutnya yang akan dibuat untuk menangani Pusat Judi Siber yang kian bertambah di Parlimen Limbang.

80. PR-1311-L54351

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengenai bidang pekerjaan yang diceburi oleh golongan wanita negara ini mengikut kategori pekerjaan, sama ada kolar putih atau kolar biru. Apakah terdapat usaha kerajaan untuk memberikan kuota atau pun sasaran bagi wanita-wanita yang menceburi bidang usahawan sedangkan semua bidang pekerjaan dilihat dimonopoli oleh kaum lelaki sahaja. Jika ada berapa ramai yang telah berjaya diwujudkan oleh kerajaan sebagai usahawan wanita unggul sejak tahun 2008 hingga 2012.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

13

81. PR-1311-L53487 Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kesan kepada keselamatan, sosial dan ekonomi negara akibat rally dan perhimpunan anjuran pihak pembangkang atas sebab tidak bersetuju dengan proses dan keputusan PRU-13.

82. PR-1311-L54247

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan tindakan yang diambil terhadap gejala vandalisme yang dilakukan oleh along atau agen pelacuran di sekitar Kuala Lumpur.

83. PR-1311-L54310

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Hospital Queen Elizabeth 2 yang baru akan siap sepenuhnya dan berapa banyakkah bilangan katil kerana nampaknya bilangan pesakit-pesakit sekarang sudah bertambah.

84. PR-1311-L54291

Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa bilangan guru-guru yang telah lulus daripada IPG atau UPSI yang belum dan sudah ditempatkan.

85. PR-1311-L54879

Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah kebenaran dakwaan berhubung kealpaan UDA Holdings yang banyak memberi tumpuan kepada projek pembangunan hartanah komersial dan perumahan kos tinggi sehingga mengabaikan keperluan Bumiputera terutama di Kuala Lumpur.

86. PR-1311-L54682

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila persempadanan semula kawasan pengundian akan diadakan dan apa prinsip akan digunakan untuk persempadanan semula itu.

87. PR-1311-L L54896

Dato' Ar. Wan Mohammad Khairil Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kepesatan kerja-kerja pembangunan telah mendedahkan risiko keselamatan yang tinggi kepada masyarakat awam. Kemalangan-kemalangan ngeri (freak accident) kerap kali berlaku. Apakah langkah-langkah dan tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian Pengangkutan terhadap keselamatan awam yang terdedah di kawasan-kawasan berhampiran tapak kerja dan di laluan-laluan utama yang melibatkan pengangkutan dan muatan-muatan komponen-komponen pembinaan dan komoditi lain.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

14

88. PR-1311-L54942 Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian sedar masalah kesesakan jalan raya dari Pekan Tuaran ke Bulatan Mengkabong dan ke Bulatan Berungis setiap pagi dan petang. Jika sedar apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengatasi masalah ini.

89. PR-1311-L55016

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan pelan transformasi negara telah diperkenalkan untuk memajukan memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat dan apakah peluang-peluang untuk masyarakat luar bandar berpendapatan rendah menyertai transformasi ini.

90. PR-1311-L54963 Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan pihak Kerajaan bagi mewajibkan Mata Pelajaran Sejarah dan Sivik dalam sistem pendidikan di negara ini dari peringkat Sekolah Rendah hingga peringkat Universiti Awam dan Swasta.

91. PR-1311-L54925 Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kepada Dewan yang mulia ini sama ada siasatan lanjut dan tindakan berikutnya daripada siasatan itu telah diambil kerana kerugian (atau kehilangan) berbilion-bilion ringgit yang ditanggung oleh Bank Negara Malaysia oleh kerana spekulasi mata wang.

92. PR-1311-L54918 Puan Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kesan gaji minima kepada pekerja tempatan ekoran pekerja asing juga mendapat kebaikan daripada gaji minima.

93. PR-1311-L54960 Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah persediaan atau skim-skim bantuan (selain bantuan tanam semula) yang disediakan oleh pihak Kementerian terutamanya melalui RISDA bagi memastikan pekebun kecil getah tidak terus terjejas pendapatan mereka ekoran kejatuhan harga getah ketika ini.

94. PR-1311-L55019

Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kos asal projek Pelabuhan Miri (Miri Port) dan menyatakan keuntungan tahunan yang diperolehi sepanjang tempoh operasi sehingga Mei 2013.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

15

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] dan masalah dicadangkan :- “ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:- “ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Ketiga Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (1 Julai, 2013)

2. (D.R. 1/2013) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 3/2013) Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 2/2013) Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. PR-1311-U53624

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa adalah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai warga asing di negeri Sabah telah diberikan kewarganegaraan dengan berstatuskan Bumiputera di negeri Sabah, dengan pemberian kad pengenalan Malaysia. Dan Dewan ini mengambil maklum juga, dalam pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menangani masalah pemberian kad pengenalan Malaysia kepada warga asing, beberapa orang saksi telah memberikan keterangan bahawa memang terdapat usaha beberapa individu untuk memberikan warga asing kad pengenalan Malaysia dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

16

Dan Dewan ini mengambil maklum juga bahawa, dalam pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan DiRaja, Suruhanjaya juga diberitahu bahawa terdapat juga individu yang mengambil kesempatan untuk menjual kad pengenalan kepada warga asing. Dan Dewan ini mengambil maklum juga bahawa, dikhabarkan bahawa jumlah warga asing yang telah diberikan kerakyatan telah melepasi tiga kali ganda jumlah penduduk asal negeri ini. Dan Dewan ini juga mengambil maklum bahawa kehadiran "warganegara Malaysia baru ini" telah banyak menimbulkan masalah sosial, kesihatan, ekonomi dan keselamatan. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, gerakan penukaran kad pengenalan baru haruslah dijalankan di negeri Sabah dan setiap permohonan kad pengenalan baru ini hendaklah disokong dengan sijil kelahiran pemohon dan juga ibu bapa pemohon. Dewan ini juga haruslah memutuskan bahawa latar belakang pemohon yang menggunakan sijil pendaftaran lewat kelahiran atau surat akuan hendaklah diteliti rapi agar tidak terdapat unsur-unsur penipuan pendaftaran. Abjad "H" dan angka "12" juga haruslah dimasukkan dalam kad pengenalan yang dikeluarkan bag rakyat Sabah." (Menteri Dalam Negeri)

6. PR-1311-U53641

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

" Dewan ini mengambil maklum bahawa, sebagaimana yang telah diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, satu gerakan persempadanan semula kawasan pilihan raya di seluruh negara akan dijalankan dalam tempoh terdekat. Dan Dewan ini mengambil maklum bahawa pada masa ini daripada 222 kerusi Parlimen yang ada, hanya 56 kerusi sahaja diperuntukkan bagi Negeri-negeri Borneo (Sarawak 31 dan Sabah 25) dan selebihnya 166 kerusi diperuntukkan kepada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Dan Dewan ini mengambil maklum bahawa tanah Semenanjung Malaysia berkeluasan seluas 131,598 kilometer persegi diperuntukkan sebanyak 166 kerusi (75%) sementara Sarawak dan Sabah dengan keluasan 198,081 kilometer persegi hanya diperuntukkan hanya 56 kerusi(25%). Dan Dewan ini mengambil maklum bahawa dengan kedudukan geografi dan bentuk muka bumi negeri Sarawak dan Sabah, pengurusan dan pentadbiran di kedua-dua negeri ini agak terbantut, sama ada dari segi suara di Parlimen mahu pun dana yang diperoleh melalui Ahli Parlimen. Dan Dewan ini mengambil maklum bahawa bersandarkan kepada polisi dan semangat Perjanjian Malaysia, Negeri Borneo ini (Sarawak dan Sabah) hendaklah memiliki 1/3 atau sekurang-kurangnya 77 kerusi Parlimen. Maka, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa dalam gerakan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal dijalankan nanti, Negeri Sarawak dan Sabah hendaklah diperuntukkan 1/3 kerusi Parlimen yang bakal dibentuk kelak."

(Perdana Menteri)

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

17

7. PR-1311-U53665 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa, bahasa memainkan peranan penting dalam berkomunikasi sama ada, ketika belajar, ketika bekerja atau ketika beriadah. Dan Dewan ini mengambil maklum juga, bahawa kebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa membolehkan rakyat Malaysia berinteraksi dengan baik sama ada dalam negara mahu pun di peringkat global. Maka, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, dalam merangka pelan pendidikan negara, Kerajaan hendaklah mewajibkan semua murid di Sekolah Jenis Kebangsaan mengambil mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Inggeris sebagai mata pelajaran wajib sementara di sekolah kebangsaan pula, murid hendaklah mengambil mata pelajaran bahasa pilihan, sama ada bahasa ibunda, Tamil, cina dan lain-lain bahasa."

(Menteri Pendidikan) 8. PR-1311-U53673

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa, isu Borneonisasi amat dekat di hati rakyat Negeri Sabah dan Sarawak. Dan Dewan ini mengambil maklum juga, bahawa rakyat Malaysia dari Negeri Sabah dan Sarawak juga ingin untuk menyumbang dalam pembangunan negara. Dan Dewan ini mengambil maklum juga bahawa, Rakyat Malaysia dari Negeri Sabah dan Sarawak amat bersyukur kerana telah diberikan banyak peluang dalam menjawat jawatan persekutuan di kedua-dua negeri ini. Dan Dewan ini mengambil maklum juga, masih terdapat banyak ruang di mana rakyat Malaysia dari Negeri Sabah dan Sarawak dapat diberikan peluang untuk berkhidmat dan menyumbang kepada pembangunan negara dalam syarikat berkaitan Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Maka, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, rakyat Malaysia dari Negeri Sabah dan Sarawak haruslah diberikan peluang untuk berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan."

(Perdana Menteri)

9. PR-1311-U53606

Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil maklum bahawa kebelakangan ini beberapa orang yang telah ditangkap dan ditahan di lokap untuk penyiasatan selanjutnya mati di lokap Polis dan ia adalah di bawah bidang kuasa Polis. Pada masa sekarang pihak Polis sendiri menyiasat salah guna kuasa mereka sendiri ini tidak membawa sebarang keyakinan kepada rakyat. Suatu Badan Kuasa Bebas perlu ditubuhkan seperti yang telah disyorkan supaya siasatan bebas terhadap pihak Polis boleh dilaksanakan. Badan yang dicadangkan adalah "Independent Police Complaints And Misconduct Commission (IPCMC)".

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

18

Bahawa Dewan ini mengarahkan Kementerian Dalam Negeri melaksanakan dan menubuhkan "Independent Police Complaints And Misconduct Commission (IPCMC)" dengan segera".

(Perdana Menteri)

10. PR-1311-U53671

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan dasar dan langkah-langkah yang sentiasa diambil untuk menjaga keutuhan negara Malaysia."

(Menteri Dalam Negeri)

11. PR-1311-U53672

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini memperdebatkan keadaan jenayah secara menyeluruh di negara ini."

(Menteri Dalam Negeri)

12. PR-1311-U53434

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan Rakyat bersetuju supaya pilihan raya Kerajaan tempatan dipulihkan semula di seluruh negara termasuk pilihan raya Kerajaan Tempatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menggantikan sistem lantikan Datuk Bandar dan Ahli-ahli Majlis kerana ia lebih berkesan untuk mewujudkan pentadbiran Kerajaan Tempatan yang adil, cekap dan akauntabiliti berbanding sistem sekarang."

(Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)

13. PR-1311-U54335 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:- "Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini mengambil tindakan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang telah melakukan penipuan dalam PRU-13 dengan menggunakan dakwat kekal yang tidak kekal dan menjadikan PRU-13 sebagai tidak bersih." (Perdana Menteri)

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

19

14. PR-1311-U54336 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:- "Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini memansuhkan dan membatalkan perlaksanaan dan operasi AES yang jelas hanya menguntungkan syarikat konsesi dan tidak menyelesai serta tidak mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia. "

(Menteri Pengangkutan)

15. PR-1311-U54337

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:- "Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini memansuhkan dan membatalkan pinjaman pendidikan PTPTN dan menyediakan pendidikan tinggi yang percuma untuk rakyat Malaysia. Pemansuhan PTPTN akan mengelakkan masyarakat Malaysia daripada beban hutang yang berpanjangan."

(Menteri Pendidikan) 16. PR-1311-U54338

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:- "Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini memastikan Rang Undang -Undang GST mesti ditolak, kerana GST akan menambah beban hidup rakyat. Perlaksanaan GST nanti adalah satu kezaliman pada rakyat Malaysia yang majoritinya berpendapatan rendah dan sederhana."

(Menteri Kewangan)

17. PR-1311-U54339

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:- "Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini mengutuk sekerasnya kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh pimpinan parti politik dan media perkauman UMNO/BN seperti menyatakan keputusan PRU-13 adalah tsunami politik Cina dan 'apa lagi cina mau' adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan bertentangan dengan amalan demokrasi."

(Perdana Menteri)

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

20

18. PR-1311-U54341 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:- "Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini meminta Kerajaan menurunkan harga minyak RON95 dari RM1.90 kepada RM 1.40 bagi meringankan bebanan hidup rakyat dan membolehkan lebihan pendapatan dalam poket serta mewujudkan pendapatan boleh guna rakyat. "

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) 19. PR-1311-U53963

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:- "bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan Malaysian Association of Foreign Maid Agencies (PAPA) untuk menaikkan fi pengambilan pekerja kepada RM6700 oleh majikan dan RM1800 oleh pekerja domestik. Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani Kerajaan Malaysia-Indonesia, yang menetapkan fi tetap pada RM4,511; RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pekerja domestik jelas menunjukkan agensi pekerjaan mengaut keuntungan yang tinggi melalui pemerdagangan ini. Ia akan membawa kepada tangga gaji yang rendah kepada pekerja domestik untuk sekurang-kurangnya 6-9 bulan. Ianya jua bercanggah dengan Akta Pekerjaan (Artikel 24-8) yang menghalang majikan menolak gaji sehingga 50%. Ia juga bercanggah dengan Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure) di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Manusia di mana sekiranya gaji tidak dibayar untuk tiga bulan atau lebih, maka majikan boleh didakwa kerana eksploitasi."

(Menteri Sumber Manusia) 20. PR-1311-U53965

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:- "bahawa Dewan ini mendesak agar segala projek pembangunan yang dibina di kawasan Bukit Gasing dihentikan agar hakisan tanah dan penduduk di kawasan pinggir bukit tidak hidup dalam ketakutan setiap kali hujan turun."

(Menteri Wilayah Persekutuan) 21. PR-1311-U54604

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan keluarga mangsa yang mati dalam tahanan Polis Diraja Malaysia, memperoleh pakar perubatan forensik sendiri bagi menjalankan bedah siasat."

(Menteri Dalam Negeri)

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

21

22. PR-1311-U54605 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam di dalam membendung gejala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

(Menteri Pendidikan)

23. PR-1311-U55044 Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan Yang Mulia ini mengecam Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk artikel “Hijrah ke negara republik jika enggan terima sistem negara” di dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei 2013, kerana bukan sahaja menunjukkan keangkuhan dan penghinaan terhadap pendapat umum tetapi juga untuk seorang Menteri menyuruh rakyat Malaysia yang tidak suka dengan sistem Pilihan raya negara keluar meninggalkan negara adalah bertentangan dengan dasar 1Malaysia Perdana Menteri dan matlamat beliau untuk menjadikan Malaysia “demokrasi terbaik dunia”. (Menteri Dalam Negeri)

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan ... mengeluarkan bau busuk di kawasan perindustrian Silibin

AUM DR 2/7/2013

22

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2013 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.1

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia Bagi Tahun 2011.

2 Julai 2013

ST.13

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Yayasan Laporan Kewangan Bagi Tahun 2011.

2 Julai 2013

ST.15

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru Bagi Tahun 2011.

2 Julai 2013