malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … dr 1.7.2008 _selasa_.pdf2 aum dr 1/7/2008 5....

28
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 1 JULAI 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 24 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1212-L13109 Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan akan membuat kajian semula kadar geran penyelenggaraan jalan raya negeri (Capitation Grant) memandangkan kadar perbelanjaan yang meningkat, menjadikan kadar lama yang diguna pakai tidak lagi relevan dan perlu dikaji semula selaras dengan kos terkini sedangkan kadar penyelenggaraan bagi jalan raya persekutuan telah pun dikaji semula. 2. PR-1212-L13809 Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan : - (a) apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan dalam menangani masalah pertukaran iklim (climate change) dan penggunaan tenaga yang tidak efisien; dan (b) apakah kandungan polisi 5-fuel yang dikatakan sebagai langkah menghadapi masalah penggunaan tenaga di masa hadapan. 3. PR-1212-L14055 Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah langkah dan inisiatif segera Kementerian untuk memantapkan perpaduan kaum yang berkekalan demi kelangsungan survival, keamanan dan kemakmuran negara. 4. PR-1212-L13523 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan LCCT dan kedudukan 'perang menarik langganan' antara syarikat MAS dan AirAsia dan masalah-masalah berbangkit yang dihadapi oleh para penumpang.

Upload: ngoanh

Post on 04-May-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 1 JULAI 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 24

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1212-L13109 Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan akan membuat kajian semula kadar geran penyelenggaraan jalan raya negeri (Capitation Grant) memandangkan kadar perbelanjaan yang meningkat, menjadikan kadar lama yang diguna pakai tidak lagi relevan dan perlu dikaji semula selaras dengan kos terkini sedangkan kadar penyelenggaraan bagi jalan raya persekutuan telah pun dikaji semula.

2. PR-1212-L13809 Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan : - (a) apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan dalam menangani

masalah pertukaran iklim (climate change) dan penggunaan tenaga yang tidak efisien; dan

(b) apakah kandungan polisi 5-fuel yang dikatakan sebagai langkah

menghadapi masalah penggunaan tenaga di masa hadapan. 3. PR-1212-L14055

Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah langkah dan inisiatif segera Kementerian untuk memantapkan perpaduan kaum yang berkekalan demi kelangsungan survival, keamanan dan kemakmuran negara.

4. PR-1212-L13523

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan LCCT dan kedudukan 'perang menarik langganan' antara syarikat MAS dan AirAsia dan masalah-masalah berbangkit yang dihadapi oleh para penumpang.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 2

5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan statistik luasnya tanah NCR dan tanah Kerajaan Negeri yang sudah dan akan dibangunkan dengan ladang kelapa sawit di Sarawak yang mendapat bantuan daripada Kerajaan dari segi subsidi benih, bantuan kewangan, pinjaman dan lain-lain.

6. PR-1212-L13496 Datuk Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapa buah motosikal (serta nilainya, % penjualan keseluruhan) keluaran dan jenama tempatan telah dieksport ke Indonesia, Thailand dan Vietnam, tiga negara yang terdekat dan juga merupakan pasaran terbesar motosikal di dunia (selain daripada China dan India).

7. PR-1212-L12747 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :- (a) tindakan yang telah diambil bagi membendung dan mengatasi

masalah hakisan Sungai Petagas dan pesisir pantai Putatan akibat pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; dan

(b) sama ada pihak Kerajaan akan mendalamkan sungai-sungai yang

cetek dan hakisan pantai akibat aktiviti di atas dan pukulan ombak besar.

8. PR-1212-L13194

Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) adakah semua tapak pembuangan sisa di negara ini mematuhi ciri

hidrogeologi; dan (b) adakah perancangan dan kaedah sesuai yang diperkenalkan

untuk melupuskan sisa buangan dan langkah yang diambil untuk mendidik rakyat mengenai program kitar semula.

9. PR-1212-L13014

Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :- (a) strategi bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran ikan

air tawar di negara ini dan strategi meningkatkan penghasilan industri hiliran daripada pengeluaran ikan air tawar; dan

(b) memandangkan Tasek Raban, Lenggong berpotensi sebagai

lokasi ternakan ikan sangkar secara besar-besaran, bolehkah pihak Kementerian melaksanakan rancangan tersebut.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 3

10. PR-1212-L14397

Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) sejak HDC ditubuhkan berapakah jumlah produk Halal yang

disijilkan dan dari negara mana produk tersebut dan jenis produk; dan

(b) apakah sebab ditubuhkan HDC dan peranan JAKIM dalam

pensijilan Halal ini, siapa dan bagaimana pemantauan dilakukan terhadap sesuatu produk tersebut.

11. PR-1212-L13736

Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah cara-cara untuk mendedahkan anak-anak muda pada hari ini, cara hidup dan tradisi yang telah kita amalkan selama ini dengan adanya harmoni di kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum.

12. PR-1212-L13395 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kesan yang mungkin dirasai oleh Malaysia akibat daripada kelembapan ekonomi yang mungkin berlaku di Amerika Syarikat pada hujung tahun ini.

13. PR-1212-L14467 Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan jumlah kerugian akibat kecurian dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menangani masalah kecurian peralatan utiliti seperti besi, kabel, paip dan sebagainya.

14. PR-1212-L14586 Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menunda projek-projek mega supaya peruntukan tersebut dapat digunakan untuk melaksanakan projek-projek yang lebih penting seperti pertanian dan kemudahan-kemudahan asas di luar bandar terutamanya di Sarawak.

15. PR-1212-L13482 Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil bagi memajukan sektor pelancongan di Tasik Kenyir Hulu Terengganu.

16. PR-1212-L13979 Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah peruntukan yang akan disalurkan ke negeri Sarawak untuk penanaman padi bagi tahun 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012. Sama ada pelaksanaan projek penanaman padi akan melalui peladang-peladang kecil atau segelintir syarikat besar.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 4

17. PR-1212-L12899 Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan rasional menukarkan penggunaan istilah 'pendidikan' kepada 'pelajaran'.

18. PR-1212-L14323 Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil banyak terdapat di estet-estet dan kemudahan asas seperti jalan dan bangunan sekolah tersebut sangat teruk dan menyedihkan.

19. PR-1212-L14011 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa lama perjalanan di antara Kuala Lumpur ke Ipoh apabila jalan kereta api 'double-tracking' siap kelak. Difahamkan Kerajaan masih menggunakan 'narrow base tracking' bagi landasan kereta api ini. Kenapakah Kerajaan tidak menggunakan 'broad-base tracking' yang membolehkan kereta api dapat berjalan dengan lebih laju.

20. PR-1212-L14170 Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah peruntukan Kementerian setiap tahun bagi menjayakan Liga M dan Super mulai tahun 2005-2008.

21. PR-1212-L13907 Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah bantuan daripada mana-mana agensi Kerajaan kepada syarikat Grand Saga Sdn Bhd dalam pembinaan pengadang jalan di Bandar Mahkota Cheras pada bulan Mei 2008 dan jika ada, kenapa.

22. PR-1212-L13430 Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bagaimana kejayaan peserta-peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diukur dalam mencapai objektif program berkenaan.

23. PR-1212-L12934 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak tahun 2004 berapakah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan, Pengerusinya, tujuannya dan berapa kali mesyuarat telah diadakan. Sejauh mana isu-isu yang berkaitan telah ditangani dan nyatakan isunya.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 5

24. PR-1212-L14154 Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :- (a) di Kuala Lumpur termasuklah di Bandar Tun Razak, terdapat

beberapa rumah pangsa lima tingkat (low rise flats) berusia lebih 30 tahun dan tidak selamat diduduki (inhabitable). Adakah DBKL mempunyai rancangan membina semula rumah pangsa baru dengan kemudahan awam yang lengkap; dan

(b) jika ada, bolehkah DBKL memastikan penghuni-penghuni asal

diberi unit baru di kawasan tersebut yang dibina lebih dari 12 tingkat.

25. PR-1212-L13004

Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk membiayai sepenuhnya sekolah menengah separuh Kerajaan di daerah Tambunan memandangkan bahawa tujuan dan sasaran sekolah menengah ini adalah sama dengan tujuan dan sasaran sekolah menengah Kerajaan dan kalau tidak, bagaimanakah Kerajaan dapat mencapai keseimbangan dalam soal pendidikan murid-murid di sekolah yang tidak mempunyai kelengkapan yang cukup.

26. PR-1212-L13841 Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah kumpulan peguam negara kita memaklumkan kepada pakar undang-undang asing bahawa Batu Puteh yang akan dibentangkan kepada ICJ adalah diambil dari blog, kos keseluruhan untuk pakar undang-undang asing dan perbelanjaan keseluruhan kepada kumpulan peguam negara termasuk profesor dan lain-lain, dan sila berikan nama firma guaman tempatan yang terlibat di dalam kes tersebut.

27. PR-1212-L14122 Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) apakah tindakan yang berkesan telah dan akan diambil untuk

mengurangkan kejadian banjir kilat di seluruh Malaysia; dan (b) sejauh manakah tindakan dan jumlah peruntukan tersebut yang

diambil terhadap bandar Muar, terutama di kawasan Bakri.

28. PR-1212-L13849 Datuk Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan telah membuat satu kajian terperinci terhadap pandangan dan kehendak rakyat majoriti berhubung dengan cadangan Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman dan perubahan dalam beberapa Akta seperti ISA, Akta Penerbitan dan Percetakan, OSA, AUKU dan lain-lain.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 6

29. PR-1212-L14417 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pengajaran yang diperoleh oleh Menteri sepanjang lawatan kerjanya ke negeri China mengenai reformasi pendidikan dan apakah perubahan-perubahan yang dicadangkan ke atas sistem pendidikan Malaysia.

30. PR-1212-L13893 Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan tindakan khusus yang dirancang oleh Kementerian untuk melahirkan atlet dalam bidang sukan individu seperti olahraga, renang, badminton, skuasy dan lain-lain yang mampu untuk bersaing di Sukan Olimpik tahun 2012 nanti.

31. PR-1212-L12974

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kuantiti dan harga minyak mentah yang dikeluarkan oleh setiap negeri termasuk Sabah dalam 10 tahun kebelakangan ini dan jumlah nilai royalti yang telah disalurkan kepada negeri-negeri ini termasuk Sabah.

32. PR-1212-L13296

Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai dan data yang telah diperoleh menerusi Bank Data Kemiskinan atau dikenali sebagai e-Kasih bagi seluruh negara.

33. PR-1212-L13767 Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah dan skop kerja Suruhanjaya Diraja yang pernah ditubuhkan setakat hari ini dan jumlah ahli setiap suruhanjaya tersebut serta bebanan kos kepada Kerajaan dan apakah Kerajaan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

34. PR-1212-L13349 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan Institusi

Parlimen lebih menyerlah serta dihormati semasa Sesi Persidangan Parlimen berlangsung ; dan

(b) adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk meminda peraturan yang

sedia ada agar ianya dipatuhi oleh semua Wakil Rakyat yang mengikuti Persidangan Parlimen tersebut supaya perjalanannya tidak tercemar.

35. PR-1212-L14174

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permohonan kewarganegaraan yang diterima oleh Kementerian sejak tahun 1957 dan jumlah yang telah diluluskan dan jumlah yang ditolak dengan memberikan sebab-sebab ianya ditolak.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 7

36. PR-1212-L14289 Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bolehkah nelayan yang menggunakan pukat tarik (pukat harimau) tanpa lesen tidak dirampas peralatannya termasuk bot dan bolehkah nelayan di Kuala Tunjang, Kuala Kerpan dan Kuala Sanglang, Parlimen Jerlun dibenarkan menubuhkan persatuan nelayan sendiri tanpa perlu menjadi ahli Persatuan Nelayan Kuala Kedah.

37. PR-1212-L14487 Dato' Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Petronas cari gali dan rakan kongsi yang telah beroperasi di kawasan JDA untuk mengeluarkan minyak dan gas dan didaratkan di Songkla Thailand. 69% gas digunakan di Selatan Thailand dan di Gurun Kedah. Bolehkah Kerajaan menimbangkan sebahagian baki 31% yang dibawa ke Bachok bagi melonjakkan ekonomi dalam koridor ECER dalam projek hiliran.

38. PR-1212-L14079 Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :- (a) adakah Kerajaan telah melakukan kajian terhadap bekas pelatih-

pelatih lepas Program Latihan Khidmat Negara yang terlibat dengan gejala sosial, dadah, mat rempit dan sebagainya; dan

(b) sejauh manakah keberkesanan PLKN mencapai matlamat dan

berjaya melakukan perubahan kepada anak muda setelah mereka mengikut modul yang telah disusun.

39. PR-1212-L12888

Dato' Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa masih terdapat pelajar yang mendapat 10A dalam peperiksaan SPM tetapi masih tidak mendapat biasiswa walaupun Jabatan Perkhidmatan Awam sudah mengumumkan bahawa semua yang memperoleh 9A akan diberikan biasiswa. Apakah kriteria-kriteria untuk memperoleh biasiswa tersebut.

40. PR-1212-L13759 Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar pencen untuk tahun 2000 dan tahun-tahun sebelumnya, terutama kakitangan Kerajaan yang mendapat pencen sebanyak RM500 ke bawah (miskin tegar).

41. PR-1212-L13793 Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak membayar kadar faedah kepada pembayar cukai yang membayar lebih daripada kadar bayarannya, sedangkan bayaran cukai pendapatan yang lewat akan didenda.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 8

42. PR-1212-L13335 Datuk Dr Abdullah bin Md Zin [ Besut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Malaysia mempunyai kemampuan dalam menyediakan tenaga-tenaga pakar dan bidang sistem kewangan Islam. Apakah langkah-langkah dan persediaan yang sedang dan akan diambil dalam mengembangkan sistem kewangan Islam di dalam dan luar negara amnya.

43. PR-1212-L12857 Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah akan dilaksanakan dan adakah Kementerian akan meneruskan pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Sila beri statistik keputusan UPSR untuk dua subjek ini bagi lima tahun berikut, 1998-2002 dan 2003-2007.

44. PR-1212-L13256 Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kes-kes yang melibatkan tuntutan bertindih di antara Malaysia dengan negara-negara jiran.

45. PR-1212-L13790 Tuan Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejak kebelakangan ini masalah kecurian besi-besi di kawasan perumahan menjadi isu besar dan nampak tidak terkawal. (a) apakah tindakan jangka pendek dan jangka panjang pihak polis

bagi membanteras kegiatan ini; dan (b) pihak manakah yang diberi kuasa mengeluarkan lesen membeli

besi dan barang terpakai daripada besi.

46. PR-1212-L13719 Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan cadangan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang.

47. PR-1212-L13103 Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan satu-satunya cara jangka panjang dalam mengimbangi kesan kenaikan kos kehidupan ialah dengan meningkatkan jumlah pendapatan setiap individu. Apakah strategi Kerajaan untuk memastikan setiap rakyat boleh meningkatkan pendapatan terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

48. PR-1212-L13195 Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) berapakah jumlah aduan yang diterima terhadap anggota polis di

seluruh negara dan berapakah jumlah kes yang masih di bawah perbicaraan mahkamah, senaraikan mengikut jenis kesalahan; dan

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 9

(b) sejauh manakah pihak Kementerian mengawasi anggota polis dari terlibat atau menyalahgunakan kuasa dan berapakah jumlah anggota yang telah diambil tindakan.

49. PR-1212-L14543

Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Petronas akan mengkaji semula pemberian royalti minyak kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu daripada 5% kepada 20%, dan jika ya, bila akan dilaksanakan, dan jika tidak, mengapa.

50. PR-1212-L13800 Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) berapa banyak perintah mahkamah berkaitan dengan nafkah

wanita dan anak-anak telah gagal dikuatkuasakan dengan sempurna. Adakah wujud langkah-langkah terbaru untuk memastikan ia dikuatkuasakan dengan sempurna bagi mengelakkan wujud perintah atas kertas ("paper order"); dan

(b) sama ada kajian telah dibuat tentang pelaksanaan perintah-

perintah tersebut dan nyatakan pihak yang dapat memastikan keberkesanan pematuhan perintah-perintah berkenaan.

51. PR-1212-L13032

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) bilakah 'Port Limit' di perairan Selat Melaka berhampiran Kuala

Sungai Langat akan ditutup, kerana kawasan tersebut adalah strategik untuk penangkapan ikan bagi nelayan-nelayan pantai ; dan

(b) adakah pihak Kerajaan menyedari dengan adanya 'Port Limit',

sumber pendapatan nelayan pantai akan terjejas dan terpaksa keluar ke laut melebihi 20 batu persegi dari kawasan 'Port Limit' yang amat merbahaya kerana hanya sampan kail yang digunakan.

52. PR-1212-L13377

Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan dasar untuk membantu sekolah-sekolah bantuan khasnya "Mission School" di masa akan datang seperti yang telah dibuat masa lalu.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 10

53. PR-1212-L14281 Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa kali Majlis Penasihat Iskandar Malaysia (Iskandar Malaysia Advisory Council) yang termasuk tokoh usahawan negara telah bertemu sejak ditubuhkan pada tahun 2006. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut yang telah diterima dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

54. PR-1212-L12949 Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah dibayar kepada Bekas Ahli Parlimen Seremban (Bekas Timbalan Menteri Pelajaran) semasa Penggal Pilihan raya yang ke -11 lalu.

55. PR-1212-L14430 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah kriteria yang digunakan untuk melantik Faezul Adzra Tan Sri Ghani Patail sebagai salah seorang pasukan Malaysia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes tuntutan bertindih ke atas Batu Puteh dan sejauh manakah benarnya Peguam Negara Singapura, Chao Hick Tin dalam tindakannya menolak gambar-gambar yang dikemukakan pasukan Malaysia ke ICJ itu.

56. PR-1212-L14094 Datuk Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :- (a) rancangan dan pelaksanaan setakat ini bagi memaksimumkan

kadar guna tanah di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (KPPB); dan

(b) bentuk-bentuk kerjasama yang akan dan telah dibuat antara

Kerajaan Pusat dengan Kerajaan-kerajaan negeri bagi memajukan kawasan pertanian di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

57. PR-1212-L13216

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah kayu pengukur kejayaan kempen anti merokok yang dilancarkan dan berapa kos yang telah digunakan oleh Kementerian dan mohon statistik perokok secara terperinci.

58. PR-1212-L13436 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tiga negeri termiskin dari segi pendapatan isi rumah yang terendah dan mengapakah Kerajaan gagal meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyat bagi tiga negeri tersebut.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 11

59. PR-1212-L14042 Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) berapakah jumlah pekerja asing mengikut jantina, negara asal,

umur serta sektor pekerjaan mereka; dan (b) apakah perancangan jangka panjang Kerajaan untuk

mengurangkan keperluan Malaysia kepada buruh asing.

60. PR-1212-L13354 Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah perolehan wang dan keluaran gas setiap tahun sejak 1997 dan berikan pecahan penggunaannya. Apakah peratus kegunaan oleh Pengeluaran Tenaga Bebas (Independent Power Producers) dan adakah Kerajaan bercadang untuk mengarahkan Petronas mengurangkan bekalan kepada IPP demi menambahkan keperluan pengguna lain seperti Kerajaan negeri.

61. PR-1212-L13597 Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :- (a) apakah yang akan dilakukan seterusnya oleh 2 orang

Angkasawan Malaysia; dan (b) adakah mereka akan dihantar ke angkasa lagi atau diberikan

tugas sekadar mempromosikan sains angkasa.

62. PR-1212-L12806 Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan melalui saluran apakah perhatian akan diberikan dalam menangani kadar inflasi yang mengembang sehingga menelan kuasa beli rakyat.

63. PR-1212-L12925 Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) sejauh manakah keberkesanan penglibatan Rakan Cop

membantu pihak polis terutamanya kes-kes penculikan kanak-kanak yang semakin berleluasa; dan

(b) apakah usaha dan saranan Kerajaan dan pihak polis kepada

masyarakat bagi membendung isu ini.

64. PR-1212-L14383 Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyediakan Skim Pinjaman seperti Tekun dan Amanah Ikhtiar bertujuan untuk menggalakkan petani-petani kecil untuk memajukan pertanian di tanah-tanah mereka.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 12

65. PR-1212-L14291 Tuan Lee Chee Leong [ Kampar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah bantuan tambahan yang akan diberikan oleh Kementerian dalam usaha mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh petani di atas kenaikan harga baja dan racun perosak baru-baru ini.

66. PR-1212-L13399 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keuntungan dan kerugian yang dialami oleh Proton Holdings Berhad sejak 1998 dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mencatatkan keuntungan semula syarikat tersebut.

67. PR-1212-L14472 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) sama ada akan digubal undang-undang supaya mana-mana

perasuah yang menjejaskan keselamatan negara boleh dihukum mati; dan

(b) Jika ya, bilakah undang-undang ini akan dilaksanakan. Jika tidak,

berikan sebab mengapa undang-undang sebegini tidak relevan.

68. PR-1212-L13706 Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan susulan Kerajaan berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan baru-baru ini bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan agar Mufti dan Timbalan Mufti menyertai setiap persidangan Majlis Raja-raja serta semua Mesyuarat EXCO negeri dan Kabinet.

69. PR-1212-L14080 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berkenaan status siasatan berkaitan dengan laporan polis JBS/011103/08 oleh Karpal Singh berhubung kenyataan terbuka Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa hakim-hakim telah melobi kepada beliau bagi mendapatkan kenaikan pangkat ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

70. PR-1212-L13935 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Peguam Negara akan mengambil tindakan undang-undang berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Klip Video V.K Lingam. Sekiranya ya, nyatakan tarikh dan pihak yang didakwa.

71. PR-1212-L13611 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan angka kemalangan jalan setiap tahun dalam tempoh lima tahun ini dan langkah-langkah berkesan untuk mengurangkannya. Bagaimanakah tindakan-tindakan seumpama pemasangan tali pinggang keledar belakang kenderaan dapat dijayakan.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 13

72. PR-1212-L14304

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan perkembangan perkhidmatan jalur lebar Internet di negara kita setelah ia diperkenalkan. Sejauh manakah Kerajaan mengkaji mutu perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat berkenaan berikutan rungutan pelanggan yang dilaporkan oleh akhbar saban hari.

73. PR-1212-L13881 Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah anggota tentera dan polis yang menjadi pengundi pos dalam pilihan raya yang lalu.

74. PR-1212-L13477 Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab mengapa semakan semula kadar elaun perumahan wilayah bagi negeri Sabah dan Labuan yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2002 yang memperlihatkan pegawai kategori VII hingga XI dari Semenanjung dibayar RM730 hingga RM420 sementara pegawai daripada Sabah apabila bertugas di Semenanjung dibayar RM420 hingga RM200 sebulan.

75. PR-1212-L13560 Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan adakah Kementerian mengkaji bilangan dan punca usahawan yang telah diisytiharkan muflis, terutama sekali di kalangan usahawan Bumiputera.

76. PR-1212-L13171 Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan :- (a) bilangan program pinjaman permulaan perniagaan (start up loan)

yang ditawarkan kepada usahawan ; dan (b) jumlah pinjaman permulaan perniagaan yang telah diluluskan dari

2004 hingga 2008 mengikut etnik.

77. PR-1212-L12768 Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah jenis-jenis pelbagai (varieties) padi yang paling sesuai untuk ditanam memandangkan dunia mengalami perubahan iklim masa kini. Berapakah sasaran hasil pengeluaran padi pada setiap tahun pada tahun 2008 hingga 2010.

78. PR-1212-L13309 Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :- (a) jumlah perbelanjaan bagi projek perumahan kos rendah dan

sederhana di Kuala Lumpur pada tahun 2005 hingga 2008; dan

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 14

(b) jumlah unit rumah kos rendah yang telah ditawarkan dan

permintaan pada tahun 2005 hingga 2008 di Kuala Lumpur serta jumlah unit yang akan ditawarkan hingga tahun 2010.

79. PR-1212-L13413

Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah kekurangan doktor pakar. Apakah reaksi dari doktor luar negara terhadap langkah terbaru Kementerian untuk mengeluarkan Sijil Amalan Perubatan kepada mereka tanpa perlu menjalani perkhidmatan wajib.

80. PR-1212-L14027 Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan cadangan Kementerian untuk membina baru atau pemindahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Negeri Sembilan untuk 3 tahun yang akan datang serta butir-butir sekolah yang terlibat dan bilakah ia dapat dilaksanakan.

81. PR-1212-L13959 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan sejauh manakah Kementerian mengambil langkah-langkah atau program-program yang telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan supaya peristiwa rusuhan kaum di taman tersebut tidak berulang lagi.

82. PR-1212-L13662 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah respons Kementerian terhadap bantahan penduduk terhadap usaha Kerajaan untuk menjadikan tanah berdekatan dengan Kondominium Bukit OUG dan Bukit Jalil sebagai tanah perkuburan dan pembakaran mayat dan penubuhan pusat tahanan penjenayah.

83. PR-1212-L14358 Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan imbuhan yang telah diberi kepada pemberi maklumat dalam membanteras penyelewengan dalam cetak rompak, barang tiruan, diesel bersubsidi dan lain-lain barang kawalan di bawah Akta Kementerian.

84. PR-1212-L13066 Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan sejauh manakah hasil kajian Kementerian terhadap kesan laman web lucah kepada masyarakat serta apakah tindakan kawalan supaya gejala ini dapat dibendung.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 15

85. PR-1212-L14213 Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kakitangan pegawai Kerajaan yang telah didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan pangkat mereka serta status / perkembangan kes-kes tersebut.

86. PR-1212-L13491 Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan isi rumah dan keluarga yang miskin dan miskin tegar di bandar-bandar utama di negara ini.

87. PR-1212-L13286 Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah " Special Federal Cabinet Committee On Illegal Immigrant and Refuges in Sabah" akan diketuai dan dianggotai oleh anak-anak Sabah berserta dengan ahli-ahli NGO Sabah kerana pandangan orang-orang Sabah seharusnya dipandang berat dan dihormati.

88. PR-1212-L13323 Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) apakah kriteria pemberian tauliah pengajaran agama di

masjid/surau; dan (b) adakah cadangan mengadakan konsep Pelancongan Da'wah di

masjid-masjid terutamanya di kawasan tumpuan pelancong seperti Masjid Jame' Kuala Lumpur.

89. PR-1212-L14309

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan alasan ketiadaan syarikat asing menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia sedangkan syarikat-syarikat gergasi dari China, India dan Vietnam menyenaraikan saham syarikat-syarikat mereka di Singapura Stock Exchange.

90. PR-1212-L13946 Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan peruntukan untuk perumahan kos rendah di Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan lokasi yang dicadangkan.

91. PR-1212-L13701 Dato' Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kementerian merasakan bahawa fungsi Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah-daerah berkesan dan adakah ianya perlu dikaji semula syarat serta prosedur bantuan bagi memastikan matlamat untuk membantu rakyat yang memerlukan lebih efisien.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 16

92. PR-1212-L14575 Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah penyelesaian untuk keberkesanan Bahagian Rawatan Hospital Sungai Buloh dan Bahagian Kemalangan dan Kecemasan yang kekurangan petugas, doktor dan pakar perubatan sehingga pesakit terpaksa menunggu beberapa jam untuk dapatkan rawatan luar atau rawatan kecemasan.

93. PR-1212-L13649 Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian merancang ke arah menjadikan Pasukan Gerak Am sebagai Pasukan Keselamatan Sempadan, memandangkan masih terdapat 'vakum' dalam sektor keselamatan sempadan negara yang perlu diisi dengan secepat mungkin.

94. PR-1212-L13084 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah kenderaan dan kutipan lebuh raya PLUS untuk tahun 2000 hingga 2007.

95. PR-1212-L12840 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab gaji polis di negara ini sangat rendah dan sama ada ini menjadi satu sebab berlakunya insiden rasuah di kalangan PDRM dan sekiranya ya, apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 17

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27 (3) Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut: “Bahawa Dewan ini, menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik semasa awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan meskipun ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan terutamanya kenaikan harga minyak petroleum mentah dunia; merestui usaha Kerajaan bagi melaksanakan Misi Nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatu padu seperti di bentang dalam Kertas Perintah CMD 8 Tahun 2008; Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong Kerajaan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.”

Menyambung semula Perbahasan atas Masalah (30 Jun 2008)

2. (D.R. 2/2008) Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 – Menyambung semula Perbahasan atas Masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (25 Jun 2008) [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar]

3. (D.R. 6/2008) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan)

2008 [Menteri Pelajaran]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 18

4. (D.R. 7/2008) Rang Undang-undang Saraan Hakim

(Pindaan) 2008 [Perdana Menteri]

5. (D.R. 4/2008) Rang Undang-undang Lembaga

Penggalakan Pelancongan Malaysia (Pindaan) 2008 [Menteri Pelancongan]

6. (D.R. 10/2008) Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 [Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi]

7. PR-1212-U12759

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Second Hand Dealers Act yang diamalkan di Semenanjung belum lagi dipanjangkan ke negeri Sabah. Dan mengambil maklum bahawa dengan ketiadaan Akta ini, para peniaga besi buruk di Sabah hanya perlu mendapatkan lesen mereka daripada Pihak Berkuasa Tempatan sahaja. Dan mengambil maklum bahawa, rakan niaga mereka di Semenanjung yang dikawal oleh Akta ini hanya mendapat lesen mereka setelah permohonan dan premis mereka diperiksa serta transaksi perniagaan mereka secara terperinci oleh pihak polis. Dan mengambil maklum bahawa akhir-akhir ini, banyak kejadian buruk yang merugikan bukan sahaja rakyat tetapi negara, di negeri Sabah seperti keruntuhan tiang elektrik voltan tinggi, kehilangan kabel elektrik dan telefon. Dan mengambil maklum bahawa, tindakan undang-undang yang di ambil kepada para penjenayah tersebut adalah terbatas kerana pihak polis hanya bergantung dengan Local By-Laws. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk memanjangkan second hand dealers acts ke negeri Sabah dengan kadar yang segera, agar kegiatan mencuri besi buruk dapat dibendung dan dihapuskan."

[Menteri Dalam Negeri]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 19

8. PR-1212-U12760 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sejak akhir-akhir ini, kita kerap mendengar laporan serta keluhan mengenai dengan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi kita, terutama sekali dalam kegiatan maksiat, jenayah dan penagihan dadah. Dan mengambil maklum bahawa Kerajaan melalui pelbagai agensi dan Jabatannya telah menjalankan banyak aktiviti dan kempen bagi mengatasi dan membendung masalah yang dimaksudkan di atas namun keberkesanannya kurang dirasai. Dan mengambil maklum bahawa pihak-pihak lain yang bernaung di bawah Badan keagamaan dan badan bukan Kerajaan juga boleh memainkan peranan mereka bagi mengatasi dan membendung masalah di atas. Namun kegiatan mereka selalunya terhad kerana ketiadaan dana untuk melaksanakan dan menjayakan program yang dirancang. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menyediakan dana yang cukup kepada Badan-badan yang dimaksudkan di atas agar kita bersama dapat mengatasi masalah ini."

[Menteri Belia dan Sukan] 9. PR-1212-U12761

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan isu kekurangan barang makanan terutama sekali beras, di mana pihak Kerajaan terpaksa campur tangan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi. Dan mengambil maklum bahawa negeri Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan tanah yang mencukupi bagi maksud penanaman padi yang sekurang-kurangnya boleh menambah rizab beras negara . Dan mengambil maklum bahawa selain daripada tanah sawah, negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai tanah yang dengan kecerunan di bawah 25 % yang boleh ditanam dengan beras bukit misalnya beras Bario yang sememangnya terkenal di Sabah, Sarawak dan Brunei. Dan mengambil maklum juga bahawa di setengah kawasan di negara China, misalnya mereka mengusahakan penanaman padi bukit di kawasan yang kecerunannya melebihi 25%. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menggalakkan dan memberikan subsidi bagi penanaman padi bukit di negeri Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan lagi bekalan dan rizab bekalan beras negara."

[Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani]

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 20

10. PR-1212-U13628

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membincangkan dasar kedaulatan makanan termasuk beras. Bahawa Dewan ini ingin tahu apa sebenarnya 70% mampu diri mengenai beras dan usaha untuk membuka lebih banyak tanah untuk tanaman padi."

[Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani] 11. PR-1212-U13630

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendak membahaskan perubahan dasar subsidi termasuk beras dan diesel. Dewan juga mahu mendebatkan cara-cara yang digunakan untuk memastikan golongan yang layak dapat menikmati subsidi dan penyelewengan dapat diatasi." [Perdana Menteri]

12. PR-1212-U13693

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung televisyen sepenuhnya bagi sidang Dewan Rakyat supaya rakyat boleh menonton ucapan para ahli berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang."

[Menteri Penerangan] 13. PR-1212-U13695

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan Pilihan Raya Kerajaan tempatan demi menjadikan perkhidmatan Kerajaan tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan ahli Majlis Kerajaan Tempatan."

[Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 21

14. PR-1212-U13697 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar." [Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

15. PR-1212-U13699

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama." [Perdana Menteri]

16. PR-1212-U13700 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC)."

[Perdana Menteri]

17. PR-1212-U12997

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Kementerian dan memandang serius agar pihak Badan Pencegah Rasuah menubuhkan satu cawangan khas untuk mengendalikan perkara yang tidak ada rasuah terbabit tetapi pihak pegawai sengaja melambat-lambatkan proses pelaksanaannya. Contohnya, sesuatu kerja tidak dapat dijalankan disebabkan sesuatu badan/agensi yang melambat-lambatkannya untuk di proses."

[Perdana Menteri]

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 22

18. PR-1212-U12998 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan memandang serius terhadap peningkatan penduduk Malaysia khasnya di Sabah yang meningkat secara mendadak sehingga jauh lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia, contohnya seperti Malaysia 10,439430 pada tahun 1970 dan 22,202,614 pada tahun 2000 peratus kenaikannya sebanyak 113%, Sarawak 976,269 pada tahun 1970 dan 2,012,616 pada tahun 2000 peratus kenaikannya sebanyak 106/% dan Sabah 636, 431 pada tahun 1970 dan 2,449,389 pada tahun 2000 peratus kenaikannya ialah sebanyak 285%. Bagaimana penduduk Sabah melambung naik sehingga 172% lebih tinggi daripada peratus kenaikan penduduk seluruh negara kita."

[Perdana Menteri]

19. PR-1212-U13536 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini meluluskan ketetapan bahawa Kerajaan Persekutuan hendaklah memulihkan semula Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di semua Majlis/Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran seluruh Negara dengan mengambil tindakan meminda Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan bagi maksud tersebut supaya kuasa perwakilan rakyat di dalam Kerajaan tempatan dikembalikan semula selaras dengan amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dan tuntutan rakyat sebagaimana yang dijelmakan dalam keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang mencerminkan kehendak dan hasrat rakyat."

[Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

20. PR-1212-U13538

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan membina sebuah Muzium Memperingati Kapitan Yap Ah Loy bagi mengenang jasa mendiang sebagai pembuka dan Bapa Pembangunan Awal Kuala Lumpur untuk tatapan masyarakat Malaysia dan antarabangsa."

[Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan]

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 23

21. PR-1212-U13050 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat resolusi untuk mengambil tindakan terhadap kemasukan pendatang asing yang terlalu ramai sehingga tidak dapat dikawal dan menjejaskan sektor pekerjaan dan sosial."

[Menteri Dalam Negeri] 22. PR-1212-U13053

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat resolusi untuk mendesak Kerajaan supaya menarik balik pindaan Akta Hubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Sekiranya ia tidak dipinda ia akan memberikan kesan yang tidak adil bagi kaum pekerja di negara ini."

[Menteri Sumber Manusia 23. PR-1212-U13331

Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi SPR dan panel-panel SPR yang lain meletak jawatan akibat daripada tindakan membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya lepas dan tiada penjelasan yang kukuh bagi membatalkan sehingga kini. Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi SPR adalah bercanggah. Pengerusi SPR juga melakukan pengecualian dalam proses pendaftaran pemilih serta tiada penjelasan diberikan. Dewan ini mendesak supaya sebuah Suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat SPR dan mengadakan public hearing bagi mengembalikan ketelusan dan keyakinan kepada rakyat."

[Perdana Menteri]

24. PR-1212-U12800

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa dewan ini mendesak Menteri Pengajian Tinggi supaya mendedahkan kepada orang awam proses pelantikan pensyarah-pensyarah di Institut-Institut Pengajian Tinggi Awam Negara." [Menteri Pengajian Tinggi]

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 24

25. PR-1212-U12802 Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa dewan ini meminta Kerajaan Malaysia supaya meningkatkan pengambilan calon-calon dari golongan bukan Bumiputera di sektor pekerjaan awam."

[Perdana Menteri] 26. PR-1212-U13880

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi RM100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibahas di Parlimen dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara mempertingkatkan integriti dan keberkesanan jangka panjang pembelian sistem pertahanan. " [Menteri Pertahanan]

27. PR-1212-U14379 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sumber bahan api seperti petroleum dan gas telah mengalami kenaikan harga yang semakin melambung dan rizab negara bahan ini akan kehabisan dalam tempoh 20 tahun. Dewan ini berpandangan bahawa Kerajaan harus mengambil langkah-langkah yang progresif dan proaktif untuk memastikan bahawa negara ini tidak akan mengalami kekurangan bahan api dan mencari sumber alternatif yang mudah diganti renewable resources dengan secepat mungkin. Dewan ini mendesak supaya PETRONAS menerajui usaha-usaha untuk mencari sumber alternatif seperti biofuel dan bioethanol daripada sumber-sumber pertanian seperti sweet potato, jagung, sweet sorghum, tebu dan menghasilkan bahan api ini dengan skala besar. Dewan ini juga menggesa PETRONAS supaya berhenti daripada menerokai bidang-bidang yang bukan core competency mereka seperti membina hospital lima bintang Prince Court Medical Centre dan membina dewan muzik filharmonik dan menggaji pemuzik-pemuzik luar negara, di mana perkara-perkara ini merupakan perbelanjaan yang membazir yang hanya memberi keuntungan atau manfaat kepada segolongan kecil rakyat negara ini."

[Perdana Menteri]

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 25

28. PR-1212-U14020

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu dalam menguatkuasakan Resolusi 62/149 Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 18 Disember 2007 di mana negara-negara yang masih mengamalkan hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman-hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Moratorium tersebut."

[Menteri Luar Negeri]

29. PR-1212-U14024

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengkaji dalam penubuhan Penguat Kuasa Pengangkutan Awam Kebangsaan National Public Transport Authority (NPTA) untuk menyeragamkan pengangkutan awam di bandar dan antara bandar. Dewan ini berpandangan bahawa badan ini akan mengambil tanggungjawab dalam perancangan, pemantauan dan pembaikan sistem pengangkutan awam di jalan raya."

[Menteri Pengangkutan]

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 26

30. PR-1212-U14031 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan sedar mengenai isu yang berkaitan dengan air khususnya berkaitan dengan jumlah penggunaan keperluan air, kesedaran mengenainya dan konservasinya. Justeru, adalah penting bagi Dewan ini mengkaji dalam penggubalan dasar-dasar yang bersangkut paut dengan permasalahan yang dinyatakan itu. Dasar ini nanti akan menjadi rujukan dan mampu dalam meningkatkan kesedaran rakyat berkenaan dengan hak asasi manusia bagi mendapat akses kepada keperluan air dengan selamat serta menjadi panduan kepada pemuliharaan air dan teknologi kepada penguat kuasa tempatan dan sektor-sektor perindustrian." [Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi]

31. PR-1212-U14607

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sikap tidak profesional Menteri Pelancongan yang membatalkan MoU berkaitan dengan lima buah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat atas alasan tidak bersefahaman. Dewan ini berpandangan bahawa alasan tersebut bukan sahaja tidak munasabah, bahkan dipengaruhi oleh pemikiran politik kepartian yang amat sempit dan dangkal."

[Menteri Pelancongan]

32. PR-1212-U14617

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kementerian Pelajaran supaya membuat perisytiharan terbuka tentang penggunaan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk subjek sains dan matematik di sekolah. " [Menteri Pelajaran]

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 27

33. PR-1212-U14620 Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan Malaysia mengkaji semula AUKU supaya ia selaras dengan hak-hak kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dewan ini berpandangan sekatan yang dikenakan oleh AUKU ke atas kebebasan pelajar adalah bercanggah dengan Hak Asasi Manusia. "

[Menteri Pengajian Tinggi]

34. PR-1212-U14168

Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong penuh agar cadangan pembinaan pusara Orang Kenamaan yang akan dibuat di ibu kota Kuala Lumpur dibatalkan. Ini kerana projek itu bukan sahaja tidak sesuai bahkan satu pembaziran kepada kawasan tanah yang semakin terhad di ibu kota." [Perdana Menteri]

35. PR-1212-U14177

Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak supaya Kerajaan Malaysia bertindak segera untuk membangunkan Pulau Pisang termasuk membatalkan perjanjian yang membenarkan Singapura mendirikan rumah api di pulau tersebut." [Menteri Luar Negeri]

36. PR-1212-U14182 Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat keputusan yang jelas dan tegas untuk mengurangkan kehadiran tenaga kerja asing di Malaysia. Kehadiran yang tidak terkawal itu menyebabkan bukan sahaja menutup peluang pekerjaan kepada orang tempatan tetapi masalah jenayah yang semakin meningkat dan tidak terkawal."

[Menteri Dalam Negeri]

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 1.7.2008 _Selasa_.pdf2 AUM DR 1/7/2008 5. PR-1212-L13001 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN

AUM DR 1/7/2008 28

UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKH UCAPAN DIBUAT

AHLI YANG BERUCAP TAJUK UCAPAN MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB

1. 01.7.2008 (Selasa)

1. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat)

1. Kepentingan Harus Diberi kepada Sekolah Cina

1. Menteri Pelajaran