malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun....

34
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 12 JUN 2014, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 24 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1322-L62502 Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) kedudukan terkini prestasi ekonomi negara ; dan (b) nyatakan secara perbandingan dengan negara lain daripada segi pengangguran,eksport dan sebagainya. 2. PR-1322-L61697 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah justifikasi Kerajaan terhadap kenaikan kadar tarif elektrik pada bulan Januari 2014 dan adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar tarif pada masa akan datang. 3. PR-1322-L62940 Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan negeri-negeri yang tidak mewartakan pemasangan sistem pengumpulan air hujan (SPAH) bagi kawasan pembangunan baru sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 20 Mac 2012 dan nyatakan punca Kerajaan Negeri tidak mewartakan SPAH serta nyatakan kesan-kesan kegagalan negeri- negeri ini mewartakan SPAH khususnya bagi menggelakkan masalah gangguan bekalan air. 4. PR-1322-L62482 Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pendekatan untuk menggalakkan penyusuan susu ibu dan cara untuk membantu golongan ibu bekerja yang menyusu badan.

Upload: trinhthien

Post on 02-Mar-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 12 JUN 2014, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 24

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1322-L62502 Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) kedudukan terkini prestasi ekonomi negara ; dan (b) nyatakan secara perbandingan dengan negara lain daripada

segi pengangguran,eksport dan sebagainya.

2. PR-1322-L61697 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah justifikasi Kerajaan terhadap kenaikan kadar tarif elektrik pada bulan Januari 2014 dan adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar tarif pada masa akan datang.

3. PR-1322-L62940

Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan negeri-negeri yang tidak mewartakan pemasangan sistem pengumpulan air hujan (SPAH) bagi kawasan pembangunan baru sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 20 Mac 2012 dan nyatakan punca Kerajaan Negeri tidak mewartakan SPAH serta nyatakan kesan-kesan kegagalan negeri-negeri ini mewartakan SPAH khususnya bagi menggelakkan masalah gangguan bekalan air.

4. PR-1322-L62482

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pendekatan untuk menggalakkan penyusuan susu ibu dan cara untuk membantu golongan ibu bekerja yang menyusu badan.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

2

5. PR-1322-L63123 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perkembangan perbincangan serta resolusi yang telah dipersetujui oleh pihak Kementerian dengan syarikat konsesi tol berikutan daripada laporan kerugian yang diterima oleh syarikat konsesi tol yang beroperasi di Lembah Klang. Adakah resolusi tersebut mengambil kira kaedah terbaik untuk mengurangkan beban pengguna.

6. PR-1322-L61948

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-

(a) apakah punca kelewatan projek Retikulasi Bekalan Air Bersih di

Mukim Peralla, Tanah Merah yang sepatutnya siap dan berfungsi sejak tahun 2012; dan

(b) berapakah kos sebenar bagi keseluruhan Projek Retikulasi

Bekalan Air Bersih tersebut. 7. PR-1322-L62897

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan perancangan Kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah warga asing di negara ini dan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan pusat latihan pembantu rumah sendiri sebagai persediaan menjadikan pembantu rumah rakyat tempatan yang diiktiraf dalam sektor pekerjaan di negara ini.

8. PR-1322-L61383

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kes-kes jenayah di negara ini yang dilakukan oleh warga asing, khususnya warga Afrika.

9. PR-1322-L61311

Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) berapakah jumlah kakitangan Kerajaan yang bertaraf kontrak

yang sedang berkhidmat dan apakah nasib masa depan mereka; dan

(b) apakah mereka akan diserapkan ke dalam jawatan tetap

berpencen dalam perkhidmatan Kerajaan.

10. PR-1322-L62676 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk meninjau harga makanan di sekitar Kuala Lumpur. Berapa kerap pemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan undang-undang telah diambil.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014 3

11. PR-1322-L62200 Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keberkesanan program pendidikan kesihatan yang dilaksanakan oleh kementerian berhubung garis panduan terkini kos rawatan hospital swasta berikutan banyak dakwaan caj rawatan yang semakin tinggi.

12. PR-1322-L62034 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah kaedah perolehan yang telah dilaksanakan oleh KBS bagi perkhidmatan dan perbekalan program penganjuran hari Belia Negara bagi tahun 2012, 2013 dan 2014.

13. PR-1322-L63247

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan anggaran peratusan hakisan pantai di negeri Johor Darul Takzim sepanjang 492 kilometer dan apakah program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan untuk menangani masalah hakisan pantai terutamanya di kawasan Parlimen Parit Sulong.

14. PR-1322-L61772

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) adakah Kementerian berhasrat untuk melaksanakan

penggunaan sistem teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) bagi menggantikan Smart TAG selepas kajian selesai seperti yang dirancangkan; dan

(b) apakah jaminan Kementerian dalam memberikan harga yang

seminimum RM10 bagi pengguna membeli sistem RFID berbanding Smart TAG RM120.

15. PR-1322-L61410

Datuk Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimana untuk meningkatkan prestasi murid-murid di dalam mata pelajaran matematik, sains dan kebolehan membaca kerana di dalam ujian PISA menunjukkan murid-murid di negara ini mendapat skor yang sangat rendah iaitu di kedudukan ke-52 daripada 65 buah negara.

16. PR-1322-L62686

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah saham MAS yang dimiliki oleh Khazanah dan Employees Provident Fund (EPF) sejak tahun pemilikan kedua-dua syarikat/badan tersebut. Minta penyenaraian dalam bentuk jadual dari tahun ke tahun.

17. PR-1322-L61450

Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan kualiti udara di seluruh negara sentiasa dipelihara pada tahap yang sihat iaitu di antara 0 hingga 50 dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

4

18. PR-1322-L61409 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan setakat manakah kejayaan perlaksanaan bio diesel di bawah program B5.

19. PR-1322-L61688

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan setakat mana peruntukan yang berjumlah lebih RM50 bilion untuk meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia telah disalurkan untuk membaik pulih atau membina prasarana sekolah yang usang, terutamanya di Kawasan Hulu Rajang.

20. PR-1322-L62766

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :- (a) jumlah dana Kementerian yang telah diperuntukkan untuk

ladang hutan bagi setiap negeri melalui Forest Development Plantation Sdn. Bhd. (FPDSB) sejak 2006 ; dan

(b) mengapa Kementerian menggalakkan hutan ladang berskala

besar khususnya Ladang Getah Balak Klon memandangkan ini akan mengurangkan hutan semula jadi dan harga getah pada masa ini sudah sangat rendah.

21. PR-1322-L61322

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Skuad Perpaduan yang dilancarkan sempena Program Penyatuan Nasional 2014 dapat mengeratkan hubungan perpaduan di peringkat akar umbi sekaligus mencegah rakyat dari terpengaruh dengan tindakan provokasi kaum yang dilakukan oleh segelintir individu yang ingin menghancurkan keamanan dan keharmonian negara.

22. PR-1322-L62183

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah benar kementerian akan memisahkan penjualan ubat dan perkhidmatan rawatan dan apakah kebaikan kaedah ini kepada orang ramai. Adakah benar kaedah ini dipercayai akan memanfaatkan beberapa farmasi yang tertentu untuk menjual ubat kepada pesakit selepas mendapat perkhidmatan rawatan. Adakah harga ubat akan meningkat selepas kaedah ini dilaksanakan.

23. PR-1322-L61788

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah dan tindakan yang diambil terhadap penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco provider) yang gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna, berikutan banyak aduan dilaporkan mengenai gangguan perkhidmatan dan kesukaran membuat panggilan atau panggilan sering terputus.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014 5

24. PR-1322-L62081 Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan agar SPRM diberi lebih kuasa (more bite) supaya menjadi satu badan yang benar-benar efektif dalam menangani masalah rasuah di negara kita. Apakah Kerajaan bersedia mencadangkan pindaan kepada Akta SPRM 2009 dan juga Perlembagaan Persekutuan jika ianya perlu dilakukan demi membanteras rasuah.

25. PR-1322-L62110 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) kadar miskin tegar mengikut negeri serta kaum; dan (b) bilakah dijangkakan miskin tegar dalam negara menjadi sifar

dan apakah kesannya terhadap status negara maju tahun 2020. 26. PR-1322-L62062

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN ASAS TANI menyatakan sama ada Kerajaan telah memutuskan untuk membatalkan hak tunggal AP yang diberikan kepada BERNAS untuk mengimport beras, dan sekiranya ya, bilakah ia akan mengambil tindakan.

27. PR-1322-L61347 Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah rasional Kementerian menangguhkan Ujian Lesen

Memandu Kenderaan Automatik dan bilakah ujian ini akan dilaksanakan; dan

(b) adakah dengan pengenalan Ujian Lesen Memandu Kenderaan

Automatik ini, modul pembelajaran dan pengajaran serta ujian penilaian akan diubah.

28. PR-1322-L61900

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan dan perancangan untuk meningkatkan lagi kemudahan (facilities) di Lapangan Terbang Kota Bharu memandangkan suasananya yang amat padat sekarang.

29. PR-1322-L62468

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah aliran tunai mata wang RM berpunca dari melantik perunding-perunding asing di dalam projek-projek mega GLC dan juga Kerajaan yang melibatkan kos yuran ikhtisas konsultansi, pengurusan dan kemudahan lain.

30. PR-1322-L62291

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kronologi dalam projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur Singapura termasuk status terkini kajian feasibiliti fasa 2A dan anggaran kos projek tersebut setakat ini.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

6

31. PR-1322-L63115 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah terdapat sebarang perancangan daripada pihak Kementerian untuk menangani masalah kelajuan internet di Malaysia. Ini berikutan daripada kajian terbaru yang dijalankan oleh Net Index di mana kadar purata kelajuan internet di Malaysia adalah 5.5 megabit sesaat (mbps) yang menunjukkan antara kadar yang terendah sekali di kalangan negara di Asia Tenggara.

32. PR-1322-L63186

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah kerajaan bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan (1948) dan digantikan dengan Akta Keharmonian Kebangsaan (National Harmony Act) dan apakah status penyediaan akta baru ini sekarang.

33. PR-1322-L61967

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah TASKA yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan pihak Kementerian serta langkah-langkah pemantauan dan tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian bagi membanteras TASKA yang tidak berdaftar ini.

34. PR-1322-L62036

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah pendatang tanpa izin yang telah ditangkap

dan ditahan di seluruh Parlimen Sepang mengikut pecahan tahun dari tahun 2008 hingga 2014 dan juga pecahan mengikut warganegara pendatang asing tanpa izin tersebut; dan

(b) di kawasan manakah di Parlimen Sepang jumlah pendatang

asing tanpa izin yang paling ramai dan apakah jenayah-jenayah yang mereka terlibat yang melibatkan penangkapan dan pendakwaan di mahkamah.

35. PR-1322-L62149

Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah pihak Kementerian tidak bercadang untuk menggesa Kerajaan Negeri membuka semula Bazar Ramadhan di Taman Cempaka, Melaka sebagai salah satu produk Tahun Melawat Malaysia 2014 yang pernah dimasukkan di dalam kalendar pelancongan Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.

36. PR-1322-L62477

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah terdapat sebarang garis panduan ataupun undang-undang untuk menubuhkan sekolah tahfiz dan anak-anak yatim. Bagaimana pemantauan ataupun tindakan kepada pengurusan tahfiz dan rumah anak-anak yatim yang menggunakan pelajar untuk mengutip derma dari orang ramai, penyalahgunaan dan eksploitasi oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014 7

37. PR-1322-L61742 Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan akan diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah hutang isi rumah negara yang tinggi.

38. PR-1322-L62877

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang dan akan dibuat oleh Kementerian dalam memastikan belia-belia dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan masalah-masalah sosial seperti tabiat melepak, vandalisme, pergaduhan, ketagihan arak dan penagihan dadah dan apakah perancangan ataupun program pihak Kementerian dalam membantu belia-belia yang telah didapati terjebak dengan masalah-masalah sosial tersebut.

39. PR-1322-L63125

Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan benarkah hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana Malaysia sebuah negara sekular dan bolehkah Hudud atau undang-undang yang berasakan syariah dikuatkuasakan ke atas semua pihak di Malaysia.

40. PR-1322-L62503

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) pencapaian Kementerian sehingga sekarang dalam usaha

membantu masyarakat kurang berkemampuan; dan (b) jumlah penerima pelbagai bantuan Kementerian mengikut

negeri dan di Parlimen Lenggong sehingga kini.

41. PR-1322-L62530 Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah GST akan dikenakan pada hartanah seperti SOHO, service apartment dan rumah yang dibina atas tanah komersial, serta apakah layanan GST untuk tempat letak kereta dan perabot yang diberi oleh pemaju perumahan.

42. PR-1322-L61955

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan dalam melaksanakan satu peraturan dan dasar baru, kefahaman rakyat amat penting sebagaimana yang pihak Kementerian lakukan dalam kempen GST. Adakah Kementerian juga berhasrat untuk memberikan ruang yang sama kepada kempen mengenali Hudud dengan membuat siaran dan penerbitan khusus berkaitannya, serta disiarkan dalam media-media arus perdana seperti televisyen dan radio, supaya rakyat mendapat penjelasan yang betul dan adil mengenainya.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

8

43. PR-1322-L62247 Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) jumlah kutipan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 2013 dan jumlah tunggakan sehingga April 2014; dan

(b) jumlah peminjam yang disenaraihitamkan setakat ini mengikut

kategori pengajian tinggi sama ada swasta ataupun awam. 44. PR-1322-L63050

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengurangkan kos harga ubat dan kos konsultasi pegawai perubatan di Malaysia.

45. PR-1322-L62804

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapakah terdapat segelintir ahli-ahli daripada Pertubuhan-Pertubuhan Islam (PERKASA, ISMA dan lain-lain) di negara ini sering mengeluarkan kenyataan atau komen yang berunsur perkauman. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk menangani masalah-masalah ini.

46. PR-1322-L62363

Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah Pelaburan Masuk (Foreign Direct Investment) di dalam negara sejak lima tahun yang lalu dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan nilai perdagangan dengan Negara China.

47. PR-1322-L62167

Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk membendung masalah pengguna yang berhadapan dengan caj atau bayaran yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi walaupun perkhidmatan yang dinyatakan di dalam kontrak tidak dapat diberi disebabkan tiada liputan, misalnya pelanggan berpindah tempat ke kawasan tiada liputan.

48. PR-1322-L62825 Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah aduan berkaitan pertukaran guru diterima oleh SUHAKAM, Biro Pengaduan Awam, Pejabat Pelajaran Daerah, SPRM dan Polis. Apakah jaminan Kerajaan bahawa guru-guru tidak ditukar atas alasan politik.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014 9

49. PR-1322-L61423 Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan melalui Data Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik di Sabah pada tahun 2013, SESB menjana 206.23 Megawatt iaitu 21 peratus dan selebihnya adalah penjana kuasa IPP. Adakah pihak Kementerian bercadang untuk membina semula loji arang batu di Lahad Datu untuk meningkatkan jumlah penjanaan tenaga elektrik memandangkan keperluan tenaga elektrik makin meningkat disebabkan pertumbuhan penduduk dan perindustrian di Sabah.

50. PR-1322-L62883

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah rancangan jangka masa pendek dan panjang pihak Kementerian untuk mengatasi masalah banjir kilat dan takungan air yang masih sering kali berlaku di jalan raya di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur.

51. PR-1322-L62357

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan Persekutuan menaikkan royalti minyak negeri-

negeri pengeluar minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus; dan

(b) adakah Kerajaan Persekutuan akan menyokong penubuhan

Syarikat Petroleum Sabah dengan tujuan sepertimana Syarikat PETRONAS diwujudkan.

52. PR-1322-L61879

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada 1MDB menerbitkan bon RM5 bilion dengan jaminan daripada Kerajaan Pusat atau 'Government-Guaranteed Bond'.

53. PR-1322-L62410

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada ketegangan di antara Vietnam dan China akan menjejaskan perhubungan diplomasi antara Malaysia dan China.

54. PR-1322-L62270

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kenapa kapal-kapal selam yang dibeli oleh kerajaan dikatakan tidak sesuai untuk misi mencari pesawat MH 370 yang hilang.

55. PR-1322-L61824

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik orang tempatan mendapat faedah limpahan ekonomi ekoran dari pembukaan Kampus UiTM di Sri Mendapat, Jasin berbanding bukan orang tempatan serta usaha konkrit untuk menambah baik kedudukan tersebut.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

10

56. PR-1322-L62322 Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah dasar hiburan yang diguna pakai oleh Kementerian untuk memastikan tidak berlakunya penganjuran atau festival yang menyalahi syarak melibatkan dadah dan alkohol berlaku dalam negara kita.

57. PR-1322-L63041

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini kerja-kerja mencari gali minyak di perairan Pahang.

58. PR-1322-L62377

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apa langkah-langkah pembaikan yang telah dilakukan terhadap keluhan-keluhan AirAsia tentang KLIA 2 yang dinyatakan sebagai “valid complaints” oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

59. PR-1322-L62209

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah segera yang telah diambil oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sehingga Mei 2014 ekoran kes-kes penculikan bersenjata yang berlaku di sempadan negeri Sabah memandangkan keadaan tersebut bukan sahaja memudaratkan keselamatan penduduk tempatan malah turut mempengaruhi sektor pelancongan.

60. PR-1322-L62775

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) adakah Kementerian memantau dengan serius sebab-sebab

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menghadapi masalah kewangan dan lain-lain masalah seperti Kolej Universiti Insaniah, Universiti Antarabangsa Al-Bukhari dan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) dan apakah ini akan menjadi satu trend di kalangan IPTS; dan

(b) apakah Kementerian dapat mengadakan satu garis panduan

‘best practice’ dan memberi satu universiti swasta contoh sebagai model yang berjaya untuk diikuti oleh semua IPTS lain.

61. PR-1322-L63156

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes yang dibenarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk pemintasan email, telekomunikasi dan pos mengikut pecahan ahli politik, suspek jenayah dan orang awam pada tahun 1998 hingga 2014.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

11

62. PR-1322-L63091 Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) sama ada sudah ada tindakan dan garis panduan paling

bersesuaian serta berperikemanusiaan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian untuk diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam menangani masalah haiwan jalanan seperti kucing dan anjing; dan

(b) apakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan pusat

pemeliharaan untuk haiwan-haiwan tersebut sebagai alternatif pada langkah sedia ada.

63. PR-1322-L61773

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang pelaksanaan Projek Bantuan Rumah (PBR) sejak 5 tahun lalu dan apakah ianya menepati sasaran. Jika tidak, berapakah bilangan yang masih belum menerima bantuan di bawah PBR.

64. PR-1322-L62154

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik kes kesihatan mental mengikut jenis (contoh “depression”, “anxiety” dan lain-lain) dari 2008 - 2014 ikut negeri, gender, kumpulan umur dan kaum. Nyatakan langkah menangani oleh Kementerian.

65. PR-1322-L61575

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah terkini pembinaan rumah mampu milik yang dibina di negeri Sabah termasuklah di Parlimen Libaran.

66. PR-1322-L61412

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah pemeriksaan kenderaan mengikut kategori pemeriksaan setiap tahun sejak penubuhan PUSPAKOM dan bilakah akan tamat konsesi PUSPAKOM.

67. PR-1322-L61534

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah harga perkhidmatan jalur lebar dan selular di Malaysia kompetitif dari segi pasaran internet mampu milik dan sejauh manakah perkhidmatan jalur lebar dan selular dapat dijadikan sandaran menaikkan reputasi negara sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

68. PR-1322-L62857

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan keadaan cuaca termasuk El-Nino yang akan menyusahkan penduduk di Malaysia serta langkah-langkah yang akan diambil.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

12

69. PR-1322-L63002 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil berkenaan maklum balas daripada pendengaran awam (public hearing) mengenai pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara Expressway (Kidex).

70. PR-1322-L62914

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) apakah strategi-strategi yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan

untuk menuai (harvest rain water) air hujan; dan (b) bagaimanakah proses ini boleh membantu dalam penjimatan

air. 71. PR-1322-L63249

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan penilaian Kementerian mengenai keberkesanan Dasar Perumahan Negara (DRN) setakat ini dalam mencapai objektif untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah dan apakah yang boleh dilakukan oleh Kementerian dalam membendung kenaikan harga hartanah yang semakin meruncing terutamanya di kawasan-kawasan bandar.

72. PR-1322-L61538

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) apakah justifikasi bagi projek stesen jana kuasa solar 50 MW

diberikan secara runding terus kepada 1MDB dan tidak melalui proses tender terbuka; dan

(b) apakah perjanjian komersial (bayaran kapasiti dan bayaran

tenaga) yang terpakai antara TNB dan 1MDB bagi pembelian tenaga daripada projek jana kuasa solar ini.

73. PR-1322-L63213

Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap pandangan Mufti Perak dan Mufti Pahang mengenai isu 'bughah'.

74. PR-1322-L63272

Dato' Sri Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah rancangan Kerajaan dalam memastikan keadaan jalan raya di kawasan Baling bertambah baik memandangkan terdapat jalan di kawasan kampung yang langsung tidak berturap dan kecil sehingga menyukarkan kenderaan untuk memasuki kawasan tersebut terutama sekali ambulans atau bomba sekiranya berlaku kecemasan.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

13

75. PR-1322-L61974 Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Scientex, Pasir Gudang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex, Pasir Gudang dan bilakah tarikh jangkaan siap sepenuhnya untuk setiap sekolah.

76. PR-1322-L61708

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah penjawat awam yang telah disenarai hitamkan sebagai peminjam ingkar oleh syarikat pengesahan kredit Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

77. PR-1322-L61583

Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang amat berkesan diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah jenayah yang kian meningkat di kalangan remaja di negara ini.

78. PR-1322-L61463

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sebab-sebab 51 cadangan yang dibuat oleh Panel Penasihat Bebas kepada Laporan Menteri Pengangkutan Malaysia mengenai kemalangan bas di Genting Highlands belum dilaksanakan dan tindakan yang diambil untuk meningkatkan keselamatan bas.

79. PR-1322-L62417

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dirangka oleh Kementerian bagi mengekang kenaikan harga daging segar dan memastikan stok bekalan mencukupi khususnya menjelang bulan Ramadhan dan perayaan Aidilfitri.

80. PR-1322-L61711

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai keuntungan atau kerugian sebelum cukai, selepas cukai dan terkumpul kesemua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mengikut bidang dari tahun 2008-2013.

81. PR-1322-L62764 Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah sambungan air paip di seluruh Pulau Bruit, Sarawak akan siap untuk rakyat menikmati bekalan air bersih dan terawat.

82. PR-1322-L61651

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pandangan Kementerian mengenai penggunaan air lombong daripada bekas lombong bijih timah sebagai sumber air minuman seperti Bestari Jaya, Selangor. Berapa bekas lombong timah sedang digunakan di Selangor sebagai sumber air mentah.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

14

83. PR-1322-L62701 Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan statistik purata kelajuan internet di setiap negeri mengikut daerah. Apakah inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan penggunaan serta kelajuan internet di seluruh Malaysia memandangkan kebanyakan tempat masih tidak mempunyai kemudahan 'fiber optic' seperti di Tawau.

84. PR-1322-L61862

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pencapaian peratusan terkini tentang pelepasan karbon dioksida di Malaysia. Adakah kita dapat mencapai 40 peratus per kapita GDP menjelang tahun 2020 sepertimana yang di komited oleh YAB. Perdana Menteri di Copenhagen pada tahun 2009.

85. PR-1322-L61334

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa banyak hospital swasta yang telah memperoleh akreditasi piawaian daripada badan pengiktirafan antarabangsa bagi memastikan standard perkhidmatan hospital terbaik.

86. PR-1322-L62347

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Pekeliling Imigresen Malaysia bertarikh 27 Julai 1984 yang mengecualikan orang bukan warganegara atau bukan warga Sabah daripada mempunyai dokumen sah apabila memasuki Sabah dalam perjalanan terus dari Wilayah Persekutuan Labuan akan ditarik balik dan kedaulatan Imigresen Sabah dikembalikan.

87. PR-1322-L61654

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keberkesanan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta sasaran Kerajaan dalam mengurangkan keberkesanan pegangan dalam GLC dalam tempoh empat tahun akan datang.

88. PR-1322-L61825

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagi memastikan hak pengguna dilindungi, apakah rancangan pihak Kementerian dalam membanteras lambakan ubat-ubatan haram yang tidak mendapat pengiktirafan dan sijil kelulusan daripada Kementerian seterusnya melindungi pengguna sama ada secara terus atau melalui internet.

89. PR-1322-L62126

Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status penurunan kuasa sebanyak RM5 juta kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

15

90. PR-1322-L61813 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah berkesan untuk mengatasi syer pendapatan isi rumah yang semakin merosot berbanding GNI dan seterusnya menyebabkan jurang pendapatan yang semakin melebar di bawah NEM/ETP.

91. PR-1322-L61297

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) berapakah nilai rampasan dadah (mengikut jenis) sepanjang

tahun 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014; dan (b) jumlah tangkapan yang dibuat, jumlah didakwa serta berapakah

yang telah disabit dengan kesalahan mengedar dadah. 92. PR-1322-L62966

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan dalam menambah baik dari segi jumlah dan pengagihan pemberian BR1M.

93. PR-1322-L61849

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah serius masalah kekurangan guru bagi subjek-subjek teras dan negeri manakah yang paling kritikal dalam berhadapan dengan masalah ini.

94. PR-1322-L62717

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci tindakan yang telah diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri BN Terengganu yang mengumumkan keluar parti pada 13 Mei 2014, dan menarik balik pengumuman keluar parti pada hari yang berikutnya.

95. PR-1322-L62566

Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :- (a) sejauh mana tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 memberi

kesan ke atas hubungan di antara negara kita dengan China khususnya tentang penerimaan dan tanggapan rakyat terbanyak negeri China terhadap negara kita ekoran tragedi tersebut; dan

(b) apakah langkah-langkah Kementerian bagi mengekalkan

hubungan baik kita dengan China agar tidak menjejaskan perdagangan dan kehadiran pelancong dari China.

96. PR-1322-L62014

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apa status pengimplementasian 'blueprint' mengikut kejayaan program tersebut bagi pembangunan kaum India di Malaysia yang telah dicadangkan oleh HINDRAF serta jumlah peruntukan yang telah diagihkan baginya.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

16

97. PR-1322-L61818 Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan dalam isu penyediaan perkhidmatan siaran televisyen berbayar yang diusahakan oleh pihak swasta, apakah langah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi menjamin harga yang dikenakan tidak membebankan rakyat dan menjamin kualiti piawai perkhidmatan memberi kepuasan dan pulangan kepada rakyat yang membayar perkhidmatan mereka.

98. PR-1322-L62960

Tan Sri Dato' Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd Jarjis [ Rompin ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) kemajuan yang telah dicapai oleh pihak Kementerian mengenai

perancangan pelebaran jalan utama dari Muadzam-Keratong-Bahau dan Jalan Segamat-Gambang-Kuantan; dan

(b) adakah statistik bagi 5 tahun (2008-2013) boleh dirumuskan

kepada peningkatan jumlah kemalangan yang telah berlaku. 99. PR-1322-L61964

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapakah PLUS mengenakan bayaran 3 peratus kepada peniaga di gerai R&R ke atas setiap jualan, tindakan ini membebankan peniaga kerana ada di kalangan mereka yang terpaksa membayar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

100. PR-1322-L62747

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) apakah data statistik kes penyakit Tibi (Tuberkulosis) mengikut

negeri-negeri dari tahun 2012 hingga kini; dan (b) apakah langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh

Kementerian dalam menangani penyakit tersebut. 101. PR-1322-L63142

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah falsafah, dasar dan kedudukan sebenar Kerajaan BN berhubung nationalisation dan expropriation memandangkan kesanggupannya untuk melaksanakan Seksyen 114 WASIA yang boleh menjejaskan pelaburan di Malaysia.

102. PR-1322-L63183

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan tahap kandungan logam berat yang berada dalam bekalan air terawat yang dibekalkan kepada pengguna khususnya yang mendapat bekalan dari Sungai Pahang di Jerantut.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

17

103. PR-1322-L61503 Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mempromosi

pulau-pulau terpencil di negara ini sebagai produk pelancongan memandangkan Malaysia mempunyai banyak pulau-pulau yang cantik; dan

(b) setakat mana kesan kejayaan “Pelancongan Patuh Syariah

Malaysia" dalam konteks Tahun Melawat Malaysia 2014 ketika ini. Apakah langkah-langkah polisi dan insentif untuk meningkatkan pencapaian para pengusaha 'Pelancongan Patuh Syariah'.

104. PR-1322-L62454

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah strategi dan tindakan taktikal untuk memastikan kelajuan 'fixed-line broadband' berteraskan 'fibre-optics' akan mencapai 1Gbps menjelang tahun 2020. Apakah harga yang diunjurkan bagi pautan 100Mbps bagi pengguna bukan komersial pada 2020.

105. PR-1322-L61571

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kesan hubungan dagangan antarabangsa, persepsi negara serantau daripada aspek keselamatan dan persempadanan dan hubungan diplomatik Malaysia-Amerika Syarikat (AS) hasil lawatan Presiden AS, Barack Obama ke negara ini, April 2013 lalu.

106. PR-1322-L62150

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik jumlah kes rasuah yang di laporkan kepada SPRM dari tahun 2009 hingga 2014 serta jumlah kes yang di siasat dan juga telah diambil tindakan mahkamah, dan jumlah disabit kesalahan atau didapati tidak bersalah.

107. PR-1322-L62588

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan Kerajaan berhasrat untuk menjadikan subsidi utiliti sebagai peruntukan LPBT kepada sekolah-sekolah berdasarkan kiraan per kapita tanpa mengira jenis sekolah agar sekolah-sekolah berkemampuan membayar bil-bil utiliti masing-masing.

108. PR-1322-L61520

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan fenomena pertukaran guru-guru yang dilakukan tidak mengikut keperluan tetapi lebih kepada isu politik.

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

18

109. PR-1322-L61363 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) sama ada Kerajaan Persekutuan bersedia untuk mengkaji

semula perjanjian petroleum dengan Kerajaan Negeri Sabah, selaras dengan tuntutan kebanyakan pihak untuk menaikkan minyak kepada 20 peratus daripada kadar 5 peratus sekarang ini; dan

(b) sekiranya tidak, apakah sebabnya.

110. PR-1322-L62916 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) adakah proses pengendalian kes-kes di Mahkamah

Perindustrian memuaskan; dan (b) adakah undang-undang industri akan diperkemas. Jika tidak,

mengapa tidak.

111. PR-1322-L62982 Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada bilangan hospital Kerajaan, katil, doktor dan jururawat mencukupi untuk menampung peningkatan pesakit di hospital Kerajaan dari 1.63 juta pesakit pada tahun 2001 kepada 2.33 juta pesakit pada tahun 2012. Jika tidak, apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi kekurangan ini.

112. PR-1322-L63061

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kos pembelian kereta Proton Perdana Honda Accord baru untuk kegunaan Jemaah Menteri, serta rasionalnya.

113. PR-1322-L61386

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah Kerajaan mempertingkatkan kawalan di perairan negara dan adakah Kerajaan bercadang meletakkan ESSCOM di bawah pihak PDRM.

114. PR-1322-L62439 Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah status terkini daripada segi pencapaian transformasi komuniti bagi masyarakat di luar bandar.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

19

115. PR-1322-L61531 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan yang akan dilaksanakan di seluruh negara dalam jangka pendek dan panjang dalam memproses sampah domestik dan memanfaatkan dalam bentuk guna semula dan ditukar kepada tenaga.

116. PR-1322-L61751 Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kadar kebolehpasaran atau "employability" graduan setelah menamatkan pengajian dan nyatakan 10 bidang kelulusan pemegang ijazah yang mendapat permintaan tinggi, majikan, serta nyatakan apakah langkah Kerajaan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

117. PR-1322-L62688

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah wang yang telah pun dilaburkan oleh kedua-dua syarikat/badan iaitu Khazanah serta EPF dalam syarikat MAS termasuk pembelian saham MAS.

118. PR-1322-L61933

Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa USD2.3 bilion yang diperoleh oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Petrosaudi International Ltd. apabila pelaburan 1MDB ditamatkan di September 2012 tidak dikembalikan ke Malaysia dan dimasukkan dalam satu syarikat SPC (segregated portfolio company) di Cayman Islands dengan pengurus dana yang tidak dinamakan dan dalam keadaan pengarah-pengarah 1MDB telah berkata mereka tidak ada kawalan terhadap SPC tersebut.

119. PR-1322-L61396

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berhubung Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang telah dilaksanakan secara perkongsian awam swasta di Putrajaya dan adakah Kerajaan bercadang untuk meluaskan pembinaan Perumahan Penjawat Awam di negeri-negeri lain bagi membantu mengurangkan masalah perumahan khususnya golongan penjawat awam yang masih belum memiliki kediaman sendiri.

120. PR-1322-L62362

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

(a) adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk

memperkenalkan Program Latihan Kemahiran bagi Industri Minyak dan Gas di Institut Kemahiran Belia Miri memandangkan Miri merupakan pusat industri minyak di Sarawak; dan

(b) setakat ini, adakah modul kemahiran yang ditawarkan di IKBN

mampu memenuhi keperluan pasaran kerja apabila mereka menamatkan latihan.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

20

121. PR-1322-L62744 Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan mempunyai pelan perancangan jangka

pendek dan jangka panjang dalam menghadapi sebarang ancaman banjir dan juga kemarau di masa akan datang; dan

(b) apakah bantuan-bantuan khusus bagi mangsa-mangsa banjir

yang ada disediakan oleh Kerajaan.

122. PR-1322-L61428 Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah penyelesaian terbaik yang telah diambil oleh pihak Kementerian dalam membantu pengusaha sarang burung walit di Malaysia daripada mengalami kerugian disebabkan sarang burung mereka tidak dapat dijual di pasaran tempatan dan penawaran harga yang rendah berbanding kos operasi.

123. PR-1322-L62737

Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) apakah langkah-langkah yang diambil ke atas pihak seperti

PERKASA dan ISMA yang sering membangkitkan kenyataan-kenyataan perkelahian kaum ; dan

(b) langkah pihak KDN untuk meningkatkan perpaduan kaum di

negara ini.

124. PR-1322-L62093 Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) bagaimana Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dapat

mengurangkan kadar jenayah dalam negara terutama jenayah berat serta apakah inti pati POCA yang dapat menjamin kadar jenayah menurun; dan

(b) statistik kadar jenayah setelah pelaksanaan Akta Pencegahan

Jenayah (POCA). 125. PR-1322-L61599

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan terbaru pada Sekolah Kebangsaan Danau Perdana yang terbengkalai demi keselamatan bangunan. Apakah yang akan dilakukan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah bangunan tersebut yang telah menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tempat pembuangan sampah, di samping menjadi tempat perlindungan bagi penagih dadah.

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

21

126. PR-1322-L62449 Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah menara telekomunikasi yang telah dan akan dibina di negeri Pahang termasuklah di Parlimen Paya Besar bagi meningkatkan kadar penggunaan jalur lebar sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

127. PR-1322-L63016

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah peranan Kementerian berkenaan bagi memastikan industri pengiklanan negara tidak dimonopoli oleh syarikat multinasional luar negara sehingga meminggirkan syarikat tempatan dan berapakah bilangan GLC yang menggunakan perkhidmatan syarikat pengiklanan Bumiputera berbanding syarikat luar.

128. PR-1322-L62408

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan Kementerian berikutan kebakaran timbunan di tapak pelupusan sampah setinggi bangunan 3 tingkat di Kerteh, Terengganu yang terletak 250 meter berhadapan pusat pendidikan alam sekitar Ecocare Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), 300 meter dari Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor dan sebelah Sungai Kertah yang telah terbakar lebih dari 2 minggu pada bulan Mei 2014.

129. PR-1322-L62548

Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILYAH menyatakan berapa telah di peruntukan untuk membangun bekalan elektrik luar bandar di Parlimen Mukah untuk 2014 dan berapa buah rumah telah di masukkan dalam tahun ini.

130. PR-1322-L61500

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang minima dengan mengambil kira perhatian beban dan kos sara hidup rakyat yang terus meningkat.

131. PR-1322-L61612

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah hukuman hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, adakah kerajaan pusat bercadang untuk melaksanakan hukuman hudud. Sila nyatakan sama ada Malaysia adalah sebuah negara sekular atau Islam. Kalau sekular, apakah maksudnya negara sekular.

132. PR-1322-L62312

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pemohon (mengikut pecahan kaum) yang memohon menjadi rakyat Malaysia dari kalangan anak-anak yang ibu atau bapanya adalah rakyat Malaysia tetapi berkahwin dengan bukan warganegara bagi tempoh 2008 hingga 2014. Nyatakan sebab kenapa anak-anak ini dinafikan kerakyatan sedangkan ibu atau bapa mereka adalah warganegara Malaysia.

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

22

133. PR-1322-L62794 Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk mengkaji segala aspek yang terlibat dalam tragedi kehilangan MH370 dan sekiranya ya, bilakah ia dapat dilaksanakan.

134. PR-1322-L61758 Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian sedar kebiasaannya di Langkawi, sekiranya pesakit perlu dihantar ke hospital luar dari Langkawi, ahli keluarga mereka akan turut serta untuk menghantar pesakit tersebut. Buat masa ini, waran Kerajaan hanya diberikan kepada pesakit sahaja. Apakah boleh waran tersebut turut diberikan kepada pengiring pesakit.

135. PR-1322-L62046 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) berapakah bilangan kes keganasan terhadap kanak-kanak,

termasuk jenayah seksual yang dilaporkan kepada polis; dan (b) berapakah yang disabitkan kesalahan di mahkamah dalam

tempoh dua tahun yang lalu. 136. PR-1322-L61607

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil Kerajaan bagi menggalakkan orang ramai untuk membuat aduan tentang perkara berkaitan salah guna kuasa serta kes rasuah memandangkan terdapat kajian yang menyatakan 49 peratus responden tidak bersedia untuk berbuat demikian.

137. PR-1322-L62893

Tuan William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa tidak ada tindakan serius diambil ke atas kontraktor yang gagal menyiapkan pelaksanaan projek elektrik luar bandar yang begitu lama tertangguh khasnya di kawasan Parlimen P.203 Lubok Antu.

138. PR-1322-L61796

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah status pinjaman Kerajaan kepada Bumiputera melalui

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM1.7 bilion, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM1,208 juta dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM26 juta sama ada telah dibayar kembali ataupun tidak; dan

(b) indikator keberkesanan pinjaman-pinjaman ini dalam membantu

menaikkan ekonomi Bumiputera.

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

23

139. PR-1322-L61691 Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah terdapat pelan tindakan untuk mewujudkan skim bantuan kewangan untuk penduduk pedalaman Sarawak khasnya yang memerlukan rawatan hemodialisis yang tinggal jauh daripada pusat-pusat rawatan hemodialisis. Pesakit-pesakit ini memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk berulang-alik ke pusat rawatan hemodialisis yang hanya terdapat di hospital bandar sahaja.

140. PR-1322-L62293 Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan (nyatakan jumlah amaun) yang diberikan kepada Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk menganjurkan seminar Transformasi Ekonomi Antara Kaum dan Bangsa Teras Sebagai Asas Perpaduan Rakyat dan butiran anjuran seminar ini termasuki tempat dan tarikh.

141. PR-1322-L62643 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) peruntukan dana dan kos perbelanjaan bagi Program Makanan

Tambahan Seimbang untuk tahun 2014, bilangan keluarga di seluruh negara untuk setiap negeri (14 negeri) dan setiap kawasan Parlimen (222 Parlimen) yang terlibat dalam program ini; dan

(b) bilangan kes di seluruh negara untuk setiap negeri (14 negeri)

dan setiap kawasan Parlimen (222 Parlimen) yang mana makanan tidak dihantar dan/atau gagal dihantar kepada kanak- kanak kumpulan sasar yang berumur 12 tahun ke bawah dan bersekolah yang mengakibatkan pembaziran makanan.

142. PR-1322-L62776

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status semua program pengasingan sisa pepejal di peringkat punca dan sama ada apa-apa rancangan untuk menguatkuasakan pengasingan sisa di peringkat punca dengan menggunakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2007.

143. PR-1322-L63248

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) tentang kuasa dan kawalan maklumat peribadi dalam data bank

di Jabatan Pendaftaran Negara, adakah pegawai-pegawai yang tertentu diberikan kuasa untuk mendapatkan maklumat peribadi ini dan apakah syarat terikat; dan

(b) bagaimanakah Jabatan ini dapat mengawal maklumat peribadi

ini tidak dibocorkan kepada pihak ketiga.

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

24

144. PR-1322-L61686 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan mengapa penyeludupan diesel ke negara jiran terus berlaku walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi menyekat jenayah berkenaan.

145. PR-1322-L61407

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik serta jumlah kematian setiap tahun akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan bas sejak tahun 2009.

146. PR-1322-L61636 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan usaha DBKL dan agensi lain untuk mengatasi banjir kilat yang sering berulang sekitar Kuala Lumpur setiap kali hujan lebat.

147. PR-1322-L61462

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang diambil untuk meningkatkan keselamatan di Sabah berikutan kes-kes pencerobohan dan penculikan.

148. PR-1322-L63170

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berdasarkan kepentingan kewujudan Rukun Tetangga, adakah Kerajaan akan menambahkan peruntukan bagi memperkasakannya dan adakah Kerajaan akan memberi pengiktirafan yang lebih untuk menggalakkan rakyat melibatkan diri dalam badan sukarela ini.

149. PR-1322-L61899

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah permintaan tahunan gula di Malaysia untuk tahun 2010 hingga 2014.

150. PR-1322-L62848

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah statistik kemalangan yang melibatkan bas sama ada

bas persiaran atau bas ekspres sejak 2010-2014 yang melibatkan kematian dan cedera parah; dan

(b) apakah Kerajaan bercadang mengkaji penggunaan bas 2

tingkat untuk laluan yang berisiko.

151. PR-1322-L62561 Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah tiada langkah lain untuk menyelamatkan Tenaga Nasional Berhad selain dari menaikkan tarif elektrik yang membebani pengguna.

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

25

152. PR-1322-L61821 Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sekiranya Kerajaan bercadang untuk menukarkan Program Pusat Pemulihan Narkotik Agensi Anti Dadah Kebangsaan kepada program Klinik Cure and Care, memandangkan kejayaan klinik-klinik ini dalam memulihkan penagih dadah melalui program terapi Methadone Maintenance. Nyatakan juga garis masa rancangan penukaran tersebut.

153. PR-1322-L61468

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian bersama Majlis Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negeri dan Majlis Keselamatan Daerah mengkaji dan mengambil inisiatif mengatasi kekerapan berlakunya kemalangan dan kemalangan maut sepanjang jalan dari Kg. Kayan Lekir hingga ke Batu 6 Lekir di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang dan Parlimen Lumut. Lebih membimbangkan lagi apabila projek pembesaran Jalan Teluk Intan-Sitiawan/Manjung akan dilaksanakan.

154. PR-1322-L61901

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang telah lama dijanjikan.

155. PR-1322-L63102

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah dana khas (royalti) Terengganu dari 2008 hingga 2013 yang telah diberikan kepada negeri Terengganu dan nyatakan jumlah perbelanjaan pembangunan dari peruntukan tersebut.

156. PR-1322-L61637

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang melaksanakan 2 jenis kadar cukai GST yang berbeza iaitu kadar cukai untuk barangan / perkhidmatan perlu yang lebih rendah dan kadar cukai yang tinggi bagi barangan / perkhidmatan mewah supaya rakyat keseluruhannya tidak terkesan dengan pelaksanaan GST kelak.

157. PR-1322-L61670

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kos yang ditanggung oleh Kerajaan dalam sambutan lawatan 3 hari Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia dan status kesahihan undang-undang pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh beliau dan Perdana Menteri pada bulan April yang lepas. Apakah rancangan susulan Kerajaan selepas lawatan tersebut.

158. PR-1322-L62625

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan orang yang disiasat, ditahan, ditangkap dan didakwa di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 sejak ianya dikuatkuasakan mulai 2 April 2014. Adakah mereka yang berlatarbelakangkan politik juga turut disiasat di bawah Akta ini.

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

26

159. PR-1322-L63233 Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah perancangan untuk mengadakan Kolej Poly-Tech MARA di Labuan.

160. PR-1322-L63097

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jangkaan perolehan hasil dalam bilion Ringgit Malaysia daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 sehingga tahun 2018 berbanding hasil Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperoleh dalam tahun 2009 hingga 2013.

161. PR-1322-L61554

Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kenapakah Kementerian mengenakan caj yang amat tinggi ke atas lesen menembak ayam hutan dan haiwan yang sejenis dengannya sedangkan pada masa yang sama kegagalan Kementerian untuk menangani pemburu-pemburu haram.

162. PR-1322-L61653

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan hasil ujian air yang telah dibuat oleh Kementerian di bekas lombong-lombong bijih timah di Bestari Jaya, Selangor. Adakah ujian di kawasan ini bagi logam berat (heavy metals) seperti arsenic, chromium, copper, lead, zinc dan tin menepati Piawaian Kualiti Air Malaysia (Malaysian Water Quality Standards).

163. PR-1322-L61992

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah perjanjian Water Rights Agreement yang telah ditandatangani dengan syarikat-syarikat untuk menjana kuasa hidro mini di Malaysia sejak Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 di kuatkuasakan. Nyatakan kriteria-kriteria untuk memilih Penjana Tenaga yang berwibawa, kompeten dan juga untuk memastikan ketelusan dalam pemberian "award" kontrak tersebut.

164. PR-1322-L63195

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bantuan-bantuan yang Kementerian wujudkan kepada golongan OKU dan apakah penambahbaikan yang bakal diperkenalkan untuk golongan ini dalam masa 5 tahun akan datang.

165. PR-1322-L62996

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan ekoran kenyataan bahawa parti-parti politik dan ahli-ahli politik dianggap melakukan amalan rasuah sebagaimana didedahkan oleh Transparency International Malaysia, apakah mekanisme komprehensif dan berkesan yang digunakan untuk memperundang-undangkan dana politik dengan tujuan untuk membasmi amalan rasuah dan politik wang.

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

27

166. PR-1322-L62146 Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan sistem pengurusan trafik udara yang baru serta menukar sistem radar bagi memastikan sistem pengurusan trafik udara memenuhi piawaian antarabangsa. Berapakah kos yang diperlukan untuk tujuan tersebut.

167. PR-1322-L61458

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian bercadang mengecualikan Warga Tentera daripada mengemukakan cukai pendapatan memandangkan Kerajaan telah gagal menunaikan janji untuk menawarkan tanah seluas 20 ekar dan dua (2) lot tapak rumah mengikut Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973. Wajarlah Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973 dimansuhkan sekiranya Kerajaan tidak berhajat melaksanakannya.

168. PR-1322-L62944

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat meningkatkan prestasi ahli-ahli parlimen. Jika ya, mengapakah peruntukan RM15,000 sebulan untuk membiayai gaji 4 orang pembantu dan kos pejabat di kawasan masih belum diamalkan.

169. PR-1322-L62915

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesediaan Kerajaan Persekutuan menggantung serta merta pelaksanaan GST yang dijangka serentak dengan kelansungan program rasionalisasi subsidi dan kenaikan kadar faedah menyebabkan lonjakan mendadak kos sara hidup, melambatkan proses mengurangkan hutang isi rumah dan merencatkan pertumbuhan ekonomi mampan.

170. PR-1322-L63276 Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Pejabat Imigresen check point (CIQ), di sempadan Sarawak dan Indonesia di Ba’kelalan dijalankan.

171. PR-1322-L63281 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah Kementerian bagi membangun potensi karyawan muda dalam bidang penulisan, penerbitan, kebudayaan dan kesenian agar bakat baru ini dapat di manfaat dan diketengahkan.

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

28

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1.

Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 (D.R 6/2014) dan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2014 dalam jawatankuasa sebuah-buah Majlis. (12 Jun 2014)

[ Menteri Kewangan ]

2.

(D.R 5/2014)

Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

Bacaan

Kali Yang Kedua

3.

(D.R 9/2014)

Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

4.

(D.R 7/2014)

Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

5.

(D.R 8/2014)

Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

6.

(D.R. 24/2013)

Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

Page 29: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

29

7. PR-1322-U61375 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, banyak tanah-tanah adat Bumiputera Sabah masih belum dibangunkan oleh kerana ketiadaan jalan raya yang membolehkan mereka untuk mengusahakan serta memasarkan hasil tanah mereka. Dan mengambil maklum juga, bahawa tanah-tanah bergeran di negeri Sabah yang masih belum diusahakan oleh kerana ketiadaan kemudahan yang disebutkan di atas. Dan mengambil maklum juga bahawa, sesuai dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi pendapatan masyarakat luar bandar, sekiranya tanah tersebut di atas dapat diterokai dan diusahakan, tentu sekali ekonomi masyarakat sasaran dapat ditingkatkan. Dan juga mengambil maklum bahawa, dengan terusahanya tanah-tanah yang dimaksudkan di atas, maka secara tidak langsung ekonomi negara juga turut menigkat. Maka, bagi menangani masalah tanah-tanah terbiar, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, untuk menyediakan jalan asas bagi memudahkan pembukaan tanah-tanah terbiar tersebut bagi memudahkan pertumbuhan aktiviti ekonomi rakyat dan negara."

[ Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ]

8. PR-1322-U61376

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, ramai para petani kita mengeluarkan bahan-bahan mentah berasaskan pertanian yang berkualiti tinggi. Dan mengambil maklum juga, bahan-bahan mentah yang dihasilkan ini boleh dinilai-tambah menjadi produk industri hiliran seperti keropok, jem, kaya, kek, madu lebah dan lain-lain lagi sekiranya pengeluar tempatan menerima latihan dan bimbingan bagi maksud ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya telah banyak membimbing para pengeluar bahan mentah tempatan ke arah industri hiliran ini. Maka, bagi menambah-nilai produk pertanian dan peningkatan ekonomi para petani, dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hendaklah memperbanyakkan lagi kursus-kursus industri hiliran ini." [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

Page 30: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

30

9. PR-1322-U61377 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, pada masa ini, kejadian jenayah telah meningkat dengan mendadak sekali dan ada juga kes yang melibatkan maut. Dan mengambil maklum juga bahawa, tugas untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam ini bukan hanya terletak pada bahu anggota keselamatan tetapi juga pada pihak berkuasa tempatan. Dan mengambil maklum juga bahawa, terdapat bukti bahawa pemasangan kamera litar (cctv) di kawasan panas oleh Pihak Berkuasa Tempatan telah sebanyak sedikit membantu mengurangkan jenayah selain dapat membantu dalam penyiasatan perlakuan jenayah. Dan mengambil maklum juga bahawa, pemasangan cctv merupakan kaedah pencegahan yang efektif selain rondaan pihak anggota keselamatan. Maka, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan memasang lebih banyak lagi kamera litar terutama sekali di kawasan panas demi untuk mempertingkatkan lagi keselamatan rakyat dan pengunjung." [ Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

10. PR-1322-U61378

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, jumlah ibu tunggal di negara ini kian meningkat dan memerlukan pembelaan. Dan mengambil maklum juga bahawa, ibu-ibu tunggal bekerja keras untuk menyara hidup keluarga termasuk mensekolahkan anak-anak dan ada kalanya juga menjaga ibu-bapa mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, terdapat juga ibu-ibu tunggal yang terpaksa bekerja dengan tulang empat kerat dengan gaji yang tak seberapa kerana ketiadaan pengalaman. Dan mengambil maklum juga bahawa, ada juga ibu-ibu tunggal yang tidak mendapat apa-apa bentuk bantuan daripada pihak Kerajaan atau berwajib kerana tidak terdaftar dengan badan-badan tertentu. Maka, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mendaftarkan semua ibu-ibu tunggal bagi memudahkan urusan latihan, pemberian bantuan, bimbingan, kebajikan dan usaha peningkatan ekonomi keluarga."

[ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

Page 31: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

31

11. PR-1322-U61379 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, rakyat pada keseluruhannya berbesar hati dan mengalu-alukan usaha Kerajaan dalam menangani masalah keselamatan dan ketenteraman negara di perairan negeri Sabah dengan menubuhkan agensi penguatkuasaan seperti ESSCOM - Eastern Sabah Security Command dan ESSZONE - Eastern Sabah Security Zone. Dan mengambil maklum juga, bahawa walaupun kedua-dua agensi ini telah pun beroperasi, namun pada tahun 2014 sahaja, terdapat 3 kes samun, bunuh serta culik yang membabitkan rakyat asing dan 1 kes cubaan menculik nelayan tempatan berlaku dalam kawasan ESSCOM dan ESSZONE ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, setiap kali keadaan begini berlaku, maka ramai atau rakyat pada umumnya mula mempersoalkan tentang kesungguhan Kerajaan untuk melindungi perairan negara terutama sekali perairan negeri Sabah. Dan mengambil maklum juga bahawa, pengarah ESSCOM dan ESSZONE adalah dari kalangan yang bukan berlatarbelakangkan pihak keselamatan, maka masyarakat dengan mudah menuding jari bahawa, kelemahan ini berlaku kerana ketidakwibawaan si penyandang tugas dan sepatutnya jawatan penting ini dipegang oleh mereka yang berlatarbelakangkan keselamatan. Maka, bagi menangani masalah isu keselamatan negara ini, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa jawatan pengarah ESSCOM dan ESSZONE hendaklah diterajui oleh mereka yang berlatarbelakangkan keselamatan dan dalam perkara ini, mereka yang datang daripada Angkatan Tentera Malaysia. "

[ Perdana Menteri ]

12. PR-1322-U62869

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini memperbahaskan kehilangan ghaib pesawat MH370, impak dan konsekuensinya."

[ Kementerian Pengangkutan ]

13. PR-1322-U61647

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia memandang berat betapa lemahnya tahap keselamatan udara Negara berikutan kejadian insiden kehilangan pesawat MH370 yang mana pusat kawalan udara Negara gagal mengesan dan bertindak balas dengan segera dan ini meletakkan Negara dalam bahaya jika berlaku serangan mengejut serta mendesak Kerajaan mengambil langkah segera mempertingkatkan kawalan dan pengesanan udara Negara dari pencerobohan." [ Kementerian Pengangkutan ]

Page 32: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

32

14. PR-1322-U61919 Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] akan mencadangkan:- "Manakala dalam persidangan Hari Kedua Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ketujuh Belas pada 6 haribulan Mei, 2014, sebuah keputusan sebulat suara telah dibuat untuk menyokong usul seperti berikut : "Bahawa Dewan yang mulia ini menyokong usaha berterusan Kerajaan Negeri Barisan Nasional, melalui saluran yang bersesuaian, memohon supaya perjanjian tiga hala (perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PETRONAS menurut Seksyen 4 Akta Petroleum 1974) dikaji semula, dengan niat hendak mendapatkan pertimbangan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan bayaran royalti (royalti 5% daripada nilai minyak dan gas untuk negeri Sarawak) kepada 20% atau jika dianggap bermanfaat dan munasabah, sebarang persetujuan lain yang boleh memberi manfaat kepada negeri Sarawak dengan tujuan untuk memacu program pembangunan terutamanya di kawasan pedalaman.Dan manakala royalti minyak dan gas yang diterima sebanyak 5% oleh negeri Sarawak sebagai pampasan gentian hak ke atas minyak dan gas adalah tidak mencukupi, rendah dan tidak adil memandangkan minyak dan gas adalah sumber asli Sarawak dan kami memerlukan dana minyak dan gas itu untuk mengeluarkan Sarawak daripada kemunduran dan mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Sarawak yang ketinggalan 20 tahun berbanding Semenanjung Malaysia supaya setanding dengan Semenanjung. Justeru Dewan ini memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan permintaan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan kadar royalti minyak dan gas yang patut dibayar kepada Sarawak sebagai pampasan gantian hak ke atas minyak dan gas daripada kadar semasa 5% kepada 20% daripada nilai kasar minyak dan gas yang diekstrak daripada perairan Sarawak.Dan Kerajaan Persekutuan haruslah, dalam tahun ini menyediakan kesemua dokumentasi undang-undang untuk penambahan hak royalti tersebut daripada 5% ke 20%." [ Perdana Menteri ]

15. PR-1322-U63022

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini bersetuju bahawa akses harus diberikan kepada semua yang terlibat dalam pilihan raya dan kebebasan berpartisipasi sebagai sebahagian daripada proses demokrasi. Pilihan raya sendiri adalah lambang demokrasi dalam negara kita, amalan menyekat maklumat berkaitan pilihan raya daripada pengetahuan rakyat terutama pengundi sama sekali bercanggah dengan semangat demokrasi." [ Perdana Menteri ]

Page 33: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

33

16. PR-1322-U63024 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Persempadanan Pilihan Raya yang bebas daripada SPR dan hanya bertanggungjawab untuk menjawab kepada Parlimen Malaysia." [ Perdana Menteri ]

17. PR-1322-U62663 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan keluarga mangsa yang mati dalam tahanan Polis Diraja Malaysia, memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi menjalankan bedah siasat." [ Kementerian Dalam Negeri ]

18. PR-1322-U62664

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam di dalam membendung gejala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [ Kementerian Pendidikan ]

Page 34: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … filepemeriksaan dijalankan dalam satu tahun. Berapa ramai kedai ditangkap atas kesalahan sengaja meninggikan harga dan adakah tindakan

AUM DR 12/6/2014

34

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1. 2.

12.6.2014 (Khamis) 12.6.2014 (Khamis)

1. 2.

YB. Tuan Madius Tangau (Tuaran) YB. Tuan Lee Boon Chye (Gopeng)

1. 2.

Minta Kementerian Mempercepatkan Penyelesaian Masalah Gangguan Bekalan Elektrik di Kawasan Parlimen Tuaran di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). Kes Pecah Rumah di Taman Desa Pakatan, Kawasan Parlimen Gopeng

1. 2.

YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Menteri Dalam Negeri