malaysia dewan negara aturan urusan · pdf filekewangan menyatakan langkah-langkah dan usaha...

20
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 13 APRIL 2015, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 2 MENGANGKAT SUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1331-L21809 Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah dan usaha terkini pihak Kerajaan dalam menangani isu Sistem Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) secara lebih mendalam kerana ianya dijangka memberi kesan ketara kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin. 2. PN-1331-L21785 Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan harapan Kementerian berhubung kesinambungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, yang bertujuan memastikan pendidikan Negara menuju sistem yang bertaraf dunia. 3. PN-1331-L21657 Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah rakyat asing yang telah dapat dikesan kerana telah diterima masuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan palsu atau melalui "Projek IC". 4. PN-1331-L21256 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan akan meningkatkan keadaan kebersihan lokap-lokap penjara- penjara dan pusat-pusat penahanan di dalam negara, dan sama ada wujud mekanisma atau pihak yang memantau perkara tersebut.

Upload: vannga

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 13 APRIL 2015, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 2

MENGANGKAT SUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1331-L21809

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah dan usaha terkini pihak Kerajaan dalam menangani isu Sistem Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) secara lebih mendalam kerana ianya dijangka memberi kesan ketara kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin.

2. PN-1331-L21785 Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan harapan Kementerian berhubung kesinambungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, yang bertujuan memastikan pendidikan Negara menuju sistem yang bertaraf dunia.

3. PN-1331-L21657 Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah rakyat asing yang telah dapat dikesan kerana telah diterima masuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan palsu atau melalui "Projek IC".

4. PN-1331-L21256 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan akan meningkatkan keadaan kebersihan lokap-lokap penjara-penjara dan pusat-pusat penahanan di dalam negara, dan sama ada wujud mekanisma atau pihak yang memantau perkara tersebut.

2 AUM DN 13/4/2015

5. PN-1331-L21153 Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pelan jangka panjang Kerajaan sebagai Pengerusi ASEAN dan apakah objektif utama yang ingin dicapai tanpa membelakangkan kepentingan negara terlebih dahulu.

6. PN-1331-L21189 Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan walaupun jumlah yang besar diperuntukkan dalam Bajet tahunan untuk pendidikan, tahap prestasi pelajar-pelajar kita masih jauh ketinggalan dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) dan di dalam "Trends in International Mathematics and Science Study" (TIMSS) tahun demi tahun. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk meningkatkan kualiti dan tahap penguasaan pelajar-pelajar kita dalam subjek matematik dan sains.

7. PN-1331-L21410 Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) kesan penurunan mendadak matawang ringgit berbanding dolar Amerika yang dilaporkan terburuk dalam tempoh 6 tahun ini; dan

(b) apakah kesan langsung terhadap pertumbuhan ekonomi negara jika situasi ini berlarutan.

8. PN-1331-L21387

Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian untuk mengawal penyalahgunaan media sosial seperti Facebook dalam internet.

9. PN-1331-L21933 Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta PERDANA MENTERI menyatakan inisiatif yang telah diambil oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam pengurusan bencana khususnya tragedi banjir di Kelantan baru-baru ini mengenai keperluan semakan atau pindaan kepada Arahan 20 dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada dan peranan yang perlu dimainkan oleh MKN dalam penyelarasan antara agensi awam, swasta, badan berkanun dan badan-badan sukarela di peringkat daerah, negeri dan pusat.

10. PN-1331-L21552 Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan tempat dalam pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi kursus-kursus kompetitif seperti perubatan, farmasi, pergigian, undang-undang, perakaunan dan kejuruteraan di setiap universiti awam bagi sesi 2015/2016.

11. PN-1331-L21293

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah terkini rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Islamic State (IS) dan jumlah rakyat tempatan yang ditahan kerana menyertai pergerakan IS di negara ini.

AUM DN 13/4/2015 3

12. PN-1331-L21990 Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perbezaan yang ada dalam proses penjenamaan semula program Rakan Muda dan bagaimana ia boleh membantu dalam pembangunan belia.

13. PN-1331-L22011

Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan peningkatan salah guna media sosial kini amat membimbangkan. Adakah Kerajaan mempunyai pendekatan khusus untuk memperkenalkan satu piagam atau kod etika berkaitan penggunaan sebarang aplikasi dalam dunia siber bagi menyekat penyebaran berita dan mesej palsu melalui media sosial di Malaysia.

14. PN-1331-L21613

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan telah mengambil inisiatif menjalankan perlaksanaan atau langkah-langkah yang mendorong meningkatkan permintaan tempatan terhadap barangan atau produk buatan Malaysia.

15. PN-1331-L21868

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah strategik serta konkrit yang diambil oleh Kementerian dan Bank Negara Malaysia dalam memastikan serangan dari pensabotaj ekonomi yang berlaku semasa krisis kewangan 1997 tidak lagi berulang.

16. PN-1331-L21093

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada Majlis Perundingan Gaji Negara telah selesai mengkaji semula skim gaji minimum dan jika ya, nyatakan hasil kajian dan cadangannya serta menyatakan sama ada tahap minimum yang sedia ada akan dinaikkan ke satu tahap yang lebih munasabah.

17. PN-1331-L21472 Tuan Chia Song Cheng minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah strategi yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengekang sesetengah pihak yang mengeluarkan pandangan menggugat perpaduan dan keharmonian kaum.

18. PN-1331-L21626

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah tindakan yang diambil oleh Kerajaan bagi menjelaskan kepada rakyat konsep pengertian komuniti ASEAN yang disasarkan pencapaiannya pada 2015.

19. PN-1331-L21487 Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan status permohonan Kerajaan Negeri Kedah berhubung dengan lapangan terbang Kulim yang telah diumumkan perlaksanaannya oleh YAB Menteri Besar Kedah beberapa kali.

4 AUM DN 13/4/2015

20. PN-1331-L22020 Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah Ahli Terapi pertuturan yang ada sekarang. Apakah Kementerian bercadang melatih lebih ramai lagi Ahli Terapi pertuturan memandangkan terdapat kekurangan Ahli Terapi tersebut di hospital-hospital Kerajaan dan juga di pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti.

21. PN-1331-L21208

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membina Program Perumahan Rakyat berkonsepkan sewa-beli di WP Labuan, oleh kerana keperluan perumahan untuk rakyat adalah sangat mendesak bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap termasuklah yang bekerja sendiri yang tidak mempunyai slip bayaran gaji bulanan, namun mereka ini mampu dari segi pegangan tunai dan simpanan.

22. PN-1331-L21761

Tuan Zali bin Mat Yasin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan Militan IS kini menjadi satu fenomena yang menggemparkan seluruh dunia dan membimbangkan dimana telah wujud rekrut di kalangan anak-anak muda berpendidikan tinggi dalam negara kita. Apakah langkah Kerajaan dalam memberi kesedaran kepada rakyat khususnya anak-anak muda selain memasukkan silibus pendidikan formal di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

23. PN-1331-L21517

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan matlamat pihak Kementerian dalam menangani peniaga asing yang berleluasa di bandar-bandar besar seperti di Jalan Bukit Bintang dan Plaza Imbi yang suatu ketika dahulu diuruskan oleh peniaga tempatan.

24. PN-1331-L21377

Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan diambil oleh pihak Kementerian terhadap pemandu-pemandu daripada negara-negara jiran yang tidak menjelaskan kompaun-kompaun yang dikeluarkan kepada mereka kerana kesalahan lalulintas.

25. PN-1331-L21639 Tuan Chong Sin Woon minta PERDANA MENTERI menyatakan status penubuhan unit integriti di setiap Kementerian dan adakah ia berkesan dalam memastikan isu-isu yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak berulang.

26. PN-1331-L21888

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan hasil kajian awal terhadap kemerosotan keputusan SPM di seluruh negara dan langkah-langkah yang boleh diambil.

AUM DN 13/4/2015 5

27. PN-1331-L21452 Datuk Lihan Jok minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sungai-sungai yang paling tercemar dan hampir "mati" di Sarawak dan tindakan oleh Kerajaan untuk memulihkan sungai yang terbabit.

28. PN-1331-L21221

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian melalui kerjasama pelbagai agensi untuk memulihkan keadaan alam sekitar di Cameron Highlands selepas bencana tahun 2014 setakat ini.

29. PN-1331-L21654

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk menambah bilangan empangan sebagai kaedah terbaik untuk mengatasi masalah banjir di negeri-negeri yang sering dilanda banjir.

30. PN-1331-L21402

Dato' Roslin binti Haji Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan status Projek Pembinaan Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) yang akan dilaksanakan di negeri Pahang dan selain PR1MA, apakah projek lain yang melibatkan pembinaan rumah-rumah berharga rendah supaya mampu ditanggung oleh golongan rakyat yang berpendapatan rendah.

31. PN-1331-L21598

Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah peratus penggunaan rangkaian 1Bestarinet di kalangan pelajar sekolah di Malaysia dan apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan penggunaan tersebut.

32. PN-1331-L21336

Tuan Koh Chin Han minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauhmanakah tindakan dapat dilaksanakan berasaskan perjanjian kerjasama antarabangsa untuk menyiasat segala sindiket berkaitan rasuah terhadap seseorang individu di luar negara. Adakah Unit Risikan Kewangan (FIU) yang sedia ada belum cukup memuaskan.

33. PN-1331-L21562

Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Hospital Tawau akan dibekalkan dengan mesin M.R.I yang sepatutnya telah dibekalkan 2 tahun lalu.

34. PN-1331-L21161

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah sambutan dan kejayaan pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (FWA) bagi membolehkan kakitangan wanita mengimbangi peranan di pejabat serta di rumah.

6 AUM DN 13/4/2015

35. PN-1331-L21944 Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan penyelesaian yang diambil dalam membantu para wanita berkerjaya melalui Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia kali ke-5 (KPKM-5) yang mendapati 16.7% wanita berkerjaya membiarkan anak-anak mereka di rumah tanpa sebarang pengawasan samada daripada pengasuh atau keluarga.

36. PN-1331-L21922

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Imigresen telah mengkaji urusan perlaksanaan pembaharuan permit pembantu rumah domestik dengan menghadkan urusan hanya melalui MYEG dan apakah rasional disebalik alternatif yang disediakan ini.

37. PN-1331-L21952

Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat menjadikan Hari Songkran (hari tahun baru Masyarakat Siam) yang disambut pada 13 April setiap tahun sebagai hari cuti umum di negeri-negeri yang mempunyai ramai rakyat Malaysia berketurunan Siam seperti Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu sejajar dengan sokongan padu yang diberikan mereka terhadap Kerajaan sejak selepas merdeka lagi.

38. PN-1331-L21856 Dato' Jaspal Singh minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bolehkah Kerajaan Negeri Selangor membatalkan perjanjian air di mana perjanjian tersebut akan memanfaatkan rakyat.

39. PN-1331-L21984

Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah transaksi perniagaan secara "online" di Malaysia di negara ini dalam tempoh lima tahun, prospek perkembangan perniagaan ini di Malaysia dan langkah yang diambil bagi menggalakkan perkembangan perniagaan secara "online" serta mencegah penipuan dari berlaku.

40. PN-1331-L22034

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengikut laporan akhbar, sehingga 31 Disember 2014 terdapat 35 rampasan unit rumah PPR yang terlibat dengan kegiatan sewa atas sewa dan 348 rampasan unit tidak didiami, apakah pendirian Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan tentang isu pemilik PPR menyewakan unit mereka kepada orang lain (sewa atas sewa) dan apakah tindakan pihak Kementerian bagi mengatasi isu ini.

AUM DN 13/4/2015 7

41. PN-1331-L22056 Dato' Adam bin Abdul Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi kecelaruan campur tangan dalam urusan Agama Islam seperti isu Kalimah Allah, hukuman Hudud dan lain-lain oleh bukan Islam di dalam memastikan keharmonian dan perpaduan dapat dikekalkan.

42. PN-1331-L21772

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah alternatif yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan penularan wabak denggi terkawal terutama di kawasan Lembah Klang yang semakin parah.

43. PN-1331-L21118

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa ramaikah guru pelatih dari Sabah dan Sarawak yang ada serta sasaran yang ditetapkan menjelang 2020 dan apakah bidang yang menjadi keutamaan.

44. PN-1331-L21160

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam melahirkan lebih ramai perekacipta dan usahawan yang mencakupi semua bidang termasuk sains dan teknologi bagi memacu pertumbuhan negara menuju Wawasan 2020.

45. PN-1331-L21841

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan samada pemantauan dibuat terhadap prosedur-prosedur keselamatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan feri, bot-bot kecil untuk ke pulau-pulau serta peralatan rekreasi seperti jet ski dan sebagainya.

46. PN-1331-L21275

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) punca sebenar musibah banjir besar yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur pada akhir tahun 2014 berdasarkan hasil kajian Kementerian; dan

(b) apakah langkah pemantauan yang diyakini berkesan agar sebarang aktiviti tidak bertanggungjawab yang dikenalpasti boleh di banteras hingga ke akar umbi.

47. PN-1331-L21352

Tuan Koh Chin Han minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menangani IS (Islamic State) yang sering menggunakan sosial media untuk merekrut ahli-ahli baru di Malaysia sejak kebelakangan ini.

8 AUM DN 13/4/2015

48. PN-1331-L21226 Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta PERDANA MENTERI menyatakan semenjak Program Transformasi Ekonomi atau ETP dilancarkan, apakah petunjuk-petunjuk atau indikator sebagai penanda aras pencapaian program tersebut setakat ini.

49. PN-1331-L21285

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pandangan Kementerian terhadap segelintir individu dan kumpulan yang gemar menagih simpati dan sokongan negara luar demi memenuhi agenda mereka walaupun sedar ianya seolah-olah membuka ruang untuk campur tangan kuasa asing.

50. PN-1331-L21389

Dato' Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian bersedia memperbanyakkan lagi hospital-hospital pakar berprestasi tinggi sekelas IJN untuk Jantung dan Hospital Tun Hussein Onn untuk mata di mana ia dikhususkan bagi menangani penyakit-penyakit lain yang sering dihidapi rakyat Malaysia .

51. PN-1331-L21899

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan Malaysia akan mencadangkan supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Security Councils (UNSC) membatalkan kuasa veto (veto power) yang dimiliki oleh 5 buah negara daripada 15 negara anggota tetap iaitu USA, UK, Perancis, China & Rusia; dan

(b) sejauh manakah 5 buah negara yang mempunyai kuasa veto telah pun menyalah gunakan kuasa tersebut sejak 24 Oktober 1945.

52. PN-1331-L21103

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menubuhkan satu Pusat Pendaftaran Kebangsaan atau satu pengkalan data penyakit langka kronik (“chronic rare diseases”) yang komprehensif, yang antara lain akan memudahkan perkongsian maklumat dan pengetahuan dan juga menyatakan tindakan untuk memerangi penyakit sedemikian.

53. PN-1331-L21283

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan implikasi jika kebenaran diberi untuk membayar cukai pendapatan melalui kredit kad.

AUM DN 13/4/2015 9

54. PN-1331-L21073 Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) punca utama yang di kenal pasti kebanyakan kes kemalangan membabitkan kanak-kanak yang maut terjatuh dari kediaman tinggi; dan

(b) wajarkah beban kesalahan diletakkan di bahu pihak pengurusan seratus peratus walau pun mereka ini selalunya berhadapan dengan masalah kewangan berikutan keengganan segelintir penduduk menjelaskan yuran penyelenggaraan.

55. PN-1331-L21751

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan memandangkan perniagaan hanya boleh memaparkan "harga tanpa GST" dengan kelulusan dari Ketua Pengarah dan pihak Kastam telah mengesahkan bahawa persetujuan Ketua Pengarah itu tidak akan diberikan kepada entiti bersifat perniagaan kepada pengguna, Akta GST 2014 memberi kuasa kepada Kastam untuk menguatkuasakan Harga Tunggal "Single Pricing" sebelum pelaksanaan GST jika pengumuman segera dibuat. Adakah pengumuman sedemikian akan dibuat sebelum April 2015.

56. PN-1331-L21297

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci butiran berhubung dengan kedudukan hutang negara sehingga akhir bulan Februari 2015.

57. PN-1331-L21185

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah mempertingkatkan aspek keselamatan dan penyelanggaraan di rumah-rumah pangsa bagi mengelak berulangnya tragedi kanak-kanak maut akibat terjatuh dari kediaman, disamping menyediakan reka bentuk rumah yang lebih kukuh, selamat dan mesra penghuni.

58. PN-1331-L21204

Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kegiatan "Islamic State" dan tindakan yang sedang dan akan diambil untuk membendung aktiviti keganasan ini.

59. PN-1331-L21866

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah caranya untuk memastikan pedagang online Malaysia mendaftar bagi GST dan cara implementasinya. Bagaimana Kementerian akan melaksanakan GST untuk pembelian online daripada syarikat luar negara seperti iTunes, eBay dan Amazon.

60. PN-1331-L21362

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam menyelesaikan masalah kekurangan anggota polis dan peruntukan bagi usaha pemuliharaan balai polis.

10 AUM DN 13/4/2015

61. PN-1331-L21497 Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah penyalahgunaan daun ketum yang selama ini berada di bawah Akta Racun Berbahaya 1952 akan dijadikan kesalahan di bawah AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 memandangkan penyalahgunaan daun ini amat berleluasa dan semakin serius.

62. PN-1331-L21659

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap harga ubat penting (essential medicines) memandangkan bukan semua ubat dikecualikan daripada GST dan sama ada cukai ubat bersesuaian dengan matlamat Dasar Ubat Nasional.

63. PN-1331-L21884

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kandungan utama dan sejauh manakah garis panduan yang seperti berikut telah dipatuhi semasa banjir di Pantai Timur baru-baru ini :-

(a) garis panduan Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara di bawah Majlis Keselamatan Negara Arahan 20 (semakan semula); dan

(b) Prosedur Operasi Standard (SOP) Banjir Majlis Daerah Kemaman iaitu SOP banjir yang terbaik di Malaysia dan ISO 22320:2011, "Societal Security Emergency Management Requirements For Incident Response".

64. PN-1331-L21083

Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan menyatakan sejauh manakah pemantauan akaun facebook yang dikenal pasti menjalankan aktiviti mempromosi, merekrut dan percubaan menggalakkan rakyat Malaysia berjuang di Syria.

65. PN-1331-L21705

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) memastikan semua produk kosmetik berlabel BPFK sebelum produk tersebut boleh diimport atau dikilangkan dan seterusnya dipasarkan di Malaysia.

66. PN-1331-L21537

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bentuk bantuan yang diberikan kepada Pusat Jagaan Swasta yang tidak mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta berapa bilangannya di seluruh negara.

67. PN-1331-L21207

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang pencapaian serta kekurangan program-program projek-projek 1Malaysia dan adakah Dasar 1 Malaysia masih dilaksanakan.

AUM DN 13/4/2015 11

68. PN-1331-L21309 Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah pengiktirafan kesatuan pekerja yang masih tertangguh sejak 3 tahun lepas dan apakah punca kelewatan dalam penyelesaian tuntutan pengiktirafan tersebut.

69. PN-1331-L21722

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kes-kes dan isu penyelewengan dan integriti Agensi Penguatkuasaan yang direkodkan dan disiasat oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Malaysia (EAIC) serta statistic laporan sejak mula penubuhan Suruhanjaya ini.

70. PN-1331-L21695

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sejauh manakah lirik lagu dibuat penapisan supaya ianya tidak bercanggah dengan akidah umat Islam.

71. PN-1331-L21527

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang pencapaian dasar mengurangkan identifikasi kaum dengan kerjaya masing-masing, misalnya orang Cina berniaga, orang Melayu menjadi kakitangan Kerajaan dan sebagainya.

72. PN-1331-L21425

Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah usaha Kerajaan untuk menyemak semula Akta 134 selaras dengan cadangan oleh The National Development Plan for Orang Asli (2014-2026) yang telah disediakan oleh pihak EPU dan Unicef pada tahun 2014.

73. PN-1331-L21572

Dato' Goonasakaran A/L Raman minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan terdapat puluhan IPTS di seluruh negara yang menyediakan pelbagai jenis kursus di peringkat diploma dan sijil. Adakah semua program pengajian di IPTS ini didaftarkan di dalam "Malaysian Qualification Accreditation" (MQA) serta apakah Kementerian mempunyai hasil penyelidikan terhadap keperluan kemahiran yang ditawarkan.

74. PN-1331-L21234 Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan keperluan negara untuk memperoleh Pesawat Eksekutif Kerajaan Airbus Corporate Jetliner (ACJ) 320 melalui kaedah sewa beli secara rundingan terus dengan syarikat Jet Primier One Sdn Bhd.

75. PN-1331-L21128

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah tol akan dikenakan sepanjang lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan sekiranya ia benar, mengapa negeri Sarawak dikecualikan.

12 AUM DN 13/4/2015

76. PN-1331-L21267 Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan Tahun 2014 merupakan satu tahun yang cukup suram bagi negara yang kehilangan 2 buah pesawat milik MAS akibat nahas sehingga YAB Perdana Menteri sendiri membatalkan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya beliau :-

(a) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Pengangkutan dalam memastikan semua pesawat milik syarikat penerbangan negara meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta pematuhan standard aviasi antarabangsa; dan

(b) apakah status siasatan nahas MH17 di Ukraine. Adakah dalang disebalik nahas ini telah dihadapkan ke muka pengadilan.

77. PN-1331-L22008 Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan memohon elaun EPC dinaikkan dari RM350 ke RM500 dan untuk OKU yang tidak berdaya kerja dinaikkan dari RM200 ke RM300.

78. PN-1331-L21902 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) sejak tahun 1995 berapakah bilangan projek dan amaun pinjaman bagi membiayai kilang "poultry feed" dan ternakan ayam yang telah diluluskan oleh Agrobank; dan

(b) daripada jumlah tersebut berapakah bilangan projek dan amaun yang telah diluluskan pinjaman kepada usahawan Bumiputra dalam sektor tersebut.

79. PN-1331-L21582 Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan kita telah mencapai matlamat dan sasaran "Millenium Development Goal (MDG)" yang akan berakhir pada 2015 dan apakah rancangan Kerajaan seterusnya.

80. PN-1331-L21461 Tuan Chia Song Cheng minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang akan dilaksanakan untuk membantu kakitangan awam yang masih berpendapatan rendah dan gaji yang tidak setimpal dengan tugas dan masih tidak mampu memiliki rumah sendiri.

81. PN-1331-L21750 Tuan Zali bin Mat Yasin minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa pihak SPAD tidak mengkaji implikasi kos yang melibatkan hampir 827,000 orang setiap hari di ibu negara di mana kenaikan tambang teksi dan bas ekspres sebanyak 36% memberi banyak reaksi negatif dari rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini.

AUM DN 13/4/2015 13

82. PN-1331-L21798 Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa import dan eksport daging lembu, kerbau, kambing dan ayam setahun dan apakah usaha Kerajaan bagi mengurangkan import ini.

83. PN-1331-L21143

Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan setakat manakah pelaksanaan sistem pengapungan minyak secara terkawal ini akan dilaksanakan dan adakah kajian terhadap kesan positif dari segi harga barang telah dilaksanakan serta apakah hasil kajian tersebut.

84. PN-1331-L21829

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan dan langkah yang diambil berkaitan beberapa kenyataan beberapa orang pemimpin (bukan Islam) yang jelas menghina dan memperlekeh amalan dan syariat Islam saperti isu berkaitan azan dan hukum undang- undang Islam dan sebagainya.

85. PN-1331-L21332

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan yang telah diambil Kementerian berdasarkan 50 peratus aduan pengguna yang dikemukakan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional adalah berkaitan dengan masalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini.

86. PN-1331-L21507

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan usaha-usaha berbentuk latihan korporat dan program kesedaran yang diambil bagi meningkatkan tadbir urus korporat di kalangan komuniti perniagaan di negara ini.

87. PN-1331-L21734

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status tindakan pemantauan dan kawalan ke atas kecenderungan kumpulan ekstremis IS menyebarkan fahaman ekstrimis Islamik di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di dalam Institusi Pendidikan Tinggi Negara, Komunit dan Masyarakat Luar Bandar dan Sekolah-Sekolah Agama dan Institusi Pondok dan Tahfiz Al-Quran.

14 AUM DN 13/4/2015

88. PN-1331-L21671 Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee minta PERDANA MENTERI menyatakan :

(a) apakah mekanisma yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk meningkatkan kadar harga borong perkhidmatan kereta sewa, teksi dan bas ekspres sehingga 20%-23%m minima hingga 43%-67% maksima serta apakah justifikasi disebalik peningkatan kadar tambang Komuter KTMB; dan

(b) adakah penilaian impak terhadap pengguna kenderaan awam dikaji oleh pihak Kementerian sebelum kenaikan harga serta apakah pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam setakat ini.

89. PN-1331-L21957

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan dalam membaikpulih Jambatan Keretapi Kemubu Gua Musang yang runtuh baru-baru ini.

AUM DN 13/4/2015 15

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-

“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Negara yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Negara hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.”

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan :-

“Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 70 (1), Majlis Dewan Negara memutuskan iaitu Ahli-ahli yang berikut hendaklah dilantik menjadi Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas. Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan adalah seperti berikut:-

1. Y. B. Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang [Pengerusi] [Yang di-Pertua Dewan Negara]

2. Y. B. Datuk Doris Sophia ak Brodi

3. Y. B. Dato’ Dr. Hou Kok Chung

4. Y. B. Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh

5. Y. B. Dato’ Dr. Johari bin Mat

3. Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah akan mencadangkan:-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di

dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.”

16 AUM DN 13/4/2015

4. (D.R. 13/2015)

Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang

Kedua

5. (D.R. 3/2015)

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 29/2014) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014 [ Menteri Pendidikan ]

7. (D.R 26/2014) Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2014 [ Menteri Sumber Manusia ]

8. (D.R. 30/2014) Rang Undang-undang Teknologis dan Juruteknik 2014 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

9. (D.R 2/2015) Rang Undang-undang Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 [ Menteri Kewangan ]

10. (D.R. 10/2015)

Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

11. (D.R 6/2015) Rang Undang-undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

AUM DN 13/4/2015 17

12. (D.R. 5/2015)

Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) (No.2) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang

Kedua

13. (D.R. 4/2015)

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

14. (D.R. 8/2015)

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

15. (D.R. 7/2015)

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

16. (D.R. 14/2015)

Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015 [ Menteri Kewangan ]

17. (D.R. 17/2015)

Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

18. (D.R 23/2014) Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:- “Bahawa Majlis ini membuat resolusi menurut subseksyen (4), Seksyen 1, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 supaya akta ini hendaklah terus berkuatkuasa bagi tempoh 5 tahun lagi mulai dari 15 Jun 2015.”

18 AUM DN 13/4/2015

20. PN-1331-U21745 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum akan rungutan orang ramai tentang kenaikan mendadak harga susu untuk kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 6 tahun (bagi Jenama Bukan Premium). Situasi ini ekoran peniaga dan pembekal memberikan alasan kejatuhan nilai ringgit berbanding US Dollar dan Implikasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan bermula 1 April 2015. Melalui semakan dan pemerhatian terhadap “trend” susu kanak-kanak bukan jenama premium ini, ianya mengalami kenaikan mendadak dari RM 19.00 pada tahun 2013 hingga RM 29.00 satu pek dengan kapasiti berat bersih 1kg atau 900gm. Terdapat juga jenama premium ini, membuat penjenamaan semula “packaging” dan berat bersih dikurangkan kepada 900gm. Justeru, saya mohon mencadangkan agar Kerajaan membekalkan susu untuk kegunaan kanak-kanak ini dengan menjualnya melalui Klinik-Klinik Ibu dan Anak, Poliklinik Kerajaan, Klinik 1Malaysia dan Hospital Kerajaan dengan Harga yang murah agar eksploitasi pengilang, pembekal dan peruncit untuk susu kanak-kanak ini dapat dibendung." [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

21. PN-1331-U21746 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu meminda akta sedia ada bagi mengutip cukai pendapatan individu bagi semua pekerja asing di Malaysia tanpa mengira berapa banyak pendapatan mereka. Ini kerana setiap bulan, berbilion Ringgit Malaysia wang hasil pendapatan mereka dihantar pulang ke negara asal mereka menyumbang kepada persekitaran tidak sihat ekonomi tempatan." [ Menteri Kewangan ]

AUM DN 13/4/2015 19

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN NEGARA)

TAHUN 2015

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

CMD.1 Penyata Anggaran Perbelanjaan 13 April 2015 Mengurus Tambahan Kedua, 2014

CMD.1A Memorandum Perbendaharaan 13 April 2015 Mengenai Anggaran Perbelanjaan

Mengurus Tambahan Kedua, 2014 Bagi Kerajaan Malaysia

CMD.2 Penyata Anggaran Perbelanjaan 13 April 2015

Pembangunan Tambahan Pertama 2014

CMD.2A Memorandum Perbendaharaan 13 April 2015

Mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2014

CMD.3 Penyata Keluaran Wang Daripada 13 April 2015

Kumpulan Wang Luar Jangka Bagi Tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014, Menurut Peraturan 68 Di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

CMD.4 Laporan Tahunan Suruhanjaya 13 April 2015

Pasukan Polis 2013 ST.1 Laporan Tahunan dan Penyata 13 April 2015

Kewangan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia Bagi Tahun 2013

ST. 2 Laporan Tahunan dan Penyata 13 April 2015

Kewangan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Bagi Tahun 2013

ST.6 Laporan Tahunan dan Penyata 13 April 2015

Kewangan Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Perusahaan Timah Bagi Tahun 2013

ST.8 Penyata Keluaran Wang Daripada 13 April 2015 Simpanan Luar Jangka Bagi Tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014 menurut seksyen 6(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966

20 AUM DN 13/4/2015

ST.9 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 13 April 2015 Lembaga Pembangunan Seni Visul Negara Bagi Tahun 2013

ST.10 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 13 April 2015

Suruhanjaya Tenaga Bagi Tahun 2013 ST.11 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 13 April 2015

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah dan Sarawak (LPKP) Bagi Tahun 2013

ST.12 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 13 April 2015

Universiti Sains Malaysia (USM) Bagi Tahun 2013

ST.13 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 13 April 2015

Universiti Putra Malaysia (UPM) Bagi Tahun 2013