malaysia dewan negara aturan urusan · pdf filedan apakah langkah-langkah kerajaan dalam...

22
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 9 DISEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 14 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1313-L17879 Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah cabaran-cabaran utama dan kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan dalam meningkatkan perpaduan nasional dan apakah strategi jangka panjang Kerajaan untuk mengatasi cabaran dan kekangan tersebut terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hubungan antara kaum. 2. PN-1313-L17722 Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan pengawal keselamatan warga negara dan bukan warga negara yang bekerja dalam negara kita dan nyatakan bilangan mengikut negara serta gaji pengawal keselamatan warga negara dan bukan warga negara. 3. PN-1313-L17610 Dato' Nalla K. S. minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa pihak Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 dan bukan pada tahun hadapan dan apakah langkah-langkah Kerajaan dalam memastikan rakyat memahami pelaksanaan GST ini bukan sebagai bebanan kepada mereka. 4. PN-1313-L17567 Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan dan bidang pelajaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi ijazah pertama yang diberikan sepanjang 2012 dan 2013, dan adakah bilangan biasiswa ini akan ditambah. 5. PN-1313-L18235 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah intipan oleh Kedutaan USA, Australia dan Singapura dan adakah Kerajaan akan mengambil langkah seperti Kerajaan Jerman yang telah mula menggunakan teknologi yang lebih canggih daripada encryption iaitu produk-produk berasaskan teknologi Cryptography (Hardware Based 256bits-Military Grade).

Upload: vudieu

Post on 19-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 9 DISEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 14

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1313-L17879 Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah cabaran-cabaran utama dan kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan dalam meningkatkan perpaduan nasional dan apakah strategi jangka panjang Kerajaan untuk mengatasi cabaran dan kekangan tersebut terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hubungan antara kaum.

2. PN-1313-L17722

Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan pengawal keselamatan warga negara dan bukan warga negara yang bekerja dalam negara kita dan nyatakan bilangan mengikut negara serta gaji pengawal keselamatan warga negara dan bukan warga negara.

3. PN-1313-L17610

Dato' Nalla K. S. minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa pihak Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 dan bukan pada tahun hadapan dan apakah langkah-langkah Kerajaan dalam memastikan rakyat memahami pelaksanaan GST ini bukan sebagai bebanan kepada mereka.

4. PN-1313-L17567

Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan dan bidang pelajaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi ijazah pertama yang diberikan sepanjang 2012 dan 2013, dan adakah bilangan biasiswa ini akan ditambah.

5. PN-1313-L18235

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah intipan oleh Kedutaan USA, Australia dan Singapura dan adakah Kerajaan akan mengambil langkah seperti Kerajaan Jerman yang telah mula menggunakan teknologi yang lebih canggih daripada encryption iaitu produk-produk berasaskan teknologi Cryptography (Hardware Based 256bits-Military Grade).

AUM DN 9/12/2013

2

6. PN-1313-L18131 Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan semua bangunan menyediakan akses untuk golongan OKU.

7. PN-1313-L18393

Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada insentif khas terutamanya kenaikan pangkat kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat doktor falsafah dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

8. PN-1313-L18125

Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa adakah pihak Kerajaan sudah melaksanakan kajian terperinci sebelum melaksanakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau SPPBS sejak tahun 2012 dari segi tahap kebersediaan guru-guru dan lojistik sekolah, serta adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji semula perlaksanaan SPPBS ini memandangkan sejak dari perlaksanaan sistem ini, bebas tugasan guru menjadi semakin bertambah kerana memberikan lebih tumpuan kepada pengurusan pendidikan dan bukannya lebih kepada aspek pendidikan atau pengajaran teras itu sendiri.

9. PN-1313-L18288

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-

(a) apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengatasi masalah terutamanya tanah yang telah diambil alih oleh pihak pemaju; dan

(b) berapa banyak kawasan/tanah yang telah dibangunkan,

apa status kawasan/tanah yang sudah lama terbiar dan tidak dibangunkan dan apakah rancangan Kerajaan untuk menyelamatkan projek-projek yang sudah lama terbengkalai kerana masalah kewangan dan pengurusan pihak pemaju.

10. PN-1313-L17644

Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang boleh dilakukan kepada pencerobohan di kawasan rezab sungai dan apakah perancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah pemendapan sungai-sungai di Cameron Highland, selain daripada kaedah mengorek dan mendalam sungai.

AUM DN 9/12/2013

3

11. PN-1313-L17757 Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai rancangan untuk mengilang ubat-ubatan generic supaya dapat mengurangkan kos pembelian ubat-ubat penting oleh pesakit pesakit di negara ini.

12. PN-1313-L18279

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kesediaan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) membuat perubahan kurikulum serta modul pengajian supaya menepati kehendak majikan dan pasaran kerja dalam industri bagi memudahkan para graduan mendapat pekerjaan.

13. PN-1313-L17584

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah pandangan Kerajaan mengenai cadangan sesetengah pihak yang menggesa agar Kerajaan menguatkuasakan undang-undang pelupusan kereta yang telah melebihi 10 tahun dan apakah perkara ini relevan untuk dilaksanakan pada masa sekarang.

14. PN-1313-L17926

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanvel (CHOGM) Malaysia mendapat pengiftirafan di antara negara-negara Komanvel yang lain. Jelaskan kedudukan sebenarnya wanita di dalam ekonomi Malaysia dan berapakah peratusan sumbangan wanita di dalam ekonomi negara ini.

15. PN-1313-L18401

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh mana kesan kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen seliter telah mempengaruhi kenaikan harga barang di pasaran.

16. PN-1313-L17753

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah strategi dan senjata yang paling berkesan untuk membendung aktiviti-aktiviti kumpulan ajaran sesat di negara ini dan apakah cabaran dan kekangan utama yang dihadapi oleh Kerajaan dalam menangani peningkatan bilangan kumpulan ajaran sesat ini.

17. PN-1313-L18023

Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk memberi pemahaman dan penjelasan berkaitan GST kepada rakyat.

AUM DN 9/12/2013

4

18. PN-1313-L17835 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pelan perancangan Kementerian untuk menambah bilangan sekolah teknik dan vokasional di sekolah-sekolah luar bandar negeri Sabah.

19. PN-1313-L17802

Puan Chew Lee Giok minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kebaikan dan keburukan bagi pembelian secara kontrak pusat dan pembelian secara pesanan tempatan.

20. PN-1313-L17967 Tuan Lihan Jok minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rasional dan konsep Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang baru-baru diperkenalkan oleh Kerajaan, dan apakah bezanya SDH jika dibanding dengan sekolah biasa.

21. PN-1313-L18351

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha dan inisiatif sedang diambil bagi mengatasi kerugian yang tinggi yang dialami oleh Kerajaan akibat daripada kemalangan maut pada setiap tahun, contohnya kerugian sebanyak RM8.3 billion dialami Kerajaan akibat 6,917 kemalangan maut pada tahun 2012.

22. PN-1313-L17700

Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pegawai imigresen yang diberitakan disogok oleh majikan dan ejen sindiket yang mahu mendapatkan pekerja asing secara tidak sah yang kebanyakannya dari India dan Bangladesh dan bagaimana pemantauan dilakukan terhadap amalan khianat seperti ini dapat dibendung.

23. PN-1313-L17894

Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) apakah peruntukan yang telah sedia ada diberi KPWKM

menerusi JKM bagi memastikan pengendali rumah kebajikan bebas dapat menyediakan institusi yang selamat dan selesa bagi penghuni-penghuninya seperti orang tua-tua, anak yatim dan orang kelainan upaya. Adakah KPW akan menambah sebarang peruntukan sedia ada atau mewujudkan peruntukan baru serta usaha-usaha bersepadu bagi tujuan ini memandangkan di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja terdapat berpuluh-puluh institusi kebajikan bebas yang berada dalam keadaan daif dan sentiasa dahagakan sumbangan daripada orang awam dan NGO; dan

AUM DN 9/12/2013

5

(b) bagaimana mereka mampu menyediakan premis seperti syarat yang dikehendaki jika makan dan minum mereka pun hanya cukup mengalas perut. Adakah ini SOP biasa JKM jika ya, bukankah JKM yang sepatutnya bertanggungjawab membantu mengendali bebas menyediakan premis penginapan yang memenuhi syarat.

24. PN-1313-L18229

Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah telah ditubuhkan agensi untuk membimbing, menggalakkan dan mengawal selia, guna pakai BLUE OCEAN STRATEGY [BOS] di peringkat Kerajaan dan berapakah peruntukan bagi operasi pihak tersebut.

25. PN-1313-L17868

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah kelemahan-kelemahan utama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kementerian dalam membantu meningkatkan mutu bolasepak negara.

26. PN-1313-L18067

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan rumah transit bagi penjawat awam/swasta bujang yang baru mendapat pekerjaan dan bergaji kurang RM1,500 sebulan terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan sebagainya.

27. PN-1313-L17902

Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kementerian masih ingat untuk mempromosi buah-buah tempatan ke luar negara seperti mana yang dilakukan suatu ketika dahulu. Berapakah pulangan dalam bentuk Ringgit Malaysia kepada negara hasil dari pengeksportan buah-buahan tempatan ke luar negara.

28. PN-1313-L17827

Datuk Dr. Lucas Umbul minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian dalam penyediaan perkhidmataan bas besar kepada para penumpang di kawasan bandaraya Kota Kinabalu bagi mengelak kesesakan kenderaan dalam bandar.

AUM DN 9/12/2013

6

29. PN-1313-L17749 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan secara terperinci perancangan dan strategi perlaksanaan yang lebih dinamik dan efektif untuk menghapuskan regim orang tengah dalam pasaran hasil tani dan hasil laut negara dan bagaimanakah langkah-langkah yang perlu di ambil untuk mengkaji semula keberkesanan atau “right-sizing” pegawai dan anggota kerja Kementerian untuk memastikan dasar-dasar pertanian dan industri perikanan negara dapat meminimumkan kenaikan harga hasil tani dan hasil laut di samping mengoptimakan pelaburan Kerajaan dalam pemberian subsidi-subsidi seperti minyak dan baja.

30. PN-1313-L17769

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah peranan yang boleh dimainkan oleh orang ramai dalam meningkatkan penglibatan mereka semasa Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY 2014) sejajar dengan kenyataan YAB Perdana Menteri bahawa VMY 2014 adalah merupakan suatu misi nasional.

31. PN-1313-L18183

Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah yang diambil Kerajaan untuk membangunkan mentaliti rakyat menjadi modal insan kelas pertama dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi seiring pembangunan infrastruktur bagi merealisasikan aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

32. PN-1313-L18413 Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa ramai bilangan nelayan kecil pantai di Malaysia dan apa langkah tindakan yang diambil bagi mengatasi aduan nelayan kecil terhadap pencerobohan bot pukat tunda di kawasan perairan kurang sembilan kilometer di seluruh negara yang didapati menjejas pendapatan nelayan kecil.

33. PN-1313-L17671

Dato' Lim Nget Yoon minta PERDANA MENTERI menyatakan kebaikan 'Flexible Work Arrangement' yang diumumkan dalam Budget 2014 baru-baru ini.

34. PN-1313-L18201

Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap dakwaan bahawa Malaysia adalah antara negara yang menjadi sasaran agensi perisikan Amerika Syarikat dan apakah tindakan yang telah atau akan diambil untuk mengatasi masalah ini yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

AUM DN 9/12/2013

7

35. PN-1313-L17786 Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Sultan-sultan negeri Melayu masih mempunyai peranan dan kuasa terhadap hal ehwal agama Islam dalam negeri masing-masing memandangkan bahawa Kerajaan Pusat telah mengambil alih banyak isu-isu berkait dengan agama Islam tanpa merujuk kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan negeri Melayu.

36. PN-1313-L17592

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah pada masa akan datang Kerajaan akan menimbangkan selain daripada BR1M, adakah Kerajaan akan memberikan bantuan voucher yang dilihat lebih berkesan membantu golongan sasaran dan ianya diguna pakai di negara-negara maju.

37. PN-1313-L18014

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan senarai jenis kenderaan import yang sudah tersedia dengan cermin gelap. Apakah syarat yang ditetapkan kepada pembeli kenderaan import berkenaan dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalam(JPJ) kepada pemilik kenderaan.

38. PN-1313-L18415

Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini pemilikan saham di kalangan Bumiputera dan apakah kriteria yang digunakan dalam pengagihan saham-saham tersebut.

39. PN-1313-L18031

Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa ramaikah rakyat yang menerima sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

40. PN-1313-L18322

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi isu-isu dalam pengurusan sumber manusia yang merupakan cabaran semasa negara seperti isu mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing, pengeluaran tenaga mahir dan penguatkuasaan undang-undang.

41. PN-1313-L18078 Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha dalam mempertingkatkan kecekapan penyampaian maklumat melalui perkhidmatan dan produk yang disediakan oleh Kementerian kepada masyarakat awam, contohnya tahap kualiti udara dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) serta wabak-wabak penyakit seperti denggi dan selsema burung.

AUM DN 9/12/2013

8

42. PN-1313-L17839 Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai pelan tindakan dalam membantu pelajar yang tidak berminat terhadap akademik supaya dapat bertukar ke sekolah vokasional selepas tingkatan 3 di sekolah menengah.

43. PN-1313-L18198

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tindakan yang diambil olehnya untuk memastikan lepasan graduan perubatan akan ditempatkan untuk 'housemanship' di sebalik angkah graduan yang makin meningkat sementara hosptital Kerajaan adalah tidak mencukupi untuk menakung mereka. Adakah Kementerian bercadang untuk berganding bahu bersama hospital swasta bagi menanggani masalah ini.

44. PN-1313-L17604

Datuk Pau Chiong Ung minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) kerja-kerja persiapan dan rancangan promosi yang

akan/telahpun diambil untuk menjayakannya "Program Tahun Melawat Malaysia 2014" serta target jumlah pelancong yang ditarik dan jumlah pendapatan yang akan dijanakan; dan

(b) sama ada terdapat sebarang program khusus untuk

mempromosikan industri pelancongan Sarawak dan Sabah.

45. PN-1313-L18317

Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan pasukan bomba sukarela yang ditubuhkan dan aktif di negara ini, kelayakan bagi masyarakat menubuhkan pasukan berkenaan serta insentif yang disediakan.

46. PN-1313-L18136

Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah keseluruhan yang sudah dibelanjakan oleh pihak Kerajaan bagi menjayakan program Khidmat Negara serta perincian jumlah perbelanjaannya mengikut tahun sejak dari mula-mula program ini dilaksanakan, dan jumlah keseluruhan peserta yang sudah menjalani atau melalui program ini.

47. PN-1313-L17937

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan di manakah kedudukan negara Malaysia dari segi peratusan di dalam kegunaan produk-produk perbankan Syariah di mana negara-negara asing mengambil Malaysia sebagai contoh modul atau kita lebih cenderung kepada pembankan konvensional.

AUM DN 9/12/2013

9

48. PN-1313-L18256 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) bilangan syarikat-syarikat pengawal keselamatan dan

bilangan pengawal yang berdaftar bagi setiap negeri di Malaysia; dan

(b) adakah Kementerian berpuas hati dengan kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan KDN melalui Agency Link Up System (ALIS) dan e-PASG Electronic System yang mengawal syarikat-syarikat Agensi Keselamatan.

49. PN-1313-L17629

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah tanah-tanah terbiar di seluruh negara dan apakah usaha-usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh Kementerian dalam usaha menjadikan tanah-tanah tersebut supaya bersifat produktif.

50. PN-1313-L17699

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan jenis-jenis program yang telah diadakan untuk mempromosikan "Tahun Melawat Malaysia 2014", jumlah perbelanjaan untuk program-program sedemikian sehingga kini, bilangan pelancong dalam negeri dan luar negeri yang dijangkakan dan jumlah pendapatan yang disasarkan.

51. PN-1313-L18039

Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan setakat manakah rundingan antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Myanmar berhubung dengan cadangan untuk mengambil pembantu rumah warga Myanmar sebagai langkah Kerajaan bagi mengatasi masalah kesukaran untuk mendapatkan pembantu rumah asing khususnya warga Indonesia masa kini.

52. PN-1313-L18302

Dato' Maznah binti Mazlan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meminta majikan sektor perladangan kelapa sawit membayar elaun keuntungan (windfall allowence) kepada pekerja ladang kelapa sawit apabila harga minyak kelapa sawit (CPO) mencecah RM2,500 satu tan di Semenanjung Malaysia dan RM3,000 satu tan di Sabah dan Sarawak yang memberi keuntungan besar kepada majikan.

53. PN-1313-L18362

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jaminan keselamatan tambahan yang telah diambil oleh Esscom sehingga sekarang ekoran insiden di Pulau Pom Pom baru-baru ini.

AUM DN 9/12/2013

10

54. PN-1313-L18330 Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kementerian Pendidikan akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Siam di sekolah-sekolah yang mempunyai ramai pelajar-pelajar berketurunan Siam. Apakah langkah-langkah yang telah dilakukan ke arah merealisasikan hasrat berkenaan setelah diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan pada 16-2-2013 ketika beliau membuat perjumpaan dengan 20,000 masyarakat Siam di Wat Naka, Padang Terap, Kedah.

55. PN-1313-L17794

Puan Chew Lee Giok minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan terbaru tentang pelaburan Petronas di Kanada.

56. PN-1313-L17675

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk menyiasat penyalahgunaan, pembaziran dan ketirisan yang telah didedahkan di Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjwab.

57. PN-1313-L18006

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana Kementerian memandang serius mengenai penguasaan Al-Quran membabitkan sekolah rendah dan menengah kebangsaan di negara ini. Nyatakan apakah kaedah yang digunakan selain J-Qaf dan nyatakan sejauh mana kejayaan J-Qaf sejak diperkenalkan mengenai keupayaan mereka menguasai bacaan Al-Quran.

58. PN-1313-L17819

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam meneliti permohonan pengawal keselamatan di beberapa agensi Kerajaan di Malaysia. Bagaimana Kementerian dapat mengenalpasti pemohon pengawal keselamatan dan lain-lain perkhidmatan awam adalah pemegang MyKad palsu.

59. PN-1313-L17712 Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah GLC telah membelanjakan kewangan untuk iklan di dalam akhbar Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil dan nyatakan nama-nama akhbar berkenaan serta jumlah kos iklan yang terlibat sepanjang tahun 2011, 2012 dan 2013 dan nama GLC berkenaan.

AUM DN 9/12/2013

11

60. PN-1313-L18354 Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah penerima bantuan kebajikan khasnya penerima bantuan kebajikan miskin bandar serta apakah kriteria yang digunapakai dalam menilai kelayakan seseorang pemohon.

61. PN-1313-L18106

Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah royalti TAHUNAN yang dibayar oleh PETRONAS kepada Kelantan melalui Kerajaan Persekutuan hasil dari pengeluaran minyak dan gas di JDA sejak tahun pertama pengeluaran dilakukan.

62. PN-1313-L17810

Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah institusi pendidikan tinggi berstatus universiti dan universiti kolej, berapa awam dan berapa swasta.

63. PN-1313-L18360

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan kawasan dan rumah setinggan yang masih terdapat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Penang serta nyatakan langkah kerajaan bagi sifar setinggan.

64. PN-1313-L17600

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejak diperkenalkan diskaun 50% bagi tambang KTM bagi golongan tertentu pada bajet 2012, bagaimanakah sambutan yang diperolehi, dan adakah Kerajaan bercadang untuk meluaskan lagi diskaun ini kepada pengangkutan lain dalam usaha menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

65. PN-1313-L17974

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah benar dalam masa beberapa tahun lagi bahawa nilai tukaran Ringgit berbanding Dolar Singapura dianggarkan pada kadar 1 Dolar Singapura bersamaan dengan RM 3/- dan apakah langkah-langkah untuk memperbaiki kadar tersebut.

66. PN-1313-L17606

Dato' Nalla K. S. minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan usaha-usaha Kerajaan dalam memastikan peruntukan Bajet 2014 yang dikhususkan kepada Kementerian dapat dimanfaatkan sewajarnya kepada industri huluan dengan memberi faedah kepada pekebun-pekebun kecil yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan sektor komoditi negara.

AUM DN 9/12/2013

12

67. PN-1313-L18112 Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa permohonan visa dan insurans untuk pelajar luar negara diberikan kepada satu syarikat sebagai monopoli, yang mengenakan yuran yang amat tinggi, serta mengambil masa yang terlalu lama untuk memproses semua permohonan.

68. PN-1313-L18271

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan setakat mana dakwaan penyelewengan ajaran sesat boleh bertukar menjadi ancaman militan yang berupaya menggugat keselamatan negara.

69. PN-1313-L18057

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta PERDANA MENTERI menyatakan maklum balas dan aduan penjawat-penjawat awam mengenai Pekeliling Perkhidmatan 13 tahun 2007 -Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan (Kuarters) bagi penghuni yang membeli rumah melalui Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam Lingkungan 25 Kilometer radius dari Mercu tanda yang ditetapkan.

70. PN-1313-L18068

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan warga asing yang diusir ke negara asal sejak 2011 mengikut negara dan nyatakan warga asing yang tiada kewarganegaraan dan masih terperangkap di negara ini serta nyatakan langkah untuk pengusiran warga asing ini.

71. PN-1313-L17855

Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan adakah majlis konsultasi bersama penduduk dan sesi penjelasan dijalankan sebelum pengumuman kadar baru cukai pintu di Kuala Lumpur.

72. PN-1313-L18245

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah insentif-insentif dan strategi untuk menarik lebih banyak projek pelaburan dalam bidang ‘medical devices & life science’ di Malaysia memandangkan industri jenis tersebut adalah “recession proof”.

73. PN-1313-L17963

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap 18 buah cadangan yang dikemukakan oleh SUHAKAM berkenaan dengan hak-hak orang asal dalam laporan yang telah disediakan olehnya.

74. PN-1313-L17663

Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan peranan yang akan dimainkan oleh Skuad Muda 1 JPJ yang diumumkan baru-baru ini.

AUM DN 9/12/2013

13

75. PN-1313-L17741 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan secara terperinci yang telah dan akan dilaksanakan bagi menyemak semula pengurusan risiko bencana banjir dan pengurusan krisis kenaikan mendadak takungan air di semua Empangan di seluruh negara agar ia menepati kehendak perundangan dan tata amalan yang digariskan di bawah Peruntukan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( Hazard Identification, Risk Assessment dan Risk Control), 1994 serta status pematuhannya bagi mengelak kejadian Banjir Lumpur seperti di Cameron Highland baru-baru ini.

76. PN-1313-L17847

Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan maklumat lanjut terhadap komitmen Kerajaan dalam penurunan harga kenderaan persendirian dan jadual perlaksanaannya serta impak pengenalan GST terhadap industri automotif.

77. PN-1313-L18151

Puan Norliza binti Abdul Rahim minta PERDANA MENTERI menyatakan bakal hasil bentuk perancangan pembangunan negara berikutan langkah rasionalisasi subsidi gula dalam pembentangan Bajet 2014 lalu.

78. PN-1313-L18341

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

79. PN-1313-L18197

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik pesakit yang telah dihidapi dengan penyakit 'leprocy' dan TB dari tahun 2009 hingga sekarang. Apakah langkah-langkah pencegahan yang sedang dan akan diambil untuk mengawal penyakit dari merebak.

80. PN-1313-L18145

Dato' Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan pentingnya pekerja kontraktor binaan memiliki Kad Hijau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), bagi aspek keselamatan dan kesihatan di tapak binaan. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan Kad Hijau itu dan apakah tindakan terhadap kontraktor binaan yang gagal mematuhi atau melanggar peraturan tersebut.

AUM DN 9/12/2013

14

81. PN-1313-L17938 Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana Kerajaan mengawal pengedaran dan penjualan minuman yang mengandungi peratus alkohol kurang daripada 5% yang dijual secara bebas sepertimana minuman lain di pasaran contohnya minuman “Jolly Shandy” berperisa Lemon dan Orange keluaran Carlsberg.

82. PN-1313-L18048

Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI KESIHATAN menyatakan penghidap thalasemia di Sabah adalah meningkat setiap tahun, adakah Kementerian memastikan bekalan ubat untuk pesakit thalasemia ini mencukupi untuk rawatan penuh kepada pesakit.

83. PN-1313-L17621

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) bilangan syarikat tempatan dan asing yang berdagang

atau yang berurusan dengan Petronas dan sejauh manakah dakwaan oleh sesetengah pihak bahawa Petronas meminggirkan syarikat bumiputera; dan

(b) apakah usaha Petronas bagi melonjakkan dan

mengukuhkan sistem pembangunan Vendor (VDP) bagi syarikat Bumiputera supaya berdaya maju serta mampan terutamanya dalam usaha meraih manfaat daripada kontrak bernilai 20 bilion setiap tahun untuk kerja-kerja perkhidmatan.

84. PN-1313-L18164

Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah transformasi BPR kepada SPRM dalam usaha memerangi rasuah di negara ini benar-benar telah memberi kesan yang baik kepada negara serta dapat menjamin elemen kebebasan dan ketelusan.

85. PN-1313-L17946

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan pendirian terkini Kerajaan berhubung pembinaan Lebuhraya Kuala Krai - Kota Bharu dan Kuala Krai - Gua Musang di Kelantan.

86. PN-1313-L17770

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan pergantungan negara ini atas buruh asing dalam kilang-kilang elektronik dan sejauh manakah kilang-kilang ini diwajibkan memberi pekerjaan kepada warga tempatan.

AUM DN 9/12/2013

15

87. PN-1313-L18174 Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jaminan terhadap pelajar-pelajar yang mengikut aliran vokasional mendapat kemahiran yang sepatutnya, diiktirafnya sijil, kebolehpasaran dan mendapat tempat untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi.

88. PN-1313-L18222

Datuk Hj Saat bin Hj Abu minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan undang-undang oleh Kerajaan untuk membasmi gejala penggunaan gam di kalangan generasi muda terutama di kawasan-kawasan luar bandar, dan apakah tindakan jangka panjang bagi memastikan generasi muda daripada terjebak dalam gejala ini secara berluasa.

89. PN-1313-L17998

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan mengikut laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak diwujudkan Program Latihan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) pada 2010 mendapati 30% daripada 150 pegawai yang menamatkan program telah diletakkan di struktur organisasi yang tidak betul menyebabkan matlamat untuk menjalankan tugas intergriti di semua kementerian,jabatan dan agensi kerajaan tidak terlaksana. Apakah sebabnya berlaku sedemikian.

90. PN-1313-L18309

Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar di negara ini, yang masih aktif beroperasi, bilangan pengawal keselamatan yang diambil bekerja, jumlah syarikat keselamatan yang telah dikenakan tindakan serta faktor-faktor yang menyebabkan mereka dikenakan tindakan.

91. PN-1313-L17655

Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kriteria digunakan untuk menyenaraikan sesebuah sekolah sebagai 'High Performance School'.

92. PN-1313-L18361

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Greater KL telah berjaya menarik minat pelaburan syarikat multi nasional (MNC) dan bilangan peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan serta nyatakan sejauh manakah Greater KL telah berjaya memacu aktiviti ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

93. PN-1313-L17691

Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pada masa sekarang berapakah jumlah kanak-kanak yang menyertai Prasekolah seluruh negara dan apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk menambah bilangan tersebut untuk menjadikan Pendidikan Prasekolah Malaysia ke tahap berprestasi tinggi.

AUM DN 9/12/2013

16

94. PN-1313-L17918 Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Keputusan untuk mengimplimentasi GST telah mendapat banyak reaksi di kalangan rakyat. Sila jelaskan kesan positif dan negatif yang akan dihadapi oleh rakyat bagi jangkamasa pendek dan panjang. Apakah kesan positif kepada Kerajaan dengan terlaksananya GST ini.

95. PN-1313-L18122

Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memantau masalah pengklonan kad kredit.

96. PN-1313-L18433 Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan untuk menaikkan pembayaran Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan Bantuan Am kepada OKU dari RM300 ke RM600 memandangkan yang kos sara hidup bagi seorang OKU adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan yang bukan OKU.

AUM DN 9/12/2013

17

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 [Menteri Kewangan]

Bacaan Kali Yang Kedua

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [Menteri Kewangan]

3. (D.R. 9/2013)

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 11/2013)

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

5. (D.R. 14/2013)

Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

6. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]

7. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

8. PN-1313-U17641

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Kami menyokong sepenuhnya hasrat Malaysia untuk bertanding menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk Penggal 2015 hingga 2019 buat kali ke 6 sebagaimana yang disuarakan oleh Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

AUM DN 9/12/2013

18

Malaysia pernah menduduki kerusi lembaga ini 5 kali iaitu pada tahun 1978-1983, 1987-1991, 1993-1997, 1999-2003 dan akhir sekali pada 2007-20011. Melalui lembaga ini Malaysia akan terbabit secara aktif dalam menggubal dasar dan mengkaji keberkesanan program serta aktiviti UNESCO dalam pelbagai bidang pendidikan sains teknologi, sains sosial, kebudayaan, komunikasi dan informasi di samping dapat berkongsi pendapat dan amalan terbaik dengan lain-lain anggota UNESCO serta menyatakan pendirian Malaysia dalam bidang Pendidikan dan Kebudayaan di peringkat antarabangsa. Oleh itu kita menyokong sepenuhnya agar Malaysia terus aktif dan lebih banyak menganjurkan persidangan di peringkat antarabangsa dengan kerjasama UNESCO seperti Persidangan Pendidikan Teknikal Sains dan Vokasional.Kami juga menggesa agar Kementerian Pendidikan mengadakan kempen bersama dengan lain-lain Kementerian terutamanya Kem Pelancongan dan Kebudayaan seperti mengadakan Pameran, Simposium, Konvensyen serta Persembahan di samping turut melobi beberapa negara lain. Mudah-mudahan Malaysia mampu dipersadakan di peringkat dunia sebagai pilihan utama dalam bidang Pendidikan, Sains dan Kebudayaan."

[ Menteri Pendidikan ] 9. PN-1313-U17642

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Menggesa Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas akan lambakan dan penguasaan peniaga warga asing di pasar-pasar borang yang menjejaskan punca rezeki peniaga tempatan."

[ Menteri Dalam Negeri ] 10. PN-1313-U17643

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Menggesa Kementerian Dalam Negeri menutup semua ‘lubang-lubang tikus’ yang menjadi laluan keluar masuk pendatang asing terutama yang bersempadan dengan Indonesia, Filipina dan Thailand."

[ Menteri Dalam Negeri ]

AUM DN 9/12/2013

19

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN NEGARA)

TAHUN 2013

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

ST.37 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan

2012

9 Disember 2013

CMD.23 Laporan Ekonomi 2013 / 2014 Economic Report 2013 / 2014

9 Disember 2013

CMD.41 Penyata Daripada Kementerian Kewangan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014

9 Disember 2013

CMD.42 Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014.

9 Disember 2013

CMD.43 Senarai Perjawatan Di Kementerian-Kementerian dan Jabatan - Jabatan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014.

1. Jilid 1 2. Jilid 2 3. Jilid 3 4. Jilid 4 5. Jilid 5 6. Jilid 6 7. Jilid 7

9 Disember 2013

CMD.46 Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2014.

9 Disember 2013

CMD.48

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian / Jabatan Kerajaan Persekutuan Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.49

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan dan Syarikat Kerajaan Persekutuan Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.50

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2012.

9 Disember 2013

AUM DN 9/12/2013

20

TAHUN 2013

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

CMD.51

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan dan Pengurusan Syarikat Subsidiari Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.52

Laporan Maklum Balas Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan, Aktiviti Kementerian / Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan dan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Dan Pengurusan Syarikat Subsidiari Bagi Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.53

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Kedah Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.54

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Johor Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.55

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.56

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Melaka Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.57

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Sembilan Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.58

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Pahang Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.59

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Perak Tahun 2012.

9 Disember 2013

AUM DN 9/12/2013

21

TAHUN 2013

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

CMD.60

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Perlis Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.61

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.62

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Sabah Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.63

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Sarawak Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.64

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Selangor Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.65

Laporan Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Terengganu Tahun 2012.

9 Disember 2013

CMD.66

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.67

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.68

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

AUM DN 9/12/2013

22

TAHUN 2013

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

CMD.69

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.70

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.71

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.72

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.73

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.74

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.75

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.76

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.77

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013

CMD.78

Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2012 Siri 3.

9 Disember 2013