malaysia dewan negara aturan urusan · pdf filedatuk kadzim m. yahya minta menteri pendidikan...

20
\ MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 28 APRIL 2015, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 11 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1331-L21082 Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian yakin dengan pengenalan Rang Undang- Undang Pencegahan Keganasan (POTA) mampu menangani ancaman keganasan seperti kumpulan militan IS yang begitu aktif merekrut rakyat asing, termasuk dari Malaysia untuk menyertai "jihad" mereka. 2. PN-1331-L21206 Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kejayaan yang tercapai untuk pembinaan rumah mampu milik melalui agensi-agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan. 3. PN-1331-L21351 Tuan Koh Chin Han minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan rancangan Kementerian dalam membasmi kegiatan mengemis selain daripada cadangan meminda Akta Orang-Orang Papa 1977 sedia ada serta apakah hasil daripada siasatan ke atas sindiket kegiatan mengemis. 4. PN-1331-L21205 Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta PERDANA MENTERI menyatakan : (a) cadangan Kementerian dalam menyerap nilai moral yang tinggi, beretika dan berintegriti dalam mewujudkan sebuah pentadbiran yang bersih, cekap dan telus ; dan (b) adakah Kementerian bersetuju dalam mewujudkan sistem kawalan dalaman di setiap Kementerian dan agensi Kerajaan dalam menangani kes penyelewengan di kalangan penjawat awam.

Upload: nguyendiep

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

\ MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 28 APRIL 2015, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 11

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1331-L21082

Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian yakin dengan pengenalan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) mampu menangani ancaman keganasan seperti kumpulan militan IS yang begitu aktif merekrut rakyat asing, termasuk dari Malaysia untuk menyertai "jihad" mereka.

2. PN-1331-L21206 Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kejayaan yang tercapai untuk pembinaan rumah mampu milik melalui agensi-agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan.

3. PN-1331-L21351 Tuan Koh Chin Han minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan rancangan Kementerian dalam membasmi kegiatan mengemis selain daripada cadangan meminda Akta Orang-Orang Papa 1977 sedia ada serta apakah hasil daripada siasatan ke atas sindiket kegiatan mengemis.

4. PN-1331-L21205

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta PERDANA MENTERI menyatakan :

(a) cadangan Kementerian dalam menyerap nilai moral yang tinggi, beretika dan berintegriti dalam mewujudkan sebuah pentadbiran yang bersih, cekap dan telus ; dan

(b) adakah Kementerian bersetuju dalam mewujudkan sistem

kawalan dalaman di setiap Kementerian dan agensi Kerajaan dalam menangani kes penyelewengan di kalangan penjawat awam.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

2 AUM DN 28/4/2015

5. PN-1331-L21571 Datuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan beberapa banyakkah pembinaan sekolah di luar bandar di bawah RMK10 yang masih belum siap sehingga kini.

6. PN-1331-L21693

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta PERDANA MENTERI menyatakan menyenaraikan badan-badan belia yang telah menerima peruntukan di bawah program 1M4U, jumlah peruntukan yang diterima serta aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.

7. PN-1331-L21536

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) apakah Kementerian ada membuat kajian kenapa harga

barangan dan perkhidmatan tidak turun apabila harga minyak telah turun dan kenapa ia sedemikian; dan

(b) apakah mekanisme yang akan dan sedang dijalankan untuk

memastikan para peniaga menurunkan harga barangan dan perkhidmatan selaras dengan penurunan harga minyak.

8. PN-1331-L21415

Dato' Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tindakan susulan Kerajaan setelah barang elektronik buatan Malaysia disenaraihitamkan sebagai barangan buatan buruh paksaan oleh Kerajaan Amerika Syarikat pada 1 Disember 2014 dan nyatakan implikasi kepada ekonomi negara.

9. PN-1331-L21127 Datuk Chin Su Phin minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat ini, bagaimanakah bentuk kerjasama yang dijalankan di antara pihak ESSCOM dan penduduk tempatan dalam memastikan keselamatan kawasan mereka terjamin. Bagaimana sambutan tersebut.

10. PN-1331-L21319 Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perincian berhubung dengan jumlah wang yang dikutip dari wang tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy Fund) yang dibayar oleh para pengguna TNB bagi pihak Sustainable Energy Development Authority (SEDA) sejak 2012 hingga 2014.

11. PN-1331-L21607 Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan pembabitan dalam sukan di kalangan guru-guru pelatih di peringkat maktab perguruan.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

AUM DN 28/4/2015 3

12. PN-1331-L21651 Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan aset dan kos pengendalian Integrated Transport Information System (ITIS) dan apakah faedah atau “return of investment”, penggunaan teknologi ini dalam pengendalian kesesakan jalan raya di Lembah Klang selain fungsinya sebagai pautan “online” yang menunjukkan situasi kesesakan.

13. PN-1331-L21526 Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan dalam projek Bekalan Air Bersih di sekolah-sekolah pedalaman khususnya Sabah dan Sarawak dari tempoh 2006 hingga sekarang serta nama syarikat yang melaksanakannya.

14. PN-1331-L21760 Tuan Zali bin Mat Yasin minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mahasiswa adalah tunjang pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju. Justeru apakah perancangan Kerajaan untuk mengatasi isu pengangguran dan membantu para graduan dalam melangsaikan bebanan hutang belajar.

15. PN-1331-L21356 Tuan Koh Chin Han minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah usaha Kementerian untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur akibat dari banjir kilat yang sering berlaku.

16. PN-1331-L21441

Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa peratusan institusi swasta yang mendapat pengecualian bayaran PTPTN berbanding institusi awam semejak tahun 2010.

17. PN-1331-L21471 Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kesesakan lalulintas semakin serius mula dari Tol Skudai, Johor sehingga Tol Ayer Hitam, Johor. Bilakah ada projek lebuhraya penambahan tiga "lane" akan dibinakan demi mengatasi masalah tersebut.

18. PN-1331-L21561

Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan status pembinaan Empangan Kahang termasuk anggaran kos terkini, peratus siap serta tarikh dijangka siap dan boleh beroperasi.

19. PN-1331-L22055

Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan baru-baru ini umum mengetahui 9 orang individu terkaya dalam Malaysia semuanya daripada golongan lelaki. Adakah Kementerian membuat kajian khusus sama ada Malaysia mampu mengetengahkan wanita di kalangan individu terkaya dalam tempoh 5-10 tahun akan datang.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

4 AUM DN 28/4/2015

20. PN-1331-L21982 Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah dan punca perceraian mengikut bangsa, agama dan umur yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia dalam tempoh lima tahun terakhir, serta langkah-langkah yang diambil bagi mencegah berlakunya peningkatan penceraian di kalangan rakyat Malaysia.

21. PN-1331-L21865

Dato' Jaspal Singh minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah projek PRIMA yang telah dibuka untuk pendaftaran bagi tahun 2014 hingga sekarang. Daripada jumlah ini berapa banyakkah jumlah projek PRIMA yang tutup pendaftaran dan apakah statistik jumlah pemohon yang telah mendaftar.

22. PN-1331-L21255

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan penjimatan yang dijangka jika pihak Polis Traffik, Polis bantuan, Rela, SPAD, dan JPJ tidak diberikan senjata api.

23. PN-1331-L21596 Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam membantu belia-belia yang diisytiharkan muflis seawal usia 19 tahun.

24. PN-1331-L21292

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil Kementerian bagi membendung rakyat Malaysia terutamanya remaja perempuan dari terlanjur dan berkahwin dengan warga asing khususnya PATI.

25. PN-1331-L21914 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan perkembangan terkini Projek Angkasawan Negara Kedua serta persiapannya dari segi kos, kakitangan, penyelidikan dan kerjasama di antara kementerian-kementerian lain.

26. PN-1331-L21581

Dato' Goonasakaran A/L Raman minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam menyediakan rumah yang selesa bagi anggota pasukan keselamatan seperti PDRM yang masih dilihat amat tidak memuaskan kerana keluasan yang terhad berbanding dengan negara-negara maju.

27. PN-1331-L21969

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk membina sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Kota Bharu di samping mengekalkan lapangan terbang sedia ada sebagai Lapangan Terbang Domestik.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

AUM DN 28/4/2015 5

28. PN-1331-L21733 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan dan langkah tegas yang telah dan bakal diambil ke atas individu atau kumpulan yang melakukan provokasi dan hasutan dengan mengeluarkan kenyataan menghina dan memperlekehkan keputusan-keputusan Mahkamah kerana kecenderungan ini jelas menggugat Integriti dan Kewibawaan Institusi Kehakiman Negara.

29. PN-1331-L21850

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan langkah Kementerian bagi memastikan pelajar pintar yang telah menghasilkan inovasi ubatan, teknologi baharu mahupun robotik dapat memperkenalkan ciptaan mereka ke luar negara serta diterima dalam arus pemodenan dunia.

30. PN-1331-L21942 Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang mewujudkan Suruhanjaya atau Badan yang mengawal selia aktiviti badan-badan kebajikan mahupun pertubuhan bukan Kerajaan yang bebas mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan sepertimana di negara-negara maju contohnya United Kingdom mewujudkan suruhanjaya kebajikan bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan dana-dana kebajikan seperti tabung bencana dan lain-lain.

31. PN-1331-L21386 Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan kos perubatan di hospital-hospital serta klinik-klinik swasta tidak meningkat sewenang-wenangnya setelah GST dilaksanakan.

32. PN-1331-L22019 Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah perkhidmatan "Feeder bus" RAPID KL mempermudahkan perjalanan seorang penumpang dari rumah ke destinasi. Sehingga kini berapakah kawasan perumahan yang menikmati kemudahan.

33. PN-1331-L21462 Datuk Lihan Jok minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah negara luar yang ada hubungan diplomatik dengan Malaysia khususnya dan apakah Malaysia akan memperhebatkan hubungan Malaysia dengan Argentina atau negara-negara Latin yang lain.

34. PN-1331-L21744 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan komitmen Kerajaan dan langkah yang telah diambil bagi menangani sepenuhnya keberkesanan pengurusan sisa pepejal dan tindakan penguatkuasaan dan perundangan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan ke atas premis dan tapak bina yang kurang terurus sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan merebaknya kes-kes demam denggi.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

6 AUM DN 28/4/2015

35. PN-1331-L21152 Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah yang menyebabkan peruntukan tahunan Kementerian ini berjumlah paling rendah dalam bajet tahunan negara sedangkan kos operasi di pejabat kedutaan dan pesuruhjaya tinggi negara di luar negara adalah tinggi. Bagaimanakah masalah kekurangan peruntukan ini dapat diatasi segera demi menjaga imej Negara di mata dunia.

36. PN-1331-L21715

Dato' Dr. Johari bin Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah keseriusan warga Malaysia berkahwin di luar negara khasnya di negara jiran. Dipohon anggaran jumlah kes sejak tiga tahun kebelakangan ini mengikut negeri di seluruh Malaysia dan apakah faktor-faktor pendorong kepada kes ini serta langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan di dalam menangani perkara ini.

37. PN-1331-L21506 Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah peranan GLC di dalam membantu syarikat-syarikat Bumiputera setakat ini dan nyatakan syarikat-syarikat yang telah berjaya dibantu dan apakah ada kebenaran di mana Telekom Malaysia tidak lagi mengutamakan syarikat Bumiputera di dalam perlaksanaan projek yang diserahkan kepada anak syarikatnya.

38. PN-1331-L21840 Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan mengapakah Kerajaan dilihat kurang memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera dari segi tanah tapak rumah, peluang pekerjaan, lesen perniagaan serta juga pencen khas bagi semua bekas tentera yang telah berkhidmat semasa darurat memerangi pengganas komunis sehingga tahun 1969 berbanding dengan pemain-pemain sukan yang banyak dapat penghargaan.

39. PN-1331-L21704

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah segera yang telah diambil oleh pihak Kementerian dalam menangani isu pencemaran alam sekitar, khususnya penipisan lapisan ozon dan juga “global warming”.

40. PN-1331-L21178

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah sambutan rakyat terhadap lapan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) sedia ada di seluruh negara sebagai pusat sehenti agensi dan jabatan Kerajaan dan apakah perancangan Kerajaan untuk membina lebih banyak UTC baharu termasuk di Terengganu bagi memenuhi permintaan dan keperluan rakyat.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

AUM DN 28/4/2015 7

41. PN-1331-L22001 Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan yang dibelanjakan oleh Kerajaan untuk mengendalikan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan. Apakah yang menyebabkan beliau memperolehi keistimewaan untuk menangguhkan perbicaraan sebanyak lebih 60 kali serta apakah kesannya terhadap imej badan kehakiman ekoran perkara tersebut.

42. PN-1331-L21112

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah ketibaan pelancong dari India pada tahun 2013 dan 214 dengan butiran seperti bilangan hari dan jumlah yang dibelanjakan serta sama ada Kerajaan akan mengecualikan yuran visa bagi pelancong dari India sebagai satu strategi untuk menggalakkan kehadiran mereka.

43. PN-1331-L21628

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci statistik pendatang asing tanpa izin dan pendatang tidak didokumenkan di Malaysia mengikut negeri, negara asal pendatang, jantina dan peringkat umur dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengetatkan lagi kawalan sempadan seperti Thai-Malaysia bagi menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin serta penyeludupan senjata atau barangan bersubsidi.

44. PN-1331-L22062

Dato' Adam bin Abdul Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah perancangan dibuat untuk memberi penerangan kepada rakyat, Islam dan bukan Islam, mengenai hukum hudud supaya secara jangka panjang rakyat di negara ini memahaminya dan faham juga mengenai philosofi sebenarnya.

45. PN-1331-L21137

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah proses BR1M pada tahun ini dilihat bermasalah seperti status permohonan berubah-ubah, wang masih belum dimasukkan pada tarikh yang ditetapkan dan pelbagai lagi aduan yang diterima.

46. PN-1331-L21797

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kesan ekonomi dan pelaburan yang telah diperolehi negara sejak Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) diperkenalkan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hub aset pertahanan serantau.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

8 AUM DN 28/4/2015

47. PN-1331-L21179 To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan setakat manakah kemajuan Makmal Tranformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) khususnya bagi mengadakan modul baharu PLKN untuk melahirkan modal insan dan warganegara yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, pemikiran, semangat patriotisme, toleransi yang tinggi, berdisiplin dan juga berbudi bahasa dalam mencegah golongan belia daripada terpengaruh dengan fahaman ekstremisme.

48. PN-1331-L21996

Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah lanjutan daripada cadangan pemisah fungsi farmasi dan klinik adakah ia akan membebankan rakyat di kawasan luar bandar memandangkan ada kekurangan ahli farmasi dan fasiliti farmasi beroperasi 24 jam terutama sekali di kawasan luar bandar.

49. PN-1331-L21451 Datuk Lihan Jok minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah hasil teknologi oleh pakar saintis Malaysia yang telah dipasarkan di peringkat antarabangsa dan apakah harapan serta rancangan negara terhadap ciptaan-ciptaan teknologi baru ini.

50. PN-1331-L21481 Tuan Chia Song Cheng minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah fungsi utama SAME di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri dalam usaha membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh negara.

51. PN-1331-L21932

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kekeliruan mengenai perkara-perkara pokok di dalam Perlembagaan Persekutuan yang semakin meluas khususnya di kalangan generasi muda. Adakah Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan pengajian kenegaraan yang lebih berkesan dan mendalam di peringkat rendah dan menengah.

52. PN-1331-L21985

Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) sedarkah Kementerian bahawa negeri-negeri di Utara

Semenanjung khabarnya menjadi pusat tumpuan untuk mendapat bekalan senjata api secara haram berikutan kedudukan geografinya yang berdekatan dengan negara jiran; dan

(b) pandangan Kementerian berkaitan berleluasanya kes tembakan

ala mafia secara terbuka yang menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

AUM DN 28/4/2015 9

53. PN-1331-L21371 Datuk Yoo Wei How minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini pembangunan di “Port Klang Free Zone” (PKFZ) dan status kedudukan kewangan PKFZ yang didakwa oleh pihak tertentu berada dalam keadaan kerugian besar.

54. PN-1331-L21308

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bahawa akibat dari perlaksanaan GST pada April 2015, apakah usaha yang dilakukan Kementerian untuk menyemak dan seterusnya meningkatkan kadar gaji minimum yang sedia ada sekarang.

55. PN-1331-L21516

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah pencapaian pihak Kementerian dalam menangani jumlah PATI yang ada di dalam negara setelah pelbagai usaha dilaksanakan dan berapakah jumlah yang masih ada sekarang.

56. PN-1331-L21808

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa buah rumah yang rosak dan jumlah kerugian dalam banjir besar baru-baru ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak serta berapakah rumah yang telah dibaiki atau dibina baru yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan bilakah akan siap.

57. PN-1331-L21826

Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah kejayaan Program Jihad Orang Tengah bermatlamatkan untuk meningkatkan pendapatan petani dan nelayan yang diperkenalkan oleh Kementerian pada tahun 2014, dan apakah halangan-halangan yang ada sehingga sekarang yang boleh menjejaskan kejayaan program ini.

58. PN-1331-L21349

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes demam denggi di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 2011, 2012, 2013, 2014 dan empat bulan pertama tahun 2015.

59. PN-1331-L21236

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan bahawa sejak tahun 1957 berapa banyak kes-kes didapati yang melibatkan hakim-hakim dalam sistem kehakiman negara ini dikenakan tindakan undang-undang bersabit dengan tuduhan menerima rasuah, menyeleweng serta kelakuan tidak senonoh.

60. PN-1331-L21646

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan imbangan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia di kalangan negara ASEAN. Adakah ancaman keselamatan yang dihadapi negara dalam jangka pendek dan panjang memerlukan penambahan anggota dan aset baru yang canggih dan berteknologi tinggi.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

10 AUM DN 28/4/2015

61. PN-1331-L21675 Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tentang sejauh mana Senarai Ubat Penting Nasional (“National Essential Drug List”) dapat memenuhi kehendak dan keperluan bidang perubatan yang semakin meluas dan mencabar, serta langkah-langkah yang bakal diambil dalam usaha memperluaskan skop senarai ubat penting.

62. PN-1331-L21203

Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan anggaran perbelanjaan pemulihan, mengikut negeri, akibat musibah banjir baru-baru ini.

63. PN-1331-L21955

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk membina empangan di Sungai Lebir dan Sungai Nenggiri di Kelantan di samping ia berfungsi sebagai bekalan air dan juga benteng bagi menghadapi musim hujan Monsun Timur Laut setiap kali hujung tahun.

64. PN-1331-L21496

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan Malaysia ke atas rakyat Malaysia yang memburuk-burukkan Malaysia di luar negara khususnya daripada golongan pelajar dan kalangan orang-orang politik.

65. PN-1331-L21883

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan peluang pelajaran atau latihan yang sedia ada bagi pelajar yang tidak berjaya atau lemah dalam peperiksaan SPM. Apakah statistik pelajar-pelajar pada 2012-2014 yang telah mengambil bahagian dalam peluang-peluang ini dan peratusan penyertaan pelajar-pelajar dari kaum India.

66. PN-1331-L21591

Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah memastikan pelaksanaan GST ini tidak menyebabkan caj hospital swasta meningkat secara mendadak dan membebankan rakyat.

67. PN-1331-L22044

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad minta PERDANA MENTERI menyatakan Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak/Gombak Integrated Transport Terminal (GITT) adalah merupakan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan terminal bersepadu serba lengkap dan moden bagi pengguna perkhidmatan awam menghubungkan Pantai Timur dan KL. Projek GITT telah dianugerahkan kepada Zelan Berhad sebagai kontraktor utama di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) secara konsep Build-Lease-Maintain-Operate-Transfer untuk tempoh konsesi selama 25 tahun. Projek GITT akan menelan belanja lebih kurang RM307.37 million. Apakah status terkini projek pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak ini.

68. PN-1331-L21546

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah sekolah yang dibaik pulih dan berapa kos baik pulih selepas terbabit dalam bencana banjir besar akhir tahun 2014 lalu.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

AUM DN 28/4/2015 11

69. PN-1331-L22029 Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha yang diambil oleh Kementerian untuk menambahkan lagi penggunaan Bahasa Isyarat dalam rancangan television seperti berita, forum, dialog, perutusan khas, pengumuman bajet sebagainya supaya warga pekak dapat menikmatinya bersama.

70. PN-1331-L22052

Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyakkah UTC dan RTC akan dibina di kawasan bandar dan luar bandar di Sarawak dalam RMK 11 nanti memandangkan yang ada kini tidak mencukupi untuk negeri Sarawak yang luas.

71. PN-1331-L21102

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis yang telah dikenakan tindakan tatatertib pada tahun 2013 dan 2014 dengan pecahan mengikut pangkat dan jenis salahlaku.

72. PN-1331-L21421

Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jika pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk mewujudkan satu lagi Puspakom.

73. PN-1331-L21770

Tuan Zali bin Mat Yasin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan merokok membahayakan kesihatan diri dan orang sekeliling. Walaupun harga rokok meningkat namun masih ramai yang mampu membeli rokok yang murah atau rokok tidak berkualiti. Bagaimanakah pihak Kerajaan memandang serius isu rokok haram atau rokok seludup ini yang kian berleluasa di seluruh negara.

74. PN-1331-L21723

Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah Unit Pembanterasan Narkotik Sempadan (NBSU) memainkan peranan dalam membendung gejala penagihan, pengedaran dan penyeludupan dadah yang kian berleluasa di dalam negara.

75. PN-1331-L21401

Dato' Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk melibatkan peringkat terendah di daerah-daerah atau kampung-kampung yang dapat mencari resolusi dalam mengawal harga barang-barang sejajar dengan akta kawalan harga dan anti pencatutan.

76. PN-1331-L21821

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) rasionalisasi kenaikan harga tambang dan perkhidmatan

pengangkutan awam; dan

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

12 AUM DN 28/4/2015

(b) langkah-langkah serta usaha terkini pihak Kementerian dalam menangani isu kenaikan harga tambang dan perkhidmatan pengangkutan awam di kala isu kos sara hidup yang meningkat.

77. PN-1331-L22063

Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sebab kematian ikan yang telah bertambah secara drastik dalam satu bulan yang lepas yang menjadi punca kebimbangan penternak ikan dan nelayan di sekitar Tanjung Kupang, Johor.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

AUM DN 28/4/2015 13

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 17/2015)

Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015- Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (27 April, 2015) [ Menteri Dalam Negeri ]

2. (D.R 29/2014) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014

[ Menteri Pendidikan ]

Bacaan Kali Yang

Kedua

3. (D.R 26/2014) Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2014 [ Menteri Sumber Manusia ]

4. (D.R 23/2014) Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-

“Bahawa Majlis ini membuat resolusi menurut subseksyen (4), Seksyen 1, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 supaya akta ini hendaklah terus berkuatkuasa bagi tempoh 5 tahun lagi mulai dari 15 Jun 2015.”

6. PN-1331-U21745

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum akan rungutan orang ramai tentang kenaikan mendadak harga susu untuk kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 6 tahun (bagi Jenama Bukan Premium). Situasi ini ekoran peniaga dan pembekal memberikan alasan kejatuhan nilai ringgit berbanding US Dollar dan Implikasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan bermula 1 April 2015. Melalui semakan dan pemerhatian terhadap “trend” susu kanak-kanak bukan jenama premium ini, ianya mengalami kenaikan mendadak dari RM 19.00 pada tahun 2013 hingga RM 29.00 satu pek dengan kapasiti berat bersih 1kg atau 900gm.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

14 AUM DN 28/4/2015

Terdapat juga jenama premium ini, membuat penjenamaan semula “packaging” dan berat bersih dikurangkan kepada 900gm. Justeru, saya mohon mencadangkan agar Kerajaan membekalkan susu untuk kegunaan kanak-kanak ini dengan menjualnya melalui Klinik-Klinik Ibu dan Anak, Poliklinik Kerajaan, Klinik 1Malaysia dan Hospital Kerajaan dengan Harga yang murah agar eksploitasi pengilang, pembekal dan peruncit untuk susu kanak-kanak ini dapat dibendung." [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

7. PN-1331-U21746 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu meminda akta sedia ada bagi mengutip cukai pendapatan individu bagi semua pekerja asing di Malaysia tanpa mengira berapa banyak pendapatan mereka. Ini kerana setiap bulan, berbilion Ringgit Malaysia wang hasil pendapatan mereka dihantar pulang ke negara asal mereka menyumbang kepada persekitaran tidak sihat ekonomi tempatan." [ Menteri Kewangan ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

AUM DN 28/4/2015 15

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN 2015

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST. 81 AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-

LAMBAKAN 1993 (Akta 504) DAN AKTA KASTAM 1967 (Akta 235)

PERINTAH KASTAM (DUTI ANTI-LAMBAKAN) (KAJIAN SEMULA DIPERCEPAT) (No.2) 2014

28 April 2015

ST. 99 AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993 ( Akta 504) DAN AKTA KASTAM 1967 (Akta 235)

PERINTAH KASTAM (DUTI ANTI-LAMBAKAN SEMENTARA) 2014

28 April 2015

TAHUN 2015

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST.4 Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 (Akta 504) dan Akta Kastam 1967 (Akta 235)

- Perintah Kastam ( Perintah Kastam ( Duti Anti-Lambakan ) ( No.4) 2013 ) ( Pembatalan ) 2014

P.U (A) 286/2014 yang diwartakan pada 31 Oktober 2014

28 April 2015

ST.5 Akta Pelindungan 2006 ( Akta 657 ) dan Akta Kastam 1967 ( Akta 235 )

- Perintah Kastam ( Duti Pelindung Sementara ) 2014

- P.U (A) 327/2014 yang diwartakan pada 11 Disember 2014

28 April 2015

ST.7 AKTA JALAN PERSEKUTUAN 1959 Perintah Jalan Persekutuan ( Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru ) 2014.

- P.U (A) 339/2014 pada 22/12/2014

28 April 2015

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

16 AUM DN 28/4/2015

TAHUN

2015 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.26 AKTA KASTAM 1967 Perintah Duti Kastam ( Barang – barang

Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN)

( Tatanama Tarif Berharmonis Negeri-negeri

ASEAN dan Perjanjian Perdagangan

Barangan ASEAN )(Pindaan) 2014

- P.U.(A) 247/2014 yang diwartakan

pada 29 Ogos 2014 (PIDM) Bagi

Tahun 2014

28 April 2015

ST.27 AKTA KASTAM 1967 Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprenhensif antara ASEAN dan China ) ( Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN ) 2014

P.U (A) 248/2014 yang diwartakan

pada 29 Ogos 2014

28 April 2015

ST.28 AKTA KASTAM 1967 Perintah Duti Kastam ( Barang - barang di bawah Perjanjian Ekonomi Komperhensif antara Negeri - negeri Anggota ASEAN dengan Jepun ) ( Pindaan ) 2014

P.U (A) 266/2014 yang diwartakan

pada 1 Oktober 2014

28 April 2015

ST.29 AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI LAMBAKAN 1993 ( Akta 504 ) dan AKTA KASTAM 1967 ( Akta 235 )

- Perintah Kastam ( Duti Anti - Lambakan

) 2015

P.U (A) 24/2015 yang diwartakan

pada 12 Februari 2015

28 April 2015

ST.30 AKTA EKSAIS 1976 - Perintah Duti Eksais ( Pindaan ) 2014

- P.U (A) 287 yang diwartakan pada 31

Oktober 2014

28 April 2015

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

AUM DN 28/4/2015 17

TAHUN

2015 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.32 AKTA F1 1951 – Perintah F1 ( Pasport dan Visa ) ( Pindaan ) 2015

28 April 2015

ST.34 AKTA JALAN PERSEKUTUAN 1959 Perintah Jalan Persekutuan ( Lebuh Raya Pantai Timur - Fasa 2 ) 2015

28 April 2015

ST.36 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 - Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (

Potongan Daripada Saraan ) ( Pindaan

) 2014

P.U (A) 35/2014 yang diwartakan

pada 30 Januari 2014

28 April 2015

ST.37 AKTA PETROLEUM ( CUKAI PENDAPATAN ) 1967

- Perintah Petroleum ( Cukai Pendapatan

) ( Pengecualian ) ( Pindaan ) 2014

P.U (A) 57/2014 yang diwartakan

pada 27 Februari 2014

28 April 2015

ST.38 AKTA PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN ) - Kaedah-kaedah Petroleum ( Cukai

Pendapatan ( Elaun Modal

Dipercepatkan ) ( Medan Marginal ) (

Pindaan ) 2014

PU(A) 58/2014 yang diwartakan

pada 27 Februari 2014

28 April 2015

ST.39 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 - Perintah Cukai Pendapatan

(Pengecualian) 2014

P.U.(A) 150/2014 yang diwartakan

pada 4 Jun 2014

28 April 2015

ST.40 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 - Perintah Cukai Pendapatan

( Pengecualian ) ( No. 2 ) 2014

P.U (A) 166/2014 yang diwartakan

pada 20 Jun 2014

28 April 2015

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

18 AUM DN 28/4/2015

TAHUN 2015

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST.41 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

- Perintah Cukai Pendapatan ( Pengecualian ) ( No. 3) 2014

P.U (A) 167/2014 yang diwartakan pada 20 Jun 2014

28 April 2015

ST.42 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan ( Potongan Bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Program Pembangunan Vendor ) 2014

P.U (A) 169/2014 yang diwartakan

pada 24 Jun 2014

28 April 2015

ST.43 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan ( Potongan Bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Gaji Minimum ) 2014

P.U (A) 206/2014 yang diwartakan

pada 14 Julai 2014

28 April 2015

ST.44 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan ( Elaun Modal Dipercepat) ( Kelengkapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ) 2014

P.U (A) 217/2014 yang diwartakan

pada 21 Julai 2014

28 April 2015

ST.45 AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

- Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah ( Pengecualian ) 2014

P.U (A) 229/2014 yang diwartakan pada 11 Ogos 2014

28 April 2015

ST.46 AKTA PETROLEUM ( Cukai Pendapatan ) 1967

- Kaedah – kaedah Petroleum ( Cukai

Pendapatan ) ( Elaun Modal Dipercepat

) ( Medan Marginal Petronas ) 2014

P.U (A) 304/2014 yang diwartakan

pada 13 November 2014

28 April 2015

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

AUM DN 28/4/2015 19

TAHUN 2015

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST.47 AKTA PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN)

1967 - Perintah Petroleum ( Cukai Pendapatan

) (Pengecualian) 2014

P.U (A) 305/2014 yang diwartakan pada 13 November 2014

28 April 2015

ST.48 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan ( Potongan Bagi Kos Yang Berhubung Dengan Latihan Untuk Pekerja Bagi Perlaksanaan Cukai Barang & Perkhidmatan )

P.U (A) 334/2014 yang diwartakan pada 17 Disember 2014

28 April 2015

ST.49 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan ( Potongan Bagi Kos Yang Berhubung Dengan Yuran Kesetiausahaan Dan Yuran Pemfailan Cukai)

P.U (A) 336/2014 yang diwartakan

pada 17 Disember 2014

28 April 2015

ST.50 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 - Kaedah - kaedah Cukai Pendapatan

( Potongan Daripada Saraan ) ( Pindaan ) No.2 ) 2014

P.U (A) 362/2016 yang diwartakan pada 31 Disember 2014

28 April 2015

ST.51 AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993 DAN AKTA KASTAM 1967

- Perintah Kastam ( Duti Anti-Lambakan Sementara) (No.2) 2014

P.U. (A) 302/2014 yang diwartakan pada 13 November 2014

28 April 2015

ST.52 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 - Perintah Cukai Pendapatan

( Pengecualian ) 2015

P.U. (A) 40/2015 yang telah

diwartakan pada Mac 2015

28 April 2015

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileDatuk Kadzim M. Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ... yang menyebabkan peruntukan tahunan ... perniagaan serta juga pencen khas

20 AUM DN 28/4/2015

TAHUN 2015

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

DN.1 Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara Menurut Peraturan Mesyuarat 70(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara

28 April 2015

ST.54 PERINTAH FI ( PERUBATAN) ( PINDAAN ) 2014

28 April 2015

ST.55 PERINTAH FI ( PERUBATAN) ( KOS PERKHIDMATAN ) 2014

28 April 2015

TAHUN

2015 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.61 AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980 [AKTA 237] Pindaan Kertas Statut 95 Tahun 1980 (Elaun dan Keistimewaan bagi Yang di-pertua Dewan Negara dan Yang di-pertua Dewan Rakyat)

28 April 2015

ST.62 AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980 [AKTA 237] Pindaan Kertas Statut 102 Tahun 1980 (Elaun dan Keistimewaan bagi Timbalan Yang di-pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-pertua Dewan Rakyat)

28 April 2015

ST.63 AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980 [AKTA 237] Pindaan Kertas Statut 235 Tahun 1983 (Elaun dan Keistimewaan bagi Ahli Parlimen)

28 April 2015