malaysia dewan negara aturan urusan … infrastruktur telekomunikasi dan ict di sarawak. 13....

20
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 20 APRIL 2011, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 4 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1241-L12100 Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi menjamin keselamatan nyawa dan alam sekitar khasnya selepas malapetaka di Jepun terutama letupan loji nuklear, agar kita sedia menghadapi segala masalah akibat bencana alam yang menimpa baru-baru ini. 2. PN-1241-L11737 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah sebabnya Kerajaan perlu menaikkan harga minyak RON95 apabila harga petroleum antarabangsa naik sedangkan rakyat jelata beranggapan bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa juga mendatangkan keuntungan yang besar kepada Malaysia dan Kerajaan mampu membiayai subsidi yang lebih tinggi. 3. PN-1241-L11995 Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kementerian bersedia untuk menimbangkan pemberian biasiswa sepenuhnya bagi semua warganegara yang layak menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi awam. 4. PN-1241-L11680 Puan Chew Lee Giok minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah keberkesanan mekanisme yang diwujudkan untuk membolehkan anak yang dilahirkan di luar kepada ibu warganegara yang berkahwin dengan bukan warganegara diberikan kewarganegaraan sebagai langkah pentadbiran sementara (interim administrative measures) yang diumumkan oleh Menteri pada April tahun lepas dan berapa kes permohonan telah dibuat.

Upload: lamtuyen

Post on 06-May-2018

214 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 20 APRIL 2011, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 4

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1241-L12100 Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi menjamin keselamatan nyawa dan alam sekitar khasnya selepas malapetaka di Jepun terutama letupan loji nuklear, agar kita sedia menghadapi segala masalah akibat bencana alam yang menimpa baru-baru ini.

2. PN-1241-L11737

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah sebabnya Kerajaan perlu menaikkan harga minyak RON95 apabila harga petroleum antarabangsa naik sedangkan rakyat jelata beranggapan bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa juga mendatangkan keuntungan yang besar kepada Malaysia dan Kerajaan mampu membiayai subsidi yang lebih tinggi.

3. PN-1241-L11995

Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kementerian bersedia untuk menimbangkan pemberian biasiswa sepenuhnya bagi semua warganegara yang layak menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi awam.

4. PN-1241-L11680

Puan Chew Lee Giok minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah keberkesanan mekanisme yang diwujudkan untuk membolehkan anak yang dilahirkan di luar kepada ibu warganegara yang berkahwin dengan bukan warganegara diberikan kewarganegaraan sebagai langkah pentadbiran sementara (interim administrative measures) yang diumumkan oleh Menteri pada April tahun lepas dan berapa kes permohonan telah dibuat.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

2

5. PN-1241-L11658 Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) jumlah Klinik 1Malaysia yang telah pun didirikan di

seluruh pelusuk negara dan apakah kesannya kepada rakyat semenjak pelancarannya; dan

(b) jumlah klinik bergerak yang telah beroperasi di negeri

Sarawak dan jumlah yang akan dimulakan lagi pada masa yang akan datang.

6. PN-1241-L11460

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Skim Rumah Pertamaku dapat membantu mengurangkan beban golongan muda yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 untuk memiliki rumah.

7. PN-1241-L11634

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pilihan raya kecil diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke 12 pada 2008 sehingga kini. Nyatakan keputusan kemenangan dan kos yang ditanggung oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

8. PN-1241-L11970

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah Kementerian berhasrat menarik balik kelulusan yang telah diberikan kepada Lynas Corporation untuk membina Kilang rare earth di Gebeng. Sekiranya diteruskan apakah langkah-langkah keselamatan yang akan diambil bagi menjamin tidak berlaku kebocoran radiasi.

9. PN-1241-L11514

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pelan tindakan Kerajaan di dalam memberikan pendidikan pembangunan insan khususnya pendidikan agama secara formal kepada masyarakat FELDA dan anak-anak mereka dan bagaimana keberkesanan pendidikan formal dan tidak formal dipantau memandangkan peningkatan masalah gejala sosial terus berlaku terutamanya kepada generasi muda berbanding penumpuan kepada pendapatan FELDA.

10. PN-1241-L11613

Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan keberkesanan universiti-universiti tempatan melahirkan graduan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Apakah ranking universiti-universiti tempatan dalam pelbagai indeks antarabangsa mengenai modal insan berkepakaran.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

3

11. PN-1241-L11828 Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

(a) bilangan kem PLKN mengikut negeri, jumlah pelajar yang

dilatih dan pelajar yang enggan hadir mengikut kaum dan jantina serta sebab-sebabnya dan kemalangan mengikut jenis sehingga akhir Mac 2011 serta menggariskan usaha mencapai kemalangan sifar; dan

(b) outcome latihan yang dikendalikan PLKN dari segi

pembinaan jati diri, pegangan terhadap Rukun Negara dan kecintaan terhadap tanah air, Malaysia berdasarkan indikator kuantitatif dan kualitatif.

12. PN-1241-L11501

Puan Doris Brodie minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kekangan utama dalam pelaksanaan infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak.

13. PN-1241-L11569

Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah rumah rakyat miskin tegar di seluruh negara akan dibaik pulih oleh Kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

14. PN-1241-L11775

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mengapa Kementerian masih lagi memberi perlindungan kepada kereta nasional, Proton sedangkan ia tidak kompetitif, malah mengalami kerugian tahun demi tahun dan ditanggung oleh rakyat.

15. PN-1241-L11948

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan tahap dan kerjasama pertahanan di kalangan negara ASEAN khususnya hasil daripada beberapa isu tuntutan yang bertindih sebelumnya.

16. PN-1241-L11802

Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah Kementerian berpuas hati mengenai etika berpakaian artis Malaysia jika dibandingkan dengan artis negara jiran sama ada Singapura atau pun Indonesia.

17. PN-1241-L12158

Tuan Lee Cheam Choon minta PERDANA MENTERI menyatakan terdapat sebilangan kecil pegawai Kerajaan yang sentiasa membelakangi konsep 1Malaysia yang disarankan oleh YAB. Perdana Menteri. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap mereka ini.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

4

18. PN-1241-L11449 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang untuk membina makmal khas sistem amaran banjir memandangkan negara sering menghadapi bencana banjir yang teruk.

19. PN-1241-L11910

Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian telah meluluskan permohonan penempatan semula dan pembangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk mengatasi peningkatan permintaan khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

20. PN-1241-L11762

Dato' Azian bin Osman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan nilai tanah di kawasan pembangunan utama Lembah Klang yang dijangka meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang susulan daripada pelaksanaan projek Aliran Transit Massa (MRT).

21. PN-1241-L11965

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan pelajar-pelajar mengikut pecahan kaum yang ditaja oleh Kerajaan bagi mempelajari Bahasa Mandarin di Negara China.

22. PN-1241- L12044

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi melindungi peralatan telekomunikasi telefon mudah alih GSM (Maxis, Celcom, Digi) yang kini sentiasa dibawa oleh pegawai-pegawai Agensi Penguatkuasaan seperti PRDM, SPRM, JPJ, KDRM, Jabatan Imigresen, KPDNKK dan lain-lain daripada intipan (intercepted) oleh penyeludup, penjenayah dan pengintip.

23. PN-1241-L11552

Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi menjamin dalam meningkatkan akses pengguna kepada perlindungan insurans kenderaan pada kadar premium yang lebih berpatutan, perkhidmatan yang cekap serta mendapat pampasan lebih awal.

24. PN-1241-L11892

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah drama, drama bersiri, dokumentari serta telemovie Tamil yang disiarkan di stesen televisyen RTM pada masa ini dan apakah perancangan pihak Kementerian bagi menarik minat orang ramai terhadap rancangan di RTM kerana seolah-olah stesen televisyen swasta lebih menjadi pilihan ramai.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

5

25. PN-1241-L11441 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di jalan raya dan lebuh raya terutamanya pada musim cuti sekolah dan perayaan.

26. PN-1241-L11891

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah FDI yang telah dicatatkan semenjak tahun 2009 dan apakah prospek serta sasaran Kerajaan bagi tempoh 5 tahun yang akan datang.

27. PN-1241-L12182

Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah projek yang diberikan kepada kontraktor dari tahun 2000 hingga 2010 melalui tender terbuka, selektif dan runding terus. Apakah kriteria diambil kira dalam pemberian projek secara tender selektif dan runding terus.

28. PN-1241-L12195

Tuan Boon Som a/l Inong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha-usaha Kerajaan untuk meningkatkan taraf sosial masyarakat Siam di negara ini kerana hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di luar bandar dan terlibat dengan aktiviti pertanian seperti menoreh getah dan menanam padi.

29. PN-1241-L12097

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah wang KWSP yang tidak dituntut sejak 20 tahun hingga kini dari akaun kaum India. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian agar jumlah ini dapat diserahkan kepada waris dan jika segala usaha ini gagal adakah Kementerian bercadang agar jumlah wang ini dapat disalurkan kembali kepada pembangunan kaum India seperti, bantuan pendidikan, perniagaan dan pembangunan masyarakat di negara ini.

30. PN-1241-L12037

Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta PERDANA MENTERI menyatakan kelebihan konsep Project Delivery Partner (PDP) di dalam projek pembinaan MRT di Lembah Klang.

31. PN-1241-L12165

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimanakah keberkesanan Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-kanak yang dinamakan NUR Alert setakat ini, semenjak ianya diwujudkan melalui Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

6

32. PN-1241-L11821 Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-

(a) langkah-langkah segera di luar kotak untuk mengatasi

rungutan ibu bapa, warga pendidik sendiri dan majikan yang tidak berpuas hati dengan kualiti, pengetahuan, sikap dan keterampilan para pelajar kita sekalipun mereka telah lulus dengan cemerlang di peringkat masing-masing seperti PMR, SPM dan Ijazah; dan

(b) langkah-langkah baru untuk memperbaiki ekosistem

sekolah dan memberhentikan pendekatan 'moving the goal post' iaitu menganjakkan markah lulus (passing marks) kerana ia merupakan antara sebab utama yang 'menutup' kualiti sebenar pelajar yang rendah.

33. PN-1241-L11816

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan peruntukan undang-undang dan peraturan yang membenarkan penggunaan tayar celup yang kerap kelihatan bertaburan di jalan raya dan juga lebuh raya yang mengancam keselamatan pengguna lain.

34. PN-1241-L12099

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan unit korporat dan komunikasi adalah salah satu unit yang penting dalam mempromosikan hasil dan usaha Kerajaan dalam mempromosikan agenda Kerajaan, apakah langkah-langkah yang diambil bagi memantapkan unit ini di semua agensi Kerajaan dan adakah unit-unit ini diutamakan dalam merangka atau perincian bajet unit-unit sedemikian.

35. PN-1241-L12121

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kementerian mempunyai satu sistem rating untuk membuat penilaian terhadap prestasi Institut Pengajian Tinggi Awam dan apakah terdapat sebarang bentuk persaingan prestasi antara IPTA.

36. PN-1241-L11969

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan statistik tentang aduan mengenai perkhidmatan Pos Malaysia yang kurang efisien dan Pos Laju yang tidak laju serta langkah-langkah drastik yang diambil bagi meningkatkan imej GLCs tersebut.

37. PN-1241-L11838

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan anggota lembaga SPAD, asas latar belakang kepakaran dan pengalaman mereka yang terlantik, serta apakah Kementerian bercadang untuk melibatkan secara langsung wakil masyarakat untuk memberikan keseimbangan dan ketelusan dalam perancangan menyeluruh SPAD.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

7

38. PN-1241-L11419 Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi mengelak daripada wanita terus dieksploitasi dalam iklan-iklan untuk kepentingan komersial.

39. PN-1241-L11534

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-

(a) apakah analisis kos faedah bagi Program Kembali

Bekerja atau Return to Work (RTW) dan adakah program ini memberi manfaat kepada ahli dan PERKESO. Berapakah pegawai baru yang telah dilantik untuk mengendalikan program ini dan bagaimana pula dengan tahap pengetahuan dan pencapaian mereka serta kenaikan kos pentadbiran akibat program berkenaan; dan

(b) berapakah perunding yang terlibat untuk memberi

perkhidmatan dalam program ini dan berapakah amaun yang telah dibayar sejak tahun 2009. Adakah program ini juga melibatkan pekerja di Sabah dan Sarawak.

40. PN-1241-L11815

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status:-

(a) bilangan guru yang sedang berkhidmat di bawah skim J-

QAF; dan (b) rasional mengadakan skim latihan yang mengambil

tempoh 18 bulan dan kajian menaikkan elaun RM1300 semasa tempoh 18 bulan, memandangkan guru J-QAF yang sedang mengajar dalam tempoh tersebut perlu menyewa kediaman.

41. PN-1241-L11734

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah benar Kerajaan berhutang wang subsidi kepada syarikat-syarikat petroleum negara asing seperti Shell dan Exxon Mobil dan berapakah jumlah hutang tersebut yang terkini.

42. PN-1241-L11420

Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang telah menyerahkan kerakyatan mereka (pecahan mengikut komposisi kaum) dan apakah sebab utama mereka berbuat demikian.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

8

43. PN-1241-L11570 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah Kerajaan bagi mengawal penipuan kad kredit melalui telepemasaran dan nyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan maklumat pengguna tidak dibocorkan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu.

44. PN-1241-L11652

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah aliran masuk pelaburan asing (FDI) ke Malaysia. Nyatakan juga sektor-sektor dan jumlah projek yang diluluskan serta jumlah pelaburan dalam sektor berkenaan.

45. PN-1241-L12199

Tuan Boon Som a/l Inong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan dan senarai Persatuan Siam di negara ini yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sejak tahun 2000.

46. PN-1241-L11662

Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil dalam menghadapi pengurangan pelabur dari Jepun ekoran musibah yang berlaku di negara itu baru-baru ini.

47. PN-1241-L11694

Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jenis-jenis bantuan yang disalurkan kepada keluarga miskin dan kurang upaya melalui program e-Kasih.

48. PN-1241-L12174

Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bahawa pada 1 Mac 2011, Menteri Pertahanan Jerman, Mr. Karl-Theodor zu Guttenberg telah meletakkan jawatan berikutan pendedahan bahawa tesis PhD yang dibuat pada 2006 telah meminjam dari orang lain. Pihak universiti yang telah menganugerahkan ijazah itu kepada beliau telah membatalkan ijazah PhD tersebut. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan ketulenan ijazah PhD yang telah dianugerahkan kepada rakyat Malaysia dan sama ada bank data telah diwujudkan bagi memantau pencapaian mereka.

49. PN-1241-L12145

Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan atau langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian dalam membantu ibu tunggal untuk berdikari dan tidak lagi bergantung pada bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

9

50. PN-1241-L11982 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) jumlah pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) negara

mengikut prosedur sektor-sektor penting negara dari tahun 2000 hingga 2010; dan

(b) apakah program yang dilaksanakan oleh Kementerian

bagi memastikan kilang-kilang di negara ini melakukan pengurangan pelepasan GHG.

51. PN-1241-L11811

Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kementerian berhasrat untuk menimbangkan pemberian tunai kepada petani-petani di seluruh negara, sepertimana yang kaum nelayan dapat, tanda pengiktirafan golongan yang menyediakan makanan ruji untuk rakyat Malaysia.

52. PN-1241-L11954

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sekiranya Kementerian menyedari bahawa "kelemahan berbahasa" (penguasaan bahasa untuk keperluan komunikasi harian, keperluan akademik dan keperluan pengucapan budaya tinggi yang lebih konsepsual sifatnya) di kalangan para pelajar dan graduan-graduan dan masyarakat awam kita tidak terbatas kepada kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris sahaja, malah juga kelemahan penguasaan Bahasa Malaysia itu sendiri. Sehubungan itu adakah Kementerian berhasrat untuk melaksanakan kajian yang bersungguh-sungguh dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca dan mencari penyelesaian masalah kelemahan berbahasa tersebut.

53. PN-1241-L11752

Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah wujud perancangan untuk menyemak semula pemberian elaun bulanan kepada semua kategori penerima bantuan daripada Kementerian.

54. PN-1241-L11461

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah dan insentif Kementerian bagi meningkatkan daya saing syarikat tempatan melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi.

55. PN-1241-L12179

Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permohonan kewarganegaraan yang telah diluluskan dari 1990-2010 dan diberi kepada pendatang yang berasal dari Filipina dan Indonesia yang datang ke Sabah dalam tahun 1970an dan 1980an dan kriteria bagi kelulusan tersebut.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

10

56. PN-1241-L11773 Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa isteri-isteri anggota tentera dan polis diberi undi pos sedangkan mereka memegang kad pengenalan awam seperti rakyat biasa.

57. PN-1241-L11879

Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Pasukan Gerakan Am Batalion 3 dan 18 PGA Pasukan Polis Orang Asli yang dahulunya dikenali sebagai PPH Senoi Praaq. Adakah Kementerian bercadang untuk menambah bilangan anggota di kalangan Orang Asli yang berkelayakan kerana pasukan ini amat penting untuk dikekal dan diperkasakan.

58. PN-1241-L12123

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah tenaga kerja yang diperlukan negara mengikut sektor/bidang dalam tempoh lima tahun akan datang dan adakah terdapat sebarang penyelarasan kursus pengajian di IPT dan jumlah pelajar mengikut bidang terbabit dengan jangkaan kehendak pasaran.

59. PN-1241-L11489

Puan Doris Brodie minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan nisbah peningkatan peratusan wanita di Sarawak bagi 10 tahun terkini (2000 - 2010) dalam kumpulan pembuat keputusan (decision making group).

60. PN-1241-L12139

Dato' Daljit Singh Dalliwal minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana kita dapat menyokong keharmonian beragama tanpa menyinggung perasaan orang lain yang tidak menganuti agama yang sama. Selari dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB. Perdana Menteri, penerimaan pluralisme dalam bahasa keagamaan dan tradisi budaya masyarakat kita perlu dipelihara.

61. PN-1241-L11984

Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pelaburan dan pinjaman yang diberikan oleh PETRONAS dan KWSP, berikan jumlah pelaburan dan pinjaman itu masing-masing mengikut sektor dan syarikat-syarikat yang terlibat.

62. PN-1241-L11669

Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah tiada perancangan untuk membina sebuah pusat pengajian atas sekolah berasrama penuh di Parlimen Gua Musang yang sekarang ini tiada satu pun di Gua Musang.

63. PN-1241-L11480

Tuan Ng Fook Heng minta PERDANA MENTERI menyatakan prestasi KPI semua Kementerian yang berkaitan.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

11

64. PN-1241-L11856 Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah kejayaan program meningkatkan kualiti perkhidmatan bidang perguruan untuk mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015.

65. PN-1241-L11553

Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah program transformasi berkaitan peranan angkatan tentera pada waktu aman khususnya untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat awam.

66. PN-1241-L11641

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jenis barangan yang diberikan subsidi oleh Kerajaan dan berapakah tanggungan Kerajaan setiap tahun. Apakah Kementerian mengurangkan atau menambah subsidi yang baru terhadap beberapa barangan. Jika ada, nyatakan.

67. PN-1241-L11490

Puan Doris Brodie minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perancangan Kementerian untuk membaik-pulih dan menaik taraf laluan sepanjang 50km di Jalan Selangau - Mukah yang terpaksa digunakan sebagai laluan utama oleh puluhan ribu penduduk sekitar walaupun keadaan fizikalnya amat daif.

68. PN-1241-L11492

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah bayaran tunai daripada hasil wang ihsan yang telah diagihkan kepada rakyat di Kelantan dan Terengganu dari tahun 1999 sehingga 2011 dan sejauh manakah ia diberikan atas nama projek pembangunan dalam tempoh tersebut kepada rakyat.

69. PN-1241-L12079

Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah pihak Kementerian masih lagi kekurangan peruntukan untuk membina baki rumah PPR di Kuala Lumpur. Tidakkah Kementerian sedar kelewatan pembinaan ini akan menjejaskan pelaksanaan NKRA dalam meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah sekali gus melambatkan pemilikan hartanah rakyat berpendapatan rendah di kawasan bandar.

70. PN-1241-L11728

Tuan Khoo Soo Seang minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terkini mengenai bilangan penduduk serta bilangan penduduk berusia 60 tahun tahun ke atas di setiap negeri dan wilayah mengikut kaum.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

12

71. PN-1241-L11889 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah statistik kes buli dan masalah disiplin di institusi pendidikan termasuk sekolah. Apakah tindakan Kementerian ke atas pelajar yang memuatnaikkan klip-klip video buli di laman-laman web seperti Facebook.

72. PN-1241-L11950

Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tidakkah Kementerian bercadang untuk mewujudkan sekolah menengah di Kampung Marak-Perak, Kota Marudu, Sabah memandangkan keperluannya yang amat ketara.

73. PN-1241-L11783

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh mana Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) memberi impak dalam sektor pemborongan dan peruncitan sejak diperkenalkan melalui Bajet 2011 dan apakah manfaatnya kepada rakyat setelah Kerajaan memperuntukkan RM73 juta untuk program ini.

74. PN-1241-L11927

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah Kementerian bersedia untuk meminda Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang sebahagiannya tidak mesra pekerja dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk memastikan golongan pekerja terbela.

75. PN-1241-L11706

Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah pandangan Kementerian terhadap jumlah perkhidmatan rumah urut dan refleksologi yang semakin meningkat tanpa keperluan yang munasabah dan kebanyakannya tidak berlesen dikesan.

76. PN-1241-L12209

Tuan Boon Som a/l Inong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan rakyat Malaysia berketurunan Siam yang telah meninggal dunia akibat penyakit HIV dan yang sedang menghidapnya untuk tempoh 2008 hingga 2009. Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah ini.

77. PN-1241-L11993

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan Malaysia terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat serta sekutunya (Perancis dan Britain) yang melancarkan serangan ke atas Libya sedangkan Kesatuan Negara-negara Afrika yang disokong oleh beberapa buah negara dari Amerika Latin sedang menjalankan usaha mereka untuk pelan damai bagi rakyat Libya.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

13

78. PN-1241-L11425 Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status terkini Malaysia International Tuna Port Sdn. Bhd. (MITP). Berapa jumlah pelaburan Kerajaan dalam perniagaan ini.

79. PN-1241-L11944

Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah jadual pelan tindakan Kementerian untuk memperbaiki atau mengganti sekolah-sekolah yang usang di Sabah seperti mana telah diauditkan oleh Kementerian.

80. PN-1241-L11966

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang akan diambil terhadap individu-individu atau kelompok-kelompok tertentu yang menggunakan saluran media alternatif bagi mengapi-apikan semangat perkauman berhubung isu novel Interlok.

81. PN-1241-L11718

Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha-usaha yang boleh dijalankan oleh Kementerian dalam memastikan bahawa dewan orang awam dan balai raya milik Kerajaan diurus dan diselenggarakan dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

82. PN-1241-L12141

Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan bagaimana untuk mengatasi gangguan burung gagak di Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan tempat-tempat tarikan pelancong lain yang menjejaskan aktiviti perniagaan dan pelancongan.

83. PN-1241-L11620

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kemelut yang mengelilingi isu novel Interlok dan apakah usaha-usaha Kementerian untuk mendidik rakyat supaya menghormati karya sastera dan memahami kepentingan sastera dalam pembangunan negara.

84. PN-1241-L11526

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk meminda hukuman pesalah serangan asid dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kerana ia meninggalkan kesan yang amat dahsyat kepada mangsa dari segi fizikal, mental, sosial dan kewangan serta bagaimana Kerajaan dapat mengawal penjualan asid supaya ia tidak disalahgunakan untuk mencederakan orang lain.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

14

85. PN-1241-L11580 Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan berikutan kebocoran loji nuklear di Fukushima, negara-negara seperti Jerman, China dan India telah mengumumkan untuk mengkaji semula perancangan pembinaan loji nuklear di negara masing-masing, dan memandangkan risiko yang amat tinggi sekiranya bencana berlaku serta dengan adanya loji-loji alternatif seperti Empangan Bakun, adakah Kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan untuk mengkaji semula keputusan untuk meneruskan pembinaan loji nuklear di negara ini.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

15

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati

Binti Tan Sri Dato' Seri Onn dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara

Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (19 April, 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011. [ Kementerian Kewangan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010. [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4. (D.R. 43/2010)

Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010. [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

5. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

6. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

7. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

16

8. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 [ Perdana Menteri ]

9. PN-1241-U12213 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YAB. Perdana Menteri kerana keberkesanan dan kejayaannya memimpin dan menakhodakan negara melalui transformasi berlandaskan empat tunggak utama iaitu Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA, Program Transformasi Ekonomi berteraskan Model Baru Ekonomi negara, dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan ke 11 berjaya membawa perubahan dan wajah baru dalam semua bidang kehidupan. Kejayaan pimpinan YAB. Perdana Menteri juga boleh dilihat melalui pencapaian ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan pesat ekonomi pada kadar 7.2 peratus pada tahun 2010 berbanding penguncupan 1.7 peratus pada tahun 2009. Manakala indeks Bursa Malaysia telah mencatat paras tertinggi melebihi 1570 mata. Pelaburan asing dalam sektor pembuatan juga meningkat kepada RM29.1 bilion pada tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak 31.7 peratus. Adalah diramalkan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini melebihi daripada 6 peratus. Perdagangan luar juga meningkat sebanyak 18.3 peratus kepada RM1.2 bilion berbanding RM988.2 bilion pada tahun 2009. Pimpinan beliau juga berjaya meletakkan Malaysia di tangga ke 10 dalam Laporan Daya Saing Dunia 2010 menjadikan imej negara semakin diyakini. Di bidang pelancongan, Malaysia menduduki tangga ke 9 dalam senarai Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2009 diramal terus melonjak naik. Dari segi keselamatan Malaysia berada di tempat kedua terbaik di Asia dan 22 di dunia. Penurunan indeks jenayah sebanyak 15 peratus dan jenayah jalanan sebanyak 35 peratus pada tahun 2010 merupakan satu pencapaian memberangsangkan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri. Kemiskinan juga dapat dikurangkan daripada 44,000 ketua isi rumah miskin tegar yang dikenal pasti pada tahun 2010 kepada hanya 100 sahaja. Kadar pengangguran juga berada dalam tahap paling minima iaitu dalam lingkungan 3.5 peratus yang disifatkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sifar pengangguran (mana-mana negara yang kadar penganggurannya 4 peratus dan ke bawah adalah sifar pengangguran). Pendapatan isi per kapita berjaya diperoleh dari RM22,345 pada tahun 2007 kepada RM26,355 pada tahun 2010 dan dijangka meningkat kepada RM27,950 pada tahun 2011. Diramalkan akan melebihi RM50,000 menjelang 2020.YAB. Perdana Menteri juga berhasil memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku untuk generasi muda berumur 35 tahun ke bawah dan membina beribu-ribu unit rumah baru untuk rakyat.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

17

Kejayaan pimpinan beliau boleh dilihat daripada hasil lawatan-lawatan keluar negara jiran, Timur Jauh, Timur Tengah, Amerika Syarikat, Eropah, Turki, Australia, Rusia dan lain-lain di mana banyak pelaburan berjaya di bawa balik di samping mengeratkan hubungan dua hala. Kejayaan pimpinan beliau juga boleh dilihat hasil dari keputusan pilihan raya kecil di 16 tempat (Parlimen dan DUN) di seluruh negara. Sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri semakin ketara, kuat dan meyakinkan. Sebenarnya kejayaan kepimpinan sangat luas dan bayak termasuk dalam bidang-bidang yang lain seperti agama, pelajaran, perpaduan, sosial, budaya, pembangunan, sains, teknologi, angkasa di samping politik, ekonomi dan pentadbiran. Sewajarnya kita merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YAB. Perdana Menteri yang berjaya melakukan perubahan, pembaharuan dan kejayaan seperti yang kita nikmati sekarang di bawah ilham besar beliau iaitu 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. YAB. Perdana Menteri, kami bersyukur atas nikmat kemakmuran, keselamatan dan keamanan yang dikecap selama ini. Kami yakin Malaysia berada di landasan yang betul untuk memenuhi hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selamat memimpin dan menakhodakan negara.”

[ Perdana Menteri ] 10. PN-1241-U12214

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan supaya Majlis Amanah Rakyat (MARA) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri agar agenda memartabatkan dan memperkasakan masyarakat peribumi menjadi lebih berkesan, efisien dan pantas dalam mencapai matlamat penubuhannya. Ianya juga selaras dengan YAB . Perdana Menteri dalam usaha mengadakan Pelan Transformasi Kerajaan (PTK) dan Pelan Transformasi Ekonomi (PTE) dalam melahirkan profesional, cerdik pandai, usahawan dan menengah Bumiputera yang masih ketinggalan di belakang. Transformasi ini juga mempermudahkan MARA membawa suara hati masyarakat Melayu secara langsung ke pengetahuan pemimpin nombor satu negara demi menjamin MARA kekal relevan pada masa hadapan. Transformasi ini juga mengharapkan peranan dan fungsi MARA akan berubah bukan hanya terhad kepada memberi pinjaman dan memilih pelajar-pelajar yang cerdik cemerlang sahaja bagi meneruskan pelajaran mereka di MRSM dan kolej-kolej MARA TETAPI bergerak dalam skop yang lebih luas dan besar sebagaimana matlamat asal penubuhannya dalam tahun 1966 (RIDA) terutama dalam melahirkan usahawan-usahawan yang lebih berjaya walaupun telah sekian lama namun adalah disedari bahawa peranan MARA dalam melahirkan usahawan-usahawan dan pengilang masih di tahap yang sangat minima dan rendah. Boleh dikatakan MARA masih gagal melahirkan usahawan bertaraf jutawan.

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

18

Justeru itu, MARA perlu di transformasi kembali, fungsi dan peranan, bidang kuasa, dasar dan hala tuju, peruntukan kewangan, cara dan pendekatannya perlu dirombak atau diubah suai supaya lebih dapat memenuhi keperluan semasa bersifat kontemporari, berdaya saing, dinamik, global dan mampu bersaing dalam kaum-kaum lain serta mempercepat pencapaian Model Baru Ekonomi. Sebagai kesimpulannya, MARA sewajarnya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dipantau secara terus oleh YAB. Perdana Menteri sesuai dengan peruntukan Perlembagaan negara Fasa 152 & 153 yang menegaskan orang Melayu diberi hak dan kedudukan yang sewajarnya dalam bidang pelajaran dan keusahawanan. [ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ]

11. PN-1241-U12215

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah menulis sebuah buku bertajuk "A Doctor in the House: The Memoir of Tun Dr. Mahathir Mohamad". Buku ini amat penting dan bernilai untuk tatapan umum mengenai Tun Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang banyak berjasa serta mencorakkan negara selama 22 tahun. Buku ini juga mengandungi nilai sejarah yang amat penting di samping pembaca juga dapat memperoleh pengajaran dan iktibar amat berharga. Ia amat sesuai dibaca dan dihayati oleh semua orang terutamanya ahli-ahli politik dan mereka yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara. Tulisan Tun Mahathir dalam buku ini membuka rahsia bagaimana beliau membangunkan negara dan mengatasi masalah di samping beberapa tindakan berani dan tegasnya yang telah mampu menyelamatkan rakyat dan negara. Kemunculan buku ini boleh dianggap sebagai satu khazanah ilmu yang amat bernilai sebagai bahan rujukan penting dan bersifat kontemporari dalam sejarah Malaysia baik di masa dulu ataupun akan datang. Saya menganjurkan buku ini dijadikan sebagai teks utama untuk pelajar-pelajar kolej dan universiti dalam beberapa disiplin pengajian yang tertentu. Tahniah dan syabas Tun Dr. Mahathir Mohamad." [ Menteri Pengajian Tinggi ]

12. PN-1241-U12216

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah, syabas dan penghargaan kepada Kelab Putera Malaysia atas keprihatinan dan caknanya menghantar pelbagai misi bantuan ke serata dunia bagi membantu masyarakat tempatan dan antarabangsa yang ditimpa musibah, kemalangan, penderitaan dan penganiayaan. Antaranya ialah Misi bantuan terhadap rakyat Malaysia yang diculik dan dilarikan oleh warga asing ke negara sindiket-sindiket penyeludupan dadah;

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

19

Misi bantuan mangsa-mangsa banjir dalam negara; Misi bantuan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa Tsunami di Acheh, Indonesia; Misi bantuan dan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa gempa bumi rakyat Padang, Sumatera, Indonesia; Misi kemanusiaan banjir di Queensland, Australia; Misi kemanusiaan banjir di Pakistan; Misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin di Gaza; Misi kemanusiaan terhadap rakyat Malaysia dan tempatan akibat gempa bumi di New Zealand; Misi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir (Ops Piramid); Misi bantuan kemanusiaan ke Jepun dan lain-lain bantuan dan pertolongan. Walaupun misi-misi ini dilaksanakan oleh satu badan yang bersifat NGO, tetapi secara langsung ia dapat mewakili dan mencerminkan sifat keprihatinan dan kemanusiaan yang baik lagi mulia dari rakyat keseluruhannya. Sesungguhnya sikap dan amalan Kelab Putera adalah satu model golongan muda yang perlu diteruskan, disokong dan diperkasakan. Saya mengesyorkan Kelab Putera Malaysia dapat menerbitkan majalah, buku, video dan filem mengenai usaha-usaha murni yang telah dijalankan agar menjadi ikutan kepada generasi akan datang. Tahniah dan syabas." [ Perdana Menteri ]

13. PN-1241-U11563

Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undang-undang Kebebasan Maklumat bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati hak untuk mendapatkan maklumat selaras dengan kehendak prinsip-prinsip demokrasi. Hak rakyat untuk mendapatkan maklumat adalah penting bagi membolehkan rakyat untuk memeriksa dan membendung penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan Kerajaan dalam hal-hal pentadbiran Kerajaan terutamanya keputusan-keputusan Kerajaan yang mempunyai implikasi secara langsung dan tidak langsung terhadap rakyat jelata. Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat Dewan Negara ini untuk menampilkan usul penggubalan undang-undang bagi tujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran dan hal-hal Kerajaan terutamanya dalam proses membuat keputusan-keputusan sejajar dengan prinsip demokrasi (participatory democracy) dan kepentingan awam (public interest). Rakyat Malaysia mengalu-alukan satu Kerajaan yang telus dan bertanggungjawab maka penggubalan undang-undang ini adalah mustahak. Undang-undang ini akan membenarkan akses kepada dokumen-dokumen sesebuah agensi Kerajaan dan dokumen-dokumen rasmi Kementerian Kerajaan. Maka disarankan supaya Kerajaan mengambil serius penggubalan undang-undang ini dan mengambil segala langkah-langkah untuk merealisasikan undang-undang ini di Malaysia yang mana undang-undang begini telah pun diperkenalkan di negara-negara Komanwel yang lain."

[ Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … infrastruktur telekomunikasi dan ICT di Sarawak. 13. PN-1241-L11569 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan

AUM DN 20/4/2011

20

14. PN-1241-U11564 Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undang-undang Perhubungan Kaum (Race Relations Act) bagi menyingkirkan diskriminasi perkauman di sektor awam, swasta, di dalam bidang pelajaran di peringkat universiti dan matrikulasi, di dalam proses pengambilan tender Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri dan Kerajaan tempatan. Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk mempromosikan perhubungan perkauman yang baik dan sihat antara semua kaum di Malaysia dengan menyingkirkan ketidakseimbangan perkauman dan diskriminasi. Oleh itu, disarankan supaya Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap gejala diskriminasi dan ketidakseimbangan perkauman dalam sektor-sektor ini. Undang-undang ini boleh dikuasakan dan diberi mandat untuk memastikan bahawa agensi-agensi Kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan tempatan, syarikat-syarikat swasta, syarikat-syarikat GLC Kerajaan dan institut pengajian tinggi tempatan (IPT) memperkenalkan program race equality yang berdasarkan merit dalam semua aspek pekerjaan terutamanya dalam aspek pengambilan tenaga kerja dan pengambilan pelajar, promosi, latihan dan peluang pembelajaran di dalam negeri dan di luar negara. Dalam masa yang sama Kerajaan perlu menubuhkan satu Suruhanjaya Perhubungan Perkauman di bawah undang-undang ini bagi memastikan penguatkuasaan dan implikasi undang-undang perhubungan perkauman." [ Perdana Menteri ]