kasihilah sesama kita - necf

40
Kasihilah Sesama Kita Kasihilah Sesama Kita 40-Hari Puasa & Doa 2009 Cahaya Yang Menyinari Bangsa-Bangsa

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kasihilah Sesama Kita - NECF

K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Kasihilah Sesama Kita40-Hari Puasa & Doa 2009

Cahaya Yang Menyinari Bangsa-Bangsa

Page 2: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

C A T A T A N :

Buku doa ini seharusnya digunakan bersama dengan Alkitab anda.

Semua pokok doa merupakan panduan sahaja.

Semoga Roh Kudus memimpin anda sepanjang 40-Hari Puasa & Doa.

“Orang itu menjawab, ‘Kasihilah Tuhan Allahmu dengan

sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala

kekuatanmu, dan dengan seluruh akalmu’; dan ‘Kasihilah

sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri’. ”

(Lukas 10:27)

Page 3: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

KANDUNGAN

Kata Pengantar – Rev. Eu Hong Seng .................................................................................... 4

Fikiran Seorang Pemimpin Gereja – Tan Kong Beng .............................................................. 6

Mesej Penyunting ................................................................................................................. 7

Orang Melayu ....................................................................................................................... 8

Orang Cina ............................................................................................................................ 9

Orang India ......................................................................................................................... 10

Pendatang Asing ................................................................................................................. 11

Penduduk Asli Minoriti ........................................................................................................ 12

Persiapan Hati .................................................................................................................... 14

Cahaya Yang Menyinari Bangsa-Bangsa – Sam Ang ............................................................ 15

Minggu 1: Hari 1–4 Berkumpul Untuk Mengasihi Sesama Kita ........................................................................... 16

Cahaya Yang Menyinari Bangsa-Bangsa – Rev. Elisha Satvinder .......................................... 18

Minggu 2: Hari 5–11 Hidup Untuk Mengasihi Sesama Kita ................................................................................... 19

Cahaya Yang Menyinari Bangsa-Bangsa – Baru Bian ........................................................... 22

Minggu 3: Hari 12–18 Rumah Bagi Orang Yang Tiada Tempat Tinggal: Membawa Kasih Kepada Sesama Kita ................................................................................. 24

Cahaya Yang Menyinari Bangsa-Bangsa – Loh Seng Kok ...................................................... 27

Minggu 4: Hari 19–25 Memelihara Demokrasi: Mengasihi Sesama Kita Melalui Penglibatan di Peringkat Kebangsaan ................................ 28

Minggu 5: Hari 26–32 Transparensi, Kebenaran dan Pemerintahan: Mengasihi Sesama Kita Melalui Kebertanggungjawapan .................................................... 31

Minggu 6: Hari 33–40 Gereja Bagi Negara: Mencintai Negara Kita! ........................................................................ 34

Penyelaras Bersama Bandar Raya ........................................................................................ 37

Page 4: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Dalam ajaran Yesus, hubungan kita dengan sesama tidak boleh dipisahkan daripada hubungan kita dengan Tuhan. Kasih akan Tuhan dan kasih kepada sesama manusia merupakan dua sisi bagi panggilan yang sama.

Di situ ada seorang guru Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Dia melihat bahawa Yesus telah menjawab soalan orang Saduki dengan baik. Oleh itu dia bertanya kepada Yesus, “Perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?” Yesus menjawab, “Inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa. Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwa-mu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.’ Perintah yang kedua ialah, ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Tiada lagi perintah lain yang lebih utama daripada kedua-dua perintah ini.” (Markus 12:28-31 Alkitab BM)

Yesus juga menceritakan perumpamaan Orang Samaria yang Baik Hati untuk meng-gambarkan ertinya mengasihi sesama manusia dengan sungguh. Orang Yahudi dan orang Samaria telah bermusuhan selama beratus-ratus tahun. Orang Yahudi dalam masyarakat Yesus menganggap orang Samaria tidak bersih secara agama, orang yang dihina masyarakat, dan penganut ajaran sesat. Namun, orang Samaria tersebut berbelas kasihan kepada orang yang telah dirompak dan dipukul. Dengan murah hati orang Samaria itu memberi masa serta wangnya untuk membantu orang Yahudi, iaitu seorang bangsa asing dan musuh dari negara lain. Dalam perumpamaan ini, Yesus mencabar kita: “Pergilah dan lakukan hal yang sama” (TLB).

Dalam banyak khutbah dan perumpamaan-Nya, Yesus hendak menanggalkan sikap mementingkan diri dan keduniaan daripada kita, dan menciptakan keinginan ikhlas untuk melakukan kebajikan bagi sesama manusia.

KATA PENGANTAR

Kasihilah Sesama Kita – Cahaya Yang Menyinari Bangsa-Bangsa

Page 5: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Kita mesti mengamalkan iman kita; kita harus “melakukan hal yang sama” seperti yang diperintahkan-Nya. Berikut adalah beberapa cara praktikal untuk mengasihi sesama manusia:

♥ Hadirkan diri Kita semua melalui masa pengujian atau kesukaran dan pada masa itulah kita sangat

memerlukan seorang teman, dan sering kali itulah masanya kita mengetahui siapa yang benar-benar mempedulikan kita dan menganggap kita penting. Kasihilah sesama dengan menghadirkan diri apabila mereka memerlukan anda.

♥ Memberi Gereja-gereja boleh memulakan pelayanan kepada orang miskin dalam masyarakat. Anda

boleh menyumbang kepada tabung ini dan yakin bahawa wang itu digunakan dengan bijak. Perbuatan baik memerlukan kewangan, oleh itu berilah dengan murah hati kepada pelayanan ini.

♥ Ringankan beban mereka Kadangkala kita merasa terlalu tertekan oleh tanggungjawab dan beban kerja yang berat.

Tunjukkan kasih dengan menawarkan diri untuk memikul beberapa bebanan sesama anda, walaupun untuk sekejap sahaja agar mereka dapat berehat sebentar.

♥ Berfikir secara praktis Bolehkah kita membantu dengan menyediakan pengangkutan, membeli keperluan

dapur, membuat kerja pembaikan dan penyelenggaraan, dan sebagainya?

Apabila kita benar-benar mengasihi sesama manusia, cahaya kita akan bersinar di hadapan manusia dan mereka akan memuliakan Bapa kita di syurga. Ini akan menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik, dan kita pun mendapat kepuasan dalam hidup.

Rev. Eu Hong SengPengerusi, Majlis NECF MalaysiaJulai 2009

Page 6: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Kehidupan di Malaysia agak tergoncang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan terutamanya sejak 8 Mac tahun lalu. Banyak segi kehidupan di Malaysia mengalami tekanan dan ketegangan, dan tiada satu pun institusi kita yang terkecuali dalam hari-hari yang mencabar ini.

Mungkin kita boleh mendapat beberapa jawapan daripada nabi-nabi Perjanjian Lama tentang bagaimana kita harus berdoa dan hidup pada hari ini. Salah seorang nabi tersebut ialah Yeremia yang telah dilantik menjadi jurucakap Tuhan kepada bangsa-bangsa dan kerajaan untuk “mencabut dan menjatuhkannya, untuk membinasakan dan menggulingkannya, untuk membina dan menegakkannya” (Yer. 1:10). Tugas pertama Yeremia adalah “untuk mencabut dan menjatuhkannya, untuk mem-binasakan dan menggulingkannya”, iaitu pemikiran manusia yang munafik kerana memilih untuk hidup tanpa Tuhan dan “membuat dan menyembah berhala-berhala” (Yer. 1:16). Ini bermula dengan raja-raja, pegawai pemerintah, badan keagamaan dan pemilik harta (Yer. 1:18). Mereka memilih untuk hidup bagi diri sendiri dan mengambil kesempatan atas orang lain – orang miskin, balu dan anak yatim, orang tidak berupaya, dan orang lain. Yeremia menunjukkan bagaimana mereka melupakan Tuhan. Tugas Yeremia yang positif adalah untuk membina dan menegakkan. Yeremia memanggil orang Yehuda untuk kembali kepada Tuhan dan membangun masyarakat yang salih dan adil. “Membina” dan “menegakkan” merujuk kepada suatu proses jangka panjang untuk melakukan maksud Tuhan bagi negara kita. Perkhabaran utama daripada nabi-nabi adalah Tuhan sentiasa berpihak pada orang yang dihina dan ditindas. Dia sentiasa menghendaki umat-Nya untuk mengamalkan keadilan Tuhan dalam kehidupan mereka. Singkatnya, para nabi menggesa orang untuk mengasihi sesama kita manusia! Semasa kita menghadapi ketidakpastian yang berlaku pada zaman kita kerana perbuatan kita yang mencari kepentingan diri sendiri, marilah memperhatikan pemberitaan Yeremia yang memanggil orang supaya kembali kepada Tuhan dan jalan-Nya, dan bekerjasama untuk mewujudkan Malaysia yang adil, pengasih dan penyayang apabila kita melibatkan diri dalam doa dan pembangunan negara.

Tan Kong BengSetiausaha EksekutifChristian Fellowship of MalaysiaSebelum Lent 2009

FIKIRAN SEORANG PEMIMPIN GEREJA

Page 7: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Dan siapakah jiran saya? Itulah soalan yang diajukan oleh guru Taurat kepada Yesus (Luk. 10:29) yang memberi kesempatan kepada Yesus untuk memberitahu cerita yang kini dikenali sebagai Perumpamaan Orang Samaria yang Baik Hati. Pada hari ini, mungkin ada orang yang mengajukan soalan yang sama dengan

soalan guru Taurat dan Perumpamaan itu juga memberi gambaran yang jelas tentang siapa sesama kita. Adakah sesama kita itu merupakan kumpulan orang yang di sekeliling kita, dalam kawasan kita, dalam masyarakat kita dan di dunia? Atau adakah mereka merujuk kepada orang yang belum dijangkau dan belum diinjili atau orang yang paling kurang dijangkau di seluruh dunia? Atau adakah mereka orang yang paling diabaikan dan disisihkan daripada masyarakat dan komuniti kita? Soalan ini dan soalan lain yang berkaitan di dalam dunia global dan saling berhubungan dalam segala hal dengan orang lain daripada setiap budaya, dialek dan bahasa di sekeliling kita. Dari sudut pandangan Alkitab, Perumpamaan itu menunjukkan dengan jelas bahawa sesama kita adalah siapa sahaja yang ada keperluan. Ini merangkumi “orang yang mudah terdedah pada bahaya, orang tidak berupaya, orang miskin, orang yang ditindas dan mangsa diskriminasi kaum”.1

Bagi tujuan buku doa ini, kami akan menonjolkan perkara berikut untuk didoakan bersama: • Kumpulan etnik – Melayu, Cina dan India menurut bilangan penduduk dan statistik • Penduduk penghijrah dan anggaran peratusan bilangan • Orang miskin dan terpinggir menurut anggaran peratusan bilangan Kami berharap agar perkara-perkara yang ditonjolkan di sini dapat memberi maklumat yang sesuai kepada Gereja dan didoakan dengan pemahaman tentang beberapa golongan orang, dan dalam kalangan mereka banyak keperluan sering diabaikan, lalu dilupakan. Dengan doa daripada setiap orang, kita percaya bahawa Tuhan akan menggerakkan kita supaya berbelas kasihan dan bertindak dengan kasih, dengan itu mengikut teladan Kristus yang prihatin terhadap kebajikan dan hal ehwal semua dalam usaha dan sumbangan kita kepada wawasan Kristian bagi masyarakat majmuk-sivil dalam konteks Malaysia.

Eugene Yapp & Lucrece LooBuku 40-Hari Puasa & Doa 2009Julai 2009

MESEJ PENYUNTING

1 Laporan Konferensi “Gereja, negeri dan pembangunan negara di Hong Kong semasa Misi sebagai Transformasi: Teologia untuk keseluruhan Injil”, eds., Vinay Samuel dan Chris Sugden. (Oxford: Regnum, 1999), 466

Page 8: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Orang Melayu pada mulanya dipengaruhi agama Hindu. Ini dapat dilihat dalam beberapa segi budaya dan kehidupan mereka. Sebelum kedatangan agama Islam, selama berabad-abad orang Melayu hidup di bawah pemerintahan raja-raja Hindu. Ketika agama Islam dibawa ke Malaysia oleh pedagang-pedagang Arab dan India,

Kesultanan Melaka menerima agama Islam dan menjadi Muslim sehingga orang Melayu pun memeluk dan mengikut agama Islam dengan tekun. Semua orang Melayu dianggap Islam walaupun tahap ketaatan kepada agama tidak sama. Tanpa mengira asal-usul sejarah, sosio-budaya dan warisan etnik, orang Melayu sebagai satu bangsa mengambil satu takrif secara undang-undang semasa campur tangan British. Takrif rasmi kolonial yang pertama bagi ‘Melayu’ telah ditetapkan di dalam Akta Reservasi Melayu 1913, dan mengklasifi-kasikan orang Melayu sebagai sesiapa yang tergolong dalam bangsa Melayu yang biasa-nya bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa lain di Malaya dan yang menganut agama Islam. Artikel 160 dalam Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang Melayu ertinya sese-orang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu – (a) lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya telah lahir di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut. Kemudiannya, istilah ‘Bumiputera’ digunakan untuk merujuk kepada orang Melayu dan penduduk asli yang lain. ‘Bumiputera’ ini diberi jaminan kedudukan yang istimewa di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi beberapa keistimewaan seperti perkhidmatan awam, bia-siswa, pameran dan keistimewaan pendidikan dan latihan lain yang serupa. Statistik menunjukkan bahawa kini orang Melayu berjumlah kira-kira 13,773,100 juta di negara ini (Penduduk mengikut Kumpulan Etnik, 2007 berdasarkan Banci Penduduk 2000 Terlaras).

ORANG MELAYU

Semua orang Melayu dianggap Islam walaupun tahap ketaatan kepada agama tidak sama.

Page 9: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Penempatan pertama orang Cina berlaku seawal abad ke-13. Bagaimanapun, pada abad ke-15 dalam pelayaran Panglima Cheng Ho yang mengunjungi Melaka, masyarakat Cina mula bertapak di negara ini. Beberapa orang pedagang Cina yang awal mula menetap dan menubuhkan masyarakat kecil sementara yang lain kahwin

campur dengan orang Melayu, dan menghasilkan masyarakat yang akhirnya dikenali sebagai Baba atau Cina Selat. Masyarakat Cina yang awal masing-masing mempunyai ketua yang dikenali sebagai Kapitan Cina yang dilantik oleh Belanda di Melaka dan oleh pemerintah Melayu di tempat-tempat lain. Orang Cina mempunyai tiga kumpulan asas yang dikenal pasti dengan bahasa dan dialek mereka. Hokkien adalah dialek Cina yang paling banyak digunakan oleh orang Cina di Malaysia. Pada mulanya, orang Hokkien adalah keturunan orang Cina yang paling awal menetap di Semenanjung dan kebanyakan mereka berasal dari Wila-yah Fujian (juga disebut Min) di China. Kaum Kantonis merupakan dialek Cina yang kedua besar digunakan dalam kalangan orang Cina di Malaysia. Kebanyakan orang Cina berdialek Kantonis adalah keturunan pen-datang dari wilayah Guangdong dan Guangxi di China pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kumpulan ketiga adalah orang Cina Han yang bertutur dalam bahasa Mandarin. Mereka merupakan kumpulan etnik yang paling besar di dunia, dengan bilangan kira-kira 1.3 bilion. Walaupun kebanyakan mereka tinggal di tanah besar China, ramai dalam kalangan mereka telah berhijrah ke negara-negara lain, dan pada hari ini mereka tinggal di hampir setiap negara di dunia, termasuk Malaysia. Pada hari ini, ramai orang Cina di Malaysia telah mengekalkan budaya dan bahasa mereka dengan tahap kemahiran yang berbeza-beza. Mereka masih mengikut adat resam Cina, terutamanya berkaitan dengan perkahwinan dan keluarga dan mereka telah menubuhkan perniagaan-perniagaan yang berjaya di seluruh negara. Statistik menunjukkan bahawa bilangan orang Cina di Malaysia pada hari ini adalah kira-kira 6,287,900 (Penduduk mengikut Kumpulan Etnik, 2007 berdasarkan Banci Penduduk 2000 Terlaras).

ORANG CINA

Pada hari ini, ramai orang Cina di Malaysia telah mengekalkan budaya dan bahasa mereka dengan tahap kemahiran yang berbeza-beza.

Page 10: Kasihilah Sesama Kita - NECF

10K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Orang Tamil India mula-mula tiba di Tanah Melayu pada abad ke-15 dan menjadi peniaga kain dan rempah yang berjaya. Di bawah pemerintahan British di Malaysia pada abad ke-18 dan ke-19, orang India datang untuk memenuhi keperluan tenaga buruh murah di ladang-ladang tebu dan kopi kepunyaan British. Keperluan pekerja

India semakin meningkat apabila getah diperkenalkan pada tahun 1905. Selepas itu, ramai pekerja Tamil dari Tamil Nadu dan negeri-negeri di sekitarnya di bahagian Selatan India dibawa untuk membina jalan raya dan landasan kereta api atau untuk bekerja di ladang-ladang teh. Kemudian mereka juga diambil untuk bekerja di industri getah dan kelapa sawit. Pada hari ini enam setengah peratus penduduk Malaysia terdiri daripada Tamil India. Sebagaimana yang berlaku di kalangan etnik lain di Malaysia, masyarakat India pun dengan bangganya mengekalkan adat tradisi, bahasa dan agama mereka. Ramai orang keturunan India telah berjaya menceburi segala segi kehidupan di Malaysia dan sebilangan telah menjadi profe-sional, sementara kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh kasar. Ketika industri perkilangan dan perkhidmatan menggantikan pertanian, ramai buruh kasar kehilangan pekerjaan dan mata pencarian mereka terjejas dengan teruk. Oleh sebab pilihan kerja tidak banyak, ramai orang keturunan India mengalami pengasingan dan diperalat oleh orang lain. Bagaimanapun, ada juga yang terlibat dalam kegiatan per-niagaan dan berjaya, terutama orang India Muslim. Pada hari ini, orang keturunan India merupakan kaum yang terkecil antara tiga kum-pulan etnik di Malaysia dan anggaran bilangan mereka adalah 1,883,900 (Penduduk mengikut Kumpulan Etnik, 2007 berdasarkan Banci Penduduk 2000 Terlaras).

ORANG INDIA

Masyarakat India pun dengan bangganya mengekalkan adat tradisi, bahasa dan agama mereka.

Page 11: Kasihilah Sesama Kita - NECF

11K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

PENDATANG ASING

Ramai pendatang asing di Malaysia terdiri daripada pekerja asing yang bekerja di beberapa sektor berkaitan dengan ekonomi negara seperti di lapangan terbang, hotel, restoran, klinik, pembinaan, perkilangan, perkhidmatan dan sektor per-ladangan serta stesen minyak. Kini mereka dianggap tenaga kerja yang sangat

diperlukan di negara walaupun kerajaan berusaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja-pekerja tersebut. Sehingga 31 Julai 2006, dilaporkan di Dewan Rakyat bahawa ter-dapat 1,823,431 orang asing dari sekurang-kurangnya 22 negara di Malaysia (Bernama, 11 Sept, 2006). Angka ini telah meningkat dengan cepat dalam dua tahun. Pada tahun 2008, pembantu menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar dilaporkan berkata bahawa terdapat kira-kira 2.01 juta pekerja asing di dalam negara (Sunday Times, 20 Jan, 2008). Di peringkat antarabangsa, menurut “Laporan Penghijrahan Antarabangsa 2002” yang dikeluarkan oleh Bahagian Penduduk Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 175 juta orang penghijrah tinggal di negara bukan kelahiran sendiri, belum termasuk orang yang terpaksa berpindah tempat di dalam negara sendiri. Dengan angka tersebut, kita tidak dapat menafikan fakta bahawa tenaga pekerja asing sudah menjadi sesama kita di dalam negara sendiri! Tuhan telah membawa mereka ke tempat ini dengan tujuan. Memang masyarakat Kristian telah mula menyedari fenomena ini dan ramai yang sudah memulakan pelayanan pendatang asing atau “Diaspora” di kalangan bangsa-bangsa tersebut. Pecahan mudah bagi lima negara atau kumpulan bangsa yang mempunyai tenaga pe-kerja terbanyak di negara ini sehingga 31 Julai adalah seperti berikut (Bernama, 11 Sept, 2006): • Indonesia – 1,172, 990 • Nepal – 199,962 • Pendatang dari India – 130,768 • Vietnam – 96,892 • Bangladesh – 64,156 Angka tersebut mungkin telah meningkat dalam tiga tahun lepas. Selain bilangan pekerja asing yang semakin meningkat, terdapat juga ramai pendatang tanpa izin ke negara ini sehingga memburukkan lagi masalah sosial di dalam negara kita. Dengan itu, bagaimanakah gereja dapat mengambil peranan proaktif dan terlibat dengan bangsa-bangsa tersebut dalam keadaan seumpama itu. Inilah cabaran besar dan harus kita semua doakan!

Page 12: Kasihilah Sesama Kita - NECF

1�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Penduduk asli minoriti di Malaysia pada umumnya digolongkan kepada dua kumpulan: (1) Orang Asli dan (2) penduduk asli Sabah dan Sarawak. Peratusan bilangan mereka berbanding penduduk Malaysia adalah penting. Suku kaum ini tentu menjadi sesama kita tetapi keadaan mereka yang menyedihkan dan cabaran yang dihadapi mereka

jarang ditonjolkan.

Orang AsliMenurut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, (http://www.jheoa.gov.my/v2/bi/index.php?option= com_docman&Itemid=126; dicapai pada 9 Januari 2009), Orang Asli di Semenanjung boleh dibahagi kepada tiga kumpulan: (1) kaum Negrito; (2) kaum Melayu Proto dan (3) kaum Senoi. Kaum Negrito terdiri daripada suku Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq. Pada umumnya mereka menduduki sebahagian besar tanah di kawasan banjaran Titiwangsa dan berkelompok di sebelah utara Semenanjung. Kaum Melayu Proto terdiri daripada suku Temuan, Semelai, Jakun, Kanaq, Kuala dan Seletar. Pada mulanya mereka menduduki kawasan-kawasan di muara sungai atau tanah paya. Pada masa ini, mereka dapat membina perkampungan dan penempatan di dalam kawasan mereka sendiri dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik dengan adanya kemajuan. Kaum Senoi terdiri daripada suku Che Wong, Mah Meri, Jahut, Semoq Beri, Semai dan Temiar. Mereka menduduki beberapa kawasan tanah di lereng banjaran Titiwangsa dan juga di pesisiran Selangor. Suku-suku ini juga terdapat di bahagian pedalaman negeri Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu. Menurut statistik, pada tahun 2000, Orang Asli hanya terdiri daripada 0.5% keseluruhan penduduk Malaysia, sejumlah kira-kira 148,000 orang. Suku yang terbesar ialah Senoi, iaitu kira-kira 54% daripada jumlah penduduk Orang Asli, dan Melayu Proto kira-kira 43%, dan Semang kira-kira 3% (http://en.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli; dicapai pada 9 Januari 2009).

Penduduk Asli SabahPenduduk Sabah terdiri daripada 32 kumpulan etnik yang diakui secara rasmi. Kumpulan terbesar adalah kaum Cina. Kumpulan etnik daripada penduduk asli adalah kaum Kada-zandusun, diikuti oleh kaum Bajau, kemudian kaum Murut. Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengakui 28 kumpulan etnik sebagai penduduk asli atau Bumiputera di Sabah (http:// en.wikipedia.org/wiki/Sabah; dicapai pada 9 Januari 2009).

PENDUDUK ASLI MINORITI

Page 13: Kasihilah Sesama Kita - NECF

1�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, 2006, anggaran penduduk Sabah adalah 2,997,000 dan 17.8% ialah Kadazandusun, 13.4% Bajau, 11.52% Melayu, 3.3% Murut, Bumiputera Lain 14.6% (Rungus, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Dayeh, Tindal, Tobilung, Kimaragang, Suluk, Ubian, Tagal, Timogun, Nabay, Kedayan, Orang Sungai, Makiang, Minokok, Mangka’ak, Lobu, Bonggi, Tidong, Ida’an, Begahak, Kagayan, Talantang, Tinagas, Banjar, Gana, Kuijau, Tombonuo, Dumpas, Peluan, Baukan, Sino, Bugis, Jawa), keturunan Cina 9.6%, keturunan India 0.37%, Lain-lain 4.8%, bukan warganegara 25% (orang Filipin, Indonesia). Pecahan peratusan agama adalah (2000) Islam 63.7%, Kristian 27.8%, Buddha 6.4%, Tiada Agama 1.0%, Taoisme/Konfusianisme 0.4%, Lain-lain 0.3%, Hindu 0.1%, Tidak Diketahui 0.3%. [Dipetik daripada NECF For Your Information Report, Mei 2008]. Dahulunya Sabah sebuah negeri Kristian, tetapi kini tidak lagi. Agama Islam telah masuk di negeri ini dan orang Kristian menjadi agama kedua besar dengan peratusan yang lebih kecil. Masih ramai orang di Sabah yang belum mendengar Injil dan masyarakat Kristian perlu berdoa agar Injil disebarkan dengan berkesan di negeri ini.

Penduduk Asli SarawakPenduduk Sarawak terdiri daripada lebih 40 kumpulan sub-etnik, dengan bahasa, budaya dan gaya hidup masing-masing. Jabatan Statistik Malaysia, 2007, menyatakan penduduk Sarawak sejumlah kira-kira 2,404,500. Daripada jumlah ini, kaum Dayak menjadi suku yang terbesar di Sarawak dengan bilangan 48.2%, keturunan Cina (25.5%), Melayu (22%), lain-lain (0.4%), bukan warganegara (3.7%). Dalam pecahan peratusan agama (2000), agama Kristian 42.6%, Islam (31.3%), Penganut Buddha (12%), agama suku (5.2%), Tiada Agama (3.9%), Toaisme/Konfusianisme (2.6%), Lain-lain (1.3%), Hindu (0.1%), Tidak Diketahui (1.0%). [Dipetik dari-pada NECF For Your Information Report, Julai 2008]. Pada masa ini, Dayak Iban menjadi peratusan terbesar antara penduduk Sarawak. Ada juga suku kaum lain seperti Melanau, Dayak Bidayuh, Dayak Orang Ulu, Dayak Kayan, Dayak Kelabit, Dayak Kenyah, Dayak Penan dan Sebob/Chebob (http://en.wikipedia.org/wiki/Sarawak; dicapai pada 9 Jan 2009). Perlu dinyatakan bahawa kini hanya negeri Sarawak yang mempunyai majoriti Kristian. Dengan kata lain, ini sahaja negeri Kristian di Malaysia. Sampai bila keadaan ini bertahan tidak dapat diketahui kerana penduduk Islam adalah yang kedua besar sebanyak 31.3%. Gereja Kristian di Sarawak perlu lebih berusaha dan tertumpu dalam penginjilan di kalangan penduduk di sana.

Page 14: Kasihilah Sesama Kita - NECF

1�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Serahkan “40-hari Puasa & Doa” kepada Tuhan. Akui ketuhanan-Nya atas segenap segi kehidupan kita secara peribadi, keluarga, gereja, masyarakat, tempat kerja, bangsa/pemerintah dan dunia.

“Sekarang, hai umat Israel, dengarlah tuntutan TUHAN, Allah kamu daripada kamu: Hormatilah TUHAN dan laksanakanlah segala perintah-Nya. Kasihilah Dia dan mengabdilah kepada-Nya dengan segenap hati; patuhilah segala hukum-Nya. Aku memberikan hukum-hukum itu kepada kamu hari ini untuk kepentingan kamu”.

(Ulangan 10:12,13)

PERSIAPAN HATI

Orang percaya tidak berdoa dengan maksud memberitahu perkara-perkara yang tidak diketahui oleh Tuhan, atau memberi semangat kepada-Nya untuk melaksanakan tugas-Nya, atau menggesa Dia seolah-olah Dia berat hati. Sebaliknya, mereka berdoa agar mereka membangkitkan semangat mereka sendiri untuk mencari Dia, agar mereka melatih iman ketika merenungkan janji-Nya, agar mereka menanggalkan kekhuatiran dengan menyerahkan semuanya kepada-Nya; dengan mengungkapkan kata-kata untuk mengisytiharkan bahawa daripada-Nya sahaja mereka mengharapkan dan menantikan segala perkara yang baik, untuk mereka sendiri dan orang lain.

~ John Calvin (1509-1564, ahli teologi pembaharuan dari Perancis)

Kasih Tuhan adalah tindakan di kayu salib. Di manakah tindakan kita?Sesiapa berkata bahawa dia hidup dalam cahaya tetapi membenci saudaranya, orang itu masih hidup dalam kegelapan sehingga saat ini (1 Yoh. 2:9-10).

Teruslah mengasihi orang di sekeliling kami, semoga kebenaran-Mu memenuhi hati orang yang berdoa.

DOA

Page 15: Kasihilah Sesama Kita - NECF

1�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Perhimpunan untuk Mengasihi Sesama Kita

CAHAYA YANG MENYINARI BANGSA-BANGSA

Malaysia sebagai satu bangsa memasuki tahun ke-52 kemerdekaan. Dinamik negara telah berubah dengan begitu rupa sehingga Malaysia sendiri telah menjadi ladang misi. Kita boleh melakukan banyak perkara di kawasan kita sendiri. Oleh itu, tema bagi 40-hari Puasa dan Doa kita, “Kasihilah Sesama kita –

Cahaya Yang Menyinari Bangsa-Bangsa” telah dipilih untuk cabaran yang semakin meningkat yang dihadapi oleh gereja-gereja. Apabila Tuhan kita bertemu dengan perempuan Samaria, perkara pertama yang dilakukan-Nya adalah bukan untuk memperkenalkan diri dan menawarkan diri untuk menolong dia keluar daripada keadaan yang teruk. Sebaliknya, Yesus berkata, “Berilah Aku minum” (Yohanes 4.7). Yesus memohon bantuan untuk memberi Dia sesuatu yang sebenar-nya Dia sendiri boleh sediakan. Bagaimanapun, Dia menjadi lemah agar dapat memenangkan wanita ini yang telah ditolak dan dianggap sebagai orang terbuang oleh masyarakat. Tuhan kita Yesus mempedulikan orang yang tidak diendahkan dan diketepikan. Dia prihatin terhadap orang yang ada keperluan. Apabila kita membuka hati terhadap orang yang diperhatikan oleh Tuhan, kita menemukan hadirat-Nya. Penerima pula akan mengalami perubahan dan berkat apabila kita mengizinkan Tuhan untuk bekerja melalui kita dengan belas kasihan. Oleh itu, gereja-gereja di Malaysia perlu bersatu dan bertindak bersama untuk memberi perhatian dan membawa perubahan serta berkat. Inilah caranya kita menjadi garam dan cahaya kepada masyarakat dan bangsa. Dalam masyarakat hari ini, orang sangat jauh dan terasing daripada agama dan iman sehingga mereka tidak biasa untuk membuat respons dengan serta-merta kepada kesaksian kita. Kita perlu bersama-sama mereka, untuk memahami dan menolong mereka memahami kita. Doa saya adalah bagi kita untuk berdoa syafaat bagi bangsa, dan kita seharusnya datang dengan rendah hati dan bersatu hati serta fikiran untuk mencari dan peka pada pimpinan Tuhan untuk memberi tindak balas terhadap keperluan yang kelihatan di sekeliling kita. Dengan cara ini, cahaya kamu akan “bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga” (Matius 5.16).

Sam Ang Setiausaha-Agung NECF MalaysiaJulai 2009

Page 16: Kasihilah Sesama Kita - NECF

1�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Kesatuan Gereja dan penyingkiran halangan

M I N G G U 1 : H A R I 1 – 4

C ara bagi gereja untuk mengasihi sesama kita dan menjadi cahaya yang menyinari bangsa-bangsa, adalah orang percaya dari setiap

gereja, tidak kira fahaman atau mazhab gereja, mereka perlu menyingkirkan semua halangan sama ada dalam bentuk prasangka, sikap berat sebelah, ketakutan, iri hati atau segala faktor lain yang mungkin menghalang kita daripada menjangkau dengan ikhlas dan sungguh-sungguh kepada sesama kita. Transformasi

BERKUMPUL UNTUK MENGASIHI SESAMA KITA

dalaman perlu berlaku kerana inilah satu-satunya cara untuk transformasi luaran untuk berlaku kepada keluarga, masyarakat, tempat kerja, bangsa dan dunia. Pertama-tama, orang Kristian perlu ada pemilikan untuk mencintai bangsa kita supaya dapat mengasihi penduduk negara ini. Semoga kasih-Nya melimpah kepada kita dan mengubah kehidupan seharian kita agar mentaati dan melayani Dia! Semoga kita mengasihi Dia sebagaimana Dia telah mengasihi kita!

Hari 1(22 Julai,Rabu)

Perubahan hati dan fikiran (Mzm. 1��:��-��; Mzm. �1)• Berdamai dengan Tuhan – Akui dan bertaubat daripada semua

halangan dan mohon pengampunan atas kemunafikan, kepura-puraan, prasangka, kurang kasih dan belas kasihan

• Perdamaian dalam Gereja – Berdoa agar perhubungan yang rosak boleh dipulihkan dan untuk perdamaian dalam tubuh Kristus

Hari 2(23 Julai,Khamis)

Mencintai Malaysia (Kisah 1�:��; Kej. 1�:1�-1�; Rut 1:1�-1�) • Bersyukur kepada Tuhan atas semua berkat dan kepelbagaian

budaya dalam negara. Izinkan Roh Kudus untuk memeriksa hati anda apabila anda tidak mencintai negara ini

• Kerukunan kaum dan sikap saling menghormati antara semua suku bangsa

• Orang percaya untuk berjanji taat kepada Tuhan, menghormati dan mencintai negara ini

• Agar Tuhan bergerak dengan dramatik untuk memberikan pemulihan daripada prasangka dan perbalahan kaum di negara kita

• Lepaskan berkat untuk negeri/pekan di tempat anda berada

DOA

Page 17: Kasihilah Sesama Kita - NECF

1�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hari 3(24 Julai,Jumaat)

Kasih akan penduduk negara ini (Rm. �:�; Mat. �:��-��)• Akui sikap kita yang tidak mengasihi penduduk negara kita dan

mohonlah pengampunan. Agar kita mempunyai hati yang berbelas kasihan dan mengasihi untuk menjangkau setiap suku bangsa

• Agar ada kebangunan rohani dan penuaian jiwa di kalangan suku bangsa yang kurang diinjili di Malaysia dan untuk lebih ramai pekerja

• Agar gereja-gereja mempunyai visi bagi pertumbuhan dan penanaman gereja untuk setiap kumpulan masyarakat tempatan atau asing

Hari 4(25 Julai,Sabtu)

Kesatuan Gereja untuk mencintai bangsa dan sesama kita (Yoh. 1�:�0-��)• Bagi pihak Gereja – bertaubatlah daripada dosa kesombongan,

pergaduhan, perbalahan dan kesangsian. Akuilah dan bertaubatlah daripada sikap kita yang tidak menyumbang kepada kesatuan tubuh Kristus

• Pekerjaan Roh Kudus yang berterusan untuk menyatupadu dan menguatkan gereja-gereja agar bekerjasama mengubah masyarakat

• Jaringan kerjasama yang berkesan antara semua gereja untuk menjangkau semua kumpulan suku bangsa di negara kita

TINDAKAN BAGI GERE JA ANDA

1 Baharui kasih kita kepada Tuhan dan komitmen kita untuk mengasihi orang lain agar tiada seorang pun yang binasa.

2 Sementara anda memandu, berjoging atau berjalan, lepaskan doa berkat dan kesyukuran ke tempat-tempat di sekitar masyarakat anda.

3 Panggil seorang saudara seiman dari gereja lain dan lepaskan doa berkat, sambil menyeru agar ada kesatuan dengan satu sama lain dan antara semua gereja.

DOA

Page 18: Kasihilah Sesama Kita - NECF

1�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hidup untuk Mengasihi Semasa Kita

CAHAYA YANG MENYINARI BANGSA-BANGSA

Syalom! Kami sudah berkembang sejak 1998 ketika Gereja New Covenant Community Church (NCC) menjangkau orang miskin di kawasan Sentul. Oleh sebab menyedari keperluan masyarakat yang amat miskin di Sentul, gereja segera memberikan penjagaan dan bantuan sebagai permulaan. Bagaimanapun, hakikatnya adalah orang miskin akan selalu menjadi

mangsa kemiskinan, prasangka dan diskriminasi kecuali kita memulakan satu program yang boleh membawa pembebasan yang sungguh. Pendidikan menjadi kata kunci, dan sejak 2002 kami tidak berundur lagi. Wawasan kami adalah menggunakan pendidikan untuk memutuskan kitaran ke-miskinan, dan melalui gereja NCC, Harvest Centre (satu pusat pendidikan), kami memulakan suatu perjalanan sukar untuk menyediakan program pendidikan secara menyeluruh bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Dengan mengharungi pelbagai cabaran, kami meneruskan usaha ini sambil menyedari bahawa melaksanakan apa yang kita katakan pasti menuntut pembayaran harga! Yesus sendiri menunjukkan kepada kita bahawa Dia bersedia untuk membayar harga semasa Dia mencabar para pemimpin agama pada zaman-Nya agar Dia melayani orang miskin dan orang yang ada keperluan. Harga harus dibayar apabila melakukan apa saja untuk melaksanakan keadilan dan kebenaran Tuhan dalam dunia yang hancur, dan juga kepada jiwa-jiwa yang sinis dan mempunyai kebolehan luar biasa untuk mengenal pasti ketidakjujuran atau bahkan kemunafikan. Apabila Tuhan memilih untuk menyingkapkan hati-Nya kepada orang miskin, bersedialah untuk digoncang oleh kesakitan yang memukul balik dengan cepat! Mungkin Dia tidak berhenti di situ saja dan mungkin memilih untuk menterbalikkan dunia anda, sehingga menghasilkan respons daripada hati yang hancur. Kemudian ini disusuli oleh tindakan kita untuk terlibat langsung dengan tugas di hadapan kita. Ini bukan lagi suatu pilihan, malah suatu perintah. Inilah inti sudut pan-dangan dan prasyarat kita untuk menyampaikan “Injil Sepenuh” dan membawa hidup serta harapan baru kepada dunia yang penuh dengan keputusasaan dan kecemasan. Di Harvest Centre, kami tahu bahawa tanpa Kristus untuk menghadap cabaran ini, kami tidak mempunyai apa-apa. Kami bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kami tekad dan ketekalan untuk terus bekerja. Kami mendapat ilham daripada pekerjaan Tuhan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran bagi orang yang ditindas sejak dahulu kala dengan umat Israel (Keluaran 1-19). Apa yang kami lakukan hanya merupakan kesyukuran terhadap kebaikan-Nya. Termulialah Tuhan!

‘Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku!’ (Mat. 25:40) … ‘Ketahuilah bahawa pada waktu kamu tidak mahu menolong salah seorang yang hina, kamu tidak mahu menolong Aku.’ (Mat. 25:45)

Rev. Elisha SatvinderNew Covenant Community ChurchFebruari 2009

Page 19: Kasihilah Sesama Kita - NECF

1�K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Memenuhi keperluan sesama kita, terutamanya orang miskin

M I N G G U � : H A R I 5 – 1 1

Orang miskin di Bandar telah ditakrif sebagai individu atau keluarga yang tidak mampu memiliki keperluan asas di kawasan Bandar.

Menurut kajian semula pada pertengahan penggal bagi Rancangan Malaysia ke-9, keluarga miskin diklasifikasi sebagai berpendapatan kurang RM720 di Semenanjung, RM960 di Sabah, dan RM380 di Sarawak. Yayasan Strategik Sosial [“YSS”] memandang angka-angka ini sebagai terlalu rendah dan tidak realistik dan oleh itu mencadangkan angka kurang RM1,500 sebagai mewakili keluarga yang berpendapatan rendah (“Kertas fakta polisi: Kemiskinan Bandar”, kertas yang disampaikan di National Summit on Urban Poor & Low Income Groups, Julai 2008).

HIDUP UNTUK MENGASIHI SESAMA KITA

Jika garis dasar yang dicadangkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 atau bahkan oleh YSS diambil, maka tidaklah susah untuk melihat bahawa terdapat ramai keluarga miskin dalam kawasan Bandar. Ada yang mengandaikan bahawa terdapat 8.6% keluarga di Malaysia mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan. Dengan kegoncangan ekonomi pada masa ini, diramalkan bahawa seramai 660,000 orang akan kehilangan pekerjaan tahun ini. Ini menjadi 6% dalam kadar pengangguran dan mewakili statistik yang paling teruk dalam lima tahun kebelakangan ini (NST, 30 Jan 2009). Semua ini adalah keperluan besar. Adakah masyarakat Kristian bangkit untuk menghadap cabaran ini?

Hari 5(26 Julai,Ahad)

Belas kasihan dalam tindakan (Yakobus �:1�-1�; 1 Yohanes �:1�)• Pembaharuan fikiran dan hati yang berbelas kasihan• Carilah peluang praktis untuk melayani keperluan sebenar sesama

kita dalam masyarakat• Wawasan yang bersatu bagi kerajaan Tuhan dan bukan wawasan

kita sendiri

DOA

Page 20: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�0K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hari 6(27 Julai,Isnin)

Membebaskan orang miskin daripada kesukaran dan kemiskinan (Mat. ��:�1-��)• Akui dan bertaubat daripada sikap kita yang pasif dan acuh tak acuh

terhadap orang miskin dan yang terpinggir• Agar Tuhan mendengarkan seruan orang yang menghadapi

kesukaran dan masalah, sehingga membawa pembebasan kepada orang miskin dan yang diketepikan

• Agar orang Kristian diperkasa dan bergerak dengan belas kasihan untuk menjangkau orang yang ada keperluan dan miskin dengan cara yang kelihatan

Hari 7(28 Julai,Selesa)

Kerajaan memansuhkan kemiskinan (Ams. ��:��-��)• Menentang polisi yang membuat diskriminasi terhadap orang

miskin• Komitmen nasional, polisi dan tindakan untuk memansuhkan

kemiskinan, serta menangani keperluan orang miskin yang sebenar• Pendidikan yang sepatutnya diberi untuk memperkasa orang miskin

agar mendapat kehidupan yang baik dan sihat• Golongan peniaga menjalankan tanggungjawab untuk memberi

peluang kepada orang miskin dan kurang bernasib baik

Hari 8(29 Julai,Rabu)

Pekerja berpendapatan rendah dan buruh kasar (Mzm. ��:�-�; Mzm.1�0:1�)• Menentang perbuatan mengambil kesempatan untuk memperguna

golongan yang berpendapatan rendah• Gereja-gereja mempunyai visi yang lebih besar dalam keinginan

dan hati untuk menjangkau golongan orang ini• Gereja-gereja untuk menjadikan Injil sesuai dengan kehidupan

orang ini• Menyokong golongan yang berpendapatan rendah dan buruh kasar

DOA

Page 21: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�1K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hari 9(30 Julai,Khamis)

Tindakan gereja untuk orang miskin (Mat. �:1�; Ams. ��:��)• Gereja mempunyai strategi berkesan untuk menjangkau orang

miskin dan mendapat restu pihak berkuasa untuk melaksanakannya• Kelompok rumah/sel kita menjadi lebih terbuka kepada segala jenis

orang yang hancur, terluka, miskin dan serba kekurangan

Hari 10(31 Julai,Jumaat)

Gereja bersaksi kepada orang miskin (Lukas �:1�-1�)• Membuka peluang untuk bersaksi dan memberitakan Injil kepada

orang miskin dan kekurangan• Lawatan Roh Kudus yang penuh kuasa untuk memutuskan belenggu

di kalangan orang tersisih dan miskin• Penyelamatan bagi keluarga terpinggir dan miskin dan datang

kepada Tuhan untuk mengalami anugerah pemulihan daripada-Nya

Hari 11(1 Ogos,Sabtu)

Gereja bersaksi orang terpinggir (Rom. 1:1�; Rom. 10:1�-1�)• Tuhan berbelas kasihan kepada orang terpinggir dalam masyarakat

seperti pelacur, penagih dadah, ibu tunggal, orang tiada tempat tinggal dan terbiar, dan sebagainya

• Gereja membuat rangkaian kerjasama dan bersama dengan agensi kerajaan membantu golongan orang ini

• Menyokong NGO seperti Malaysian Care atau pusat-pusat pemulihan yang mempunyai pelayanan antara golongan orang ini

TINDAKAN BAGI GERE JA ANDA

1 Sokong NGO Kristian yang menjangkau orang terpinggir dan miskin.

2 Kenal pasti golongan orang miskin dan serba kekurangan di kawasan atau masyarakat anda dan cari jalan serta bertindak untuk memperhati dan menjangkau mereka.

DOA

Page 22: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Membawa Kasih kepada Sesama Kita

CAHAYA YANG MENYINARI BANGSA-BANGSA

K ira-kira 15 tahun lalu, saya memberitahu ramai kawan bahawa dalam beberapa tahun akan datang, Tanah Hak Milik Adat (“NCR”) atas tanah di Sarawak akan menjadi isu sosial, politik dan undang-undang. Pada hari ini, saya tidak terlalu salah kerana jutaan keping tanah NCR sudah diambil alih di bawah lesen pembalakan, pajakan

sementara (untuk ladang kelapa sawit), lesen penanaman semula dan lesen kuari. Hal ini berlaku kerana tiada penyiasatan awal yang dilakukan oleh Jabatan Tanah & Ukur Sarawak sebelum pemberian lesen dan pajakan sementara tersebut. Sering kali, lesen dan pajakan sementara dikeluarkan dengan cepat dan tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu. Akibatnya, orang tempatan hanya mengetahui tanah mereka diambil apabila jentolak dan traktor muncul untuk memulakan kerja. Pada hari ini, kira-kira 200 kes difailkan di Mahkamah Tinggi Sarawak dari seluruh Negeri dan melibatkan seluruh kumpulan suku etnik di Sarawak. Firma saya menangani hampir setengah daripada semua kes tersebut. Bilangan kes yang difailkan di Mahkamah hari ini men-cerminkan betapa seriusnya isu ini. Satu kes mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh tahun untuk dibicara. Berikut adalah beberapa masalah dan cabaran yang kami hadapi. 1. Keengganan Kerajaan Negeri untuk mengakui dan menguatkuasa

keputusan Mahkamah Walaupun Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, Kerajaan Negeri tidak mahu

mengakui bahawa Tanah Hak Milik Adat merangkumi pulau dan pemakai menua orang tempatan. Kerajaan mendesak bahawa Tanah Hak Milik Adat yang diakui adalah kawasan temuda. Mungkin satu daripada sebabnya adalah persetujuan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan akan membuka pintu bagi tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri.

�. Bukti tuntutan NCR bergantung pada orang tempatan Kod Tanah Sarawak meletakkan tanggungjawab untuk membuktikan tuntutan NCR pada

orang tempatan. Untuk ini, orang tempatan mesti menyediakan keterangan yang menjadi bukti selain kesaksian lisan mereka. Perkara ini meletakkan orang tempatan dalam masalah rumit. Dari mana lagi orang tempatan boleh mendapatkan keterangan sebagai

Page 23: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

bukti? Mereka tidak mempunyai geran atau dokumen! Kelihatannya pihak mahkamah telah meletakkan beban yang lebih berat atas orang tempatan untuk membuktikan kebenaran kes mereka. Hal ini memang tidak boleh diterima dan tidak adil.

�. Tanah Hak Milik Adat masih tiada geran Ada banyak Tanah Hak Milik Adat tidak mempunyai geran. Pertelingkahan dan per-

gaduhan atas tanah tersebut boleh diselesai jika tanah itu diukur, digazet dan diberi geran. Kerajaan Negeri pada masa ini sangat enggan dan sebenarnya tidak mahu bertindak. Mungkin ini disebabkan oleh keinginan untuk tetap pada keadaan yang sedia ada agar semua orang yang berkepentingan terus mendapat keuntungan.

�. Penangkapan dan pemenjaraan Apabila ada pergaduhan atas Tanah Hak Milik Adat, biasanya laporan polis akan dibuat.

Dalam kebanyakan kes, polis akan bertindak menentang pihak orang tempatan, seperti menangkap mereka dan memasukkan mereka dalam tahanan polis selama beberapa malam untuk mematahkan semangat mereka. Bagaimanapun, apabila orang tempatan membuat laporan polis atas pencerobohan yang dibuat oleh pemegang lesen dan pemajak, polis lambat bertindak. Dalam kebanyakan kes, tiada tindakan yang diambil.

Ada keperluan mendesak untuk mengingati orang tempatan, dan ramai antara mereka adalah saudara seiman kita dalam Kristus. Tolong berdoa agar mereka yang terlibat dalam kes-kes NCR boleh terus memberikan khidmat mereka dengan sukacita dan keyakinan meskipun menghadapi banyak cabaran dan Kerajaan serta pihak berkuasa akan bersungguh-sungguh menangani isu NCR dan menjalankan polisi yang baik untuk kepentingan orang tempatan dan bukan beberapa peribadi sahaja.

Baru BianPeguambela & Peguamcara, SarawakFebruari 2009

Page 24: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Mengingati perjuangan dan mempertahankan hak sesama kita, terutamanya orang yang terabai dan terpinggir

M I N G G U � : H A R I 1 2 – 1 8

Keadaan sesama kita orang tempatan yang menyedihkan di beberapa negeri dan di Sabah dan Sarawak jarang sekali ditonjolkan. Namun

merekalah antara yang paling ditindas dan diabaikan. Sebagaimana yang diterangkan oleh peguam Baru Bian, hak milik adat mereka dalam hal pendudukan dan pemilikan tanah telah dirampas dan diperalat untuk kepentingan orang kaya dan orang berkuasa. Perkara yang sama berlaku kepada Orang Asli. Ramai Orang Asli yang sudah lama menduduki tanah mereka telah perlahan-lahan kehilangan tanah mereka sendiri. Ini menimbulkan ketegangan dan

RUMAH BAGI ORANG YANG TIADA TEMPAT TINGGAL: MEMBAwA KASIH KEPADA SESAMA KITA

kemarahan. Semua ini memerlukan belas kasihan, doa dan terutamanya bantuan serta tindakan kita! Adakah gereja Kristian bangkit untuk mengambil tindakan yang perlu ini dengan membawa kasih kepada sesama kita?

“Kejiranan yang terpinggir adalah golongan tidak bersalah yang menjadi mangsa ketidakadilan dan mereka menjadi perhatian utama Tuhan. Keunikan gereja sebagai satu masyarakat yang prihatin harus menjangkau orang miskin dan terpinggir secara menyeluruh dan proaktif.” — Kon Onn Sein, “Transforming Neighbourhood: Grounding the Great Commission on the Commandment” dalam NECF Forum VI, Okt, 2008.

Hari 12(2 Ogos,Ahad)

Keprihatinan terhadap Negeri Sabah dan Sarawak (Yes. �0:1-�)• Kerajaan yang adil dan jujur di negeri Sabah dan Sarawak; agar

kerajaan di Sabah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin

• Berdoa agar kerajaan memerintah dan mentadbir negeri-negeri ini dengan membawa manfaat kepada rakyat

• Untuk kehakiman yang adil dan jujur dan bertindak untuk membela hak orang tempatan, identiti budaya dan warisan agama mereka

Hari 13(3 Ogos,Isnin)

Mengingati keperluan Gereja Kristian di Sabah dan Sarawak (Yes. ��:1-�)• Api kebangunan rohani melanda di seluruh Sabah dan Sarawak

untuk menyedarkan setiap gereja akan peranan dan panggilan mereka terhadap negeri dan bangsa mereka

DOA

Page 25: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hari 13(3 Ogos,Isnin)

Mengingati keperluan Gereja Kristian di Sabah dan Sarawak (Yes. ��:1-�)• Hikmat Tuhan dianugerahkan kepada Ketua-ketua gereja, pastor,

penatua dan pemimpin gereja-gereja di Sabah dan Sarawak semasa mereka menangani isu-isu masyarakat

• Kegerakan doa yang bersatu dan visi bagi perubahan bangsa untuk memenuhi keperluan masyarakat di sana

• Gereja menjadi tekun dalam penginjilan dan penjangkauan kepada setiap orang

Hari 14(4 Ogos,Selesa)

Membantu gereja-gereja di kawasan yang lebih kecil dan pekan-pekan lain (Kisah �0:��; � Kor. �:�-1�)• Gereja-gereja di Semenanjung Malaysia menjadi berkat dan

melepaskan sumber-sumber mereka untuk membantu gereja-gereja di Sabah dan Sarawak

• Menyokong gereja-gereja yang menghadapi kesukaran, kekurangan tenaga dan sumber di pantai Timur dan pekan-pekan kecil

• Gereja-gereja yang kecil dapat bekerjasama dengan gereja-gereja di Semenanjung Malaysia untuk mencapai matlamat mengasihi sesama kita

Hari 15(5 Ogos,Rabu)

Membantu penduduk asli Semenanjung Malaysia (Yes. �0:�1-��)• Orang Asli di Malaysia: bagi kebajikan am dan kesejahteraan mereka

sebagai satu masyarakat • Berdoa agar ketidakadilan dan perampasan hak yang dialami oleh

penduduk asli ini akan berhenti• Kerajaan akan berlaku ikhlas dan sungguh-sungguh untuk

menghulurkan bantuan kepada penduduk asli tanpa niat-niat lain

Hari 16(6 Ogos,Khamis)

Gereja yang kuat di kalangan penduduk asli di Semenanjung Malaysia (Ef. �:1�-�1)• Tuhan membangkitkan pemimpin yang salih, kuat dan benar di

kalangan penduduk asli• Para pemimpin dikuasai oleh Tuhan dengan sepenuhnya dan menjadi

teladan yang baik bagi orang percaya di tengah-tengah mereka

DOA

Page 26: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hari 16(6 Ogos,Khamis)

Gereja yang kuat di kalangan penduduk asli di Semenanjung Malaysia (Ef. �:1�-�1)• Gereja-gereja berakar dalam firman dan kuat dalam pelatihan serta

menjangkau kaum mereka sendiri• Agar belenggu rohani dan pengaruh agama lain dengan sekatan-

sekatannya diputuskan

Hari 17(7 Ogos,Jumaat)

Gereja membantu penghijrah di Malaysia (Ams. 1�:�1; Ams. 1�:1�)• Bertaubat jika kita telah memperalat pekerja asing • Gereja-gereja menghulurkan bantuan praktis dan pertolongan

dengan menyediakan tempat yang tenang bagi keperluan jasmani/emosi mereka

• Keluarga Kristian dibuka kepada pendatang untuk mengalami kebaikan, kasih dan keramahan Tuhan

• Apabila pendatang mengalami keramahan orang Kristian dan kebaikan Tuhan, mereka akan mencari Kristus

• Bagi pertumbuhan dalam kehidupan orang percaya dan kelompok orang pendatang

Hari 18(8 Ogos,Sabtu)

Peranan kerajaan terhadap pendatang (Mzm. ��:1-�, 1�-1�; Yer. ��:�)• Berdoa agar penderaan yang menjadi-jadi terhadap pendatang

akan berhenti sama sekali• Kerajaan benar-benar mengambil langkah untuk memperhatikan

keadaan susah dan kebajikan pendatang• Hikmat bagi pihak berkuasa untuk menangani perbuatan jenayah

di kalangan pendatang

TINDAKAN BAGI GERE JA ANDA

1 Kenal pasti satu kaum penduduk asli atau kumpulan pendatang dan ambil mereka sebagai anak angkat dan mendoakan serta menyokong mereka selalu.

2 Berusaha dan mengambil inisiatif untuk sentiasa menyokong penduduk asli atau kumpulan pendatang dengan cara yang benar-benar memenuhi keperluan mereka.

DOA

Page 27: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Penglibatan Nasional

CAHAYA YANG MENYINARI BANGSA-BANGSA

Saya percaya bahawa kita ditempatkan Tuhan sebagai warganegara di negara ini, dan kita dipanggil untuk mengaitkan diri sama dengan tanah kelahiran kita ketika keadaan baik dan kurang baik. Kita dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab terhadap masa depan negara ini. Oleh itu, kita harus bekerja keras untuk melindunginya demi

Tuhan, keluarga kita dan generasi akan datang. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana menempatkan saya sebagai wakil yang dipilih dalam Parlimen pada 2004 untuk membawa suara rakyat ke Badan tersebut dalam hal membuat draf dan mengemukakan Rang Undang-Undang negara ini. Ini merupakan seruan lantang kepada rakyat agar debat di Badan bagi Wakil-Wakil yang Dipilih (negeri dan persekutuan) menjadi inti bagi demokrasi. Bagaimanapun, semasa kita terus memeriksa keadaan kita sebagai satu kumpulan dalam segala hal yang rumit, sensitif dan menguatkan, ruang awam mesti diperluas untuk mengizinkan perbincangan secara demo-kratik untuk berkembang dalam suasana dialog yang bertamadun. Dengan itu, barulah pihak yang menentang dapat bersuara dengan yakin tanpa dicerca hanya kerana menyuarakan pandangan mereka untuk kebaikan dan kemajuan negara ini. Saya sendiri telah melalui reaksi dan cercaan yang tidak dijangka berlaku apabila me-nyuarakan kebimbangan rakyat tentang banyak isu, terutamanya yang berkaitan dengan isu agama dan kaum. Beberapa cadangan yang saya kemukakan telah ditafsirkan oleh beberapa pihak sebagai menyinggung perasaan masyarakat Melayu dan disambut dengan ‘tentangan’ yang negatif dan kuat bahkan di luar parlimen pun. Meskipun demikian, panggilan untuk berkhidmat sentiasa menjadi panduan bagi saya dalam peranan sebagai wakil yang dipilih dalam Parlimen. Walaupun saya menghadapi kegagalan dan kekecewaan, saya terus percaya dan berharap bahawa jika Tuhan telah membuka pintu untuk beberapa di kalangan kita untuk bersuara; maka pasti Dia akan meneruskan pekerjaan baik ini untuk menyelesaikannya pada suatu hari kelak dan pada masa-Nya sendiri (Flp. 1:6 dan Pkh. 3). Tuhanlah yang kita cari. Saya berdoa agar kehendak Tuhan berlaku.

Loh Seng KokBekas Wakil yang DipilihFebruari 2009

Page 28: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Iman Kristian bukan suatu perkara persendirian melainkan sesuatu yang seharusnya diungkapkan serta dinyatakan di khalayak ramai untuk

kebaikan, kesaksamaan, keadilan dan kedamaian masyarakat, komuniti dan bangsa. Minggu ini, kita mengingati saudara-saudari kita dalam Kristus yang

terlibat dalam arena awam untuk maksud ini. Mereka memerlukan doa kita dan kita berharap agar semasa kita berdoa, Tuhan akan melakukan transformasi dalam kehidupan kita sendiri agar kita pun digerakkan untuk melibatkan diri dengan lebih giat di khalayak awam.

Hari 19(9 Ogos,Ahad)

Orang Kristian di khalayak ramai (Ester �:1�-1�)• Akuilah dan bertaubatlah jika anda telah menjadikan iman

anda sebagai hak persendirian dan tidak terlibat dalam apa-apa kepentingan awam

• Agar Tuhan membaharui hati dan fikiran anda untuk terlibat dalam perkara yang berkaitan dengan khalayak ramai

• Berdoa bagi orang Kristian di khalayak ramai, agar mata mereka dicelikkan untuk melihat harapan dan panggilan untuk pergi di khalayak ramai dan melihat peluang yang banyak untuk menjadi surat Kristus melalui kehidupan yang menjadi teladan, tanpa kemunafikan, jujur dan bijaksana dalam pengurusan dan perlakuan terhadap orang lain, tanpa ketakutan atau berat sebelah, dan mengutamakan kebajikan orang lain lebih daripada cita-cita atau agenda sendiri

Hari 20(10 Ogos,Isnin)

Berdoa syafaat bagi mereka yang berada dalam kedudukan berkuasa (1 Tim. �:1-�; Ams. 1�:��)• Berkati mereka yang ditempatkan Tuhan di kedudukan yang

berkuasa di negara ini• Menyokong orang dalam kedudukan berkuasa, ahli-ahli Eksekutif,

Badan Kehakiman dan Parlimen: agar mereka menggunakan kuasa dengan adil dan kebertanggungjawapan

Menggerakkan Gereja Kristian untuk pergi ke khalayak ramai untuk mengusahakan kebajikan bagi negara

M I N G G U � : H A R I 1 9 – 2 5

DOA

MEMELIHARA DEMOKRASI: MENGASIHI SESAMA KITA MELALUI PENGLIBATAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN

Page 29: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hari 20(10 Ogos,Isnin)

Berdoa syafaat bagi mereka yang berada dalam kedudukan berkuasa (1 Tim. �:1-�; Ams. 1�:��)• Menentang perbuatan rasuah di kalangan orang berkuasa; agar

tiada penyalahgunaan dan penyelewengan dengan dana Kerajaan

Hari 21(11 Ogos,Selesa)

Bagi badan kehakiman yang adil dan saksama (Ams. �:1�-1�; Im. 1�:1�)• Agar hakim-hakim memainkan peranan sebenar mereka sebagai

penimbang tara dan penegak keadilan tanpa takut atau pilih kasih• Agar semua kakitangan badan kehakiman seperti hakim, staf

pentadbiran, peguam melaksanakan tugas dengan tekun• Agar undang-undang sivil terus menjadi undang-undang negara

dan Kedaulatan Undang-Undang dipertahan serta dihormati

Hari 22(12 Ogos,Rabu)

Berdoa bagi MP Kristian dan mereka yang memainkan peranan di khalayak ramai (Yes. 11:�-�)• Agar ahli politik Kristian berani, serta membela keadilan dan

bersuara untuk membela orang miskin, orang tertindas dan terpinggir

• Bagi perlindungan Tuhan, kerendahan hati ketika berkhidmat dan perlindungan daripada kerosakan akhlak bagi semua kakitangan tersebut

• Pekerja Kristian lain dalam NGO, organisasi perkhidmatan sosial dan organisasi lain, aktivis Kristian dan orang lain yang menyumbang kepada kebajikan negara

Hari 23(13 Ogos,Khamis)

Orang Kristian terlibat dalam arena awam (Yes. ��:1, �-�)• Gereja-gereja bangkit dan mencabar jemaah mereka untuk

melibatkan diri dalam perkara-perkara bagi kepentingan awam• Tuhan membangkitkan lebih ramai pekerja Kristian di arena awam

dan lapangan kerja • Hikmat Tuhan, kekuatan dan nasihat-Nya ada pada semua hamba-

Nya yang terlibat di khalayak ramai• Gereja menjadi berani untuk bersuara menentang perampasan

hak dan apa pun pengagihan yang tidak adil akan benda-benda untuk kebajikan

DOA

Page 30: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�0K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hari 24(14 Ogos,Jumaat)

Menyingkirkan gangguan yang menghalang transformasi berlaku (Yes. ��:1�-1�)• Akui dan buang sikap yang mempertahan “status quo”/keadaan

yang sedia ada serta kepentingan diri sendiri• Orang Kristian dibebaskan daripada kuasa pasaran kapitalisme

dan membuang berhala daripada kehidupan kita • Menyingkirkan setiap roh yang menguasai, menakutkan,

memperalat dan menakutkan yang menghalang perubahan bagi kebajikan rakyat

Hari 25(15 Ogos,Sabtu)

Mengimpak dan mengubah masyarakat (Yes. �0:�-�)• Merayu kepada Tuhan bagi perubahan hidup, bermula dengan kita,

dan melimpah kepada masyarakat dan bangsa kita oleh kuasa Tuhan• Penglibatan orang Kristian mendatangkan impak dan transformasi

yang sebenar kepada masyarakat dan bangsa• Rahmat dan perkenan Tuhan dan juga perlindungan atas gereja

apabila kita terlibat dalam hal-ehwal negara• Gereja mengambil peranan utama dalam pembangunan negara

TINDAKAN BAGI GERE JA ANDA

1 Kenal pasti satu isu awam yang perlu diperhatikan dan bawa kepada gereja anda untuk didoakan dengan terus-menerus.

2 Sementara berdoa, fikirkan dengan mendalam tentang cara untuk melibatkan gereja anda atau memainkan peranan dalam isu awam yang perlu diperhatikan secara khusus.

DOA

Page 31: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�1K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Indeks penanggapan rasuah bagi negara kita berada dalam kedudukan 47 daripada 180 buah negara bagi tahun 2008 dengan skor 5.1%. Ulasan

daripada Transparensi Antarabangsa Malaysia tentang perkembangan ini menyatakan, “ini menunjukkan bahawa trend CPI bagi Malaysia masih tidak berapa baik di titik pertengahan, tanpa kemajuan dalam lapan tahun kebelakangan ini” (The Star, 24 Sept 2008). Kenyataan ini amat membimbangkan dan harus diperhatikan oleh setiap orang termasuk masyarakat Kristian. Ini memerlukan tindakan segera,

dan kita perlu memastikan agar ada pembaharuan yang berlaku di pihak pemerintah yang berkuasa agar hidup menurut etika keadilan dan kebenaran dan juga agensi-agensi penguatkuasa seperti Agensi Anti-Rasuah Malaysia untuk benar-benar memainkan peranan mereka sebagai pelindung integriti negara tanpa rasa takut, pilih kasih atau kompromi. Pada masa dan musim di Malaysia sekarang ini, penting sekali bagi gereja untuk bersinar sebagai cahaya bagi transparensi, kebenaran dan kebertanggungjawapan.

Gereja Kristian sebagai lampu kebenaran dan cahaya kepada bangsa

M I N G G U � : H A R I 2 6 – 3 2

Hari 26(16 Ogos,Ahad)

Gereja sebagai agen kebenaran dan cahaya (Kol. 1:10-1�)• Untuk bertaubat jika kita tidak menegakkan kebenaran dan keadilan• Mengaku dan mohon pengampunan atas sikap kita yang acuh

tak acuh serta kegagalan untuk mendedahkan amalan rasuah di kalangan awam

Hari 27(17 Ogos,Isnin)

Kebenaran akhlak dan etika diamalkan (Amos �:��)• Agar Tuhan menyedarkan para pemimpin negara kita untuk

menegakkan keadilan moral sehingga bebas rasuah dan melawan segala bentuk suapan

• Untuk perkhidmatan awam dan kakitangan kerajaan di setiap kementerian kerajaan

• Bagi semua rakyat Malaysia: agar kita semua menghargai amalan yang bebas rasuah dan melawan segala bentuk sogokan

DOA

TRANSPARENSI, KEBENARAN & PEMERINTAHAN: MENGASIHI SESAMA KITA MELALUI KEBERTANGGUNGJAwAPAN

Page 32: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hari 28(18 Ogos,Selesa)

Orang Kristian dalam kedudukan penting menentang perbuatan rasuah (Mikha �:�; Kel. ��:�-�)• Agar orang Kristian dalam kedudukan penting, sama ada sebagai

Ahli Parlimen atau dalam perkhidmatan awam, menentang rasuah, sambil menjalani hidup dan berkhidmat dalam kebenaran moral

• Agar gereja ada keberanian moral untuk bersuara dan mendedahkan segala bentuk rasuah

Hari 29(19 Ogos,Rabu)

Orang percaya mengambil peranan dan terlibat dalam penentangan rasuah (Flp. �:1�-1�)• Orang percaya menjadi orang yang tidak bercela dan tetap

berpegang kepada kebenaran dan integriti• Agar lebih ramai orang Kristian maju dan turut terlibat dalam usaha

menghapuskan rasuah dan perbuatan menyuap dalam segala segi kehidupan

• Bagi orang Kristian yang sudah terlibat dalam bidang pekerjaan ini: agar gereja berusaha menyokong usaha mereka

• Bagi usaha beberapa peribadi dan organisasi agar benar-benar berkesan dalam pengawasan dan penyiasatan perbuatan rasuah

Hari 30(20 Ogos,Khamis)

Agensi penguatkuasa untuk menentang rasuah (Ams. �:��; Mzm. ��:11-1�)• Terus mendedahkan dan menghentikan setiap perbuatan rasuah di

semua agensi• Penguatkuasa benar-benar bertanggungjawab dan menjalankan

tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih• Penguatkuasa dan rakyat boleh bekerjasama untuk menghapuskan

rasuah dan perbuatan menyuap dalam segala segi kehidupan

DOA

Page 33: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hari 31(21 Ogos,Jumaat)

Peniaga Kristian mendukung integriti dan keadilan (Mzm. ��:��-��; Yes. �0:�)• Semua orang Kristian dibebaskan daripada ketamakan dan rasuah

serta meninggalkannya• Peniaga Kristian untuk mendukung kebolehpercayaan dan keadilan

dalam perniagaan mereka dan menjadi garam dan terang Tuhan• Peniaga Kristian menjadi pengelola yang setia dan melepaskan

kekayaan mereka kepada usaha penginjilan dan perluasan kerajaan Tuhan

Hari 32(22 Ogos,Sabtu)

Memulihkan keadilan dan kesaksamaan (Mzm. ��:1�-1�)• Hadirat Tuhan untuk melanda negara: agar Roh Tuhan benar-benar

membersihkan negara ini daripada penyakit dan kejahatan rasuah• Menentang amalan memilih keluarga dan konco-konco sahaja,

memulihkan keadilan, kesaksamaan dan kebenaran• Agar kekayaan dan manfaat ekonomi sampai kepada semua rakyat

TINDAKAN BAGI GERE JA ANDA

1 Asingkan masa sebagai penyembahan untuk menyambut Raja Mulia mengambil tempat-Nya yang sepatutnya dan memulihkan negara kita. Lalu berdoa agar kebangunan rohani berlaku dan Roh-Nya dicurahkan.

2 Kenal pasti satu hal khusus yang dirasakan oleh gereja anda sebagai tempat rasuah berlaku dan carilah jalan bagi gereja anda untuk turut menghapuskan perbuatan rasuah tersebut.

DOA

Page 34: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Paulus, mubaligh dan rasul yang agung, memetik Yesaya 49.6 dan berkata, “Hal itu demikian kerana inilah perintah yang diberikan oleh

Tuhan kepada kami, ‘Aku sudah menetapkan supaya kamu menjadi cahaya bagi bangsa bukan Yahudi, dan melalui kamu, Allah akan menyelamatkan seluruh dunia.’” (Kisah 13:47), dan menunjukkan bahawa misi Kristus untuk membawa “keadilan-penyelamatan” ke bumi kini diserahkan kepada Gereja. Oleh itu, untuk melaksanakan Amanah Agung, ini bererti memenuhi Mandat Penciptaan untuk mengembangkan tamadun apabila perhubungan manusia dan institusi manusia dibentuk oleh keadilan dan kemurahan hati, dan oleh itu, tunduk kepada pemerintahan Tuhan. Kita perlu melihat Amanah Agung dengan pengertian ini.

GEREJA BAGI NEGARA: MENCINTAI NEGARA KITA!

Dengan itu, komisi ini jelas lebih daripada menginjili dunia semata-mata atau “menyelamatkan jiwa” dan sebenarnya ini adalah tentang “menyelamatkan” dunia dengan menolong untuk mengurusnya menurut susunan yang dikehendaki oleh Tuhan… orang dari setiap bangsa yang rela menyambut Berita Baik Kerajaan itu akan menjadi saksi di dalam dan melalui setiap segi kehidupan mereka, agar mereka membawa perbezaan di dalam dan kepada institusi yang menjadi sebahagian daripada mereka, sama ada keluarga, gereja, ekonomi, atau kerajaan. Dengan cara ini mereka berusaha membawa bangsa mereka ke dalam pemerintahan Kristus. (Dipetik daripada NECF Forum VI, Okt 2008: “Amanah Agung dan Mandat Penciptaan” oleh Leong Tien Fock, Ph.D)

Hari 33(23 Ogos,Ahad)

Orang Kristian sebagai rakyat yang berakhlak baik (Titus �:�-�; � Tim. �:��) • Agar orang Kristian sentiasa berjaga-jaga dan menjadi teladan hidup

yang baik dalam masyarakat dan komuniti kita dan dengan itu mengizinkan cahaya Tuhan bersinar melalui kita

• Agar pihak berkuasa mempunyai hikmat dan kemahuan untuk menyekat masalah sosial dan MEMBERSIHKAN MASYARAKAT daripada kemerosotan akhlak dan sosial seperti ketagihan/penyeludupan dadah/pil ekstasi, pornografi

• Agar belia dan generasi muda menyerapkan nilai-nilai kerajaan Tuhan dan menolak pengaruh duniawi yang membawa kemerosotan akhlak dan sosial

Berlutut untuk berdoa bagi pertaubatan orang bangsa kita dan kesejahteraan bagi setiap orang

M I N G G U � : H A R I 3 3 – 4 0

DOA

Page 35: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hari 34(24 Ogos,Isnin)

Keluarga dan rumah tangga menjadi dasar negara yang sihat (Kej. 1�:�b; Kol. �:1�-�1)• Keluarga menyesuaikan kehidupan mereka dengan nilai dan prinsip

Tuhan dan agar doa keluarga diamalkan • Keluarga Kristian berusaha menjadi pengaruh positif di mana saja

mereka berada – tempat kerja, tempat bermain, sekolah, rumah dan menjadi contoh yang baik bagi masyarakat

• Menggerakkan keluarga Kristian untuk menjadi kuasa doa yang mengubah destini keluarga dan negara sehingga meluas ke tempat lain

• Roh Kudus memperkasa ibu bapa untuk menjadi bapa dan ibu kepada anak-anak mereka dan agar pemulihan dan perdamaian antara ibu bapa dan anak-anak berlaku

Hari 35(25 Ogos,Selesa)

Penjagaan bagi keluarga besar (Ula. �:1�; 1 Tim. �:�-�)• Mohon pengampunan sekiranya kita tidak menghormati atau

mengasihi ibu bapa kita yang sudah tua atau sanak saudara• Agar kasih Tuhan menyentuh ramai orang yang sudah tua dan hidup

tanpa penjagaan orang yang dikasihi mereka• Bagi semua keluarga Kristian yang menjaga orang yang sudah tua:

agar mereka menunjukkan serta mengamalkan hidup masyarakat yang mengasihi, memperhatikan dan berbelas kasihan

• Lebih banyak pusat Kristian ditubuhkan untuk menjaga orang yang sudah tua, berumur dan sakit

Hari 36(26 Ogos,Rabu)

Sistem pendidikan yang adil dan berkesan (Ams. ��:�)• Agar kebenaran dan kecemerlangan dipulihkan dalam sistem

pendidikan: agar semua kurikulum pembelajaran dan sukatan pelajaran baik dan utuh serta memberikan didikan

• Menentang semua unsur yang tidak sihat dan polisi tidak adil dalam institusi pendidikan kita yang memecah-belahkan suku bangsa dan menanam bibit pertelingkahan, kebencian, kesangsian dan ketidakpercayaan antara pelajar

• Lebih teguh kesatuan antara kaum di kalangan pelajar, pendidik dan pentadbir di institusi pendidikan

• Tuhan membangkitkan orang Kristian untuk masuk ke bidang pendidikan dan menyemai nilai-nilai Tuhan, kesaksamaan dan kebenaran di sana

DOA

Page 36: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Hari 37(27 Ogos,Khamis)

Kerajaan memelihara negara sebagai negara sekular (Mzm. �:�)• Kerajaan benar-benar berkhidmat bagi kepentingan rakyat dan

berhasrat membawa kemajuan kepada semua sebagai misinya yang terutama

• Hak asasi dan kebebasan sebagai masyarakat majmuk yang sivil tetap ditegakkan

• Unsur-unsur pelampau tidak mengubah sistem sekular negara ini

Hari 38(28 Ogos,Jumaat)

Pelampau agama (Mzm. 11:�-�)• Semua tindakan keagamaan yang melampau akan didedahkan

dan dihapuskan• Semua kumpulan agama dan semua suku kaum akan dihargai,

menerima kepelbagaian, sambil memelihara kerukunan dengan sesama

• Kerajaan mengambil tindakan cepat terhadap kegiatan pelampau

Hari 39(29 Ogos,Sabtu)

Semua orang Kristian menjadi penjaga (Yes. ��:�-�; Amos �:1�)• Semua orang Kristian bangun dan mengambil peranan sebagai

penjaga atas negara• Memohon roh doa syafaat untuk turun kepada setiap orang percaya

agar berdoa bagi kebangunan rohani turun atas negara ini• Tuhan membangkitkan pekerja; penanam dan penuai bagi

kebangunan rohani yang akan datang dan penuaian pada peringkat kebangsaan

Hari 40(30 Ogos,Ahad)

Merayakan kemerdekaan kita dan mendoakan masa depan negara (Bil. �:��; Yes. ��:1-�)• Puji Tuhan atas 52 tahun kemerdekaan, kedamaian dan kerukunan.

Semoga restu Tuhan terus-menerus melimpahi kita agar kita terus tinggal dalam kedamaian dan keamanan

• Berdoa agar masa depan negara ini dibina atas keadilaan, kebenaran, kesaksamaan dan kebolehpercayaan. Ya Tuhan, jadikanlah Gereja sebagai berkat atas negara ini!

• Doakan perhimpunan doa kebangsaan pada malam ini di gereja FGA; bagi pengkhutbah dan agar hadirat Tuhan dinyatakan

DOA

Page 37: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

PENYELARAS BERSAMA BANDAR RAYA

Kangar Ps. Lim Wai Ming 012-4771956

Langkawi Ps. Ooi Eng Ker 012-4389495

Alor Setar Rev. Leonard Lim 04-7331712

Sungai Petani Rev. Jesusdasson 017-4510448

Kulim Ps. Silas Singh 017-4618211

Penang Rev. Koe Choon Huan 04-8280322

Seberang Prai Ps. Sam Hari 016-4431030

Taiping Ps. Simon Chandran 05-8086458

Parit Buntar Ps. Rowland Lee 016-4320400

Ipoh Rev. Christie Kuan 016-5577202

Cameron Highlands Rev. Jeremiah Lee 012-9582988

Sitiawan Rev. Henry Yong 012-5618543

Teluk Intan Ps. Rachel Kamala 05-6211392

Rawang Ps. David Tan 03-60918150

Klang Valley Dr. Tan Nget Hong 012-3817856

Kajang Rev. Cham Nam Chen 03-87361890

Klang Ps. Rajan Ratnam 0122992802

Seremban Rev. Voon Yuen Woh 012-6081007

Banting Rev. Jevaretnam Sowria 012-9350881

Melaka Ps. James Krishnan 017-6712077

Port Dickson Ps. Zadok Jeevan 012-2971531

Batu Pahat Ps Philip Bala 017-7490661

Page 38: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

PENYELARAS BERSAMA BANDAR RAYA

Labis / Segamat Rev. Michael Martin 013-7363018

Muar Bro. Daniel Tay 012-6800188

Kulai Rev. Benedict Mutusamy 016-6638789

Johor Bahru Ps Tay Wah Seng 016-7336622

Kota Tinggi Ps Tee Meng Heng 012-7574170

Mentakab Rev. Mark Makenthiran 012-9541218

Kuantan Elder Wee 012-9520760

Kuala Terengganu Dr C. Ceryan 012-9637842

Dungun Ps Patsy Lim 013-9319971

Kota Bharu Ps Hendersen Wee 013-9380950

Kuching Ps Rodney Achil 013-8165677

Miri Rev Robinson Simunyi 013-8425031

Bintulu Rev. Hii Kong Ching 086-252651

Sibu Rev. Wong Koi Fo 019-4384348

Labuan Rev.David Wong 019-8530665

Kota Kinabalu Ps Chin Chi Kong 012-8283116

Tawau Ps Ngui Au Xze 019-8130618

Lahad Datu Ps Daniel Chong 089-881891

Sandakan Ps Johnny Wong 019-5833727

* Contact particulars is as at 20th March 2009

Page 39: Kasihilah Sesama Kita - NECF

��K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

Children Home/Orphanage CentreDialysis CentreFeeding Programme for Poor CommunitiesMy-Kasih technology and food mart

•••

Final Implication— from a financial consultantYouth Centre ProgrammeFamily Life MattersDisaster Relief Efforts

•••

Some workshops during the conference are:

Page 40: Kasihilah Sesama Kita - NECF

�0K a s i h i l a h S e s a m a K i t a

KEBA JIKANMenyemai penjimatan belanja makan anda (sampul surat disediakan)

BERDOA TERUS-MENERUS SEPANJANG HARISila log masuk ke www.necf.org.my

CATATAN: Untuk mendapatkan maklumat khusus bagi negeri-negeri individu dan wilayah persekutuan berkenaan, sila log masuk ke

www.necf.org.my ”For Your Intercession”