maksud penilaian

9
Maksud Penilaian Menurut Stufflebeam (1971) menyatakan “penilaian” sebagai proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat yang berguna bagi membuat keputusan. Manakala Gay (1985) menyatakan bahawa penilaian ialah satu proses mengumpul dan menganalisis data yang sistematik bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Menurut Abu Bakar (1990) menyatakan penilaian satu proses yang berterusan bagi mendapatkan maklumat semula dengan tujuan membawa pengubahan dalam diri pelajar dari aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Penilaian Kurikulum Menurut Gay(1985) penilaian kurikulum adalah “ to identify the weaknesses and strengths as well as problems encountered in the implementation, to improve the curriculum development process. Hunkins (1998) menyatakan bahawa penilaian kurikulum adalah satu kaedah memproses berkelompok yang dijalankan oleh manusia untuk menerima, mengumpul data yang membolehkan mereka membuat keputusan sama ada untuk menerima, mengubah atau membuang.

Upload: rathai-ragupathy

Post on 17-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penilaian

TRANSCRIPT

Page 1: Maksud Penilaian

Maksud Penilaian

Menurut Stufflebeam (1971) menyatakan “penilaian” sebagai proses mengenalpasti,

memperoleh dan menyediakan maklumat yang berguna bagi membuat keputusan. Manakala

Gay (1985) menyatakan bahawa penilaian ialah satu proses mengumpul dan menganalisis

data yang sistematik bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu

telah tercapai. Menurut Abu Bakar (1990) menyatakan penilaian satu proses yang berterusan

bagi mendapatkan maklumat semula dengan tujuan membawa pengubahan dalam diri pelajar

dari aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku.

Penilaian Kurikulum

Menurut Gay(1985) penilaian kurikulum adalah “ to identify the weaknesses and

strengths as well as problems encountered in the implementation, to improve the curriculum

development process. Hunkins (1998) menyatakan bahawa penilaian kurikulum adalah satu

kaedah memproses berkelompok yang dijalankan oleh manusia untuk menerima, mengumpul

data yang membolehkan mereka membuat keputusan sama ada untuk menerima, mengubah

atau membuang.

Tujuan penilaian kurikulum

1. Untuk mengenal pasti kejayaan dan kegagalan kurikulum dengan tujuan untuk

membetulkan kekurangan.

2. Untuk mengukur pencapaian objektif yang telah ditetapkan.

3. Untuk menilai kurikulum sama ada memenuhi keperluan pelajar, masyarakat dan

pihak yang berkaitan.

4. Untuk mengukur keberkesanan kurikulum.

Page 2: Maksud Penilaian

Penilaian Dalaman

Menurut Campbell & Rozsnyai (2002) mengatakan penilaian dalaman merupakan

satu proses semakan kualiti yang dilaksanakan dalam sebuah institusi bertujuan untuk

pengurusan kualiti. Penilaian dalaman dijalankan sebagai satu mekanisme yang

menggalakkan ahli akademik untuk mengkaji dan menilai kualiti melalui proses kerjasama

dan interaktif (Rahimi, 2002). Menurut Mohammadi (2004) penilaian dalaman mewujudkan

pengurusan kualiti secara menyeluruh dengan mengamalkan perspektif yang sistematik.

Penilaian dalaman dijalankan sebagai satu system jaminan kualiti yang membolehkan sekolah

untuk mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti pendidikan pelajar, untuk mengenal

pasti bidang yang perlu diperbaiki dan untuk membuat keputusan mengenai tindakan

pembetulan yang diambil.

Penilaian Luaran

Menurut Mujibul Hassan (2009) penilaian luaran adalah proses penilaian yang

dilakukan oleh agensi atau pihak yang tidak terlibat secara langsung atau bertanggungjawab

untuk program atau aktiviti yang dinilai. Penilaian luaran dijalankan oleh satu pasukan pakar-

pakar luar atau pemeriksa. Selain itu, penilaian luaran merupakan satu proses yang

menggunakan khidmat pihak luar untuk menilai kualiti atau standard bagi sesuatu program.

Penilaian luaran merupakan satu proses di mana agensi khusus mengumpul data, maklumat

dan bukti mengenai sebuah institusi untuk membuat penilaian.

Page 3: Maksud Penilaian

Faktor pemilihan penilaian dalaman dan penilaian luaran

1. Kos

Kos penilaian dalaman lebih rendah berbanding dengan penilaian luaran (Cumming,

1988). Manakala kos yang lebih tinggi bagi Penilaian luaran.

2. Kepakaran dan kemahiran

Penilaian luaran mempunyai kepakaran teknikal serta kemahiran yang tinggi. Selain

itu, penilaian luaran juga, mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang banyak

(Goldberg & Sifonis, 1994). Manakala penilaian dalaman kurang kepakaran,

kemahiran serta kebanyakkan mereka adalah tidak terlatih.

3. Kefahaman organisasi

Penilaian dalaman merupakan sebahagian daripada organisasi dan lebih mengenali

tentang organisasi, falsafah, dasar, pengurusan, prosedur dan kakitangan. Manakala

penilaian dalaman akan mengambil masa untuk memahami dasar, prosedur dan

budaya organisasi. Kefahaman tentang sesuatu organisasi tidak boleh diperolehi

melalui mesyuarat ringkas. (Posavac & Carey, 1997).

4. Keupayaan untuk mengumpul maklumat

Dari segi keupayaan untuk mengumpul maklumat, penilaian dalaman senang dan

mudah untuk mengumpul maklumat. Ini kerana orang lebih bersedia untuk bercakap

dengan orang dalaman berbanding dengan orang luaran. Selain itu, penilaian dalaman

lebih dikenali oleh kakitangan dan tidak akan menyebabkan kebimbangan serta stres.

Page 4: Maksud Penilaian

Manakala penilaian luaran sukar untuk mengumpul maklumat. Penilaian luaran boleh

menyebabkan stres serta kebimbangan.

5. Keputusan

Penilaian luaran ialah seseorang yang tidak terlibat secara langsung atau peribadi

dalam program yang dinilai. Maka pengumpulan dan penganalisisan data serta

penyampaian keputusan adalah lebih objektif. Manakala penilaian dalaman

merupakan sebahagian daripada kuasa dan autoriti struktur dan keuntungan peribadi

boleh mempengaruhi cadangan atau keputusan.

Kebaikan penilaian dalaman

Penilaian dalaman sangat rapat dengan matlamat, objektif, kerja dan budaya organisasi,

Penilaian dalaman juga kurang mengancam berbanding dengan penilaian luaran. Penilaian

dalaman tidak akan menimbulkan stres terhadap kakitangan dalam organisasi. Penilaian

dalaman dapat mengumpul maklumat dengan mudah. Kos penilaian dalaman juga rendah

berbanding dengan penilaian luaran.

Keburukan penilaian dalaman

Penilaian dalaman mempunyai kepentingan dalam mencapai kesimpulan positif tentang kerja

atau organisasi. Selain daripada itu, penilaian dalaman tidak mahir atau terlatih dalam

penilaian.

Kebaikan penilaian luaran

Penilaian luaran menjadi lebih objektif dan tidak mempunyai kepentingan terhadap penilaian

yang dibuat. Selain itu, penilaian luaran mempunyai pelbagai kemahiran penilaian dan

Page 5: Maksud Penilaian

pengalaman. Dengan melibatkan penilai luar dalam penilaian dapat memberikan kredibiliti

yang lebih besar kepada penemuan yang positif.

Keburukan penilaian luaran

Pihak luar dari organisasi tidak akan memahami budaya atau objektif yang ingin dicapai.

Mereka yang terlibat secara langsung akan berasa terancam oleh pihak luar dan kurang

cenderung untuk bercakap secara terbuka dan bekerjasama dalam proses penilaian. Penilaian

luaran melibatkan kos yang lebih tinggi.

Page 6: Maksud Penilaian

Rujukan

Abu Bakar Nordin (1990). Konsep, Peranan dan Amalan Penilaian Dalam KBSR. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Campbell, C. & Rozsnyai, C., 2002, Quality Assurance and the Development of Course Programmes. Papers on Higher Education Regional University Network on Governance and Management of Higher Education in South East Europe Bucharest, UNESCO.

Cummings, OW, Nowakowski, JR, Schwandt, TA, Eichelberger, RT, Kleist, KC, Larson, CL & Knott, TG 1988, ‘Business perspectives on internal/external evaluation’, in JA McLaughlin, LJ Weber, RW Covert & RB Ingle (eds), Evaluation Utilization, vol. 39, pp. 59–74.

Gay, L.R. (1985). Educational Measurement and Evaluation. Ohio: Charles Merrill Publishing Company.

Goldberg, B & Sifonis, JG 1994, Dynamic planning: the art of managing beyond tomorrow, Oxford University Press, New York.

Mohammadi,R. (2004).Practical instruction for Internal Evaluation in Iran Higher Education. The National Organization of Educational Testing in Iran(NOET) Publishers.

Mujibul Hassan Siddiqui. (2009). Educational Evaluation. New Delhi.

Ornstein, A. C., & Hunkins, F. P. (1998). Curriculum foundations, principles, and issues (3rd

ed.). Needham Heights, MA: Allyn & Bacon.

Posavac, EJ & Carey, RG 1997, Program evaluation: methods and case studies, 5th edn, Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey.

Stufflebeam, D.L., Folely, W.J., Gephart, W.J., Guba, E.G., Hammond R.L., Merriman, H.O., & Provus, M.M. (1971). Educational Evaluation and Decision-making. Itasca, IL: F.E. Peacock.

Page 7: Maksud Penilaian