makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan

2
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, makanan seimbang mendatangkan banyak kebaikan. Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat kita memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium.Fizikal yang kuat membolehkan seseorang manusia itu menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran fizikal manusia. Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas.Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan bersesuaian dengan cogan kata badan sihat otak cerdas. Di samping itu, pemakanan seimbang juga dapat memberi vitamin yang cukup kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur- sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat.

Upload: sivam-matchap

Post on 15-Dec-2015

273 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kjbvkjkl

TRANSCRIPT

Page 1: Makanan Seimbang Ialah Pengambilan Makanan Yang Cukup Untuk Keperluan Tubuh Badan

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.

Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media

massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan

masyarakat. Oleh itu, makanan seimbang mendatangkan banyak kebaikan.

Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran

manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat kita

memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein,

karbohidrat dan kalsium.Fizikal yang kuat membolehkan seseorang manusia itu menjalankan

tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting

untuk tumbesaran fizikal manusia.

Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu

terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu

tidak cukup cerdas.Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Hal ini juga

menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jadi,

pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan

bersesuaian dengan cogan kata badan sihat otak cerdas.

Di samping itu, pemakanan seimbang juga dapat memberi vitamin yang cukup kepada badan

seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan

cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Antara pemakanan

seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat.

Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti

penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit.Penyakit seperti

kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa

mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan

pemakanan seimbang akan sihat sejahtera .

Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan)

dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah

manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat.

Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan

Page 2: Makanan Seimbang Ialah Pengambilan Makanan Yang Cukup Untuk Keperluan Tubuh Badan

memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang

mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet

pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Sudah terang lagi bersuluh,makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita

perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin. Jika kita masih ingkar

dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan

bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah

pencegahan.