majlis perbandaran langkawi bandaraya pelancongan · a. harga yang ditawarkan adalah harga tetap...

12
1 MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN NO. SEBUT HARGA : MPLBP / SBT / 47 / 2017 TAJUK SEBUTHARGA : TAWARAN SEBUT HARGA MENYEDIAKAN PELAN PERLINDUNGAN INSURAN BERTEMPOH DAN BERKELOMPOK (GROUP TERM) UNTUK MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN. - Tempoh Satu Tahun Mulai 01 Disember 2017 Sehingga 30 November 2018. TARIKH PELAWA : 10 OKTOBER 2017 TARIKH TUTUP : 17 OKTOBER 2017 MASA : 12.00 TENGAHARI KOD BIDANG PENGKHUSUSAN : 221801 (Syarikat Insurans) / 221802 (Broker Insurans) RUANG UNTUK KEGUNAAN PEMBEKAL NAMA PEMBEKAL :………………………………………….. ALAMAT :………………………………………….. …………………………………………… …………………………………………... NO. TEL. :…………………………………………..

Upload: others

Post on 08-Jan-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

1

MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN

NO. SEBUT HARGA : MPLBP / SBT / 47 / 2017 TAJUK SEBUTHARGA : TAWARAN SEBUT HARGA MENYEDIAKAN

PELAN PERLINDUNGAN INSURAN BERTEMPOH DAN BERKELOMPOK (GROUP TERM) UNTUK MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN. - Tempoh Satu Tahun Mulai 01 Disember 2017

Sehingga 30 November 2018.

TARIKH PELAWA : 10 OKTOBER 2017

TARIKH TUTUP : 17 OKTOBER 2017

MASA : 12.00 TENGAHARI

KOD BIDANG PENGKHUSUSAN : 221801 (Syarikat Insurans) / 221802 (Broker Insurans)

RUANG UNTUK KEGUNAAN PEMBEKAL

NAMA PEMBEKAL :………………………………………….. ALAMAT :………………………………………….. …………………………………………… …………………………………………... NO. TEL. :…………………………………………..

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

2

SENARAI KANDUNGAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Bil. Kandungan Muka Surat

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

7.0

8.0

9.0

10.0

11.0

12.0

13.0

14.0

15.0

Pendahuluan

Bidang Kerja-Kerja Pembekalan/Perkhidmatan.

Tempoh Sah Laku Sebut Harga

Tanggungjawab Kontraktor/Pembekal & Syarat-Syarat Kepada

Penyebut Harga.

Harga Tawaran

Tawaran Dan Penolakan Dokumen Sebut Harga.

Larangan Rasuah

Perakuan Menyatakan Spesifikasi Telah Dipatuhi

Justifikasi Sebutharga

Tawaran Alternatif

Tafsiran

Hal-Hal Lain

Surat Akuan Sebut Harga

Dokumen Tawaran Sebut Harga ( Lampiran 1 )

Akuan Pembida

3

3

3

3-4

5

5

5-6

6

6

7

7

7

8-10

11

12

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

3

SKOP BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA

1.0 PENDAHULUAN.

Menyediakan Pelan Perlindungan Insuran Berkelompok Kepada Kakitangan Majlis

Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Yang Meliputi Taraf Penjawat

Kakitangan Tetap Dan Kakitangan Kontrak Untuk Tempoh Satu Tahun.

2.0 BIDANG KERJA-KERJA PEMBEKALAN/PERKHIDMATAN.

Menyediakan Pelan Perlindungan Insuran Bertempoh Dan Berkelompok ( Group Term )

Untuk Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Berdasarkan Terma Pelan

Insuran GROUP TERM FAMILY TAKAFUL ( GTL ) & GROUP TERM ACCIDENT ( GPA ) BAGI

TEMPOH SATU TAHUN.

3.0 TEMPOH SAH LAKU SEBUT HARGA

Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup Sebut Harga.

Penyebut Harga tidak boleh menarik balik Sebut Harganya sebelum tamat tempoh sah

Sebut Harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Penyebut Harga menarik sebut

harga/diri sebelum tamat tempoh sah Sebut Harga.

4.0 TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR/PEMBEKAL & SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT

HARGA.

a. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang bekalan

221801 (Syarikat Insurans)/221802 (Broker Insurans)

*(sila majukan sijil pendaftaran dengan kementerian kewangan yang masih sah

tempohnya sekurang-kurangnya enam (6) bulan untuk rujukan MPLBP.

b. Pembekal-pembekal dikehendaki mengemukakan dokumen sebutharga dalam

sampul surat bermetri (Sealed Envelope). Sudut kiri sampul surat hendaklah di

tulis No.Sebutharga serta menulis Tajuk Sebut Harga pada sampul dan di

kembalikan kepada:-

YANG DI PERTUA

MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI,

BANDARAYA PELANCONGAN,

KEDAH DARUL AMAN.

Selewat-lewatya pada jam 12.00 tengahari pada 17 OKTOBER 2017

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

4

c. Sebutharga juga boleh dikemukakan melalui talian faksimili di talian 04-9666158

/ 04-9660862 dan pihak pembekal diminta untuk terus menghubungi pegawai

kami :-

i. Pn. Anis Sallihah Bt. Zabudin ( Pegawai Tadbir )

ii. En. Zaki Bin Murad ( Pen. Pegawai Tadbir )

Di talian 04-9666590 / 04-9666185 untuk memaklumkan pihak tuan telah

menghantar faksimili sebutharga tersebut atau untuk sebarang pertanyaan.

d. Penyebut harga perlu menyertakan bersama-sama sebutharga ini dokumen-

dokumen sokongan seperti berikut :-

i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat ( SSM )

ii. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia ( MOF )

iii. Sijil Pendaftaran dengan Badan-Badan atau Persatuan Insuran Am

Malaysia.

iv. Penyata Bank 3 Bulan Terkini.

v. Salinan Pendaftaran GST ( sekiranya berkaitan ).

vi. Menyediakan Profil Syarikat.

vii. Semua Penyebut Harga hendaklah mengisi Surat Akuan Sebut Harga dan

Surat Akuan Pembida apabila menyerahkan Dokumen Sebut Harga.

e. Mana-mana pembekal yang gagal mematuhi mana-mana arahan yang dikenakan

akan menyebabkan tawaran sebutharga tersebut tidak akan dipertimbangkan

atau ditolak.

f. Pihak Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan adalah tidak terikat

dengan mana-mana tawaran terendah dan keputusan pihak Majlis adalah

muktamad.

g. Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, Penyebut

Harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan. Walau

bagaimanapun dokumen yang terlalu banyak pindaan tidak akan

dipertimbangkan.

h. Tawaran sebut harga ini akan dijadikan asas oleh MPLBP untuk penilaian dan

penerimaan tawaran.

i. Tempahan muktamad tertakluk kepada sebarang pindaan yang diluluskan oleh

Pegawai Penguasa yang akan dimuktamadkan dalam Pesanan Kerajaan ( L/O ).

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

5

5.0 HARGA TAWARAN

a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga

adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.

b. Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah berasaskan kepada jumlah harga

keseluruhan termasuk kos GST. Sekiranya timbul masalah berhubung pengiraan

harga, harga seunit tiap-tiap item akan diambil kira. Jika terdapat perbezaan

jumlah dalam bentuk angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk angka akan

diambil kira.

6.0 TAWARAN DAN PENOLAKAN DOKUMEN SEBUT HARGA.

a. Pembekal yang berjaya akan ditawarkan kontrak melalui Surat Setuju Terima dan

satu Surat Penjanjian antara pihak Majlis bersama pembekal akan disediakan

dengan merujuk terma-terma yang terdapat dalam polisi yang telah dipersetujui.

b. Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan tiada terikat untuk

menerima mana-mana tawaran walaupun yang terendah sekali dan tiada sebab

akan di beri diatas penolakan mana-mana sebutharga tersebut. Tawaran

perkhidmatan kawalan keselamatan ini adalah untuk tempoh satu ( 1 ) tahun

dengan pilihan tawaran secara terus lanjutan satu ( 1 ) tahun lagi tertakluk

kepada prestasi pembekal dan Pertimbangan Pihak MPLBP.

c. Dokumen sebut harga akan menjadi sebahagian daripada kontrak dan tiada

pindaan akan dibuat pada mana-mana bahagian didalam dokumen sebutharga

ini melainkan mendapat kelulusan daripada Pegawai Penguasa.

7.0 LARANGAN RASUAH

7.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar memberi, meminta

atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana

orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah

Akta Pencegahan Rasuah 1997.

7.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau

diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

6

Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta

Pencegahan Rasuah 1997.

7.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan kontraktor atau

pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah

dibawah Akta Pencegaran Rasuah 1997.

7.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada perkhidmatan

diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan

tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan

Rasuah 1997.

8.0 PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

7.1. Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang

dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang

dinyatakan di dalam pelawaan ini.

7.2. MPLBP tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat dari

perbezaan antara tafsiran pembekal dengan tafsiran Bahagian Kewangan MPLBP

mengenai spesifikasi ini.

9.0 JUSTIFIKASI SEBUTHARGA

i. Penyebut harga hendaklah mengisi melengkapkan tawaran sebut harga dengan

merujuk kepada terma-terma perlindungan insuran yang telah ditetapkan di

dalam DOKUMEN SEBUT HARGA seperti mana yang terdapat di Lampiran 1

sebagai rujukan justifikasi sebutharga untuk penyebut harga menyediakan

tawaran sebutharga.

ii. Penyebut harga hendaklah mengemukakan tawaran sebutharga menggunakan

kepala surat syarikat masing-masing dan mempunyai tandatangan pegawai yang

sah atau wakil pegawai syarikat yang diberi kuasa serta cop syarikat yang sah.

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

7

10.0. TAWARAN ALTERNATIF

Penyebut Harga hanya boleh memberi satu (1) tawaran sahaja untuk tiap-tiap satu

‘item’. (Tawaran pilihan ‘alternatif’ tidak akan dipertimbangkan dan ditolak).

11.0 TAFSIRAN

Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan

mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga bersetuju

tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa

pertikaian atau perselisihan juapun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau

apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

12.0 HAL-HAL LAIN

Borang Sebut Harga yang tidak bersih dan dipinda-pinda atau spesifikasi yang diberi

dibatalkan tanpa arahan atau kelulusan MPLBP, tidak akan diterima.

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

8

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

(BORANG TAWARAN SEBUT HARGA)

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Langkawi

Bandaraya Pelancongan

Kuah, 07000 Langkawi

Kedah Darul Aman

Tuan,

NO. SEBUT HARGA : MPLBP / SBT / 47 / 2017

PERKARA : TAWARAN SEBUT HARGA MENYEDIAKAN

PELAN PERLINDUNGAN INSURAN BERTEMPOH DAN

BERKELOMPOK (GROUP TERM) UNTUK MAJLIS PERBANDARAN

LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN.

- Tempoh Satu Tahun Mulai 01 Disember 2017 Sehingga 30 November 2018.

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi

MENYEDIAKAN PELAN PERLINDUNGAN INSURAN BERTEMPOH DAN BERKELOMPOK ( GROUP

TERM ) UNTUK MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN

disebuthargakan dengan harga berjumlah RM…………………………………… Ringgit Malaysia :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………. Sahaja).

Tawaran ini mempunyai sahlaku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh

Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya:

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh MPLBP untuk penerimaan tawaran

kami;

b) Bahawa MPLBP tidak terikat untuk menerima sebut harga dengan harga yang

terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas

penolakan sesuatu sebut harga;

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

9

c) Bahawa MPLBP berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian daripada

tawaran Penyebut Harga mengikut pakej atau menerima tawaran pakej yang

sama daripada lebih satu Penyebut Harga;

d) Bahawa keputusan Jawatankuasa Sebut Harga MPLBP adalah muktamad;

e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan

ditandatangani antara pihak kami dengan MPLBP selaras dengan tawaran yang

diberikan;

f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga (Borang Tawaran Sebut Harga) berserta

dengan Surat Setuju Terima Sebut Harga ini hendaklah menjadi sebahagian

daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun

kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan

adalah palsu, MPLBP boleh menarik balik penganugerahan sebut harga yang

diberikan dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat-syarat seperti mana yang dinyatakan

di dalam DOKUMEN SEBUT HARGA ini.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

10

BAGI PIHAK PENYEBUT HARGA

Tandatangan Penyebut Harga : ………………………………………………………

Nama Penuh : ………………………………………………………

No. Kad Pengenalan : ……………………………………………………..

Alamat/Cop Syarikat : ……………………………………………………..

……………………………………………………..

……………………………………………………..

DI HADAPAN

Tandatangan Saksi : ………………………………………………………

Nama Penuh Saksi : ………………………………………………………

No. Kad Pengenalan Saksi : ……………………………………………………..

Alamat : ……………………………………………………..

……………………………………………………..

……………………………………………………..

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

11

LAMPIRAN 1

Gunakan kepala surat syarikat penyebut harga

DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA NO. SEBUT HARGA : MPLBP/SBT/ 47 /2017 PERKARA : MENYEDIAKAN PELAN PERLINDUNGAN INSURAN BERTEMPOH DAN BERKELOMPOK

( GROUP TERM ) UNTUK MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN. - Tempoh Satu Tahun Mulai 01 Disember 2017 Sehingga 30 November 2018.

Plan : GROUP TERM FAMILY TAKAFUL ( GTL ) & GROUP TERM ACCIDENT ( GPA )

PLAN DESCRIPTION COVER TOTAL (RM)

A + B

PERMANENT (137 member)

A

CONTRACT (174 member)

B

GTL

Death Benefit ( All Causes )

TPD Benefit ( All Causes )

PPD Benefit ( All Causes )

Critical Illness Benefit ( Accelerated )

Daily Hospital Allowance ( All Causes )

Funeral Expense Benefit ( Member )

75000.00

75000.00

37500.00

37500.00

70/DAY

3000.00

15000.00

15000.00

7500.00

7500.00

35/DAY

1500.00

Amount ( RM )

GPA

Death

Permanent Disablement

Funeral Expenses

Medical Expenses

Hospital Allowance

80000.00

80000.00

5000.00

5000.00

60/DAY

20000.00

20000.00

2000.00

2000.00

60/DAY

Amount ( RM )

TOTAL AMOUNT * termasuk GST jika ada

RINGGIT MALAYSIA

:…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………… SAHAJA.

* nama, jawatan, cop & tandatangan syarikat serta tarikh. …………………………………………… …………………………………………… ……………………………………………

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN · a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. b. Penilaian

12

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 1/2013 Lampiran 1.2

LAMPIRAN F

SURAT AKUAN PEMBIDA

Saya, ……………………………………………………………………………. No. KP……………………………………………………………….

Mewakili……………………………………………………………………… no. PendaftaranCIDB ………………………………………..

dengan ini mengisytiharkan bahawa saya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak

akan menawarkan atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam

………………………………………………… atau mana-mana individu lain, sebagai sokongan untuk dipilih dalam

tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili

syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharanini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar

atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ………………………………………………………………….

atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti diatas,

maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan tersebut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* diatas; atau

2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas;dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikutperaturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu yang cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-

mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut

harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada

pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) atau balai polis yang berhampiran.

Yang benar,

Cop Syarikat :

Catatan : i) *Potong yang mana tidak berkenaan’

i) surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa