jabatan bantuan guaman - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 spesifikasi perkhidmatan adalah seperti...

29
JABATAN BANTUAN GUAMAN DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN PEJABAT JABATAN BANTUAN GUAMAN CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN SEBUT HARGA JBG BIL. 3/2017

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

70 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

JABATAN BANTUAN GUAMAN

DOKUMEN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN PEJABAT

JABATAN BANTUAN GUAMAN

CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

SEBUT HARGA JBG BIL. 3/2017

Page 2: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

2

BAHAGIAN 1 - PENGENALAN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN PEJABAT CAWANGAN

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, JABATAN BANTUAN GUAMAN, JABATAN

PERDANA MENTERI.

(SEBUT HARGA JBG BIL. 3/2017)

PERINGATAN :

1. Penyebut harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir

dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran.

2. Pastikan dokumen sebut harga adalah lengkap di semua muka surat. Sekiranya

terdapat maklumat yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab penyebut

harga untuk mendapatkan penjelasan daripada Unit Khidmat Pengurusan,

Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.

TUJUAN PEROLEHAN

Dokumen sebut harga ini bertujuan untuk mendapatkan cadangan daripada penyebut

harga yang berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod

bidang 221001 (Perkhidmatan Pembersihan Bangunan dan Pejabat). Penyebut

harga dijemput untuk memberi cadangan perkhidmatan pembersihan dan pencucian

untuk kegunaan pejabat JBG Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tujuan

perolehan ini.

(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)

Page 3: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

3

BAHAGIAN 2 - ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

2.1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau

mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan

sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2.2. TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran ini dibuka kepada semua penyebut harga yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan yang masih sah laku di bawah kod bidang 221001

(Perkhidmatan Pembersihan Bangunan dan Pejabat) bagi tempoh dua belas

(12) bulan.

2.3. ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

2.3.1 Cadangan sebut harga kecil boleh dihantar melalui surat dan dokumen

cadangan sebut harga kecil perlulah dimasukkan ke dalam sampul surat

dan dimeterai dengan rapi dan ditandakan “SULIT – SEBUT HARGA

JBG BIL. 3/2017 – SEBUT HARGA KECIL PERKHIDMATAN

PENCUCIAN DAN PEMBERSIHAN PEJABAT CAWANGAN WILAYAH

PERSEKUTUAN LABUAN JABATAN BANTUAN GUAMAN, JABATAN

PERDANA MENTERI” pada penjuru atas kiri dan dialamatkan dengan

jelas kepada:

PENOLONG PENGARAH

JABATAN BANTUAN GUAMAN

TINGKAT 9(A), BLOK 4

MENARA PEJABAT UJANA KEWANGAN

JALAN MERDEKA

87018 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Page 4: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

4

2.3.2 Cadangan tersebut hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen

berikut:

a) LAMPIRAN Q yang ditandatangani;

b) LAMPIRAN A - Jadual Harga;

c) LAMPIRAN B – Pematuhan speksifikasi dan skop kerja;

d) LAMPIRAN C – Pengalaman syarikat;

e) LAMPIRAN D – Bilangan pekerja syarikat;

f) LAMPIRAN E – Salinan Sijil Pendaftaran dengan

Kementerian Kewangan yang mana tempoh pendaftarannya

masih sah;

g) LAMPIRAN F – Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya

Syarikat Malaysia;

h) LAMPIRAN G – Salinan penyata bulanan akaun bank bagi

tiga (3) bulan terakhir;

i) LAMPIRAN H – Profil Syarikat;

j) LAMPIRAN I – Surat akuan pembida; dan

k) LAMPIRAN J - Senarai Semak Cadangan Kewangan yang

ditanda oleh penyebut harga.

2.3.3 Tawaran tersebut hendaklah dikemukakan sebelum waktu dan tarikh tutup

yang ditetapkan. Cadangan sebut harga yang telah lengkap diisi

hendaklah dikemukakan kepada Penolong Pengarah Jabatan Bantuan

Guaman, Tingkat 9(A), Blok 4, Menara Pejabat Ujana Kewangan, Jalan

Merdeka, 87018 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN pada atau sebelum

jam 12.00 tengah hari pada 11 Oktober 2017 (Isnin).

(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)

Page 5: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

5

2.4 FI PERKHIDMATAN eP

2.4.1 Kadar Fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi yang dijana

melalui sistem eP akan dikenakan kepada pembekal/syarikat yang

dilantik, tertakluk kepada had maksimum RM9,600.00 bagi setiap

transaksi yang melebihi RM1.2 juta atau kontrak yang melibatkan hanya

sekali bayaran (one-time payment); atau

2.4.2 Kadar Fi perkhidmatan 0.4% bagi setiap transaksi kepada had maksimum

berjumlah RM 4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM 1.2

juta atau lebih yang melibatkan beberapa kali bayaran (multiple payment)

sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian

Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment)

atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam

tempoh kontrak.

2.4.3 Penyebut harga mestilah menanggung semua kos berkaitan dengan

penyediaan dan penghantaran sebut harga. Kerajaan tidak akan

bertanggungjawb ke atas kos-kos tersebut.

2.5 DENDA LEWAT BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

2.5.1 Penyebut harga yang berjaya hendaklah menyempurnakan kontrak

perkhidmatan dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak.

2.5.2 Kerajaan berhak mendenda atau memotong sebahagian daripada

bayaran yang dipersetujui (Nilai Perjanjian) kerana bilangan pekerja tidak

mencukupi seperti mana yang dipersetujui termasuk pekerja tidak hadir

bekerja atau mutu pencucian yang tidak memuaskan.

Page 6: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

6

2.6 KESALAHAN RASUAH

2.6.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada

dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu

kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

2.6.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar

atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke

pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran.

Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di

bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

2.6.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau

pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan

rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

2.6.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja yang dibuat atau tiada

barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada

perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang

mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah

Akta Pencegahan Rasuah 1997.

2.7 PELAKSANAAN INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

2.7.1 Integrity Pact dilaksanakan bertujuan untuk :

a. Mengelak penyebut harga daripada menawar atau memberi rasuah;

Page 7: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

7

b. Menghendaki penyebut harga melaporkan sebarang kesalahan rasuah

kepada Pihak Berkuasa; dan

c. Memastikan KERAJAAN tidak menanggung “unnecessary costs” dalam

pelaksanaan urusan perolehan.

2.7.2 Unsur-unsur Integrity Pact

a. Integrity Pact dalam perolehan Kerajaan terdiri daripada unsur-unsur

penting seperti berikut:

i. Penyebut harga menerima pelawaan rasmi untuk menyertai

sebut harga bagi perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja;

ii. Penyebut harga membuat akuan bahawa ia tidak akan

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana pihak untuk

mendapatkan atau mengekalkan sesuatu kontrak berkaitan

perolehan Kerajaan;

iii. Penyebut harga mewujudkan “Code of Conduct” bagi

membanteras gejala rasuah dan perlakuan tidak beretika di

kalangan kakitangan syarikat serta mengadakan program

pematuhan “Code of Conduct” untuk semua kakitangan

syarikat;

iv. Penyebut harga yang berjaya mestilah mematuhi perjanjian

kontrak yang mengandungi Klausa Pencegahan Rasuah Dalam

Perolehan Kerajaan seperti yang diedarkan oleh Jabatan

Peguam Negara.

b. Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact

i. Peringkat Pertama – Semasa penghantaran dokumen tawaran

oleh penyebut harga.

Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut

harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida

Page 8: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

8

(LAMPIRAN E) bahawa ia tidak akan menawar atau memberi

rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil

syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida

hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa

menandatangani bagi pihak syarikat. Agensi hendaklah

memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai

dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen

tawaran penyebut harga.

ii. Peringkat Kedua – Semasa mengembalikan Surat Setuju

Terima oleh penyebut harga berjaya.

Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani

Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi

rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil

syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida

Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan

Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Agensi

hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga

dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan

bersama Surat Setuju Terima.

2.8 PRESTASI PERALATAN DAN KHIDMAT

2.8.1 Penyebut harga adalah bertanggungjawab bagi segala prestasi dan

jaminan ke atas perkhidmatan yang dibekalkan.

2.8.2 Pembida yang berjaya hendaklah melaksanakan perkhidmatan

pembersihan yang memuaskan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sepanjang tempoh kontrak, semua perkhidmatan penyelenggaraan,

baik pulih dan bekalan alat pembersihan hendaklah ditanggung

oleh penyebut harga yang berjaya.

Page 9: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

9

2.9 KONTRAK

2.9.1 Semua syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di mana-

mana jadual yang terdahulu bersama-sama dengan dokumen sebut harga

ini adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang akan

ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan penyebut harga yang

berjaya. Pembida yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak

dengan pihak Kerajaan dan membayar segala ganti rugi jika tidak

memenuhi syarat-syarat kontrak.

2.9.2 Kerajaan mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pada bila-bila

masa apabila penyebut harga yang berjaya, gagal memenuhi obligasi

kontrak mengikut perjanjian.

2.10 PEMBAYARAN

2.10.1 Pembayaran bagi perkhidmatan pembersihan pejabat ini akan dibuat

dalam Ringgit Malaysia (RM) pada tiap-tiap bulan setelah pihak

Kontraktor mengemukakan bil yang telah diperakukan oleh Pengarah

Negeri/ Ketua Cawangan, Jabatan Bantuan Guaman Cawangan

Wilayah Persekutuan Labuan dan urusan pembayaran akan dibuat oleh

Jabatan Bantuan Guaman secara terus kepada Kontraktor.

2.10.2 Penyebut harga yang terpilih sebagai pembekal perlu mengemukakan

invois berdasarkan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di dalam

jadual pelaksanaan perjanjian kontrak untuk proses bayaran. Jumlah yang

tercatat di dalam kontrak adalah jumlah maksimum dan jumlah sebenar

akan ditentukan oleh kualiti/kuantiti perkhidmatan yang disediakan

(termasuk pemotongan di atas ketidakpatuhan kontrak, jika berkaitan).

Page 10: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

10

2.11 HARGA

2.11.1 Harga bagi semua perkara dan skop kerja yang ditawarkan mestilah

dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. Harga ini mestilah sah laku

dalam tempoh 90 hari daripada tarikh tutup sebut harga.

2.11.2 Sebarang tuntutan kenaikan harga dalam jangka masa sah laku sebut

harga tidak akan dilayan.

BAHAGIAN 3: SKOP KERJA

Penyebut harga yang berjaya mestilah mematuhi skop kerja seperti berikut :-

3.1 SPESIFIKASI

3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi

dan Jadual Kerja.

3.1.2 Penyebut harga yang berjaya juga dikehendaki membuat kerja-kerja

pembersihan yang disebutkan dalam kontrak ini seperti mana yang

diarahkan oleh Pegawai yang menjaga dari semasa ke semasa dengan

syarat kerja-kerja yang berkenaan bolehlah diklasifikasikan sebagai

pembersihan biasa.

3.1.3 Kerajaan tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan

harga akibat dari perbezaan antara tafsiran pembida dengan tafsiran

pihak Kerajaan mengenai penentuan spesifikasi teknikal.

Page 11: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

11

3.2 PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

3.2.1 Melaksanakan perkhidmatan pembersihan dan pencucian pejabat di

Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan

mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti di Lampiran B -

Spesifikasi dan Skop Kerja.

3.3 JAMINAN

Penyebut harga yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan

perkhidmatan pembersihan dan pencucian pejabat di Jabatan Bantuan

Guaman Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.

3.4 PENERIMAAN PERKHIDMATAN

3.4.1 Pegawai Kerajaan yang dilantik berhak membuat penolakan terhadap

perkhidmatan atau kualiti perkhidmatan yang tidak mengikut penentuan

teknikal. Penyebut harga akan bertanggungjawab bagi menggantikan

dengan perbelanjaan sendiri segala kerosakan yang disebabkan oleh

kelalaian atau kecuaian atau agen-agennya semasa menjalankan kerja-

kerja membersih di pejabat ini.

3.4.2 Sepanjang masa kontrak ini berkuatkuasa, Penyebut harga hendaklah

bertanggungjawab menyediakan pekerja-pekerja mahir, bahan-bahan

pencuci dan alat-alat pembersihan yang sesuai serta apa-apa alat lain

yang perlu dengan secukupnya untuk membersih kawasan pejabat

dengan sempurna dan memuaskan kepada Kerajaan.Semua bahan

kimia yang digunakan mestilah bersesuaian dengan jenis kawasan

yang hendak dicuci dan tidak mendatangkan kerosakan pada

permukaan yang dicuci.

Page 12: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

12

3.5 PEMERIKSAAN

3.5.1 Kerajaan adalah sentiasa berhak mengkehendaki perkhidmatan

pembersihan dinilai oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya

dalam masa pembuatan atau bila-bila masa lain sebelum dan selepas

perkhidmatan dilaksanakan di lokasi yang ditetapkan. Penyebut harga

hendaklah memberi kerjasama dan kemudahan pemeriksaan apabila

dikehendaki.

(Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)

Page 13: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

13

LAMPIRAN Q (Kew.284-Pin. 5/94) Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada: Pelawaan Sebut Harga dikeluarkan Oleh:

Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman Aras 1, Presint 3 Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62692 PUTRAJAYA.

Tel: Faks:

Tel: 13-88851858 Faks: 03-88851830

No. Pendaftaran Kem. Kewangan:

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan perolehan / pembelian

ini: 221001

1. Sila beri sebut harga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada

syarat-syarat yang ditetapkan:-

(i) Jadual Pematuhan : seperti di LAMPIRAN B

(ii) Tarikh Penyerahan/ Penyempurnaan dikehendaki : Sila rujuk Arahan Kepada Penyebut Harga

(iii) Arahan Pengiriman : Sila rujuk Arahan Kepada Penyebut Harga

(v) Sebut harga akan ditutup pada jam 12.00 tengah hari pada 11 Oktober 2017 (Isnin)

(vi) Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tandatangan : ........................t.t.......................................

Nama Pegawai : NURSHUHADAH BINTI MOHD SHARIF

Tarikh : ........................ Jawatan : PENOLONG PENGARAH KANAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

No. Siri Sebut Harga: JBG Bil. 3/2017

Page 14: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

14

i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

ii) Tempoh bekalan ialah ...................... Minggu / Bulan.

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-

syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebut harga :......................................

Nama :......................................

No. K/P : .....................................

Tarikh:................. Alamat Syarikat : .....................................

.....................................

Cop Syarikat:

.....................................

Mustahak – Lihat syarat-syarat am di belakang

Bil. Perihal barang-barang/perkhidmatan

dan syarat-syarat khas Unit Ukuran Kuantiti

Harga Seunit

(RM)

Jumlah Harga

(RM)

Untuk diisi oleh Jabatan Untuk diisi oleh Penyebut harga

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN

PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN

PEJABAT DI JABATANBANTUAN

GUAMAN CAWANGAN WILAYAH

PERSEKUTUAN LABUAN

SILA LENGKAPKAN JADUAL HARGA

SEPERTI DI LAMPIRAN A

JUMLAH BESAR

Page 15: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

15

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini,

syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu

ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1 KEADAAN BARANG

Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2 HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos

tambahan yang berkaitan.

3 SEBUT HARGA SEBAHAGIAN

Sebut harga hendaklah ditawarkan bagi semua bilangan item dengan jelas.

4 BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai, dengan syarat

butir-butir penuh diberi.

5 PERSETUJUAN

(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-

mana sebut harga; dan

(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan.

6 PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan

menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain

sebelum penyerahan bekalan tersebut;dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian

apabila dikehendaki.

Page 16: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

16

7 PERLAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang

dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang

dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8 PENOLAKAN

(i) Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-

barang yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta penyebut harga hendaklah menyebabkan barang-barang yang

ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia

hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah

dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu; dan

(iii) Fasal – kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan

untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9 PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan

dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua

Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri dahulu.

10 TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut

dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya

kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan

jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul

daripadanya.

11 INSURANS

Tiada apa-apa insurans atas barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau

dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

Page 17: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

17

BARANG-BARANG EX-STOCK ATAU BARANG-BARANG

KELUARAN MALAYSIA

12 CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13 PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan

dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian dan kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang

tidak mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh penjual.

14 PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat

asal barang-barang itu, jika berkenaan hendaklah ditunjukkan.

BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15 CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur cukai

adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16 MATA WANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

17 PEMBUNGKUSAN

(i) Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia

melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport

dengan tidak membungkus;

Page 18: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

18

(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan

dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian dan kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang

tidak mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga..

Page 19: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

19

LAMPIRAN A

JADUAL TAWARAN HARGA

(PERLU DIISI DAN DITANDATANGANI OLEH PENYEBUT HARGA)

BIL. PERKARA HARGA SEBULAN

(RM)

HARGA 1 TAHUN

(RM)

1. Perkhidmatan Pembersihan dan

Pencucian Pejabat Jabatan Bantuan

Guaman Cawangan Wilayah

Persekutuan Labuan

JUMLAH KESELURUHAN

Bilangan pekerja yang ditawarkan (tidak termasuk penyelia) : ___________________orang

Bilangan penyelia : ___________________ orang

Keseluruhan Jumlah Harga Bagi Satu (1) Tahun adalah sebanyak:

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

Dengan ini, saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas adalah benar dan semua

harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos yang terlibat dalam menyempurnakan

segala skop perkhidmatan yang diperlukan oleh sebut harga ini.

Tandatangan Cop Rasmi Syarikat :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Page 20: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

20

LAMPIRAN B

SPESIFIKASI DAN SKOP KERJA

I. SKOP DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN

SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN PEJABAT

JABATAN BANTUAN GUAMAN (JBG) CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN

LABUAN BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN.

Kontraktor adalah bertanggungjawab:

a) Menjalankan kerja-kerja perkhidmatan pembersihan dan pencucian di alamat

seperti di berikut:

Penolong Pengarah

Jabatan Bantuan Guaman

Tingkat 9(A), Blok 4

Menara Pejabat Ujana Kewangan

Jalan Merdeka

87018 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

b) Memastikan semua pekerja (termasuk penyelia) yang diambil bekerja mestilah:

i) mahir dan berpengalaman dalam selok belok kerja-kerja pembersihan dan

pencucian pejabat;

ii) berpakaian seragam, bersih dan mempunyai tanda nama, dan

iii) jujur, amanah, bersopan santun, berdisiplin dan bertanggungjawab.

c) Memastikan pegawai-pegawai peringkat pengurusan untuk membuat lawatan

dan pemeriksaan sekurang-kuranganya sebulan sekali bagi tujuan memastikan

mutu perkhidmatan sentiasa tinggi dan membuat laporan bertulis untuk semakan

dan tindakan Jabatan Bantuan Guaman serta Bahagian Hal Ehwal Undang-

Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Page 21: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

21

d) Menjalankan perkhidmatan pembersihan dan pencucian dengan teratur,

mengikut jadual yang telah ditetapkan sempurna dan sentiasa mengekalkan

mutu perkhidmatan yang tinggi.

e) Mematuhi segala peraturan-peraturan dan arahan-arahan yang diberikan oleh

wakil Kerajaan dari semasa ke semasa.

f) Mematuhi waktu perkhidmatan iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dari

Isnin hingga Jumaat. Walau bagaimanapun, Kerajaan boleh pada bila-bila masa

yang difikirkan perlu, mengarahkan Kontraktor menjalankan perkhidmatan

tersebut tanpa apa-apa kos tambahan kepada Kerajaan.

II. SPESIFIKASI DAN JADUAL KERJA

Arahan: Lampirkan juga sekiranya Kontraktor mempunyai spesifikasi lain atau lebih

baik daripada spesifikasi minimum yang diberikan

Page 22: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

22

KADAR PER BULAN PER TAHUN

RM RM RM

1 Mengutip sampah dari semua bakul sampah

2 Mengelap dan membersihkan perabot-perabot pejabat

meja, kerusi, kabinet, permukaan kaunter dan lain-lain

tempat menakung habuk

3 Mengelap dan membersih semua papan nama, cermin

sekatan dalam, cermin pintu, pemegang pintu dan lain-lain

permukaan yang terdedah pada penggunaan yang kerap

4 Mencuci, membersih, menggosok dan mengeringkan sinki,

besin basuh tangan dan peralatan makanan dan minuman

5 Menyapu, mengelap dan membersih semua lantai disetiap

ruang pejabat

6 Membersih badan telefon dan menyembur pewangi yang

bersesuaian

7 Memvakum lantai karpet

8 Membersihan dan mengelap dengan bahan-bahan pencuci

yang bermutu dan bersesuaian penutup lampur, kipas, jam,

kekisi penyaman udara, bingkai gambar dan kelengkapan

lain di dinding dan siling

9 Membersihkan semua habuk, kekotoran sarang labah-labah

di siling-siling, sudut tingkat atau rak fail, bingkai pintu dan

permukaan lain yang berkaitan

10 Mencuci, membersihkan dan mengeringkan birai-birai

tingkap

11 Menjalankan lain-lain kerja yang sepatutunya untuk

menjamin kebersihan pejabat

Nama : Nama :

No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan :

Jawatan : Tarikh :

Tarikh :

Tandatangan SaksiTandatangan dan Cop Kontraktor

BIL

JUMLAH

BORANG SEBUTHARGA

KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN PEJABAT

JABATAN BANTUAN GUAMAN W P LABUAN

JUMLAH

KEKERAPANPERKARA

Page 23: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

23

Dengan ini, saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas semua harga yang

ditawarkan adalah termasuk semua kos yang terlibat dalam menyempurnakan segala

skop perkhidmatan yang diperlukan oleh sebut harga ini akan saya patuhi.

Tandatangan Cop Rasmi Syarikat :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Page 24: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

24

LAMPIRAN C

1. PENGALAMAN

(Berhubung dengan perolehan ini sahaja bagi tahun 2014, 2015 dan 2016. Sila sediakan

lampiran berasingan sekiranya ruang tidak mencukupi)

a) Pengalaman Terdahulu

JENIS

KONTRAK ORGANISASI NILAI TAHUN

JUMLAH KESELURUHAN KONTRAK (RM)

b) Projek Dalam Tangan

JENIS

KONTRAK ORGANISASI NILAI TAHUN

JUMLAH KESELURUHAN KONTRAK (RM)

Page 25: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

25

LAMPIRAN D

BILANGAN PEKERJA SYARIKAT

1. LEMBAGA PENGARAH

BIL

NAMA NO. K/P KEWARGANEGARAAN

2. PEKERJA

KATEGORI DI IBU PEJABAT

(BIL. & PERATUS)

DI NEGERI

BERKENAAN

(BIL. & PERATUS)

JUMLAH

Eksekutif

Teknikal

Perkeranian

Lain-lain

Dengan ini, saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas adalah benar

Tandatangan Cop Rasmi Syarikat :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Page 26: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

26

LAMPIRAN I

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN PEJABAT CAWANGAN

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, JABATAN BANTUAN GUAMAN, JABATAN

PERDANA MENTERI

Saya,(Nama Wakil syarikat)nombor K.P ........................................yang mewakili

(Nama Syarikat)nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini

mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak

akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam (Nama

Kementerian/Agensi) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih

dalam sebut harga seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa

bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati

cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam(Nama

Kementerian/Agensi)atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih

dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-

tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau

2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang

berkuatkuasa

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya

atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk

Page 27: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

27

dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera

melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

(Tandatangan)

(Nama dan No. K/P)

Cop Syarikat :

Page 28: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

28

LAMPIRAN J

SENARAI SEMAK

Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disertakan.

BIL PERKARA / DOKUMEN

UNTUK DITANDA

OLEH SYARIKAT

UNTUK DITANDA OLEH

JAWATANKUASA SEBUT HARGA

1. Borang Sebut Harga - LAMPIRAN Q (diisi dengan lengkap dan ditandatangani)

2. Jadual Harga – LAMPIRAN A

3. Pematuhan Spesifikasi dan Skop Kerja – LAMPIRAN B

4. Pengalaman Syarikat – LAMPIRAN C

5. Bilangan Pekerja Syarikat – LAMPIRAN D

6. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan – LAMPIRAN E

7. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia – LAMPIRAN F

8. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir – LAMPIRAN G

9. Profil Syarikat – LAMPIRAN H

10. Surat Akuan Pembida – LAMPIRAN I

11. Senarai Semak – LAMPIRAN J

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini saya mengesahkan

bahawa saya telah membaca dan

memahami semua syarat-syarat

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) mengesahkan

penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil.

...........................................................................

Page 29: JABATAN BANTUAN GUAMAN - jbg.gov.my sebut harga... · 3.1.1 Spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di LAMPIRAN B – Spesifikasi dan Jadual Kerja. 3.1.2 Penyebut harga yang berjaya

29

dan terma yang dinyatakan di

dalam dokumen sebut harga.

Semua maklumat yang

dikemukakan adalah benar.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

...........................................................................

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :