majlis penutupan program cinta tanah air ke-16...

3
Majlis Penutupan Program Cinta Tanah Air Ke-16 2011 Ucapan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah di Majlis Penutupan Program Cinta Tanah Air Ke-16 2011 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-27 berlangsung di Stadium Tertutup, Komplek Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada Hari Isnin, 23 Rabiulawal 1432 Hijrah / 28 Februari 2011. Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ALHAMDULILLAH, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir di Majlis Penutupan 'Program Belia Cinta Tanah Air' kali ke-6 tahun 2011 pada petang ini sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara brunie Darussalam yang ke-27. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada peserta-peserta program 'Belia Cinta Tanah Air' kali ke-6 kerana telah berjaya mengikuti aktiviti- aktiviti dalam program ini. Di kesempatan ini jua sukacita saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan persatuan- persatuan belia kerana telah berjaya mengungkayahkan program kenegaraan dan kemasyarakatan seperti ini. Kerjasama dan synergy seperti ini adalah diharapkan akan diadakan secara berterusan untuk membangun kesedaran di kalangan belia-belia dan golongan remaja di negara ini untuk mencintai dan membela negara. Kita semua mengakui bahawa belia-belia adalah aset yang berharga kepada negara dan masa depan negara adalah bergantung kepada belia-belianya. Untuk menjadikan golongan belia di negara ini sebagai aset yang positif, mereka harus diasuh dengan ditanamkan nilai-nilai kenegaraan yang murni dan jati diri yang tebal dan kental pada mencintai raja, negara, bangsa dan agama. Program 'Belia Cinta Tanah Air' merupakan salah satu program yang boleh melahirkan warga yang bertanggungjawab kepada negara kerana program ini telah dihasratkan untuk mencalak dan membentuk sifat dalaman para belia agar mereka menjadi belia yang patriotik yang sentiasa bersedia mengabdikan diri dan mencurahkan bakti kepada negara. ini selaras dengan apa yang telah diikrarkan semasa Majlis Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari

Upload: doannhu

Post on 13-Apr-2018

217 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majlis Penutupan Program Cinta Tanah Air Ke-16 2011teks-ucapan.2311952.n4.nabble.com/file/n4163211/Teks_ucapan_YB... · Tanah Air Ke-16 2011 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan

Majlis Penutupan Program Cinta Tanah Air Ke-16 2011

Ucapan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma

Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah di Majlis Penutupan Program Cinta

Tanah Air Ke-16 2011 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei

Darussalam ke-27 berlangsung di Stadium Tertutup, Komplek Sukan Negara Hassanal Bolkiah,

Berakas pada Hari Isnin, 23 Rabiulawal 1432 Hijrah / 28 Februari 2011.

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah

rahmat dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir di Majlis Penutupan 'Program Belia

Cinta Tanah Air' kali ke-6 tahun 2011 pada petang ini sempena Sambutan Ulang Tahun Hari

Kebangsaan Negara brunie Darussalam yang ke-27.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada

peserta-peserta program 'Belia Cinta Tanah Air' kali ke-6 kerana telah berjaya mengikuti aktiviti-

aktiviti dalam program ini. Di kesempatan ini jua sukacita saya ingin mengucapkan tahniah

kepada Jabatan Belia dan Sukan dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan persatuan-

persatuan belia kerana telah berjaya mengungkayahkan program kenegaraan dan

kemasyarakatan seperti ini. Kerjasama dan synergy seperti ini adalah diharapkan akan diadakan

secara berterusan untuk membangun kesedaran di kalangan belia-belia dan golongan remaja di

negara ini untuk mencintai dan membela negara.

Kita semua mengakui bahawa belia-belia adalah aset yang berharga kepada negara dan masa

depan negara adalah bergantung kepada belia-belianya. Untuk menjadikan golongan belia di

negara ini sebagai aset yang positif, mereka harus diasuh dengan ditanamkan nilai-nilai

kenegaraan yang murni dan jati diri yang tebal dan kental pada mencintai raja, negara, bangsa

dan agama.

Program 'Belia Cinta Tanah Air' merupakan salah satu program yang boleh melahirkan warga

yang bertanggungjawab kepada negara kerana program ini telah dihasratkan untuk mencalak

dan membentuk sifat dalaman para belia agar mereka menjadi belia yang patriotik yang

sentiasa bersedia mengabdikan diri dan mencurahkan bakti kepada negara. ini selaras dengan

apa yang telah diikrarkan semasa Majlis Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari

Page 2: Majlis Penutupan Program Cinta Tanah Air Ke-16 2011teks-ucapan.2311952.n4.nabble.com/file/n4163211/Teks_ucapan_YB... · Tanah Air Ke-16 2011 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan

Kebangsaan baru-baru ini iaitu 'berbakti dan rela berkorban pada mempertahankan maruah

dan kedaulatan Negara Brunei Darussalam serta memelihara keamanan dan keselamatannya'.

Dengan mengikuti aktiviti kemasyarakatan seperti ini, para peserta dapat mewujudkan

semangat kekitaan dan setia kawan serta berkesempatan untuk berinteraksi dengan

masyarakat setempat membuat kerja-kerja kemasyarakatan dan mempelajari kehidupan

masyarakat kampung dengan tinggal bersama keluarga angkat di sana. Kesemua ini dapat

menanamkan dan membangun semangat jati diri di kalangan golongan belia dan remaja.

Dalam waktu yang sama, aktiviti-aktiviti sedemikian mampu menanamkan nilai-nilai positif

kepada belia hari ini, iaitu nilai penyayang dan prihatin, tolong-menolong, berawar galat dan

saling hormat-menghormati, tidak camah mata dan lain-lain lagi.

Adalah diharapkan awda akan memainkan peranan dan menjadi role model yang dapat

membimbing dan mempengaruhi rakan-rakan muda dan belia di mukim-mukim dan kampung-

kampung untuk mengamalkan cara hidup positif dan dinamik ke arah membangun bangsa dan

negara dan pada mempertahankan kedaulatan dan survival bangsa.

Saya telah difahamkan bahawa melalui aktiviti program ini, para belia telah menjalankan aktiviti

berarak membawa bendera Negara Brunei Darussalam mengelilingi bandar atau mukim di

keempat-empat daerah. Percayalah para belia anak watan perkawa, aktiviti ini telah

mengangkat status awda menjadi wira-wira pembela bangsa dan negara yang gagah dan

perkasa. Panas dan hujan bukan penghalang. Malah titisan peluh dan keringat basah awda

menjadi bukti bahawa awda adalah benar-benar anak watan Brunei Darussalam yang akan

menjadi pewaris dan pembela bangsa.

Bawalah semangat dan nilai-nilai ini pulang dengan mengamalkannya dalam kehidupan

seharian. Malah sebarkan dan kongsikanlah pengalaman ini dengan ahli-ahli keluarga dan

kawan-kawan yang belum berpeluang menyertai program ini agar manfaatnya dapat

dimanfaatkan bersama dan semangat cintakan negara dapat disebarluaskan di kalangan

masyarakat di negara ini.

Para belia merupakan aset yang berharga kepada negara adalah dituntut untuk memiliki sikap

bertanggungjawab kepada negara. Tanggungjawab yang dimaksudkan meliputi dan mencakupi

aspek dan bidang kenegaraan yang luas yang antara lain bertanggungjawab pada mentaati raja,

mengamalkan ajaran Islam sebagai cara hidup, memelihara dan mempertahankan kedaulatan

negara, menghormati perlembagaan, mematuhi undang-undang, memelihara kestabilan politik,

mengamalkan dan menghayati falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), menjaga keamanan dan

kesejahteraan, menjaga maruah negara, mengekalkan perpaduan dan keharmonian bangsa

serta memelihara dan mengembangkan warisan budaya bangsa.

Page 3: Majlis Penutupan Program Cinta Tanah Air Ke-16 2011teks-ucapan.2311952.n4.nabble.com/file/n4163211/Teks_ucapan_YB... · Tanah Air Ke-16 2011 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan

Tuntutan itu adalah selaras dengan kedudukan belia sebagai pewaris kepimpinan negara masa

depan dan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara malah akan menjadi

nakhoda dalam melayarkan bahtera negara ke mercu kegemilangan dan kecemerlangan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak enam tahun program ini dikendalikan program ini

telah berjaya melahirkan belia yang lebih berdisiplin mempunyai semangat patriotisme yang

tinggi bersikap kepimpinan setia kawan mencintai raja dan sebagainya. Pada hemat saya ini

adalah satu kejayaan besar pihak penganjur program ini. Syabas dan tahniah kepada mereka

yang terlibat dengan pengenadlian Program Belia Cinta Tanah Air selama ini. Sumbangan

abiskita itu, insya-Allah akan dinukil sebagai sumbangan bakti kepada bangsa dan negara dan

amal ibadah. Amin.

Bagi kesinambungan dan keberkesanan program yang sangat bermanfaat ini, saya sukacita

menyarankan kepada pihak kementerian dan jawatankuasa penganjur program ini untuk

membuat penelitian rapi bagi keperluan penambahbaikkan program ini terutama dari segi isi

kandungan program dan aktiviti yang dirancang agar lebih kemas dan menarik lagi sesuai

dengan matlamat dasar belia negara bagi 'Mewujudkan Belia Brunei Cemerlang'. Dengan

penambahbaikkan itu nanti, sudah pasti akan bertambah ramailah lagi belia tampil ke hadapan

untuk menyertai program ini.

Setiap pengisian program hendaklah mampu meninggalkan impak yang besar dan mendalam

kepada peserta terutama dalam usaha kita bagi melahirkan belia yang bertanggungjawab dan

berjiwa besar. Di samping itu aspek-aspek yang boleh mendorong ke arah kefahaman

pengalaman dan penghayatan mengenai Melayu Islam Beraja (MIB) juga perlulah diberikan

keutamaan dalam program ini dengan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif.

Buat mengakhiri ucapan ini, sukacita sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada

peserta-peserta 'Program Belia Cinta Tanah Air' semoga para peserta akan menjadi aset yang

berharga iaitu menjadi belia-belia yang sentiasa berbakti kepada raja dan berguna kepada

bangsa agama dan negara.