majlis pelancaran jerayawara pelan induk … kesihatan/fokus kesihatan may2015.pdf · • sumber...

12
Majlis Pelancaran Jerayawara Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada 5 Mei 2015 bertempat di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Md Yusof, Menteri Kesihatan. Projek Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan Negara Brunei Darussalam merupakan Pelan Induk komprehensif yang dapat dijadikan peta jalan yang signifikan untuk dijadikan sebagai panduan perancangan dan perlaksanaan pelan-pelan tindakan, strategi sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan infrastruktur di abad ke-21 dengan meliputi perancangan bagi tempoh 20 tahun yang bukan sahaja mendokong pencapaian visi Kementerian Kesihatan (Bersama Ke Arah Warga Sihat) malahan sekaligus mendukung kepada merealisasikan matlamat Wawasan Brunei 2035. Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan Negara Brunei Darussalam ini berasaskan penelitian dan kajian terperinci yang berasaskan bukti (evidence-based), piawaian antarabangsa dan saranan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta amalan-amalan terbaik. Pelan Induk ini juga menyokong bagi perlaksanaan inisiatif-inisiatif dengan mengenalpasti tujuh (7) strategi utama yang memberikan perhatian kepada semua komponen sistem penjagaan Terbitan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam www.moh.gov.bn • MEI 2015 • BILANGAN 167 MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK SISTEM DAN INFRASTRUKTUR KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM kesihatan secara holistik seperti berikut: • Penyampaian Perkhidmatan (Service Delivery) • Pentadbiran dan Pengurusan (Governance) • Sumber Tenaga Manusia dan Perancangan (Human Resource and Workforce Planning) • Sumber Kewangan (Finance) • Teknologi Maklumat dan Penyelidikan (Information Technology and Research) • Produk, Vaksin dan Teknologi Perubatan (Medical Products, Vaccines and Technology); dan • Infrastruktur dan Kemudahan Kesihatan (Healthcare Infrastructure and Facilities) Strategi kesihatan negara ini juga turut disesuaikan dengan perkembangan dan situasi masa kini dengan mengambil kira cabaran-cabaran khususnya dalam bidang kesihatan bagi masa mendatang sama ada dalam negeri, peringkat serantau dan global di samping menyumbang kepada pengukuhan sistem penjagaan yang lebih berkualiti, efisien, bersistematik, kos efektif dan berdaya tahan. Yang Berhormat Menteri Kesihatan Menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–68 (68 th World Health Assembly) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel 2015 (Commonwealth Health Ministers Meeting), Di Geneva, Switzerland Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah Khas Graduan Terbaik Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2015 Expedisi Berbasikal dan Karnival Amal Sempena 30 Tahun Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Perasmian Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Berita ms.2 Berita ms.3 Berita ms.8 Aktiviti Kesihatan ms.12

Upload: truongque

Post on 30-Jan-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

Majlis Pelancaran Jerayawara Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada 5 Mei 2015 bertempat di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Md Yusof, Menteri Kesihatan.

Projek Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan Negara Brunei Darussalam merupakan Pelan Induk komprehensif yang dapat dijadikan peta jalan yang signifikan untuk dijadikan sebagai panduan perancangan dan perlaksanaan pelan-pelan tindakan, strategi sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan infrastruktur di abad ke-21 dengan meliputi perancangan bagi tempoh 20 tahun yang bukan sahaja mendokong pencapaian visi Kementerian Kesihatan (Bersama Ke Arah Warga Sihat) malahan sekaligus mendukung kepada merealisasikan matlamat Wawasan Brunei 2035.

Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan Negara Brunei Darussalam ini berasaskan penelitian dan kajian terperinci yang berasaskan bukti (evidence-based), piawaian antarabangsa dan saranan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta amalan-amalan terbaik. Pelan Induk ini juga menyokong bagi perlaksanaan inisiatif-inisiatif dengan mengenalpasti tujuh (7) strategi utama yang memberikan perhatian kepada semua komponen sistem penjagaan

Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

www.moh.gov.bn• MEI 2015 • BILANGAN 167

MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK SISTEM DAN INFRASTRUKTUR KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

kesihatan secara holistik seperti berikut:• Penyampaian Perkhidmatan (Service Delivery)• Pentadbiran dan Pengurusan (Governance)• Sumber Tenaga Manusia dan Perancangan (Human

Resource and Workforce Planning)• Sumber Kewangan (Finance)• Teknologi Maklumat dan Penyelidikan (Information

Technology and Research)• Produk, Vaksin dan Teknologi Perubatan (Medical

Products, Vaccines and Technology); dan• Infrastruktur dan Kemudahan Kesihatan (Healthcare

Infrastructure and Facilities)

Strategi kesihatan negara ini juga turut disesuaikan dengan perkembangan dan situasi masa kini dengan mengambil kira cabaran-cabaran khususnya dalam bidang kesihatan bagi masa mendatang sama ada dalam negeri, peringkat serantau dan global di samping menyumbang kepada pengukuhan sistem penjagaan yang lebih berkualiti, efisien, bersistematik, kos efektif dan berdaya tahan.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–68 (68th World Health Assembly) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel 2015 (Commonwealth Health Ministers Meeting), Di Geneva, Switzerland

Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah Khas Graduan Terbaik

Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2015

Expedisi Berbasikal dan Karnival Amal Sempena 30 Tahun Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Perasmian Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak

Berita ms.2 Berita ms.3 Berita ms.8 Aktiviti Kesihatan ms.12

Page 2: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

2 FOKUSKesihatan Mei 2015 Bilangan 167

YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN KESIHATAN SEDUNIA KE–68 (68th WORLD HEALTH ASSEMBLY) DAN

MESYUARAT MENTERI-MENTERI KESIHATAN KOMANWEL 2015 (COMMONWEALTH HEALTH MINISTERS MEETING), DI GENEVA, SWITZERLAND

BERITA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia Kali Ke-68 (68th World Health Assembly) yang berlangsung di Geneva, Switzerland, bermula pada 18 Mei 2014.

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Kali Ke-68 ini dihadiri oleh Menteri-Menteri Kesihatan dan wakil daripada 194 buah negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Yang Berhormat Menteri Kesihatan disertai oleh Yang Mulia, Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap serta beberapa orang Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam ucapannya di Perhimpunan Kesihatan Sedunia Kali Ke-68 ini antaralainnya telah menyatakan sokongan penuh Negara Brunei Darussalam terhadap tema Perhimpunan Kesihatan Sedunia Kali Ke-68 ini ‘Membangun Sistem Kesihatan yang kukuh dan berdaya tahan (Building Resilient Health Systems)’ yang bertepatan dan relevan dengan cabaran serta isu-isu kesihatan dunia yang dihadapi pada masakini dan bagi kesiapsiagaan masa akan datang. Negara Brunei Darussalam juga mendukung aspirasi dan garispanduan di bawah kepimpinan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan menyarankan usaha-usaha sepadu dan komitmen negara-negara ahli ke arah bersama-sama mencapai sistem kesihatan yang kukuh, mapan, berdaya tahan dan berfungsi dengan baik ke arah meningkatkukuhkan lagi sekuriti kesihatan dan seterusnya bagi melindungi kesihatan, kesejahteraan keseluruhan penduduk bukan sahaja di peringkat nasional malahan juga global.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya menyatakan bahawa epidemik Penyakit Virus Ebola yang dihadapi oleh beberapa negara di Afrika Barat telah memberi pengajaran kepada negara-negara di dunia mengenai kepentingan kesiapsiagaan, kewaspadaan, responsif dan pengukuhan kedayatahanan (resilience) sistem kesihatan dalam menangani secara berkesan apa jua ancaman kecemasan kesihatan awam termasuk penularan penyakit berjangkit sepertimana terkandung dalam ciri-ciri kapasiti asas Peraturan Kesihatan Antarabangsa (International Health Regulations). Dalam hal ini, Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam kenyataannya juga menyampaikan penghargaan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang mana atas panduan, sokongan dan bantuan teknikal yang diberikan kepada Negara Brunei Darussalam telah berjaya memenuhi Peraturan Kesihatan Antarabangsa dan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah memaklumkan bahawa dengan wujudnya Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan Negara Brunei Darussalam yang komprehensif yang dilancarkan baru-baru ini, adalah sebagai peta jalan yang lebih bersistematik ke arah mengukuhkan dan memantapkan lagi sistem kesihatan negara untuk lebih resilient, efisien, efektif dan dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Di samping itu, Negara Brunei Darussalam juga secara berterusan memberikan keutamaan

kepada pembangunan tenaga kerja dalam pelbagai disiplin profesional kesihatan yang berkemahiran. Tambahan itu juga, Sistem Pengurusan Maklumat Kesihatan (Bru-HIMS) yang sedia ada akan terus diperkukuhkan bagi mempastikan maklumat data yang lebih tepat dan cepat diperolehi, sebagai nilai tambah yang mendukung kepada keberkesanan pemantauan, penilaian dan respons dalam menangani ancaman kesihatan awam.

Di antara agenda-agenda utama yang dibincangkan di Perhimpunan Kesihatan Sedunia Kali Ke-68 yang berbentuk isu-isu teknikal dan berkaitan dengan kesihatan global adalah seperti berikut:-

• Kesiapsiagaan, Surveilans dan Respons Terhadap Penyakit-Penyakit Berjangkit (Preparedness, Surveillance And Response to Communicable Diseases);

• Penyakit-Penyakit Berjangkit termasuk Malaria dan Denggi;

• Mempromosi Kesihatan Sepanjang Hayat (Promoting Health Through The Life Course);

• Pencegahan dan Pengawalan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (Prevention and Control of Noncommunicable Diseases); dan

• Sistem Kesihatan termasuk strategi dan pelan tindakan global mengenai kesihatan awam, inovasi dan intellectual property.

Terdahulu ini, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel (Commonwealth Health Ministers Meeting) bagi tahun 2015 yang berlangsung pada 17 Mei 2015 di Geneva. Mesyuarat ini dihadiri oleh 53 negara ahli Komanwel yang diketuai oleh Menteri-Menteri Kesihatan dan Pegawai-Pegawai Kanan serta perwakilan daripada agensi-agensi antarabangsa. Tema Mesyuarat pada tahun ini ialah Penjagaan Kesihatan Universal yang memfokuskan kepada peningkatan usia dan kesihatan yang baik (Universal Health Coverage, with an emphasis on ageing and good health’). Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi Mesyuarat bagi tahun 2014 telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dalam penutup Mesyuarat tersebut. Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam dalam ucapannya antaralain menyatakan bahawa dalam menangani cabaran peningkatan jumlah penduduk warga emas, negara-negara perlu melaksanakan pendekatan bukan sahaja penjagaan kesihatan secara integrasi dalam pelbagai disiplin profesional kesihatan, tetapi juga

Page 3: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

3FOKUSKesihatanMei 2015Bilangan 167

BERITApenglibatan dan kerjasama padu dari pelbagai sektor untuk melaksanakan pendekatan kesihatan dalam semua dasar (health in all policies) yang lebih holistik bagi sama-sama mencapai ke arah meningkatkan lagi kualiti kesihatan dan kehidupan sepanjang hayat bagi penduduk warga emas.

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel 2015 telah meluluskan Kenyataan Menteri-Menteri (Ministerial Statement, Commonwealth Health Ministers Meeting, 2015) yang antaralain bersetuju bagi meningkatkan lagi kerjasama bidang kesihatan di bawah Komanwel semata-mata dalam usaha mengukuhkan sistem kesihatan dengan tumpuan kepada pencapaian penjagaan kesihatan secara universal (universal health coverage) serta kepentingan penjagaan kesihatan sepanjang hayat, mempastikan keseluruhan penduduk mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, secara saksama serta mudah diperolehi tanpa membebankan dari segi kewangan. Adalah diakui bahawa kedayatahanan yang berterusan adalah kritikal termasuk mekanisme-mekanisme kewangan terhadap penjagaan kesihatan secara universal.

Pusat Latihan dan Perkembangan Kejururawatan, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan mengadakan satu Majlis konvokesyen dan Penyampaian Anugerah Khas Graduan Terbaik pada 7 Mei 2015, bertempat di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Majlis konvokesyen dan Penyampaian Anugerah Khas Graduan Terbaik ini adalah bagi graduan-graduan yang mengikuti:

• Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan [Kohort 2] Sesi 2014-2015

• Sijil Pembantu Jururawat (Kejururawatan Am) [Kohort 2] Sesi 2013-2015

• Sijil Pembantu Jururawat (Perbidanan) [Kohort 1] Sesi 2013-2015

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Arif bin Haji Anuar, Jururawat, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. Sejurus selepas itu, Pengerusi Majlis Bersama, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahim bin Haji

MAJLIS KONVOKESYEN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KHASGRADUAN TERBAIK

Damit selaku menyampaikan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang juga seterusnya menyampaikan sijil kepada graduan-graduan yang telah berjaya menamatkan kursus masing-masing dan diikuti dengan penyampaian Anugerah Khas kepada graduan-graduan terbaik dari setiap kursus tersebut.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penganugerahan kepada para graduan di atas pencapaian akademik mereka di samping memberikan suntikan motivasi kepada para graduan untuk memulakan dan meningkatkan profesionalisme mereka di bidang masing-masing yang sekaligus dapat menyumbang kepada peningkatan perkhidmatan penjagaan pesakit di negara ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah beserta dengan pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan serta keluarga para graduan.

Page 4: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

4 FOKUSKesihatan Mei 2015 Bilangan 167

IntI SarI tekS-tekS Ucapan MenterI keSIhatan MeI 2015

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PUSAT AMAL CERAH SEJAHTERA4 Mei 2015

“Pusat Amal Cerah Sejahtera (PACS) di mana ianya adalah salah satu projek Kementerian Kesihatan yang melibatkan perkhidmatan pelbagai peringkat kepakaran perubatan yang terdiri daripada doktor, jururawat dan pegawai-pegawai kesihatan bersekutu, berkerjasama menumpukan sepenuh perhatian mengenai dengan rawatan dan penjagaan khas untuk pesakit-pesakit yang berkonsepkan Patient Centered Care. Model perkhidmatan perubatan ini adalah sangat penting sebab pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCDs) dan kompleks bukan hanya memerlukan rawatan penyakit sahaja, malahan ianya memerlukan perkhidmatan perubatan yang komprehensif melalui pendekatan integrasi dan holistik. Ini termasuklah memerlukan kerjasama, sokongan yang padu dan penglibatan ahli-ahli keluarga pesakit dan juga pihak swasta serta masyarakat pada umumnya untuk mencapai penjagaan kesihatan ke arah yang optima kepada pesakit.”

“Sehubungan dengan ini, saya sangat-sangat menghargai dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas inisiatif yang sangat signifikan ini dalam memperkenalkan pembaharuan perkhidmatan yang disediakan di Pusat ini di mana ianya adalah atas berkat usaha kerjasama rapat secara partnership melalui strategi menyeluruh yang merangkumi pelbagai disiplin bersepadu antara Pakar Perubatan Geriatrik, Paliatif, Neurologi, Rehabilitasi dan Penjagaan Kesihatan Asasi dengan Perkhidmatan Kejururawatan dan Pegawai-Pegawai Kesihatan Bersekutu seperti Fisioterapi dan Pemulihan Cara Kerja.”

MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK SISTEM DAN INFRASTRUKTUR KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

5 Mei 2014

“Adalah dihasratkan dengan wujudnya Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan Negara Brunei Darussalam seperti yang dihasilkan akan dapat kita jadikan sebagai peta jalan yang signifikan lagi bersistematik untuk panduan ke arah mengukuhkan dan meningkatkan kecemerlangan sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan negara. Pelan Induk yang berasaskan penyelidikan dan bukti (evidence based), piawaian antarabangsa dan saranan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta amalan-amalan terbaik, memfokuskan kepada dua (2) elemen utama yang penting iaitu strategi sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan serta strategi infrastruktur kesihatan.”

“Secara keseluruhan terdapat tujuh (7) strategi yang dikenalpasti diberikan keutamaan dalam Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan ini yang mana sebahagiannya telah, sedang dan akan dilaksanakan dalam jangkamasa pendek, sederhana dan seterusnya, InshaAllah bagi tempoh 20 tahun kehadapan:-

(i) Strategi Pertama: Mempromosi kecemerlangan dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan secara berterusan dengan memberi fokus kepada people centred care dan penggunaan kaedah teknologi maklumat (IT).

(ii) Strategi Kedua: Mendukung pengurusan kesihatan dan amalan cara hidup sihat dengan memperluaskan dasar-dasar yang menyokong promosi kesihatan dan health in all policies.

(iii) Strategi Ketiga: Memastikan kedayatahanan sistem kesihatan disamping memperkukuhkan universal health coverage, dengan memastikan pengurusan sumber-sumber secara optima serta perancangan dan perkembangan sumber manusia yang lebih efektif.

(iv) Strategi Keempat: Memantapkan dan mengimplementasi dasar dan peraturan termasuk perundangan bagi menjamin perlindungan kesihatan awam dan meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan.

(v) Strategi Kelima: Mendukung Urustadbir (Governance) Penjagaan Kesihatan yang Proaktif dan Telus. Manakala dua (2) strategi yang menjadi keutamaan dalam memberi hala tuju kepada perancangan pembangunan infrastrukur mengikut keperluan negara dalam jangkamasa pendek, sederhana dan panjang iaitu:

(vi) Memantapkan peranan dan kapasiti serta mengubahsuai, menaiktaraf dan mengembangluaskan bangunan Hospital-Hospital Kerajaan di setiap daerah dan fasiliti-fasiliti kesihatan lain di negara ini (seperti Pusat Pergigian Negara, Pusat-Pusat Dialisis, Pusat bagi Perkhidmatan Kecemasan dan Ambulans, Perkhidmatan Makmal, Kompleks bagi Kesihatan Awam, Pusat Teknologi Penjagaan Kesihatan dan lain-lain).

(vii) Mengukuhkan rangkaian Pusat-Pusat Kesihatan di seluruh Negara, termasuk mengemaskini strategi pembahagian dan model perkhidmatan yang akan diberikan.”

“…Saya menyarankan bagi setiap ketua dan jawatankuasa pengurusan di Jabatan dan Bahagian masing-masing serta secara umumnya bagi keseluruhan warga Kementerian Kesihatan hendaklah bersama-sama menggalas dan menanai sepenuhnya akan amanah dan tanggungjawab yang diberikan, sentiasa proaktif, kreatif, dinamik serta berinovatif dalam menjalankan peranan masing-masing termasuk menangani isu-isu yang perlu diselesaikan tanpa ditangguh-tangguhkan. Segala tatacara dan prosedur kerja (standard operating procedures) sama ada berbentuk klinikal, teknikal, pentadbiran dan pengurusan, kewangan hendaklah dipatuhi dan dipastikan tidak menyalahi sebarang undang-undang atau peraturan yang berkuatkuasa termasuk kod etika kerja dan disiplin mengikut profesion masing-masing. Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan semestinya sentiasa mengamalkan pendekatan ‘TURUN PADANG’ semata-mata bagi memantau dan mempastikan

Page 5: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

5FOKUSKesihatanMei 2015Bilangan 167

IntI SarI tekS-tekS Ucapan MenterI keSIhatan MeI 2015

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah penyeliaan atau pengawasan masing-masing benar-benar menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan teratur dan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan.”

MAJLIS PELANCARAN PERSATUAN KESIHATAN BERSEKUTU (ALLIED HEALTH ASSOCIATION) DAN FORUM ALLIED HEALTH

(TEMA: R.E.A.C.H FOR PROFESSIONALISM AND ETHICAL STANDARDS)8 Mei 2014

“Khidmat tenaga Allied Health Professionals dalam rangkaian perkhidmatan penjagaan kesihatan merangkumi semua spektrum daripada kuratif (curative) kepada rehabilitatif dan penjagaan paliatif. Dalam beberapa aliran klinikal, Allied Health Professionals adalah juga merupakan sebagai leading clinician of care di samping sokongan dan penglibatan disiplin profesional kesihatan yang lain.”

“Dalam era perkembangan penjagaan kesihatan hari ini, Kementerian Kesihatan amat menekankan betapa pentingnya usahasama dan kerja berpasukan atau multidisciplinary teamwork dan secara berintegrasi di antara profesional kesihatan seperti Doktor, Jururawat dan Allied Health Professional bagi rawatan pesakit dan bukannya secara individu. Kesepaduan bagi mencapai keputusan yang terbaik dalam pengurusan pesakit melalui kerja berpasukan atau teamwork adalah amat dititikberatkan dan diutamakan dimana ianya perlu dijadikan budaya kerja seharian lebih-lebih lagi dalam pengurusan penjagaan dan perawatan pesakit. Di samping itu, ianya juga membolehkan perkongsian maklumat secara transparent dan seterusnya membincangkan bagi mencapai keputusan yang terbaik yang berasaskan bukti. Dengan pendekatan bekerja berpasukan iaitu dikalangan multidiscipline professional kesihatan telah digunapakai sebagai amalan terbaik kerana terbukti menghasilkan penyampaian perkhidmatan dan rawatan yang lebih tepat, lebih efektif, lebih efisien dan yang terbaik untuk pesakit.”

“Dengan wujudnya kesepakatan dan dedikasi ahli-ahli Persatuan Kesihatan Bersekutu (Allied Health Association), Saya penuh percaya dan berkeyakinan persatuan ini berkeupayaan untuk menyumbang dan memberikan nilai tambah kepada meningkatkan kredibiliti dan profesionalisma Allied Health Professionals untuk menjadi aset bukan sahaja kepada Kementerian Kesihatan tetapi juga kepada negara dalam bersama-sama berperanan memantapkan dan mengukuhkan lagi perkhidmatan dan penjagaan kesihatan Negara Brunei Darussalam yang kita cintai. Apa yang juga diharapkan persatuan ini dan kesemua Allied Health Professionals akan dapat menyumbang dan bersama-sama bertanggungjawab untuk memartabatkan dan menaikan imej serta nama baik profesion masing-masing bagi meningkatkan lagi keyakinan dan kepenuhpercayaan stakeholders serta orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan.”

MAJLIS PENGHARGAAN KEJURURAWATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT ANTARABANGSA 2015

12 Mei 2014

“Program ini adalah bertujuan bagi mengiktiraf dan memberikan penghormatan serta menzahirkan penghargaan setinggi-tingginya ke atas khidmat bakti yang cemerlang yang diberikan oleh para Jururawat termasuk Bidan di Kementerian Kesihatan di negara ini. Anugerah yang diberikan ini bukan saja merupakan satu pengiktirafan tinggi ke atas perkhidmatan Jururawat dan Bidan tetapi juga ianya adalah sebagai pemangkin dan penyuntik semangat khususnya kepada semua peringkat profesional Jururawat serta Bidan untuk terus melipatgandakan usaha bagi memantapkan kualiti, efisiensi dan keberkesanan perkhidmatan bagi kita bersama-sama mencapai kecemerlangan demi kecemerlangan yang berpanjangan disamping meningkatkan lagi keyakinan dan kepercayaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai khususnya pesakit-pesakit.”

“Dengan penghargaan sedemikian ini adalah diharapkan semua penerima anugerah akan menjadi contoh teladan yang baik atau role model kepada semua peringkat kejururawatan dan Bidan untuk terus melipatgandakan usaha dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan disamping terus memertabatkan imej dan nama baik profesion kejururawatan di negara ini sebagai profesion yang mulia, berintegriti, dihormati dan berterusan melaksanakan amalan-amalan yang terpuji lagi mulia.”

“…Saya ingin menyarankan dan mengulangi betapa pentingnya sebagai Jururawat yang professional hendaklah sentiasa tidak mengabaikan malahan menghayati dan mempraktikkan kod Tatasusila Profesional bagi Jururawat dan Bidan Berdaftar dan Kod Etika bagi Jururawat dan Bidan Berdaftar. Disamping itu para Jururawat tidak seharusnya mengambil ringan atau sambil lewa akan kepentingan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk bekerja dengan penuh dedikasi, pemedulian, titiah, lutanan, berdisiplin, sabar, bersopan santun, cemerlang serta mengikut Nursing Procedure Manual yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana ciri-ciri etika kerja yang dimaksudkan adalah adalah asas utama untuk dijadikan sebagai garispanduan atau prosedur dalam menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan sebagai Jururawat dan Bidan yang profesional khususnya dari aspek rawatan dan penjagaan kesihatan demi mencapai hasrat ke arah yang lebih selamat, kompeten, berkualiti, efisien dan efektif selain daripada mengukuhkan lagi kepercayaan dan memenuhi kepuasan hati pesakit dan mereka yang memerlukan rawatan.”

Page 6: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

6 FOKUSKesihatan Mei 2015 Bilangan 167

AKTIVITI BULAN MEI 2015

Professor Kaye Roberts-Thomson dan Associate Professor Karen Peres, Pakar-Pakar dari Australian Research Centre for Population Oral Health, University of Adelaide, Australia ketika membuat kunjungan muhibah

kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada 6 Mei 2015.

Kunjungan muhibah daripada Pakar Perunding Pediatrik dan Neonate dan jururawat daripada Hospital Wanita & Kanak-Kanak KK, Singapura kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada 27 Mei 2015.

Ceramah bertajuk “Cabaran Kerja dan Bagaimana Menanganinya Menurut Perspektif Islam” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Ismuhadi bin Abdullah, Penceramah Tetap Pusat Dakwah Islamiah.

Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj 1436H/2015M

Bagi Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya25 Mei 2015, Dewan Al-’Afiah,

Kementerian Kesihatan

Page 7: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

7FOKUSKesihatanMei 2015Bilangan 167

BERITAAKTIVITI BULAN MEI 2015Kursus “1st National Advanced Paediatric Life Support” (APLS) anjuran

Komiti Resusitasi Kebangsaan (National Resuscitation Committee) dengan kerjasama Jabatan Pediatrik dan Jabatan Kemalangan dan

Kecemasan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha28 Mei – 30 Mei 2015, Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak,

Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2015: “Mind Your Mind / Jaga Minda Kita”23 Mei 2015, Mabohai Shopping Complex

Page 8: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

8 FOKUSKesihatan Mei 2015 Bilangan 167

BERITASAMBUTAN HARI JURURAWAT ANTARABANGSA 2015

Bersempena dengan Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2015, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan mengadakan Majlis Penghargaan Kejururawatan pada 12 Mei 2015 bertempat di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan. Tema bagi Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2015 ialah “Nurses: A Force for Change: Care Effective, Cost Effective” yang mana ianya berhasrat untuk mengukuhkan dan memperbaiki sistem kesihatan di seluruh dunia.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Dayang Hajah Fatimah binti Abdullah, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Kejururawatan. Kemudiannya, Tetamu Kehormat memberi ucapan dan seterusnya melancarkan Lencana Lembaga Jururawat sempena Hari Jururawat Antarabangsa 2015.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk:• Memberi tumpuan akan kepentingan memberi

perkhidmatan yang berkesan dan kos efektif melalui kajian atau ‘research’ dan ‘evidence-based practice’ dalam tugas-tugas harian bagi meningkatkan lagi mutu kerja perawatan;

• Mengenalpasti cara-cara perkhidmatan perawatan yang boleh digunapakai bagi mengurangkan kos perkhidmatan kesihatan yang tinggi;

• Menggunakan sumber-sumber yang ada dan sumber tenaga manusia secara lebih kos efektif dan berkesan

bagi mengelakkan pembaziran dan penjimatan kos ; dan

• Mengembangluaskan skop praktik kejururawatan bagi meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Majlis juga diselajurkan dengan Penyampaian Penghargaan oleh Tetamu Kehormat kepada Jururawat-Jururawat Cemerlang dan pelbagai acara persembahan dari jururawat hospital-hospital dan sebagainya.

Pada 11 Mei 2015, Majlis Doa Kesyukuran, Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Tahlil diadakan di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan membaca Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai dan bacaan Doa Kesyukuran. Majlis juga turut diserikan dengan Dikir Marhaban bagi meraikan lima (5) orang jururawat saudara baru yang telah memeluk agama Islam. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah.

Hari Jururawat Antarabangsa disambut diseluruh dunia pada setiap 12 Mei. Majlis Jururawat Antarabangsa (International Council Nurses – ICN) pada tahun ini telah memilih tema yang bertajuk “Nurses: A Force for Change: Care Effective, Cost Effective” untuk sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2015.

Page 9: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

9FOKUSKesihatanMei 2015Bilangan 167

BERITAPERASMIAN PUSAT AMAL CERAH SEJAHTERA (PACS) KEMENTERIAN KESIHATAN

PELANCARAN PERSATUAN KESIHATAN BERSEKUTU DAN FORUM ‘ALLIED HEALTH’

Pusat Amal Cerah Sejahtera (PACS), Kementerian Kesihatan telah diwujudkan sebagai langkah meningkatkan dan menambahbaik perkhidmatan kepada pesakit warga emas yang dikenalpasti memerlukan perkhidmatan yang berbentuk penjagaan perubatan khusus. Perkhidmatan berkenaan adalah satu perkhidmatan yang berintegrasi iaitu melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan disiplin seperti Pakar Geriatrik, Pakar Neurologi, Pakar Rehabilitasi, Perkhidmatan Kesihatan Bersekutu dan Perkhidmatan Rawatan Kejururawatan ke Rumah-Rumah (Home-Based Nursing). Selain itu, tujuan utama Pusat Amal Cerah Sejahtera ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan sokongan daycare kepada pesakit-pesakit yang menepati kriteria dan keluarga mereka secara fizikal dan mental.

Pada 4 Mei 2015, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan telah merasmikan pusat tersebut di Kampong Belimbing, Jalan Subok.

Fungsi Pusat Amal Cerah Sejahtera adalah untuk menintegrasi dan mengkoordinasikan pelbagai bidang kepakaran dan disiplin secara berkesan khusus bagi penjagaan pesakit

Majlis Pelancaran Persatuan Kesihatan Bersekutu (Allied Health Association – A.H.A.) dan Forum ‘Allied Health’, berlangsung di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan pada 8 Mei 2015. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya melancarkan persatuan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Md Yusof, Menteri Kesihatan.

Persatuan Kesihatan Bersekutu (A.H.A.) mula didaftarkan dan mendapat kebenaran penubuhannya secara rasmi pada 31 Disember 2014. Persatuan ini mempunyai sebelas (11) orang ahli Executive Council yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan Allied Health Professionals Kementerian Kesihatan, sebagai pengasas persatuan. Antara lain tujuan serta objektif persatuan ini ditubuhkan adalah bagi:• Mempromosi dan menggalakkan pengamalan profesi ‘allied

health’ di Negara Brunei Darussalam;• Mempromosi dan mengekalkan piawaian (standard) etika

profesional di kalangan Allied Health Professionals;• Menyelenggara dan mengeratkan usahasama dan kesepaduan

antara ahli persatuan;• Menggalakkan percambahan fikiran dan idea atau pendapat

yang berkaitan dengan bidang profesi ‘allied health’, serta• Menggalakkan piawaian latihan dan kompetensi Allied Health

Professionals.

terutama pesakit warga emas samada yang mempunyai pelbagai penyakit kronik, yang memerlukan penjagaan paliatif atau yang berkeperluan kompleks tetapi tidak memerlukan rawatan di dalam wad hospital.

Perkhidmatan kepakaran yang disediakan secara berfasa adalah:v Klinik Integrasi seperti gabungan perubatan neurologi, perubatan

geriatric dan perubatan pemulihan.v Perkhidmatan Geriatrikv Perkhidmatan Neurologiv Perkhidmatan Penjagaan Paliatifv Perkhidmatan RehabilitasivPerkhidmatan Kesihatan Besekutuv Fisioterapi

v Terapi Cara Kerjav Psikologi klinikalvPerkhidmatan Kebajikan PerubatanvTerapi Pertuturan

Pada majlis ini juga diadakan satu forum yang membincangkan topik “R.E.A.C.H for Professionalism dan Ethical Standards”. Topik ini menekankan akan kepentingan profesionalisma dan beretika dalam melaksana tugas termasuk imej sebagai seorang profesional dalam profesi masing-masing yang memegang prinsip seperti integriti dan akauntabiliti. Forum ini dipengerusikan (moderator) oleh Dr. Haji Osmali bin Haji Osman, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Makmal bersama ahli-ahli panel yang terdiri daripada Dr. Siti Nurliyana binti Abdullah, Pegawai Kajimata (Orthoptist), Ketua Piawaian Latihan dan Pengamalan; Suhara Fazida binti Haji Md Yusop, Pegawai Kajimata (Optometrist), Ketua Pengurusan Aduan dan Disiplin; dan Han Burt Lee, Jurupulih Cara Kerja (Occupational Therapist), Ketua Tadbir Urus dan Pentadbiran.

Turut hadir di majlis ini ialah Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan serta pegawai-pegawai Allied Health Professionals Kementerian Kesihatan.

(foto: Jabatan Penerangan)

Page 10: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

10 FOKUSKesihatan Mei 2015 Bilangan 167

INFO KESIHATANMAKLUMAT PENGIMPORTAN BAGI KEGUNAAN SENDIRI

Produk Ubat, Ubat Tradisional, Produk Suplemen Kesihatan & Produk Kosmetik

• Mengandungi bahan yang selamat untuk dimakan atau digunakan.

• Di dalam bekas asal.• Dilabel dengan lengkap dalam

Bahasa Melayu atau Inggeris.• Hanya untuk kegunaan sendiri dan

bukan untuk dijual.• Produk telahpun dibenarkan untuk

digunakan oleh pihak berkuasa di negara produk tersebut diekspot (jika berkenaan).

• Bagi produk ubat yang diklasifikasikan sebagai ‘Prescription Only Medicine’ mestilah disertakan dengan preskripsi yang sah atau surat pengesahan doktor yang merawat.

• Kuantiti yang dibenarkan adalah seperti yang tercatat di dalam preskripsi dan tidak melebihi daripada 1 bulan penggunaan bagi penyakit akut dan 3 bulan bagi penyakit kronik.

• Bagi produk ubat yang tidak memerlukan preskripsi, kuantiti yang dibenarkan adalah dalam jumlah yang berpatutan dan untuk penggunaan tidak melebihi dari 3 bulan.

• Pengimportan ubat terkawal narkotik dan psikotropik adalah dilarang.

• Tidak mengandungi atau dicemari dengan bahan yang tidak dibenarkan atau dikawal di bawah akta atau peraturan serta garispandu yang berkuatkuasa.

• Tidak bersumber dari sebarang bahagian manusia atau bahan-bahan yang berasal dari manusia.

• Tidak bersumber dari sebarang bahan-bahan yang diperolehi dari sebarang spesies yang terancam seperti yang tersebut di bawah Akta Perlindungan Binatang-Binatang Liar.

• Tidak mengandungi bahan lain selain daripada yang tercatat di dalam label.

• Tidak melebihi kuantiti yang dibenarkan iaitu dalam jumlah yang berpatutan dan tidak melebihi daripada 3 bulan penggunaan.

Awda hendaklah memastikan Produk Ubat/ Ubat Tradisional / Produk Suplemen Kesihatan / Produk

Kosmetik

Contoh produk-produk yang dilarang penggunaannya di Negara Brunei Darussalam

disebabkan mengandungi bahan terkawal

Pengimportan Produk Ubat bagi merawat penyakit:

Pengimportan Ubat Tradisional / Produk Suplemen Kesihatan / Produk Kosmetik:

Produk yang disahkan telah dicemari oleh bahan yang tidak dibenarkan atau dikawal akan dirampas oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi atau agensi penguatkuasaan yang berkenaan. Apabila sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali mengikut kesalahan yang telah dilakukan di bawah akta dan peraturan yang berkuatkuasa

Produk melangsingkan badan

yang mengandungi Sibutramine

Produk bagi sakit tulang atau sendi

yang mengandungi Dexamethasone atau

Hydrocortisone

Produk suplemen kesihatan atau produk bina badan

yang mengandungi Yohimbine

Produk kesihatan lelaki yang mengandungi

Sildenafil

Produk kosmetik yang mengandungi

Hydroquinone, Tretinoin atau Mercury

Bagi maklumat tentang produk kesihatan yang dilarang penggunaannya atau senarai bahan racun terkawal di dalam Akta Racun, bolehlah didapati dengan melayari laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Farmasi http : / /www.moh.gov.bn/medhea l thserv ices/pharmacyservices.htm

Bagi sebarang pertanyaan, awda bolehlah menghubungi:

Bahagian Penguatkuasaan FarmasiJabatan Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan

Tel: 2393 298 ext 208Email: [email protected]

Page 11: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

11FOKUSKesihatanMei 2015Bilangan 167

DARI MEJA PENTADBIRANpegawaI-pegawaI yang MenghadIrI kUrSUS / perSIdangan / MeSyUarat / SeMInar

pegawaI dan kakItangan yang BarU BerkhIdMat

pegawaI dan kakItangan BerSara

Nama & Jawatan Kursus / Mesyuarat / Bengkel / SeminarZarinah binti Haji ZahariNurul Zaimah binti Haji Mohidin

“World Confederation for Physical Therapist Congress 2015”, Singapura (1-5 Mei 2015)

Dr. Hilda Ho Ming ChooMasriah binti Abdullah

“The 4th Meeting of The ASEAN Mental Health Task Force and Workshop on The Implementation of The Mental Health (MHGAP)”, Indonesia (5-8 Mei 2015)

Dr. Chan Koo Guan “Plastic Surgery Congress 2015”, Australia (6-10 Mei 2015)

Idrus bin Haji MentaraisNor Azli bin Haji Mohamad

Kursus “Advance International Trauma Life Support”, Singapura (14-15 Mei 2015)

Dr. Muhd Nurhasanuddin bin Abdullah Kelali @ Hasmerah bin Kelali

“ROK–ASEAN Regional Conference on Community Based Services for Older Person”, Cambodia (26-29 Mei 2015)

Dr. Yung Chee TeeNurhaime binti Haji Muheni @ Haji Suhaimi

“Follow Up Workshop on Data Harmonisation”, Philippines, (27-29 Mei 2015)

Dr. Moncy Jacob OommenDr. Amir Chughtai “CV Pulse Asia Cardiovascular Summit”, Korea (30-31 Mei 2015)

Nama & Jawatan Tarikh BersaraHaji Unus bin Haji IsmailPentadbir Kanan Hospital 5 Mei 2015

Fatimah @ Fatmah / Patmah binti Haji AliAmah 10 Mei 2015

Umar bin BurutTukang Pancut 12 Mei 2015

Maskupa binti Haji MarzanPendobi 12 Mei 2015

Hasnah binti Haji MohamadAmah 15 Mei 2015

Hajah Aminah binti Haji OmarPenolong Pusat Perkhidmatan Pembasmian Kuman 15 Mei 2015

Nama & Jawatan Tarikh Melapor BertugasSyahnurul Fadzillah binti Pehin Dato Haji Abdu’r RahmaniPegawai Jururawat (Perubatan) 5 Mei 2015

Elizabeth binti SuratJururawat 11 Mei 2015

Karla Vienna Betua AmaroJururawat 11 Mei 2015

Fauziyyah Hanani binti Haji Abd ManapPsikologis (Kesihatan Awam) 14 Mei 2015

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

Page 12: MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA PELAN INDUK … Kesihatan/Fokus Kesihatan May2015.pdf · • Sumber Kewangan (Finance) ... Tema Mesyuarat pada tahun ... • Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan

12 FOKUSKesihatan Mei 2015 Bilangan 167

AKTIVITI KESIHATAN

Acara basikalton dan karnival amal bersempena ulangtahun ke 30 Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan perasmian Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak telah diadakan pada 10 Mei yang lalu.

Acara basikalton bermula di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan berakhir/tamat di Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive Berakas. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan telah akan turut serta acara berbasikal ini dan seterusnya merasmikan aktiviti-aktiviti karnival di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan.

Acara Basikalton ini diadakan dengan tujuan untuk mengutip derma bagi Dana Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Dana Hospital (RIPAS) telah ditubuhkan pada 25hb Januari 2010 yang mana ianya bertujuan untuk membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dari segi sosio-ekonomi terutama sekali dalam memenuhi keperluan rawatan perubatan yang bukan sahaja tertumpu kepada ubat-ubatan. Sebilangan pesakit yang di rujuk olih Pakar bergantung kepada peralatan perubatan untuk meneruskan rawatan mereka di rumah yang mana pihak keluarga dan pesakit berkenaan tidak berkemampuan untuk membeli peralatan yang di perlukan.

EXPEDISI BERBASIKAL DAN KARNIVAL AMAL SEMPENA30 TAHUN HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA DAN

PERASMIAN PUSAT PEREMPUAN DAN KANAK-KANAK

Acara Basikalton ini disertai oleh seramai lebih kurang 50 peserta yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan serta keluarga mereka. Jarak perjalanan expedisi ini adalah sejauh 20km, yang bermula dari Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, dan para peserta basikalton akan berehat di tempat perhentian (Check-Point) Pusat Memproses Surat dan Bungkusan, lapangan Terbang Lama, Berakas dan expedisi ini akan berakhir di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan.

Manakala, Karnival Amal diadakan bertujuan untuk mengutip derma melalui semua bayaran sewa dan jualan dari tiket-tiket permainan kepada Tabung Amal Bantuan Pesakit, Kementerian Kesihatan. Tabung Amal Bantuan Pesakit, Kementerian Kesihatan ini ditubuhkan bagi membantu meringankan bebanan para pesakit dan keluarga ke arah meningkatkan kualiti kehidupan dalam memastikan pemedulian kesihatan secara menyeluruh (Holistic Care).

Pelbagai aktiviti juga diadakan di Karnival Amal ini, di antaranya ialah Zumba, Gerai Jualan Makanan, Car Boot Sales, dan Permainan Fun Games seperti Bouncer, Peraduan Mewarna, Hit-The-Cans, Rent-A-Bike, Pertandingan Dart, Spelling Bee, Face Painting, Henna, Ring Toss, Pop-The-Balloon, Flying Fox dan sebagainya. Cabutan Bertuah dan Dapur Eksekutif juga turut diadakan pada hari tersebut.