buku panduan graduan 2015 bm.pdf

32
ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Setitik Tinta Dari Pendaftar 2. Proses-proses Wajib Dilakukan Sebelum Majlis Konvokesyen 2.1 Kajian Pengesanan Graduan IPT 2015 1-2 2.2 Cenderahati Konvokesyen 2-3 2.3 Pengambilan Gambar (Kad Alumni) 3-4 2.4 Kaedah Pembayaran Untuk Yuran Konvokesyen/Yuran/Lain-lain Bayaran/Hutang Tertunggak 4-6 2.5 Kad Jemputan 7 2.6 Pengambilan Jubah 8 3. Proses-proses Wajib Dilakukan Semasa Majlis Konvokesyen 3.1 Pendaftaran Graduan 9 3.2 Pecahan Sesi Majlis Konvokesyen 10-12 3.3 Panduan Kepada Graduan Semasa Majlis 12-13 4. Proses-proses Wajib Dilakukan Selepas Majlis Konvokesyen 4.1 Pemulangan Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood 13-14 4.2 Tuntutan Sijil dan Transkrip Akademik 15-16 4.3 Penahanan Sijil dan Transkrip Akademik 16 4.4 Kehilangan Sijil dan Transkrip Akademik 16-17 4.5 Kesilapan Maklumat Dalam Sijil dan Transkrip Akademik 17 5. Tatacara Berpakaian 5.1 Pakaian Tetamu /Ibu bapa Semasa Majlis Konvokesyen 18 5.2 Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen 18-19 5.3 Penampilan Diri Graduan 20 6. Raptai 20 7. Graduan Kurang Upaya (Cacat atau Kemalangan) 20 8. Gambar Konvokesyen 20-21 9. Seni kata Lagu UTeM 22 10. Waktu Solat Bagi Negeri Melaka 23 11. Senarai Semak 24-27 Lampiran A 28-29

Upload: kicap-jalin

Post on 06-Dec-2015

267 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Setitik Tinta Dari Pendaftar

2. Proses-proses Wajib Dilakukan Sebelum Majlis Konvokesyen

2.1 Kajian Pengesanan Graduan IPT 2015 1-2

2.2 Cenderahati Konvokesyen 2-3

2.3 Pengambilan Gambar (Kad Alumni) 3-4

2.4 Kaedah Pembayaran Untuk Yuran Konvokesyen/Yuran/Lain-lain

Bayaran/Hutang Tertunggak 4-6

2.5 Kad Jemputan 7

2.6 Pengambilan Jubah 8

3. Proses-proses Wajib Dilakukan Semasa Majlis Konvokesyen

3.1 Pendaftaran Graduan 9

3.2 Pecahan Sesi Majlis Konvokesyen 10-12

3.3 Panduan Kepada Graduan Semasa Majlis 12-13

4. Proses-proses Wajib Dilakukan Selepas Majlis Konvokesyen

4.1 Pemulangan Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood 13-14

4.2 Tuntutan Sijil dan Transkrip Akademik 15-16

4.3 Penahanan Sijil dan Transkrip Akademik 16

4.4 Kehilangan Sijil dan Transkrip Akademik 16-17

4.5 Kesilapan Maklumat Dalam Sijil dan Transkrip Akademik 17

5. Tatacara Berpakaian

5.1 Pakaian Tetamu /Ibu bapa Semasa Majlis Konvokesyen 18

5.2 Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen 18-19

5.3 Penampilan Diri Graduan 20

6. Raptai 20

7. Graduan Kurang Upaya (Cacat atau Kemalangan) 20

8. Gambar Konvokesyen 20-21

9. Seni kata Lagu UTeM 22

10. Waktu Solat Bagi Negeri Melaka 23

11. Senarai Semak 24-27

Lampiran A 28-29

Page 2: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

SETITIK TINTA DARI PENDAFTAR Selamat Sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan kerana telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Majlis Konvokesyen Ke-11 UTeM akan dilaksanakan pada 03 & 04 Oktober 2015 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal,Melaka. Majlis Konvokesyen adalah satu majlis pengiktirafan yang sangat bererti dan bermakna kepada graduan. Justeru, kerjasama daripada semua graduan adalah diperlukan untuk menjadikan Majlis Konvokesyen ini sebagai yang terbaik. Buku ini disediakan bertujuan memberi panduan kepada graduan mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri Majlis Konvokesyen. Buku Panduan Kepada Graduan ini WAJIB dibaca dan difahami oleh setiap graduan bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksampaian maklumat penting yang perlu diketahui seperti pendaftaran graduan, tarikh raptai, tarikh pengambilan jubah, tuntutan sijil & transkrip akademik, penahanan sijil & transkrip akademik, pakaian graduan & ibu bapa, tuntutan gambar graduan dan Borang Kajian Pengesanan Graduat IPTA, IPTS dan Politeknik 2015. Panduan ini diharap membantu graduan sebelum, semasa dan selepas menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen. Graduan turut diingatkan supaya sentiasa melayari laman sesawang Majlis Konvokesyen di www.utem.edu.my untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perjalanan Majlis Konvokesyen. Kerjasama daripada semua graduan amat saya harapkan untuk menjamin kejayaan keseluruhan Majlis Konvokesyen Universiti ini. Syabas dan tahniah kepada semua graduan. DATUK HASAN BIN SIRUN Pendaftar Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Page 3: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

1

MAJLIS KONVOKESYEN KE – 11 (2015) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

PADA 03 & 04 Oktober 2015 (SABTU & AHAD)

Selamat Sejahtera Tuan/Puan MAJLIS KONVOKESYEN KE – 11 UTeM (2015) Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan tuan/puan menamatkan pengajian di UTeM pada tahun ini. Majlis Konvokesyen Ke-11 UTeM akan diadakan pada 03 & 04 Oktober 2015 (Sabtu & Ahad) bertempat di Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka. Para graduan adalah dijemput hadir pada Majlis Konvokesyen di atas. Graduan diminta supaya membaca dengan teliti Panduan ini dan mengikuti arahan yang terkandung di dalamnya. Satu senarai semak telah disediakan di muka surat akhir panduan ini untuk kemudahan tindakan oleh graduan. Jika mempunyai kemusykilan, para graduan diminta untuk menghubungi pegawai- pegawai Universiti yang dinyatakan. 2. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN

2.1 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPT 2015

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah melaksanakan kajian pengesanan graduan bagi semua graduan Universiti Awam (UA) dan IPTS secara on-line mulai tahun 2006. Sehubungan dengan itu, semua bakal graduan diwajibkan mengisi borang kajian pengesanan graduan IPT 2015 termasuk graduan UTeM. Kajian pengesanan graduan IPT merupakan satu kajian tahunan bertujuan untuk mengukur daya tahap “employability” dan “marketability” graduan, mendapat pandangan / persepsi graduan tentang keberkesanan program akademik, sistem pengajian prasarana di IPT masing-masing, mewujudkan pangkalan data graduan-graduan IPT serta merupakan salah satu cara graduan untuk menyumbang kembali kepada institusi masing-masing dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT. Justeru itu, bakal graduan UTeM adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi borang tersebut yang boleh dilayari secara on-line di http://graduan.moe.gov.my/ atau melayari portal UTeM http://www.utem.edu.my (ruang campus events) bermula 21 September 2015 sehingga 2 Oktober 2015.

Page 4: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

2

Graduan dikehendaki mencetak “Slip Pengesahan Kajian” dan mengemukakan slip tersebut semasa mengambil jubah konvokesyen kelak. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tuan/ puan tidak akan diberikan jubah konvokesyen tersebut.

Tuan / puan juga adalah digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Alumni UTeM (AUTeM). Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Pengesanan Graduan atau di Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM), Bangunan Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi, Kampus Induk UTeM dengan yuran sebanyak RM30.00.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON Encik Tinta Firmannika bin Selamat [email protected] 06-331 6245 Encik Muhammad Akmal bin Mad Yatim

[email protected]

06-331 6135

2.2 CENDERAHATI KONVOKESYEN

Semua graduan diberikan cenderahati konvokesyen daripada AUTeM. Sehubungan dengan itu, graduan dikehendaki mengambil cenderahati tersebut seperti ketetapan berikut: Tempat : Bilik Seminar FTMK

Aras 3, Bangunan FTMK, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 28 September 2015 (Isnin) – 01 Oktober 2015 (Khamis) - 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

02 Oktober 2015 (Jumaat) - Dibuka setelah setelah majlis raptai hingga jam 5.00 petang

Page 5: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

3

NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI JUMAAT 2 OKTOBER 2015 MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN CENDERAHATI HANYA AKAN DIBUKA SEMULA SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI. Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON Encik Tinta Firmannika bin Selamat [email protected] 06-331 6245

Encik Muhammad Akmal bin Mad Yatim

[email protected]

06-332 6135

2.3 PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI)

Bagi memastikan Majlis Konvokesyen UTeM berjalan lancar, setiap graduan DIWAJIBKAN mengambil gambar untuk Kad Alumni. Kad Alumni bertujuan untuk memaparkan maklumat graduan semasa naik ke atas pentas. Para graduan diingatkan supaya berpakaian kemas semasa proses mengambil gambar Kad Alumni seperti berikut:- Graduan lelaki : Memakai kemeja. Graduan turut diingatkan

supaya berambut pendek Graduan perempuan : Memakai pakaian yang sopan

Berikut adalah ketetapan bagi pengambilan gambar (Kad Alumni) :

Tempat : Bilik Seminar FTMK

Aras 3, Bangunan FTMK, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 28 September 2015 (Isnin) – 01 Oktober 2015 (Khamis) - 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

02 Oktober 2015 (Jumaat) - Dibuka setelah setelah majlis raptai hingga jam 5.00

petang

Page 6: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

4

NOTA PENTING:- i) SILA BAWA KAD ALUMNI INI KE KHEMAH PERSEDIAAN GRADUAN UNTUK

MENDAFTAR DIRI SEBELUM NAIK KE PENTAS.

ii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI JUMAAT 02 OKTOBER 2015 MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI). AKAN DIBUKA SEMULA SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI, DI TEMPAT DINYATAKAN DI ATAS.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Encik Md Razip bin Zaba [email protected] 06-331 6212 Encik Mohd Zarlizan bin Zakaria [email protected] 06-331 6064 Encik Muhammad Hafeez bin Achim [email protected] 06-331 6216

2.4 KAEDAH PEMBAYARAN UNTUK YURAN KONVOKESYEN / YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN /

HUTANG TERTUNGGAK 2.4.1 YURAN KONVOKESYEN

a) Semua graduan DIWAJIBKAN membuat bayaran yuran konvokesyen.

b) Graduan yang TIDAK HADIR ke Majlis Konvokesyen juga masih perlu menjelaskan yuran konvokesyen untuk menuntut sijil dan transkrip.

c) Kadar yuran konvokesyen bagi setiap program adalah seperti berikut:

i. Diploma : RM100.00 ii. Sarjana Muda : RM130.00 iii. Sarjana : RM150.00 iv. Doktor Falsafah : RM150.00

d) Pembayaran yuran konvokesyen boleh dibuat melalui 3 kaedah :

Kaedah 1: Pembayaran di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) – Graduan perlu mengemukakan nombor kad pengenalan graduan semasa hendak membuat pembayaran di kaunter BIMB. Graduan dikehendaki menyerahkan satu salinan slip bayaran (bank-in-slip) yang telah diperakui oleh Bank Islam di Kaunter Yuran sebelum

Page 7: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

5

mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di Lampiran A) Kaedah 2: Pembayaran yuran secara on-line dengan melayari laman sesawang www.bankislam.com.my. Resit perlu dicetak dan diserahkan di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di Lampiran A) Kaedah 3: Pembayaran dibuat melalui mesin auto-teller BIMB. Resit perlu dicetak dan ditulis nama graduan dan diserahkan di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah di Kaunter Pengambilan Jubah. (Arahan seperti di Lampiran A) Semua graduan boleh membuat pembayaran yuran konvokesyen bermula dari 28 Ogos 2015 (Jumaat) sehingga 22 September 2015 (Selasa) sebelum jam 4.00 petang.

e) Kegagalan graduan untuk membuat bayaran yuran konvokesyen

akan menyebabkan proses-proses seterusnya TIDAK BOLEH DITERUSKAN iaitu:-

i. mengambil kad jemputan konvokesyen; ii. mengambil jubah konvokesyen; iii. menghadiri Majlis Konvokesyen; dan iv. mengambil sijil dan transkrip akademik.

2.4.2 YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG TERTUNGGAK

a) Graduan yang mempunyai yuran / lain-lain bayaran / denda / hutang

tertunggak PERLU menjelaskan semua pembayaran selewat-lewatnya sebelum mengambil jubah.

b) Merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 11/2011 berkenaan Peraturan Pembayaran Pelajar, pelajar yang gagal menjelaskan semua bayaran selepas tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

i. Ditahan daripada membuat pendaftaran mata pelajaran ii. Ditahan slip menduduki peperiksaan iii. Ditahan keputusan peperiksaan iv. Digantung pengajian v. Diberhentikan vi. Ditahan menghadiri konvokesyen

Page 8: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

6

vii. Ditahan transkrip

c) Pembayaran yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak boleh dibuat menggunakan kaedah “Financial Processing Exchange” dengan melayari laman sesawang UTeM atau melalui bank draf/wang pos atas nama ‘Bendahari UTeM’ dan dipos ke Pejabat Bendahari atau selewat-lewatnya diserahkan di Kaunter Yuran sebelum mengambil jubah.

d) Segala urusan pembayaran di Kaunter Yuran adalah menggunakan debit kad/kredit kad/bank draf/wang pos. PEMBAYARAN SECARA TUNAI TIDAK AKAN DITERIMA.

Berikut adalah ketetapan bagi urusan di Kaunter Yuran:

Tempat : Bilik Seminar FTMK

Aras 3, Bangunan FTMK, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 28 September 2015 (Isnin) – 01 Oktober 2015 (Khamis) - 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

02 Oktober 2015 (Jumaat) - Dibuka setelah majlis raptai hingga jam 5.00 petang

NOTA PENTING:- i) KEGAGALAN GRADUAN UNTUK MENYELESAIKAN BAYARAN AKAN

MENYEBABKAN PROSES-PROSES SETERUSNYA TIDAK DAPAT DITERUSKAN.

ii) GRADUAN YANG TIDAK HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN JUGA MASIH PERLU MENJELASKAN YURAN KONVOKESYEN UNTUK MENUNTUT SIJIL DAN TRANSKRIP.

iii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA

HARI JUMAAT 2 OKTOBER 2015 MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER YURAN HANYA AKAN DIBUKA SEMULA PADA JAM 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG PADA HARI TERSEBUT.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Pejabat Bendahari seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Cik Farah Farhanah binti Md. Lani [email protected] 06-331 6120

Page 9: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

7

Encik Afiq bin Hashim [email protected] 06-331 6117 Puan Zainab bin Amir [email protected] 06-331 6118

2.5 KAD JEMPUTAN

2.5.1 Kad jemputan pelajar, pas masuk, pelekat kenderaan dan Que Card akan diserahkan mulai 28 September 2015 hingga 02 Oktober 2015.

2.5.2 Setiap graduan yang hadir dibenarkan membawa tetamu mengikut jumlah pas masuk yang diterima. Jumlah pas masuk bagi setiap graduan adalah mengikut sesi seperti berikut:

2.5.3 Tetamu graduan hendaklah memegang pas masuk ini untuk ditunjukkan kepada petugas di pintu masuk dewan. Tetamu graduan yang tidak membawa kad pas masuk ini tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

2.5.4 Tempat meletak kenderaan disediakan bagi para graduan dan ibu bapa. Graduan DIWAJIBKAN menampal stiker kenderaan yang disertakan bersama kad jemputan di sebelah kiri cermin kenderaan yang dinaiki oleh graduan.

(Sila patuhi arahan papan tanda yang disediakan dan petugas keselamatan semasa anda meletakkan kenderaan di kawasan Dewan Besar UTeM bagi mengelakkan kesesakan dan halangan kepada kenderaan lain) Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Akademik seperti berikut:

SESI TARIKH PAS MASUK

I 03 Oktober 2015 (Sabtu, Pagi) 2

II 03 Oktober 2015 (Sabtu, Petang) 2

III 04 Oktober 2015 (Ahad, Pagi) 2

IV 04 Oktober 2015 (Ahad, Petang) 2

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON Encik Sahhizam bin Maamin [email protected] 06-331 6174 Encik Azhar bin Ismail [email protected] 06-331 6062 Encik Norazahar bin Mohamed norazahar @utem.edu.my 06-331 6085

Page 10: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

8

2.6 PENGAMBILAN JUBAH

Seperti yang telah dinyatakan di perkara 2.1 dan 2.4, graduan DIWAJIBKAN menyerahkan “Slip Pengesahan Kajian” dan menunjukkan Resit Pembayaran Yuran Konvokesyen dan Yuran / Lain-lain Bayaran / Hutang Tertunggak sebelum membuat pengambilan jubah. Berikut adalah ketetapan bagi pengambilan jubah :

Tempat : Aras 2, Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 28 September 2015 (Isnin) – 01 Oktober 2015 (Khamis) - 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari - 2.30 petang hingga 5.00 petang

02 Oktober 2015 (Jumaat) - Dibuka setelah setelah majlis raptai hingga jam 5.00 petang

Pengambilan jubah selepas daripada tempoh di atas TIDAK AKAN DILAYAN. NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI JUMAAT 02 Oktober 2015 MULAI JAM 8.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN JUBAH HANYA AKAN DIBUKA SEMULA PADA JAM 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG PADA HARI TERSEBUT.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Akademik seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON

Encik Sahhizam bin Maamin [email protected] 06-331 6089 Encik Azhar bin Ismail [email protected] 06-331 6062/6085 Puan Siti Salwah binti Ahmad [email protected] 06-331 6088

Page 11: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

9

3. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

3.1 PENDAFTARAN GRADUAN

3.1.1 Graduan yang hadir pada hari penganugerahan dikehendaki mendaftarkan diri kepada petugas di Khemah Persediaan Graduan dengan membawa bersama-sama Q-Card serta Kad Alumni. Masa pendaftaran adalah seperti di perenggan 3.2 di bawah.

3.1.2 Graduan diminta supaya TIDAK MEMBAWA sebarang beg / beg tangan

semasa melaporkan diri kerana ia tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan. HANYA Q-CARD DAN KAD ALUMNI SAHAJA YANG PERLU DIBAWA BERSAMA.

3.1.3 Graduan Sesi I dan III (Sesi Pagi) juga dinasihatkan agar bersarapan pagi

lebih awal sebelum mendaftar diri.

3.1.4 Graduan Sesi II dan IV (Sesi Petang) dikehendaki mendaftar diri selepas menunaikan solat zohor.

Jika menunaikan solat zohor selepas mendaftar diri, anda dikehendaki segera masuk ke dalam barisan sebaik sahaja selesai solat zohor mengikut susunan yang telah ditetapkan. (Waktu solat bagi negeri Melaka adalah seperti di belakang buku ini)

3.1.5 Semua graduan tidak dibenarkan meninggalkan dewan sehingga selesai

majlis konvokesyen.

NOTA PENTING: GRADUAN YANG DIDAPATI TIDAK KEMBALI SEMULA KE DALAM BARISAN SEHINGGA BARISAN GRADUAN TELAH MASUK KE DALAM DEWAN, MEREKA TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK KE DALAM DEWAN.

Page 12: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

10

PECAHAN SESI MAJLIS KONVOKESYEN:

SESI TARIKH PROGRAM MASA PENDAFTARAN

I (Pagi)

03/10/2015 Sabtu

Ijazah Doktor Falsafah Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektrik Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektronik Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekanikal Ijazah Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Pembuatan Ijazah Sarjana Sains Dalam Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan

Komputer) Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem

Elektronik) Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem

Telekomunikasi) Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Kejuruteraan

Tenaga) Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Ijazah Sarjana Kejuruteraan Pembuatan

(Kejuruteraan Sistem Pembuatan) Ijazah Sarjana Kejuruteraan Pembuatan

(Kejuruteraan Sistem Kualiti) Ijazah Sarjana Kejuruteraan Pembuatan

(Kejuruteraan Industri) Ijazah Sarjana Sains Komputer (Teknologi Rangkaian

Internet) Ijazah Sarjana Sains Komputer (Teknologi Pangkalan

Data) Ijazah Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian

Dan Kepintaran) Ijazah Sarjana Sains Komputer (Sains Keselamatan) Ijazah Sarjana Sains Komputer (Pengkomputeran

Multimedia) Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan

Operasi Termaju) Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan

Teknologi Dan Inovasi) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik

(Kuasa Industri) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik

(Automasi Industri & Robotik) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik

(Telekomunikasi) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik

7.30 pagi

Page 13: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

11

(Elektronik Industri) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan

Komputer (Sistem Komputer) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan

Mekanikal (Teknologi Automotif) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan

Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Proses dan Teknologi) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Produk) Dengan Kepujian

II (Petang)

03/10/2015 Sabtu

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Robotik & Automasi) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Bahan Kejuruteraan) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Proses Pembuatan) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Pembuatan) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Pembuatan) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Inovasi) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Struktur & Bahan) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Termal-Bendalir) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Loji & Penyenggaraan) Dengan Kepujian

1.30 petang

III (Pagi)

04/10/2015 Ahad

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan, Instrumentasi & Automasi) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa & Pemacu) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan Pangkalan Data) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media

7.30 pagi

Page 14: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

12

Interaktif) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan

Perisian) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan

Komputer) Dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi

Permainan) Dengan Kepujian

IV (Petang)

04/10/2015 Ahad

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Telekomunikasi) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi Wayarles) Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Teknousahawanan Dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian (Inovasi Teknologi)

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian (Pemasaran Teknologi Tinggi)

Diploma Kejuruteraan Elektrik Diploma Kejuruteraan Elektronik Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diploma Kejuruteraan Pembuatan Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.30 petang

3.3 PANDUAN KEPADA GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN PENTING:- Sila baca panduan ini dengan teliti.

3.3.1 Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah / Sarjana / Sarjana Muda dan

Diploma akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri

Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka selaku Canselor

UTeM atau oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Ismail bin Salleh atau Yang

Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Jalil selaku Pro-Canselor UTeM.

3.3.2 Apabila nama tuan/puan diumumkan, tuan/puan diminta berjalan terus ke

arah Tuan Yang Terutama Tun Canselor, tunduk sebagai tanda hormat,

berjabat tangan dan menerima Album Ijazah Doktor Falsafah / Sarjana /

Sarjana Muda / Diploma dengan kedua-dua belah tangan dan

mengucapkan “TERIMA KASIH TUN”. Bagi penganugerahan oleh Pro-

Canselor, ucapannya adalah “TERIMA KASIH TAN SRI” atau “TERIMA KASIH

DATUK WIRA”.

Page 15: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

13

4. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

4.1.1 Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood WAJIB dipulangkan sebaik majlis penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah / Sarjana / Sarjana Muda / Diploma tuan/puan berakhir.

4.1.2 Graduan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki memulangkan

jubah mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh Tempat Masa a) 03 Oktober 2015

(Sabtu) Bilik Seminar FTMK, Kampus Induk Durian Tunggal

12.00 tengah hari hingga 7.00 malam

b) 04 Oktober 2015 (Ahad)

8.00 pagi hingga 7.00 malam

c) 05 Oktober 2015 (Isnin)

8.00 pagi hingga 5.00 petang

Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas dan tertakluk

kepada perenggan 4.1.4 dan 4.1.5 di bawah, graduan dikehendaki

memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood di Bahagian

Pengurusan Akademik, Bangunan Canselori UTeM, Kampus Induk Durian

Tunggal Melaka. Waktu pemulangan adalah pada hari bekerja sahaja,

bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

4.1.3 Graduan Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana dikehendaki memulangkan

jubah mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh Tempat Masa a) 03 Oktober 2015

(Sabtu) Pusat Penajian Siswazah Kampus Induk Durian Tunggal

12.00 tengah hari hingga 7.00 malam

b) 04 Oktober 2015 (Ahad)

8.00 pagi hingga 7.00 malam

Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas dan tertakluk kepada perenggan 4.1.4 dan 4.1.5 di bawah, waktu pemulangan adalah pada hari bekerja sahaja, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

4.1.4 Graduan yang perlu menggunakan jubah, mortar board atau bonnet dan

hood lebih lama atas sebab-sebab tertentu dibenarkan memulangkannya di

dalam tempoh tujuh (7) hari selepas sesi terakhir Majlis Konvokesyen. Di

Page 16: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

14

dalam tempoh ini, graduan dikenakan sewaan sebanyak RM2.00 sehari

(dikira termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am).

4.1.5 Jika graduan masih gagal memulangkan jubah, mortar board atau bonnet

dan hood, denda lewat akan dikenakan mulai hari kelapan (8) selepas sesi

terakhir Majlis Konvokesyen. Kadar denda lewat ini ialah RM30.00 sehari (dikira

termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am).

4.1.6 Mana-mana graduan yang telah menghilangkan jubah dan/atau mana-

mana kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) akan

dikenakan denda kehilangan seperti berikut:

Item Denda Kehilangan

a) Jubah RM700.00

b) Mortarboard RM100.00

c) Bonnet RM200.00

d) Hood RM100.00

Jika graduan lewat memaklumkan mengenai kehilangan jubah dan/atau

mana-mana kelengkapannya seperti dinyatakan di atas, graduan akan

dikenakan sewaan, denda lewat dan denda kehilangan.

4.1.7 Bagi graduan yang memulangkan jubah dan/atau mana-mana

kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) di dalam

keadaan rosak, graduan dianggap telah menghilangkannya dan akan

dikenakan bayaran mengikut denda kehilangan. Jika graduan turut lewat

memaklumkan mengenai kerosakan ini, graduan akan dikenakan bayaran

sewaan, denda lewat dan denda kehilangan.

4.1.8 Semua bayaran berhubung dengan sewaan, denda lewat atau denda

kehilangan hendaklah dibayar sebelum pengambilan Sijil dan Transkrip.

Page 17: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

15

4.2 TUNTUTAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

4.2.1 Sijil dan Transkrip akan diserahkan selepas graduan memulangkan jubah,

mortar board dan hood dan telah menyelesaikan denda atau hutang

tertunggak dengan Universiti.

4.2.1 Graduan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki mengambil Sijil dan

Transkrip masing-masing selepas selesai setiap sesi seperti berikut :-

S

e

l

e

p

a

s dari tarikh dan tempoh di atas Sijil dan Transkrip boleh dituntut di Bahagian

Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar. Waktu pengambilan adalah pada

hari bekerja sahaja, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

4.2.2 Graduan Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana, dikehendaki mengambil Sijil dan

Transkrip masing-masing selepas selesai setiap sesi seperti berikut :

Tarikh Tempat Masa a) 03 Oktober 2015

(Sabtu) Pusat Penajian Siswazah Kampus Induk Durian Tunggal

12.00 tengah hari hingga 7.00 malam

b) 04 Oktober 2015 (Ahad)

8.00 pagi hingga 7.00 malam

Selepas dari tarikh dan tempoh di atas Sijil dan Transkrip boleh dituntut di

Pusat Pengajian Siswazah. Waktu pengambilan adalah pada hari bekerja

sahaja bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

4.2.1 Sijil dan Transkrip hendaklah dituntut di dalam tempoh 90 hari dari tarikh Majlis Konvokesyen. Sekiranya tuntutan tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan atau sebagainya.

4.2.2 Bagi graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil Sijil dan Transkrip,

boleh berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Akademik (bagi

Tarikh Tempat Masa a) 03 Oktober 2015

(Sabtu) Bilik Seminar FTMK, Kampus Induk Durian Tunggal

12.00 tengah hari hingga 7.00 malam

b) 04 Oktober 2015 (Ahad)

8.00 pagi hingga 7.00 malam

c) 05 Oktober 2015 (Isnin)

8.00 pagi hingga 5.00 petang

Page 18: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

16

graduan program Diploma dan Sarjana Muda) atau Pusat Pengajian Siswazah (bagi graduan program Sarjana dan Doktor Falsafah) dan meminta Sijil dan Transkrip berkenaan diposkan dengan memberikan alamat terkini yang lengkap serta salinan Kad Pengenalan. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan semasa perjalanan pos. Semua urusan pos untuk menghantar Sijil dan Transkrip akan dibuat melalui Pos Laju. Pihak Universiti akan hanya mengirimkan Sijil dan Transkrip setelah graduan mengembalikan selengkapnya jubah, mortar board dan hood dan telah menyelesaikan hutang tertunggak dengan Universiti.

4.2.3 Graduan yang mewakilkan individu lain untuk mengambil Sijil dan Transkrip

bagi pihaknya dikehendaki mengemukakan surat kebenaran dan salinan kad pengenalan graduan serta mencatatkan nama dan nombor kad pengenalan individu yang diwakilkan di dalam surat kebenaran. Pihak Universiti akan hanya menyerahkan Sijil dan Transkrip kepada wakil yang dilantik jika graduan telah mengembalikan selengkapnya jubah, mortar board dan hood dan telah menyelesaikan hutang tertunggak dengan Universiti.

4.3 PENAHANAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

Graduan yang masih berhutang dengan pihak UTeM atau belum memulangkan buku Perpustakaan atau barang-barang lain yang dipinjam dari mana-mana Pejabat di UTeM, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan Pejabat berkenaan selewat- lewatnya 1 minggu sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Sekiranya bayaran atau penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti serahan sewaktu menuntut Sijil dan Transkrip. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Sijil dan Transkrip tuan/puan ditahan.

4.4 KEHILANGAN SIJIL ATAU TRANSKRIP AKADEMIK

4.4.1 Pihak UTeM telah menetapkan bahawa sijil dan transkrip asal cuma dikeluarkan sekali sahaja kepada graduan dan tidak lagi dikeluarkan untuk menggantikan yang hilang atau rosak. Sekiranya sijil dan/atau transkrip hilang atau rosak, pihak Universiti cuma dapat mengeluarkan salinan sijil dan/atau transkrip berkenaan.

4.4.2 Bagi kes kehilangan sijil dan/atau transkrip, pelajar perlu membuat laporan

kepada pihak polis dan laporan tersebut hendaklah dilampirkan semasa

membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Akademik bagi graduan

Sarjana Muda dan Diploma atau Pusat Pengajian Siswazah graduan Ijazah

Doktor Falsafah dan Sarjana.

Page 19: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

17

4.4.3 Bagi kes kerosakan sijil atau transkrip, graduan perlu melampirkan sijil atau transkrip yang rosak tersebut kepada Bahagian Pengurusan Akademik atau Pusat Pengajian Siswazah (mana yang berkenaan) semasa membuat permohonan.

4.4.4 Permohonan tambahan salinan sijil atau transkrip akan dikenakan bayaran

RM50.00 setiap satu bagi graduan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma. Manakala bagi graduan Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana bayaran yang dikenakan untuk setiap salinan sijil adalah RM100.00 dan transkrip RM50.00. Oleh itu, para graduan dinasihatkan menyimpannya dengan baik dan selamat. Juga dinasihatkan graduan membuat salinan yang mencukupi.

4.5 KESILAPAN MAKLUMAT DALAM SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

Sebaik sahaja menerima Sijil dan Transkrip, setiap graduan perlu menyemaknya untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat dalam Sijil atau Transkrip ianya boleh diganti baru dengan syarat kesilapan itu adalah dari pihak UTeM sendiri dan dilaporkan secara bertulis dalam tempoh empat (4) minggu selepas tarikh konvokesyen atau 90 hari bagi mereka yang tidak menghadiri konvokesyen. Selepas daripada tempoh ini Sijil atau Transkrip tidak lagi dikeluarkan.

Page 20: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

18

5. TATACARA BERPAKAIAN

5.1 PAKAIAN TETAMU/IBU BAPA SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

5.1.1 Tetamu Lelaki (Islam/Bukan Islam)

Pakaian rasmi/kebangsaan lengkap/”lounge suit” atau pakaian tertib. Maksud pakaian tertib bagi lelaki (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) adalah berseluar panjang dan baju berlengan panjang (Kemeja-T adalah tidak dibenarkan).

5.1.2 Tetamu Wanita (Islam/Bukan Islam)

a) Pakaian tertib bagi wanita (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) adalah baju kurung/moden atau kebaya.

b) Bagi tetamu graduan yang bukan beragama Islam, pakaian gaun

atau skirt mestilah melebihi paras buku lali. c) Blouse tanpa lengan, kemeja-T dan seluar yang tidak mencapai paras

buku lali adalah dianggap tidak sesuai dan tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan.

NOTA PENTING i) Panduan pemakaian untuk tetamu/ibu bapa ini adalah berdasarkan

panduan etika protokol berpakaian untuk majlis-majlis rasmi. ii) Kanak - kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam

dewan. iii) Petugas/Penyambut tetamu berhak untuk tidak membenarkan tetamu/ibu

bapa graduan dari memasuki Dewan jika gagal mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan.

5.2 PAKAIAN GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

5.2.1 Graduan lelaki:-

a) Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).

b) Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).

c) Memakai lounge suit (kot atau blazer) berwarna hitam atau gelap

serta bertali leher. Baju dan tali leher adalah berwarna bebas

ATAU

Page 21: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

19

Sepasang baju Melayu hitam berbutang lima (baju melayu cekak

musang), bersamping songket hitam berbunga benang emas dan

dipakai tanpa menggunakan bengkung.

d) Kasut kulit hitam bertutup penuh.

5.2.2 Graduan perempuan:-

a) Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).

b) Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).

c) Baju kurung moden/labuh atau kebaya bandung/labuh. Kebaya

Sarung tanpa menggunakan belah (split) di tepi tetapi boleh

memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.

ATAU

Skirt labuh melepasi buku lali yang berwarna hitam dan blaus yang

berlengan panjang. (Warna blaus adalah bebas).

d) kain pakaian jenis “lace” boleh dipakai dengan syarat mempunyai

lining.

e) Selendang/Mini Telekung/Sarung Tangan dibenarkan untuk dipakai.

f) Warna pakaian adalah pilihan sendiri.

g) Bagi graduan yang memakai tudung/mini telekung, warna bagi

tudung tersebut adalah bebas.

h) Kasut kulit hitam bertutup penuh dan bertumit. Kasut sarung (sandal)

tidak dibenarkan sama sekali.

5.2.3 Jubah Graduan

NOTA PENTING PAKAIAN SELAIN DARIPADA JENIS PAKAIAN YANG DISENARAIKAN DI ATAS ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. (SILA LIHAT LAMPIRAN DI BELAKANG IAITU CONTOH PAKAIAN GRADUAN YANG DIBENARKAN)

a) Doktor Falsafah (PhD)

: Biru Kehitaman (Blue Black) dengan tiga jalur dilengan mengikut warna Fakulti dengan hood

b) Sarjana : Biru Kehitaman (Blue Black) dengan dua jalur di lengan mengikut warna Fakulti dengan hood

c) Sarjana Muda

: Biru Kehitaman (Blue Black) dengan satu jalur di lengan mengikut warna Fakulti dengan hood

d) Diploma : Blue Black tanpa jalur di lengan tangan

Page 22: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

20

5.3 PENAMPILAN DIRI GRADUAN

5.3.1 Graduan lelaki Rambut hendaklah pendek dan kemas, tidak berwarna dan tidak mencecah kolar baju. (Lihat lampiran)

5.3.2 Graduan Perempuan

Hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

6. RAPTAI

Semua graduan DIWAJIBKAN menghadiri raptai bagi melancarkan Majlis Konvokesyen. Semasa raptai, graduan akan diberi taklimat mengenai proses-proses sebelum dan semasa Majlis Konvokesyen tersebut. Berikut ialah ketetapan bagi majlis raptai tersebut. Tempat : Dewan Besar UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka. Tarikh : 02 Oktober 2015 (Jumaat) Masa : 08.00 Pagi Semasa raptai, graduan dikehendaki berlatih menyanyikan lagu “UTeM TERBILANG”. Seni kata lagu tersebut ada di muka surat akhir panduan ini.

7. GRADUAN KURANG UPAYA (CACAT ATAU KEMALANGAN)

Graduan kurang upaya (cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Akademik di Kaunter Pengambilan Jubah semasa mengambil jubah atau kepada petugas semasa raptai.

8. GAMBAR KONVOKESYEN 8.1 PENGAMBILAN GAMBAR MAJLIS KONVOKESYEN (DALAM DEWAN)

Graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau membenarkan orang lain berbuat demikian semasa di dalam dewan. Semua pengambilan gambar semasa Majlis Konvokesyen berlangsung akan diuruskan oleh KOPERASI UTeM BERHAD.

JIKA GRADUAN GAGAL MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK PETUGAS MAJLIS KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MEMASUKI DEWAN DAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTeM.

Page 23: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

21

Harga bagi satu set gambar tersebut ialah RM50.00

Set tersebut mengandungi :- Saiz gambar 11R (11” x 14”) = 1 keping (Gambar menerima Ijazah penuh) Saiz gambar 8R (8” x 10”) = 1 keping (Gambar menerima Ijazah separuh) Saiz gambar 5R (5” x 7”) = 1 keping (Gambar berjalan) Saiz gambar 4R (4” x 5”) = 1 keping (Gambar menerima Ijazah penuh) Pilihan tambahan:-

1 Salinan CD gambar penerimaan dan suasana sepanjang sesi konvokesyen berlangsung berharga RM10.00

Berikut adalah ketetapan bagi urusan tempahangambar Majlis Konvokesyen (Dalam Dewan):

Tempat : Koperasi UTeM, Bangunan Pusat Persatuan Pelajar, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka. Tarikh : 28 September 2015 hingga 2 Oktober 2015 (Isnin hingga Jumaat) Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari 2.30 petang hingga 5.00 petang Gambar boleh dituntut sehari selepas Majlis Konvokesyen dengan membawa resit bayaran gambar konvokesyen di Koperasi UTeM, Bangunan Pusat Persatuan Pelajar. Maklumat tempahan dan bayaran boleh diperolehi daripada: Nama untuk dihubungi : Puan Nuraihan Abdul Wahab / Puan Masniza Ab. Lah No. Telefon Pejabat : 06-5532550 No. Telefon Bimbit : 012- 2290820 / 012-3428041

Page 24: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

22

9. SENI KATA LAGU UTeM

“UTeM TERBILANG”

DI SINI SEGALA BERMULA CEMERLANG MENCIPTA GEMILANG

BERTUAH BUMIKU MENYAKSI BERSAMA KITA BERJUANG

TERSOHOR PERSADA DUNIA

SENADA WAWASAN NEGARA MELAHIR INSAN LUHUR JIWA MAMPAN MENAMBAT DUNIA

PERKONGSIAN PINTAR

UNIVERSITI DAN INDUSTRI KREATIF INOVATIF

PEMBELAJARAN TERAS

APLIKASI DAN KOMPETENSI TEKAD MENCAPAI VISI

DEMI SEMANGAT NEGARA

KAMI MENCURAH BAKTI NASIB PERTIWI TERUS DIBELA

KEPADA IBUNDA KAMI BERJANJI

UTeM KU CEMERLANG UTeM KU GEMILANG UTeM KU TERBILANG

UTeM TERUS BERJUANG

Page 25: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

23

10. WAKTU SOLAT BAGI NEGERI MELAKA

Tarikh Hari Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak

2-10-2015 Jumaat 5:41 6:57 13:02 16:11 19:04 20:13

3-10-2015 Sabtu 5:41 6:57 13:02 16:11 19:03 20:12

4-10-2015 Ahad 5:41 6:57 13:01 16:11 19:03 20:12

5-10-2015 Isnin 5:40 6:56 13:01 16:11 19:03 20:12

Sumber daripada www.al-azim.com

Page 26: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

24

11. SENARAI SEMAK

APA PERLU ANDA BUAT:

MASA BIL. PERKARA DOKUMEN PERLU DISERTAKAN/DIBAWA

SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN

1 Layari laman web http://www.utem.edu.my dari masa ke semasa untuk mengetahui berita terkini majlis konvokesyen

2 Baca dengan teliti setiap maklumat/ kandungan set jemputan konvokesyen

3 Semak sesi konvokesyen anda

4 Semak tatacara berpakaian dan penampilan semasa konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika tiada. Maklumkan kepada tetamu/ibu bapa mengenai tatacara berpakaian tetamu/ibu bapa semasa majlis konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika tiada.

5 Layari laman web http://graduat.mohe.gov.my atau http://www.utem.edu.my dan isikan Kajian Pengesanan Graduan IPT 2015. Sila cetak Slip Pengesahan Kajian dan simpan dengan baik (anda perlu menunjukkan slip ini semasa mengambil jubah konvokesyen)

6 Bayar yuran konvokesyen mengikut kaedah di perenggan 2.4 Buku Panduan Graduan. Simpan resit dengan baik (anda perlu menunjukkan resit ini semasa mengambil jubah konvokesyen)

7 Semak dan bayar yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak mengikut kaedah di perenggan 2.4.1 Buku Panduan Graduan. Simpan resit atau bukti bayaran dengan baik (anda perlu menunjukkan resit/bukti ini semasa mengambil jubah konvokesyen)

8 Datang ke Universiti pada tarikh yang ditetapkan untuk pengambilan jubah.

- Slip Pengesahan Kajian

- Resit-resit bayaran yuran konvokesyen/ yuran / lain-lain

Highlight
Page 27: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

25

bayaran / hutang tertunggak

9 Serahkan Slip Pengesahan Kajian kepada Kaunter

Pengesanan Graduan (PJIM)

- Slip Pengesahan Kajian

10 Ambil gambar untuk Kad Alumni di Kaunter Pengambilan Gambar. Ambil, semak dan simpan Kad Alumni dengan baik (sila bawa Kad Alumni ini semasa Majlis Konvokesyen)

- Kad Alumni

11 Serahkan resit bayaran yuran konvokesyen dan yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak dan/atau semak status berhutang anda di Kaunter Yuran. Jelaskan hutang (jika masih ada) dan simpan resit pembayaran. (Transkrip dan Sijil tidak akan diserahkan jika masih berhutang kepada Universiti)

Resit-resit bayaran yuran konvokesyen/ yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak

12 Terima Kad Jemputan menghadiri konvokesyen, pas masuk dan pelekat kenderaan (sila serahkan pas masuk kepada tetamu/ibu bapa yang akan masuk ke Dewan)

- Kad Jemputan

13 Ambil Cenderahati Konvokesyen di kaunter pengambilan Cenderahati.

- Cenderahati Konvokesyen

14 Ambil jubah konvokesyen dan Q-Card dari Kaunter Pengambilan Jubah (sila bawa jubah konvokesyen dan Q-Card ini semasa Majlis Konvokesyen)

- Jubah Graduan - Q-Qard

15 Hadiri raptai Majlis Konvokesyen mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan. Kehadiran bagi majlis raptai adalah diwajibkan kepada semua graduan (sila rujuk Buku Panduan Graduan)

- Kad Alumni - Q- Card

SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

16 Datang ke Khemah Persediaan Graduan di Dewan Besar UTeM dan mendaftar diri kepada petugas pengurusan graduan (sila tepati masa dan tatacara berpakaian yang telah ditetapkan didalam Buku Panduan Graduan). Graduan Sesi I dan III dinasihatkan bersarapan lebih awal.

- Kad Kenderaan (tampalkan pada sebelah kiri cermin depan kenderaan)

- Kad Jemputan (dipegang oleh ibubapa/ tetamu graduan)

- Pas Masuk (dipegang oleh ibubapa / tetamu graduan yang masuk ke Dewan)

- Kad Alumni

Page 28: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

26

(dipegang oleh graduan)

- Q-Card (dipegang oleh graduan)

- Jubah, mortar board atau bonnet hood (dipegang oleh graduan)

PERINGATAN: Graduan diminta supaya tidak membawa sebarang beg / beg tangan, barang berharga dan dompet wang semasa mendaftar diri kecuali beg kertas yang menyimpan Jubah sahaja. Beg / beg tangan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam Dewan. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kehilangan / kerosakkan harta benda.

17 Beratur di dalam barisan / kursus anda mengikut arahan petugas

18 Berarak masuk ke dewan dengan tertib

19 Ambil tempat duduk didalam dewan mengikut arahan Pepandu Graduan

20 Tunggu giliran Fakulti/kursus anda menerima ijazah/diploma

21 Beratur untuk menerima ijazah/diploma apabila mendapat arahan Pepandu Graduan

22 ‘Swipe’ Kad Alumni apabila diminta oleh petugas untuk tujuan paparan nama di skrin.

Page 29: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

27

23 Terima Ijazah / Diploma (sila rujuk perenggan 3.3 Buku Panduan Graduan)

24 Keluar dewan apabila selesai majlis

SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN

25 Pulangkan jubah konvokesyen dalam keadaan baik. Tempat pemulangan jubah konvokesyen adalah seperti mana yang dinyatakan di perenggan 4.1 Buku Panduan Graduan.

26 Ambil Sijil dan Transkrip di Bangunan Pusat Persatuan Pelajar UTeM (pastikan dahulu anda tidak berhutang kepada Universiti). Tempat mengambil Sijil dan Transkrip adalah seperti mana yang dinyatakan di perenggan 4.2 Buku Panduan Graduan.

- Kad pengenalan - Resit-resit bayaran

yuran konvokesyen/ yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak

Page 30: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

28

LAMPIRAN A

A) Kaunter Bank – Cara Pembayaran

1. Isikan maklumat nama dan nombor kad pengenalan pelajar di Slip Pembayaran/Bill Payment.

2. Isikan di ruangan nama universiti dengan nama “Universiti Teknikal Malaysia Melaka”. 3. Isikan di ruangan No. Rujukan/No Akaun Bil dengan “YK” dan diikuti dengan no matrik

pelajar. Contoh : YKB010110111 4. Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat

seperti di bawah.

Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui Kaunter Bank Islam

B) Internet Banking – Cara Pembayaran

Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ melalui Perbankan Internet Bank Islam 1. Layari www.bankislam.com.my

2. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”

3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet

Bank Islam.

4. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.

5. Pilih Universiti pada bahagian senarai Universiti.

6. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”

7. Senarai bil akan dipaparkan. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan nombor matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”.

Page 31: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

29

8. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account”

yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”

9. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.

10. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya. 11. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan

adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.

C) ATM BANK ISLAM – Cara Pembayaran

Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui ATM Bank Islam

Pilih Menu:

LAIN-LAIN

PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

YURAN IPT

Pilih AKAUN PEMBAYAR ( akaun yang akan didebit )

Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR

Pilih Bil yang ingin dibayar. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan nombor matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”.

Sahkan amaun yang ingin dibayar

* Transaksi selesai dan ambil Resit

Page 32: BUKU PANDUAN GRADUAN 2015 BM.pdf

30

Segala pertanyaan umum boleh dimajukan kepada: Bahagian Pengurusan Akademik,

Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Telefon : 06-331 6085 / 6086 / 6062 / 6089 / 6083 / 6080 / 6078

/ 6081 / 6073 / 6088 / 6077/ 6076 Faks : 06-331 6079

E-mel : [email protected]