mahkamah rendah 1

10
MAHKAMA H RENDAH

Upload: miss-jia

Post on 18-Dec-2014

1.207 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

PA

TRANSCRIPT

Page 1: Mahkamah rendah 1

MAHKAMAH

RENDAH

MAHKAMAH

RENDAH

Page 2: Mahkamah rendah 1

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Penghulu

Page 3: Mahkamah rendah 1

Mahkamah SESYEN1. Mahkamah Rendah yang paling tinggi.

2. Dikendalikan oleh seorang Hakim Mahkamah Sesyen sahaja.

3. Tidak berkuasa mendengar rayuan daripada mahkamah lain.

MAHKAMAH SESYENKEANGGOTAAN

1. Hakim Mahkamah Sesyen dilantik YDPA atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi (Akta92)

2. YDPA tidak perlu meminta nasihat PM dan MRR

Page 4: Mahkamah rendah 1

BIDANG KUASA

1. Mengendalikan semua kes jenayah kecuali yang melibatkan hukuman mati.

2. Mengendalikan kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM 250,000.00

3. Mengeluarkan saman,waran dan perintah mahkamah.

4. Berkuasa memeriksa rekod kes sivil yang dikeluarkan Mahkamah Majistret.

5. Memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi jika pihak yang kalah tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.

6. Menjalankan siasatan awal terhadap kesalahan jenayah yang belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

RAYUAN KES MAHKAMAH SESYEN1. (Kes Jenayah)-Boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi – kemukakan notis (10 hari) – tarikh keputusan Mahkamah Sesyen

2. Kes-kes sivil yang nilai tidak kurang dari RM 10,000 boleh dirayu di Mahkamah Tinggi – kemukakan notis(14 hari) – tarikh keputusan Mahkamah Sesyen.

Page 5: Mahkamah rendah 1

KES-KES YANG DIKENDALIKAN MAHKAMAH SESYEN

BIL KESALAHAN HUKUMAN

1. Berniaga harta curi Penjara 20 tahun dan denda

2. Mencuba membunuh orang Penjara 10 tahun

3. Menyeleweng duit Penjara 7 tahun dan denda

4. Memiliki senjata dalam rusuhan Penjara 5 tahun

5. Menculik Penjara 7 tahun dan denda

6. Menculik perempuan dengan tujuan dipaksa kahwin

Penjara 10 tahun dan denda

7. Menggunakan api dengan niat membinasakan sesebuah rumah

Penjara 20 tahun

8. Menggunakan perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang

Penjara 5 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

9. Menyerang Ahli Parlimen Penjara 7 tahun dan denda.

10. Pecah Amanah Penjara 10-20 tahun dan denda

Page 6: Mahkamah rendah 1

MAHKAMAH MAJISTRET

Mahkamah Majistret Kelas I

Mahkamah Majistret Kelas II

Tuntutan Kecil

Kes Trafik

Page 7: Mahkamah rendah 1

KEANGGOTAAN

1. YDPA melantik majistret di Wilayah Persekutuan Labuan,Kuala Lumpur dan Putrajaya atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya.

2. Ketua Negeri melantik majistret di negeri masing-masing atas nasihat Hakim Besar Makhamah Tinggi.

RAYUAN KES MAHKAMAH MAJISTRET

1. Sebarang kes rayuan daripada Mahkahmah Majistret akan didengar di Mahkamah Tinggi.

2. (Kes Sivil) – perlu kemukakan notis dalam masa 14 hari daripada tarikh keputusan Mahkamah Majistret

3. (Kes Jenayah) – perlu kemukakan notis dalam masa 10 hari daripada tarikh keputusan Mahkamah Majistret.

Page 8: Mahkamah rendah 1

BIDANG KUASA MAJISTRET KELAS II

1. (Kes Jenayah) – hukuman tidak lebih 6 bulan – denda tidak lebih RM 1000 – atau kedua-dua sekali.

2. (Kes sivil) – Melibatkan tuntutan tidak melebihi RM 3000 termasuk faedah.

BIDANG KUASA MAJISTRET KELAS I1. Membicarakan kes yang melibatkan hukuman yang tidak melebihi 10 tahun atau denda atau kedua-duanya. Kes rompakan dan kes pecah rumah

2. Mengeluarkan waran dan saman.

3. (SM) Hakim Majistret mendengar rayuan daripada Mahkamah Penghulu.

4. Rekod kes sivil dan jenayah akan diperiksa oleh Mahkamah Tinggi.

5. Menjatuhkan hukuman kurang daripada RM10,000,hukuman penjara 5 tahun,sebatan rotan 12 kali atau kesemuannya.

6. Kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Kastam 1967, majistret boleh kenakan denda melebihi RM 10,000.

7. Mengendalikan kes sivil yang tidak melebihi RM 25,000

8. Menjalankan kes rayuan sivil daripada Mahkamah Penghulu.

Page 9: Mahkamah rendah 1

MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL1. Dikendalikan oleh Mahkamah Majistret Kelas II

2. Melibatkan pihak yang menuntut dan pihak tuntutan sahaja

3. Memberi kemudahan kepada orang ramai membuat tuntutan dalam bentuk hutang,dengan jumlah tuntutan tidak melebihi RM 5000

BIDANG KUASA

1. Memperoleh semua hutang yang diberikan kepada seseorang.

2. Menuntut upah sesuatu perkhidmatan yang belum dibayar.

3. Menuntut sewa bagi premis atau tanah.

4. Tuntutan persembahan yang dilakukan (penghibur)

5. Mendapatkan ganti rugi terhadap barang yang rosak

Page 10: Mahkamah rendah 1

MAHKAMAH PENGHULU1. Mahkamah paling rendah dalam keseluruhan mahkamah rendah.

2. Hanya terdapat di Semenanjung Malaysia.

3. Diadili oleh seorang penghulu/ketua kaum di mukimnya.

4. Membicarakan orang Asia yang boleh bertutur dan memahami BM

5. (Kes Sivil) – melibatkan tuntutan tidak melebihi RM 50 (Kes Jenayah) – melibatkan tuntutan tidak melebihi RM 25

6. Tertuduh boleh membuat permohonan supaya dibicarakan di Mahkamah Majistret.

7. Rayuan kes Mahkahmah Penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret.