m3 peraturan dan keselamatan makmal
DESCRIPTION
M3 Peraturan Dan Keselamatan Makmal sce 3123TRANSCRIPT
SCE 3123Minggu 3 : Peraturan dan Keselamatan Makmal PSEM5 BC (SK)
Nama : ______________________________
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MAKMAL
Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh disebabkan oleh
kecuaian, kelalaian, kejadian di luar jangka atau kurang kemahiran dan
pengetahuan dalam perlaksanaan eksperimen. Sila senaraikan beberapa
peraturan atau perkara yang perlu diambil perhatian dalam pengurusan
keselamatan makmal dan bilik sains.
Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang
pesanan untuk kerja amali) kepada kakitangan makmal keperluan
peralatan sains. Bahan kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2
hari sebelum peralatan atau bahan ini diperlukan.
Tidak sesiapa pun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal atau
bilik persediaan.
Tidak sesiapapun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik
persediaan tanpa urusan rasmi.
Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah
dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.
Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan
sedemikian tanpa sebarang pengawasan.
Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di bilik
persediaan untuk kegunaan persendirian.
Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa dalam
makmal dan bilik persediaan.
Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam
makmal dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran.
Bahan kimia berbahaya mesti disimpan dengan selamat dalam almari
berkunci dan jauh dari sumber haba.
Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada
dalam makmal atau bilik persediaan.
Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.
Mana-mana jawapan yang munasabah.
Disediakan oleh : Ang Siew Fang, Chong Mun Yee, Tan Woon Teng