m pembelajaran mahizer-libre

7
Seminar TVE06 - 150 - M-PEMBELAJARAN : ERA BARU DALAM PEMBELAJARAN Mahizer bin Hamzah Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris ABSTRAK Pembelajaran mudahalih (m-pembelajaran) bukanlah satu fenomena baru. Ianya merupakan sebahagian daripada e-pembelajaran yang memberi peluang seluas-luasnya untuk belajar tanpa membataskan capaian maklumat. Berbanding dengan kaedah bersemuka (face-to-face) teknologi mudahalih dan tanpa wayar ini membolehkan pembelajaran berlaku tanpa memerlukan infrastuktur fizikal tertentu bagi mencapai maklumat terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tiada kemudahan tersebut. Dengan mempunyai peralatan mudahalih seperti telefon mudahalih, PDA (personal digital assistants) atau komputer bimbit, maklumat boleh dicapai di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang potensi m-pembelajaran sebagai salah satu alat pembelajaran. PENGENALAN Bermula awal 1970an kerajaan telah mengambil inisiatif bagi mengalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan. Dengan pelancaran projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1 Ogos 1997 oleh YAB Perdana Menteri pada waktu itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif dan mampu bersaing di peringkat global. Sekolah Bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana turut memainkan peranan didalam mencapai wawasan 2020 dengan menyediakan pelajar serta tenaga kerja yang berpengetahuan, celik dan mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Projek perintis sekolah bestari yang melibatkan 88 buah sekolah dengan kos berjumlah RM 300 juta telah berjaya dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke 8 (Smart School,2006 ). Sejak dari mula pelancarannya sehingga kini perkembangan sekolah bestari telahpun menampakkan hasilnya. Sehingga kini lebih 5,037 sekolah atau 50% telah dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer. Manakala 9,285 sekolah atau 95% mempunyai sambungan jalur lebar di bawah program School-Net (The Star, 30 April 2006). Namun begitu kemudahan yang ada amat terhad dan memaksa pelajar berkongsi komputer. Infrastuktur makmal yang telah direka sedemikian rupa tidak memberi kebebasan kepada pelajar untuk belajar dengan selesa. Sehubungan itu, teknologi tanpa wayar dan mudahalih ini dikenalpasti dapat memberi kebebasan untuk bergerak, mudah berhubung antara satu dengan lain disamping maklumat dapat diperolehi dengan cepat. KONSEP M-PEMBELAJARAN Beberapa dekad yang lepas kita telah diperkenalkan dengan konsep e-pembelajaran dimana aktiviti pembelajaran berlaku melalui saluran internet, sistem rangkaian ataupun tanpa rangkaian menggunakan teknologi elektronik. Penggunaan teknologi elektronik ini termasuklah pembelajaran berasaskan web, berasaskan komputer, pembelajaran maya

Upload: nabila-hanim

Post on 19-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ioh

TRANSCRIPT

Page 1: M Pembelajaran Mahizer-libre

Seminar TVE☂06

- 150 -

M-PEMBELAJARAN : ERA BARU DALAM PEMBELAJARAN

Mahizer bin Hamzah

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Pembelajaran mudahalih (m-pembelajaran) bukanlah satu fenomena baru. Ianya merupakan sebahagian daripada e-pembelajaran yang memberi peluang seluas-luasnya

untuk belajar tanpa membataskan capaian maklumat. Berbanding dengan kaedah bersemuka (face-to-face) teknologi mudahalih dan tanpa wayar ini membolehkan

pembelajaran berlaku tanpa memerlukan infrastuktur fizikal tertentu bagi mencapai

maklumat terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tiada kemudahan tersebut. Dengan mempunyai peralatan mudahalih seperti telefon mudahalih, PDA (personal

digital assistants) atau komputer bimbit, maklumat boleh dicapai di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang

potensi m-pembelajaran sebagai salah satu alat pembelajaran.

PENGENALAN

Bermula awal 1970an kerajaan telah mengambil inisiatif bagi mengalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan.

Dengan pelancaran projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1 Ogos 1997 oleh YAB

Perdana Menteri pada waktu itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif dan mampu bersaing di peringkat global. Sekolah

Bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana turut memainkan peranan didalam mencapai wawasan 2020 dengan menyediakan pelajar serta tenaga kerja

yang berpengetahuan, celik dan mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Projek perintis sekolah bestari yang melibatkan 88 buah sekolah dengan kos berjumlah RM 300

juta telah berjaya dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke 8 (Smart School,2006

).

Sejak dari mula pelancarannya sehingga kini perkembangan sekolah bestari telahpun menampakkan hasilnya. Sehingga kini lebih 5,037 sekolah atau 50% telah dilengkapi

dengan kemudahan makmal komputer. Manakala 9,285 sekolah atau 95% mempunyai

sambungan jalur lebar di bawah program School-Net (The Star, 30 April 2006). Namun begitu kemudahan yang ada amat terhad dan memaksa pelajar berkongsi komputer.

Infrastuktur makmal yang telah direka sedemikian rupa tidak memberi kebebasan kepada pelajar untuk belajar dengan selesa. Sehubungan itu, teknologi tanpa wayar dan

mudahalih ini dikenalpasti dapat memberi kebebasan untuk bergerak, mudah berhubung antara satu dengan lain disamping maklumat dapat diperolehi dengan cepat.

KONSEP M-PEMBELAJARAN

Beberapa dekad yang lepas kita telah diperkenalkan dengan konsep e-pembelajaran

dimana aktiviti pembelajaran berlaku melalui saluran internet, sistem rangkaian ataupun

tanpa rangkaian menggunakan teknologi elektronik. Penggunaan teknologi elektronik ini termasuklah pembelajaran berasaskan web, berasaskan komputer, pembelajaran maya

Page 2: M Pembelajaran Mahizer-libre

Seminar TVE☂06

- 151 -

dan koloborasi digital. Sekarang ini, teknologi elektronik telah berkembang pesat

menjurus kepada penggunaan teknologi tanpa wayar dan mudahalih. Ini secara tidak

langsung telah memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan teknologi tanpa wayar serta alat komunikasi mudahalih juga telah

menyumbang kepada penggunaan alatan mudahalih dalam pendidikan ( Ally, 2004 ).Justeru itu, konsep m-pembelajaran mula diperkenalkan sebagai salah satu alternatif

kepada aktiviti pembelajaran.. Apakah itu m-pembelajaran ? dan apakah kaitannya

dengan e-pembelajaran ?

Menurut Desmond (2002) m-pembelajaran merujuk kepada penyediaan pelajaran dan latihan melalui penggunaan peralatan tanpa wayar seperti PDA, telefon mudahalih dan

komputer telapak. Manakala Saedah Siraj, Vijay Kumaran (2006) menyatakan bahawa

m-pembelajaran adalah penggunaan peralatan tanpa wayar bagi membolehkan pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ini jelas

menunjukkan bahawa e-pembelajaran terhad kepada pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah ataupun dengan kemudahan infrastruktur fizikal yang

tersedia manakala m-pembelajaran membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku pada bila-bila dan di mana-mana sahaja secara sinkronous mahupun asinkronous.

Georgiev et al.(2004) mengaitkan m-pembelajaran sebahagian daripada e-pembelajaran dan pembelajaran jarak jauh. Manakala Brown (2005) juga mengaitkan m-pembelajaran

sebagai subset kepada e-pembelajaran, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran

fleksibel. Sekiranya m-pembelajaran dikaitkan dengan internet dan tanpa wayar, ianya tidak jauh berbeza dengan konsep asal e-pembelajaran. Oleh itu, kebolehan sesuatu

pembelajaran itu berlaku walaupun di mana pelajar itu berada ataupun ke mana sahaja arah tujuan mereka tanpa mengira waktu merupakan satu kelebihan yang ada pada m-

pembelajaran.

POTENSI M-PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

Perkembangan teknologi tanpa wayar kini menunjukkan berkembang yang amat pesat sekali. Penggunaan peralatan mudahalih seperti telefon mudahalih, PDA, komputer

bimbit telah meningkat. Permintaan yang tinggi terhadap telefon mudahalih ini menjadikan harganya semakin murah dan mampu dimiliki.

Page 3: M Pembelajaran Mahizer-libre

Seminar TVE☂06

- 152 -

Sumber : http://www.mcmc.gov.my/facts_figures/stats/index.asp

Rajah 1 : Jumlah Pelanggan Telefon Selular di Malaysia

Mengikut statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Rajah 1),

pelanggan telefon mudahalih pada tahun 2005 telah mencecah sebanyak 19.545 juta manakala pada suku tahun kedua 2006 pula pelanggannya telah meningkat kepada 21.52

juta. Senario ini jelas menunjukkan peningkatan yang amat tinggi terhadap penggunaan

telefon mudahalih di Malaysia.

Mengikut kajian pengguna telefon mudahalih 2005 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, golongan pengguna yang berumur kurang daripada 25 tahun

merupakan 34% dari jumlah pengguna keseluruhan. Manakala 3.15 juta merupakan pelajar. Ini secara tidak langsung menunjukkan kebanyakkan rakyat Malaysia

mempunyai telefon mudahalih yang membolehkan maklumat diperolehi secara tanpa

wayar yang memungkinkan m-pembelajaran dilaksanakan.

PERALATAN MUDAHALIH

Terdapat pelbagai peralatan mudahalih yang menyokong m-pembelajaran. Setiap daripadanya mempunyai keupayaan dan fungsi yang berbeza dan apa yang penting

adalah kebolehan peralatan tersebut menyokong aplikasi tanpa wayar. Berikut adalah jenis-jenis peralatan mudahalih yang menyokong m-pembelajaran :

Telefon Selular membolehkan pengguna berhubung antara satu dengan lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Pengguna juga boleh menerima dan

menghantar SMS dan MMS kepada pengguna lain. Terdapat juga telefon selular

yang mampu mengakses internet melalui teknologi WAP atau GPRS.

Page 4: M Pembelajaran Mahizer-libre

Seminar TVE☂06

- 153 -

PDA (Personal Digital Assistants) berfungsi sebagai pembantu digital peribadi yang bersaiz kecil dan berkeupayaan memainkan pelbagai fail-fail multimedia.

PDA menggunakan sistem pengoperasian Palm dan Microsoft Pocket PC.

Komputer Bimbit bersaiz kecil dan ringan. Mudah dibawa ke mana-mana serta

berkeupayaan berfungsi sebagaimana komputer desktop. Kebanyakannya

menyokong komunikasi tanpa wayar.

Telefon Pintar (Smart phone) merupakan kombinasi antara telefon selular

dengan PDA. Menggunakan perisian Symbian, Windows Mobile dan perisian mudahalih yang lain. Dilengkapi dengan kemudahan akses internet dan

berkeupayaan menyokong aplikasi multimedia.

Telefon 3G telefon mudahalih generasi ke-3 mempunyai keupayaan

memindahkan 4 kali lebih baik dari telefon selular biasa. Ianya mampu

menyampaikan maklumat sehingga 2 Megabit sesaat disamping mampu menyokong aplikasi video dan multimedia sepenuhnya.

TEKNOLOGI MUDAHALIH

Sekarang ini terdapat pelbagai teknologi yang menyokong peralatan mudahalih. Setiap teknologi tersebut mempunyai keupayaan pemindahan data dan maklumat dalam jarak,

kelajuan dan jenis yang berbeza. Antara teknologi yang biasa digunakan adalah :

GSM (Global System For Mobile Communications) merupakan sistem digital selular. Menggunakan narrow band TDMA (Time Division Multiple Access).

Menyediakan perkhidmatan gabungan mail suara, faks, paging dan SMS.

GPRS (General Packet Radio Service) sambungan mudahalih berkelajuan tinggi

bagi internet dan data komunikasi yang lain. Kelajuannya melebihi 4 kali ganda berbanding GSM.

WAP (Wireless Application Protocol) merupakan protokol antarabangsa percuma yang membenarkan pengguna mengakses internet melalui telefon mudahalih.

Bluetooth membolehkan isyarat dipindahkan secara tanpa wayar dari satu peralatan mudahalih ke peralatan yang lain pada jarak yang pendek.

SMS (Short Message Service) perkhidmatan yang ditawarkan oleh telefon mudahalih yang memboleh maklumat dalam bentuk teks dihantar kepada

pengguna telefon mudahalih yang lain.

MMS (Multimedia Messaging Service) membolehkan maklumat dalam bentuk multimedia (gambar, audio, video dan rich text) dihantar kepada pengguna telefon

lain.

Page 5: M Pembelajaran Mahizer-libre

Seminar TVE☂06

- 154 -

CADANGAN PERLAKSANAAN M-PEMBELAJARAN

Secara amnya perlaksanaan m-pembelajaran boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu

sokongan pentadbiran dan sokongan pembelajaran.

Sokongan pentadbiran

Maklumat pentadbiran serta pengumuman boleh disalurkan kepada pelajar melalui penghantaran SMS secara pukal.

Penggunaan SMS bagi mendapatkan maklumat kemasukkan, pendaftaran,

peperiksaan, kewangan dan pengurusan pelajar. Sebagai contoh beberapa buah IPTA antaranya UiTM dan UMS telahpun melaksanakan kaedah ini bagi

membolehkan pelajar mereka mengetahui keputusan peperiksaan.

Makluman kepada ibubapa tentang disiplin dan prestasi pelajar di sekolah melalui SMS. Antara projek perintis berbayar ini telahpun dikendalikan oleh

MyPressto.com melalui smssekolah yang telahpun dilancarkan oleh Perdana

Menteri Malaysia serentak dengan pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2006 (Utusan Malaysia, 16 Mei 2006)

Sokongan pembelajaran

Komunikasi antara pelajar dengan pendidik ataupun dengan rakan mereka boleh dilaksanakan menggunakan SMS.

Perlaksanaan kuiz secara tanpa wayar. Pelajar hanya perlu menghantar jawapan melalui SMS berdasarkan soalan kuiz yang telah dihantar kepada mereka.

Pengajaran dijalankan secara video terutamanya melalui penggunaan telefon 3G.

Permainan Java yang berorientasi pendidikan.

Melayari internet menggunakan teknologi WAP dan GPRS bagi mendapatkan

maklumat.

Pelajar boleh memuat turun bahan pembelajaran samada dalam bentuk video,

gambar mahupun teks.

PENUTUP DAN PERANCANGAN

M-pembelajaran telah mula memainkan peranan yang penting di dalam pembelajaran. Kewujudan teknologi mudahalih dan tanpa wayar telah menjadikan ianya satu realiti.

Kebebasan pelajar belajar dan memperolehi maklumat menjadikan m-pembelajaran

sangat digemari. Dengan kecanggihan teknologi serta kemampuan memiliki peralatan mudahalih, m-pembelajaran bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan di

Malaysia. Komitmen semua pihak termasuk kerajaan, syarikat pembekal perkhidmatan, perekabentuk pengajaran, pendidik mahupun pelajar amat diperlukan.

Bagi perancangan hadapan, penulis bercadang untuk menjalankan kajian bagi

mengenalpasti kesediaan pelajar dan intitusi pendidikan dalam melaksanakan m-

pembelajaran.

RUJUKAN

Ally, M. (2004). Using Learning Theories to Design Instruction for Mobile Learning

Devices. Kertas prosiding MLEARN 2004, Rome, Italy.

http://www.mobilearn.org/mlearn2004/

Page 6: M Pembelajaran Mahizer-libre

Seminar TVE☂06

- 155 -

Brown, T.H. (2005) Towards a Model for m-Learning in Africa, International Journal on

Elearning; 2005; 4, 3; ProQuest Education Journals pg. 299

Desmond, K. (2002) m-learning: The Cutting Edge. Persembahan PowerPoint Ericsson Education 2002 Dublin.

http://learning.ericsson.net/mlearning2/project_one/cutting_edge/ Georgiev, T., Georgieva, E., Smrikarov, A.(2004). M-Learning – a New Stage of E-

Learning. Kertas prosiding International Conference on Computer Systems and

Technologies – CompSysTech, 2004,Rousse, Bulgaria. http://ecet.ecs.ru.acad.bg/

Hand Phone Users Survey (2005). Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Saedah Siraj, Vijaya Kumaran (2006) mLearning Module Design for Futuristic

Secondary School Curriculum Implementation in Malaysia. Kertas Prosiding

Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-19, Langkawi. Smart School (2006). Diperolehi Nov.10,dari

http://www.msc.com.my/smartschool/index.asp Statistic and Records ( Cellular Phone Subscribers), Suruhanjaya Komunkasi dan

Multimedia Malaysia. http://www.mcmc.gov.my/facts_figures/stats/index.asp The Star (online) , 30 April 2006.Getting vital data on ICT use in schools.

http://thestar.com.my/education/story.asp?file=/2006/4/30/education/14099788

Utusan Malaysia, 16 Mei 2006. PM lancar khidmat SMS sekolah.

Page 7: M Pembelajaran Mahizer-libre

How to cite:

Mahizer Hamzah (2006). M-Pembelajaran: Era Baru dalam Pembelajaran . Prosiding Seminar

Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional, pp. 150 ♠ 155. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan, UTM