lukisan

10
Hassan Mohd Ghazali. UPSI. Oleh: Hassan Mohd Ghazali Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak e-mail: [email protected] . 1. Pengenalan: Lukisan merupakan topik amali kepada pelajar STPM dan menjadi satu kertas wajib bagi peperiksaan samada calon persekolahan kerajaan atau persendirian. Oleh yang demikian kepentingan memahami dan kemahiran dalam teknik-teknik melukis sangatlah penting. Guru juga perlu melatih pelajar-pelajar dengan beberapa teknik tertentu agar pelajar boleh melukis dengan baik terutamanya persoalan asas dalam melukis. Antara persoalan asas ialah penggunaan media, komposisi, perspektif, pencahayaan dan membentuk. Walau bagaimanapun kepentingan latih tubi dan latihan lakaran sangatlah penting pada peringkat permulaan. 2. Pengertian: Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan. Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan. Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk ‘unforgerttabale fire’ yang dilukis oleh pelukis amator di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman bandar Hiroshima. LUKISAN Unforgettable Fire (1945) Karya Yusuko Yamagata

Upload: wan-mohd-azuan

Post on 22-Oct-2015

52 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Lukisan merupakan topik amali kepada pelajar STPM dan menjadi satukertas wajib bagi peperiksaan samada calon persekolahan kerajaan ataupersendirian. Oleh yang demikian kepentingan memahami dankemahiran dalam teknik-teknik melukis sangatlah penting. Guru jugaperlu melatih pelajar-pelajar dengan beberapa teknik tertentu agar pelajarboleh melukis dengan baik terutamanya persoalan asas dalam melukis.Antara persoalan asas ialah penggunaan media, komposisi, perspektif,pencahayaan dan membentuk. Walau bagaimanapun kepentingan latihtubi dan latihan lakaran sangatlah penting pada peringkat permulaan

TRANSCRIPT

Page 1: Lukisan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

Oleh: Hassan Mohd Ghazali Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak e-mail: [email protected]. 1. Pengenalan:

Lukisan merupakan topik amali kepada pelajar STPM dan menjadi satu kertas wajib bagi peperiksaan samada calon persekolahan kerajaan atau

persendirian. Oleh yang demikian kepentingan memahami dan

kemahiran dalam teknik-teknik melukis sangatlah penting. Guru juga perlu melatih pelajar-pelajar dengan beberapa teknik tertentu agar pelajar

boleh melukis dengan baik terutamanya persoalan asas dalam melukis.

Antara persoalan asas ialah penggunaan media, komposisi, perspektif,

pencahayaan dan membentuk. Walau bagaimanapun kepentingan latih tubi dan latihan lakaran sangatlah penting pada peringkat permulaan.

2. Pengertian:

• Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang

asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to

drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.

• Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan

rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.

• Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda

dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai

bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk

‘unforgerttabale fire’ yang dilukis oleh pelukis amator di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman bandar

Hiroshima.

LUKISAN

Unforgettable Fire (1945)

Karya Yusuko Yamagata

Page 2: Lukisan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

• Secara langsung lukisan adalah satu displin seni yang boleh dikaitkan

dengan keperluan psikologi, sejarah dan artistik – Ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu daya

visualisai, daya emosi dan daya astetika.

• Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ianya adalah

milik semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconting di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai

meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi.

• Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk

pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai

asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah.

• Pada dinding zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman

penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan ‘komik’

yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang

gemilang.

• Menutur Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan

lukisan, antaranya ialah:

o Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar.

o Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa

o Tujuan sebagai alat komukikasi idea (mencari idea yang terbaik)

o Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk

menghasilkan satu karya yang terbaik.

3. Beberapa jenis Lukisan

3.1. Lukisan Figuratif

• Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh

manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih

dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari

segi kadar banding adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

3.2. Lukisan Kajian

• Lukisan berupa kajian adalah dilukis untuk mengkaji sesuatu benda.

Misalnya kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian.

Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam

Page 3: Lukisan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

seperti timbuh-tumbuhan dan haiwan.

3.3. Lukisan Informasi

• Lukisan informasi adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada

pelanggan. Kebisaannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan

bersih.

3.4. Lukisan Teknikal

• Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan sainstifik.

Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana

keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Contohnya melukis kenderaan dan alatan pengguna.

3.5. Lukisan Konseptual

• Lukisan konseptual jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan

imeginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru.

Misalnya sebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram

untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.

3.6. Lukisan Artistik

• Lukisan artistik adalah hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamirkan

karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat

dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang

lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.

Page 4: Lukisan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

3.7. Lukisan Ilustrasi

• Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan yang tergolong dalam

seni grafik. Lukisan ilustrasi dijadikan bahan untuk penerbitan, karton

dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif.

4. Elemen Asas Lukisan

Perkara paling asas untuk mengetahui kebolehan melukis adalah

mengetahui elemen asas dalam lukisan. Elemen ini boleh digunakan

dalam semua jenis lukisan. Kepada guru-guru yang akan mengajar lukisan STPM, anda perlu memberi penekanan kepada kesemua aspek

elemen asas ini kerana kesemua elemen ini adalah penentu bagi

kekuatan dalam sesebuah hasil karya seni lukisan.

Namun demikian penggunaan media juga penentu kepada kesesuaian

elemen dalam pengkaryaan. Misalnya penggunaan pen teknikal menjurus

kepada kekuatan penggunakan elemen garisan dan struktur. Walau bagaimanapun penentuan subjek amat penting bagi penentu kepada

pemilihan media dan kekuatan elemen itu.

4.1. Kualiti Garisan

• Garisan merupakan elemen sangat penting dalam sesebuah hasil

karya lukisan. Tanpa garisan seolah-olah ianya bukan sebuah hasil karya lukisan sebaliknya menjadi karya catan. Hanya dengan garisan

yang bersahaja dapat membentuk imej. Misalnya karya Sochu Suzuki

bertajuk ‘Mouse’ (1980), dengan satu palitan garisan ala kaligrafi

dapat menggambarkan seekor tikus. Ini lah kekuatan garisan.

Mouse (1980)

Karya Sochu Suzuki

Page 5: Lukisan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

• Sebenarnya kualiti garisan itu bukan tertumpu kepada kekuatan pada

sesuatu karya sahaja tetapi ianya boleh memberi kesan ilusi kepada

kita. Contoh karya ahli teori kognitif ‘Gestalt’ menghasilkan lukisan garisan yang boleh memberi kesan ilusi kepada kita. (lihat gambar di

bawah)

• Kualiti garis memberi penegasan kepada subjek yang dilukis. Oleh

yang demikian kajian kepada garisan amat penting dalam sesi

pembelajaran topik ini. Garisan akan membentuk mod sesuatu karya. Sebagai contoh dua karya yang sama temanya menggunakan bahan

yang berbeza dan menggunakan teknik garisan. Tentu sekali mod

kedua-dua karyanya tersebut.

4.2. Perspektif dan proposi

• Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang

sempurna. Pendedahan kepada nilai perspektif adalah latihan awal kepada pelajar-pelajar. Pendedahan melukis diluar studio (bilik

lukisan) dapat menerangkan kedudukan perspektif yang betul.

Penekanan kepada Perspektif satu titik lelap, dua titik lelap, tiga titik lelap dan perspektif pelbagai titik lelap perlu diajar pada pelajar.

4.3. Kesan Pencahayaan

• Pada umumnya karya lukisan akan lebih menarik sekiranya

pengkarya dapat menfaatkan kesan cahaya pada karyanya.

Penggunaan kesan cahaya dapat memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana pada karya tersebut.

Perhatikan aspek-aspek yang penting bagi menentukan

pencahayaan.

Lukisan Teori Grstalt

Page 6: Lukisan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

4.4. Jalinan dan Gesture

• Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna. Kesan

‘Gesture juga dapat membentuk jalinan yang menarik. Pelukis-pelukis

terkenal akan mempelajari lukisan dengan teknik gesture dengan

membentuk lukisan melalui lakaran yang bebas tetapi menampakkan imej yang hendak disampaikan.

• Kesan jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintit, garisan

bergoris dan sebagainya. Jalinan juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton.

Page 7: Lukisan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

4.5. Corak dan reka bentuk

• Pada umumnya corak dan reka bentuk dalam karya lukisan adalah

menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya. Karya

Jasper Johns bertajuk ‘Flag’ (1958) sebagai contoh karya lukisan

yang menekankan satu corak dan reka bentuk. Beliau menggunakan pensil di atas permukaan kertas untuk membentuk corak dan reka

bentuk sebagai lakaran yang bersahaja, tetapi mempunyai gaya

persembahan yang menarik.

4.6. Ruang

• Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna.

Pelukis-pelukis master menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya. Karya lukisan Cina menggunakan ‘ruang kelegaan’

sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga jenis ruang yang boleh

digunakan dalam penghasilan karya lukisan:

• Ruang dalam

• Ruang cetak

• Ruang datar.

• Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek yang akan dilukiskan.

4.7. Struktur

• Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan menentukan struktur bentuk terlebih dahulu. Pelajar harus diajar membentuk

struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih

menarik. Sebagai contoh lukisan yang banyak menggunakan struktur ialah lukisan teknik.

Page 8: Lukisan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

4.8. Bentuk

• Kajian bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara

perspektif, ton, jalinan dan struktur. Pelajaran awal pelajar

didedahkan dengan bentuk-bentuk geometri seperti bulat, empat segi,

kun dan sebagainya.

5. Media dan teknik lukisan

5.1. Media

• Pada untumnya guru pendidikan seni telahpun mengetahui media-media yang sering digunakan dalam lukisan. Antara media yang biasa

digunakan ialah:

Media Kering Media Basah

Pensil Cat air

Charcoal (Arang) Dakwat

Berus Cat akrilik

Pastel Cat minyak

Pen ( semua jenis pen) Cat poster

Berus Cat tempera

Conte

Pensil warna

Page 9: Lukisan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

5.2. Teknik

• Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan

latihan yang berterusan. Guru harus menekankan pembelajaran

teknik-teknik melukis. Antaranya teknik yang paling popular ialah

teknik ‘Gesture’ yang menjadi satu identiti dalam karya lukisan. Walau bagaimanapun banyak teknik-teknik boleh diterokai untuk

mendapatkan mutu karya yang baik.

• Antara teknik-teknik dalam karya lukisan ialah:

o Teknik Gesture

o Teknik Kontur

o Teknik Struktur

o Teknik titik

6. Proses penghasilan lukisan

• Guru-guru pendidikan seni telahpun sedia maklum mengenai proses penghasilan karya lukisan. Walau bagaimanapun di sini saya

sertakan beberapa perkara yang penting untuk pelajar menghasilkan

karya lukisan. Penekanan kepada perkara-perkara seperti jenis lukisan, elemen asas, media dan teknik merupakan perkara yang

dititik beratkan dalam proses penghasilan.

• Sebagainya guru harus mempunyai perancangan aktiviti melukis sama da di studio atau luar studio. Bagi kerja-kerja studio

pengamatan akan menumpukan kepada pemokusan objek, komposisi

dan susunan objek yang akan dilukis. Manakala diluar studio

penekanan kepada pemokusan dengan menggunakan tetingkap, dan melihat dari aspek perspektif serta pencahayaan.

• Aspek-aspek pengamatan semasa melukis perlu diberi penekanan

antaranya:

• Ruang dan objek

• Subjek dan latar belakang

• Saiz dan kadar banding.

• Perkara-perkara ini adalah sebagai penilaian kepada sesuatu karya.

7. Penutup

Pembelajaran lukisan adalah bergantung kepada latih tubi yang dibuat. Guru harus menyusun strategi agar latihan-latihan pemeringkatan dari

senang ke susah dibuat. Misalnya pada peringkat awal pelajar hanya

Page 10: Lukisan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

didedahkan untuk melukis struktur -> ton -> jalinan dan seterusnya

kadarbanding dan perspektif.

Terdapat ramai pelajar begitu lemah dalam melukis. Oleh yang demikian

guru perlu membuat perancangan yang sistematik. Bagi guru yang

mempunyai internet, sila lihat laman web yang berkaitan dengan

pembelajaran lukisan.

Rujukan Buku:

Albert, G., Wolf, R. (1991).Basic Drawing Techniques. Cincinnati, Ohio: North Light

Books.

Betti, C., & Sale, T. (1997). Drawing A Contemporary Approach. USA: harcourt Brace College Pub.

Bowen, R. (1992). Drawing Master Class. London: leopard Books.

Capon, R. (1995). Drawing Techniques. Morlborough: Crowood Press.

Dodson, B. (1995). Key to Drawing. Cincinnati, Ohio: North Light Books.

Matznan, S. (1995) Drawing Nature. Cincinnati, Ohio: North Light Books.

Smolucha, L. (1996). The Visual Art Companion, New Jersey: Prentice Hall.

Turner, J.R. (1995) Drawing with Comfidence. New York: Van Norstrand Reinhold.

Rujukan Internet:

1. Drawing Materials and Drawing Techniques a Guide and Glossary : http://www.nyu.edu/classes/miller/guide/contents.html

2. Visual Thinking:

Sketchbooks from the Archives of American Art :

http://archivesofamericanart.si.edu/exhibits/sketchbk/sketchbk.htm 3. Colored Pencil Web Board: http://venus.beseen.com/boardroom/t/17045

4. Senarai pelukis-pelukis lukisan:

http://dir.yahoo.com/Arts/Visual_Arts/Drawing_and_Sketching/Artists/

5. Seattle p-i. com : http://seattlep-i.nwsource.com/visualart/

6. fineArt forum resource directory : http://www.msstate.edu/Fineart_Online/art-resources/