lukisan perspektif.docx

18
ADA 3 JENIS LUKISAN PERSPEKTIF 1. LUKISAN PERSPEKTIF 1 TITIK 2. LUKISAN PERSPEKTIF 2 TITK 3. LUKISAN PERSPEKTIF 3 TITIK TUJUAN LUKISAN PERSPEKTIF Untuk melihat gambaran yang lebih jelas lukisan yang dihasilkan melalui pelbagai pandangan. KONSEP ASAS Semakin jauh sesuatu objek….maka semakin mengeci Perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi (3D). Berbeza dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D mudah difahami. Di dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3 dimensi. Ini bagi memudahkan para pelanggan yang terdiri daripada orang awam untuk mudah memahami dan memvisualisasikan rekabentuk sesuatu bangunan tersebut. Cara mudah untuk memahami apa itu lukisan perspektif ialah, jika anda berdiri di tengah-tengah jalan yang lurus yang panjang dan memandang terus ke hadapan, anda akan dapati bahu jalan dan objek-objek yang berada di tepi jalan kelihatan bercantum ke satu titik. Istilah-istilah dalam Lukisan Perspektif: 1. Horizon Line / Garis Horizon : Garisan mendatar yang merentasi lukisan dan terletak pada paras penglihatan manusia dan di mana terletaknya titik lenyap. Perletakan garis horizon dibawah garis tanah akan menghasilkan perspektif pandangan

Upload: shamsul-aziz

Post on 24-Dec-2015

559 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

ADA 3 JENIS LUKISAN PERSPEKTIF

1. LUKISAN PERSPEKTIF 1 TITIK2. LUKISAN PERSPEKTIF 2 TITK3. LUKISAN PERSPEKTIF 3 TITIK

TUJUAN LUKISAN PERSPEKTIF

Untuk melihat gambaran yang lebih jelas lukisan yang dihasilkan melalui pelbagai pandangan.

KONSEP ASAS

Semakin jauh sesuatu objek….maka semakin mengeci

Perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi (3D). Berbeza

dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D mudah difahami. Di dalam lukisan

persembahan senibina, lukisan perspektif merupakan suatu kaedah kita

melihat objek dalam bentuk 3 dimensi. Ini bagi memudahkan para

pelanggan yang terdiri daripada orang awam untuk mudah memahami

dan memvisualisasikan rekabentuk sesuatu bangunan tersebut.

Cara mudah untuk memahami apa itu lukisan perspektif ialah, jika anda

berdiri di tengah-tengah jalan yang lurus yang panjang dan memandang

terus ke hadapan, anda akan dapati bahu jalan dan objek-objek yang

berada di tepi jalan kelihatan bercantum ke satu titik.

Istilah-istilah dalam Lukisan Perspektif:

1.    Horizon Line / Garis Horizon : Garisan mendatar yang merentasi lukisan

dan terletak pada paras penglihatan manusia dan di mana terletaknya

titik lenyap. Perletakan garis horizon dibawah garis tanah akan

menghasilkan perspektif pandangan mata cacing; perletakan di atas garis

tanah untuk memperoleh pandangan mata burung; letakkan dekat

dengan horizon untuk pandangan normal.

2.    Ground Line / Garis Tanah : Landasan objek yang ingin digambar.

3.    Vanishing Point / Titik Lenyap : Titik pada garis horizon dimana garis-

garis sejajar yang horizon bertemu. Letakkan titik-titik ini berjauhan untuk

Page 2: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

gambar perspektif jauh; letakkan titik tersebut berdekatan untuk

memperoleh pandangan dekat.

4.    Picture Plane / Satah Gambar : Gambaran yang dilihat yang akan

diletakkan di atas kertas.

Lukisan Perspektif boleh digambarkan melalui :

i.              Pandangan Mata Burung/Bird’s Eye View

ii.             Pandangan Mata Manusia/Human’s Eye View

iii.            Pandangan Mata Cacing/Worm’s Eye View

Terdapat 3 jenis Lukisan Perspektif yang biasa terdapat dalam Lukisan

Persembahan, iaitu;

Page 4: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

ii. Perspektif 2 Titik Lenyap

- mempunyai 2 Titik Lenyap (kiri & kanan) 

Page 5: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

Perspektif 3 Titik Lenyap

- mempunyai 3 Titik Lenyap (kiri, kanan dan atas/bawah)

Unjuran / lukisan isometri

    Unjuran isometri adalah salah satu daripada tiga bentuk unjuran

axonometri. Isometri adalah satucara bagi menghasilkan pandangan

objek dengan lebih jelas. Dalam unjuran isometri sudut antara unjuran

paksi adalah sama iaitu 120 ‘. Hal ini kerana Isometri bereti simetri iaitu

semua sudut  di mana skala ukuran panjang, lebar dan tinggi adalah

sama.

Lukisan isometeri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga

dimensi iaitu ukuran lebar, tinggi dan dalam.

Objek pada Rajah  1.3 adalah contoh lukisan isometri. Objek yang dilukis

secara isometeri akan memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan

atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila dilihat pada satu

pandangan

 Rajah berbentuk perspektif sering digunakan sebagai ilustrasi bagi menarik

perhatian dalam memaparkan sesuatu produk atau komponen yang

dihasilkan.

Page 6: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

- Lukisan perseptif sering diaplikasikan dalam mengiklankan produk

berbentuk perumahan, bangunan, kenderaan dan sebagainya.

- Dalam rajah persektif, gambaran objek dilihat sepertimana mata kita

melihat. Objek yang hampir dengan mata kelihatan lebih besar dan

semakin jauh dari mata ia kelihatan semakin mengecil.

- Lukisan perspektif boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

Ia berdasarkan jumlah titik lenyap yang digunakan dalam menghasilkan lukisan tersebut.

Ketiga-tiga lukisan perspektif tersebut adalah perspektif satu titik, perspektif dua titik dan perspektif tiga titik.

Dalam modul ini, kita hanya menyentuh kepada perspektif satu titik sahaja.

-  terdapat beberapa elemen asas lukisan perspektif yang perlu untuk

difahami (Rajah 1.4). Elemen-elemen tersebut adalah :

Objek:  sesuatu benda yang dilihat oleh pelukis. Titik stesen: kedudukan mata pelukis apabila melihat

sesuatu       objek. Garis penglihatan: garisan unjuran dari titik stesen ke titik

tertentu pada objek. Garis ini mewakili garis penglihatan dari mata pelukis ke objek.

Satah gambar: satah khayalan lutsinar yang terletak di antara    objek dan titik stesen.

Garis ufuk: garis khayalan mendatar yang selari dengan satah gambar. Garis ini terletak pada aras mata pelukis.

Titik lenyap: titik yang mewakili objek pada jarak yang jauh. Garis bumi: garisan yang mewakili pandangan satah bumi.

Page 8: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

Rajah 1.5  Pandangan objek dalam bentuk perspektif

DIMENSI PIAWAI PADA LUKISAN ISOMETRIK 

Prinsip asas yang digunakan untuk mendimensi unjuran ortografik

digunakan juga untuk mendimensi lukisan isometrik. Terdapat dua

sistem pendimensian lukisan isometrik, iaitu sistem terjajar dan sistem

ekaarah. Namun demikian terdapat beberapa perbezaan antara

pendimensian lukisan isometrik dengan pendimensian lukisan ortografik.

Perbezaan ini adalah seperti berikut :

i.              Garisan tambahan dan garisan dimensi dilukis selari dengan paksi

isometrik.Garisan-garisan tersebut perlu diletakkan pada satah isometrik

yang sama. Garisan tambahan dan garisan dimensi biasanya ditempatkan

pada satah yang sama dengan permukaan objek yang didimensikan, lihat

rajah 6.19 .

Kekeliruan biasanya timbul apabila mendimensi pinggir objek yang tidak

terletak pada satah isometrik utama. Rajah 1.1  menunjukkan kesalahan

yang lazim dilakukan oleh pelukis. Kaedah yang betul ditunjukkan dalam

rajah 1.2

Page 9: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

Rajah 1.1 Kedudukan garisan tambahan dan garisan dimensi

Rajah 1.2 Kaedah mendimensi pinggir pada satah condong

ii.            Dalam pendimensian lukisan isometrik mengikut sistem terjajar, angka

dimensi yang digunakan untuk pendimensian lukisan isometrik perlu

diubah suai supaya angka itu kelihatan selaras dengan pandangan

isometrik. Hal ini dilakukan dengan menulis huruf dan angka yang

dicondongkan ke kiri atau ke kanan sebanyak 60° seperti yang

ditunjukkan dalam rajah 1.3 . Pemilihan arah kecondongan bergantung

kepada satah isometrik yang mana satu garisan dimensi ditempatkan,

lihat rajah 1.4.

Page 11: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

Rajah 1.4 Pendimensian lukisan isometrik

Rajah 1.5 menunjukkan contoh pandangan objek yang sama mengikut

terjajar dan sistem ekaarah. Perhatikan dan kaji perbezaan kaedah

menulis angka dimensi.

Page 12: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

Ruang ialah jarak dua objek yang menjadikan kawasan di antara objek itu satu keluasan dan kelebaran saiz. Konsep ruang memainkan peranan yang amat penting dalam seni grafik, reka

bentuk hiasan dalaman dan reka bentuk seni bina. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang terbuka (ruang konkrit) dan ruang ilusi (ruang tampak).

Ruang Terbuka (Ruang Konkrit)Ruang sebenar yang wujud pada persekitaran seperti bangunan, alam ciptaan ALLAH S.W.T,

kenderaan dan lanskap persekitaran.Ruang Ilusi (Ruang Tampak)

Ruang yang dihasilkan oleh pengkarya seni dalam sesebuah karya dua dimensi berupa lukisan atau catan, model reka bentuk industri serta model reka bentuk hiasan dalam dan luar

bangunan.KONSEP RUANG DALAM KARYA SENI

Ruang DalamRuang yang dipersembahkan dalam karya yang memperlihatkan keluasan dari segi saiz dan jarak. Konsep ruang dalam ini mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap yang terbahagi

kepada tiga jenis perspektif. (Perspektif satu titik lenyap, Perspektif dua titik lenyap dan Perspektif tiga titik lenyap). Selalunya pelukis menghasilkan ruang dalam dalam karya

mereka akan memilih tema pemandangan dan lukisan alam. Ruang dalam ini akan mempamerkan pembahagian ruang hadapan,ruang tengah dan ruang belakang. Sejajar dengan

itu ton warna, jalinan dan komposisi setiap objek akan serentak menjadi penting untuk menunjukkan konsep ruang.

Ruang Cetek

Page 13: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

Ruang yang kelihatan dekat. Kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai keluasan atau kedudukan perspektif titik lenyap yang jelas. Pelukis menghasilkan ruang cetek dalam karya

akan memilih tema lukisan atau catan potret dan karya abstrak yang tidak menunjukkan konsep ruang.

Ruang RataRuang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak menunjukkan kedudukan

dalaman. Konsep ruang rata ini boleh dilihat dari hasil logo, corak dan karya abstrak. Ciri-ciri ruang rata adalah bersifat mendatar dan tidak ada ruang perspektif.

HUBUNGAN RUANG DAN WARNAPerspektif warna dapat menimbulkan ilusi jarak dan ruang. Dalam catan pemandangan,

kawasan atau objek diwarnakan dengan warna yang lebih gelap dan dilukis dengan lebih jelas dan teliti. Kawasan atau objek yang jauh pula diwarnakan dengan warna terang, pudar dan

lembut untuk menonjolkan konsep ruang dalam catan. Nilai ton warna akan memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada keluar atau ke dalam mengikut cahaya yang diwujudkan

melaluinya.HUBUNGAN RUANG DAN BENTUK

Saiz bentuk yang berturutan dari besar ke kecil dan sebaliknya akan memberi impak ruang yang nyata. Maka konsep ruang terbuka akan lebih berjaya ditonjolkan.

PERSPEKTIFPerubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton

warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3

dimensi melalui 3 cara iaitu :-1. Perspektif 1 titik lenyap

Page 14: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

2. Perspektif 2 titik lenyap

3. Perspektif 3 titik lenyap

Pemahaman tentang perspektif amat penting bagi menentukan kedudukan objek yang kita lukis.* Kedudukan pelukis akan menentukan objek yang dilukis

* Perspektif berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbezaLukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ). Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel,

marker pen dan pensil warna

Apa itu lukisan oblik?

Lukisan oblik mempunyai satu permukaan yang rata dan satu permukaan yang bersudut. Oblik juga di kenali sebagai unjuran serong untuk membentuk objek berdasarkan sudut surut. Ia merupakan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.

  Memahami konsep lukisan persspektif satu dan dua poinb)        Mengenal pasti konsep poin memandang, pancaran penglihatan, satah gambar, poin lenyap, garisan ufuk

.

Page 15: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR Definisi Menggambar •Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. •Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. •Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek •Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. •Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi •Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek Alat, Media dan Teknik Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Tujuan Menggambar • Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar • Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid • Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer. (a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman • Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari • Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. • Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi (b) Aras Aplikasi dan Analisa • Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan • Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira • Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif (c) Aras Sintesis dan Penilaian • Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual • Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna • Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan • Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif LUKISAN (a) Definisi Lukisan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan

Menentukan Tema atau Subjek (i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan (ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa (iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut: (i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) (ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap) (iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan (iv) Kesan cahaya pada imej (v) Pembentukan bayang-bayang (vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll) (vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan (viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini iala

Page 16: LUKISAN PERSPEKTIF.docx

i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan(iv) Kesan cahaya pada imej(v) Pembentukan bayang-bayang(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

Latarbelakang