lts bm 011 set3

Upload: thanesh

Post on 30-May-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 LTS BM 011 Set3

    1/11

    Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

    SULIT

    011BahasaMelayu

    LTS 2006Set 350 minit

    JABATAN PELAJARAN PERAK

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    _____________________________________________

    MODUL LEARNING TO SCORE UPSR 2006

    011

    011 BAHASA MELAYU

    Lima puluh minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi40 soalan. Jawabsemua soalan.

    2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

    3. Bagi setiap soalan, hitamkansatu ruangan sahaja.

    4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudianhitamkanjawapan yang baru.

    Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

    011 2006 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT

  • 8/14/2019 LTS BM 011 Set3

    2/11

  • 8/14/2019 LTS BM 011 Set3

    3/11

    SULIT KERTAS 011

    3

    Soalan 5berdasarkanGambar 4

    5 Cabai burung dan bawang merah itu ditumbuk oleh MakCik Hasnah sehingga __________.

    A hancur

    B lumat

    C leper

    Gambar 4

    D lebur

    6 Air sungai di kawasan sawah padi Kerian Sungai Manik menjadi __________ keranamusim kemarau yang berlarutan.

    A jernih

    B keruh

    C deras

    D tohor

    Soalan 7berdasarkanGambar 5

    7 Terdapat dua __________ rumah dan tiga __________pokok kelapa di kawasan bendang itu.

    A pintu ... pohon

    B buah ... batang

    C deret ... rumpun

    Gambar 5

    8 Wau dan gasing adalah __________ permainan tradisional yang sangat digemari olehpenduduk di pantai timur.

    A umpama

    B seperti

    C antara

    D bagi

    Soalan 9berdasarkanGambar 6

    9 Firdaus berdiri __________ Razman denganRamachandran.

    A di belakangB di sebelah

    C di antara

    Gambar 6

    D di tepi

  • 8/14/2019 LTS BM 011 Set3

    4/11

    SULIT KERTAS 011

    4

    Soalan 10berdasarkanGambar 7

    10 Abdul Razak _____________ simbal mengikut rentaklagu yang rancak itu.

    A memetik

    B memukul

    C menghentam

    Gambar 7

    11 Polis trafik telah menahan pemandu lori yang membawa buah kelapa sawit itu keranadia tidak memiliki __________ memandu.

    A permit

    B lesen

    C tiket

    D kad

    Soalan 12berdasarkanGambar 8

    12 Pak Wahid sedang __________ beberapa batanglemang untuk dijual di pasar malam.

    A menyalai

    B memasak

    C membakar

    Gambar 8

    D memanggang

    13 Abang Muhammad Aminuddin __________ lubang yang terdapat di belakangrumahnya.

    A menutup

    B mengorek

    C menimbus

    D menyumbat

    Soalan 14berdasarkanGambar 9

    14 Encik Hamdan __________ tali lehernya dengan kemassebelum masuk ke bilik mesyuarat.

    A membelitB mengikat

    C memasang

    Gambar 9

    D mengantung

  • 8/14/2019 LTS BM 011 Set3

    5/11

    SULIT KERTAS 011

    5

    Soalan 15berdasarkanGambar 10

    15 Puan Maimun __________ sedulang air sirap untukpara tetamu yang hadir dalam majlis itu.

    A mengelek

    B menatang

    C menjinjing

    Gambar 10

    D mengusung

    16 Kerja-kerja __________ mangsa banjir itu masih diteruskan walaupun dalam keadaanhujan lebat.

    A terselamat

    B keselamatan

    C diselamatkan

    D menyelamatkan

    Soalan 17berdasarkanGambar 11

    17 Sejak terlantar di hospital, badannya semakin__________ kerana hilang selera makan.

    A kecil

    B nipis

    C susut

    Gambar 11

    D kempis

    18 Ayah membeli beberapa untai __________ di Tanah Suci Mekah sebagai buahtangan kepada rakan-rakannya.

    A serban

    B kopiah

    C tasbih

    D jubah

    Soalan 19 dan Soalan 20berdasarkanGambar 12

    19 Sungai itu telah __________ akibat sikap segelintirmanusia yang tidak bertanggungjawab.

    A dicemariB tercemar

    C dicemarkan

    Gambar 12

    D mencemarkan

  • 8/14/2019 LTS BM 011 Set3

    6/11

    SULIT KERTAS 011

    6

    20 Perkataan berlawan bagi gambar situasi sebatang sungai yang terdapat di negarakita seperti gambar di atas adalah __________.

    A bersih

    B kotor

    C indah

    D lesu

    Soalan 21berdasarkanGambar 13

    Pilihjawapan yang paling sesuai bagisoalan yang diberikan.

    21 Apakah yang dilakukan oleh Encik Raju?

    A Encik Raju berkunjung ke rumah keluarganya.

    B Encik Raju menunggu ketibaan rakan-rakannya.

    C Encik Raju menghidangkan juadah yang

    istimewa.

    Gambar 13

    D Encik Raju mempelawa tetamunya menikmati

    juadah.

    Soalan 22

    Pilihsoalan yang paling sesuai bagijawapan yang diberikan.

    22 Anak saya yang kedua bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara, Taiping.

    A Di manakah anak kamu yang kedua bersekolah?

    B Mengapakah anak kamu yang kedua itu masih bersekolah?

    C Siapakah yang masih bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara, Taiping?

    D Bilakah anak kamu yang kedua bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara,

    Taiping?

    Soalan 23

    Pilih ayat yang menggunakanperkataan bergaris denganbetul.

    23 A Dia adalah pengurus projek kondominium mewah itu.

    B Kebakaran itu ialah berpunca daripada litar pintas elektrik.

    C Adalah dimaklumkan bahawa pejabat kami akan ditutup esok.

    D Alat permainan video itu ialah hadiah istimewa daripada ayah untuk adik.

    Soalan 24 dan Soalan 25Pilih ayat yangsama maksud denganayat yang diberi.

    24 Lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu dicipta oleh komposer terkenal.

    A Komposer terkenal mencipta lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu.

    B Lagu ciptaan komposer itu dinyanyikan oleh biduanita yang terkenal.

    C Lagu ciptaan biduanita itu dinyanyikan oleh komposer terkenal.

    D Lagu terkenal nyanyian biduanita itu dicipta oleh komposer.

  • 8/14/2019 LTS BM 011 Set3

    7/11

    SULIT KERTAS 011

    7

    25 Nani, kalau awak ke pasar raya, belikan saya ubat gigi, kata Hasni kepada Nani.

    A Nani hendak ke pasar raya jika Hasni memesan ubat gigi.

    B Hasni hendak membeli ubat gigi jika Nani pergi ke pasar raya.

    C Hasni meminta Nani membelikannya ubat gigi jika dia ke pasar raya.

    D Nani meminta Hasni membelikannya ubat gigi jika dia pergi ke pasar raya.

    Soalan 26 dan Soalan 27

    Pilih ayat-ayat yang menggunakanperkataan bergaris denganbetul.

    26 I Air bah itu sampai ke paras pinggang saya.

    II Semua peragawati mempunyai paras yang cantik.

    III Bangunan yang baru dibina itu dua puluh paras tingginya.

    IV Tok Sidang mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat.

    ABC

    D

    I dan II sahajaII dan III sahajaI, II dan III sahaja

    I, III dan IV sahaja

    27 I Sikap kepala besar menjadi punca dia disisih oleh rakan-rakannya.

    II Duta Besar Mesir itu telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun yang lalu.

    III Kapur batu merupakan bahan utama untuk membuat batu marmar dan simen.

    IV Pita suara itu merupakan satu daripada bahan bukti kes pecah amanah tersebut.

    A

    B

    C

    D

    I dan II sahaja

    II dan IV sahaja

    I, II dan III sahaja

    I, II dan IV sahaja

    Soalan 28 dan Soalan 29

    Pilih ayat yangbetul.

    Soalan 28berdasarkanGambar 14

    28 A Nah, betapa gembiranya mereka hari ini!

    B Aduh, cantiknya pasangan pengantin baru itu!

    C Cis, akhirnya mereka bertemu di j injang pelamin!

    D Wah, ramainya tetamu yang hadir dalam majlis itu!

    Gambar 14

  • 8/14/2019 LTS BM 011 Set3

    8/11

    SULIT KERTAS 011

    8

    29 A Dia beritahu tentang kemalangan itu ke ibu bapanya.

    B Pertolongan yang kamu hulurkan itu amat saya hargai.

    C Saya mendapat perkhabaran yang Naidhu telah dimasukkan hospital.

    D Adakah pengakuan kamu itu dibuat bersungguh-sungguh atau kerana paksaan?

    Soalan 30Pilih ayat-ayat yangbetul.

    30 I Kereta itu melanggar pokok lalu menjunam ke dalam gaung.

    II Beberapa orang anggota jawatankuasa mempertikaikan keputusan itu.

    III Mereka menyerahkan bungkusan plastik itu pada polis yang bertugas.

    IV Saya belum pernah berjumpa dengan orang yang sombong seperti awak.

    ABCD

    I dan III sahajaII dan IV sahajaIII dan IV sahajaI, II dan III sahaja

    Soalan 31 hingga Soalan 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Matahari yang memancar pada pagi itu sudah terasa bahangnya. Di tengah padang bolasepak, kelihatan Aiman bersama-sama sepuluh orang rakannya yang gagal dalam UjianPengesanan Matematik sedang berlari mengelilingi padang sebanyak tiga pusingan. Setelahmenjalani hukuman, Aiman masuk ke dalam kelas Enam Mawar dengan muka mencuka.Hatinya bertambah sakit apabila beberapa orang rakan sekelas mengejek-ngejeknya.

    Sewaktu Aiman melayani perasaannya pada suatu petang, tiba-tiba matanyaterpandang ke arah pokok pisang yang tumbuh berdekatan dengan pangkin tempat dia

    berehat. Seekor siput babi kelihatan sedang mengesot memanjat anak pokok pisang. Apabilatiba di pertengahan pokok, siput babi itu tergelongsor ke bawah. Kemudian, siput babi itu cubamemanjat pokok itu sekali lagi tetapi gagal. Setelah mencuba beberapa kali, siput babi ituakhirnya berjaya juga sampai ke pucuk pokok pisang lalu memakan pucuk pisang tersebut.Lahirlah perasaan insaf di hati Aiman setelah melihat kesungguhan siput babi itu.

    Aku berjanji tidak akan gagal lagi dalam ujian Matematik, janji Aiman kepada dirinya.Rentetan peristiwa itu, Aiman telah mengubah sikapnya. Aiman rajin menghadiri kelasbimbingan pada sebelah petang. Aiman juga rajin membuat latihan Matematik. Dia berasagembira kerana kebelakangan ini prestasinya dalam ujian Matematik dan mata pelajaran laintelah meningkat.

    Tiga hari sebelum cuti akhir tahun, keputusan UPSR pun diumumkan. Tahniah, Mohd

    Aiman, kamu berjaya mendapat 5A!

    ujar Cikgu Harun sambil menghulurkan slip keputusanUPSR. Aiman bertuah kerana sedar sebelum terlambat. Bagi memperoleh sesuatu kejayaan,seseorang itu perlu berusaha dengan gigih. Bak kata pepatah, Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.

    Jadikanlah kegagalan semalam sebagai perintis kejayaan akan datang. Begitulahpenjelasan serba ringkas daripada Aiman apabila ditanya oleh kawan-kawannya.

  • 8/14/2019 LTS BM 011 Set3

    9/11

    SULIT KERTAS 011

    9

    31 Aiman dan kawan-kawannya berlari mengelilingi padang kerana

    A mereka didenda oleh guru Matematik.

    B mereka tidak menyiapkan kerja sekolah.C mereka sedang menjalani latihan sukan.

    D masa itu ialah waktu Pendidikan Jasmani.

    32 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang Aiman kecuali

    A bijak dalam pelajaran.

    B berubah sikap setelah didenda oleh gurunya.

    C seorang murid yang keras hati dan sukar untuk berubah.

    D mudah terasa apabila diejek oleh kawan-kawan sekelasnya.

    33 Aiman insaf setelah dia

    A didenda berlari mengeliling padang.

    B diejek dan disindir oleh kawan-kawan sekelasnya.

    C melihat kegigihan siput babi memanjat pokok pisang.D dinasihati oleh ibu bapanya.

    34 Yang berikut merupakan faktor yang membawa kejayaan kepada Aiman, kecuali

    A culas.

    B rajin.

    C tekal.

    D gigih.

    35 Pepatah jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya sesuai digantikan

    dengan

    A harapkan pagar, pagar makan padi.

    B enggang sama enggang, pipit sama pipit.

    C belakang parang jika diasah lagikan tajam.

    D kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

  • 8/14/2019 LTS BM 011 Set3

    10/11

    SULIT KERTAS 011

    10

    Soalan 36 hingga Soalan 40

    Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Persatuan Kajian Tempatan,Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang,Jalan Astana,

    93500 Petra Jaya, Kuching.

    Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang,Jalan Astana,93500 Petra Jaya, Kuching. 14 FEBRUARI 2006.

    Tuan,

    Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan ke Kota Samarahan

    Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kajian Tempatanmemohon kebenaran untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kota Samarahan.

    2. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu program tahunan persatuan. Tujuanlawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua anggota persatuan tentangsektor pertanian yang dijalankan oleh penduduk setempat dan cara kehidupan seharianmereka.

    3. Kota Samarahan juga sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk setempatsebagai sebuah kawasan penanaman nanas Sarawak yang terbesar di Malaysia.

    4. Untuk makluman tuan, kami telah merancang untuk mengadakan lawatan sambilbelajar tersebut seperti maklumat di bawah ini.

    Tarikh lawatan : 20 Mei 2006Hari : SabtuPeserta : 45 orang muridGuru Pengiring : 4 orang

    5. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan memberikan kebenaran kepadakami untuk mengadakan lawatan tersebut.

    Sekian, terima kasih.

    Saya yang benar,

    Farhana Aqilah

    (FARHANA AQILAH BINTI FAUZI)Setiausaha,Persatuan Kajian Tempatan,Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang,Jalan Astana,93500 Petra Jaya, Kuching.

  • 8/14/2019 LTS BM 011 Set3

    11/11

    SULIT KERTAS 011

    11

    36 Persatuan Kajian Tempatan ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke

    A Kota Setia.

    B Kota Belud.

    C Kota Bharu.

    D Kota Samarahan.

    37 Lawatan sambil belajar itu bertujuan untuk memberikan

    A pendedahan tentang sektor pertanian.

    B pengajaran tentang kehidupan para petani.

    C penerangan cara menanam nanas Sarawak.

    D pendedahan tentang kehidupan penduduk di Sarawak.

    38 Apakah sumbangan sektor pertanian di Kota Samarahan kepada negara?

    A Menyumbang kepada ekonomi negara.

    B Memberikan perkhidmatan pertanian kepada negara.

    C Membuka peluang kepada petani untuk bercucuk tanam.

    D Menyediakan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

    39 Jika bilangan murid lelaki yang menyertai lawatan itu seramai 22 orang, berapakah

    bilangan murid perempuan?

    A 21 orang.

    B 22 orang.

    C 23 orang.

    D 24 orang.

    40 Kota Samarahan terkenal dalam kalangan penduduk kerana kawasan tersebutmerupakan kawasan

    A pertanian yang terbesar di Malaysia.

    B penempatan penduduk yang terdiri daripada petani.

    C pertanian yang subur dan kaya dengan hasil ekonomi.

    D penanaman nanas Sarawak yang terbesar di Malaysia.

    KERTAS SOALAN TAMAT