lobak putih gergasi

Download lobak putih gergasi

If you can't read please download the document

Upload: nadia-yunus

Post on 23-Jul-2015

159 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Lobak Putih Gergasi Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Asalamualaikum W.B.T dan selamat pagi. Pada hari yang berbahagia ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk, Lobak Putih Gergasi. Di sebuah kampung yang terpencil, tinggallah sebuah keluarga kecil, si Petani, isterinya dan anaknya. Keluarga si petani sangat miskin. Di belakang rumah mereka, si Petani dan keluarganya mengusahakan sebuah kebun yang kecil. Dia menanam sayur sawi, tomato, terung, lobak merah dan lobak putih. Setiap hari, si Petani dan keluarganya akan membersihkan kebun itu dan membaja sayursayurannya. Malangnya, cuaca kemarau yang panjang melanda kampung si Petani itu. Cuaca yang sangat panas menyebabkan sumber air berkurangan. Pada suatu hari, si Petani ingin menuai hasil sayurannya. Semua sayur-sayurannya tidak membuahkan hasil. Tiba-tiba, si Petani berasa hairan kerana salah satu daripada lobak putih yang di tanamnya membuahkan hasil. Si Petani berasa gembira. Dia menarik lobak putih tersebut. Namun tidak berjaya. Dia menarik sekuat hati! Si Petani tetap tidak berjaya menarik lobak putih itu keluar. Dia pun memanggil isteri dan anak lelakinya untuk membantu menarik lobak putih itu keluar. Mereka tarik....... tarik........ dan tarik.....! dengan sekuat hati! Namun masih tidak juga berjaya. Si Petani tidak berputus asa. Dia memanggil jirannya si penggembala kambing untuk membantu mereka. Kemudian dengan bantuan si penggembala kambing, mereka pun tarik........ tarik........ dan tarik..........! dengan sekuat hati mereka! Mereka kepenatan. Namun lobak putih itu masih tidak dapat dicabut. Tiba-tiba, si petani ternampak rakannya si tukang besi lalu dihadapan rumahnya. Dia pun memanggil si tukang besi yang bertubuh tegap dan sasa itu membantu mereka mencabut lobak putih itu. Sekarang si petani, isterinya, anak lelakinya, si penggembala kambing dan si tukang besi sudah bersedia untuk mencabut lobak putih itu. Si petani berkata, baiklah, dalam kiraan satu......dua..........tiga! Tarik..........tarik.........tarik.......! mereka menarik dengan sekuat-kuat hati. POP! Sebuah bunyi yang kuat memeranjatkan mereka. Akhirnya, selonggok lobak putih gergasi berada di depan mata mereka. Mereka bersorak kegembiraan... Pada petang itu, si petani sekeluarga, si penggembala kambing dan si tukang besi menikmati sup lobak putih yang dimasak oleh isteri si petani. Mereka sungguh kenyang kerana menikmati sup lobak putih gergasi yang sungguh banyak dan enak itu. Tamat.. pengajaran cerita ini kawan-kawan ialah, jika kita bekerjasama, semua pekerjaan yang sukar akan dapat diselesaikan dengan mudah.