lisa dan rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik lisa. 12...

34
Lisa dan Rahsianya Disokong oleh: Pusat Kesedaran Wanita

Upload: others

Post on 30-Oct-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

Lisa dan Rahsianya

Disokong oleh:

Pusat Kesedaran Wanita

Page 2: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

1

Lisa ialah seorang kanak-kanak

berumur sembilan tahun yang

suka menyanyi. Di rumah, setelah

menyiapkan kerja rumah, Lisa akan

menyanyi kepada adik perempuannya

semasa ibu bapanya menyediakan

makan malam.

Page 3: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

2

Satu hari, semasa makan malam,

ibu bapa Lisa memberitahunya

bahawa Pak Cik Jin akan datang

tinggal bersama mereka untuk

sementara waktu. Pak Cik Jin ialah

adik kepada ibu Lisa.

Page 4: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

3

Beberapa hari kemudian,

Pak Cik Jin tiba. Dia membawa

beberapa permainan papan

untuk Lisa sekeluarga.

Page 5: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

4

Lisa mula bermain permainan

tersebut dengan Pak Cik Jin.

Page 6: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

5

Selepas itu, bermain permainan

papan menjadi suatu kebiasaan

untuk keluarga Lisa.

Page 7: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

6

Satu hari, Pak Cik Jin terdengar

Lisa menyanyi kepada adiknya.

Pak Cik Jin memberitahu ibu bapa

Lisa yang dia sangat berbakat.

Page 8: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

7

Pak Cik Jin memuji Lisa dan

memberikan hadiah kepadanya.

Page 9: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

8

Lisa sangat gembira dan

mengucapkan terima kasih.

Page 10: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

9

Satu hari, ketika Lisa sedang

menyiapkan kerja rumah di dalam

biliknya, Pak Cik Jin masuk ke

dalam bilik Lisa. Dia memberitahu

Lisa yang dia boleh membantu Lisa

menyiapkan kerja rumahnya.

Page 11: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

10

Pak Cik Jin duduk di sebelah Lisa.

Dia memeriksa kerja rumah Lisa

dan memberi Lisa ‘high five’ kerana

semua kerja rumah Lisa betul.

Page 12: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

11

Semasa makan malam, Lisa

memberitahu ibu bapanya bahawa

Pak Cik Jin membantunya menyiapkan

kerja rumah. Ibu bapa Lisa sangat

gembira. Mereka berkata ini memberikan

mereka lebih masa untuk melakukan

kerja-kerja rumah, menyiapkan makan

malam dan menjaga adik Lisa.

Page 13: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

12

Sekarang, Pak Cik Jin datang

ke bilik Lisa setiap hari untuk

membantu Lisa menyiapkan kerja

rumahnya. Lisa dan Pak Cik Jin

banyak bersembang.

Page 14: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

13

Pak Cik Jin meletakkan tangannya

di atas bahu Lisa. Dia berkata,

“Kamu sangat istimewa, Lisa.”

Lisa sangat gembira.

Page 15: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

14

Satu hari, semasa Lisa sedang

menyiapkan kerja rumahnya,

Pak Cik Jin masuk ke dalam

bilik Lisa dan menutup pintu.

Page 16: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

15

Dia duduk di sebelah Lisa seperti

biasa. Tapi kali ini, dia menyentuh

paha Lisa.

Page 17: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

16

Pak Cik Jin memberitahunya, “Ini

cuma satu permainan… kerana kamu

istimewa.” Lisa berasa tidak selesa

dan cuba menjauhkan diri. Pak Cik Jin

memberitahu Lisa, “Jangan beritahu

sesiapa pun tentang perkara ini sebab

tak ada orang yang akan percaya kamu.”

Page 18: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

17

Perkara yang sama berlaku

keesokan hari dan hari-hari yang

seterusnya. Lisa tidak tahu apa

yang perlu dibuat. Dia takut.

Dia berhenti menyanyi kepada

adiknya.

Page 19: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

18

Ibu Lisa bertanya kepadanya,

“Lisa tak apa-apa ke? Dah lama

ibu tak dengar Lisa menyanyi.”

Lisa berdiam diri. Dia nampak

Pak Cik Jin memerhatikannya

dari tangga rumah.

Page 20: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

19

Pak Cik Jin turun ke bawah dan

bertanya, “Hey! Kita makan apa

malam ni?” Ibu Lisa ketawa dan

menjawab, “Pizza!”

Page 21: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

20

Di sekolah, Lisa menjadi sangat

pendiam. Kawan baiknya Rani

bertanya kepadanya, “Ada masalah

ke Lisa? Kenapa kamu senyap sangat?

Kenapa kamu tak bermain dengan

kami lagi?” Lisa hanya menggelengkan

kepalanya dan tunduk.

Page 22: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

21

Rani memandang Lisa. Dia berkata,

“Kamu nampak sedih. Ibu saya kata,

jika ada sesuatu yang membuatkan

saya sedih atau takut, saya mesti

beritahu seseorang. Saya tak boleh

rahsiakannya. Jadi beritahulah saya.

Kenapa kamu sedih?”

Page 23: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

22

Selepas beberapa ketika, Lisa

memandang Rani dan berkata, “Pak Cik

Jin… menyentuh saya… saya tak suka.

Dia buat begitu setiap hari dalam bilik

saya… ketika ibu dan ayah menyediakan

makan malam di dapur. Saya sangat

takut.” Kemudian Lisa menangis.

Page 24: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

23

Rani berkata, “Kamu perlu beritahu

ibu bapa kamu.” Lisa berkata, “Saya

tak boleh beritahu mereka kerana

mereka sangat sukakan Pak Cik Jin.

Lagipun Pak Cik Jin kata mereka

tak akan percayakan saya.”

Page 25: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

24

Sebaik sahaja Rani pulang ke rumah

dari sekolah, dia memberitahu ibunya,

Puan Mala, tentang apa yang diberitahu

oleh Lisa. Puan Mala sangat terkejut

dan memberitahu Rani yang dia akan

mendapatkan pertolongan untuk Lisa.

Malam itu, Puan Mala menelefon Puan

Julia, guru kelas Rani dan Lisa.

Page 26: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

25

Keesokan paginya, Puan Julia

memanggil Lisa dan bertanya

kepadanya apa yang berlaku.

Lisa menceritakan segalanya

kepada Puan Julia.

Page 27: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

26

Puan Julia berkata, “Lisa, kamu mesti

berasa sangat takut. Pak Cik Jin

kamu tak sepatutnya buat macam

itu kepada kamu. Memang bagus

kamu tak merahsiakan perkara ini dan

memberitahu Rani. Sekarang, kita kena

pastikan perkara ini tak berlaku lagi.”

Page 28: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

27

Puan Julia menelefon ibu bapa

Lisa untuk datang ke sekolah dan

memberitahu mereka apa yang

terjadi.

Page 29: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

28

Ibu bapa Lisa sangat terkejut.

Ibu Lisa memeluknya dan berkata,

“Ibu minta maaf di atas apa yang

berlaku kepada kamu. Ibu tak tahu.

Apa yang dilakukan oleh Pak Cik Jin

memang salah. Lisa sangat berani

kerana memberitahu Rani dan Cikgu.”

Page 30: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

29

Ayah Lisa berkata, “Kita akan buat

laporan polis sekarang. Pak Cik Jin

tak boleh tinggal dengan kita lagi.

Apa yang Lisa buat memang betul.

Jangan risau. Kami akan pastikan

dia tak sakiti kamu lagi.”

Page 31: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

30

Kedua ibu bapa Lisa memeluknya.

Page 32: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

31

Ingat: jika kamu terima sentuhan yang

tidak baik, jangan rahsiakannya.

Beritahu seseorang mengenainya.

Itulah cara untuk kamu menghentikan

perbuatan tersebut.

Page 33: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

32

Isikan bulatan dengan nama orang

yang kamu percaya dan yang boleh

membantu kamu.

Page 34: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan

www.wccpenang.org

[email protected]

WCC Penang

Pusat Kesedaran Wanita adalah sebuah organisasi bukan

berkeuntungan yang ditubuhkan untuk membendung

keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak serta

mempertingkatkan kesaksamaan gender dan keadilan sosial.

Penulis

Prema E. Devaraj

Penterjemah

Hajar Abdul Rahim, Nadila Daud,

Salma Rasid, Asmar Bakhari

Kartunis

Azmi Hussin

Lakaran dan Reka Letak

C-Square Sdn Bhd, Penang

Penerbit

Pusat Kesedaran Wanita

Disokong oleh

Yayasan Hasanah

© 2020, Pusat Kesedaran Wanita, Pulau Pinang