terma & syarat - yeos.com.my · pdf filedan khasiatnya (contoh: amalan kesihatan bersama...

4

Upload: lecong

Post on 04-Feb-2018

261 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

TERMA & SYARAT

PERTANDINGAN

Pertandingan ini dianjurkan bersama oleh Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad dan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (“Pihak Penganjur”). Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah di Malaysia SAHAJA.

Borang penyertaan fotostat adalah dibenarkan. Penyertaan adalah tidak terhad. Setiap sekolah dibenarkan menghantar sebanyak mana penyertaan.

Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 13 Jun 2014 ke alamat:

Cabaran Rekacipta Majalah Mega Kitar Semula Yeo’s & BH : Malaysia, Destinasiku, Seksyen Korporat & Industri Perkhidmatan, Unit Jualan Bukan Runcit, Jabatan Jualan Akhbar & Pengedaran, The New Straits Times Press (M) Berhad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada minimum 10 orang pelajar dari sekolah yang sama. Guru-guru adalah digalakkan untuk mengambil bahagian bersama pelajar dalam pelaksanaan majalah mega kitar semula.

Para peserta diwajibkan untuk melengkapkan borang penyertaan. Sekiranya maklumat didapati tidak lengkap/tidak tepat/tidak sah, Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta tanpa sebarang sebab atau notis awal.

Garis panduan penghasilan Majalah Mega Kitar Semula:

a. Peserta dikehendaki menggunakan semula pek, kotak atau pembungkus Produk Keluaran Yeo’s untuk menghasilkan Majalah Mega dari bahan kitar semula yang bertemakan ‘Malaysia, Destinasiku’ sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Konsep Majalah Mega kitar semula mestilah bertepatan dengan tema yang ditetapkan.

b. Penggunaan bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti plastik, aluminium tin Yeo’s, suratkhabar dan sebagainya adalah dibenarkan. Namun, hasil rekacipta majalah mega kitar semula MESTILAH merangkumi sekurang-kurangnya 70% rangkaian produk makanan & minuman keluaran Yeo’s contohnya Yeo’s, Justea, SoyRich, Cintan dan lain-lain.

c. Majalah Mega Kitar Semula yang dihasilkan mestilah berukuran sekurang-kurangnya 5 kaki (tinggi) x 3 kaki (lebar) bagi kulit majalah dan muka surat dalam majalah. Ketebalan majalah pula mengikut jenis bahan yang digunakan oleh sekolah masing-masing.

d. Hasil rekacipta Majalah Mega kitar semula MESTILAH kukuh dan boleh didirikan atau ditegakkan dan penggunaan bahan keras atau tebal sebagai bahan asas kulit buku adalah digalakkan.

e. Jumlah muka surat MINIMUM (tidak termasuk kulit majalah) ialah 10 muka surat. Pembahagian kandungan adalah seperti berikut:

i. 2 muka surat memperkatakan tentang produk-produk keluaran Yeo’s dan khasiatnya (contoh: amalan kesihatan bersama Yeo’s ketika waktu berpuasa).

ii. 2 muka surat memperkatakan tentang sisipan-sisipan atau kolumn-kolumn yang terdapat di dalam BH dan pencapaian terbaik sekolah dalam bentuk berita dengan menggunakan muka hadapan BH sebagai templat.

iii. 6 muka surat memperkatakan tentang destinasi pelancongan menarik di Malaysia dan makanan tempatan yang popular.

iv. Hasil rekacipta Majalah Mega kitar semula MESTILAH tidak mempunyai unsur-unsur sensitif atau negatif. Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan yang mempunyai unsur sensitif atau negatif tanpa memberi sebab atau notis awal.

v. Aktiviti menulis, mewarna dan menampal bahan cetakan adalah dibenarkan.

Pertandingan ini berlangsung dari 7 April sehingga 13 Jun 2014.

Penghakiman awal pertandingan ini (bagi memilih 10 penyertaan ke peringkat akhir) adalah berdasarkan kreativiti, ketepatan tema, pengisian dan kekemasan.

Hanya 10 penyertaan terbaik akan dipilih untuk penilaian muktamad peringkat akhir. Peserta yang mara ke peringkat akhir dikehendaki membawa bersama-sama hasil rekacipta Majalah Mega bagi tujuan pameran dan membuat pembentangan mengenai hasil rekacipta Majalah Mega masing-masing pada majlis penutup pertandingan. Markah pembentangan akan diambilkira pada peringkat akhir. Kreativiti pembentangan dengan menggunakan bahan sampingan adalah digalakkan.

Setiap kumpulan yang berjaya mara ke peringkat akhir diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 3 peserta dan 2 guru pengiring untuk ke majlis penutup pertandingan. Pihak Penganjur akan memaklumkan tarikh, masa dan tempat majlis penutup pertandingan kepada sekolah yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Semua hasil rekacipta kitar semula Majalah Mega perlu dipamerkan di kawasan sekolah sekurang–kurangnya 1 tahun selepas pertandingan berakhir.

Pihak Penganjur berhak menggunakan nama, gambar pemenang dan gambar rekacipta Majalah Mega kitar semula untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa sebarang notis awal dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk tujuan ini.

Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat dan aduan tidak akan dilayan mengenai tatacara penghakiman sebelum, semasa dan/atau selepas pertandingan ini.

Dengan menyertai pertandingan ini, pihak sekolah dan peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada syarat dan peraturan ini serta keputusan pihak penganjur.

Peserta juga dikehendaki menyiapkan kertas kerja projek penghasilan rekacipta Majalah Mega kitar semula dalam bentuk ’Powerpoint Presentation’ beserta gambar Majalah Mega kitar semula yang telah siap. Kertas kerja ini kemudiannya dihantar dalam bentuk ’CD’ bersama-sama dengan borang penyertaan yang lengkap diisi.

Sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan boleh diajukan kepada Cik Syikin atau Cik Jaharah di talian 03-20569568 / 03-20569537.

Pihak Penganjur berhak mengubah, meminda atau menambah terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada pihak sekolah atau peserta-peserta yang terlibat.