limau bali melomas

3
LIMAU BALI MELOMAS (Dipetik dari majalah Agromedia Bil. 5/1999) Limau bali merupakan limau yang dapat tumbuh dengan baik dan tidak menghadapi saingan daripada negara-negara pengeksport limau. Limau boleh dibahagi kepada tiga kumpulan:- Kumpulan dari Cina Mempunyai buah berbentuk seperti pir, berisi kuning dan berkulit tebal. Varieti utama ialah Shatian-yu yang ditanam di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Kumpulan dari Thailand Mempunyai buah yang lebih kecil. Varietinya ialah Limau Siam dan Limau Bali Siam yang terdapat di Kubang Pasu, Kedah. Kumpulan dari Indonesia Mempunyai buah berisi putih, tidak berasid dan berkulit tebal. Antara varieti yang popular ialah Tambun Manis dan Tambun Masam, bersempena dengan nama kawasan tanaman limau bali yang terkenal di Kinta, Perak. Kultivar ini amat popular kerana berjus serta kandungan asidnya rendah. Penemuan Varieti Limau Bali MELOMAS Sebagai pusat sumber genetik tanaman limau, negara kita kaya dengan pelbagaian genetik limau bali dan jenis-jenis limau lain. Oleh sebab ini, kultivar limau bali boleh dibaiki untuk tujuan ekport. Manakala varieti baru boleh dibangunkan dengan agak cepat daripada janaplasma ini. Pokok daripada biji benih yang ditanam di persekitaran rumah atau tumbuh liar kesemuanya pokok unik dan berpotensi yang boleh dieksploitasi bagi pemilihan varieti yang baik. Mutu buah MELOMAS Buah bersaiz kecil hingga sederhana dengan berat anggaran 1-1.2 kg. Buah agak bulat dan kulit mudah ditanggalkan. Kulit nipis, hijau kekuningan apabila matang dan terdapat bulu halus di permukaannya. Isinya putih kuning dan samar-samar merah jambu dan kurang berserabut.

Upload: feiserl-solomon

Post on 23-Mar-2016

285 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

• Buah bersaiz kecil hingga sederhana dengan berat anggaran 1-1.2 kg. • Buah agak bulat dan kulit mudah ditanggalkan. • Kulit nipis, hijau kekuningan apabila matang dan terdapat bulu halus di permukaannya. • Isinya putih kuning dan samar-samar merah jambu dan kurang berserabut. • Berjus, rasanya manis, wangi, kandungan gula tinggi, kandungan asid rendah dan tidak ada rasa pahit selepas makan. Mutu buah MELOMAS Penemuan Varieti Limau Bali MELOMAS Amalan Kultur

TRANSCRIPT

Page 1: LIMAU BALI MELOMAS

LIMAU BALI MELOMAS(Dipetik dari majalah Agromedia Bil. 5/1999)

Limau bali merupakan limau yang dapat tumbuh dengan baik dan tidak menghadapi saingan daripada negara-negara pengeksport limau.  Limau boleh dibahagi kepada tiga kumpulan:-

Kumpulan dari Cina Mempunyai buah berbentuk seperti pir, berisi kuning dan berkulit tebal.  Varieti utama ialah Shatian-yu yang ditanam di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. 

Kumpulan dari ThailandMempunyai buah yang lebih kecil.  Varietinya ialah Limau Siam dan Limau Bali Siam yang terdapat di Kubang Pasu, Kedah. 

Kumpulan dari IndonesiaMempunyai buah berisi putih, tidak berasid dan berkulit tebal.  Antara varieti yang popular ialah Tambun Manis dan Tambun Masam, bersempena dengan nama kawasan tanaman limau bali yang terkenal di Kinta, Perak.  Kultivar ini amat popular kerana berjus serta kandungan asidnya rendah.

Penemuan Varieti Limau Bali MELOMAS

Sebagai pusat sumber genetik tanaman limau, negara kita kaya dengan pelbagaian genetik limau bali dan jenis-jenis limau lain.  Oleh sebab ini, kultivar limau bali boleh dibaiki untuk tujuan ekport.  Manakala varieti baru boleh dibangunkan dengan agak cepat daripada janaplasma ini.  Pokok daripada biji benih yang ditanam di persekitaran rumah atau tumbuh liar kesemuanya pokok unik dan berpotensi yang boleh dieksploitasi bagi pemilihan varieti yang baik.

Mutu buah MELOMAS

Buah bersaiz kecil hingga sederhana dengan berat anggaran 1-1.2 kg. Buah agak bulat dan kulit mudah ditanggalkan. Kulit nipis, hijau kekuningan apabila matang dan terdapat bulu halus di

permukaannya. Isinya putih kuning dan samar-samar merah jambu dan kurang berserabut. Berjus, rasanya manis, wangi, kandungan gula tinggi, kandungan asid rendah dan

tidak ada rasa pahit selepas makan.

Amalan Kultur

Dapatkan mata tunas yang disahkan bersih daripada penyakit dan  cantumkan kepada pokok penanti jenis Swingle citrumelo atau Troyer citrange.  Jarak tanaman pokok cantuman ialah 6m x 7m.  Bagi pokok tut dan pokok yang dicantum pada pokok penanti cergas, jarak tanaman ialah 7m x 8 m.

Jadualkan masa pembungaan supaya pokok mengeluarkan hasil pada waktu permintaanya baik seperti musim perayaan Tahun Baru Cina dan perayaan Kuih Bulan.  Ini dapat dilakukan dengan mengaruh pembungaan pada bulan Julai/Ogos untuk perayaan Tahun Baru Cina dan bulan Mac/April untuk perayaan Kuih Bulan.

Page 2: LIMAU BALI MELOMAS

Pengaruhan bunga untuk musim pengutipan pertama boleh dicapai dengan memangkas pokok.  Misalnya untuk perayaan Kuih Bulan, pokok dipangkas selepas buah dikutip untuk perayaan Tahun Baru Cina. Seterusnya pokok akan mula berbunga pada bulan Mac.  Masa yang diambil dari berbunga hingga buah dikutip ialah 5 1/2 bulan.  Buah akan dikutip pada bulan September iaitu musim perayaan Kuih Bulan.  Apabila memangkas, semua ranting yang telah berbuah, ranting mati dan berpenyakit dibuang.  Untuk musim pengutipan kedua, pembungaan untuk pengutipan perayaan Tahun Baru Cina bermula pada bulan Julai/Ogos.  Tiada pemangkasan dilakukan kerana buah sedang membesar untuk pengutipan pada bulan September.

Selepas memangkas, baja organik (tahi ayam) ditaburkan pada kadar 3 kg (pokok muda) hingga 30 kg (pokok melebihi 6 tahun).  Baja sebatian dan batu kapur magnesium dibekalkan dari semasa ke semasa.  Pada musim berbunga, racun kimia digunakan untuk mengawal kanker bakteria, penyakit samar, antraknos, koya, teritip, pengorek buah, lalat buah dan pelombong daun.

Apabila mencapai saiz sebesar bola golf, penjarangan buah dilakukan dan hanya sebiji buah ditinggalkan pada setiap dahan hujung.  Buah kemudian dibungkus dengan kertas setebal dua lapisan.  Buah boleh dipetik 5 1/2 bulan selepas berputik.  Pada tahap ini buah limau bali cukup matang dan sesuai untuk dipasarkan.  Pada kematangan ini buah limau bali telah mencapai tahap kemanisan yang sesuai dengan jumlah pepejal larut lebih kurang 10% dn pH 6.0.  Jumlah pepejal larut limau bali Melomas lebih baik daripada Tambun Manis.  Limau Bali Melomas boleh disimpan selama 4 minggu pada suhu 14-15oC tanpa menjejaskan mutu dan citarasanya.  Semasa penyimpanan kulit buah limau bertukar warna menjadi sedikit kekuningan.  Buah limau bali Melomas juga sesuai untuk pemprosesan minimum memandangkan buah ini besar, mahal dan remeh untuk mengupas dan membersihkannya.  Setelah dibuang kulit, ulas-ulas limau bali boleh dibungkus dalam bekas propilena dan disimpan pada 2-5oC selama 3 minggu.  Kulit limau bali boleh juga diproses menjadi halua, jeruk dan dijadikan snek.

Bahan tanaman Melomas atau cantuman boleh didapati di MARDI dengan harga RM8.00 (tut) dan RM10.00 (cantuman). (Dipetik dari majalah Agromedia Bil. 5/1999).