likud

6
Latar belakang sejarah Likud Parti Likud Israel berkembang daripada Parti Revisionis, yang diasaskan pada 1925 oleh militan Zeev Jabotinsky. Jabotinsky menentang pandangan pendamai Parti Buruh dominan dan dipanggil untuk menentang British untuk memandu mereka keluar daripada pra-Negeri Israel. Menachem Begin, seorang penceramah yang bersemangat dan berkarisma turut menyertai perjuangan Parti Likud. Pada tahun 1948, Begin mengasaskan sebuah parti baru, yang bernama Herut (bererti kebebasan dalam bahasa Ibrani). Menachem Begin merupakan seseorang yang sering dikelilingi oleh rakan-rakannya dan pada masa itu menikmati sokongan kebanyakan ahli parti. Menacham Begin dan Ariel Sharon mengasaskan parti Likud ('perpaduan' dalam bahasa Ibrani) pada tahun 1973, dan dimasukkan Parti Liberal ataupun LA'A (singkatan Ibrani untuk Liberal Bebas). Pada tahun 1977 Menacham Begin mencapai kemuncak kerjaya politik beliau apabila beliau menjadi Perdana Menteri, mengetuai kerajaan Likud pertama, dan berjaya untuk memegang tampuk pemerintahan seterusnya selepas pilihan raya pada tahun 1981. Walau bagaimanapun, berikutan kematian isterinya dan khususnya apabila telah melihat akibat Perang Lubnan (1982-1985), beliau mengambil keputusan untuk melepaskan semua aktiviti politik dan bersara pada tahun 1983. 1 Penempatan radikal berkembang semasa tahun pemerintahan parti Likud lewat tahun 1970-an dan 1980-an. Walaupun terdapat waktu di mana kerajaan berpadu dengan Parti Buruh, tetapi selepas sahaja Perjanjian Oslo 1993, Parti Buruh termasuk di bawah Parti Likud. Kerajaan Buruh Post-Oslo berusaha untuk memberikan penyelesaian yang terbaik terhadap konflik yang berlaku di Palestin. Walau bagaimanapun, isu sempadan 1967 ini telah terlebih dahulu diambil tindakan oleh Israel untuk meletakkanya di bawah perjanjian damai. Ditambah pula dengan pendudukan tentera Israel di Palestin yang mendapat sokongan sekutu Israel iaitu Amerika Syarikat. Hal ini menyebabkan pemimpin Buruh gagal untuk menstruktur penyeleseaian yang terbaik bagi menjaga hak wilayah Gaza. Perjuangan Parti Buruh turut ditelakkan di bawah perjanjian damai walaupun kepentingan untuk Palestin adalah sedikit sahaja seperti beberapa penempatan blok Buruh diluaskan ke Tebing Barat, hal ini sekali gus mustahil untuk Palestin berdampingan dengan wilayah yang maju. 2 1 Yaffa Moshkovich. 2011. Changes in Likud Party organization an outcome of electoral victory in 1988 and electoral defeat in 1992: an Israeli case study. Routledge. 17 (4) : 583-603. 2 “ Myths and Facts About the Palestiinian-Israeli Conflict, A Guide to the Perplexed” (atas talian) http://www.chicagopeacenow.org/MF_issue6_9-

Upload: fizharon

Post on 17-Sep-2015

36 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

LIKUD STORY

TRANSCRIPT

Latar belakang sejarah Likud

Parti Likud Israel berkembang daripada Parti Revisionis, yang diasaskan pada 1925 oleh militan Zeev Jabotinsky. Jabotinsky menentang pandangan pendamai Parti Buruh dominan dan dipanggil untuk menentang British untuk memandu mereka keluar daripada pra-Negeri Israel. Menachem Begin, seorang penceramah yang bersemangat dan berkarisma turut menyertai perjuangan Parti Likud. Pada tahun 1948, Begin mengasaskan sebuah parti baru, yang bernama Herut (bererti kebebasan dalam bahasa Ibrani). Menachem Begin merupakan seseorang yang sering dikelilingi oleh rakan-rakannya dan pada masa itu menikmati sokongan kebanyakan ahli parti. Menacham Begin dan Ariel Sharon mengasaskan parti Likud ('perpaduan' dalam bahasa Ibrani) pada tahun 1973, dan dimasukkan Parti Liberal ataupun LA'A (singkatan Ibrani untuk Liberal Bebas). Pada tahun 1977 Menacham Begin mencapai kemuncak kerjaya politik beliau apabila beliau menjadi Perdana Menteri, mengetuai kerajaan Likud pertama, dan berjaya untuk memegang tampuk pemerintahan seterusnya selepas pilihan raya pada tahun 1981. Walau bagaimanapun, berikutan kematian isterinya dan khususnya apabila telah melihat akibat Perang Lubnan (1982-1985), beliau mengambil keputusan untuk melepaskan semua aktiviti politik dan bersara pada tahun 1983.

Penempatan radikal berkembang semasa tahun pemerintahan parti Likud lewat tahun 1970-an dan 1980-an. Walaupun terdapat waktu di mana kerajaan berpadu dengan Parti Buruh, tetapi selepas sahaja Perjanjian Oslo 1993, Parti Buruh termasuk di bawah Parti Likud. Kerajaan Buruh Post-Oslo berusaha untuk memberikan penyelesaian yang terbaik terhadap konflik yang berlaku di Palestin. Walau bagaimanapun, isu sempadan 1967 ini telah terlebih dahulu diambil tindakan oleh Israel untuk meletakkanya di bawah perjanjian damai. Ditambah pula dengan pendudukan tentera Israel di Palestin yang mendapat sokongan sekutu Israel iaitu Amerika Syarikat. Hal ini menyebabkan pemimpin Buruh gagal untuk menstruktur penyeleseaian yang terbaik bagi menjaga hak wilayah Gaza. Perjuangan Parti Buruh turut ditelakkan di bawah perjanjian damai walaupun kepentingan untuk Palestin adalah sedikit sahaja seperti beberapa penempatan blok Buruh diluaskan ke Tebing Barat, hal ini sekali gus mustahil untuk Palestin berdampingan dengan wilayah yang maju.

Penyelesaian masalah penempatan warga Palestin terus mempengaruhi kepentingan Israel kerana hal ini mengakibatkan pejuang anti-keganasan Palestin terus bangkit dan berjuang. Hal ini sudah pasti menyusahkan pentadbiran Israel. Bagi pemimpin-pemimpin Parti Likud ini, mereka membuat propaganda bahawa keganasan bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan perbalahan sebaliknya rundingan meja bulat yang perlu dilaksanakan. Propaganda ini jelas berbeza dengan sikap Israel yang sebenarnya merupakan pihak yang menyebabkan segala keganasan berlalu. Propaganda ini semata-mata agar mampu menawan pemikiran dan mengambil hati rakyat Palestin. Walau bagaimanapun, usaha mereka ini tetap sia-sia kerana jelas bahawa Israel bukanlah pihak yang tahu menggunakan rundingan melainkan hanya tahu berperang.

Tidak lama setelah tercetusnya Intifada disebabkan reaksi terhadap lawatan provokatif pemimpin Parti Likud, Ariel Sharon ke Masjid Al-Aqsa dan pembunuhan enam orang rakyat Palestin di Haram al-Syarif di Baitulmuqqaddis selepas itu, Barak (seorang pemimpin Israel) memuji Sharon atas jasa dan sumbangannya kepada keamanan. Usahanya untuk berganding bahu dengan Parti Likud pimpinan Sharon dalam kesatuan yang menjadi anganannya iaitu kerajaan bersatu kebangsaan mendedahkan tujuannya yang menghasut diadakan peperangan. Barak seterusnya beruasah ameyakinkan rakyat dari awal bahawa bahawa Sharon dan Likud adalah baik demi keamanan. Perakuan Barak ini kemudian dengan mudah digunakan oleh Sharon dalam kempen pilihanranya. Pujain Barak yang berlebih-lebihan terhadap Likud dan kononnya pencapaian yang bersejarah dan rujukan kepada sumbangan Sharon terhadap keamanan mengesahkan keraguan rakyat Palestin dan Arab mengenai kesudahan konflik secara aman. Sebarang kerajaan bersatu seumpama itu hanya boleh wujud sebagai kabinet perang, sedangkan ternyata tidak ada sebarang peperangan pun yang berlaku. Sebagaimana yang disebut oleh seorang pengulas aliran utama Israel, Menurut khabar angin di kalangan Puak Kiri Israel, Barak sudah pun memberi undi kepad Likud. Malah, walaupun selepas meletakkan jawatan dan meminta pilihan raya baru diadakan, Barak masih menyimpan idea untuk mewujdukan kerajaan bersatu kebangsaan dengan Parti Likud Pimpinan Sharon.

Parti Buruh diakhiri dengan mendakwa bahawa parti Likud bersaing dengan mereka bertujuan untuk mengabaikan Persetujuan Oslo sebagai asas untuk rundingan lanjut dengan Palestin. Apabila menimbangkan mengenai prospek untuk keamanan antara Israel dan Palestin, parti Buruh pastinya lebih munasabah dan lebih cenderung untuk mencapai penyelesaian dengan Palestin kerana melibatkan kompromi yang penting bagi kedua-dua belah pihak. Pemimpin parti buruh mempunyai rekod pencapaian keamanan yang kekal dan berjaya dengan jiran Israel, iaitu Mesir dan Jordan. Hal ini sekaligus sebenarnya mampu memberikan pembaharuan terhadap masalah sempadan di wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Walau bagaimanapun, kegagalan Oslo ini menyebabkan tiada sebarang kebaikan yang dapat dilihat.Berbeza dengan Parti Likud, yang sememangnya kurang berkemungkinan untuk berjaya mencapai keamanan dengan Palestin dan jiran-jiran negara Arab yang lain kerana sejak tertubuhnya parti ini, platform utama parti Likud adalah menyokong perluasan penempatan Yahudi di kawasan Palestin dan memberi komitmen untuk terus mengukuhkan dan membangunkan komuniti ini. Parti Likud mempunyai pendekatan yang sangat berbeza apabila berurusan dengan warga Palestin berbanding dengan Parti Buruh yang lebih munasabah dan sederhana. Menurut kepada platform Likud, parti Likud akan mendesak pihak berkuasa Palestin memulakan dasar berikut.1) hentikan peperangan pengganas2) menghentikan hasutan terhadap Syarikat Isreal (berikutan intifada yang memboikot produk Israel) 3) merampas senjata haram 4) Mengurangkan pengawalan oleh pihak polis PalestinPlatform parti Likud di atas secara terang-terangan menolak penubuhan negara Palestin. Sebaliknya, parti Likud mencadangkan bahawa Palestin boleh menjalankan kehidupan mereka dan bebas dalam rangka pemerintahan sendiri, tetapi bukan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Hal ini ditambah lagi dengan kenyataan bahawa dalam urusan hal ehwal luar negeri, keselamatan, imigresen, dan ekologi, aktiviti mereka hendaklah terhad selaras dengan kewujudan, keperluan dan keselamatan Israel. Parti Likud juga menegaskan bahawa Yerusalem mesti kekal, bersatu di bawah negara Israel dan hanya Isreal yang berhak untuk menjadikan sungai Jordan sebagai sempadan kekal timur negeri Israel. Antara pemimpin parti Likud yang terkenal ialah Yitzhak syamir, Benjamin Netanyahu dan Ariel Sharon.

Kebanyakan pemimpin parti Likud telah menjadi presiden sepanjang tempoh keganasan dan kegawatan. Pemimpin Likud munasabah dalam menuntut jaminan keselamatan dan pengiktirafan hak penuh untuk wujud sebagai sebuah negara Israel. Walau bagaimanapun, mereka juga mesti bersedia untuk membuat kompromi untuk mencapai keamanan. Ini termasuklah mengiktiraf perjanjian Oslo, yang telah ditandatangani di Washington D.C pada tahun 1993. Netanyahu dan Sharon enggan mengiktiraf perjanjian Oslo dan kedua-dua mereka telah bertungkus lumus untuk melemahkan perjanjian ini.

Pada tahun 1991, berikutan perang teluk Parsi, rundingan damai bermula di Madrid antara Israel, Palestin, Lubnan, Syria dan Jordan. Yitzhak Rabin yang merupakan Perdana Menteri Israel selama tempoh 1974-1977 dan sekali lagi pada tahun 1992 sehingga 1995. Pada tahun 1992, Rabin mengalahkan Shimon Peres untuk kepimpinan parti Buruh Israel dan kemudian dilantik semula sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun, Rabin kemudiannya diberi perlantikkan semula hanya sebagai menteri luar negeri. Sewaktu berada di sekolah tinggi, Rabin menyertai bahagian tentera Israel untuk membantu Israel mendapatkan kemerdekaan dari Britain. Dasar dan matlamat Rabin semasa pemerintahan 1992-1995 adalah termasuk menyediakan lebih banyak angkatan tentera Israel dari Lubnan, menandatangani perjanjian damai dengan Jordan, dan melibatkan diri dalam dialog formal dengan PLO.Rabin berkempen untuk dilantik pada bagi platform keamanan yang termasuk dalam perjanjian yang menyentuh mengenai autonomi Palestin. Rabin tidak berniat untuk menyelesaikan status akhir wilayah, bagaimanapun, beliau akan memulakan proses yang panjang untuk menyelesaikan pertikaian antara Palestin dan Israel.

Apabila datang kepada munculnya penguasaan parti Likud yang walaupun layak untuk mentadbir Tebing Barat dan Gaza namun komitmen mereka lebih kepada mengambil kesempatan terhadap dua kawasan tersebut. Ketika mmbentuk kerajaan pertama yang diketuai oleh Perdana Menteri Moshe Dayan, telah menetapkan melalui ikrar untuk tidak menggabungkan dua kawasan ini sebagai sebuah penempatan selagi ada rundingan mengenai isu wilayah. Hal ini merupakan sebuah komitmen peribadi dan tidak formal, yang tidak pun jelas sepenuhnya dalam penggubalan, tidak membentuk satu konsesi dan merupakan sebahagian daripada pemahaman bahawa kerajaan Begin perlu melibatkan diri dalam usaha untuk mencapai keamanan. Jaminan bertulis mengenai isu pengilhakan telah membuka jalan bagi keputusan untuk berpaling tadah dari parti Buruh dan menyertai kerajaan Likud Dayan. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk mendapatkan apa-apa komitmen lebih awal, Dayan telah berhenti daripada menyertai senarai Likud calon dalam pilihan raya 1977. Dayan juga telah membantah untuk mengembalikan Tebing Barat dan Gaza kepada kedaulatan asing, agar kedua-dua tempat ini mudah untuk digunakan oleh Israel. Dasar minimum mengenai isu kedaulatan di Tebing Barat dan Gaza membolehkan kerajaan Likud untuk berunding damai dengan Mesir. Malah, ia juga menjadi asas bagi kedudukan yang dipersetujui dalam parti Likud mengenai isu itu.

Refleksi kegagalan intifada dan perdamaian di sempadan sudah tentu dipersoalkan oleh Israel iaitu mengenai kapasiti untuk mengekalkan pendudukan oleh kuasa lama. Selain itu, intifada ini juga dianalisis melalui prospek integrasi iaitu berkenaan dengan jumlah rakyat Palestin yang terlibat. Apa yang lebih menarik bagi pihak Israel, intifada ini tidak sepenuhnya tidak boleh diterima termasuklah untuk pilihanraya parti Likud. Demonstrasi besar-besaran di Ashkelon dan insiden lain mengarahkan pekerja di syarikat Arab dikehendaki untuk mengabaikan penunjuk perasaan melampau di tempat awam. Kemunculan integrasi menyebabkan kebimbangan terhadap keganasan intifada (yang telah diperkukuh oleh perang berpanjangan) datang pada tempoh apabila harapan awal untuk kemasukan Yahudi secara besar-besaran, selepas perang 1967, telah digantikan pula dengan kebimbangan mengenai isu demografi; perubahan trend demografi dalam memihak kepada penduduk arab di Israel yang dikatakan lebih berhak kepada Palestin berbanding Israel terhadap Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Kadar kelahiran rendah dalam kalangan Yahudi di Israel, menyebabkan kadar imigrasi semakin berkurangan. Dicatatkan bahawa sehingga Dis 1989, apabila Yahudi mula datang dengan jumlah yang besar), dan penghijrahan meningkat dari Israel atas terma liberal demokratik, terus menghantui dan mengancam kedudukan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Apa yang dapat dianalisis mengenai keberkesanan parti Likud terhadap wilayah Tebing Barat dan Gaza adalah tidak berkesan sama sekali. Walaupun mereka datang dengan membawa cara untuk perdamaian dan kononnya melindungi kedua-dua wilayah ini, namun usaha mereka adalah tidak lain dan tidak bukan untuk kepentingan mereka sendiri. Inilah yang menyebabkan sehingga kehari ini, kedua-dua tempat tersebut semakin kacil sempadannya kerana ketamakan Israel. Yaffa Moshkovich. 2011. Changes in Likud Party organization an outcome of electoral victory in 1988 and electoral defeat in 1992: an Israeli case study. Routledge. 17 (4) : 583-603.

Myths and Facts About the Palestiinian-Israeli Conflict, A Guide to the Perplexed (atas talian) HYPERLINK "http://www.chicagopeacenow.org/MF_issue6_9-5-04.pdf" http://www.chicagopeacenow.org/MF_issue6_9-5-04.pdf. Dicetak 02 Oktober 2012.

Ibid.

Marwan Bishara. 2007. Palestin/Israel : Keamanan atau Aparteid: Pendudukan, Keganasan dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hlm 66-69.

Dennis Deeb II, Dennis J. Deeb. 2003. The Collapse of Middle East Peace: The Rise & Fall of the Oslo Peace Accords. United Stated: iUniverse. Hlm 9-12.

Ibid.

Robert O. Freedman. 1991. The Intifada: Its Impact on Israel, the Arab World, and the Superpower. United Stated: The Florida International Unversity Press. Hlm 313-316.

Ibid.