liga super dst 2015 dst super league 2015 …nfabd.org/schedules/downloads/rules and regulations...

9
1 | Page 1. NAMA 1.1 Liga ini dipanggil sebagai “LIGA SUPER DST 2015atau dalam bahasa Inggeris DST SUPER LEAGUE 20152. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 2.1 Liga ini adalah dianjurkan dan diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) 3. PENYERTAAN 3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah pasukan-pasukan yang bergabung dengan NFABD 4. YURAN PENDAFTARAN 4.1 Yuran Penyertaan adalah sebanyak BND$500.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja) dan dibayar dengan tunai semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Pasukan yang gagal untuk menjelaskan yuran penyertaan berkenaan adalah dikira menarik diri dari penyertaan. 4.2 Pasukan yang telah mensahkan penyertaan mereka dan tanpa sebarang sebab menarik diri akan diambil tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Penganjur dan denda sebanyak tidak kurang daripada $500.00 ( Ringgit BND : Lima Ratus Sahaja ). Pengurus dan pemain pemain dikenakan pengantungan daripada menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan persatuan yang diiktiraf oleh NFABD. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015

Upload: doanh

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015 …nfabd.org/schedules/downloads/Rules and Regulations 2015 Super... · 3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah

1 | P a g e

1. NAMA 1.1 Liga ini dipanggil sebagai “LIGA SUPER DST 2015” atau dalam bahasa Inggeris

“DST SUPER LEAGUE 2015” 2. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

2.1 Liga ini adalah dianjurkan dan diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara

Brunei Darussalam (NFABD) 3. PENYERTAAN 3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah pasukan-pasukan

yang bergabung dengan NFABD 4. YURAN PENDAFTARAN 4.1 Yuran Penyertaan adalah sebanyak BND$500.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja) dan

dibayar dengan tunai semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Pasukan yang gagal untuk menjelaskan yuran penyertaan berkenaan adalah dikira menarik diri dari penyertaan.

4.2 Pasukan yang telah mensahkan penyertaan mereka dan tanpa sebarang sebab menarik

diri akan diambil tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Penganjur dan denda sebanyak tidak kurang daripada $500.00 ( Ringgit BND : Lima Ratus Sahaja ). Pengurus dan pemain pemain dikenakan pengantungan daripada menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan persatuan yang diiktiraf oleh NFABD.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM

LIGA SUPER DST 2015

DST SUPER LEAGUE 2015

Page 2: LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015 …nfabd.org/schedules/downloads/Rules and Regulations 2015 Super... · 3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah

2 | P a g e

5. PIALA DAN HADIAH 5.1 Juara Liga akan menerima : 5.1.1 Sabuah Piala Pusingan 5.1.2 Sebuah Piala Iringan berserta 32 biji pingat emas

5.1.3 Wang Tunai

5.2 Naib Juara Liga akan menerima :

5.2.1 Sebuah Piala Iringan beserta 32 biji Pingat Perak

5.2.2 Wang Tunai

5.3 Wang Tunai kepada tempat Ke-3 beserta 32 biji Pingat Gangsa

5.4 Sebuah piala bagi “Top Scorer”

5.5 Sebuah piala bagi “Best Player”

5.6 Sebuah piala “Fair Play” akan dianugerahkan kepada pasukan yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan akan dipilih oleh Jawatankuasa Disiplin

6 FAIR PLAY

6.1 Fair Play hendaklah sentiasa diberi keutamaan disetiap perlawanan 7 PENDAFTARAN PEMAIN 7.1 Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftar atau menyenaraikan tidak melebihi dua

puluh lima (25) pemain dengan salinan kad pengenalan pemain 7.2 Keutamaan adalah bagi pemain-pemain yang bertaraf warganegara atau penduduk

tetap Negara Brunei Darussalam

7.3 Pemain-pemain yang memegang Kad Pengenalan Hijau adalah dibenarkan untuk didaftarkan untuk bermain. Pendaftaran adalah hanya untuk 1 orang pemain sahaja dan dibenarkan bermain

7.4 Setiap pasukan dimestikan untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya seorang (1)

pemain yang berumur dua puluh satu (21) tahun ke bawah dalam senarai kesebelasan pasukan (first eleven). Jika sekiranya pemain tersebut diganti, maka pemain yang menggantikannya hendaklah juga berumur 21 tahun ke bawah. Pasukan yang

menyenaraikan lebih dari 1 orang pemain bawah 21 tahun adalah digalakan

7.5 Senarai terkini dan muktamad pemain-pemain yang berdaftar hendaklah diserahkan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan

Page 3: LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015 …nfabd.org/schedules/downloads/Rules and Regulations 2015 Super... · 3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah

3 | P a g e

7.6 Pasukan adalah tidak dibenarkan untuk menambah atau menukar pemain setelah liga

berjalan tidak kira pasukannya sudah atau belum bermain. Akan tetapi pasukan yang belum mencukupi koata 25 orang pemain adalah dibenarkan untuk mendaftar tetapi hendaklah menyerahkah borang pemain yang dimasukan 1 MINGGU sebelum jadual perlawanan pasukan berkenaan bermain. BORANG PENDAFTARAN MASUK (PEMAIN BARU) YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DILAYAN

7.7 Seseorang pemain hanya dibenarkan untuk mewakili sebuah (1) pasukan sahaja

disepanjang musim liga

7.8 Senarai daftar pemain hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:-

7.8.1 Nama penuh pemain dan pegawai yang ditulis dengan huruf besar 7.8.2 Dua (2) keping gambar berukuran paspot setiap pemain dan pegawai yang diambil

pada tahun semasa

7.8.3 Tarikh lahir

7.8.4 Nombor kad pengenalan dan warna

7.8.5 Nombor jersi pemain

7.9 Pemain yang telah didaftarkan (warganegara dan penduduk tetap) untuk bermain hendaklah bersedia untuk dipanggil untuk menjalani latihan dan sekiranya terpilih bagi mewakili pasukan kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke kejohanan peringkat

serantau dan antarabangsa 7.10 Bilangan pemain yang mencukupi : 7.10.1 Setiap pasukan mestilah tidak kurang daripada 9 orang orang pemain sebelum

dimulakan ( kick off )

7.10.2 Setelah permainan dimulakan ( kick off ), mana mana pasukan yang kurang daripada 7 orang pemain , perlawanan tidak akan diteruskan dan pasukan berkenaan dengan sendirinya dikira kalah.

8 PENGANTIAN PEMAIN (SUBSTITUTIONS) 8.1 Tidak lebih daripada 3 orang penganti daripada pemain simpanan yang diseneraikan

didalam borang pemain ( Start List ) pada setiap kali perlawanan. 8.2 Pemain yang telah diganti tidak boleh masuk semula untuk bermain.

9. INSURANS PEMAIN 9.1 Setiap pasukan adalah dikehendaki untuk mengambil INSURANS BERKELOMPOK untuk melindungi pemain

Page 4: LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015 …nfabd.org/schedules/downloads/Rules and Regulations 2015 Super... · 3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah

4 | P a g e

9.2 Pemain-pemain dikehendaki untuk menghadapkan MEDICAL CERTIFICATE yang dikeluarkan oleh hospital kerajaan 10. PEGAWAI PASUKAN 10.1 Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftar seramai maksimum tujuh (7) orang

pegawai. Hanya lima (5) orang pegawai sahaja dari senarai berkenaan dibenarkan untuk duduk di bangku simpanan pemain bersama tujuh (7) orang pemain simpanan

(jumlah 12 orang sahaja). Senarai pegawai pasukan ialah:-

10.1.1 Pengurus Pasukan 10.1.2 Penolong Pengurus Pasukan 10.1.3 Ketua Jurulatih 10.1.4 Penolong Jurulatih I 10.1.5 Penolong Jurulatih II 10.1.6 Pegawai Perubatan 10.1.7 Pegawai Kelengkapan Pasukan

10.2 Pegawai pasukan hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan memakai kasut. Pemakaian selipar atau sandal adalah ditegah sama sekali

10.3 Jika didapati ada pegawai pasukan yang tidak mematuhi peraturan ini akan diarahkan

untuk meninggalkan bangku simpanan pemain.

11. WARNA DAN NOMBOR JERSI PEMAIN

11.1 Setiap pasukan hendaklah menyatakan warna jersi utama dan kedua (warna jersi kedua hendaklah berlainan warna dengan jersi utama) dan pasukan adalah berhak untuk mengguakannya disepanjang liga. Untuk memastikan warna jersi kedua-dua pasukan yang akan berlawan tidak sama, Penyelaras Perlawanan akan mempastikannya sebelum setiap perlawanan berjalan 11.2 Setiap pasukan adalah dinasihatkan untuk membawa satu set jersi kedua di setiap perlawanan. Jika sekiranya pada pendapat pengadil warna kedua-dua pasukan adalah sama, maka pasukan yang disenaraikan sebagai pasukan pelawat adalah dikehendaki untuk menukar jersi pasukan mereka

11.3 Penjaga gol kedua-dua pasukan hendaklah memakai jersi yang berlainan warna dengan pasukan sendiri atau pihak lawan. Nombor penjaga gol hendaklah sama seperti yang didaftarkan sebelumnya

11.4 Pemain yang berdaftar hendaklah memakai nombor pada jersi mereka (di hadapan dan di belakang) dan seluar. Nombor hendaklah berlainan warna dan jelas dan hendaklah

setinggi 25cm di belakang dan 10cm tinggi di hadapan, manakala nombor di seluar pula pula hgendaklah 10cm tinggi di hadapan sebelah kanan bawah. Jika sekiranya didapati pemain memakai nombor yang berlainan selain daripada nombor yang telah didaftarkan akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk denda

Page 5: LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015 …nfabd.org/schedules/downloads/Rules and Regulations 2015 Super... · 3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah

5 | P a g e

11.5 Nombor jersi hendaklah dari angka 1 hingga 25 sahaja

11.6 Logo pasukan adalah dibenarkan untuk dipakai pada jersi pemain. Jika sekiranya pasukan ditaja oleh sesebuah syarikat, logo syarikat tersebut bolehlah dipakai 11.7 Jenis kain jersi hendaklah mengikut piawaian yang dibenarkan

12. UNDANG-UNDANG PERMAINAN (LAWS OF THE GAME) 12.1 Setiap permainan adalah mengikut Undang-Undang Permainan (Laws of the Game) yang disediakan oleh International Football Association Board (IFAB) dan diwartakan oleh FIFA 13. BENTUK / FORMAT LIGA

13.1 Liga ini akan dijalankan secara liga dua (2) pusingan

13.2 Pemberian mata adalah seperti berikut:-

13.2.1 Menang = 3 mata 13.2.2 Seri = 1 mata 13.2.3 kalah = 0 mata

13.3 Kedudukan pasukan dalam carta adalah mengikut pungutan mata keseluruhan

13.4 Jika dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah pungutan mata keseluruhan yang sama, maka kedudukan pasukan dalam carta akan ditentukan melalui kaedah:-

13.4.1 Perbezaan jumlah gol keseluruhan perlawanan 13.4.2 Jumlah jaringan keseluruhan 13.4.3 Keputusan perlawanan antara pasukan yang terlibat 13.4.5 Jika masih seri, maka Jawatankuasa tertinggi penganjur akan menentukan cara lain yang difikirkan sesuai untuk membuat keputusan dan semua keputusan yang dibuat adalah muktamat

13.5 Tidak ada masa tambahan permainan semasa pusingan liga 14. MASA PERMAINAN 14.1 Masa permainan adalah selama sembilan puluh (90) minit, terbahagi kepada dua (2) separuh masa, di mana setiap separuh masa adalah selama empat puluh lima (45) minit dengan masa rehat selama limabelas (15 minit). Masa rehat boleh dilanjutkan atas budi

bicara Pengadil 15. PENGADIL, PEMBANTU PENGADIL DAN PEGAWAI KEEMPAT

Page 6: LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015 …nfabd.org/schedules/downloads/Rules and Regulations 2015 Super... · 3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah

6 | P a g e

15.1 Semua Pengadil, Pembantu Pengadil dan Pegawai Ke-4 akan dilantik oleh NFABD atas cadangan Persatuan Pengadil Bolasepak Negara Brunei Darussalam 16. LAPORAN PENGADIL 16.1 Laporan pengadil hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan dan laporan tersebut hendaklah sampai kepada Setiausaha Perlawanan atau wakil tidak lewat daripada tiga (3) jam setelah selesai setiap perlawanan

17. PEMAIN-PEMAIN YANG DIBERIKAN AMARAN ATAU DIBUANG PADANG 17.1 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan yang berlainan akan secara otomatik digantung sebanyak satu (1) perlawanan berikutnya 17.2 Mana mana pemain yang diperintah keluar padang ( red card ) oleh pengadil dengan sendirinya digantung daripada bermain bagi 2 perlawanan berikutnya. Kesnya juga akan dihadapkan kepada Ahli Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya.

17.3 Mana mana pemain yang diperintah keluar padang ( red card ) kerana menerima amaran bertulis ( yellow card ) kali kedua oleh pengadil perlawanan dalam perlawanan yang sama, dengan sendirinya digantung 1 perlawanan pada perlawanan berikutnya.

17.4 Tindakan-tindakan disiplin juga dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin jika sekiranya pemain menerima lebih daripada satu (1) kad merah

17.5 Penggantungan pemain adalah juga digunapakai jika pemain tersebut bermain dalam

Kejohanan Piala FA NFABD 2015

18. JAWATANKUASA DISIPLIN 18.1 Jawatankuasa Disiplin hendaklah terdiri daripada seorang (1) Pengerusi dan empat (4) orang ahli 18.2 Pengerusi hendaklah terdiri Ahli jawatankuasa penganjur dan 4 orang ahli terdiri daripada pengurus pengurus pasukan yang mengambil bahagian.

18.3 Jawatankuasa Disiplin hendaklah bersidang dalam masa empat puluh lapan (48) jam sebaik baik sahaja laporan diterima.

18.4 Jawatankuasa Disiplin adalah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:-

18.4.1 Kes-kes pemain yang diperintah keluar padang

18.4.2 Sebarang salah laku oleh mana mana pegawai atau pemain yang telah dibawa

kepada perhatian Jawatankuasa Tatatertib

18.4.3 Mana-mana aduan atau bantahan secara bertulis yang dihadapkan oleh pengurus atau pegawai pasukan yang mengambil bahagian

Page 7: LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015 …nfabd.org/schedules/downloads/Rules and Regulations 2015 Super... · 3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah

7 | P a g e

18.4.4 Bertanggungjawab untuk menggantung sementara atau seterusnya pemain berkenaan daripada mengambil bahagian dalam liga

18.4.5 Kes-kes disiplin dan tatatertib yang memerlukan tindakan

18.4.6 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin dalam persoalan fakta adalah muktamad dan tidak boleh dirayu, dicabar secara perundangan atau sebagainya

19. JAWATANKUASA PENGANJUR 19.1 Jawatankuasa Penganjur hendaklah terdiri daripada seorang (1) Pengerusi dan ahli Jawatakuasa Kerja yang lain

19.2 Semua keputusan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad 19.3 Jawatankuasa Penganjur adalah bertanggungjawab terhadap:-

19.3.1 Jadual perlawanan, termasuk tarikh, padang dan masa perlawanan

19.3.2 Memastikan semua perlawanan adalah dimainkan mengikut Undang-Undang Permainan (Laws of the Game) dan pasukan-pasukan msetilah mematuhinya

19.3.3 Mengambil tindakan tatatertib melalui Jawatankuasa Disiplin, termasuk mengenakan denda dan/atau penalti, mengikut peraturan liga dan Article 57 (Disiplinary Measures) Perlembagaan FIFA, melainkan perkara yang dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin mengikut peraturan ini 20. JAWATANKUASA RAYUAN 20.1 Jawatankuasa Penganjur akan melantik Jawatankuasa Rayuan yang mengandungi seorang (1) Pengerusi dan dua (2) oprang ahli. Jawatankuasa Rayuan mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin, dan juga terhadap rayuan dan bantahan dan lain-lain yang melibatkan liga

20.2 Setiap ahli Jawatankuasa Rayuan hendaklahlahi daripada Jawatankuasa Penganjur atau Jawatankuasa Disiplin 21. REFEREE ASSESSOR 21.1 Referee assessor akan dilantik oleh NFABD bagi setiap perlawanan

22. PERPINDAHAN PEMAIN ( TRANFER WINDOW ) 22.1 Pendaftaran pemain pemain bagi musim 2015 bermula pada 15 Januari 2015

Page 8: LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015 …nfabd.org/schedules/downloads/Rules and Regulations 2015 Super... · 3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah

8 | P a g e

hingga 23 Januari 2015.Pemain pemain adalah dibukakan untuk mendaftar dimana mana kelab Liga Super dan Liga Perdana dengan mengisikan borang borang perpindahan yang disediakan oleh NFABD. 22.2 Perpindahan pemain pemain ( Tranfer Window ) akan dibukakan pada 1 April 2015 hingga 14 April 2015.Pihak NFABD akan menyediakan borang borang untuk ditandatangani oleh Pengurus Pasukan/Kelab dan Pemain yang terlibat.

23. JURULATIH Setiap pasukan yang menyertai liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Sumbangsih 2015 ada dikehendaki mempunyai Jurulatih yang memiliki lisen ‘ C “ yang diiktiraf oleh AFC dan NFABD 24. KESELAMATAN 24.1 Jawatankuasa Penganjur akan memastikan bahawa aspek-aspek keselamatan akan sentiasa dipantau di dalam dan luar padang permainan 24.2 Setiap pasukan adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan dan disiplin setiap pemain, pegawai dan penyokong pasukan mereka 25. KEJOHANAN LUAR NEGARA

Juara Liga Super akan mewakili Negara Brunei Darussalam dalam kejohanan kelab AFC ianya tertakluk kepada Syarat Syarat yang dikeluarkan oleh AFC. Hanya Juara Liga Super

akan mewakili Negara ini ke kejohanan tersebut jika Juara Liga Super tidak dapat mewakili Negara ini maka Naib Juara akan menjadi wakil Negara jika Naib Juara tidak mewakili maka pasukan tempat yang ketiga akan menjadi wakil Negara ini.

26. BANTAHAN 26.1 Setiap bantahan mestilah dibuat secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam Jawatankuasa Penganjur tidak lewat daripada duabelas (12) jam selepas selesai perlawanan dengan disertakan dengan wang cagaran sebanyak BND$700.00 (Ringgit: Tujuh Ratus Sahaja). Bantahan yang lewat diterima tidak akan dilayan. 26.2 Bantahan tidak boleh dibuat keatas keputusan –keputusan yang dibuat oleh pengadil tentang fakta yang berkaitan dengan permainan ( Point of facts of the game ). Keputusan pegawai perlawanan adalah muktamad 30. PENARIKAN DIRI, WALKOVERS DAN PEMBERHENTIAN PERLAWANAN 31.1 Setiap pasukan dikehendaki untuk bermain dan menghabiskan setiap perlawanan

seperti dalam jadual 31.2 Jika, disebabkan oleh kesalahan salah satu pasukan, sesuatu perlawanan tidak dapat

dijalankan atau dimainkan secara keseluruhan, Jawatankuasa Penganjur akan

Page 9: LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015 …nfabd.org/schedules/downloads/Rules and Regulations 2015 Super... · 3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah

9 | P a g e

memutuskan perlawanan tersebut batal dengan memberikan kemenangan kepada pasukan lawannya dan diberikan tiga (3) mata bersama jaringan 3 – 0, atau lebih, jika pasukan lawannya telah menjaringkan lebih gol

32. INTERPRETASI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 32.1 Interpretasi peraturan dan undang-undang dan juga semua perkara yang tidak

terkandung dalam peraturan ini akan ditetapkan oleh Pihak Penganjur dengan merujuk kepada NFABD di mana keputusannya adalah muktamad

33. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK TERKANDUNG 33.1 Dalam perkara ketidak setujuan dalam interpretasi peraturan dan undang-undang ini,

Jawatankuasa Penganjur akan menjadi badan pemutus dalam semua aspek peraturan teknikal