lencana ahli olahraga

8
VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAM T2 MT2 LE NCANA AHLI OLAHRAGA Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan. Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap - Lencana Usaha, Pengakap itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan. Salah satu daripadanya ialah Lencana Ahli Olahraga. SEJARAH OLAHRAGA Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap 1

Upload: velmurugan-subramaniam

Post on 15-Nov-2015

379 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Tugasan Pengakap

TRANSCRIPT

VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAMT2 MT2LENCANA AHLI OLAHRAGA

Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap - Lencana Usaha, Pengakap itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan. Salah satu daripadanya ialah Lencana Ahli Olahraga.SEJARAH OLAHRAGASejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama.Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan di kalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.PERALATAN UNTUK OLAHRAGADahulunya soal peralatan tidak begitu di ambil kira oleh para olahragawan. Mereka memakai kasut biasa, dan ada kalanya berlari berkaki ayam, selain memakai seluar pendek dan baju-T atau singlet. Apabila terciptanya kasut lari (spikes) pada penghujung abad ke-19, spikes terus menjadi peralatan penting para pelari acara pecut sehingga para pelari merasakan spikes adalah suatu yang penting bagi mereka. Umumnya dalam sukan olahraga, terutamanya dalam acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan selain spikes ini.1. Kasut

Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung pada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang ringan.

2. Blok permulaan

Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini, tetapi bagi kebanyakan pelari blok ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.3. Pakaian sukan

Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu mengenakan pakaian yang sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan terbesar dunia, para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu. Bagaimanapun, setiap peserta dibolehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan pasukan mereka. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca televisyen tidak lama dahulu, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai oleh para olahragawan lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak mengganggu pergerakan dan larian mereka.

4. Peralatan sampinganSetiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin ada di kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting, namun sebagai olahragawan, sesuatu yang mempunyai kaitan dengan mereka hendaklah diberi perhatian. Bagi peralatan ini pula harus mengandungi barangan seperti berikut :a. Tuala

b. Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol minuman dan sebagainya.

c. Seluar pendek dan singlet (sebaik-baiknya dua pasang)

d. Kasut jogging dan kasut berlari (spikes)

e. Jam randik (stop-watch) atau pita pengukur

f. Barangan lain yang difikirkan perlu

TUGASAN YANG PERLU DISIAPKAN UNTUK MEMPEROLEHI LENCANA

- Mengetahui peranan MSSD,MSSM,SUKMA,MSN.- Melakukan 6 jenis latihan kesegaran tubuh badan.- Menyediakan buku skrap mengenai perkembangan sukan peringkat Daerah dan Negeri.- Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan.- Mengambil bahagian dalam acara-acara berikut:-

JENIS-JENIS ACARA DALAM OLAHRAGASukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakkan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat sekurang-kurangnya 11 orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertaruhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga. Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara ini. Kebanyakkan atlit lebih suka mengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa. Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan hanya mengambil bahagian dalam satu atau dua acara. Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan di peringkat antarabangsa, dan juga kebangsaan adalah seperti berikut :

CIRI-CIRI SEORANG AHLI OLAHRAGA DALAM PENGAKAP Berdisiplin tinggi Semangat untuk bertanding Berperibadi mulia dan dihormati Mempunyai semangat berpasukan Bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah Penyabar dan bertimbang rasa1