lee siew le - universiti malaysia sarawak

24

Upload: others

Post on 29-Nov-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak
Page 2: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

Pusat Khidmat Makiumat Akademik UNtERST111V1AI. AYSIA SARAWAK

PROMOSI PELANCONGAN DALAM NEGARA: SATU TINJAUAN SIKAP DI KALANGAN MASYARAKAT CINA BANDARAYA

KUCHING, SARAWAK P. KNIDMAT MAKWMAT AKADtMIK

111111111millill

1000248011

LEE SIEW LE

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada

syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Kajian Komunikasi (SmSS)

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Page 3: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

Dedikasi khas untuk kedua-dua ibubapa yang tersayang,

Terima kasih atas segala-galanya, didikan dan kasih sayang yang telah dicurahkan selama ini.

11

Page 4: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof Datin Sharifah Mariam Syed Mansor, selaku bekas Ketua Program Kajian Komunikasi dan bekas penyelia untuk penulisan latihan ilmiah ini. Segala tunjuk ajar beliau di sepanjang kajian ini amatlah dihargai dan akan dijadikan pedoman untuk penulisan akademik pada masa hadapan.

Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Encik Nielson Ilan Marsat, pensyarah Fakulti Sains Sosial, yang pernah memberi komen dan cadangan bagi memperbaiki lagi penulisan latihan ilmiah ini.

Selain itu, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Prof Dr Shawaluddin Anis, selaku penyelia penulisan latihan ilmiah ini. Tanpa bimbingan beliau, saya tidak akan berjaya menghabiskan penulisan ini.

Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada Dr Samsudin Abdul Rahim, Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana memberikan kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan perpustakaan Jabatan Komunikasi.

Penghargaan turut ditujukan kepada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM); Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIMAS; Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM dan Perpustakaan Jabatan Komunikasi Fakulti Sains Kemasyarakatan UKM kerana memberikan bantuan dari segi membenarkan saya membuat rujukan di pusat masing-masing.

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih disalurkan kepada semua ahli keluarga saya di Melaka atas sokongan moral dan motivasi yang diberikan di sepanjang penulisan latihan ilmiah ini.

Kepada kawan-kawan sekampus clan kawan-kawan di Semenanjung Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala bantuan yang disalurkan sama ada secara langsung atau pun tidak untuk penulisan latihan ilmiah ini.

Lee Siew Le Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial

iii

Page 5: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

ABSTRAK

Kajian im membabitkan tinjauan ke atas keberkesanan promosi pelancongan dalam negara yang dilakukan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) di kalangan masyarakat Cina bandaraya Kuching. Untuk kajian ini, keberkesanan adalah dilihat dari segi kognitif (pengetahuan), afektif (minat) dan konatif (tindakan). Kajian yang dilakukan di sekitar bandaraya Kuching ini membabitkan seramai 135 orang responden yang dipilih melalui persampelan rawak bertujuan. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Sebanyak enam andaian dibentuk dan diuji dengan menggunakan ujian khi kuasa dua. Hasil kajian, menunjukkan promosi pelancongan dalam negara berjaya membentuk pengetahuan, minat dan tindakan responden untuk melancong dalam negara. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa media elektronik (televisyen) adalah berkesan untuk menyampaikan pengetahuan promosi pelancongan dalam negara dan ia banyak dirujuk oleh responden untuk mendapatkan maklumat lanjut.

iv

Page 6: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

ABSTRACT

This research involved a survey about the effectiveness of the tourism promotion in the country by the Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). The survey was carried ' out among the chinese community of Kuching city. The effectiveness is measured by looking into the cognitive (knowledge), affective (interest) and conative (action). A total of 135 respondents were chosen using the purposive sampling method. A set of questionnaire was designed for the data collection. Data collected were analysed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) and six assumptions made were tested using the chi square. Findings revealed that the tourism promotion in the country has managed to develop knowledge, interest and actions among the chinese community of Kuching city to travel in the country. Findings also showed that electronic media (television) is effective to deliver knowledge about tourism promotion and it also acts as a media source for the respondents to get more information about tourism promotion in the country.

V

Page 7: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

SENARAI JADUAL

Jadual 1 Taburan Ciri-Ciri Demografi Responden ................................. 39

Jadual 2 Taburan Pendedahan Responden Kepada Media Massa ................ 42

Jadual 3 Taburan Penerimaan Maklumat Promosi Pelancongan Dalam Negara Melalui Media Massa ............................................... 44

Jadual 4 Taburan Pencarian Maklumat Lanjut Promosi Pelancongan Dalam Negara ............................................................................

46

Jadual 5 Taburan Keberkesanan Media Massa Dalam Penyebaran Maklumat Pelancongan Dalam Negara (Pendapat) . ..... ................ 49

Jadual 6 Taburan Jenis-Jenis Pelancongan Yang Diminati ....................... 50

Jadual 7 Taburan Silang Pendapatan dengan Pengetahuan Promosi Pelancongan Dalam Negara ......... ........................ ............... 52

Jadual 8 Taburan Silang Pendidikan dengan Pengetahuan Promosi Pelancongan Dalam Negara ................................................ 53

Jadual 9 Taburan Silang Pendapatan dengan Minat Melancong Dalam Negara ......................................................................... 55

Jadual 10 Taburan Silang Pendidikan dengan Minat Melancong Dalam Negara ......................................................................... 56

Jadual 11 Taburan Silang Pendapatan dengan Tindakan Melancong Dalam Negara ............................................................................ 58

Jadual 12 Taburan Silang Pendidikan dengan Tindakan Melancong Dalam Negara ............................................................................ 59

Jadual 13 Taburan Silang Pendedahan Sumber Maklumat dengan Pengetahuan Promosi Pelancongan Dalam Negara ... . ..... ............. 61

Jadual 14 Taburan Silang Pendedahan Sumber Maklumat dengan Minat Melancong Dalam Negara ... . ..... ... ..... ....... ...... ........ ............. 63

Jadual 15 Taburan Silang Pendedahan Sumber Makiumat dengan Tindakan Melancong Dalam Negara . ..... ...... ..... .... .... ............................. 66

vi

Page 8: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

SENARAI GAMBARAJAH

Gambarajah 1 Model Pembentukan Sikap Fishbein & Ajzen 26

vii

Page 9: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

Pusat Khidmat Maldaetat Akademik L1IVtVERSTTi MALAYSIA SARAWAK

KANDUNGAN

DEDIKASI ................................................................... ii

PENGHARGAAN .......................................................... iii

ABSTRAK ................................................................... iv

ABSTRACT ................................................................. v

SENARAI JADUAL ....................................................... vi

SENARAI GAMBARAJAH .............................................. vii

BAB I .......................................................................... 1

PENDAHULUAN ........................................................... 1 Pengenalan .............................................................. 1 Industri Pelancongan Di Malaysia ................................... 3 Industri Pelancongan Dalam Negara ... ..... ............. ....... ..... 4 Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM)

.......... 8 Permasalahan Kajian ................................................... 11 Kepentingan Kajian .................................................... 12 Obj ektif Kaj ian ......................................................... 14 Andaian-Andaian Kajian .............................................. 15 Skop Kaj ian .................. ........................................... 16 Definisi Konsep ........................................ :................

Pelancongan ..................................................... 17 Promosi .......................................................... 18 Masyarakat Cina ................................................ 20 Pendapatan ...................................................... 20 Pendidikan ...................................................... 20 Sumber Maklumat . ....... .................... . ......... . .... . .. 20

Page 10: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

BAB II ........................................................................ 21

RESENSI PEMBACAAN ................................................. 21 Pengenalan .............................................................. 21 Kerangka Teori .............. ........ ... .............. ........... ..... .. 21 Teori Sikap - Fishbein & Ajzen (1975) ............................. 23 Kajian Lepas ............................................................. 27

BAB III ........................................................................ 30

METODOLOGI KAJIAN ................................................ 30 Pengenalan .............................................................. 30 Rekabentuk Kajian ................................. .................... 30 Kaedah Pengumpulan Data ..................... ... . ............. ..... 31 Persampelan ............................................................ 33 Kawasan Kajian ........................................................ 34 Ujian Awalan ........................................................... 34 Kaedah Penganalisaan Data .......................................... 35

BAB IV ........................................................................ 36

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN ............................ 36 Pengenalan .............................................................. 36 Penganalisaan Data

A. Ciri-Ciri Demografi ......................................... 37 B. Pendedahan Responden kepada Media Massa ..... . .... 40 C. Penerimaan Maklumat Promosi Pelancongan Dalam

Negara Melalui Media Massa .... ........ ..... .... . ....... 42 D. Pencarian Maklumat Lanjut Promosi Pelancongan

Dalam Negara .... .... . .... .......... ........ . ... . .... ....... 45 E. Keberkesanan Media Massa dalam Penyebaran

Maklumat Pelancongan Dalam Negara (Pendapat) . .... 47

F. Halangan-Halangan Aktiviti Melancong Dalam Negara ......................................................... 50

G. Jenis-Jenis Tempat Pelancongan yang Diminati ........ 50 H. Pengujian Andaian-Andaian Kajian ...................... 51

Page 11: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

BAB V .......................................................................... 67

KESIMPULAN DAN CADANGAN .................................... 67 Pengenalan .............................................................. 67 Kesimpulan Kajian

A. Ciri-Ciri Profil Responden ................................. 67 B. Pengetahuan Promosi Pelancongan Dalam Negara .... 68 C. Minat Melancong Dalam Negara ...... .... .......... . .... 70 D. Tindakan Untuk Melancong Dalam Negara ..... ..... .. 71

Masalah Kaj ian ......................................................... 73 Cadangan ................................................................. 74

LAMPIRAN ................................................................. 75 LAMPIRAN 1: Struktur Organisasi Pelancongan Malaysia ..... 75 LAMPIRAN 2a: Penduduk Mengikut Daerah dan Kumpulan

Etnik 1980 - Sarawak .............................. 76 LAMPIRAN 2b: Taburan Penduduk Cina Mengikut Daerah

dan Kumpulan Loghat 1980 - Sarawak .......... 77 LAMPIRAN 2c: Pendapatan Purata Kasar Bulanan Isi Rumah

Mengikut Kumpulan Etnik - Sarawak, 1984, 1987 dan 1989 (Harga Semasa)

.................. 78 LAMPIRAN 2d: Bilangan Isi Rumah dan Penduduk Mengikut

Daerah Pentadbiran dan Strata - Sarawak 1991 79 LAMPIRAN 2e: Penduduk, Taburan Penduduk dan Kepadatan

Penduduk Mengikut Daerah - Sarawak, 1980 & 1991 ............................................... 80

LAMPIRAN 3: Borang Soal Selidik ................................. 81 LAMPIRAN 4: Questionnaire ......... ...... .......... .... ........ ... 90

BIBLIOGRAFI ............................................................. 99

Page 12: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

BAB I

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Sektor pelancongan memainkan peranan penting sebagai salah satu

penyumbang sumber ekonomi negara Malaysia. la telah menjadi perolehan

pertukaran wang asing yang ketiga penting selepas perkilangan clan petroleum mentah

(NST 14 April 1992: 10). Malah, kepentingan pelancongan masih berterusan

sehingga kini.

Di bawah Belanjawan 1997, sejumlah RM294.5 juta diperuntukkan kepada

sektor pelancongan, di antaranya untuk penyediaan hotel kos murah, peningkatan

kemudahan rumah-rumah rehat dan aktiviti promosi pelancongan (Berita Harian 26

Okt 1996: 11). Peruntukan sebegini menunjukkan bahawa sektor pelancongan tidak

diabaikan, lebih-lebih lagi ketika menjelangnya tahun 1998 iaitu Sukan Komanwel

yang mana Malaysia merupakan tuan rumah.

Sektor pelancongan merupakan satu langkah kerajaan bagi mempelbagaikan

sektor ekonomi negara. Ini adalah akibat daripada pengalaman kemelesetan ekonomi

dunia pada awal tahun 1980an. Dikatakan demikian kerana semenjak Malaysia

memperolehi kemerdekaan, ia telah bergantung sepenuhnya kepada komoditi utama

pasaran antarabangsa seperti bijih timah dan getah, yang mana ia rata-rata dipengaruhi

oleh iklim ekonomi dunia. Oleh itu, semasa kemelesetan ekonomi, kedua-dua

I

Page 13: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

2

mengakibatkan ekonomi negara mengalami kemelesetan dahsyat yang berterusan.

Justeru itu, sektor pelancongan di samping sektor-sektor lain seperti perkilangan dan

pembinaan diwujudkan bagi mempelbagaikan ekonomi negara.

Malaysia yang terdiri daripada 13 buah negeri dan dua buah Wilayah

Persekutuan mempunyai banyak sumber pelancongan yang boleh ditawarkan kepada

penduduk tempatan dan penduduk luar negara. Kepelbagaian kebudayaan unik setiap

negeri berserta dengan tempat-tempat riadah yang dipenuhi dengan kehijauan

semulajadi merupakan daya penarik utama pelancong tempatan mahupun

antarabangsa. Malah, kerjasama antara setiap negeri dan persekutuan telah membawa

kepada penemuan tempat-tempat (produk pelancongan) baru untuk dijadikan sebagai

tempat penarikan pelancongan, misalannya, Tasik Pedu di Kedah. Melalui cara ini,

sektor pelancongan adalah berperanan sebagai penggerak pembangunan wilayah.

Selain daripada menjadi penggerak pembangunan wilayah, sektor pelancongan

juga memberi kesan tidak langsung kepada industri sampingan yang menyokongnya.

Industri sampingan adalah seperti industri perhotelan, industri pengangkutan yang

merangkumi perkhidmatan bas persiaran, keretapi, kereta sewa dan perkhidmatan

penerbangan, industri agensi pelancongan, industri kraftangan seperti batik dan

songket, industri makanan/minuman, industri binaan dan reka bentuk dataran, dan

sebagainya. Industri-industri sampingan ini turut menyumbang kepada Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK).

Page 14: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

3

INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA

Peranan clan sumbangan industri pelancongan mulai menyerlah

kepentingannya semasa Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985). Dikatakan

demikian kerana pada tahun 1985, bilangan pelancong asing telah meningkat kepada

2,933,271 berbanding 2,067,020 pada tahun 1980 (Tan, B. K. Sesi 1990/1991: 3).

Peningkatan sebanyak 41.9% merupakan tanda-tanda awalan akan sumbangan sektor

pelancongan yang amat menggalakkan.

Hasil daripada kempen Tahun Melawat Malaysia 1990 pula, bilangan

pelancong telah meningkat sebanyak 55.5% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah

pelancong di Semenanjung Malaysia adalah 7.09 juta pada 1990 berbanding 4.5 juta

pada tahun 1989. Ketibaan pelancong ke Semenanjung Malaysia dari 1985 hingga

1989 telah meningkat sebanyak 6.2% iaitu daripada 3.11 juta iaitu kepada 3.95 juta

(Yussoff, M. M. 1992: 88).

Hasil dapatan sektor pelancongan yang dipungut juga semakin meningkat dari

tahun ke tahun. Misalannya, hanya sebanyak RM389.5 juta telah dikutip pada tahun

1975 tetapi sebanyak RM618.9 juta dan RMI, 412.4 juta telah dikutip dalam tahun

1980 dan 1985 (Tan, B. K. Sesi 1990/1991: 3). Di sepanjang tahun 1990 pula,

pendapatan sebanyak RM4.4 bilion telah berjaya dipungut. Bagi tahun 1995 pula,

pendapatan daripada 7.5 juta pelancong asing yang datang ke Malaysia, telah

menghasilkan sebanyak RM9.9 bilion (Berita Harian 26 Okt 1996: 11).

Page 15: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

4

Tukaran matawang asing turnt mengalami peningkatan yang amat

menggalakkan. Menerusi Rancangan Malaysia Keempat, perolehan pertukaran asing

yang dipungut dari pelancongan telah meningkat pada kadar 19.4% setahun. Pada

tahun 1980, sebanyak RM713 juta pertukaran asing telah dipungut dan nilai ini

meningkat kepada RM1,730 juta pada tahun 1985.

INDUSTRI PELANCONGAN DALAM NEGARA

Sumbangan sektor pelancongan kepada satu-satu negara tidak sahaja tertumpu

kepada pelancongan luar negara. Pelancongan dalam negara juga memberi kesan

penting kepada ekonomi sesebuah negara (Adnan, M. A. & Zin, A. M. 1994: 143).

Salah satu sumbangan sektor pelancongan dalam negara kepada ekonomi negara

selain sumbangan langsung kepada KDNK ialah dari aspek penciptaan peluang

pekerjaan. Menerusi perhotelan misalannya, sektor pelancongan telah berjaya

mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Peningkatan sebanyak 14,790

pekerjaan langsung ditawarkan dalam industri perhotelan iaitu 39,960 pada tahun

1990 berbanding 25,170 pada tahun 1985 (Sixth Malaysia Plan 1991-1995,1991:

236). Bilangan agensi pelancongan berdaftar pula telah meningkat dari 611 pada

tahun 1985 kepada 1,545 pada tahun 1990 (Sixth Malaysia Plan 1991-1995,1991:

236). Ini secara langsung menyediakan pekerjaan seperti pemandu pelancong, kerani,

jurutaip dan sebagainya.

Page 16: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

Pusat Khidmxt MaldumatAJcadesUtlc UNIVERSITI MAI. AYSIA SARAwAK

Namun, menurut Tan, B. K. (Sesi 1990/1991: 5), industri pelancongan dalam

negara kurang mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Promosi pelancongan

lebih giat dilaksanakan untuk luar negara melalui penghantaran wakil-wakil ke luar

negara serta jemputan wartawan luar negara ke Malaysia bagi menulis rencana-

rencana ataupun dokumentari berbanding promosi pelancongan dalam negara. Di

samping itu, kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Keempat turnt

menunjukkan bahawa jurang pendapatan yang diperolehi daripada pelancongan dalam

negara adalah jauh berbeza dengan jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan oleh

penduduk tempatan di luar negara (Tan, B. K. Sesi 1990/1991: 5).

Bagaimanapun, kini promosi pelancongan dalam negara telah dipergiatkan

lagi. Ini terbukti melalui kempen Tahun Melawat Malaysia 1990 dan Tahun Melawat

Malaysia 1994 yang mana promosi pelancongan dalam negara telah dijalankan bagi

meningkatkan kesedaran program pelancongan di kalangan penduduk tempatan.

Peningkatan dalam penyiaran di rangkaian komunikasi tempatan seperti di radio dan

televisyen telah dipraktikkan.

Industri pelancongan dalam negara sesungguhnya mempunyai potensi meluas

untuk berkembang. Dikatakan demikian kerana ekonomi negara Malaysia yang

semakin stabil dan mantap telah banyak menyumbang kepada tahap pendapatan yang

tinggi. Ini adalah berdasarkan kepada laporan pembentangan Belanjawan 1997 yang

menyatakan bahawa ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebenar

sebanyak 8.2% dalam tahun 1996. Kadar pertumbuhan yang lebih manpan ini

Page 17: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

6

berbanding dengan pertumbuhan 9.5% pada tahun 1995 telah diiringi oleh kedudukan

sumber negara yang lebih kukuh dan defisit akaun semasa imbangan pembayaran

negara yang berkurangan. Kadar inflasi juga terus berada pada tahap yang rendah dan

ini membolehkan rakyat Malaysia terus menikmati tahap pendapatan sebenar yang

lebih tinggi (Berita Harian - Keluaran Khas Laporan Ekonomi 1996/97 26 Okt 1996:

1). Oleh itu, keadaan sebegini seterusnya membolehkan masyarakat Malaysia

membelanjakan wang bagi menikmati percutian selepas penat bekerja. Tambahan

pula, dengan berpandukan teori kepuasan yang disarankan oleh Maslow, masyarakat

Malaysia rata-rata boleh dikatakan telah mencapai tahap ketiga iaitu keperluan kasih

sayang dan sosial.

Sesungguhnya, sektor pelancongan negara kini terbukti pesat berkembang clan

mempunyai prospek yang baik. Tahun Melawat Malaysia 1990 dan Forum

Pelancongan Asean (ATF) 1992 adalah sebagai landasan manakala Tahun Melawat

Malaysia 1994 sebagai pengukuhnya, sektor pelancongan boleh muncul sebagai

penyumbang utama ekonomi negara dalam dekad yang akan datang (Berita Harian 31

Ogos 1992: 3).

Menyedari akan peri pentingnya pelancongan dalam negara di samping

pelancongan antarabangsa, pelbagai perkhidmatan dan kemudahan sokongan

disediakan oleh kerajaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Pelancongan. Promosi pelancongan dipergiatkan bagi meningkatkan lagi kesedaran

penduduk Malaysia terhadap mutu dan pelbagai tarikan yang ada. Di samping itu,

Page 18: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

7

kerajaan jugs mempunyai dasar untuk menentukan sektor pelancongan supaya terus

berkembang dan memainkan peranan aktif dalam menggalakkannya, sejajar dengan

usaha hendak menjadikan Malaysia satu destinasi pelancongan yang popular di rantau

Asia Tenggara (Utusan Malaysia 25 Jun 1992: 6). Justeru itu, usaha-usaha masih

dijalankan dari semasa ke semasa bagi mempertingkatkan lagi kesedaran tempat-

tempat pelancongan di samping memanjangkan jangkamasa pelancongan masyarakat

tempatan dan luar negara. Antara usaha-usaha yang dijalankan adalah seperti Tahun

Melawat Malaysia 1990 (Visit Malaysia Year 1990), Tahun Melawat Malaysia 1994

(Visit Malaysia Year 1994), Tahun Sukan dan Rekreasi 1998 (Sports and Recreation

Year 1998), Pesta Flora (Floral Fest), Pesta Membeli-Belah (Carnival Fest) dan Pesta

Malaysia (Malaysia Fest).

Bagi melaksanakan usaha-usaha tersebut, satu jabatan telah ditubuhkan iaitu

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM). Memandangkan bahawa

promosi pelancongan banyak dilaksanakan oleh LPPM, maka perkembangan LPPM

semenjak penubuhannya akan diperbincangkan dalam bahagian yang seterusnya.

Page 19: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

8

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA (LPPM)

Jabatan yang mula-mula diberikan tanggungjawab melaksanakan sektor

pelancongan telah ditubuhkan pada tahun 1959 dan ia dikenali sebagai Jabatan

Pelancongan. Jabatan ini, ketika penubuhannya adalah diletakkan di bawah

Kementerian Perdagangan dan Industri. Oleh kerana Jabatan Pelancongan diletakkan

di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Industri, maka ia mempunyai

kewangan yang terhad serta tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menjalankan

aktiviti promosi secara besar-besaran di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Pada 10 Ogos 1972, Jabatan Pelancongan diperbadankan menjadi Perbadanan

Kemajuan Pelancongan Malaysia atau Tourism Development Corporation (TDC).

TDC dipertanggungjawab menjalankan promosi pelancongan di peringkat domestik

dan antarabangsa. Selain itu, TDC juga berfungsi sebagai saluran komunikasi untuk

Kerajaan Persekutuan dengan antarabangsa clan domestik dalam perkara yang

bersangkutan dengan pelancongan (Kamis, N. 1992: 2).

Memandangkan bahawa sektor pelancongan berpotensi mengurangkan

ketidakseimbangan di dalam imbangan pembayaran negara dari segi sumbangannya

kepada tukaran wang asing, kerajaan mengambil keputusan untuk mewujudkan satu

kementerian baru bagi menguruskan sektor berkenaan. Oleh itu, pada 19 Mei 1987,

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (KKKP) ditubuhkan dan TDC

dipindahkan daripada Kementerian Perdagangan dan Industri kepada KKKP. Pada 1

Mei 1992, TDC bertukar namanya menjadi Lembaga Penggalakan Pelancongan

Page 20: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

9

Malaysia (LPPM) atau nama singkatannya, Pelancongan Malaysia (Tourism

Malaysia).

Sungguhpun nama LPPM telah diubah beberapa kali, matlamatnya tetap sama

iaitu:

" Untuk meningkatkan ketibaan pelancong asing

" Untuk meningkatkan purata tempoh lawatan para pelancong dan dengan itu,

meningkatkan pendapatan dari pelancongan

" Untuk merangsangkan pertumbuhan pelancongan dalam negeri

" Untuk meningkatkan faedah/bahagian yang boleh diperolehi daripada pasaran

konvensyen

Sebagai sebuah jabatan yang mempunyai tanggungjawab yang diamanahkan

oleh kerajaan, LPPM telah pun menggariskan fungsi-fungsinya. Empat fungsi

utamanya ialah:

" Menggiatkan dan menggalakkan pelancongan ke Malaysia dan pelancongan dalam

negeri

" Merangsangkan, memajukan clan memasarkan Malaysia di arena antarabangsa dan

tempatan sebagai tempat tumpuan pelancong

" Menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau penggalakan berhubung dengan

pelancongan yang dijalankan oleh mana-mana Jabatan Kerajaan, organisasi

kerajaan atau bukan kerajaan

Page 21: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

10

" Membuat syor-syor kepada Menteri langkah-langkah dan program-program yang

hendak diterimapakai bagi menggiatkan dan memajukan Sektor pelancongan

negara

Kini, LPPM diketuai oleh satu Lembaga Pengarah yang melapor terus kepada

Menteri KKKP iaitu Datuk Hj Sabaruddin Chik. Seorang Ketua Pengarah dilantik

bagi mengendalikan LPPM yang mana beliau dibantu oleh dua orang timbalan iaitu

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) bertanggungjawab ke atas lima bahagian

iaitu:

" Bahagian Pengurusan (Administrative Division)

" Bahagian Penyelidikan (Research Division)

" Bahagian Teknologi Maklumat (Information Technology Division)

" Bahagian Acara Khas (Special Event Division)

" Bahagian Sokongan Promosi (Promotion Support Division)

Manakala, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bertanggungjawab ke atas

bahagian-bahagian seperti:

" Bahagian Konvensyen dan Insentif (Convention and Incentives Division)

" Bahagian Penggalakan Antarabangsa I dan II (International Promotions Division I

and II)

is Bahagian Penggalakan Domestik (Domestic Promotions Division)

Sila rujuk Carta Struktur Organisasi Pelancongan Malaysia di Lampiran 1.

Page 22: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

11

PERMASALAHAN KAJIAN

Di Sarawak, promosi pelancongan dalam negara turut dijalankan oleh LPPM.

Segala aktiviti promosi pelancongan dalam negara adalah diselaraskan oleh pejabat

cawangan LPPM yang kini terletak di Bangunan Rugayah, Kuching. Namun begitu,

promosi yang dij alankan adalah terhad disebabkan keluasan negeri Sarawak yang

begitu besar iaitu lebih kurang 124,449.5 km2 (Buku Tahunan Perangkaan Sarawak

1993. Nov 1994: 1). Keluasan ini hampir sama dengan keluasan Semenanjung

Malaysia yang terdiri daripada 11 buah negeri.

Dasar kerajaan negeri Sarawak yang tidak membenarkan perletakan papan

tanda (billboards) komersil di tepi-tepi jalan turut menyukarkan promosi pelancongan

dalam negara dijalankan. Setakat ini, hanya billboards milik kerajaan seperti

"Sarawak Indah" yang dibenarkan. Justeru itu, masyarakat Kuching khasnya, yang

terdiri daripada 314,806 orang dengan 141,258 daripadanya merupakan masyarakat

Cina, adalah lebih bergantung kepada promosi berbentuk media cetak seperti flyers,

risalah, majalah dan media elektronik seperti televisyen dan radio. Promosi melalui

media elekronik seperti televisyen adalah jarang dilakukan oleh LPPM

memandangkan kos penyiaran iklan yang begitu mahal. Namun begitu, terdapat

beberapa rancangan terbitan khas yang diterbitkan oleh syarikat persendirian seperti

Warna-Warna Malaysia yang disiarkan menerusi TV3 setiap Sabtu.

Page 23: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

12

Oleh yang demikian, timbullah beberapa persoalan yang dirasakan perlu untuk

mendapatkan jawapannya. Persoalan-persoalan adalah seperti:

1. Adakah pengetahuan yang diperolehi melalui promosi pelancongan dalam negara

berjaya menarik minat masyarakat Kuching untuk melancong dalam negara?

2. Adakah minat tersebut membuahkan keinginan untuk melancong dalam negara?

3. Dari manakah masyarakat Kuching mendapat maklumat akan promosi

pelancongan dalam negara yang dijalankan?

4. Daripada manakah masyarakat Kuching mendapatkan maklumat lanjut mengenai

promosi pelancongan dalam negara?

5. Saluran komunikasi apakah yang paling berkesan untuk menyebarkan maklumat

mengenai pelancongan dalam negara di bandaraya Kuching?

6. Adakah faktor-faktor sosioekonomi mempengaruhi keputusan masyarakat

Kuching untuk melancong dalam negara?

7. Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh masyarakat Kuching untuk

melancong dalam negara?

8. Apakah jenis tempat pelancongan yang diminati oleh masyarakat Kuching?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian sikap masyarakat Cina bandaraya Kuching adalah penting kerana ia

dapat menghasilkan maklumat untuk membolehkan kita mensegmentasikan

masyarakat Cina bandaraya Kuching kepada jenis-jenis pelancong dalam negara.

Antara jenis jenis pelancong dalam negara ialah pelancong perniagaan, pelancong

percutian, pelancong kelas atasan dan pelancong kos murah. Pelancong perniagaan

Page 24: LEE SIEW LE - Universiti Malaysia Sarawak

13

merupakan pelancong yang melawati sesebuah negeri atas urusan rasmi perniagaan.

Masa tambahan akan digunakan untuk melancong sekitar negeri berkenaan.

Pelancong percutian pula ialah pelancong yang telah terdahulu merancang untuk

menghabiskan percutian di sesebuah negeri. Pelancong kelas atasan merujuk kepada

pelancong yang sanggup berbelanja banyak untuk pengangkutan dan penginapan yang

bertaraf tinggi. Manakala pelancong kos murah adalah mereka yang akan cuba

menghabiskan wang untuk tujuan melancong secukupnya sekitar negeri tanpa

mengambilkira pengangkutan dan penginapan berstatus tinggi.

Selain itu, kajian ini dapat menghasilkan maklumat yang membolehkan kita

mengenalpasti reaksi masyarakat Cina bandaraya Kuching terhadap mesej promosi

dan seterusnya mencadangkan sama ada kita harus mengubah mesej kita serta mencari

saluran komunikasi baru.

Kajian ini juga dapat menghasilkan maklumat untuk meninjau semula strategi

serta adunan promosi yang telah digunakan. Ini kerana adunan yang bersesuaian

dengan penduduk setempat adalah penting bagi menjamin keberkesanan sesuatu

promosi.

Data kuantitatif yang banyak boleh dikumpul bagi membantu dalam membuat

keputusan mengenai aktiviti promosi pada masa hadapan. Promosi yang menarik dari

segi penyampaian visual dan kepi serta saluran komunikasi yang digunakan

menentukan penerimaan seseorang terhadap sesuatu promosi.