lebih zat makanan dan kurang...

12

Upload: vandat

Post on 09-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik
Page 2: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik

Dalam era yang semakin maju masa kini,

pelbagai kaedah penghasilan bahan

makanan untuk memenuhi citarasa dan

selamat dimakan oleh pengguna merupakan usaha

beterusan. Pengguna masa kini semakin bijak

memilih produk yang berkualiti terutama mempunyai

kandungan zat makanan mencukupi untuk

keperluan harian.

Tanaman beroganik merupakan kaedah

penghasilan produk yang berkualiti dan selamat

dimakan. Organik mungkin semata-mata bermaksud

produk tanpa bahan kimia dan daging tanpa

antibiotik. Tetapi bagi petani yang melabelkan

produk mereka organik, beberapa piawaian ketat

mesti ditepati.

Di samping tidak menggunakan racun serangga,

pengusaha perlu memastikan produk yang mereka

keluarkan mesti mempunyai rekod penanaman,

butiran pemeriksaan daripada badan pensijilan

organik. Tanah ladang juga mesti bebas daripada

sisa bahan kimia sekurang-kurangnya tiga tahun

dan tidak menggunakan sebarang baja tiruan,

hormon atau antibiotik. Bahkan selepas penuaian,

produk organik untuk dipasarkan, rekod mesti

membuktikan bahawa mereka diangkut tanpa

bercampur dengan produk bukan organik dan

dibungkus rapi serta tidak tercemar.

Peningkatan minat pengguna terhadap makanan

organik di Malaysia semakin ketara. Kebanyakan

pengguna berasa bahawa ia adalah salah satu cara

menjaga kesihatan mereka. Selain itu terdapat juga

beberapa sebab mengapa organik menjadi pilihan

pengguna masa kini.

Lebih Zat Makanan dan Kurang Air

Baja tiruan mencairkan kandungan zat makanan

buah-buahan dan sayur-sayuran dan

meningkatkan kandungan air. Satu kajian telah

dijalankan oleh Organic Retailers and Growers

Association of Australia (ORGAA) mendapati

bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran yang

menggunakan kaedah bukan organik mempunyai

10 kali kurang kandungan mineral daripada buah-

buahan dan sayur-sayuran yang ditanam secara

organik. Ini kerana buah-buahan dan sayur-

sayuran berorganik adalah lebih kuat dan sihat

dengan rasa yang berlainan.

Lebih Mineral dan Vitamin C

Kajian mendapati kandungan zat makanan

produk rorganik lebih tinggi berbanding bukan

organik. Di samping itu American Chemical

Society melaporkan bahawa buah-buahan

organik seperti oren organik yang bersaiz kecil

mengandungi 30% lebih vitamin C daripada oren

tanpa organik yang lebih besar saiznya.

Perbandingan juga dibuat terhadap pear, epal,

gandum, ubi kentang dan jagung susu.

Keputusan mendapati tanaman berorganik

mengandungi kandungan mineral yang lebih

tinggi daripada yang biasa. Kesimpulan juga

mendapati produk organik mengandungi 63%

lebih kalsium, 91% lebih fosforus, 59% lebih besi,

138% lebih magnesium, 48% lebih tembaga, 60%

lebih zink dan 390% lebih selenium.

Lebih Memberi Perlindungan Anti-Oksida

Tumbuh-tumbuhan mengandungi sebatian

semula jad i yang d inamakan f i tonut r ien

2

Page 3: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik

melindungi tumbuhan daripada serangga dan

penyakit. Oleh kerana tanaman organik tidak

dilindungi dengan racun serangga, penghasilan

fitonutrien yang mempunyai sifat memberi

perlindungan anti-oksida dilakukan secara semula

jadi. Berbanding dengan tumbuh-tumbuhan yang

terdedah kepada racun rumpai dan serangga

mempunyai kurang keperluan untuk menghasilkan

sebatian ini.

Sesetengah anti-oksida terbukti berguna dalam

pencegahan dan rawatan kanser. Satu kajian

dilakukan bagi menentukan kandungan anti-oksida

yang terdapat dalam jagung, strawberi dan marion

beri (sejenis buah beri hitam) melalui kaedah

organik (tiada racun rumpai, racun serangga atau

baja), kaedah kawalan (membaja tetapi tiada racun

rumpai atau racun serangga) dan secara biasa di

mana bahan kimia tiruan digunakan.

Keputusan menunjukkan tahap anti-oksida dalam

jagung yang membesar secara kawalan adalah

58.5% lebih tinggi daripada jagung yang membesar

secara biasa, sementara marionberi yang

membesar secara organik dan kawalan mempunyai

kira-kira 50% lebih anti-oksida daripada beri yang

membesar secara biasa. Tambahan pula, strawberi

yang membesar secara kawalan dan organik

mempunyai kira-kira 19% lebih anti-oksida daripada

strawberi yang membesar secara biasa.

Pengubahsuaian Organisma Bukan SecaraBaka (GMO)

GMO ialah organisma yang dimanipulasisecara baka melalui penyelitan DNA bagipenghasi lan sesuatu produk berbandingdengan produk o rgan ik yang d i la rangpenggunaan mana-mana GMO Industri.

Pengusaha ladang yang mengadaptasikanGMO mengamalkan kejuruteraan genetiktanpa pemeriksaan, tanpa pembatasan dantanpa penyiasatan yang berkemungkinanmembahayakan. Sehingga kini, tidak adapermintaan untuk melabelkan makanan yangtelah berubah secara genetik oleh pengusahaladang. Ujian makmal dan laporan industri

“Satu kajian telah

dijalankan oleh Organic Retailers and

Growers Association of Australia

(ORGAA) mendapati bahawa buah-

buahan dan sayur-sayuran yang

menggunakan kaedah bukan organik

mempunyai 10 kali kurang

kandungan mineral daripada buah-

buahan dan

sayur-sayuran yang ditanam secara

organik.”

3

Page 4: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik

menunjukkan 60%-75% produk dipasaran selain

produk organik telah mengalami pengubahsuaian

secara genetik.

Tanpa Penggunaan Antibiotik

Penggunaan antibiotik yang tidak terkawal dalam

sumber makanan merupakan ancaman kepada

kesihatan manusia. Pengenalan kepada produk

organik merupakan langkah yang diambil bagi

mengelakkan penggunaan antibiotik dan dadah

veterinar lain yang biasa digunakan dalam

perladangan bukan organik. Di Institute of Grass-

land and Environmental Research di Britain,

penyelidik mendapati bahawa susu berorganik

mempunyai lebih omega-3 asas asid berlemak

daripada susu yang biasa.

Tanpa Racun Serangga

Terdapat racun serangga yang digunakan untuk

mengelakkan serangan perosak tanaman

berbahaya kepada manusia. Agensi Perlindungan

Alam Sekitar (EPA) mendapati 60% racun lalang,

90% racun kulat dan 30% racun serangga adalah

b e r k e m u n g k i n a n p e n y e b a b k a n s e r .

Hanya satu peratus daripada bahan makanan

seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang

diimport diuji tahap keracunannya dalam

memastikannya terhindar daripada penggunaan

racun yang diharamkan. Ini terlalu kecil jika

dibandingkan dengan jumlah pelbagai bahan

makanan yang diimport untuk kegunaan dalam

Negara.

Kajian menunjukkan penggunaan beberapa bahan

kimia dalam racun serangga boleh mempengaruhi

kandungan yang mengakibatkan kecacatan

kelahiran, kerosakan saraf dan mutasi genetik.

Kanak-kanak empat kali lebih terdedah kepada

makanan yang mengandungi bahan kimia dan racun

daripada orang dewasa tanpa disedari dan

berkemungkinan akan menyebabkan kanser untuk

jangka panjang.

Pertanian dan produk organik yang dihasilkan

membolehkan pengguna terhindar daripada unsur

toksik dan racun. Penggunaannya dalam amalan

harian merupakan salah satu faktor yang menjamin

kesihatan dan gaya hidup sihat. Sumber makanan

yang tidak diketahui punca dan kandungan boleh

mempengaruhi kesihatan pada masa depan.

4

Page 5: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik

Peningkatan terhadap sumber bahan

makanan dan galakan daripada

kerajaan menjadikan sektor pertanian

semakin berkembang pada masa kini dan

menjanjikan pulangan yang tinggi jika diusahakan

secara komersial.

Menyedari setuasi ini, empat pertubuhan peladang

kawasan (PPK) di Daerah Muar, Johor yang terdiri

daripada PPK Muar Selatan, PPK Muar Dalam, PPK

Muar Tengah dan PPK Muar Utara telah memajukan

tanah dan dikenali Zon Tanaman Makanan

Chempelak secara usahasama. Dengan modal

sebanyak RM125,304 yang dilaburkan bersama,

projek ini telah memberikan pulangan yang

memberangsangkan.

Bagi memastikan Projek Zon Tanaman Makanan

Chemplak ini berdayamaju, sebuah organisasi

pengurusan telah ditubuhkan bagi melaksana dan

memantau pengendalian projek agar berjalan

seperti dirancang. Untuk itu PPK Muar Tengah telah

diberi kepercayaan sebagai agensi pengurusan

yang bertanggungjawab terhadap projek tersebut.

Tanah kurniaan kerajaan negeri seluas 485.83

hektar terletak di Mukim Chempelak yang

berstatus tanah TOL telah dimajukan dengan

tanaman buah-buahan secara berperingkat.

Sehingga kini sebanyak 121.45 hektar telah

diusahakan dengan tanaman jambu batu,

pulasan, longan, nangka dan durian belanda

seawal tahun 2000. Diantara tanaman tersebut

jambu batu varieti Kampuchea peringkat I (4 – 5

tahun) dan II (3 – 4 tahun) merupakan tanaman

utama dan telah mengeluarkan hasil.

Memandangkan lokasi tanah terletak dalam

Daerah Segamat dan agak jauh dari PPK, seorang

pengurus projek, Encik Suraf bin Berau

ditugaskan untuk mengendali perjalanan projek

dengan dibantu oleh seorang penyelia dan 15

orang pekerja.

Menurut Encik Suraf, kebanyakan pekerja terdiri

daripada peneroka FELDA berdekatan. Mereka

melakukan kerja-kerja penyelenggaraan seperti

meracun rumpai dan serangga, membaja,

membungkus buah dan memetik hasil. Bagi

5

Page 6: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik

mengurangkan kos penyelenggaraan,

penggunaan jentera dibekalkan untuk kerja

meracun, membaja dan memunggut hasil.

Kemudahan pusat pengumpulan dan pengredan

serta stor turut disediakan untuk jangka masa

panjang.

Tanaman jambu memerlukan penjagaan yang

agak rumit berbanding dengan tanaman lain.

Kerja-kerja penyelenggaraan terhadap tanaman

jambu batu seperti pemangkasan dahan dan

tunas perlu dilakukan enam kali setahun untuk

menggalakkan pengeluaran buah berbanding

dengan tanaman lain yang kebanyakkan hanya

memerlukan dua kali pangkasan setahun.

Pada bulan Julai 2006 hasil untuk tanaman jambu

batu peringkat I merosot disebabkan musim

melawas tetapi hasil dijangka akan mula

meningkat pada bulan ogos hingga oktober. Untuk

tanaman di peringkat II, pengeluaran hasil masih

tinggi dan menyumbang hampir 100 % keluaran

hasil semasa.

Kerja memetik buah jambu dilakukan pada waktu

pagi bagi memastikan kualiti dan kesegaran buah

terjamin. Setelah itu proses pengredan dijalankan

secara manual bagi membolehkan buah

diasingkan mengikut saiz dan hanya buah gred A

dan B sahaja akan dipasarkan. Kebanyakkan

buah jambu dibekalkan kepada pemborong untuk

pasaran di Johor Bahru dan dieksport ke

Singapura dengan harga RM0.75 sekilo.

Sehingga kini tanaman jambu batu telah

menghasilkan 96 metrik tan dengan nilai melebihi

RM74 ribu.

Pokok pulasan dari varieti Muar dan longan varieti

Berlian telah mula berbuah dan dijangka dapat

dipasarkan pada awal Oktober 2006. Apabila

pokok matang pengeluaran hasil dijangka mampu

memenuhi pasaran tempatan.

Menceritakan masalah yang sering dihadapi,

beliau menerangkan kawasan projek terletak

agak rendah di mana banjir kerap berlaku

terutama pada musim tengkujuh. Selepas

berlakunya banjir, tanaman terutama pokok

“Tanah kurniaan

kerajaan negeri seluas 485.83

hektar terletak di Mukim

Chempelak yang berstatus tanah

TOL telah dimajukan dengan

tanaman buah-buahan secara

berperingkat.”

6

Page 7: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik

jambu batu kerap mengalami penyakit akar yang

dibawa oleh cacing nematod. Apabila serangan ini

berlaku pengeluaran buah akan menurun atau buah

yang dihasilkan tidak berkualiti. Jika langkah

pengawalan tidak diambil segera serangan akan

mengakibatkan tumbesaran pokok terbantut dan

akhirnya mati.

Selain itu serangan haiwan liar seperti babi hutan,

beruk dan lembu liar milik peneroka merupakan

ancaman kepada projek terutama di kawasan yang

bersebelahan dengan kawasan FELDA dan belukar

yang juga menjadi habitat semulajadi haiwan

berkenaan. Serangan tersebut boleh

mengakibatkan penurunan hasil sebanyak 30 %

daripada jumlah keluaran semasa.

Daripada keluasan tanah yang ada, sebanyak 121.5

hektar tidak boleh dimajukan kerana terletak di

kawasan berpaya. Manakala 242.9 hektar lagi akan

dibangunkan dengan penglibatan usahawan dan

ahli peladang bagi mengusahakan pelbagai komoditi

makanan seperti ternakan dan ternakair. Projek-

projek usahawan dan ahli juga dirancang untuk

dibangunkan secara kelompok dan perkhidmatan

akan diselaraskan secara berpusat supaya

masalah dapat diatasi dengan lebih berkesan dan

meminimumkan kos.

Pada masa kini usaha untuk menarik penglibatan

usahawan telah dilakukan dan mendapat

sambutan yang amat menggalakkan. Ada

usahawan yang telah memulakan projek

menternak ikan air tawar dengan khidmat nasihat

PPK. Kolam yang diusahakan berdekatan punca

air sungai, sesuai untuk ternakan ikan keli, tilapia

dan patin.

Manakala kawasan bagi ternakan telah

dikenalpasti dan usahawan yang berpotensi akan

dibimbing untuk mengusahakannya. Jika semua

projek yang dalam perancangan dan

perlaksanaan ini mencapai kejayaan, maka

hasrat kesemua PPK untuk mengwujudkan Zon

Pengeluaran Makanan melalui pengurusan

berkelompok terlaksana.

“Daripada keluasan

tanah yang ada, sebanyak

121.5 hektar tidak boleh dimajukan

kerana terletak di kawasan berpaya.

Manakala 242.9 hektar lagi akan

dibangunkan dengan penglibatan

usahawan dan ahli peladang bagi

mengusahakan pelbagai

komoditi makanan seperti ternakan

dan ternakair.”

7

Page 8: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik

Sektor pertanian sentiasa mendapat

kepercayaan daripada kerajaan bagi

memacu ekonomi negara bersama-sama

sektor lain. Pertanian masih kekal diletakkan

sebagai enjin pertumbuhan ketiga ekonomi negara

dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-

9).

Perdana Menteri dalam ucapan PembentanganBajet 2007 di Parlimen pada 2 September 2006berkata bahawa “Sektor Pertanian memerlukantransformasi untuk menjadi sektor yang moden,komersial dan berdaya saing. Langkah perluditumpukan kepada pengkomersialan hasil R&D,penggunaan teknologi moden dan memperbaikilagi rantaian bekalan. Di samping itu, kita perlujuga memanfaatkan kekayaan biodiversiti negaradengan membangunkan kegiatan bernilai tinggiseperti bioteknologi dan biofarmaseutikal”.

Dalam bajet 2007, kerajaan telah menyediakanperuntukan yang besar untuk sektor pertanianterutamanya bagi meningkatkan produktiviti dankecekapan pengeluaran hasil pertanian sertamenambah keupayaan pemasaran. Sebahagiandaripada peruntukan tersebut akan digunakanbagi melaksanakan pelbagai projekternakan melalui LembagaPertubuhan Peladang, JabatanPerkhidmatan Haiwan,MADA dan KADA bagitujuan meningkatkanpengeluaran hasildaging Negara.

Peranan Sektor Pertanian

Pertanian masakini semestinya tidak lagi diuruskan

sebagai memenuhi sara hidup semata-mata,

malah ianya boleh menjadi satu bidang usaha yang

menguntungkan. Sektor pertanian mampu

memberikan impak yang besar sekiranya

diuruskan dengan betul dan berkesan. Peranan

sektor pertanian di Malaysia semestinya menjadi

penyumbang kepada pengeluaran bahan

makanan. Bahan makanan yang dikeluarkan

bukan sahaja untuk kegunaan dalam negara,

malah ianya boleh dieksport. Sebagai contoh pada

masa ini, Malaysia sememangnya mengeksport

makanan segar ke Singapura dan Thailand.

Selain itu, sektor pertanian turut menjadi

penyumbang kepada pembangunan sosio-

ekonomi bagi penduduk luar bandar. Sebahagian

besar masyarakat luar bandar merupakan

peladang, penternak dan nelayan yang akan

menjadi tunggak dalam pengeluaran hasil

pertanian terutamanya bahan makanan.

Mereka akan mendapat manfaat

yang maksimum kesan

pengunaan teknologi yang

dibawa masuk bagi meningkatkan

kualiti dan produktiviti hasil

keluaran mereka.

8

Page 9: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik

Sumbangan Sektor Pertanian

Apabila pertanian diberikan tumpuan oleh kerajaan

untuk dimajukan maka ianya turut memberi kesan

kepada penawaran terhadap pembangunan industri

berasaskan pertanian. Banyak aktiviti-aktiviti

tambah nilai pengeluaran pertanian dapat dihasilkan

ke arah pengembangan dan kepelbagaian keluaran

pertanian.

Perangkaan Kementerian Pertanian dan Industri

Asas Tani menunjukkan bahawa guna tanah sektor

pertanian pada hari ini cuma 24 peratus atau 7.9

juta hektar. Getah merangkumi keluasan 1.8 juta

hektar, kelapa sawit (4.2 juta hektar), kelapa (0.2

juta hektar), padi (0.6 juta hektar), dusun (0.2 juta

hektar) dan lain-lain (0.9 juta hektar).

Dari sudut sumbangan Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK) pula, pada tahun 2005, sektor

pertanian telah menyumbang sebanyak 8.3 peratus

dengan nilai sebanyak RM21.6 billion kepada KDNK.

Sumbangan KDNK Malaysia agak rendah

berbanding dengan Thailand di mana sumbangan

KDNK sektor pertaniannya adalah sebanyak 10

peratus. Sumbangan sebanyak 37.2 peratus

dengan nilai RM8.0 billion datangnya daripada agro

makanan seperti hortikultur, perikanan dan ternakan.

Sementara itu sebanyak 62.8 peratus dengan nilai

RM13.6 billion adalah daripada sektor bukan agro

makanan seperti getah, kelapa sawit dan

perhutanan.

Imbangan Dagangan

Di sebalik sumbangan yang besar kepada KDNK

negara, pertanian masih lagi bergantung kepada

sumber makanan import bagi kegunaan rakyat.

Imbangan dagangan berada sekitarRM(-4.4) billion

dan RM(-7.2) billion antara tahun 2000 hingga 2005.

Dan sekiranya sektor pertanian (sub-sektormakanan) gagal menyumbang keluaran, makaimbangan dagangan makanan akan mencecahdefisit yang lebih tinggi daripada apa yang dialamioleh negara masa kini. Imbangan Perdagangan

adalah seperti berikut:

Malahan apa yang membimbangkan adalahimbangan dagangan eksport dan import sayurandidapati berada dalam keadaan defisit sehinggaRM1,150.1 juta. Kebanyakan sayuran yangdiimpot adalah tomato, sayuran hijau dan cili yangboleh ditanam di Malaysia.

Agenda Pertanian Baru

Semenjak tahun 1984, tiga Dasar PertanianNegara (DPN) telah digubal bermatlamatmemajukan sektor pertanian. DPN1 (1984 –1991) digubal bagi membangunkan sektorpertanian yang berorientasi eksport. Tanaman

yang menjadi keutamaan seperti getah, kelapa

(RM Bilion)

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006 (Jun)

2010 (a)

6.4

6.5

7.4

8.3

9.9

10.6

5.4

14.9

11.4

12.2

12.4

12.7

16.6

17.8

9.5

27.4

-5.0

-5.7

-5.0

-4.4

-6.7

-7.2

-4.1

-12.4

Tahun Eksport Import Imbangan

9

Page 10: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik

sawit dan koko. DPN2 (1992 – 1997) digubal bagi

memantapkan pelaksanaan DPN1. Dasar baru ini

memfokuskan kepada peningkatan keluasan

tanaman dan meningkatkan produktiviti. Selain itu,

ianya turut memfokuskan kepada pembangunan

industri asas tani seperti pembinaan kilang minyak

kelapa sawit dan getah.

Hasil kejayaan kedua-dua dasar tersebut, maka

penggubalan DPN3 (1998 – 2010) terus

dimantapkan selaras dengan keperluan dan

persekitaran yang semakin mencabar. Dunia

perniagaan tanpa sempadan memerlukan daya

saing yang tinggi untuk kekal bersaing. Kerajaan

menumpukan kepada peningkatan keselamatan

makanan dan sektor agro makanan kini diberikan

keutamaan.

Kerajaan terus merangka beberapa strategi bagi

meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor

pertanian. Insentif tambahan seperti yang

diperkenalkan dalam industri tanaman padi adalah

sebagai usaha untuk pesawah meningkatkan

pengeluaran menjelang tahun 2010. Kabinet telah

bersetuju memberikan insentif pengeluaran padi

sebanyak RM240 sehektar semusim dan RM650

bagi insentif pengeluaran hasil. DPN3 juga

memfokuskan kepada pengwujudan sumber

pertumbuhan baru. Tanaman herba dan burung

walid merupakan contoh sumber pertumbuhan

baru.

Agenda pertanian baru negara amat jelas iaitu

mentransformasi dan memodenkan sektor

pertanian. Kedua, menjadikan Malaysia sebagai

negara pengeluar makanan. Ini selaras dengan

teras pertama dalam misi nasional yang

digariskan dalam RMK-9 iaitu untuk meningkatkan

ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi

selain memperkasakan pertanian iaitu dalam

industri berasaskan pertanian.

Penekanan Pertanian Baru

Antara penekanan dalam agenda pertanian baru

adalah seperti berikut:

⟨ Komersial berskala besar

⟨ Penggunaan teknologi yang lebih moden

⟨ Pengeluaran yang berkualiti dan

mempunyai nilai tambah yang tinggi

⟨ Memanfaatkan potensi bioteknologi

⟨ Penggunaan teknologi maklumat dan ICT

⟨ Penglibatan usahawan tani

⟨ Tenaga kerja mahir

Penutup

Sekiranya segala usaha murni yang dirancang

oleh kerajaan berjalan dengan sempurna, maka

tidak mustahil pertanian akan menjadi satu sektor

yang utama dalam menyumbang kepada

pertumbuhan ekonomi negara. Penggantungan

bahan makanan dari luar Negara akan dapat

dikurangkan malah boleh dieksport pula. Dan

paling utama, pertanian mampu mengurangkan

atau terus membasmi kadar kemiskinan

masyarakat.

10

Page 11: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik

Tahniah

Kepada

Y. Bhg. Dr. Zulkifli bin Idris

Atas

Perlantikan Sebagai

Ketua Setiausaha

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Berkuatkuasa

11 September 2006

Daripada

Ketua Pengarah

dan

Anggota Lembaga Pertubuhan Peladang

Page 12: Lebih Zat Makanan dan Kurang Air103.8.163.254/document/upload/37bPkdoXxF7GUP8VgEfe0SXIBNaEx0Gp.pdf · melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik

Ketua Pengarah

Lembaga Pertubuhan Peladang

Mengucapkan

Selamat

Hari Raya

Aidilfitri

1427 Hijrah

Maaf Zahir Batin

Kepada

Semua Anggota

Lembaga Pertubuhan Peladang

Penaung

Y.Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad

Penasihat

Y.Bhg. Tuan Haji Arpan Shah bin Satu

Ketua Pengarang

Y.Bhg. Tuan Abd. Nasir bin Haji Ismail

Edisi Internet

Haninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,

50990 Kuala Lumpur.

Penyunting

Azizan bin OthmanRohman bin Jasmani

Grafik/Illustrator

Rohman bin JasmaniKamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronik

boleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my