lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi lebih aktif secara...

7
“Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi lebih aktif secara fizikal daripada apa yang boleh diselamatkan dengan mendapatkan semua orang untuk berhenti merokok….” Bagi mengelakkan lebih banyak kematian disebabkan tabiat merokok kerajaan telah membuat beberapa amalan kesihatan di Negara ini. Setiap insan yang bernyawa inginkan dua perkara iaitu kesenangan dan kesihatan. Hidup ini perlulah seimbang untuk mencapai kedua-dua perkara yang diinginkan itu. Salah satu hak kepada hak yang perlu ditunaikan seperti yang digariskan dalam Islam ialah hak untuk diri kita dalam nisbah yang seimbang pada masa dan ketikanya seperti tidur, makan, berkelamin, buang air dan bergerak aktif secara fizikal.Salah satu daripada hak yang adakalanya kurang kita tunaikan ialah pergerakan fizikal yang secukupnya. Bergerak aktif secara fizikal penting untuk memastikan input makanan yang kita ambil diguna pakai tanpa ada lebihan kalori yang tidak berguna disimpan menjadi lemak badan yang lama-kelamaan menjadikan kita obes dan seterusnya menyekat pengaliran darah daripada menjadi lancar. Ini seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, artritis dan banyak lagi penyakit yang membebankan. Faedah dan kebaikan senaman sama ada dari segi perubatan dan kualiti kehidupan disokong dengan bertimbun-timbun kajian ilmiah serta pengakuan dalam kalangan pengamal hidup aktif. Ramai yang tahu dan sedar mengenai kepentingannya, tetapi masih liat untuk bermula apatah lagi untuk mengamalkannya.Kaum lelaki khususnya, inginkan susuk badan yang tampan dan kehebatan kejantanan yang dibanggakan. Senaman akan menghasilkan banyak perubahan dan adaptasi secara fizikal dan fisiologikal positif pada badan yang mampu memenuhi objektif dan kehendak kita. Amalan menjadi aktif secara fizikal dapat mengurangkan fenomena merokok dalam kalangan penduduk.

Upload: tamilmozhi-tamil

Post on 06-Dec-2014

2.313 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Page 1: Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi lebih aktif secara fizikal daripada apa yang boleh diselamatkan dengan mendapatkan semua orang untuk berhenti

“Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi lebih aktif secara fizikal daripada apa yang boleh diselamatkan dengan mendapatkan semua orang untuk berhenti merokok….”

Bagi mengelakkan lebih banyak kematian disebabkan tabiat merokok kerajaan telah membuat beberapa amalan kesihatan di Negara ini. Setiap insan yang bernyawa inginkan dua perkara iaitu kesenangan dan kesihatan. Hidup ini perlulah seimbang untuk mencapai kedua-dua perkara yang diinginkan itu. Salah satu hak kepada hak yang perlu ditunaikan seperti yang digariskan dalam Islam ialah hak untuk diri kita dalam nisbah yang seimbang pada masa dan ketikanya seperti tidur, makan, berkelamin, buang air dan bergerak aktif secara fizikal.Salah satu daripada hak yang adakalanya kurang kita tunaikan ialah pergerakan fizikal yang secukupnya. Bergerak aktif secara fizikal penting untuk memastikan input makanan yang kita ambil diguna pakai tanpa ada lebihan kalori yang tidak berguna disimpan menjadi lemak badan yang lama-kelamaan menjadikan kita obes dan seterusnya menyekat pengaliran darah daripada menjadi lancar. Ini seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, artritis dan banyak lagi penyakit yang membebankan.

Faedah dan kebaikan senaman sama ada dari segi perubatan dan kualiti kehidupan disokong dengan bertimbun-timbun kajian ilmiah serta pengakuan dalam kalangan pengamal hidup aktif. Ramai yang tahu dan sedar mengenai kepentingannya, tetapi masih liat untuk bermula apatah lagi untuk mengamalkannya.Kaum lelaki khususnya, inginkan susuk badan yang tampan dan kehebatan kejantanan yang dibanggakan. Senaman akan menghasilkan banyak perubahan dan adaptasi secara fizikal dan fisiologikal positif pada badan yang mampu memenuhi objektif dan kehendak kita. Amalan menjadi aktif secara fizikal dapat mengurangkan fenomena merokok dalam kalangan penduduk.

Tembakau baru-baru ini menarik banyak perhatian orang ramai berkaitan masalah kesihatan dan juga perseorangan syiah.Ini memandangkan terdapat pelbagai bukti yang lebih kukuh mengaitkan secara langsung kesan-kesan tembakau khususnya rokok kepada penyakit kanser dan juga masalah ketagihan.Di samping itu, pelbagai masalah kesihatan lain yang sememangnya telah didokumentasikan berkait rapat dengan amalan menghisap rokok.Kajian yang menunjukkan kaitan langsung antara merokok dan kanser telah diutarakan baru-baru ini oleh dua pasukan penyelidik berasingan dan diterbitkan dalam jurnal terkemuka Science.Hasil kajian ini telah menyelesaikan banyak kesamaran tentang kaitan kedua-dua aspek ini. Malah hasil kajian kali ini mengesahkan sekaligus bahawa rokok adalah penyebab kanser seperti mana yang telah dijangkakan mengikut kajian statistik selama ini.

Kerajaan Malaysia juga sedang menjalankan beberapa iklan serta kempen berhenti merokok dari akar umbi serta beberapa program kesedaran kesihatan yang sedang rancak di sekitar Negara. Bagi mendapatkan penduduk yang lebih aktif secara fizikal perlu bermula dari

Page 2: Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi lebih aktif secara fizikal daripada apa yang boleh diselamatkan dengan mendapatkan semua orang untuk berhenti

pendidikan sekolah rendah. Sebenarnya ia amat penting untuk mencorakkan lapisan penduduk yang mencintai kesihatan berbanding merokok.

Ia merupakan bukti pertama yang diperolehi dengan begiru jelas sekali. Mengikut kajian tersebut satu bahan kimia dalam asap rokok telah dikesan menyebabkan kerosakan genetik (faktor keturunan) pada sel paru-paru.Ini menyamai apa yang diperhatikan dalam keadaan kerosakan sel berkaitan dengan banyak kanser paru-paru. Bahan-bahan ini dikenali sebagai karsinogen dan berupaya menyebabkan kanser melalui kesannya ke atas faktor keturunan.

Kajian berkaitan dengan ketagihan pula diterbitkan oleh jurnal Nature baru-baru ini. Mengikut makalah tersebut ketagihan merokok yang selama ini dianggap sebagai satu tabiat 'buruk' sebenarnya merupakan satu tabiat 'ketagihan' sepertimana juga dadah-dadah berbahaya lain misalnya kokain, amfetamin dan juga heroin.Dalam kajian terbaru ini bahagian -bahagian terperinci terlibat di dalam otak telah dikenal pasti. Begitu juga bahan penghantar kimia (neurotransmitter) yang turut terjejas.

Tanggapan yang rokok mempunyai sifat ketagihan telah lama dijangkakan. Sejak tahun 1988, Laporan Ketua Kesihatan Amerika Syarikat turut menyatakan sedemikian.Oleh itu ternyatalah bahawa kedudukan tembakau, khususnya rokok, perlu dinilai semula daripada perspektif-perspektif yang telah dikatakan.Sementara itu, seorang professor dari Universiti Oxford, Dr. Richard Peto, menganggarkan bahawa merokok bertanggungjawab menyebabkan kematian kepada tiga juta orang setahun di seluruh dunia dan menganggarkan dalam masa 30 tahun dari sekarang, lebih daripada 10 juta orang akan mati, kebanyakannya di negara-negara membangun.

Ramalan seumpama ini telah banyak diutarakan dan kesannya kepada negara-negara maju begitu nyata sekali.Misalnya di Amerika Syarikat sahaja penghisap rokok telah menurun sejak lima belas (15) tahun lalu. Namun di negara-negara dunia ketiga khasnya, trend seumpamanya ini masih belum dapat dikesan.Di Malaysia, kadar penghisap rokok anggaran 2,000 batang seorang setahun, berbanding Indonesia, 1,050 batang seorang setahun, Thailand 900 batang, Vietnam, 670 batang. Malah kita sering terbaca bahawa lebih banyak remaja dan muda mudi kita terutamanya yang beragama Islam melibatkan diri dengan tabiat merokok.

Keadaan seumpama ini menjadi lebih ketara lagi kerana baru-baru ini terdapat satu lapuran menunjukkan negara-negara maju terus mengalakkan ekspot tembakau mereka ke negara-negara lain di seluruh dunia.Oleh kerana kesedaran yang begitu rendah di kebanyakan

Page 3: Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi lebih aktif secara fizikal daripada apa yang boleh diselamatkan dengan mendapatkan semua orang untuk berhenti

negara ini, tabiat merokok di kalangan warganegara masing-masing terus meningkat kepada tahap yang membimbangkan.Oleh itu satu forum perbincangan yang menyeluruh adalah difikirkan penting diadakan bagi menilai semula tabiat merokok supaya pendekatan yang lebih realistik diwujudkan dalam membina satu masyarakat bebas rokok.

Bagi mengelakkan lebih banyak kematian disebabkan tabiat merokok kerajaan telah membuat beberapa amalan kesihatan di Negara ini. Setiap insan yang bernyawa inginkan dua perkara iaitu kesenangan dan kesihatan. Hidup ini perlulah seimbang untuk mencapai kedua-dua perkara yang diinginkan itu.Salah satu hak kepada hak yang perlu ditunaikan seperti yang digariskan dalam Islam ialah hak untuk diri kita dalam nisbah yang seimbang pada masa dan ketikanya seperti tidur, makan, berkelamin, buang air dan bergerak aktif secara fizikal.

Salah satu daripada hak yang adakalanya kurang kita tunaikan ialah pergerakan fizikal yang secukupnya. Bergerak aktif secara fizikal penting untuk memastikan input makanan yang kita ambil diguna pakai tanpa ada lebihan kalori yang tidak berguna disimpan menjadi lemak badan yang lama-kelamaan menjadikan kita obes dan seterusnya menyekat pengaliran darah daripada menjadi lancar. Ini seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, artritis dan banyak lagi penyakit yang membebankan.Apa yang penting, setiap perlakuan fizikal kita daripada sumber ilmu yang sah dan bukannya bersandarkan pada ajaran yang mungkin menyalahi prinsip latihan yang selamat sama ada daripada perspektif biomekanik (pergerakan) mahupun fisiologik (perubahan dalaman yang berlaku semasa bersenam).

Penduduk perlu mengembara mendalami ilmu mengenai jenis senaman yang berbeza serta prinsip yang berkaitan dengannya serta memahami perubahan dan adaptasi fisiologi yang berlaku pada badan supaya kita lebih menghargai dan komited pada program senaman dan kagum kepada kehebatan ciptaan tuhan. Kecergasan fizikal adalah salah satu komponen terpenting untuk dimiliki setiap individu bagi menjalani cabaran kehidupan harian dengan efisien serta membantu menjamin kesihatan terpelihara. Tanpanya, hidup menjadi sukar, malah untuk beribadat pun menjadi kurang sempurna khususnya untuk ibadat yang mencabar fizikal individu seperti membuat banyak kerja.Untuk ditakrifkan sebagai cergas, individu perlu memiliki semua komponen kecergasan fizikal yang diklasifikasikan ke dalam dua kategori iaitu komponen kesihatan dan kemahiran.Komponen kecergasan dalam kategori kesihatan boleh diibaratkan sebagai fardu ain dalam kecergasan manakala komponen kemahiran diibaratkan pula sebagai fardu kifayah.Komponen kecergasan dalam kategori kesihatan wajib dimiliki kerana kelemahan di sini mempengaruhi komponen lain yang bergantung padanya serta meningkatkan risiko mendapat penyakit hipokinetik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kecederaan pada sendi, otot, tulang dan pelbagai masalah kesihatan.

Komponen kecergasan dalam kategori kemahiran tidak kurang pentingnya kepada kita untuk menjalani cabaran harian. Bayangkan situasi berikut - berlari dengan pantas untuk menyeberang jalan (kelajuan), mengelak dengan pantas daripada terkena batu yang jatuh dari bangunan (masa

Page 4: Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi lebih aktif secara fizikal daripada apa yang boleh diselamatkan dengan mendapatkan semua orang untuk berhenti

tindak balas, ketangkasan dan kelajuan), menyambut buah betik yang dijolok dari atas pokok (koordinasi), meniti di atas batang pinang menyeberangi tali air di kampung (imbangan) dan banyak lagi contoh cabaran fizikal harian.Untuk ruangan kali ini, hanya komponen yang berkaitan dengan kesihatan saja akan dihuraikan.

Daya tahan kardiovaskularIni membabitkan kecekapan jantung membekalkan oksigen secukupnya kepada otot yang bekerja untuk menghasilkan tenaga secara cekap.

Rasa semput memanjat tangga surau menjelaskan betapa teruknya jantung kita terpaksa bekerja walaupun untuk cabaran kerja yang ringan.

Cara berkesan untuk membina komponen berkenaan adalah dengan melakukan senaman aerobik seperti berjalan kaki, joging, berenang, tarian aerobik dan seumpamanya. Ia perlu dilakukan untuk sekurang-kurangnya 20 minit atau lebih bermula pada tahap nadi kita berada di zon latihan yang sesuai.

Kekuatan otot rangkaDitumpukan kepada kekuatan secukupnya pada otot, pinggang (abdomen dan belakang) serta bahagian lutut. Ia amat penting dibina untuk mencegah kecederaan serta memudahkan cabaran kerja yang memerlukan kekuatan seperti mengangkat kampit beras atau perabot rumah.

Masalah sakit pinggang dan sakit lutut boleh dikaitkan dengan tahap kekuatan yang tidak mencukupi.

Daya tahan ototKeupayaan melakukan sesuatu perbuatan berulang kali tanpa cepat penat seperti memanjat tangga bukan saja memerlukan daya tahan kardiovaskular tapi juga daya tahan otot khususnya di bahagian kaki. Begitu juga untuk bahagian badan yang banyak diguna pakai dalam kerja harian.

Kelembutan (fleksibiliti)Ini merujuk kepada julat pergerakan pada sendi yang diizinkan untuk bergerak. Kalau untuk perbuatan rukuk serta duduk antara dua sujud dalam solat pun tak sempurna, ia menjelaskan tahap kelembutan yang amat lemah.

Meregang otot khususnya di bahagian belakang paha, kelangkang, pinggang dan sendi bahu perlu dilakukan secara kerap. Jika tidak pun, lakukan rukuk dengan sempurna untuk menjamin kelembutan otot paha belakang terpelihara.

Komposisi badan

Page 5: Lebih banyak kematian boleh dicegah dengan mendapatkan penduduk untuk menjadi lebih aktif secara fizikal daripada apa yang boleh diselamatkan dengan mendapatkan semua orang untuk berhenti

Ia dikaitkan dengan peratusan tisu otot berbanding peratusan lemak dalam badan. Masalah obesiti yang menjadi semakin meruncing di Malaysia kerana peratusan lemak badan melampaui tahap 30 peratus. Kaum lelaki sepatutnya memiliki peratusan lemak tidak melebihi 20 peratus manakala wanita tidak melebihi 25 peratus.

Lakukan senaman secara konsisten dan betul. Dengan peningkatan tahap kecergasan, ia akan memudahkan lagi kita beribadat. Artikel pada masa depan akan memimpin pembaca melakukan senaman yang mudah dilakukan dengan pulangan kesan yang signifikan.

Akhirnya, di sini saya ingin menyatakan bahawa menjadi lebih aktif secara fizikal dapat membantu mencegah kematian.