ldk prs

2
Tajuk : Menghantar Mesej Objektif : 1. Supaya peserta sedar bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan perkataan yang sesuai dengan gerak-geri. 2. Supaya peserta sedar tentang beberapa halangan komunikasi yang boleh menimbulkan masalah perhubungan manusia. 3. Supaya peserta sedar tentang kesan komunikasi sehala dan dua hala. Alat : Kad Mesej (Lampiran), kertas kosong, pen Langkah : 1. Peserta duduk dalam bulatan. 2. Pembimbing menyampaikan cerita yang tertulis di atas kad mesej secara berbisik kepada peserta pertama. 3. Peserta itu pula membisikkan cerita berkenaan kepada rakan sebelahnya. Ini dilakukan sehingga peserta terakhir. 4. Peserta terakhir dikehendaki menulis mesej yang diterima di atas kertas kosong yang diberi. 5. Pembimbing meminta peserta itu membaca mesej itu dengan kuat. 6. Bandingkan cerita terakhir itu dengan cerita asal. Bincangkan : Bincangkan mengapa cerita itu terpesong daripada cerita asal. Ini dihubungkaitkan dengan bahaya mendengar khabar angin, cerita umpat-mengumpat, mengata orang, membawa mulut, dan lain-lain. Kaitkan dengan bahaya seorang PRS jika suka mendengar cakap orang, kerana ia akan membuat kesimpulan awal terhadap seseorang itu. Sikap ini akan membuat orang tidak percaya dan berasa takut untuk menghampirinya. Mereka harus mengasah sifat berfikiran terbuka dan tidak mudah menilai seseorang sebelum mengenalinya dengan lebih rapat. Falsafah : 1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui seorang demi seorang, mesej yang akan diterima kelak akan ditokok tambah atau didapati ada kekurangannya. 2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan hendaklah dikaji terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu cerita yang didengar.

Upload: clarence-anthonius

Post on 14-Apr-2016

14 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

contoh LDK PRS

TRANSCRIPT

Page 1: ldk prs

Tajuk : Menghantar Mesej

Objektif :

1. Supaya peserta sedar bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan

perkataan yang sesuai dengan gerak-geri.

2. Supaya peserta sedar tentang beberapa halangan komunikasi yang boleh

menimbulkan masalah perhubungan manusia.

3. Supaya peserta sedar tentang kesan komunikasi sehala dan dua hala.

Alat : Kad Mesej (Lampiran), kertas kosong, pen

Langkah :

1. Peserta duduk dalam bulatan.

2. Pembimbing menyampaikan cerita yang tertulis di atas kad mesej secara berbisik

kepada peserta pertama.

3. Peserta itu pula membisikkan cerita berkenaan kepada rakan sebelahnya. Ini

dilakukan sehingga peserta terakhir.

4. Peserta terakhir dikehendaki menulis mesej yang diterima di atas kertas kosong yang

diberi.

5. Pembimbing meminta peserta itu membaca mesej itu dengan kuat.

6. Bandingkan cerita terakhir itu dengan cerita asal.

Bincangkan :

Bincangkan mengapa cerita itu terpesong daripada cerita asal. Ini dihubungkaitkan dengan bahaya

mendengar khabar angin, cerita umpat-mengumpat, mengata orang, membawa mulut, dan lain-lain.

Kaitkan dengan bahaya seorang PRS jika suka mendengar cakap orang, kerana ia akan membuat

kesimpulan awal terhadap seseorang itu. Sikap ini akan membuat orang tidak percaya dan berasa

takut untuk menghampirinya. Mereka harus mengasah sifat berfikiran terbuka dan tidak mudah

menilai seseorang sebelum mengenalinya dengan lebih rapat.

Falsafah :

1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui seorang demi seorang,

mesej yang akan diterima kelak akan ditokok tambah atau didapati ada

kekurangannya.

2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan hendaklah dikaji terlebih

dahulu akan kebenaran sesuatu cerita yang didengar.

Page 2: ldk prs

3. Adalah lebih baik menyampaikan satu-satu maklumat itu secara bertulis.

ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG

BUNYINYA KLING … KLING …KLING

DITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING